Friday, November 30, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 36






" Jemputlah makan..jangan segan-segan ye..," tegur Datin Syarifah, ibu kepada Syam.

" Terima Kasih datin...," Balasku. Sungguh aku masih kekok untuk berhadapan dengan mama Syam. Lebih-lebih lagi Sofea tiada di sebelahku. Sofea sudah terlena awal-awal lagi.

" Tak payah la panggil saya datin, panggil saya mama je. Kan lebih mesra tu..," kata Datin Syarifah dengan nada ceria. Aku tersenyum kecil. Tidak sangka mama Syam begitu ramah orangnya, jauh benar dari yang aku sangkakan.

"Dah, jom kita makan. Asyik borak je ni. Farid dah lapar ni.., " tiba-tiba Syam mencelah.

" Hish kamu ni kan, tak sabar-sabar. Bukan tadi dah makan banyak burger kat airport ke..," sampuk Kak Za.

" Ala kak, itu alas perut je...Dinner kena makan lagi. Baru perut ni betul-betul kenyang...," jawab Syam sambil tersengeh.

" Amboi..selera  benar papa tengok kamu sekarang ye...Sebelum ni tak ada pulak macam ni. Hairan  papa..," Datuk Mukhriz , papa Syam mencelah setelah lama berdiam diri.

" Mana tak seleranya pa..dah buah hati ada kat sini. Suka sangat la tu..," Kak Za cuba menyakat. Aku tersipu malu.

" A'ah..betul,betul,betul..," balas Syam dengan gaya seperti upin-ipin sambil mengeyitkan mata ke arahku. Aku menahan gelakku. Kak Za sudah tergelak awal-awal lagi.

" Ada-ada je la kamu ni Farid...apa tunggu lagi. Jomlah makan...," kata Datuk Mukhriz.

" Boleh ba kalau papa!" Balas Syam. Datuk Mukhriz dan Datin Syarifah ketawa serentak.

" Hai, sejak bila kamu jadi orang sabah pulak ni ?" Soal Datin Syarifah dengan tawa yang masih tersisa.

" Sejak lahir lagi la..mama dah lupa ke, kan Farid lahir kat Sabah masa mama pergi honeymoon kat sana? Dah lupa ek?" Soal Syam nakal sambil mengangkat kening beberapa kali.

" E'eh ke situ pulak dia..Bukan mama pergi honeymoon la masa tu..mama pergi bercuti je dengan papa. Tak sangka pulak kamu tak sabar-sabar nak keluar  time tu..," kata Datin Syarifah.

" Alah mama..sama je la tu. Ke mama tengah buat apa dengan papa masa tu?" Syam masih cuba menyakat.

" Farid...," Datuk Mukhriz menekankan suaranya.

" Opps..ok papa. Terlebih sudah...," kata Syam sambil menekup mulutnya seperti memahami yang papanya tidak suka dengan gurauannya. Datuk Mukhriz dan Datin Syarifah ketawa lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala . Aku turut ketawa kecil. Syam ni kan memang nakallah! Tapi humor yang diciptakannya itu sedikit sebanyak mengurangkan kejanggalanku untuk berdepan dengan mama dan papanya. Aku amat bersyukur kerana pertemuan pertama aku dengan ibu bapa Syam begitu baik sekali. Aku tak sangka mereka dapat menerimaku dengan hati yang terbuka. Mereka seolah-olah begitu menyenangi kehadiranku di situ dan tampak begitu mesra denganku. Aku berharap kemesraan yang baru terjalin ini akan berterusan hingga ke akhirnya. InsyaAllah.

############################

Hari ni Syam membawa aku bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Tak banyak perubahan yang aku lihat selama tiga tahun aku di perantauan. Namun, sedikit sebanyak aku teruja bila berada di negara sendiri. Semua makanan dan suasana begitu kena dengan seleraku. Aku sudah tidak punya rasa apa-apa bila berada di sini. Sudah tak ada rasa marah, benci, sedih, kecewa. Ternyata 3 tahun penghijrahanku membuatkan aku lupa pada segala masalah yang pernah aku lalui dulu. Ah..biarlah kenangan pahit itu berlalu bersama angin bayu. Yang penting sekarang, aku mesti mulakan hidup baru di sini bersama Syam dan Sofea.

