Saturday, January 19, 2013

Novel : C.A.J - Cinta Aku Janji 1






“ Tengok..kawan-kawan kamu pun semua dah kahwin. Kamu tu bila la lagi nak kahwin? Umur dah nak dekat 30 tahun..tak kan tak ada calon lagi kot?” Puan Rokiah menegur anaknya yang sedang sibuk meneliti kad-kad kahwin kawan-kawannya yang bertaburan di atas meja tamu. Yusri mengeluh. Hai, mama dia ni..hari-hari membebel pasal kahwin. Bosan sungguh!

“ Ala..mama…nantilah. Yusri sibuk lah sekarang. Tak sempatlah nak fikir soal kahwin-kahwin ni…buang masa je!” Rungut Yusri. Puan Rokiah menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak terunanya yang satu ni.

 Kamu ni kan Yusri, sampai ke tua lah kamu tak kahwin kalau asyik sibuk je memanjang. Kamu kena ingat..nanti kalau mama dengan papa dah tak ada..siapa yang nak jaga kamu? Paling kurang kalau ada anak bini..adalah jugak orang nak tengok kan kamu…”

“ Mama..jangan la buat ayat sedih macam tu. Yusri tahulah jaga diri sendiri nanti..mama jangan lah risau lebih-lebih…” Yusri menjawab.

“ Mana mama tak risau…adik kamu si Leeya dengan abang Long dengan Kak Ngah semua dah kahwin. Siap dapat dua-tiga orang anak dah. Kamu tu sampai bila nak membujang? Tak rasa sunyi ke?” Puan Rokiah membebel lagi. Yusri menggaru kepala yang tidak gatal. Mula la tu mamanya nak bising.

“ Mama..dah lah tu..hari-hari cakap benda sama..Yusri bosanlah!” Yusri merengus geram.

“ E’eh marah pulak dia..mama fikirkan masa depan kamu je. Kan elok, ada bini..boleh tolong jaga makan minum kamu. Masak untuk kamu. Seronok tau kalau dah kahwin…” Puan Rokiah menyambung lagi hujahnya.

“ Hish mama ni..tak habis-habis. Kan Yusri cakap belum bersedia lagi…lagipun Yusri bukannya ada calon…siapa lah nak kat Yusri ni kan..”

“ Bukan tak ada orang nak kat kamu..kamu tu yang memilih sangat. Dulu mama offer anak Mak Cik Yan..kamu tak nak. Cakap budak tu pendek lah, tak cukup gebu lah, tak cantik lah. Heh, tak faham lah mama dengan kamu. Tak tahu perempuan macam mana yang kamu nak.  Kamu nak tunggu anak raja datang kat kamu ke, baru kamu nak terhegeh-hegeh nak kahwin , macam tu?” Puan Rukiah memerli.

“Baguslah kalau macam  tu..Kalau Yusri dapat anak raja, hari ni jugak Yusri kahwin dengan dia tau. Siapa yang tak nak! Kalau orang yang tak nak tu memang bukan orang lah tu kan?” Balas Yusri sambil tersengeh-sengeh.

“ Kau ni kan Yusri..mama cakap tak pernah nak serius!” Marah Puan Rukiah. Yusri sekadar ketawa kecil. Puan Rukiah sudah mati kutu, tak tahu mahu pujuk si Yusri ni macam mana. Banyak je alasan setiap kali dia menyoalkan soal kahwin. Hai..Yusri..Yusri..nak kata anak dia tak handsome, handsome…tinggi lampai pulak tu, badan tegap, ada syarikat sendiri lagi..tapi kenapa la tak ada seorang perempuan pun yang melekat dekat dia ? Betul-betul tak faham lah! Agaknya anaknya ni cerewet sangat kot sampai semua perempuan dia ‘reject’.

###################################

Siti Nur Fatiha , Pengurus Kewangan Syarikat T&Y Sdn.Bhd, milik Yusri sibuk meneliti laporan kewangan yang baru disiapkan untuk mesyuarat bulanan esok. Dia harus memeriksanya berulang kali supaya tidak ada sebarang kesilapan pun dalam pengiraan keuntungan atau perbelanjaan syarikat . Dia tidak mahu nanti dia akan memberikan maklumat salah esok.

