Saturday, January 5, 2013

Novel : Tidak Seindah Mimpi 37





Aku menelan air liur. Lidahku kelu untuk berbicara. Kehadiran lelaki bermata hazel di hadapanku ini cukup membuatkan jiwa wanitaku berkocak hebat. Hatiku tidak keruan.

“ Lina..are you Lina?” Soal lelaki itu inginkan kepastian. Matanya dalam merenung anak mataku. Aku tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya cuba melangkah pergi dari situ.

“ Nanti!” Sahutnya. Tangannya pantas memegang lenganku. Langkahku terhenti.

“ Hakim, lepaskan saya!” Jeritku kecil. Mataku tajam memandang wajahnya. Hatiku tiba-tiba berasa panas. Pegangannya terlepas dengan serta-merta.

“ Lina..Saya bermimpi ke ni? Yes, it’s you! Oh My God, I’m so happy to meet you here…” kata Hakim bersungguh-sungguh . Aku mencebik. Aku terus menyepi. Malas mahu menjawab.

“ Lina..awak pergi mana sebelum ni? Puas saya cari awak merata tempat? I miss you so much Lina…,” Mendayu-dayu suara Hakim kedengaran.

“ Looking for me ?? Do you kidding me? Please Hakim…saya dengan awak tak pernah ada hubungan apa-apa ok!” Marahku. Panas di hatiku kian membara apabila melihat reaksinya seperti tiada apa-apa berlaku antara kami  sebelum ini.

“ Lina..please..Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak. I’m so sorry okay..but I’m really miss you Lina…Please forgive me okay..” Katanya lagi dengan pandangan yang penuh berharap.

“ Apa yang awak cakap ni? Saya ulang sekali lagi..saya dengan awak tak pernah ada hubungan apa-apa! Faham?!” Tengkingku kuat. Geram melihat lagak Hakim sekarang ni.

“ But, kita pernah berasmara kan?” Soalnya sinis. Menyirap darah ke mukaku mendengar soalan itu.

“ Hakim! Stop it!”

“ I miss the moment we are together…So saya harap saya boleh merasainya lagi…”

“ Hakim! Please! Stop!” Nafasku turun naik menahan marah. Kedengaran Hakim tergelak sinis. Ternyata perangainya yang dulu langsung tidak berubah.

“ Okay..okay..Saya gurau je okay!” Kata Hakim selamba. Aku menjelingnya tajam. Macam ni dia cakap bergurau? Gurauan apakah ini?

“ It’s not a joke!” Gertakku.

“ Okay Lina..listen to me..Saya rasa satu suprise dapat jumpa awak kat sini. But it’s true..saya betul-betul mintak maaf dengan apa yang saya buat kat awak dulu. Saya betul-betul menyesal..saya tahu saya salah…please forgive me emm…” Balas Hakim lembut. Matanya masih tidak lekang dari merenung wajahku. Aku membuang pandang. Dasar lelaki tak sedar diri! Tak tahu malu!

“ Dahla Hakim. Jangan nak ungkit lagi benda lama. Yang pasti sampai mati pun saya tak kan maafkan awak! I will not forgive you forever! Jangan mimpilah!” Tegasku. Mana mungkin aku maafkan lelaki yang hampir menghancurkan hidup dan masa depan ku. Huh!

“ Lina..please forgive me..Saya betul-betul tak sengaja nak buat macam tu kat awak dulu…Tapi saya..”

“ Stop it! Apa maksud awak tak sengaja hah?! Awak dah rampas mahkota saya lepastu awak buat saya hilang ingatan..then awak malukan saya depan semua orang. Bukan setakat tu je..awak cuba bunuh saya jugak! Itu awak cakap tak sengaja?! Awak ni memang lelaki tak tahu malu lah!” Aku melemparkan peluru tajam kepada Hakim. Kelihatan wajah Hakim berubah tegang.