Dengan keluarga Syam pulak, aku tiada masalah, malah aku semakin selesa berada di samping keluarganya. Penerimaan keluarga Syam pula betul-betul di luar jangkaanku, Mereka menerima baik kehadiranku di sini. Layanan mereka terhadapku seolah-olah aku benar-benar sebahagian dari hidup mereka. Kini, aku tinggal di rumah Kak Za untuk menemaninya buat sementara waktu memandangkan kini suaminya tidak berada di rumah kerana belayar. Suaminya tentera laut Malaysia, jadi jarang ada di rumah. Tapi, pada  yang sama aku meninjau rumah sewa di sini. Tak kan lah nak tinggal di rumah Kak Za lama-lama. Seganlah aku untuk menumpang rumah orang walaupun Kak Za tak pernah kisah pasal ni.

" Lina!" Aku terkejut beruk apabila tiba-tiba Syam datang menyergah. Aku mengurut dada.

" Syam, boleh tak awak jangan sergah macam tu. Terkejut tau! Silap hari bulan saya boleh kena sakit jantung tau!" Marahku. Syam sekadar tersengeh.

" Dah tu, saya panggil banyak kali awak tak dengar. Jauh benar awak berangan ye..,"" balas Syam.

" Mana ada berangan. Saya cuma termenung je lah.."

" Sama je lah tu..Hai, kenapa dengan awak Lina, my sweetheart? Termenung sana..termenung sini, takut nak kahwin dengan saya ke?" Syam mula menyakat.

" Heh, mana ada! Awak ni kan memandai je. Salah ke saya termenung nak tenangkan fikiran je.." Aku membantah. Kedengaran Syam ketawa kecil.

" Ye lah tu..tak percayalah saya. Tak apa..don't worry much my dear..Abang Syam kan ada. Bukan susah pun nak nikah..." Kata Syam selamba. Aku mencebik.

" Eii awak ni, saya bukan risau pasal tu lah!" Balasku laju. Mukaku mula membahang panas.

" Dah..dah..tak payah nak tipu saya. Saya tahu apa yang awak fikir. Tak apa, dua minggu je lagi kita nak kahwin. Semua persiapan perkahwinan ,saya dah prepare untuk kita berdua. Awak cuma bawak hati dan diri awak je. I just want your heart and your soul. I want you to be at my side forever..," Tulus kedengaran kata-kata Syam. Dengan serta-merta aku tersenyum apabila mendengar ayat-ayat cinta dari bibir Syam. Aku berasa sungguh terharu . Tak sangka dia begitu bersungguh mahu mengahwiniku.

" Thanks Syam...Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi.." Balasku sebak.

" Tak payah cakap apa-apa. Cuma saya nak awak cakap something, boleh?" Soal Syam sambil tersenyum lebar.

" Cakap apa?" Soalku kurang mengerti.

" Cuba cakap kat saya, ' I love you so much ' " Kata Syam dengan nada yang cukup menggoda. Aku tersenyum manis mendengar kata-katanya.

" Ye.. I love you so much Syam..much more than everything. Thanks for being my beloved...saya nak bersama dengan awak selama-lamanya...," Balasku perlahan. Sungguh Syamlah cinta hatiku kini.

" I love you too my sweetheart...saya harap hubungan kita akan kekal hingga ke anak cucu...," kata Syam sambil merenung dalam anak mataku. Ah, indahnya perasaan ini. Rasa cinta semakin mekar di dalam hatiku.

" Amin..InsyaAllah...," Balasku sambil tersenyum. Syam turut membalas senyumanku.Mata kami bertautan buat seketika.

#######################################

Aku mengerling ke arah jam tanganku. Ish , mana pulak Syam nih? Sudah 3o minit berlalu. Dia kata mahu pergi ke Maybank sekejap, ada urusan katanya.

Aku mengelus halus. Orang semakin ramai mengerumuni kopitiam tempat aku duduk kini. Namun, aku tetap memujuk hati supaya bersabar. Mungkin orang ramai kot di bank, sebab tu lah Syam lama sikit di situ.
Mataku melilau mencari kedai-kedai yang menarik di sekelilingku. Akhirnya mataku terencap pada kedai majalah yang berada paling hampir dengan kopitiam tersebut.

