Saturday, July 18, 2009

Tidak Seindah Mimpi 22


“ Dia kawan sekolah Julia auntie..,” aku tersentak mendengar jawapan dari Julia setelah lama mereka perhatikan aku .Kawan sekolah aku? Aku cuba membuka semua fail yang berada dalam otakku namun satu pun tidak keluar nama Julia . Mama Syam yang masih tidak aku ketahui namanya mengangguk .Satu senyuman hambar dilemparkan kepadaku .

“ Maaf, saya tak ada kawan nama Julia..,” jawabku jujur dengan wajah yang masih kehairanan . Wajah Julia berubah riak serta-merta .Dia kemudian tersenyum kelat.

“ Eh, tak kan kau tak ingat aku..aku..Julia..anak Dato’ Syukri..,” kata Julia bersungguh-sungguh. Macam berlagak la pulak minah ni. Siap beritahu yang dia anak dato’ lagi. Daripada riak mukanya aku dapat rasakan yang dia cuma berpura-pura mengenaliku. Namun belum sempat aku membuka mulut , Julia lebih pantas menarik aku keluar dari bilik Syam.

“ Auntie, kejap ye..Julia nak cakap dengan dia kejap,” katanya kepada mama Syam dan terus menarik tanganku. Aku tergesa-gesa mengekorinya. Ada apa pula ni?

“ Sorry, what’s going on?” Aku terus mengajukan soalan itu sebaik sahaja dia membawaku ke penjuru ward yang agak lengang di situ .Aku terpinga-pinga .

“ Hei perempuan tak sedar diri, you kenal tak I ni siapa?” Aku terkejut mendengar kata-kata sinis Julia yang tidak aku duga.

“ Erm..sorry..what do you mean?” Aku masih keliru dengan apa yang berlaku.

“ Please lah jangan buat blurr..kalau you nak tahu I ni tunang Fad, tahu tak?” Walaupun Julia memperlahankan suaranya namun kata-kata keras yang dilontarkan tajam mengenai gegendang telingaku . Tunang? Syam sudah bertunang? Adakah aku salah dengar? Entah mengapa hatiku sungguh sakit mendengar perkataan itu. Aku kelu, tidak tahu apa yang harus aku perkatakan kini .

“ Pandai ek you berlakon jadi tunang dia hari tu? Dasar perempuan penipu! Liar!” Julia menuding jari tepat ke wajahku. Aku terpempan . Lidahku masih kelu untuk berkata-kata. Mindaku terus terencap pada peristiwa di Cameron Highland beberapa bulan yang lepas. Perempuan tu! Ye..Julia adalah perempuan yang cuba bermesra dengan Syam ketika itu! Patutlah mereka begitu mesra, rupa-rupanya Julia adalah tunang Syam. Ya Allah, adakah Syam menipu aku lagi? Kak Za beritahu aku yang Syam adalah Farid, dan dia tidak pernah berhenti menyintai ku.Tapi sekarang..kenapa jadi macam ni? Apa maksud semua ini? Air mata yang sudah kering kembali bertakung di kelopak mataku .

“ Kenapa diam ha? You terkejut I tahu yang you penipu ye?! Dasar perempuan murahan! Ada hati nak tackle anak dato’! Hei, you sedar la sikit..you ingat I tak tahu you tu kerja sebagai kerani je! Sama taraf dengan pelacur! Mana layak nak jadi bertunang dengan anak dato’!” Julia semakin kuat menghinaku apabila melihat aku hanya berdiam diri . Hatiku semakin sakit apabila kata-kata hinaan itu dilontarkan berulang kali. Jiwaku mula menggelegak panas, seperti lahar gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup . Pipiku membahang panas .Dadaku turun naik menahan amarah .

“ Entah-entah Syam jadi macam ni pun sebab you! You ni memang perempuan tak guna! Perempuan sundal!” Julia masih tidak puas lagi menggertak dan menghinaku.

“ Julia, stop saying nonsense about me!!” Aku menjerit nyaring membuatkan Julia terdiam seketika . Beberapa orang jururawat yang lalu lalang di situ mengalihkan pandangan ke arah kami. Aku tidak peduli semua itu. Aku menyeka kasar air mata yang sudahpun terlerai jatuh memabasahi pipiku.