“ Hai Fatiha..sibuk nampak…” Tiba-tiba Yusri masuk ke biliknya membuatkan Fatiha sedikit terkejut.

“ Hish kau ni kan Yusri, main masuk je. Bila-bila bagi salam lah dulu. Terkejut aku tau..” marah Fatiha. Hampir saja dia ter’delete’ maklumat penting di skrin komputernya.

“ Buat apa nak bagi salam..aku kan ‘big Boss’ dekat sini. So aku boleh masuk bilik siapa-siapa pun sesuka hati je…” balas Yusri sambil tersenyum. Dia segera melabuhkan punggung di hadapan Fatiha, kawan baiknya sejak dari universiti lagi.

“ Yer..memanglah aku tahu kau tu big boss..tapi bagi salam tu kan amalam kita orang Islam. Jangan main redah je..” jawab Fatiha . Yusri tergelak kecil.

“ Oklah Ustazah Siti Nur Fatiha..Assalamualaikum…how are you?” Soal Yusri separuh berseloroh.

“ Hah! Macam tulah..nampak sopan sikit…”

“ Kau tak jawab pun salam aku..”

“ Hai, perli  aku nampak…yerlah..Waalaikumussalam w.b.t..puas hati?” Balas Fatiha. Mereka berdua ketawa serentak. Namun,hanya untuk seketika saja. Tiba-tiba wajah Yusri berubah muram. Fatiha memandangnya hairan.

“ Kau ni kenapa Yusri? Apasal tiba-tiba monyok semacam je? Ada masalah ke?” Soal Fatiha ikhlas. Kedengaran Yusri mengeluh nafas berat. Dia memandang Fatiha buat seketika kemudian mendongak ke atas memandang lukisan-lukisan yang tergantung rapi pada dinding bilik Fatiha. Fikirannya kusut.

“ Aku memang ada masalah besar ni..” Balas Yusri sepatah. Fatiha mengerutkan kening tidak mengerti.

“ Masalah apa pulak ni? Peliknya…selama ni kau jarang ada masalah. Kalau ada pun tak adalah sampai muka kau kelat macam ni…”

“ Hurmmm..entahlah..” jawab Yusri malas.

“ Lah..apasal entahlah pulak? Kau cerita lah kat aku..mana tahu aku dapat tolong…” pujuk Fatiha lembut.

“ Tak ada apa-apalah. Masala yang tak penting pun…” Balas Yusri sambil memandang wajah Fatiha lagi. Dia memang ingin meluahkan masalahnya pada Fatiha. Sejak dia berkawan dengan gadis kecil molek itu, dia banyak meluahkan masalahnya pada Fatiha tidak kira apa jua masalahnya. Tapi kali ni mulutnya seperti begitu berat mahu bercerita. Tidak tahu kenapa.

“ Heh kau ni kan Yusri..sejak bila kau malu nak cerita masalah kau kat aku ni? Come on la Yusri..kita kan dah kawan lama? Tak kan dengan aku pun nak malu kot…” kata Fatiha tidak berpuas hati apabila Yusri seperti mahu menyorokkan seseuatu darinya.

“ Tapi masalah ni aku tak rasa kau dapat selesaikan..”

“ Yelah..masalah apa? Kau tak cerita lagi, macam mana aku nak tolong settlekan? Cuba beritahu aku masalah apa?”

“ Masalah kahwin. Mama aku macam nak paksa aku kahwin dengan perempuan pilihan dia…” Akhirnya Yusri meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya.

“ What?! Kahwin? Maksud kau kahwin paksa? Kau ni jangan buat lawaklah Yusri..ni bukan drama TV la bro…” Fatiha terjerit kecil. Kemudian ketawa. Jawapan Yusri sungguh tak masuk akal!

“ Aku tak buat lawak lah! Betul..mama aku paksa aku kahwin. Itu yang aku tengah runsing ni! Mana aku bersedia lagi untuk semua ni!” Bentak Yusri. Geram pulak apabila Fatiha masih enak mentertawakannya.