Aku melangkah perlahan-lahan ke arah kedai tersebut setelah memberitahu pekerja kopitiam supaya mem'book' tempat dudukku buat sementara waktu. Mataku memerhatikan satu persatu majalah yang disusun rapi di luar kedai majalah tersebut. Mataku terpaku pada satu majalah Mingguan Wanita yang memaparkan gambar Aaron Aziz bersama isteri dan anak-anaknya sebagai gambar muka depan. Wahh, handsomenya pelakon nih! Aku tak adalah minat sangat pada pelakon ini dulu tapi lepas menonton filem 'Ombak Rindu' baru-baru ni, hatiku mula tertarik dengannya. Hurmm memang handsome lah tapi apa-apapun Farid Faisyam, buah hatiku lagi handsome dari dia kot. Aku tersenyum sendirian.

Tanganku lantas mencapai majalah tersebut yang hanya tinggal satu saja lagi. Namun., tiba-tiba ada satu tangan cuba mencapainya juga. Aku terus berpaling ke arah lelaki di sebelahku. Mataku buntang.

" Lina?" Soal lelaki itu terkejut. Cermin mata hitamnya dibuka pantas. Mata hazelnya merenung tajam anak mataku.

" Hakim!" Aku terjerit kecil. Jantungku terus berdegup kencang. Eh, macam mana lelaki ni boleh ada kat sini? Tidak! Kenapa aku mesti bertemu dengannya lagi?! Dugaan apa lagi kali ni? Apa maksud semua ni? Ya Allah, tolonglah aku...Jiwaku mula menjadi tidak keruan.


# P/S : Salam, thanx kepada yg sudi baca TSM sampai sekarang..tapi kalau boleh, saya ingin meminta sedikit komen ikhlas dari pembaca tentang TSM so far supaya sy dapat meningkatkan lagi mutu penulisan saya. Terima Kasih..

4 comments:

  1. Ala..jumpa hakim ke? Huhu..ni buat x sabar nk tau citer selanjutnya..cpt2 sambung yer writer..cite nie mmg bez!

    ReplyDelete
  2. For me..citer TSM sgt ok..slalu rasa sun je ble baca..cuma x sabar nk tau ending nyer..dah la ma tunggu no..hehe..
    Anyway sy slalu menyokong karya anda.sumer best. Cayok!

    ReplyDelete
  3. saya rasa certa ni menarik... cuma saya kurang puas hati bila dialek lina masa kat indon..... tak perlu la dia guna bahasa sana...pelik sgt...cukup la rangga je yg cakap indon.

    pas tu gaya bahasanya jgn terlalu cepat..camne nak kata ya...biar melankolik sikit. apa-apa pun saya sebagai pengumpul novel tempatan puas hati dgn penulisan org ganu.....hanya bab atas tuje yg mcm slack skit. ikhlas dari hati......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Esrohana..

      Thanx for the comment. Actually saya sengaja buat bahasa indon Lina yg agak kepelatan sikit menunjukkan dia tak pandai cakap indon sebenarnya tapi dia cuba bercakap jugak..tp x sangka pulak ia tak menyenangkan pembaca. I'm so sorry..Apa-apapun saya akan lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa. Pasal ayat melankolik atau berbunga2 saya tak berapa pandai sangat sebab saya bukan jenis yang pandai menulis.Saya minat menulis cerpen/novel tapi saya menulis juz untuk isi masa lapang n release tension sebab saya ada banyak komitmen lain sebagai doktor..masa untuk membaca atau menulis amatlah limited..mungkin sebab tu yg anda nampak penulisan saya tak seperti dalam novel lain sebab saya sendiri pun jarang baca novel cinta..cuma drama dalam TV je yg saya selalu tengok bila ada masa free. Tapi, insyaAllah..saya akan cuba memperbaiki mutu penulisan saya dari semasa ke semasa. Saya akan lebih banyak mengkaji cara penyampaian cerita yg terbaik & sesuai dengan kehendak pembaca..

      Anyway thanx for the comment.I'm really appreciate it.. =)

      Delete

Kata-kata anda amat bermakna..=)