“ Untuk pengetahuan you, I tak pernah mengaku yang Fad is my fiancée. Dia yang nak kan I. I tak tahu yang dia dah bertunang dengan you . But now, our relationship is over!” Bentakku keras . Aku tidak mampu berdiam diri lagi. Aku sudah tidak tahan dihina lagi . Aku menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan kata-kataku.

“ I think we should not discuss about this now..you see how severe the Syam’s condition is? Please..I beg on u..please take care of him..jangan biarkan dia menderita, masa ni adalah masa untuk jaga dia, bukan masa bergaduh..kalau dia tahu kita macam ni, mesti dia sedih..” aku terpaksa berkata begitu demi kebaikan Syam. Walaupun hatiku kini hancur luluh mendengar berita yang Syam sudah bertunang, namun entah mengapa rasa kasihan terhadap nasib yang menimpanya kini melebihi segala-galanya. Entah mengapa ,aku tidak sanggup membiarkan dia terlantar tidak sedarkan diri di situ. Mungkin kerana aku terlalu menyintainya sepenuh hatiku tapi apakan daya, dia kini bukan lagi milikku. Dadaku terasa sebak sangat.

“ Hurmm..I harap apa yang you cakap tu betul. Kalau you cuba tipu I, you tahulah apa akibatnya!” Ternyata kata-kataku langsung tidak berbekas di hati Julia sebaliknya hanya riak sinis terpamer pada wajahnya .

“ Please trust me.., I tak ada niat nak tipu sesiapa. What I’ve told you is true..Tolonglah jaga dia baik-baik..You jangan risau, lepas ni you tak kan tengok muka I lagi kat sini. I will go far away from him..,” sebak aku untuk menuturkan kata-kata itu. Aku rasa hanya itulah keputusan terbaik untukku .

“ Okay..good. Baguslah kalau you sedar yang you tu tak layak untuk dia. Last but not least, I nak cakap sikit. Lepas ni you jangan ganggu hidup Fad lagi. Sampai matipun, you tak layak untuk dia. Hanya I yang layak tau. And, one more thing..kalau I dapat tahu yang Fad jadi begini kerana you..I tak kan lepaskan you!” Kata Julia kasar sambil melangkah laju meninggalkan aku yang tercengang di situ. Aku sekali lagi terkedu mendengar ugutan Julia .Aku buntu. Aku kah yang salah dalam hal ini? Namun, jauh di sudut hatiku mengiyakan kata-kata Julia. Memang akulah punca semua ini . Akulah punca Syam hampir kehilangan nyawanya . Kalaulah aku tidak ditakdirkan bertemu semula dengan Syam , dia tidak akan menerima nasib sebegini. Dia tidak akan menderita sebegini. Aku memang teruk! Air mataku semakin lebat mengalir. Kepalaku terasa sakit sangat, tidak tahan lagi untuk memikirkan permasalahan demi permasalahan yang menimpaku.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Aku melangkah longlai menuju ke tempat letak kenderaan hospital ini. Jiwaku kusut. Otakku berserabut memikirkan kata-kata Julia sebentar tadi . Ya Allah, adakah ini dugaanMu Ya Allah? Kenapa di saat genting ini, semakin banyak permasalahan yang timbul? Mengapa? Salahkah aku menjadi insan bernama Lina? Salahkah aku hidup di dunia ni? Pelbagai persoalan menerjah ruang benakku silih berganti dan semua persoalan itu membuatkan imanku yang hampir rapuh semakin goyah. Astaghfirullahalazim..apa aku merepek ni. Aku beristighfar beberapa kali mengakui ketelanjuran aku kerana bersangka buruk pada Yang Maha Esa .

“ Hello Lina, how are you?” Langkahku terhenti apabila ada suara garau menegurku. Aku seperti mengenali empunya suara itu. Aku terus mendongak ke depan . Aku tergaman. Encik Hakim? Ye..kelihatan Encik Hakim sedang bersandar pada keretaku . Apa dia buat di sini? Dengan pantas, bahang panas menular ke setiap penjuru hatiku. Panas hatiku dengan kekejaman Encik Hakim masih bersisa.

