Monday, October 1, 2012

Tidak Seindah Mimpi 26


Aku termangu.

Kata-kata Rangga tempoh hari cukup membuatkan jiwa wanitaku kecut.

“Kiranya kamu enggak cinta sama aku?” Kata-kata rangga masih terngiang-ngiang di telingaku.

Ya Allah…dugaan apakah lagi ini ? Aku mundar mandir dalam bilik ku yang hanyalah sekankang cuma. Aku memikirkan apakah perlu aku jawab sama Rangga. Tidak pernah terlintas langsung dalam fikiranku Rangga akan menaruh harapan sejauh itu terhadapku. Aku menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan selama ini. Aku tidak sangka wanita bunting macam akupun menjadi pilihan hatinya sedangkan di Jakarta betapa ramainya wanita cantik persis bidadari yang boleh menjadi ceweknya.

Semenjak hari itu , Rangga seolah-olah cuba mengelak dari bertembung denganku. Dia jarang menelefonku apatah lagi mahu menemuiku setiap hari seperti yang dilakukannya sebelum ini. Mungkin masih tidak puas hati dengan jawapanku tempoh hari. Aku cuma mengatakan yang aku anggap dia tidak lebih dari seorang kawan. Salahkah apa yang aku katakan padanya ? Kejamkah aku terhadapnya? Adakah aku dianggap tidak mengenal budi? Aku akui Ranggalah yang banyak membantu aku untuk bangkit semula dan menghiburkanku tika hatiku dilanda gundah .Tapi, persoalannya bagaimana aku mahu menerima cinta seorang lelaki yang aku baru sahaja aku kenal selama tidak lebih 5 bulan aku di sini ? Aku belum mengenal latar belakangnya sepenuhnya lagi. Lebih-lebih lagi hatiku masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki setakat ini setelah apa yang Hakim dan Syam buat padaku. Hatiku sudah cukup terluka dengan apa yang telah menimpaku sebelum ini. Hati ini seolah-olah terkunci rapat buat sesiapa . Aku tidak sanggup membiarkan diriku diperlekehkan lagi oleh insan bernama lelaki.

Cukuplah aku bersama kandunganku ini sahaja. Anak ini lah menjadi peneman hidupku kini. Semakin hari semakin sayang aku kepada jasad yang bergerak di dalam rahimku ini. Ya Allah..biarlah dia menjadi anak yang soleh yang boleh membimbing aku ke jalan kebenaran dan mendoakan kesejahteraanku ketika aku tiada di dunia ini kelak. Engkau berikanlah kesenangan dan kebahagiaan hidup kepadanya bila dia meningkat dewasa. Janganlah jadikannya sepertiku Ya Allah..janganlah membiarkannya menderita sepertiku..Air mataku begitu murah mengalir…sebak dadaku mengenangkan nasib anakku yang bakal lahir tanpa seorang ayah di sisi. Ya Allah tabahkanlah hatiku ini…

“Assalamualaikum…”  Ucapan salam dari luar pintu rumahku mematikan lamunanku . Aku mengerling jam di dinding.. 8.30 malam. Siapa pula yang datang malam-malam ni . Tanpa berlengah masa aku terus mendapatkan tudungku dan menuju ke muka pintu . Aku mengintai dari lubang kecil yang terdapat pada pintu rumahku . Rangga? Aku terkedu. Setelah berhari-hari dia tidak datang menemuiku, baru waktu ini dia datang. Hatiku berdebar-debar. Apa pula agenda Rangga kali ini?

“ Assalamualaikum…Lina..” Sekali lagi ucapan salam itu kedengaran. Kali ini disertai dengan ketukan pintu yang bertalu-talu.Aku serba salah. Aku jadi gerun untuk berdepan dengan Rangga . Aku takut dia akan mengajukan soalan yang sama seperti tempoh hari. Tubuhku seram sejuk. Aku teragak-agak membuka pintu .

“ Waalaikumussalam..Rangga..,” Aku tersenyum kelat melihatnya. Dia membalas senyumanku. Renungan tajam matanya membuatkan hatiku berkocak hebat.

