Habislah aku kali ni.Jam sudah menunjukkan angka 8.28am namun aku masih memandu untuk ke pejabat . Aku mesti tiba di pejabat tepat pukul 8.30 .Macam mana ni.Kalau terlewat pasti bos aku yang bermisai panjang dan bersimpul tu mengamuk habis . Nak buat macam mana , jalan jam teruk semenjak pukul 7.00 pagi gara-gara accident di jalan persekutuan. Hish,geram betul la..macam mana boleh accident,jalan dah la luas gila..alih-alih boleh accident pulak.Tu la…semua nak cepat then bila accident mula la menyusahkan orang . Sesampainya aku di pejabat,aku terus berlari mendapatkan lift untuk ke tingkat 7 bangunan Syarikat Sri Purnama tersebut . Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8.50am! Oh tidak! Aku sudah dapat membayangkan wajah bengis Encik Badrul memarahi pekerjanya yang lambat.Kalau terlewat sikit tak apa tapi kali ni terlewat banyak la masalahnya.Huhu..
Nak tak nak terpaksala aku buat marathon untuk ke unit kewangan iaitu bahagian tempat aku bekerja . Nasib baikla tak ada orang nampak,kalau nampak, tak ke malu aku.Argh..biarlah malu asalkan aku tidak kena marah .
“Jelepok!” Aduhh sakitnya buntutku..Ya Allah masa aku berlari tadi tak perasan pulak ada orang tengah cuci lantai di tengah-tengah jalan.So,lantai yang licin tula membuatkan aku jatuh. Eiii…yang cleaner ni pun satu,yang pergi cuci tengah-tengah jalan tu buat apa.
“Cik tak apa-apa ke? Maafkan saya,” sedar tak sedar adala seorang mamat cleaner yang lengkap berpakaian seragam cleaner berwarna biru menegur aku .Hurmm..hensem gak dan nampak macam muda lagi .Patutla tak reti nak buat kerja ,nampak macam anak mak pun ada!.
“ Hei,yang awak ni nak cuci lantai pun janganla kat tengah jalan!” bentakku .Terasa nafasku kasar menahan amarah.Aku memandangnya geram sambil cuba berdiri namun tidak berjaya .Buntutku terasa sakit.Hish,kenapa pulak ni.jangan-jangan tulang punggungku patah kot.Mak..tak mungkin! Dah lewat ni.
“Err..maafkan saya cik. Biasanya waktu pejabat je saya cuci sini ,lagipun masa tu tak ramai orang lalu laluan ni,” e’eh menjawab lak dia. Rungutku di dalam hati .Dia cuba membantuku berdiri tetapi aku menolaknya kasar. Jijik!Entah apa yang ada kat tangan dia,entah-entah air longkang.Eiii mintak dijauhkan la,Aku mengerling ke arah jam di tanganku, apa??? Pukul 9.05 am! Kerana terkejut beruk aku terus mampu berdiri dan berlari meninggalkan mamat cleaner yang tercengang-cengang kat situ.Menyampahnya aku tengok muka dia..tak tahu la kenapa .Mungkin sebab dia tu pandai menjawab kot!
Alhamdulillah..nasib baik Encik Badrul masih tidak ada di biliknya .Aku menarik nafas lega.Tapi kan,aku pelik jugak,biasanya dia sudah ada di pejabatnya ketika ni namun kenapa kali ni tiada pula .Walau apapun,aku kira beruntung la dan bernasib baik la. Yela,aku baru kali pertama lewat tetapi sudah terselamat dari tengkingan Encik Badrul.Biasanya kawan-kawan sepejabat denganku confirm kena marah sampai satu pejabat dengar.
“ Haslina!” Mulutku ternganga apabila mendengar suara itu .Langkahku terhenti dengan tiba.O’oo tu suara Encik Badrul.Lah..ingatkan tak ada tadi.Huhu macam mana ni.Aku tidak berani mengadap wajahnya.
