Saturday, January 26, 2013
Novel : Tidak Seindah Mimpi 39
Hari ini aku tinggal di rumah ibu bapa Syam . Mereka beriya-iya mengajakku ke sini , kata mereka kehadiranku di sini semata-mata untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami sebelum aku sah bergelar menantu mereka. Aku memerhatikan cenderamata perkahwinan untuk diberi pada tetamu pada hari persandinganku. Cantik. Simple tapi nampak cukup eksklusif.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya lagi 3 hari majlis perkahwinanku dengan Syam akan berlangsung. Debaran di hati kian terasa. Persiapan perkahwinan sudah selesai. Tinggal menunggu untuk hari akad nikah dan bersanding je. Jauh di sudut hatiku terasa amat gentar untuk mengharungi kehidupan berumahtangga nanti. Aku takut aku tidak dapat memikul tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna. Namun, aku tetap berdoa di dalam hati semoga segala rancangan perkahwinanku dengan lelaki yang amat aku cintai dalam hidupku akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebolehnya aku tidak mahu apa-apa masalah sepanjang majlis itu berlangsung. Ya Allah..permudahkan segala urusan kami..
“ Lina!” Syam menyergahku tiba-tiba membuatkan cenderamata perkahwinan di tanganku terlepas.
“ Syam! Awak ni kan suka sangat buat saya terkejut tau!” Marahku.
“ Opss..sorry sayang..abang tak sengaja…” balas Syam sambil ketawa.
“ Ish awak ni..tak payah la berabang sayang. Belum masanya lagi tau..” Kataku. Pipiku mula membahang panas mendengar Syam memanggilku begitu.
“ Apa pulak belum masanya lagi..kan lagi 3 hari kita bakal bergelar suami isteri…So, tak salah abang panggil sayang macam ni kan? Baru manja sikit…” Syam masih mahu menyakatku.
“ Eii awak ni..gatal lah!”
“ Abang gatal dengan sayang je…tak sabar ni nak tunggu hari akad nikah…tak sabar nak…”
“ Awak! Dah la tu! Itu je yang awak fikir ek!” Marahku tiba-tiba. Dari pandangan nakal Syam, aku sudah dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran lelaki itu.
“ Lah saya kata tak sabar nak peluk awak pun salah ke?”
“ Ye lah tu!”
“ Iyer la sayang….i’m really love you…apa salahnya saya peluk orang saya sayang kan?”
“ Tapi..tunggu lah kita nikah dulu..”
“ Ye lah..maksud saya lepas kita nikah lah…tak kan lah nak peluk sekarang kan. Kalau buat sekarang, nanti tak pasal-pasal kena penyapu lidi dengan mama saya..naknya saya nanti…” balas Syam sambil ketawa. Aku turut ketawa. Syam ni memang nakal!
“ Ermm..pandailah awak ek! Awak nak pergi mana ni? Macam nak ke pejabat je..” Soalku. Baru aku perasan dia sudah siap berpakaian kemas dengan kemeja dan sluar slack seperti mahu ke pejabat.
“ Oh..saya ada meeting sekejap kat office..entahlah ada masalah sikit dengan projek perumahan papa tu..” Balasnya.
“ Hai..dekat wedding kita pun sibuk meeting lagi ke? Tak kan tak dapat cuti kot..ye lah kan kerja lagi penting…” kataku perlahan. Sedikit terkilan kerana sepatutnya sekarang ni, Syam perlu banyak menghabiskan masa untuk membuat persiapan perkahwinan bersamaku. Bukannya sibuk ke pejabat.
“ Bukan maksud saya macam tu sayang….Saya pun tak expect masalah ni timbul masa ni. Masalahnya , papa tak boleh handle sorang-sorang masalah ni…He really needs me..So, I’m the only one who can help him now…” Pujuk Syam lembut.
“ It’s okay awak..saya faham…” Jawabku sayu. Sebolehnya aku cuba menutup rasa terkilan di hati.
“ Sayang..janganlah macam ni. Saya nak pergi kerja pun tak senang hati tau..Ok lah, saya janji..lepas settle kerja kat pejabat tu, saya cepat-cepat balik ek..Saya janji akan tolong awak siapkan semua ni...okay?”
“ Hurmm..I hope so..” jawabku malas.
“ I promise ok! Trust me Lina…cubalah senyum sikit…Awak lagi cantik tau kalau awak senyum…” Syam masih cuba memancing perhatianku.
“ Ye…okay..Saya pegang janji awak..Tapi, awak jangan mungkir janji pulak…” Balasku. Aku cuba melemparkan senyuman padanya .