“ Lina..How are you?” Soalnya sepatah .

“ Im fine..,” Jawabku sepatah. Lidahku seakan-akan kelu untuk bersuara.Pagar di luar pintu masih belum ku buka kerana aku takut Rangga akan berbuat sesuatu terhadapku memandangkan waktu ini sudah lewat malam. Tidak tahu kenapa aku begitu tidak selesa untuk berdepan dengannya ketika ini.

“ Lina…aku minta maaf tentang tempoh hari..Aku sama sekali enggak bermaksud mahu menyakiti kamu…,” tutur Rangga dengan penuh keikhlasan. Renungannya matanya berubah redup . Aku sudah agak mesti dia datang sebab mahu bincang hal itu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku masih berdiam diri tetapi telingaku cuba menangkap setiap butir bicara Rangga.

“ Aku minta maaf..aku tidak patut berbicara seperti itu sama kamu . Aku ngerti kamu masih marah sama aku . Aku benar-benar tidak bermaksud apa-apa..aku cuma bergurau sore itu..aku pikir kamu bisa terima gurauanku itu…tapi enggak sangka kamu marah sama aku…maafin aku ye Lina…” Rangga meneruskan tutur katanya apabila melihat aku cuma berdiam diri dari tadi.

“Bergurau? Perkara seperti ini kamu anggap satu gurauan ? Rangga aku boleh terima gurauan lain tapi soal hati bukan perkara main-main lah,” aku mula bersuara. Sepertinya aku marah dengan apa yang diperkatakan Rangga tapi jauh di sudut hatiku berasa lega apabila dia mengatakan apa yang dia katakan tempoh hari cumalah gurauan semata-mata. Jadi tidak perlulah aku terlalu memikirkan lebih-lebih tentang soal ini.

“ Iya..aku ngerti. Kerna itu..aku datang mau minta maaf sama kamu.Percaya enggak, aku senang bangat jadi teman baikmu..Semenjak bertemu kamu, hidup aku cukup tenang..Aku tidak tega bangat sih hilang teman sebaikmu ,” terang Rangga dengan bersungguh-sungguh.

“ Kalau kamu enggak maafin aku, aku enggak bisa hidup. Aku sanggup tunggu sampai sore di sini supaya kamu maafin aku,” wajahnya berubah mendung . Tidak sanggup pula aku melihat wajahnya sebegitu rupa.

“ Iya dong…aku maafin kamu..tapi ingat..lain kali jangan lagi bergurau seperti itu. Aku enggak suka. Aku enggak bisa tidur sih kerna  kamu bergurau seperti itu..” kataku. Aku sedikit merengus geram.

“ Iya…aku ngerti…Terima kasih ye Lina..Aku janji enggak akan bergurau sebegitu lagi sampai kapanpun…,” Suaranya sedikit ceria. Aku tersenyum hambar.

“ Kamu memang nakal ya..” Tuturku.

“ Enggak…aku cuma nakal sama kamu….Wahh..hebat juga la ya lakonan aku…sampai kamu enggak bisa tidur gara-gara aku…maksudnya aku bisa jadi aktor la ya,” balas Rangga separuh bergurau. Aku ketawa kecil.

“ Haii..banyak la kamu punya aktor, enggak sesuai dong..orang tengok muka kamu dalam TV, terus tutup TV..enggak sanggup tengok...” Aku berseloroh.

“ Owh kamu pandang rendah ya sama aku…Aktor gantang sepertiku bakal jadi kegilaan cewek indonesia kamu tahu enggak ?”