“Haslina, pandang saya!” tengking Encik Badrul lagi.Kali ini semua mata yang berada di situ memandang ke arahku. Alamak malunya! Aku perlahan-lahan memandang Encik Badrul yang bermisai lebat tu .
“Maafkan saya Encik Badrul, jalan jam teruk tadi.Saya..,”
“Sudah! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi alasan awak! Saya tak mahu pekerja saya tidak berdisiplin.Kalau awak rasa tak dapat nak disiplinkan diri baik awak jadi tukang sapu je.Saya rasa tukang sapupun jauh lebih berdisiplin dari awak!” Hah! Tu dia! Belum sempat aku menjelaskan segala-galanya Encik Badrul lebih pantas memintas dan menghamburkan kata-kata sinis kepadaku. Rasa hatiku sakit mendengar sindirian pedas Encik Badrul .Eiii bencinya..kenapala aku dapat bos kerek macam ni .Tak bertimbang rasa langsung!Dah la ni baru kali pertama aku membuat kesalahan.
“Maafkan saya..” jawabku sepatah dengan suara terketar-ketar.Bukan kerana takut tetapi kerana geram yang teramat sangat .Seumur hidup aku tak pernah ada orang meninggikan suara terhadapku apatah lagi ke dua orang tuaku.
“Hurmm..sudah! Pergi buat kerja! Ingat,kalau awak melakukan kesalahan ini lagi,saya akan potong gaji awak!” Gulp! Aku menelan air liur.Potong gaji?? Kalau macam tu macam mana aku nak bayar sewa rumah,bil air,bil elektrik,beli makanan kucing dan bla-bla..banyak tau duit yang aku guna tiap-tiap hari.Gaji aku sekarang cukup-cukup makan jek untuk sebulan.Kalau gajiku dipotong,memang lari la budget aku.
“Haslina! Dengar tak apa saya cakap!” Aaa..malunya.Boleh pulak aku mengelamun time berdepan dengan bos.
“Maaf,” tu je la aku tahu sebagai seorang pekerja patuh, maaf..maaf..maaf! Kalau bukan salahku pun kena mintak maaf gak.Hampeh betul la! Aku segera mendapatkan tempat dudukku apabila Encik Badrul berlalu dari situ . Berlagak!Kutukku di dalam hati .
Eii..kalau bukan kerana duit tak ingin aku kerja.Kalau suami aku kaya , tak payah la aku bersusah payah mencari duit,baik duduk goyang kaki je dekat rumah .Tapi masalahnya , tak ada seorangpun lelaki kaya tersangkut kat aku apatah lagi nak jadi suamiku . Aku pun tak tahu kenapa.Mungkin pemakaianku kot tak menarik minat mereka.Yela,orang kaya biasanya nak kan perempuan yang seksi,elegan dan bergaya .Tapi aku?Pakaianku setiap hari hanyalah baju kurung dan tudung bawal semata-mata.Tak ada gaya langsung . Walaupun kedengaran akuni seperti mata duitan tetapi aku tidak akan sesekali menggadaikan body dan mendedahkan aurat kepada bukan muhrim semata-mata untuk menarik minat orang kaya .Hish,aku ni melalut je tahu.File kerja yang bertimbun di depanku belum berusik lagi . Aku dengan malasnya membelek file itu satu persatu. Waduhh..banyak gila.Nampaknya aku terpaksa balik lewat lagi hari ini .Tension betul!
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku berjalan malas menuju ke tempat parkir kereta . Penatnya harini..aku pelik ar..apasal makin hari kerja makin bertambah ah? Hairan aku. Mungkin syarikat tu dah makin maju kot .Hai..maju tu maju la jugak tetapi jangan sampai menyusahkan pekerja macam aku nih.
‘Lina..betulkan niat tu .Kita bekerja kerana Allah semata-mata bukan kerana nak dapat duit je’ tiba-tiba kata-kata housmate ku yang merangkap ustazah itu terngiang-ngiang di dalam benakku . Betultu..kerana alpa terhadap kerja menyebabkan aku lari dari niat sebenar dalam mencari rezeki . Biar sesusah manapun kerja itu namun jika ianya berkat dan halal , kita akan mendapat keredhaanNya . Hehe bermuhasabah la pulak aku ni.Yela,akuni memang teruk sikit .Suka melalut lebih-lebih lagi ketika tengah tension atau penat.