“ Okay..okay..so macam mana sekarang?”

“ Macam mana apa?” Soal Yusri kembali kurang mengerti pertanyaan Fatiha.

“ Yelah..maksud aku apa kau nak buat sekarang? Kau setuju tak?”

“ Hish! Tak ada maknanya aku nak setuju! Mana aku bersedia kahwin lagi…Banyak lagi benda aku nak buat..tak nak lah aku ada komitmen dengan siapa-siapa!” Marah Yusri. Tiba-tiba hatinya berasa panas . Mana mungkin dia kahwin dengan orang yang langsung dia tak kenal dan tak cinta. Mamanya memang sengaja mahu menyusahkan hidupnya!

“ Tapi itu kan permintaan mama kau..mana boleh kau tolak. Berdosa tau kalau tak ikut cakap orang tua. Lagipun umur kau bukan muda lagi pun. Elok lah tu kalau kau kahwin sekarang…” Pujuk Fatiha lembut. Tawanya kian mengendur. Wajah Yusri mula masam mencuka.

“ Masalahnya sekarang aku tak kenal perempuan tu! Macam mana aku nak hidup dengan orang yang aku tak cinta? Tak nak lah aku..merana hidup aku nanti!” Tegas Yusri.

“ Alah..belum cuba belum tahu Yusri..mana tahu perempuan tu jodoh kau. Orang kata..pilihan orang tua ni biasanya tepat. Mereka tahu the best untuk kita…Bercinta lepas kahwin kan lebih baik..”

“ The best apa? Kau ingat ni zaman dulu-dulu ke? Ini zaman moden la beb. Mana ada lagi cinta-cinta lepas kahwin ni…huh!” Angin Yusri makin menjadi-jadi. Ternyata jawapan Fatiha langsung tak membantunya.

“ Hai..Yusri..Yusri..aku tak tahu nak cakap apalah…Sorry lah, pasal masalah ni memang aku tak dapat lah nak tolong kau…” Akhirnya Fatiha mengalah. Malaslah mahu bertekak dengan Yusri.

“ Tapi kau mesti tolong aku jugak!” Tegas Yusri. Dia memandang mata Fatiha dengan penuh berharap. Fatiha memandangnya pelik.

“ Lah. Nak tolong  kau macam mana pulak ni?”

“ Aku nak bawak kau jumpa mama aku petang ni jugak..boleh?” Soal Yusri bersungguh-sungguh.

“ Nak bawak aku jumpa mama kau? Buat apa?” Soal Fatiha hairan. Apa tak kena pulak dengan mamat ni?

“ Adalah…kau ikut je aku. Aku yakin cuma kau je yang boleh tolong aku sekarang…Boleh la Fatiha. I beg on you…petang ni ikut aku jumpa mama aku okay!” Pinta Yusri lagi separuh merayu. Fatiha serba salah. Apa pulak agenda Yusri kali ni?

“ Yelah..tapi untuk apa? Selama ni tak pernah pun kau bawak aku pergi rumah kau..tiba-tiba hari ni nak bawak aku pergi jumpa mama kau terus. Tak nak lah aku! Segan!” Fatiha menolak.

“ Ala..Fatiha..aku mintak tolong kau kali ni je..Please…” Yusri merayu lagi dengan pandangan yang berkaca. Hai, ini yang aku lemah ni. Fatiha mengeluh halus.

“ Ha’ah ye lah..ye lah..tapi kau jangan nak buruk-burukkan aku depan mama kau pulak..” Fatiha memberi amaran. Takutlah jugak..mana tahu Yusri saja nak kenakan dia.

“ Ok janji! Thanks Fatiha…sayang kau!” Balas Yusri sambil tersenyum lebar. Yusri yakin rancangannya kali ni pasti berjaya. Hanya inilah satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya dari kena paksa kahwin. Fatiha masih bingung dengan tindakan Yusri. Sungguh tak masuk akal. Tapi , bila tengok Yusri merayu-rayu macam tu, rasa tak sampai hati pulak dia mahu menolak permintaan lelaki itu. Tak apalah, kali ni je. Bukan selalu pun dapat tolong Yusri.