“Perasan!” Terburai ketawaku mendengar celoteh Rangga. Lucu. Tapi, aku cukup lega kerana apa yang aku risaukan sejak akhir-akhir ini telahpun berakhir . Ternyata Rangga hanya bergurau denganku. Itulah Rangga. Kadang-kadang gurauannya agak melampau sehingga membuatkan hati wanitaku tersentuh. Apa-apapun aku cukup bersyukur kerana aku masih boleh mengekalkan hubungan persahabatanku dengan Rangga kerana setakat ini cuma Rangga temanku semenjak aku menjejakkan kaki di bumi Jakarta ini. Jika tiada Rangga, tidak tahulah macam mana arah tuju hidupku di sini..tempat yang cukup asing bagiku.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku sibuk meneliti fail-fail yang bertimbun di atas mejaku. Kerja di tempat baru memang agak mencabar, lebih-lebih lagi dengan sistem perakaunan di sini yang sedikit berlainan dengan sistem di Malaysia. Ditambah pula dengan bahasa indonesia sebagai bahasa perantara yang kadang-kadang agak sukar untuk aku fahami.  Namun begitu, aku tetap berusaha untuk membiasakan diri dengan kerjaku di sini. Mujurlah Rangga berjaya mendapatkan pekerjaan untukku . Mujur juga bos syarikat tempatku bekerja kawan baik Rangga, cuma dia sahaja yang menerima pekerja yang mengandung sepertiku. Kalau harap aku cari kerja sendiran, sememangnya agak sukar . Lebih-lebih lagi dengan kudrat wanitaku yang semakin lemah .Walaupun gaji di sini tidaklah sebesar mana tapi cukuplah untuk menanggung perbelanjaan untuk diriku dan juga bekalan untuk anakku bila dia lahir nanti. Dalam diam, aku tidak sabar menanti kelahirannya .Tinggal sebulan lebih lagi dari tarikh jangka untuk aku melahirkannya.

Aku membetulkan urat leher seketika, lenguh leherku kerana berjam-jam terpaksa mengadap fail-fail akaun yang tidak pernah surut. Kadang-kadang sakit kepalaku dibuatnya.Ya Allah tabahkan hati hambaMu ini…

Mataku teralih pada komputer di depanku. Tergerak hatiku untuk melayari internet buat seketika . Sudah lama aku tidak membuka email semenjak aku tiba di Jakarta. Aku memerhatikan senarai email yang aku terima dalam ‘inbox’ . Tiba-tiba mataku terpaku kepada satu nama yang tidak asing lagi bagiku . Fatin ? Ya Allah..lamanya aku tidak berhubung dengan kawan baikku itu. Kesibukanku melayari hidup seorang diri di sini membuatkan aku hampir lupa pada Fatin. Apa kabar Fatin sekarang? Sudah kahwin kah dia? Pelbagai persoalan menerjah ke ruang benakku. Tanpa membuang masa aku terus klik untuk membuka email dari Fatin.. Aku membacanya dengan penuh teliti.

“ Assalamualaikum Lina,

Kau apa kabar ? Lama tak dengar cerita kau. Baby kau sihat? Aku rasa mesti kau tengah tunggu nak bersalin kan sekarang ? Aku harap kau & baby kau sihat-sihat aje. Aku rindu betul la dengan kau. Dah tak ada kawan aku nak bergaduh & bergurau. Sejak kau pergi, aku sunyi sangat . Bila la aku nak jumpa kau lagi ye…Hurmmm…

Hah, satu lagi..aku nak beritahu kau..Syam dah pulih, dia dah sedar dari koma. Tu pun aku tahu pasal ni dari kawan yang kerja satu tempat dengan kau dulu. Cerita selebihnya aku tak tahu. Lepas tu Hakim pulak sibuk datang rumah sewa kita cari kau…aku cakapla aku tak tahu kau pergi mana. Hari-hari dia datang  cari kau lepas kau pergi. Sakit hati aku…macam meroyan je aku tengok mamat tu. Huh, menyampahnya aku..Last sekali aku ambil keputusan untuk pindah rumah..baru lega sikit hidup aku. Aku tak kan biarkan lelaki tak guna tu ganggu hidup kau lagi.

