“ Kampung awak kat mana?” Aku berhenti menyuap apabila soalan itu diajukan .Aku memandang Encik Hakim sekilas .Apa kes tiba-tiba tanya kampung aku kat mana ni.
“ Kat terengganu..,” jawabku ringkas . Sebenarnya aku berasa kekok untuk berbual dengan Encik Hakim .Maklumlah 1st time dapat keluar lunch dengan bos .Selama ini mana pernah aku diajak makan melainkan rakan sekerjaku yang ajak.
“ Awak balik sana berapa kali sebulan?” tanya Encik Hakim lagi.
“ Setahun sekali je..raya je boleh balik encik. Kat syarikat tu kan banyak kerja. Mana boleh cuti main-main. Betul tak bos?” terangku dengan panjang lebar. Aku kalau bab cuti ni memang allergic sikit. Yela..aku dah stress gila sebab permohonan cutiku asyik ditolak kerana kononnya alasan yang aku berikan tidak munasabah.
“ Betul tu. Hurmm..bagus-bagus . Tapi saya tengok , kat dalam laci saya banyak borang permohonan untuk cuti .Dan..hampir 90% surat tu dari awak dengan macam-macam sebab.Ada sebab mak sakit la, abang sakit la, ada kes emergency la..mak sedara nak beranak la..betul ke?” DUSH!! Kata-kata Encik Hakim betul-betul terkena di dahiku. Aduhh malunya…nampak sangat aku ni kempuna nak cuti . Encik Hakim hanya tersenyum melihat telatahku . Senyum perli la tu..
“ Betul ke?” Encik Hakim mengulangi kata-katanya membuatkan aku menggaru kepala yang tidak gatal .Tidak tahu jawapan apa yang paling tepat perlu aku berikan kepadanya .
“Err..betul kot..,” jawabku acuh tak acuh.
“ Betul kot?” Encik Hakim mengerutkan keningnya yang lebat .Sedikit hairan dengan jawapanku.
“ Ya…betul..Tetapi permohonan saya selalu ditolak semasa Encik Badrul jadi bos dulu,” aku mula memasang kelentong .
“ Hurmm..setahu saya Encik Badrul tu jenis yang teliti . Dia tidak akan meluluskan cuti dengan sewenang-wenangnya jika tiada sebab yang kukuh,” erk? Encik Hakim ni macam nak mempermainkan aku jek . Memang la Encik Badrul tu memang tegas , susah nak percaya dengan alasan-alasan cuti yang aku berikan . Mungkin muka aku tidak cukup kesian nak mintak cuti kot . Teman sekerjaku dapat je kalau mintak. Masuk turn aku je, mesti tak lulus punya .Sungguh tidak adil..
“ Encik Badrul tu memang..,” aku tidak jadi meneruskan ayat kutukan yang ditujukan khas untuk Encik Badrul kerana aku takut Encik Hakim akan menyampaikan kata-kata itu kepadanya .
“Memang apa?” Encik Hakim sekali lagi mengerutkan dahi.
“ Memang bos yang berdedikasi..,” aku cuba kelentong lagi . Encik Hakim kemudian tersenyum dan kemudian tersengeh sambil menggelengkan kepala. Ish, ada yang tak kena ke dengan aku?
“ Kenapa Encik Hakim?” Tanyaku jujur . Tidak mahu persoalan yang bermain di benakku terbiar tanpa jawapan.
“Hurmm..tak ada apa-apa. Saya rasa bukan tu jawapan yang awak nak cakap kan?” soal Encik Hakim sambil menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya .
“ Betul la..saya tak tipu . Saya betul-betul respect la kat Encik Badrul tu.. He’s the best boss I ever have..,” ceh..kata-kataku memang jauh lari dari realiti . Saja tidak mahu menimbulkan kontroversi .
“ Owh I see..,how about me?” Soal Encik Hakim .
“ Errr..Encik Hakim pun best jugak..” Jawabku spontan.Encik Hakim ni suka dipuji rupanya kerana sebaik sahaja aku berkata begitu senyumannya semakin melebar. Bukan setakat itu sahaja,dia turut merenungku dalam membuatkan aku tersipu . Pandangannya sunguh redup.Wajahku mula membahang. Segan la pulak.Err..bos aku ni kenapa? Janganla tenung macam tu wahai bos aku yang hensem dan berhidung mancung.Cair aku nanti .
“ Encik Hakim..Encik Hakim..,” aku melambai-lambai tangan di hadapan wajahnya namun tiada reaksi . Dia merenungku lama membuatkan aku semakin malu . Peluh mula memercik di dahiku . Peluh dingin .
“ Encik Hakim!” Gertakku. Dia terus tersedar seperti baru tersedar dari mimpi indah .