“ Apa yang kau buat kat sini?” Soalku kasar. Hilang sudah panggilan ‘Encik Hakim’, hilang sudah rasa hormatku padanya . Tidak sangka dia sebenarnya adalah harimau bertaring yang bertopengkan manusia. Kedengaran dia tergelak sinis.

“ Well, salah ke saya kat sini?” Soalnya selamba sambil melangkah perlahan-lahan menghampiriku. Cermin mata hitamnya ditanggalkan menampakkan mata hazelnya .

“ Ye, salah! Berani kau datang sini lepas apa yang kau buat kat Syam! Apa kau nak buat lagi? Kau nak cuba bunuh dia lagi? Macam tu?! Kau ni memang gila lah!” Aku membentak keras . Encik Hakim tersenyum mendengar kata-kataku seolah-olah ia langsung tidak mengena gegendang telinganya atau menyentap tangkai jantungnya .

“ Well..kalau saya bunuh dia pun apa salahnya.., dia memang patut mampus..,” sinis Encik Hakim berkata membuatkan hatiku semakin geram dengannya .

“ Kau!” Aku cuba menampar pipinya namun dia lebih pantas memegang pergelangan tanganku .Aku menarik kasar tanganku sehingga terlepas. Nafasku tercungap-cungap menahan marah. Sudahlah dia mengupah orang membelasah Syam cukup-cukup lepas tu boleh pula dia berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku tidak tahulah kenapa polis belum menangkapnya.

“ Jangan la marah sayang..sayang marah sebab abang tak kena tangkap ke?” Geli aku mendengar Encik Hakim tiba-tiba cuba ber romantik denganku. Dia cuba mengusap pipiku tapi aku lebih pantas menepis.

“ Hei ,kau jangan nak buat benda tak senonoh kat aku lagi! Kalau tak aku lapor pada polis! Kau tu layak dok dalam penjara je! ” Amarahku kian memuncak. Namun, dia semakin galak mentertawakanku seakan mempermainkan kata-kataku.

“ Laporlah kalau berani..kalau sayang nak tahu, polis tu dah makan suap abang. Dia tidak akan tangkap abang sampai bila-bila pun..tak payah lah sayang nak buang masa lapor pada polis..sia-sia je..,hahahaha..” aku tersentap . Sanggup dia merasuah polis semata-mata untuk menutup kesalahannya. Arghh!! Encik Hakim memang lelaki dayus!! Pengecut!

“ Kau ingat aku tak berani, aku akan lapor kes kau merasuah polis ke pihak atasan..aku akan pastikan kau tak kan terlepas!” Ugutku dengan hati yang penuh kebencian. Aku menepis kasar tubuhnya untuk mendapatkan keretaku. Aku mesti cepat pergi dari sini. Aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan Encik Hakim yang semakin lama semakin menyakitkan hati . Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, dia lebih pantas menarik tanganku kasar dan aku terperangkap dalam pelukannya.

“ Hei, lepaskan aku! Kau dah gila ke! Kau nak apa lagi! Tak puas hati lagi ke lepas apa kau buat selama ni! Lepaskan aku! ” Aku berteriak nyaring sambil meronta hebat mengharapkan agar ada orang yang memerhatikan perbuatan Encik Hakim namun hampa. Kawasan itu agak tersorok dari pandangan orang ramai. Walau sekuat mana aku berteriak, tidak akan ada sesiapa yang akan dengar teriakanku itu. Sekejap sahaja Encik Hakim memegangku, dia kemudian meleraikannya perlahan-lahan. Aku terus menjauhkan diri beberapa meter darinya .

“ Abang datang ni bukan nak bergaduh , tapi abang just nak cakap satu perkara kat sayang..,” tekakku terasa loya mendengar dia berabang sayang denganku. Perkara apa pula ni? Apa lagi agenda Encik Hakim ni?

“ Stop calling me sayang! I hate to hear you call me like that!” Aku menutup kedua-dua belah telingaku .Benci aku mendengar panggilan yang tidak masuk akal itu.