Lina,

Aku harap kau tabah menghadapi dugaan ini semua. Aku tahu kau kuat . Aku nak tengok kau happy di sana. Lupakanlah benda buruk yang pernah terjadi kat kau. Aku betul-betul risaukan kau. Aku doakan semuanya selamat di sana . Apa-apapun jangan lupa aku tau. Ada apa-apa kau call atau email je kat aku. Aku sudi mendengar masalah kau. Kalau dah nak balik Malaysia jangan lupa contact aku dulu ye…

Anyway see you my dear friend…Muuaahh

Fatin…”

Aku terkedu seketika. Email ringkas dari Fatin membuatkan hatiku cukup tersentuh . Ternyata dia masih mengambil berat soalku. Dia masih mahu melindungi diriku dari cengkaman Hakim,lelaki yang sudah memusnahkan hidupku. Tapi aku pula, lari membawa diri meninggalkan sahabat yang sangat setia menemaniku. Tengoklah betapa penting dirinya aku..betapa tidak bersyukurnya aku mempunyai kawan seperti Fatin.

Mataku tidak lekang dari memerhatikan nama Syam di situ. Alhamdulillah Ya Allah..Syam sudah pulih . Sungguh, aku betul-betul gembira mendengar khabar baik itu.  Apa kabar dia sekarang ? Masih ingatkah dia padaku? Adakah kini dia sedang bahagia bersama tunangnya ? Ya Allah..kenapa tiba-tiba rinduku padanya datang bertandang dihatiku seolah-olah aku masih mengharapkan cintanya lagi ? Tanpa disedari, ada manik jernih mengalir dari tubir mataku . Perasaanku bercampur baur antara sedih, gembira dan kecewa. Kenangan manis bersama Syam sewaktu ketika dahulu satu persatu menerjah ke dalam fikiranku , terlalu indah untuk diingati. Tapi masihkah Syam ingat pada semua itu? Mustahil..sangat mustahil . Mana mungkin dia akan mencintaiku seperti dulu memandangkan aku telah menkhianati cintanya. Aku pergi jauh meninggalkannya ketika dia bertarung nyawa untuk meneruskan hidup. Aku kah yang kejam? Tidak..aku tidak kejam, dia yang kejam kerana merahsiakan pertunangannya dengan Julia dan juga merahsiakan identitinya yang sebenar dari pengetahuanku. Dia benar-benar mempermainkan perasaanku yang tulus mencintainya selama ini. Tapi, kenapa aku mesti berasa bersalah seperti ini?

Pelbagai persoalan bermain di fikiranku seperti mahu menggugat pendirianku selama ini. Aku cepat-cepat menutup kotak email di hadapanku. Nafasku sesak. Aku tidak mahu kenangan lama menghantui fikiranku lagi. Sudah berbulan-bulan aku berusaha melupakan kisah silamku. Aku tidak akan biarkan diriku terbelenggu dengan kenangan itu lagi . Aku harus lupakan semua itu demi kebahagiaan aku !

P/S : saya tidak pasti masih ada yang mengingati jalan cerita novel ini lagi atau tidak, sebab sudah 3 tahun novel ini terbengkalai…tapi baru kini saya tergerak hati untuk menyambungnya…saya minta maaf kerana sudah lama tidak menyambungnya..apa2pun saya tak kan biarkan novel ini tergantung lagi tanpa ada kesudahannya…insyaAllah saya akan cuba sambung jalan cerita sampai ke penghujung mulai sekarang .Saya harap pembaca enjoy dengan karya saya yang tidak seberapa ini… =)

5 comments:

  1. waaaa... cam x caya ja org ganu update TSM... huhu. lamaaaaaa gila tunggu. 3 tahun?? fuhhh... but its ok. Janji sambung. ;) btw nice one.... :) suka sangat cita ni...

    ReplyDelete
  2. akhirnya ada gak sambungan citer ni..
    pasni rajin2 la update.

    ReplyDelete
  3. nsb gak bc novel ni bru ari nih...mujo x jd panasaran mcm readers len yg tertunggu2...hehehe...cpt2 smbg..x sabo nk tau lina tu ngn sape...♥

    ReplyDelete
  4. best...sambung lagi ye..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)