“Sory..,” kata Encik Hakim sepatah. Matanya terus memandang jam di tangannya . Cover malu kot.
“Encik Hakim ok ke?” Aku cuba menutup getar di hati dek renungan romantis dari Encik Hakim yang ku anggap poyo sebelum ini.
“Mestila ok...dengan awak semuanya ok..” Gulp! Aku menelan air liur . Encik Hakim ni bergurau ke apa..Lembut gila suara dia. Dia tersenyum manis semanis ice cream di hadapanku ini.
“ Encik Hakim..saya rasa lebih baik kita balik ke pejabat sekarang . Dah masuk pukul 2.30pm ni .Saya banyak kerja nak buat ni,” kataku lembut.
“Hai awak bos ke saya bos? Suka hati saya la nak balik pukul berapa,” jawabnya sinis. Aik aku cakap salah ke?
“ Tapi…,”
“ Tak ada tapi-tapi..saya nak awak teman saya jalan-jalan pula lepas ni ,” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Encik Hakim lebih pantas memintas.
“ Tapi..,”
“Stop tapi! Just follow me okay!” Aku terdiam seribu bahasa apabila disergah begitu oleh Encik Hakim. Bos aku ni demam ek? Apasal nak ajak aku jalan-jalan pulak.Ish..musykil..musykil.
“ Im sory..saya tak ada niat nak marah awak ,” nada suara Encik Hakim berubah lembut . Sejuk hati aku apabila dia meminta maaf. Ha..macamtula..dah salah tu pandai-pandaila minta maaf. Aku tersenyum .
“ Tak apa Encik Hakim.. saya selaku pekerja bawahan ikut je apa yang diperintahkan,” aku sengaja menuturkan ayat skema.
“ Good girl..,” dia tersenyum sambil menganggukkan kepala. Aku buat-buat senyum walaupun dalam otakku sedang ligat berfikir . Kenapa Encik Hakim benar-benar berubah hari ini .Nampak jauh lebih berlemah lembut dan gentleman denganku. Leha cakap dia mungkn syok kat aku tapi betul ke?aihhh jauh benor aku fikir . Tak nak la jadi minah perasan.
Sepanjang petang itu aku hanya menemani Encik Hakim ronda-ronda di kotaraya Kuala Lumpur tanpa arah tujuan yang pasti .Walaupun tempoh itu hanya sekejap namun cukup untuk aku mengenali Encik Hakim dengan lebih dekat.Baru aku tahu bahawa Encik Hakim rupa-rupanya begitu romantis dan optimis. Perwatakannya jauh berbeza hari ini membuatkan aku benar-benar selesa dengannya dan mungkin juga jatuh hati..oh tidak..terlalu awal untuk itu kerana tidak sampai sehari lagi aku keluar dengannya . Namun, jauh di sudut hatiku aku bahagia dengan layanan Encik Hakim yang cukup mesra. Pelbagai jenis aksesori wanita dia belikan untukku ketika membeli belah di kompleks membeli belah di sekitar ibu kota . Kami seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain walaupun perubahan sikapnya bagiku agak drastik dan tidak terjangka dek akal . Aku mengabaikan semua rasa hairanku kerana pada pandanganku Encik Hakim memang peramah ,pemurah dan penyanyang.
---------------------------------------------------------------------------------------
“ Hai, lewatnya kau balik.Pergi mana?” Soal Fatin, satu-satunya teman serumahku sebaik sahaja melihat kelibatku muncul di muka pintu. Aku perlahan-pelahan melangkah menuju ke arahnya dan menghempaskan diri di atas sofa bersebalahan dengannya.
“ Pergi jalan-jalan..,” aku jawab dengan malas. Letih bukan kepalang sekarang .Rasa mahu tercabut sendi lututku kini. Aku mengikut Encik Hakim sepanjang petang dan malam .Tak sangka orang lelaki pun suka window shopping.Ingatkan perempuan je. Kini jam menunjukkan pukul 9 malam . Owh..tidak hairanla aku berasa penat yang teramat.
“ Kau pergi dengan siapa? Kau tak pergi kerja ke?” Aduhh, bisingla Fatin nih .Macam mak nenek tanya macam-macam .
“Pergi dengan bos . Petang tadi dia ajak aku pergi lunch lepas tu bawak aku pergi jalan-jalan round KL..”
“Wow! Dengan bos tu….kau jampi apa kat dia sampai dia tersangkut kat kau?” Fatin membetulkan duduknya dan menghadap aku. Wajahnya betul-betul teruja.