“ Cik! Cik!” Aihh mamat mana pulak panggil aku ni .Aku segera menoleh ke belakang.Eh macam kenal jek mamat ni .Dia berpakaian biasa dengan T-shirt merah hati berkolar dan jeans lusuh. Aku mengamati wajahnya..macam pernah jumpa tapi di mana ye.
“Ya saya, ada apa?” Soalku acuh tak acuh . Pada masa yang sama aku berjaga-jaga kerana risau sekiranya lelaki di hadapanku kini merupakan pencuri or peromoak..eh sama latu..jangan perogol dahla.Nauzubillah..mintak dijauhkanla.
“ Nama saya Hisyah,panggil Syam jek,” musykil betul la dengan mamat ni.Aku tanya lain jawab lain .Siap beritahu nama tu.
“Hurmm..saya tak tanya pun.Awak ni siapa?” soalku macam sombong je bunyi .Lantak ah.
“Saya tukang sapu yang cuci lantai tadi . Saya nak mintak maaf pasal tadi ,” lahhh mamat cleaner yang suka menjawab tu ke?? Hurmm..aku memandangnya dari atas hingga bawah.Macho gak dia pakai macam ni ,tak nampak macam cleaner pun.
“Owh..tak apa..,” Kataku tanpa senyum.Terus terang aku katakan yang aku dah lupa dah perisitiwa pagi tadi.Namun,apabila dia membuka cerita tu balik,terasa kepalaku berasap kembali kerana geram dengannya . Seharian aku terpaksa menahan sakit punggungku gara-gara mamat cleaner tu . Sepatutnya aku mintak pampasan darinya kerana mencederakan aku . Tapi mamat cleaner ni ada duit ke nak bayar pampasan?
“Err..cik .Awak ok ke?” soalannya mematikan lamunanku.Ya Allah Lina,apasal aku selalu mengelamun semasa bercakap dengan orang hah?
“Hurmm..saya ok. Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu.Satu lagi, bila-bila kalau nak cuci lantai tu cucila tengah-tengah hari sikit.Perbuatan awak tadi akan membahayakan pekerja-pekerja syarikat!” Dalam tak apa boleh pulak aku berleter kepadanya.Hehe..padan muka.
“Masalahnya cik,saya dah letak dah amaran tadi .Tapi cik yang tak baca . Saya memang selalu cuci tingkat tujuh dalam kul 8 hingga 9 lebih . So,kesimpulannya cik yang tak berhati-hati,” apa?? Dia menjawab lagi. Aku mendengus geram .
“Hei, awak tu jangan nak memandai-mandai buat kesimpulan!” Marahku . Dia hanya tersengeh macam kerang busuk.Heh,lawak ke aku cakap macam tu. Geram betul!
“ Memang betul pun kan?” kata-katanya menyemarakkan lagi amarahku.
“Dahla,malas saya nak layan orang biol macam awak nih!” tengkingku.Dia kelihatan tersentak dengan kata-kataku.Mungkin terkejut dengan kata-kata kesatku .
“ Saya minta maaf,saya berguarau je dengan cik,” kata-katanya masih lembut membuatkan amarahku sedikit mengendur.
“Tak ada masa saya nak bergurau!” Aku pulak jawab dengan kasar soalannya . Suka hati dia ah nak cakap aku ni perempuan kasar ke ,tak ada sopan-santun ke..janji aku bahagia.Aku segera menepis tubuhnya yang berdiri di tepi keretaku membuatkan dia hampir-hampir terjatuh. Aku membuka pintu kereta dan menghempaskannya kuat ,kemudian menghidupkan enjin . Mamat cleaner tadi terkebil-kebil memandangku dan masih terkejut dengan tindakkan drastikku.