##########################

Fatiha mula tidak senang duduk. Yusri di sebelahnya cuma berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Puan Rukiah dengan Encik Wahid sudahpun melabuhkan punggung di hadapan mereka. Fatiha mula rasa tidak sedap hati. Apa sebenarnya Yusri nak bincang dengan mama dengan papa dia sampai nak bawak dia jumpa mereka? Tadi, dia jugak yang setuju dengan permintaan Yusri tapi apabila sampai di rumah banglo mewah Yusri, dia terasa lain macam pulak. Rasa seperti dia tersalah langkah pulak mengikut Yusri datang ke sini. Dia tak sepatutnya datang ke sini.

“ Siapa ni Yusri?” Soal Puan Rokiah hairan. Tak pernah anaknya bawa mana-mana perempuan sebelum ni. Dalam diam, dia memandang gadis putih gebu dan bertudung ungu di hadapannya ini. Cantik jugak budak ni.

“ Owh..ini Yusri kenalkan ,Siti Nur Fatiha…Orang panggil dia Fatiha je..” Jawab Yusri laju. Aku sekadar mengangguk.

“ Oh..Fatiha..sedapnya nama tu. Kamu jadi apa dengan dia? Sebelum ni tak pernah pun ajak dia jumpa mama dengan papa…” Sampuk Encik Wahid tiba-tiba.

“ Bukan tak nak ajak, tapi Fatiha ni selalu sibuk…” Balas Yusri. Fatiha memandangnya pelik. Aku selalu sibuk? Tak pernah pun dia ajak aku? Fatiha mengelamun sendiri.

“ Yeke..tapi apa hubungan kamu dengan dia?” Soal Puan Rokiah ingin tahu. Nampak lain je cara anak teruna dia pandang Fatiha.

“ Sorrylah mama..papa..Sebelum ni Yusri tak pernah cerita apa-apa pasal Fatiha..Sebenarnya Fatiha ni girlfriend Yusri. Dah 5 tahun kitaorang couple sejak dari belajar kat Jepun lagi…” Jawab Yusri ‘sejujur’ yang mungkin. Mata Fatiha membulat. Apa? Bercinta? Bila masa pulak aku bercinta dengan dia? Fatiha semakin tidak senang duduk. Apa agenda Yusri sebenarnya ni?

“ Err..Tak..tak..Uncle dan Aunty jangan salah faham…sebenarnya kami..”

“ Ha’ah sebenarnya kami merancang nak kahwin dah lama dah. Tapi baru kali ini kami bersetuju nak kahwin betul-betul..kalau boleh bulan depan…lagi cepat lagi bagus..” Belum sempat Fatiha menghabiskan ayatnya, Yusri lebih pantas memintas. Fatiha menjegilkan matanya. Namun, Yusri buat-buat tak nampak.

“ Apa?! Kenapa kamu tak pernah beritahu mama dan papa pasal ni? Sampai hati kamu ye Yusri…susahkan  mama je cari jodoh untuk kamu!” Marah Puan Rukiah. Dia sedikit terkilan dengan anaknya yang tidak pernah menceritakan soal Fatiha padanya.

“ A’ah Yusri..kenapa baru sekarang mahu cerita? Kamu tahu tak kami dah rancang macam-macam untuk kamu!” Encik Wahid mencelah. Wajahnya berubah masam. Fatiha semakin kalut. Apa yang dah berlaku ni?

“ Aunty..uncle..Sebenarnya saya dengan Yusri tak ada apa-apa. Kami cuma kawan je..” Jawab Fatiha kelam kabut. Dia menyiku Yusri mengharapkan lelaki itu memperbetulkan cerita karut ni.

“ Kawan je? Apa ni Yusri? Cuba cakap dengan mama betul-betul…” Marah Puan Rokiah.

“ Ehh..jap..jap..Mama..papa..Betul lah…kami tengah hangat bercinta ni... Bulan depan kami memang rancang nak kahwin. Yusri dah jumpa dah parents dia. Mereka setuju sangat mama!” Jawab Yusri laju. Fatiha mahu membuka mulut tapi tangan Yusri lebih pantas menutup mulutnya. Mata Fatiha buntang.