“ Okay..okay..I will not call you like that anymore..but I want to tell you something..,” Encik Hakim cuba berlembut denganku. Aku hairan dengan tingkah lakunya yang tidak seperti selalu. Kali ini dia seperti seorang lelaki yang sangat berlemah lembut denganku. Adakah ini hanya satu lakonan untuk mengaburkan mataku?

“ Hurmm..kau nak cakap apa?” Soalku tanpa sedikitpun berpaling ke arahnya. Aku benci melihat wajah itu. Kekacakannya kini digantikan dengan wajah syaitan bertanduk yang sukar untuk aku gambarkan betapa buruknya rupanya .

“ I want you to be my wife..,” aku terlopong mendengar permintaannya yang tidak pernah terfikir dek akal . Be his wife?? Biar betul!

“ Kau dah gila ke? Lepas apa kau buat kat aku dan Syam, kau berani cakap macam tu lagi? Manusia jenis apa kau ni hah?!” Rasa terkejut itu hanya seketika. Kini aku jadi menyampah dengan kegilaan Encik Hakim yang tidak dapat aku jangkakan.

“ Yes, saya memang dah gila. Saya gilakan awak! Saya tak boleh hidup tanpa awak… Please..be my wife..,” Aku sekali lagi terkejut apabila kali ini aku melihat Encik Hakim melutut pula. Aku bingung. Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa Encik Hakim berubah sikap dalam masa yang singkat? Apa dia dah lupa ke perbuatan jahat dia padaku?

“ Hakim, stop it! Dah la tu berlakon. Sampai bila-bilapun, aku benci kau!I hate you forever! ” Aku kembali ke alam nyata. Aku tidak mahu terpedaya dengan rayuan Encik Hakim yang penuh muslihat. Aku tahu dia mempunyai rancangan jahat dalam fikirannya.

“ Okay fine! Kalau awak sayangkan anak awak tu..please marry me..saya kan ayah dia..,” aku memandang Encik Hakim seakan tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja aku dengar. Aku kemudian tergelak sinis.

“ Ooo ayah ye? Kalau kau tu ayah dia, apasal kau nak bunuh dia? Ni pun nasib baik dia tak mati..ayah konon, ayah membunuh! huh!” Aku menyindir kata-katanya. Sungguh jelik aku apabila dia mengaku ayah kepada anak dalam kandunganku ini. Aku mengusap perlahan kandunganku yang sudah masuk 5 bulan .

“ I’m serious okay..kalau awak tak nak orang tahu yang anak awak tu anak luar nikah, awak kena kahwin dengan saya..,” Encik Hakim masih tidak berputus asa merayu.

“ Kenapa baru sekarang kau cakap macam ni? Dulu bukan kau ke cakap yang aku ni perempuan murahan! Kau yang tak ngaku kau ayah dia kan? Apa tujuan kau buat macam ni?! Cakap kat aku, apa rancangan kau sebenarnya? Tiba-tiba je nak kahwin dengan aku?”

“ Itu dulu, sekarang lain..sekarang saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya..,sumpah saya tak ada apa-apa niatpun. Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati awak, tapi sekarang saya dah insaf..saya betul-betul nak bertanggungjawab dengan anak kita tu..Saya ikhlas nak mengahwini awak..” aku sudah kehilangan kata. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Hatiku kuat meragui kebenaran kata-katanya. Hatiku kuat mengatakan yang Encik Hakim sedang cuba memperdayakanku.

Aku tidak tahulah mengapa segala peristiwa hari ni seperti sudah dirancang. Bermula dengan kemunculan Julia yang mengaku sebagai tunang Syam hinggalah kehadiran Encik Hakim yang tiba-tiba untuk merayuku supaya menjadi isterinya. Persoalannya sekarang, perlukah aku terima lamaran Encik Hakim? Kalau aku tak terima, bagaimana dengan anak ini? Sudah pastinya orang ramai akan tahu yang aku mengandungkan anak luar nikah . Syam yang sudah berjanji untuk mengahwiniku kini terlantar tidak sedarkan diri. Kalau ikutkan,memang aku memang tiada cara lain selain mencari seseorang untuk menutup aibku. Tapi aku tak nak Encik Hakim menjadi suamiku, sakit hati dan rasa kecewaku terhadap perbuatannya terpahat kemas di hatiku. Apa yang harus aku lakukan sekarang?