“Cik marah saya ke.Saya minta maaf,” katanya lagi .Aku hanya mendengus geram .Dah tahu bertanya pula.Macam-macam la mamat ni. Aku memandangnya sekilas dan terus memecut meninggalkannya . Puas hatiku . Walaupun aku sedar, aku ni marah lebih-lebih pulak dekat mamat cleaner tu tapi aku tak tahu kenapa aku mesti begitu. Argh,pedulikan..Memang aku pantang sikit dengan orang yang suka menjawab ni!
---------------------------------------------------------------------------------------
Harini hari hujung minggu .Aku mengambil peluang untuk membeli barang-barang dapur yang sudah hampir kehabisan stok . Biasanya bab-bab beli barang housemateku serahkan kepadaku kerana aku lebih pakar dalam mencari bahan untuk di masak ni kerana aku ni sebenarnya tukang masak yang terhandal,heheh tapi di kantin sekolah jela.Sebelum aku mendapat kerja di Kuala Lumpur ini aku bekerja di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku mahmud 1,Besut ,Terengganu selama 4 tahun .
Aku perlahan-lahan mencari kicap kegemaranku iaitu kicap cap kipas udang . Setelah menemuinya aku akan membelek dengan teliti sesuatu barangan yang aku beli untuk memastikan kualiti barangan tersebut .Memang aku cerewet sikit bab beli barang tak kirala barang apa sekalipun.Kalau ada yang tak berkenan di hati atau barang ada defect sikit aku akan terus komen kepada pengurus supermarket. Kadang-kadang ada sesetengah pengurus yang tidak mahu mengakui kesilapanya sebaiknya hanya pejam mata je .Aku apa lagi ,aku laporkan lah kepada Persatuan Pengguna.Mana bolah,kita sebagai pengguna kita ada hak untuk bersuara dan mendapatkan barangan berkualiti!Ececeh aku ni,macam pejuang pengguna semelaya pulak .
“Hai cik,beli apa tu?” Opocot mak kau! Hish kurus semangat ku. Aku tersentak apabila ada seorang lelaki menegurku. Nasib baik tak jatuh botol kicap yang aku pegang . Aku berpaling ke arah empunya diri . Hah?? Mamat cleaner ni lagi??Apa dia buat kat sini? Soalan demi persoalan menerjah ke ruamg benakku .
“Hei,apa awak buat kat sini?” Soalku kasar .Bila tengok muka dia je ,aku rasa nak marah.Tak tahu kenapa.
“ Cik, Giant ni tempat untuk membeli belah.Jadi ,saya datang sini untuk beli barang lah,” jawabnya selamba membuatkan aku malu sendiri dengan jawapannya yang agak munasabah.A’ah la rasa bodoh lak tanya macam tu. Last..last aku terdiam.
“Cik beli apa tu?” Soalnya lembut . Hish tak nampak ke aku tengah pegang botol kicap.Mestila beli kicap.
“Saya beli kicap lah!” jawabku kasar.
“Aik,takkan datang sini semata-mata nak beli kicap jek? Awak biar betul,” Lah,tergelak pulak dia .
“ Saya beli barang-barang dapur la,” aku sudah malas nak melayannya .Aku perlahan-lahan membuka langkah untuk meninggalkannya sendirian.Biar dia cakap sorang-sorang.
“ Tunggu cik, saya rasa kita ni ada jodohla asyik bertembung jek .Apa kata cik beritahu saya nama cik?” Erk, ada jodoh? Perkataan itu menyebabkan tekakku berasa loya. Perasan!
“Perasan! Saya tak ingin ada jodoh dengan orang macam awak!” Bentakku keras . Suka-suka hati mak bapak dia jek cakap macam tu.
“ Yela..yela..tapi boleh tak cik beritahu nama cik ,” katanya separuh merayu .
“Erm..nama saya Haslina.Panggil je Lina ,” selesai sahaja memberitahu namaku aku terus berlalu dari situ . Malas nak menghadap mamat cleaner tu lagi .Rimas la pulak bila aku tengok dia pandang aku tak berkelip jek .Aku jolok mata tu kang baru tahu.