“ Hah..macam tu lah bakal isteri abang! You are so sweet when you smile..senyum awak membuatkan saya sampai tak lena tidur tau!”
“ Eleh pandai la awak kelentong saya ek..”
“ Bukan kelentong..ini kenyataan lah…Okay Lina..Saya pergi dulu ye…See you…I love you so much!”
“ Yer..I love you too…” Balasku lembut. Syam tersenyum girang. Dia terus melangkah meninggalkanku dan menuju ke arah kereta yang di parkir di luar rumah.
“ Syam nak ke mana pulak tu?” Datin Syarifah , mama Syam tiba-tiba muncul.
“ Nak ke pejabat mama..katanya ada urusan kat pejabat papa…” Jawabku perlahan.
“ Hish anak dengan bapak sama je..asyik sibuk je memanjang. Mahu kahwin pun masih sibuk dengan hal pejabat….Tak faham betul lah…” Datin Syarifah mula membebel.
“ Tak apalah mama…urusan kerja tu penting agaknya sampai tak boleh tangguh-tangguh…Lagipun persiapan kahwin semua dah siapkan?”
“ Memang lah dah siap..tapi sepatutnya si Farid tu temankan kamu sekarang siapkan apa yang patut. Bukan temankan papa dia kat pejabat…” Sambung Datin Syarifah lagi. Aku hanya tersenyum kelat. Ada benarnya juga kata-kata Datin Syarifah. Entah mengapa , aku sedikit terasa apabila Syam seolah-olah tidak bersungguh dalam menyiapkan persiapan perkahwinan kami. Masanya banyak dihabiskan di pejabat sejak kami pulang dari Jakarta. Nasib baiklah ada Kak Za dan Datin Syarifah. Mereka yang banyak menguruskan itu ini serta mengumpul saudara mara untuk turut membantu membuatkan persiapan ini semua. Kalau harapkan aku dengan Syam nak buat semua tu, memang berbulan-bulan pun tak kan siap. Namun, aku cuba positifkan mindaku, mungkin betul Syam sibuk tapi aku yakin walau sesibuk manapun lelaki itu , dia sentiasa mengingatiku walau di mana dia berada. Aku yakin hanya aku ada dalam hatinya…
#################
Tengah hari ini aku berseorangan memandu kereta ke Tadika Kemas yang terletak tidak jauh dari rumah sewaku. Kalau boleh,aku tidak mahu terlewat sedikitpun untuk menjemput Sofea . Hari ini aku dah berjanji dengan dia untuk bawa dia jalan-jalan. Ye lah, sejak aku balik ke Malaysia, masa aku banyak dihabiskan untuk membuat persiapan kahwin sampai tak sempat nak keluar jalan-jalan ambil angin dengan Sofea.
Aku melilau mencari kelibat Sofea di hadapan tadika tersebut. Aku sedikit pelik hari ini . Biasanya anak kecilku itu akan tunggu di hadapan pagar tadika sebaik sahaja habis waktu belajar di tadika. Tapi hari ni tak kelihatan pulak. Budak-budak tadika yang lain satu persatu keluar tapi tak nampak pulak bayangan Sofea. Aku mula rasa tidak sedap hati. Aku terus melangkah keluar dari keretaku dan menuju ke bahagian dalam tadika . Mana tahu, Sofea masih ada di dalam.
“ Cikgu Linda…Sofea masih ada di dalam ke?” Soalku kepada seorang guru muda di hadapanku.
“ Sofea? Eh, bukan tadi dia sudah balik ke?” Cikgu Linda menyoalku balik.
“ Sofea balik? Maksud cikgu?” Soalku kurang mengerti.
“ Tadi saya nampak ada lelaki yang jemput dia..katanya dia tu pak cik Sofea…” Jawapan Cikgu Linda cukup membuatkan tangkai jantungku direntap.
“ Pak cik Sofea? Siapa? Syam?” Soalku cemas.
“ Bukan..katanya namanya Hakim. Dia cakap..Puan Lina yang suruh dia ambil Sofea..” jawab Cikgu Linda jujur. Mataku buntang.
“ Apa?! Hakim? Cikgu..kenapa cikgu tak call saya dulu tanya? Kenapa cikgu biarkan lelaki tak guna tu jemput Sofea?!” Marahku tiba-tiba. Cikgu Linda tergaman melihat reaksiku yang tiba-tiba. Saat ini aku seperti hilang arah tujuan. Ya Allah..apa lagi rancangan Hakim kali ni? Macam mana lelaki itu tahu yang Sofea ada di sini. Air mataku mula laju merembes membasahi pipiku. Tidak! Tidak mungkin! Hakim tak boleh mengapa-apakan Sofea.