“ Gila kau! Mana ada aku jampi dia. Aku pun hairan jugak..pagi tadi dia angin dengan aku.Lepas tu petang dia tiba-tiba jadi baik pulak. Bukan setakat tu jek, siap bawak aku jalan-jalan lagi .Macam la aku ni awek dia,” aku meluahkan rasa kehairanan yang dari tadi bersarang di hatiku.
“Ehh sebelum ni dia tak pernah ajak kau keluar ke?” Soal Fatin . Kelihatan dia juga hairan dengan ceritaku.
“ Tak pernah .Dah 2 bulan dia jadi bos kat tempat aku kerja . Ni 1st time dia ajak aku. Tapi seronok gak, banyak barang dia beli kat aku.Tengok ni..,” aku tersenyum riang .Aku menunjukkan barang-barang yang Encik Hakim hadiahkan kepadaku.
“Dia kasi semua ni??Rantai ni dia kasi? Mahal ni…” Farah kelihatan begitu terkejut . Dia membelek-belek rantai berlian di tanganku.
“ Yela, dia kasi..aku pun macam tak percaya…Tapi cantikkan rantai ni?” Aku menayangkan rantai itu di cermin dinding tidak jauh dari situ.Kelihatan sungguh elegan dengan ku.He..perasan pulak.
“ Cantik..tapi..” Farah mengerutkan dahi sedang memikirkan sesuatu.
“Tapi apa?” Soalku.
“Aku hairannla, kalau kau kata bos kau tu baru je kenal kau..tak kan la dia dah boleh beli macam-macam? Kau bukan tunang or awek dia pun.Apa tujuan dia sebenarnya?”
Ini yang aku tak suka ni .Fatin suka fikir bukan-bukan .Bukan nak kongsi kegembiraan dengan aku .
“ Tujuan apa pula..biarla dia nak kasi.Tu tandanya dia suka kat aku..,” aku mula perasan. Entahla perasaanku kuat mengatakan yang Encik Hakim suka padaku . Tidak pernah ada lelaki yang mahu mendekati aku sebelum ini apatah lagi menghadiahkan aku barangan semahal ini .Mungkin kerana kegaranganku tetapi Encik Hakim berani .Yela aku sebab dia bos aku kot .Aku jadi tak berani sangat nak bergarang-garangan dengan dia.
“Lina..kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“ Kau cakap apa ek?Sory..aku tak dengar..,” Aku hanya melemparkan sengehan yang seperti kerang busuk menandakan aku tidak dengar soalan yang diajukan kepadaku. Biasala aku ni kan ‘mek koya’,selalu berkhayal ketika orang bercakap.
“Aku cakap..kau kena hati-hati dengan bos kau tu . Aku rasa dia ada niat lainla..”
“ Lahh kau ni..boleh tak jangan fikir negatif dan tuduh orang tak tentu pasal . Tak baik tau..” aku geram betul dengan Fatin. Selalu fikir lebih-lebih.
“ Lina..aku lebih berpengalaman la…learn from me.” Aku merengus halus .Fatin selalu tidak berpuas hati selagi aku tidak menerima kata-katanya . Rimas pulak aku .
“ Fatin, kau ni dengki ke?” Aku melemparkan paku buah keras kepada Fatin menandakan tanda protes .
“ Aku tak dengkila..aku cuma nak nasihatkan kau supaya kau lebih berhati-hati . Orang kaya, bukan boleh percaya sangat..,” Fatin begitu bersungguh menuturkan kata-katanya .
“ Satu lagi , kita orang perempuan jangan mudah perasan sangat sebab nanti kita sendiri yang merana,” sambung Fatin lagi sambil perlahan-lahan berlalu meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu . ‘Kena hati-hati?’ Aku mula berfikir akan kebenaran kata-kata Fatin . Betul jugak tu . Encik Hakim seperti mahu menyogokku dengan barang-barang mewah ni je. Ada udang di sebalik mee ke? Arghh persetankan lah..janji aku dah dapat rantai yang aku impikan selama ni. Yahoo!!
bestla cte ni...cpt2 la sambung ek.
ReplyDeletea'ah la bos dia tu cam nk ngurat lina jek.syam macm mana pulak?
ReplyDeletehehe lawak la..cpt2 la sambung ek.cte ni sempoi gle!!gud job
ReplyDeletelawak apanya. benci betul pompuan gitu. mata duitan. pastu macam gedik je. mula2 cite nampak cam ada pendirian tapi sekarang, rasanya macam pendirian tu dah nilang kemana. kalau dia perempuan baik, takkan lah dia terima hadiah2 mahal begitu saja. x kena jadinya. ish3
ReplyDeletethanx 4 al da comment. actually cte ni ada sumthing yang akn dirungkaikan..juz wait n see.=)
ReplyDelete