Selesai membeli belah di Giant yang terletak berhampiran Taman Melawati,aku berjalan serorang diri menyusuri kedai-kedai kecil yang berada di deretan bangunan 2 tingkat di situ . Niatku untuk mencari pakaian baru untuk ke pejabat memandangkan corak pakaianku yang lain sudah lapuk dan tidak berseri lagi . Yela,sebulan sekali je dapat beli baju baru .Tu pun setelah gaji masuk.
“Lina!” Arghh!! Mamat ni lagi . Apasal dengan dia ni. Otak tak berapa betul ke asyik nak ikut aku jek.
“Awak lagi?? Awak nak apa? Kenapa awak ikut saya?” Aku menekankan kata-kataku menunjukkan yang aku teramat bencikannya .
“Saya tak ikut awak pun .Kan saya kata saya ni memang ada jodoh dengan awak,” kata-katanya langsung tidak mengubah kesangsianku .Huh,nak berdalih konon!
“Awak tak payah la nak tipu saya,awak ikut saya kan?”
“ Betul,saya tak ikut.Sayapun nak beli baju jugak . Cantik baju yang awak pegang ,kalau awak pakai mesti lagi cantik,” aku hanya mencebik mendengar ulahnya .Tak payah la bodek aku wahai mamat cleaner oii. Aku menjeling tajam ke arahnya tetapi dia buat-buat tidak perasan akan jelingan itu sebaliknya terus memilih baju kemeja yang berada di di kedai tu . Mood aku untuk membeli pakaian hilang serta merta .
“Eh,awak nak ke mana tu?” Soal mamat cleaner itu apabila melihat aku keluar dari kedai itu.
“Suka hati sayala nak kemana, awak peduli apa?”
“Mak aii,garangnya cik adik manis ni . Tak adala,takkan awak nak bawak baju tu keluar sekali,dah bayar ke?” Baju?Alamak! Aku tak perasan yang aku terbawa sekali baju kurung yang aku pegang tadi .Aku melihat tuan punya kedai .Dia mengangkat keningnya sebelah ala-ala Ziana Zain sambil memeluk tubuhnya .Ya Allah malunya.Saat itu aku rasakan seluruh wajahku merah kerana menahan malu.Aku perlahan-lahan meletakkannya kembali . Kelihatan mamat cleaner itu menahan gelak tawa dan akhirnya terburai ketawanya memecahkan kesunyian di kedai itu. Aku segera meninggalkan kedai itu .Lidahku kelu untuk bersuara.Maluku tidak terkata .Huhu cuainya aku.Nasib baik tak ramai orang kat kedai tadi.
“ Lina,maafkan saya,” kata-kata mamat cleaner tu menhentikan langkahku . Ish,dahla malukan aku tadi.Lepas tu ada hati pulak nak ikut aku.Benci! Benci!
“ Heh,awak ni tak ada kerja ke nak ikut saya?Dahla malukan saya!” Aku menghamburkan amarahku dengan sepenuh hati . Geram sangat .
“ Maafkan saya,saya hanya bergurau,”
“Bergurau konon! Kalau bergurau tu berpada-pada lah sikit . Ni sampai mengaibkan orang!” aku menengkingnya lagi .Kalau beginila aku guna suaraku tiap-tiap hari,alamatnya boleh pecah peti suara ku. Namun,mamat cleaner inilah yang memaksa aku berbuat begitu.
“Yela..yela..Im sory k,” pintanya lagi.Aku mula sejuk hati . Hurmm..baguslah,pandai jugak dia minta maaf.
Tiba-tiba tanpa aku sedari , seorang lelaki berlari laju di tepiku dan meragut beg sandangku .
“Tolong!Tolong!” Aku menjerit nyaring menyebabkan beberapa wanita yang berada tidak jauh dariku tersentak dan berpaling ke arahku. Tanpa kuduga, mamat cleaner itu berlari pantas meniggalkanku dan cuba mengejar peragut tersebut . Aku tercengang melihat lariannya yang sepantas kilat, mengalahkan raja pecut dunia .Dengan sekelip mata sahaja,dia mampu menangkap peragut itu yang kurus kering itu . Fuyoo…hebat jugak mamat cleaner ni ek.Anak sapa ni ?