  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 13 comments:

    1. lina dlm dilema...
      kesian kt lina n syam...
      huhu...

      ReplyDelete
    2. salam wak..ades saya org kedua lah pulak emm takpe lah...adus saya lak kunfius nak triima ke tak c encik hakim yg jahat ni hehehe...musykil2 demam apa encik hakim..Julia lak bajet bagus je..Lempang kang....Ceh terlebih emosi suda heheh...apa2 pun bez2..ada masa smbung lah C.T lak

      ReplyDelete
    3. huhu kesiannyer Lina ngan Syam..
      tak abeh2 ditimpa masalah
      hish Julia ngan Encik Hakim ni
      kacau daun betul lah!
      Argh bencinyer kat 2 ekoq tu!
      Writer, tolong jangan bagi
      Lina kawen ngan Hakim,
      dia jahat lorrhhh

      ReplyDelete
    4. eeeeeii..
      pe jd nieh..
      ttbe je julia datg..ngaku syam tunang dye..
      hakim lakk?
      haila2..
      julia ngn hakim subahat ker??
      xmo la hakim ngn lina..
      nk lina ngn syam..
      tp sian kat lina gak cz kandungan makin membesr,,tp syam ngah terlantar..
      kalo lma syam terlantar,,sah2 jd bualan lina nieh..
      isk2..
      dilemma suda..smbung2..

      ReplyDelete
    5. salam...org ganu,

      terima kasih..sudi singgah anaklaut


      p/s: cerita semakin best..

      ReplyDelete
    6. salam..

      Miz ruha,
      thanx sudi bce novel ni =)


      Moi,
      hehe tak pe la jd 2nd pn,
      jnji awk bce cte ni..
      kalo awk, awk nak terima tak?
      insyaAllah ada masa sy smbungla CT tu
      dah lama terbengkalai, dah berhabuk dah
      huhu..


      Haleeza87,
      sabar2..cte ni hanya rekaan semata2
      jgn terlalu stress..hehe..


      Kesengalan terserlah,
      lama tak nampak, sihat ke?
      itulah bkn setakat Lina dalam dilema,
      penulis pun dalam dilema gak..iskisk


      anak laut,
      wassalam, sy memang suka berkunjung ke
      blog ank laut coz macam2 ada..hehe
      thanx atas pujian, alhamdulillah..

      ReplyDelete
    7. Tak lah..Adus kejam sungguh lelaki tu..Bila dia nak dia ambik tapi bila tak nak dia buang...I Flyingkick kang Encik Hakim tu bru tau heheheh terlebih suda...hahah

      ReplyDelete
    8. nape jadi macam ni?
      kesian Lina..

      ReplyDelete
    9. salam syg org ganu..
      baru sempat baca story ni..hmm..tambah teruja nak tahu selanjutnya..

      ReplyDelete
    10. best novel ni..
      awak tak nak bukukan ke?

      ReplyDelete
    11. hai...sis..
      kita baru join blog sis...
      bes la sis punya citer..
      nanti lawatlah blog sy pula yg x comei 2,huhu..

      ReplyDelete
    12. Salam semua..

      Moi,
      relek2..jgn terlebih sudaa..hehe

      Anonymous,
      ntahla..tak tahu kenapa jadi camtu.=p

      Kak ida,
      tak pe..sy paham akak bz
      anyway thanx sudi singgah baca =)

      Anonymous,
      So far sy tak terfikir lagi
      ada rezeki sy hntr la manuskirip kat mana2..insyaAllah

      qyqa,
      thanx sudi singgah,
      cte ni biasa2 je dik..
      insyaAllah ada masa akak singgahlah k =)

      ReplyDelete
    13. salam..org ganu,

      cerpen yang sangat bagus..dan ceritanya penuh dengan pengajaran.

      p/s: lapor saja ke SPRM, mana2 jika ambik rasuah.:)

      best2x teruskan berkarya..:)

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)