“ Tapi itu dulu! Sekarang saya dah insaf..Saya tak nak request apa-apa dari awak..tapi tak boleh ke awak maafkan saya..kali ini je? I beg on you Lina….” Rayu Hakim dengan pandangan berkaca.

“ No! Forever No!” Tegasku. Jangan harap aku nak maafkan jantan tak guna macam Hakim!

“ Lina..jangan buat saya macam ni boleh tak?”

“ Buat macam mana? Awak sedar tak awak dah buat hidup saya terseksa selama 3 tahun ni? Awak sedar tak awak dah hancurkan masa depan saya? Awak sedar tak?! Saya benci awak Hakim! I hate you!!” Teriakku. Ada beberapa orang yang berada di sekelilingku sedikit tersentak mendengar tengkinganku. Ah, aku tidak peduli! Yang pasti hatiku cukup panas kini.

“ Tapi Lina..”

“ Dah la! Stop it! Saya tak dengar apa-apa lagi dari awak! Please don’t waste your time!” Aku menekankan kata-kataku. Kaki laju mahu meninggalkan Hakim di situ. Aku lemas. Aku lemas untuk berhadapan dengan lelaki tak sedar diri macam ni. Dia ingat dengan maaf je, dia boleh cairkan hati aku? Kau silap besar lah Hakim. Aku tak kan sesekali terpedaya dengan kau lagi. Pergi mampuslah!

“ Tunggu dulu Lina!” Laungnya. Dia cuba mengejarku . Aku cepat-cepat melangkah pergi. Namun, Hakim lebih pantas memaut lenganku. Aku memandang sekeliling. Suasana sedikit lengang di situ. Tidak ramai orang yang lalu di kawasan itu. Aku mula rasa tidak sedap hati.

“ Lepaskan saya lah! Awak nak apa lagi hah?!” Jeritku sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

“ I just want you! Kali ini saya tak kan biarkan awak terlepas!” Tegasnya. Wajahnya kelihatan semakin tegang.

 Hakim! Tolonglah jangan buat saya macam ni! Lepaskan saya lah!” Teriakku lagi. Namun , pegangannya semakin kemas.

“ No! Saya tak kan lepaskan sampai awak maafkan saya!” Hakim terus mendesak.

“ Lepaskan saya lah! Awak dah gila ke?!”

“ Memang..memang saya gilakan awak! Dari dulu sampai sekarang! I love you Lina! Kenapa susah sangat awak nak faham?!” Wajah Hakim mula memerah.

“ And..dari dulu sampai sekarang…I  hate you! I hate you! Awak tak faham bahasa ke?” Balasku geram.

“ I don’t care you hate me or not! Yang pasti, saya akan pastikan kali ni awak fall in love dengan saya! Saya akan pastikan awak tak kan terlepas lagi! Saya tak pernah tak dapat apa yang saya nak!” Suara Hakim semakin keras. Personalitinya yang dulu semakin menonjol. Aku memandangnya geram. Sembarang je mamat ni!

“ What so ever! Please Hakim, lepaskan saya lah! Kalau tak saya jerit kuat-kuat!” Ugutku.

“ Jeritlah kalau awak berani!” Kata Hakim sinis sedikitpun tidak mahu melepaskan cengkamannya.

“ Lepaskan saya lah! Lepaskan!” Jeritku kuat. Namun pegangannya semakin kemas hingga lenganku terasa sakit sangat.

“ Saya dah cakap kan, saya tak kan lepaskan awak sampai bila-bila!” Tegas Hakim. Wajahnya berubah bengis. Aku mula ketakutan. Aku takut perkara dulu terjadi lagi. Ya Allah, tolonglah lindungi hambaMu ini Ya Allah.