“ Maaf Puan Lina..saya tak tahu pasal ni. Saya ingatkan Puan Lina yang minta Encik Hakim jemput Sofea tadi. Saya minta maaf banyak-banyak puan…” Kata Cikgu Linda dengan penuh rasa bersalah.
“ Cikgu Linda! You are so careless! Macam mana cikgu boleh biarkan budak 4 tahun ikut orang yang tak dikenali?! Kalau orang tu nak culik Sofea macam mana? Siapa nak bertangunggjawab?!” Marahku pada cikgu Linda semakin menjadi-jadi. Cikgu muda itu semakin kalut. Aku seperti hilang pertimbangan.
“ Maafkan saya puan…..saya akui..ni semua salah saya..Saya tak sengaja..” Cikgu Linda berkali-kali meminta maaf namun sedikitpun tidak menyejukkan hatiku yang panas.
“ Ok fine! So macam mana sekarang? Apa saya nak buat sekarang? Macam mana saya nak cari anak saya? Macam mana?! Cuba cikgu jawab!
Aku seperti terkena serangan histeria. Tanpa menghiraukan Cikgu Linda, aku terus melangkah laju menuju ke kereta. Aku bingung. Apa aku nak buat sekarang ni? Ya Allah, aku tak sanggup mahu terima dugaan seperti ini..Tolonglah Ya Allah selamatkan Sofea. Aku tak mahu Hakim mengapa-apakan anak kesayanganku itu. Aku tak sanggup kehilangan permata hatiku dari hidupku.
“ Triit…Triittt…” Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi nyaring. Aku terus mencapainya. Kelihatan nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon. Siapa ni? Aku teragak-agak untuk menjawab.
“ Hello…” Sapaku.
“ Hello Lina…how are you?” Suara garau seorang lelaki bergema di hujung talian.
“ Siapa ni?” Soalku laju.
“ Lina..tak kan awak tak kenal suara lelaki kesayangan awak ni…” balasnya sambil ketawa. Hatiku bagaikan tersentap. Ya! Aku kenal suara itu!
“ Hakim! Bagi balik Sofea dekat saya! Awak jangan berani nak apa-apakan dia!” Marahku. Aku yakin itu Hakim. Marahku hanya disambut oleh gelak ketawanya. Aku semakin kalut.
“ Lina..Lina…awak jangan lah risau sangat. Sofea akan selamat dengan saya…Saya boleh jamin tu..” Balas Hakim lagi , agak sinis kedengaran.
“ Hakim! Please! Hantar balik Sofea ke tadika! Don’t you ever touch her!”
“ It’s ok lah Lina..sekali sekala saya bawak dia jalan-jalan apa salahnya kan. Sampai masanya saya akan serahkan pada awak balik. Don’t worry much okay..”
“ No! Tak payah nak tunjuk baik kat sini! Tolonglah Hakim..serahkan Sofea pada saya sekarang!”
“ Hushhh…don’t worry honey…macam saya cakap sebelum ni. Sofea akan selamat bila dengan saya..Kalau tak percaya, awak boleh cakap dengan dia sekarang, nak tak?”
“ Of course I want!” Jawabku laju. Saat ini air mataku semakin lebat mengalir. Sungguh aku tak sanggup kalau terjadi apa-apa dengan Sofea.
“ Mama…Sofea ni…” Aku tersentak apabila suara Sofea bergema di hujung talian.
“ Sofea..Sofea dekat mana ni? Cuba beritahu mama? “Soalku cemas.
“ Sofea dekat rumah uncle Hakim ni…”
“ Sofea, kenapa ikut Uncle Hakim..kenapa tak tanya mama dulu?”
“ Uncle cakap nanti mama yang suruh uncle ambil.Lepas tu nanti mama akan datang rumah uncle untuk ambil Sofea…” balas Sofea dengan nada ceria. Sedikitpun tiada rasa bersalah dalam suara anak kecil itu. Aku semakin resah.
“ Sofea, kenapa Sofea tak ikut cakap mama? Kan mama cakap, jangan ikut orang yang tak dikenali!” Marahku.
“ Sofea kenal uncle Hakim, sebab tu Sofea ikut. Mama jangan lah marah Sofea macam ni…” Rungut Sofea. Dadaku terasa semakin sempit. Ternyata Sofea masih mentah untuk menilai baik buruk sesuatu perlakuan. Apa agenda Hakim sebenarnya ni? Bila masa pulak dia kenal sangat dengan anak ku ini?
“Sofea..dengar cakap mama. Uncle Hakim bukan orang baik. Dia jahat! Kenapa ikut dia jugak!”
