“ Kamu berdua hati-hati ya..jangan lupa sama aku…,” tutur Rangga dengan nada sebak. Aku turut berasa sebak. Berat hati pulak mahu berpisah dengan kawan baikku itu. Selama aku di Jakarta ini, dialah yang banyak membantu aku.
“ Don’t
worry Rangga..kami tak kan sesekali lupakan kamu…Nanti kalau dah nak wedding
kami, jemputlah datang ye…,”balas Syam.
“ Betul tu
Rangga..kalau kamu ada masa, datang lah melawat kami di Malaysia ye..,” Aku
mencelah.
“
InsyaAllah…jika enggak ada aral melintang, aku akan ke sana jua…Aku doakan kamu
berdua selamat sampai di sana ya..,” kata Rangga. Dia memerhatikan aku dengan
Syam silih berganti. Kelihatan begitu sukar untuk dia menerima perpisahan kami.
Sofea pula, sudah terlena di bahu Syam. Rangga mengusap lembut rambut Sofea.
“ Amin..InsyaAllah….,”
kataku sebagai mengakhiri perbualan kami. Walaupun begitu berat untuk aku
meninggalkannya dan pekerjaanku di sini, namun demi Syam, aku sanggup korbankan
segalanya. Sebaik sahaja bersalaman dengan Rangga, aku dan Syam terus melangkah
masuk ke balai berlepas di Jakarta Soekarno-Hatta International Airport . Tangan
kami tidak putus-putus melambai ke arah Rangga yang masih berdiri di luar pagar
balai berlepas. Entah kenapa aku berasa begitu sedih untuk meninggalkan Rangga.
Banyak kenangan pahit manis kami bersama. Kalau bukan kerana bantuan Rangga,
aku tidak akan mampu meneruskan hidupku di sini. Terima kasih Rangga. Aku tak
kan sesekali lupa pada budi baik kau…
######################################
Hatiku berasa
berdebar-debar. Aku tiba-tiba rasa belum bersedia untuk bertemu dengan keluarga
Syam. Aku berdoa banyak-banyak di dalam hati supaya aku dapat berhadapan dengan
keluarga Syam dengan tenang. Aku sungguh takut. Aku takut keluarga Syam tidak
dapat menerima kehadiran aku di sini. Ya Allah…kuatkan hati hambaMu ini.
Tenangkanlah hatiku..
“ Lina..are you
okay?” Soal Syam tiba-tiba. Aku terus
berpaling ke arahnya.
“I’m okay…” jawabku
cuba berselindung. Sesekali mataku mengerling ke arah beg-beg yang sedang
bergerak di litar mengambil bagasi di lapangan terbang KLIA. Mana tahu begku sudah
ada di situ.
“ Ye ke okay..saya
nampak muka awak tiba-tiba pucat lesi semacam je. Macam nampak hantu je..” kata
Syam sekadar berseloroh. Kedengaran dia tertawa kecil.
“ Mana ada..saya
okay lah. Penat tau naik kapal terbang..” Aku cuba berdalih.
“ Haii..tak kan lah
naik kapal terbang 2 jam pun dah penat. Tak percayalah saya . Kenapa ni Lina?
Any problem?” Syam menyoalku lagi seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“ Erm..saya takut
lah Syam..” Balasku teragak-agak.
“ Takut pasal apa
pulak?”
“ Saya takut family
awak tak dapat terima saya…” Akhirnya aku menyuarakan kegusaranku.
“ Lina..it’s okay.
Awak tak perlu risau. Saya dah ceritakan semuanya pasal awak kat diaorang .
Semua family saya boleh terima awak. Awak jangan risau sangat…emm..” Pujuk Syam
lembut.
“ Tapi..”
“ Dah..saya tak nak
awak risau sangat macam ni. Trust me k..Saya kan bodyguard awak. Awak tak perlu
risau lah..I’m here to protect you my sweetheart…” Kata Syam lagi separuh
bergurau. Aku mengangguk sedikit sambil tersenyum kelat. Sungguh rasa gemuruh
dan takut semakin menguasai jiwaku.
“ Mama..sekarang
kita kat mana?” Tiba-tiba Sofea bersuara setelah dari tadi menjadi pemerhati
perbualan kami.
“ Kita kat Kuala
Lumpur sekarang sayang…” Jawabku sambil terus mendukung Sofea.
“ Kuala Lumpur tu
kat mana mama? Mana uncle Rangga?” Soal Sofea kebingungan. Ye lah, mana dia nak
perasan Rangga sudah tiada di depan mata sebab dia nyenyak tidur tadi.
“ Uncle Rangga dah
tinggal jauh dari kita. Sekarang kita kat Malaysia. Tempat uncle Syam…”
terangku dengan panjang lebar. Rambutnya aku usap perlahan.