“ Hakim! Lepaskan dia!!” Tiba-tiba ada suatu suara keras muncul. Kami berpaling serentak ke arah Syam yang tiba-tiba muncul di situ. Pegangannya terlepas dengan tiba-tiba. Tidak semena-mena Syam datang menyerbu ke arah Hakim dan menghadiahkan satu tumbukan padu ke pipi kanannya. Hakim menyeringai kesakitan.

“ Kau! Jangan kau berani sentuh Lina lagi! Dia hak aku!” Teriak Syam. Wajahnya menyinga. Kedengaran Hakim tergelak sinis.

“ Owh, tak mati lagi rupanya kau ye? Aku ingatkan dah mampus!” Balas Hakim sambil meraba pipinya yang sedikit lebam.

“ Kenapa?! Kau ingat nyawa aku kat tangan kau? Kau jangan mimpilah! Aku tak kan sesekali tewas lagi dengan kau Hakim! Jangan harap!” Tegas Syam.

“ Owh really..baguslah kalau kau fikir macam tu? Sebab aku memang suka dicabar…” Jawab Hakim sinis.

 Kau memang tak pernah berubah dari dulu. Kali ni, kau jangan nak berani nak sentuh Lina. Kalau tak, nahas kau!”

“ Excuse me…kau ugut aku ye? Aku tak takutlah bro! Aku akan pastikan Lina jatuh ke tangan aku! Aku tak kan biarkan dia terlepas lagi…,Aku akan rampas segala yang sepatutnya jadi hak aku! Kau faham?!” jawab Hakim dengan penuh yakin. Aku menjelingnya tajam. Kurang asam! Ingat aku apa? Patung? Boleh main rampas-rampas.

“ Kau jangan nak berangan! Lina akan jadi isteri aku tak lama lagi. Dan kau! Kalau kau berani sentuh dia, aku tak kan teragak-agak untuk bunuh kau!” Kata Syam berbaur dendam.

“ Apa kau cakap? Lina jadi isteri kau?” Soal Hakim cemas.

“ Yes! She will be my forever wife!”

“ Owh..nice! But one thing, I just want to remind you…jangan terlalu yakin sangat sebab one day aku akan pastikan Lina jatuh ke tanganku. Aku akan buat apa saja untuk dapatkan dia! Kau ingat tu!”

“ Kau tak payah nak berangan Hakim! Lina hak aku! Jangan kau berani nak apa-apakan dia!”

“ Kau jangan risau. Aku tak kan apa-apakan dia. Tapi aku akan pastikan kali ni kau tak kan terlepas dari maut! Aku akan pastikan kau mampus! Kau tengok lah nanti Farid! Urusan kita belum selesai lagi!” Aku tersentak mendengar jawapan Hakim. Kata-kata Hakim cukup membuatkan hatiku gusar. Aku takut nanti dia apa-apakan Syam lagi lepas ni.

“ Hakim! Syam! Dah la tu. Tak payah nak bergaduh macam ni! Tolonglah…” Akhirnya aku mencelah setelah dari tadi menjadi pemerhati pertelingkahan mereka.

“ Ok fine! Don’t worry my sweetheart…Abang akan pastikan yang sayang akan jadi milik abang selama-lamanya…” Kata Hakim dengan suara yang cukup menggoda tapi cukup sinis kedengaran.

“ Kurang ajar!” Teriak Syam sambil menghadiahkan satu lagi tumbukan berbisa ke perutnya. Hakim menunduk. Dengan pantas dia membalas tumbukan Syam ke arah mukanya. Syam turut menyeringai kesakitan. Syam tidak berpuas hati. Kali ini dia bangkit dan terus menyerang Hakim. Hakim turut mempertahankan dirinya. Aku mulai cemas.