“ Terima kasih,” kataku kepada mamat cleaner tersebut setelah dia menghulurkan kembali beg sandangku. Peragut tadi dibiarkan di bawah kawalan polis yang kebetulan lalu membuat rondaan di situ . Jauh di sudut hatiku aku berasa terharu dengan tindakannya yang sanggup menggadaikan nyawa demi mendapatkan semula begku itu .
“Sama-sama..,” jawabnya sepatah sambil tersenyum kepadaku .Kemudian dia perlahan-lahan mahu berlalu dari situ .
“Tunggu!” Langkahnya terhenti taktala mendengar launganku . Tiba-tiba hatiku terdetik rasa bersalah kerana berkasar dengannya sebelum ini . Dia masih membantuku walaupun macam-macam aku kutuk dia .Sabor jela..
“ Ada apa Lina?” saat di menyebut namaku entah kenapa hatiku berdegup kencang . Sebelum ni dia panggil nama aku gak tapi tak ada kesan pun namun kali ni macam tinggalkan kesan pulak.
“Err..maafkan saya,” aku teragak-agak untuk berkata begitu .Yela,sebenarnya aku ni segan nak minta maaf kat orang kalau aku ada buat salah .Ego dalam diriku yang menghalang aku berbuat demikian.
“Maaf? Kenapa?” Ish,tak paham-paham la pulak mamat cleaner ni . Ke buat-buat tak tahu.
“Sebab saya selalu marah awak?” tak kisahlah dia paham ke tak maksud maafku tadi kerana yang pastinya aku nak dia tahu yang aku rasa bersalah sangat-sangat terhadapnya.
“Tak apa..saya tak kisah,” jawabnya sambil tersenyum.Alahai baiknya dia, mudah memaafkan orang.Sedangkan aku? Huh jauh sekali perangainya denganku.
“Nama awak apa ek?” soalku spontan.
“Lah..kan saya dah bagi tahu hari tu.Tak kan dah lupa kot,” aku hanya tersengeh mendengar kata-katanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal . Betul la dia ada cakap tapi hari tu aku tak ambil pusing sangat . Apa ek nama dia ?Aku cuba mengorek maklumat di dalam otakku namun hampa, aku tak ingat langsung namanya.
“Err..soryla.Saya lupa .Ehe..,” jawabku tergagap-gagap. Dia hanya tersenyum dan menggelengkan kepala . Mungkin hampa kerana aku lupa namanya.
“Nama saya Hisyam,panggil Syam.Macam mana boleh lupa nama saya yang macho ni ,” katanya seraya tergelak kecil.
“Macho?? Poyo ar awak nih,” aku mencebik,geli mendengar perkataan macho dari bibirnya.
“Hehe ye la,ok la awak.Jom saya hantar awak balik.Dah lewat petang ni,” aku memandangnya tidak mengerti. Mamat ni biar betul,takkan nak hantar aku kot .Dahla aku baru je kenal dengannya.
“Tak apala wak..rumah saya dekat sini je.Jalan kaki pun sampai,” aku menolaknya lembut.
“Hah,ye sangatla tu.Nanti ada orang datang ragut awak or buat apa-apa kat awak lagi ,siapa yang susah?Awak jugak yang susah kan?” Aihh,apasal mamat ni macam marah je bunyinya . Aku tergamam. Serta-merta kejadian tadi bermain di tubir mataku.
“Ok, awak hantar saya balik!” Segera aku menjawab sebelum dia sempat meneruskan hujahnya.