“ Kenapa Uncle Rangga
tinggal jauh? Dia tak sayangkan kita ke?” Soal Sofea lagi. Aku tersenyum.
Ternyata fikiran kanak-kanak sekecil Sofea masih tidak dapat mengerti apa-apa.
“ Tak lah Sofea
sayang…bukan macam tu. Uncle Rangga sebenarnya sayang sangat kat Sofea tau..”
Syam mencelah tiba-tiba.
“ Ye ke..Habis tu
kalau uncle Rangga tak ada, Sofea nak main dengan siapa lepas ni?” Soal Sofea
lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Haihh, banyak tanya pulak anak aku
nih. Ternyata Rangga begitu bermakna dalam hidupnya. Ye lah, dari dia lahir
sampai sekarang, yang dia nampak yang selalu bermain dengan dia ,cuma Rangga.
Syam ternyata masih baru dalam hidupnya.
“ Lah..kan uncle
Syam ada. Nanti uncle boleh main dengan Sofea. Uncle boleh beli ice cream besar
lagi kat Sofea tau…” Pujuk Syam.
“ Ye sayang…Sofea
jangan risau okay. Mama dan Uncle Syam selalu boleh main dengan Sofea tau..”
Aku menambah.
“ Tapi Sofea nak
uncle Rangga…” Rengek Sofea. Mukanya berubah mendung seperti mahu menangis. Aku
terus memeluknya erat. Aku kehilangan kata. Syam nampak seperti serba salah.
“ Ye sayang, nanti
mama akan selalu call uncle Rangga ye. Nanti Sofea hari-hari boleh cakap dengan
dia. Ok?” Pujukku lagi.
“ Betul ke ni mama? Yea..yea…Terima kasih
mama…,” Sofea bersorak riang lantas mengucup pipiku. Aku menarik nafas lega.
“ Hai, sampai hati
Sofea tak nak main dengan uncle Syam ye. Uncle sedih ni tau..” Syam berkata
seakan merajuk.
“ Ala..sorry lah
uncle..Bukan macam tu..Sofea nak dua-dua uncle Sofea ada kat sini. Uncle Syam
dengan uncle Rangga..baru best…” kata Sofea lancar. Aku dengan Syam tergelak
serentak. Bijak sungguh!
“ Ooo pandai kelentong
uncle ek…” Kata Syam sambil mencubit lembut pipi Sofea. Sofea tersengeh
menampakkan giginya yang jarang. Aku berasa geli hati melihat telatah mereka
berdua. Melihat kemesraan Syam dengan Sofea yang semakin mekar membuatkan
sedikit sebanyak perasaan takutku sebentar tadi hilang sedikit demi sedikit.
########################
“ Lina! Syam!”
Kedengaran laungan kuat bergema di balai ketibaan lapangan terbang KLIA itu.
Aku dengan Syam berpaling serentak ke arah suara itu.
“ Kak Za!!”
Giliranku pulak menjerit. Aku cepat-cepat melangkah ke arah Kak Za yang sedang
melambai-lambai ke arah kami. Tak sangka Kak Za pun berada di sini. Aku
betul-betul teruja melihat kehadirannya di sini. Sudah bertahun-tahun aku tidak
bertemu dengannya .
“ Wahh Lina..makin
cantik ye kamu sekarang. Ya Allah..lamanya akak tak jumpa kamu. Rindu betul
lah!” Kata Kak Za sebaik sahaja aku mendekatinya. Kami lantas berpelukan. Aku
tersenyum kegembiraan.
“ Mana ada kak..saya
biasa-biasa je lah. Eh, akak pregnant berapa bulan ni? Anak 1st ke?”
Soalku laju apabila melihat perutnya yang memboyot.
“ Tak lah ni 2nd
baby…dah dekat 7 bulan dah. Elok sangat lah tu, bakal baby akak ni boleh jumpa
bakal makcik dia bila dia lahir nanti..” Kata Kak Za sekadar bergurau. Aku
ketawa kecil.
“ Ini siapa?” Soal
Kak Za kepadaku. Matanya memerhatikan Sofea di sebelahku.
“ Nama saya Sofea…Sofea
anak mama!” Jawab Sofea laju tanpa sempat aku menjawab.
“ Owhh anak kamu ke
Lina? Eii comelnya….berapa umur ni?” Kata Kak Za sambil mencubit lembut pipi
tembam Sofea. Aku tersenyum lagi.
“ Umur saya 3 tahun
aunty…,” jawab Sofea.
“ Wawahh bijaknya
anak kamu ni Lina. Dah la comel, petah pulak tu…” Puji Kak Za.