“ Tapi tadi kenapa Fatiha cakap macam tu?” Soal Puan Rokiah hairan. Pening dia dengan gelagat dua manusia muda di hadapannya ini.

“ Sebab dia malu mama…Ye lah..dia sendiri pun tak sangka dapat jumpa mama dan papa hari ni…So, boleh tak minggu depan mama pergi pinang Fatiha? Yusri tak nak lah lengah-lengahkan benda baik ni..” Yusri cuba mereka ayat yang terbaik untuk meyakinkan mamanya.

“ Habis tu macam mana dengan rancangan mama sebelum ni?” Soal Puan Rakiah balik, langsung tidak berpuas hati dengan permintaan Yusri yang tiba-tiba. Mana taknya, dia dah janji dengan Datin Faridah mahu pinang anak perempuan dia minggu depan untuk Yusri. Bila semua sudah siap dirancang, tiba-tiba anaknya datang mengaku yang dia sudah ada teman wanita.

“ Alah..mama cancel je lah..Apa susahnya.. Tak kan Yusri nak kecewakan bakal isteri kesayangan Yusri pulak..Tak ada siapa-siapapun boleh pisahkan kami tau!” Tegas Yusri. Puan Rokiah dan Encik Wahid sedikit tersentak. Mereka masih terkejut dengan pengakuan Yusri yang tiba-tiba. Mereka kehilangan kata. Yusri pula tersenyum puas. Satu kenyitan manja dihadiahkan pada Fatiha. Fatiha membuang pandang.Kurang asam kau Yusri! Sampai hati kau buat aku macam ni! Marah Fatiha cuma di dalam hati. Dia mahu marah tapi memandangkan ibu bapa Yusri ada di hadapannya..dia membatalkan niat itu.

#######################

“ Kau ni kenapa Yusri? Tiba-tiba je buat cerita tak betul depan parents kau! Kalau tahu macam ni aku tak nak ikut kau tadi tau! Buat aku malu je!” Marah Fatiha sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam kereta,menuju ke rumah sewa Fatiha. Sungguh dia geram dengan Yusri yang langsung tidak menghormati maruahnya sebagai seorang wanita.

“ Okay..Okay..aku mintak maaf okay! Aku terpaksa buat macam tu..tu je cara untuk aku mengelak dari kahwin dengan perempuan pilihan mama..” balas Yusri bersungguh-sungguh.

“ Ooo jadi salah satu cara nak elak kahwin dengan dia adalah kahwin dengan aku? Apa ni Yusri? Soal kahwin bukan boleh buat main-main!” Marah Fatiha lagi. Angin Fatiha semakin menjadi-jadi. Yusri ni suka membuat kerja gila!

“ Alah..Fatiha..tak kan kau nak tengok aku tak bahagia kot kahwin dengan perempuan tu. Kau tak kesiankan aku ke?”

“ Memang aku tak nak tengok kau tak bahagia..tapi dengan kahwin dengan aku, kau akan bahagia ke?” Gertak Fatiha. Yusri memang dah lebih!

“ Mungkin..” Jawab Yusri selamba.

“ Mungkin? Heh Yusri! Aku rasa kau kena perbetulkan balik kenyataan kau dengan parents kau..kau tak kan bahagia lah kalau kahwin dengan aku…” tegas Fatiha.

“ Kenapa pulak?”

“ Sebab kita tak saling mencintai…sebuah perkahwinan ni memerlukan cinta untuk bahagia..Kalau tak ada cinta, macam mana nak bahagia…Kau kena faham tu!”

“ Tapi cinta boleh dipupuk kan lepas kahwin. Yang penting sekarang kau kena selamatkan aku dari kahwin paksa ni..”

“ Selamatkan kau, dengan kahwin dengan kau? Kau dah gila ke? It’s not a joke ok!”