------------------------------------------------------------------------------------
Semenjak kejadian ragut hari tu ,hubunganku dengan mamat cleaner tu,ops namanya Syam lah, mula beransur baik .Aku selalu bertegur sapa dengannya sebelum memulakan kerjaku di pejabat kerana awal pagi biasanya dia akan berada di aras pejabatku .Setelah mengenalinya ,baru la aku tahu yang Syam ni baik orangnya ,penyabar dan kelakar . Aku juga baru tahu yang dia ni sebenarnya yatim piatu . Sedih gak dengar cerita dia , sebaik sahaja dilahirkan ,dia ditempatkan di rumah anak yatim piatu dan dia dibesarkan di sana . Dia sudah melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah menjadi buruh binaan , kerani dan sekarang ni sebagai tukang sapu . Patutla perangai baik gila..aku sangat kagum dengan kecekalannya mengharungi pelbagai dugaan hidup sedangkan aku tidak pernah berasa susah semenjak kecil kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana walaupun tidaklah sekaya mana.
“Hai Lina!” sergahan Syam membuatkan aku tersentak . Hish budak ni,tak reti bagi salam ke? Jantungku dah mula berdendang dek terkejut sangat.
“ Awak ni Syam, bila-bila bagila salam.Ni main sergah je!” Marahku .
“Hehe yela..assalamualaikum wahai cik Haslina yang comel lote,” aku hampir tergelak mendengar kata-katanya yang kedengaran macam bahasa kelantan yang tak jadi.
“Hah macam tula..waalaikumussalam..,” jawabku sambil tersenyum.Dia juga tersenyum memandangku . Harini aku keluar jalan-jalan dengannya di megamall setelah habis waktu kerja.Saja,nak release tension . Syam pun tidak keberatan menemaniku kerana dialah kawan baikku kini .
“Apasal awak lambat hah?” soalku dengan nada tidak puas hati.Mana taknya,aku menunggunya hampir setengah jam kat food court .Janji nak pergi toilet sekejap jek .
“Saya sakit perut sangatla tadi.Nak melepas apa yang patut,” erk! Kata-katanya membuatkan aku mencebik.
“Eii tak senonoh betul!” Bentakku .Geli geleman aku.Dia hanya tergelak.
“Hehe sory..actually..,” aku merenungnya .Bibirnya bergerak-gerak seperti mahu menyatakan sesuatu namun kata-kata itu terhenti di situ.
“Actually apa pula ni?” Soalku hairan .Apa kena pulak dengan Syam nih.Biasanya dia cakap susah nak berhenti tapi ni macam kena thought block jek . Sudah hampir setengah tahun aku mengenalinya,kiranya aku dah kenal sangat dengan perangainya.
“Erm..awak tutup mata dulu boleh?” tutup mata? Buat apa? Aku mengerutkan kening mempamerkan kehairanku.
“Tutup mata kenapa?” soalku.
“Ala..tutup jela…”
“Erm..yela..,” aku hanya menurut arahanya tanpa banyak songeh.
“ Ok ,buka mata sekarang ,” aku perlahan-lahan membuka mata . Aku tergamam melihat benda di hadapanku .Kotak music merah hati yang dilengkapkan dengan 2 ekor angsa kristal di tengahnya yang berpusing perlahan serentak dengan alunan music yang cukup romantik .
“Apa semua ni?” Soaku hairan.
“Happy birthday Lina..,” ucapnya membuatkan aku tersentak .Aik?Hari ni birthday aku ke?Aku melihat tarikh di handphone ku .A’ah la birthday aku 14 October..Ya Allah macam mana boleh lupa birthday sendiri.
“Thanks,” ucapan itu entah dengar entah tak kerana suaraku begitu perlahan disebabkan terlalu terharu .Tak sangka Syam mengingati hari jadiku. Terima kasih Syam.
“ Just for you, tadi saya bukan pi toilet tapi beli ni la.He..” kata-katanya membuatkan air mataku hampir menitis.
“Wo..wo Lina apasal nak nangis ni?Come on..smile la sikit,” aku hanya tergelak kecil.
“Syam,awaklah kawan saya dunia dan akhirat.”
“Kawan jeke?” aik,salah ke apa aku kata?
“Yela..awak kan kawan baik saya,” kataku sambil tersenyum.