“ Tak adalah
kak..biasalah tu budak-budak sekarang memang pandai cakap mengalahkan orang
tua!” Balasku sambil tertawa. Sungguh aku senang hati dengan kehadiran Kak Za
di situ.
“
Amboi-amboi..rancak borak sampai tak sedar ye Syam kat sini…Nampak sangat Kak
Za tak rindu Syam tau…” Tiba-tiba Syam mencelah. Mulutnya dimuncungkan. Aku dan
Kak Za ketawa serentak.
“ Mestilah akak
rindu kat Syam tapi akak lagi rindu kat Lina tau. Tak tahu berapa lama akak tak
jumpa dia…Syam tak apa..bila-bila masa akak boleh jumpa…,” balas Kak Za.
“ Ye lah..siapa Syam
ni kan..”
“ Eheh..tua-tua pun
nak merajuk lagi..,buruk benor akak tengok..” gurau Kak Za. Syam buat-buat
membuang pandang. Aku tertawa lagi.
“ Kak Za, mana mama
dengan papa? Diaorang tak datang jemput ke?” Soal Syam tiba-tiba. A’ah aku baru
perasan yang parents Syam tiada di situ seperti yang dijanjikan.
“ Owh..mama dan papa
mintak Kak Za yang ambil. Lepas ni, diaorang suruh akak bawak kamu berdua ke
rumah kita..dinner sekali…” Jawab Kak Za.
“ Owh ye ke..Wahh
baguslah macam tu…Langkah kanan la Syam hari ni ye..” Balas Syam sambil
tersenyum lebar.
“ Apa? Ma..makan kat
rumah Syam??” Soalku gugup. Darah gemuruh mula menyerbu ke jantungku.
“ Ye lah..makan kat
rumah mama..kenapa? Ada masalah ke?” Soal Kak Za. Syam turut memandangku
hairan.
“ Tak adalah..macam
terlalu cepat sampai nak bawak pergi rumah Syam. Seganlah..” Jawabku tanpa
berselindung.
“ It’s okay sayang…time
ni lah awak boleh berkenalan dengan papa dan mama saya lebih rapat…Banyak yang
diaorang dah rancang untuk kita tau…” Pujuk Syam lembut. Aku mengetap bibir.
Argh..aku betul-betul tidak bersedia.
“ Betul cakap Syam
tu Lina..Mama dan papa dah lama dah tunggu nak jumpa kamu. Syam je asyik
mengelak je…” Kata Kak Za. Aku semakin serba salah.
“ Bukan saya
mengelak kak…Dah Lina lari dari saya. Macam mana jugak saya nak bawak dia jumpa
mama dengan papa kita…” Sampuk Syam sambil menjeling ke arahku. Aku menjegilkan
mataku. Hai, perli aku nampak.
“ Bukan saya lari
lah. Saya cuma berhijrah je..” aku memprotes.
“ Sama lah tu. Tak
apa…kali ni saya tak kan biarkan awak lari lagi! Saya akan ikat awak kuat-kuat
sampai tak boleh terlepas…” Kata Syam . Aku mencebik.
“ Eii..awak ni mana
boleh macam tu. Saya bukan bini awak
boleh ikat suka-suka hati..”
“ Lah..kan memang
awak nak jadi bini saya nanti…So get ready okay!” Sakat Syam lagi.
“ Syam! Awak ni
teruk lah!” Kataku sambil memukul lembut bahunya. Syam tertawa . Kak Za turut
tertawa melihat telatah kami berdua sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“ Dah…dah..Hish kamu
berdua ni kok ya mahu bermanja nanti-nantilah. Dah lewat malam nih. Jom lah
kita balik rumah mama. Nanti lama pulak diaorang tunggu…,” Kak Za mencelah.
“ Ok kak. Kami
menurut perintah!” Balas Syam laju lagak macam komando pulak. Kak Za ketawa
lagi. Aku juga sama. Namun ,jauh di sudut hatiku sungguh risau dan gabra untuk
bertemu mama dan papa. Macam mana penerimaan mereka terhadapku? Boleh kah dia
menerima diri aku yang sebenar? Apakah reaksi mereka apabila mengetahu kisah
silamku? Adakah mereka akan merestui hubungan aku dengan Syam? Pelbagai
persoalan bermain di fikiranku. Aku buntu.
Baru tadi menjengah2 blog Org Ganu utk new entry... Tengok2 petang ni, dah ada update... Yeay...
ReplyDeleteAdakah kebimbangan Lina berbaloi? Atau sambutan ibubapa Syam mesra sokmo?
Kena tunggu gak next update ler....
Ish makin suspen nih..hrp2 parents syam dpt trima Lina...wahh x sabar nk tunggu diorang kawen..cpt2 sambung yer org ganu...x sbr dah ni! Hihi
ReplyDelete