“ Apa ni! Hentikan semua ni!” Jeritku sambil terus meluru ke arah mereka berdua. Pertarungan mereka terhenti dengan serta-merta. Wajah Hakim dan Syam kelihatan cukup tegang. Mereka memandangku serentak. Aku tak sangka pertelingkahan mulut ini akan berakhir dengan pergaduhan. Namun, pergaduhan itu terhenti untuk seketika sahaja. Mereka kemudian bertumbuk lagi. Syam menumbuk dan menendang tubuh Hakim bertalu-talu . Pertahanan Hakim semakin lemah. Darah merah pekat mula keluar dari celah hidung dan bibirnya.

“ Syam! Sudah! Kalau awak saya sayangkan saya, hentikan semua ni!” Jeritku dengan air mataku laju membasahi pipi. Ya Allah, kenapa boleh jadi sampai macam ni? Dugaan apakah kali ini? Syam berhenti membelasah Hakim.

“ Syam..dengar cakap saya. Tak payah lah layan Hakim. Jomlah kita balik!” Tegasku.

“ Tidak Lina! Hakim mesti di ajar cukup-cukup! Saya tak kan biarkan dia apa-apakan awak lagi! Orang macam ni mesti mampus!” balas Syam tidak berpuas hati.

“ Cukuplah tu Syam..dah la..Jomlah kita balik. Tak guna awak bergaduh dengan orang gila macam dia ni!” Pujukku lagi. Kelihatan Syam menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan hatinya yang panas.

“ Baiklah..kau ingat Hakim! Kali ini aku tak kan biarkan kau terlepas. Jangan mimpilah mahu rampas Lina dari aku!” Ugut Hakim sambil menghadiahkan sepakan terakhir ke tubuh Hakim yang sudah lesu. Syam terus menarik tanganku untuk pergi dari situ.

“Kau ingat Farid! Aku pun tak kan lepaskan kau! Aku tak kan biarkan kau bahagia sampai bila-bila! Lina hak aku! Aku akan pastikan dia jadi hak aku!” Teriak Hakim seperti orang gila apabila kami mula menjauh. Syam cuba berpatah palik untuk meneruskan serangannya namun aku lebih pantas menghalang.

“ Syam..please…don’t!” Tegasku. Syam menghembus nafas kasar seperti melempiaskan amarah dan beban yang berat dalam hatinya. Dia tidak membalas teguranku sebaliknya dia hanya berdiam diri.Sedikitpun dia tidak menjawab teguranku. Wajahnya masam mencuka. Dia terus menarik tanganku ke keretanya. Wajahnya kelihatan masih tegang. Ada sedikit lebam pada pipi dan bibirnya. Aku memandangnya dengan penuh rasa bersalah. Aku langsung tidak berani membuka mulut.

Ya Allah apa aku dah buat ni? Marahke dia kepadaku? Ya Allah, kalau tadi aku setia menunggunya di kopitiam tersebut dan tidak ke kedai majalah itu, sudah pastinya semua ni tak kan berlaku. Sudah pastinya aku tak kan bertembung dengan lelaki gila itu! Dan..sudah pastinya pergaduhan antara Syam dan Hakim tidak  akan tercetus. Apa aku nak buat lepas ni? Mesti Syam betul-betul marah denganku. Dan, yang paling merisaukan aku, aku takut,kali ini Hakim akan cuba lagi melangsaikan dendamnya pada Syam seperti yang pernah dilakukan dulu . Aku takut sangat nyawa Syam akan terancam. Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah hambaMu yang lemah ini. Tolonglah halang segala malapetaka atau bencana dari menimpa ke atas kami. Aku berdoa bersungguh-sungguh di dalam hati.



p/s : sory coz lambat update TSM ni…anyway hope pembaca terus menyokong karya saya…=)

3 comments:

  1. sy sokong anda! hoho
    sambung lg naaa. ^_^

    ReplyDelete
  2. Sambungler lagi... Penatku me"refresh" setiap minggu.....

    ReplyDelete
  3. Huh nyibok je hakim tuh..mesti dia kacau lina lg..huhu..x mo..jgn la bg can kt hakim dpt lina..benci gle ngan mamat tu! :-(

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)