“ Ye Fatiha..janganlah kau marah macam ni. Aku mintak kau nikah dengan aku kali ni je..lepas tu bila masalah aku dah settle , kita bercerai lah….Yang penting aku tak jadi kahwin dengan perempuan tu. Aku tak suka! Lebih baik aku kahwin dengan kau!” Kata Yusri tanpa rasa bersalah. Fatiha terlopong. Sah..sah lelaki ni dah gila!

“ Yusri! Kau ingat kahwin cerai ni boleh dibuat main-main  ke? Haram tau tak? Aku boleh tolong kau dengan cara lain..tapi bukan dengan cara macam ni!”

“ Fatiha..please..Okay, kalau kau tak percaya..kita buat perjanjian bertulis untuk suatu tempoh yang kita akan bincangkan kemudian. Kau kemukakan je semua syarat-syarat yang kau nak lepas kita kahwin dan aku pulak, ada syarat-syarat aku sendiri. Kiranya, kita kahwin atas kertas je lah…but at the same time we are still best friend. Then, sampai satu masa nanti..kita berpisahlah dan mulai hari tu kita bukan lagi jadi suami-isteri. Kau dan aku boleh buat hal masing-masing lepas tu. Sekarang ni,aku cuma nak status ‘married’ tu supaya mama dan papa aku tak bising lagi pasal ni. And..supaya dia tak paksa aku lagi untuk kahwin dnegan orang yang aku tak suka. So, macam mana? Setuju?”

“ Maksud kau buat  ‘Aku Janji’?” Soal Fatiha inginkan kepastian. Penerangan dari Yusri sedikit sebanyak mengendurkan amarahnya.

“ Yes! Exactly! Kali ni je Fatiha aku mintak tolong kau. Lepas ni, aku janji tak kan mintak apa-apa lagi dari kau walaupun lepas kau jadi isteri aku. Aku tak kan mintak hak-hak aku sebagai suami…aku janji tu!” Pinta Yusri bersungguh-sungguh. Dia begitu mengharapkan Fatiha akan bersetuju dengan permintaannya. Hanya ini sajalah cara untuk selesaikan masalahnya sekarang. Tak kisahlah perkahwinan ni bukan atas dasar cinta, janji dia berpuas hati.

“ Hurmmm..kau ni kan macam-macam je lah Yusri…Tengoklah macam mana nanti. Bagi aku masa untuk fikir dulu..” balas Fatiha. Satu keluhan kasar dihempaskan. Fatiha masih keliru dengan keputusan yang bakal dibuat.

“ Okay! Tapi jangan fikir lama sangat tau! Aku dah tak sabar nak kahwin dengan kau!” Yusri bersorak riang mendengar jawapan Fatiha. Dia yakin Fatiha mula menerima cadangannya.

“ Hish kau ni! Jangan nak mengada-ngada ok! Kalau aku jadi kahwin dengan kau pun bukan sebab aku cinta kau..tapi sebab aku nak tolong kau..kau jangan pulak nak fikir lebih-lebih…” balas Fatiha .

“ Ok madam! Aku akan tunggu keputusan kau!” Jawab Yusri laju. Dia menarik nafas lega. Huh, nasib baik ada Fatiha, boleh tolong aku di saat aku buntu. Kalau tak memang menangis tak berlagulah kalau aku kahwin dengan anak datin yang perasan cantik tu!



p/s : Ini novel terbaru saya..sementara mencari idea untuk menyambung TSM, saya ingin kongsikan idea saya ni dengan anda...sory kalau tak best or tak memuaskan hati pembaca....anyway saya amat menghargai komen dan bacaan anda di blog saya...=)

4 comments:

  1. best...kelakar..sambunglah lagi

    ReplyDelete
  2. salam org ganu .... lamo myepi... sepi sesepinya....nak tyo bilo nok smbg CiNTa ThriLLEr

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...bukan menyepi tapi semenjak 2 menjak ni memang agak sibuk...oncall je memanjang..cinta thriller tu tgh fikir mau sambung tapi tak tahu lagi bila...insyaAllah kalau ada masa saya sambung yer..anyway thanx for visiting my blog..=)

      Delete

Kata-kata anda amat bermakna..=)