“Kalau saya kata nak jadi lebih dari seorang kawan boleh?” Erk! Apa yang Syam merepek nih, tak kan dia nak kat aku kot . Hish,tak mungkinlah.Aku ni dahla tua 2 tahun dari dia.Umur dia 26 tahun dan umur aku?Kira sendiri la ek.Hehe..
“ Syam.awak cakap apa ni?” aku tergelak lagi menutup rasa gugup di hati.
“ Saya nak awak jadi permaisuri hidup saya,” hah sudah! Apa aku nak buat ni? Tak pernah terlintas di hatiku untuk menganggap Syam lebih dari seorang kawan. Lidahku sudah kelu untuk bersuara .Aku tak tahu nak cakap apa lagi.Aku dapat rasakan wajahku pucat apabila mendengar permintaan Syam.
“ Lina..” aku tersentak dari lamunan.
“Ye..” jawabku sepatah . Terasa bibirku kering dan jantungku tidak henti-henti berdegup.Huhu kenapa aku takut sangat ni .Tidak lama selepas itu kedengaran Syam ketawa terbahak-bahak.Aku bulat memandangnya .
“Syam! Kenapa gelak?” soalku tidak puas hati.
“Hehe lawakla tengok muka awak ketakutan.Saya gurau jela..jangan ambil serius sangat,” mendengar gelaknya yang tidak henti membuatkan wajahku panas.Sampai hati kau Syam!
“Syam!” marahku tiba-tiba.Tawa Syam terhenti dengan serta-merta .
“Ok..ok.Im so sory..anggapla tu gurauan hari jadi.Hehe,” aku hanya menjeling tajam ke arahnya . Benci! Tapi jauh di sudut hatiku aku bersyukur sangat kerana Syam tidak serius dengan kata-katanya .Kalau tak,mampuslah aku.Macam mana aku nak jawab soalannya itu.Dahla aku ni tak ready langsung nak ada komitmen dengan mana-mana lelakipun. Aku tidak puas lagi hidup menyendiri walaupu ibu bapaku sudah bising tentang perkahwinan memandangkan akuni bukannya muda lagi.Eh,muda lagi kan 28 tahun?
“ Cik Lina..ooo cik Lina..”Aku tersentak lagi apabila Syam menegurku.Adehh,akuni kena sampuk ke ,asyik berangan jek apabila bercakap dengan orang . Tu yang mak aku cakap aku ni ‘mek koya’ dalam bahasa kelantan maksudnya minah yang suka berkhayal or berangan.Huhu..
“ Marah kat saya lagi ke?” soalan Syam aku biarkan tidak berjawab.Syam ni memang ar...Dah tau bertanya pula. Huh.
“Im so sory kay..” pujuknya lagi .
“Hurmm yela..nasib baik awak dah kasi hadiah ni.Kalau tak saya tak kan maafkan awak.hehe,”giliran aku pulak ketawa apabila melihat wajah Syam yang betul-betul macam orang bersalah .
“Oooo awak nak mainkan saya ye,” tangannya sepantas kilat mencubit pipi tembamku.
“Heh awak ni tak malu betul!” Marahku .Hish,apa la Syam nih suka-suka hati je nak cubit pipiku.Dia dahla bukan muhrim aku.
“Padan muka!” Katanya sambil tergelak.Aku hanya mendengus kasar.Siap la kau Syam!
bes2...nk lg
ReplyDeletekaka ida suka cara penulisan org ganu..
ReplyDeleteada seorg prof @ Dr..menyarankan agar kak ida menulis cerpen atau novel..kerana katanya kak ida ada bakat yg kukuh untuk jd seorg penulis..terharunya..insyaallah kak ida akan mula menulis..
wahh bagusla tu kak ida..i know u can be a good writer..akak banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan kisah utk dikongsi bersama..saya tak banyak pengalaman lagi, menulis hanya ikut sedap hati jek..
ReplyDeleteanyway, i always widh u luck kak ida!
kasarnyer pompuan tuh..si lina tuh..huuu~
ReplyDeletekasarnya pompuan tu
ReplyDeletekasarnya pompuan tu
ReplyDelete