“ Tapi mama…”
“ Uncle Hakim tak jahat..uncle Hakim baik..” belum sempat Sofea menghabiskan kata-katanya, Hakim terus mengambil telefon dari tangan Sofea. Aku tersentak.
“ Hakim..please…Bagi balik Sofea pada saya..tolonglah..saya merayu sangat-sangat…” Rayuku mendayu-dayu.
“ Ok..saya boleh bagi balik Sofea kat awak..tapi dengan satu syarat..”
“ Apa syaratnya? Okay, awak nak duit berapa ? Awak cakap je..tapi serahkan balik Sofea pada saya!”
“ Syaratnya..It’s not about money…”
“ So, apa? Tell me now! Saya akan tunaikan…”
“ Are you sure?”
“ Yes, I’m sure..cakap je apa syarat awak. Saya boleh tunaikan asalkan awak serah Sofea pada saya!”
“ Hurmm..nice…syarat saya…awak kena batalkan perkahwinan awak dengan Syam!” Balas Hakim tegas. Aku terkedu.
“ Tidak! Tak boleh! Kenapa nak libatkan Syam dalam hal ni? Jangan libatkan soal perkahwinan saya dalam hal ni okay! Siapa awak nak batalkan rancangan kami?” Soalku geram. Hakim memang lelaki gila!
“ Yes! It’s totally related to Syam. Saya tak nak awak kahwin dengan dia! You are mine! You are totally mine!” Tegas Hakim lagi.
“ Hakim, awak dah gila ke? Kan saya dah cakap, saya tak pernah ada hubungan apa-apa dengan awak. So, please don’t do this to me! Please…awak boleh bagi syarat lain tapi bukan macam ni. Tolonglah jangan seksa hidup saya macam ni..” aku merayu lagi. Fikiranku betul-betul serabut kini.
“ Okay..fine. Kalau awak tak setuju dengan syarat saya tu…Sofea akan selama-lamanya jadi milik saya. Nyawa dia sekarang ada dalam tangan saya. Awak kena ingat tu!” Hakim mengugut keras. Aku mula tidak senang duduk.
“ Hakim! Jangan macam tu Hakim..jangan apa-apakan dia. Sofea tak bersalah…tolonglah Hakim..saya merayu sangat-sangat dengan awak…”
“ Sofea akan selamat kalau awak setuju dengan syarat saya…” balas Hakim keras. Sesungguhnya rayuanku langsung tak berbekas di hatinya.
“ Tidak Hakim! Saya tak boleh buat macam tu…Betul-betul tak boleh!”
“ So..now..it’s over! Sofea will be mine!”
“ Hakim ! Jangan!” Jeritku namun segalanya sudah terlambat. Hakim sudah mematikan talian telefon bimbitnya. Aku cuba mendail kembali nombor tersebut namun tidak berjaya. Arghh!!! Tidak!! Tidak!!Ini semua mimpi..ini semua ilusia! Tangisanku semakin kuat bergema. Ya Allah..tolonglah selamatkan Sofea. Aku tidak sanggup mahu meneruskan hidup ini jika Sofea pergi jauh dari hidupku. Apa aku perlu buat sekarang? Mana aku nak mencari Sofea? Perlukah aku ikut syarat Hakim? Tidak! Aku tidak sanggup membatalkan rancangan perkahwinanku dengan Syam yang semakin hampir. Ahh! Hakim memang lelaki kejam! Sungguh aku menyesal kerana mengenali lelaki itu dalam hidupku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhu makin suspen plak citer ni..apasal la hakim tu?? tak abeh2 nk kacau hubungan syam dgn lina...gramnyer! :-(
ReplyDeleteWahh suspennya...cepat2 sambung org ganu..x sabar nak tau apa jadi next..
ReplyDeleteAde sambungan ke tak ni?
ReplyDeleteKnapa ye..mane2 novel selalu buat cerita psl kna rogol/ culik..msti xkn laporkn pd phk polis..kononnye akn ada efect pd mangsa..
ReplyDeleteKalau blh..pembaca nk jaln cerita yg logik sikit..terutama kes rogol..selalu biarkn pihk pnjenayah lakukn ksalhan yg lbh bsr..baru nk kalut lapor..
Efek pd mgsa blkg cite..
Hrp sambungn nnti cik penulis x story mcm kbnyakn pnulis
Mane sambungannya?
ReplyDeleteplssss nak sambungan cerita ni...
ReplyDeleteCpt la update plss
ReplyDeleteCpt lah updateeee... .
ReplyDeleteMana sambungannya
ReplyDelete