Monday, June 29, 2009

Tidak Seindah Mimpi 19


Aku semakin resah . Sudah lebih 3 jam Syam dimasukkan ke bilik kecemasan namun belum ada doktor yang mendapatkan aku untuk menjelaskan keadaannya . Beberapa kali aku duduk bangun di kerusi yang terdapat di situ dan berjalan mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan. Kelibat Kak Za juga masih belum kelihatan .Aku menghubunginya sebaik sahaja Syam tiba di unit kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur. Suasana di situ agak lengang .Hanya beberapa orang jururawat yang kelihatan di situ. Suasana hening itu menambahkan lagi kerisauanku . Tangan dan kakiku terasa seram sejuk .

Mataku terasa membengkak kerana tidak henti-henti menangis semenjak tadi. Aku benar-benar rasa bersalah terhadap Syam . Kerana aku, Syam menjadi mangsa keadaan. Kerana aku, nyawa Syam hampir melayang. Kalau bukan kerana aku, semua ini tidak akan menimpa Syam. Semua salah aku! Aku sudah banyak menyusahkan dia! Aku tak patut hidup di dunia ini! Buat apa hidup jika hanya untuk menyusahkan orang?! Mengapa Tuhan menemukan aku dengan Syam? Mengapa?! Aku meraung di dalam hati. Imanku terlalu rapuh untuk menerima semua ini. Hatiku benar-benar pedih kini . Jantungku seperti disentap hebat . Terlalu berat dugaan ini untuk aku tempuhi. Aku tidak sanggup kehilangan Syam. Aku menumbuk beberapa kali dinding bagi melepaskan rasa geram terhadap diri sendiri.

“ Lina..,” sapaan Kak Za yang tiba-tiba muncul entah dari mana mengejutkan aku. Aku terus memeluk Kak Za dan menangis teresak-esak di bahunya.

“ Kak Za..maafkan Lina..Lina yang bersalah dalam hal ini..Syam yang menjadi mangsa keadaan..,” aku merintih sayu. Kak Za kelihatan terpinga-pinga.

“ Lina..sebenarnya apa yang berlaku? Akak tak faham..,” Kak Za memegang kedua-dua belah bahuku. Dia juga turut menangis kerana terlalu terkejut dengan berita yang baru didengarinya .

“ Encik Hakim..Encik Hakim upah orang pukul Syam! Sekarang Syam tak sedarkan diri kak..teruk dia kena pukul..” Aku merintih lagi. Nama Encik Hakim semakin mebuatkan hatiku membengkak. Kekejaman yang dia lakukan sampai matipun aku tidak akan maafkan!

“ Ya Allah! Encik Hakim, majikan Syam ke?” Soal Kak Za inginkan kepastian. Wajahnya mempamerkan riak terkejut.

“ Ye kak..,” jawabku sepatah. Selebihnya aku lebih banyak melayan tangisku.

“ Kenapa dia buat macam tu kat Syam. Apa salah Syam pada dia?!” Kak Za seakan tidak percaya akan kata-kataku. Tangisannya semakin kuat kedengaran.

“ Panjang ceritanya kak..,” buat masa ini aku seakan tiada perasaan untuk menceritakan perkara sebenarnya.

“ Lina dah buat laporan polis?” soal Kak Za sambil perlahan-lahan menyeka air mata yang membasahi pipinya.

“ Belum lagi kak..” mindaku kini seolah-olah tidak boleh berfikir apa-apa. Langsung tidak terfikir untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis. Aku benar-benar buntu.

“ Tak apalah..biar akak saja yang buat!” Kata Kak Za berbaur geram . Aku hanya mengangguk lesu.

" Macam mana keadaan Lina?" Kak Za membelek wajahku yang sedikit terluka dan lengan kananku yang berbalut.

" Lina tak apa-apa kak..doktor rawat Lina sebagai pesakit luar je..," jawabku perlahan. Aku bernasib baik kerana aku tidak mengalami kecederaan serius.Anak dalam kandunganku juga selamat .

" Alhamdulillah..baguslah macam tu..," Kak Za tersenyum hambar .

“ Maaf Cik, Cik ini ahli keluarga Encik Syam ke?” Kami berpaling serentak ke arah seorang jururawat yang tiba-tiba muncul di belakang kami.

“ Ye..saya kakak Syam..,” cepat Kak Za menjawab . Jantungku mula berdegup kencang . Aku takut jika jururawat itu akan menyatakan sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas Syam. Ya Allah..janganlah semua itu berlaku..

“ Sila masuk ke dalam sekejap..,” kata jururawat itu lembut.

“ Bagaimana keadaan adik saya?” Soal Kak Za tidak sabar-sabar .

“ Nanti doktor akan terangkan..banyakkan bersabar ye cik. Sila ikut saya..,” mendengar kata-kata jururawat itu seolah-olah menejelaskan bahawa keadaan Syam agak kritikal . Tanpa berlengah masa aku dan Kak Za menyoroti langkah jururawat itu.

Sebaik sahaja aku masuk ke ruang dalam unit kecemasan, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku. Tubuh itu dilingkari dengan pelbagai alat-alat perubatan dan wayar-wayar yang bersimpang siur mengelilinginya . Topeng pernafasan dilekapkan pada mulutnya . Matanya terpejam rapat . Ya Allah..Syam! Langkahku terasa longlai melihat keadaan Syam. Air mata yang hampir kering kembali membasahi pipiku. Kak Za juga begitu.

“ Are you Syam’s relatives?” Soalan doktor wanita India yang baru sahaja datang disambut dengan anggukan kami serentak.

“ Owh..I’m Dr.Mala..,” katanya sambil bersalaman dengan kami.

“ Doctor..how’s he?” Pantas aku bertanya . Doktor itu menarik nafas dalam-dalam seolah-olah sedang mengumpul kekuatan untuk memberi penjelasan kepada kami.

“ So far..he is in stable condition . But.., kami masih tidak pasti sama ada keadaan dia akan kekal begitu atau tak. Dari pemeriksaan yang kami buat, kami dapati dia mengalami kecederaan dalaman yang agak serius .This cause he loss a lot of blood. Menurut laporan skull X-ray dan CT scan yang kami terima pula, kami mengesahkan yang dia mengalami pendarahan kecil di dalam otak akibat retakan pada tulang tengkoraknya. *Brain stem nya pula membengkak. Itu menjadi punca utama dia tidak sedarkan diri. Dia mungkin akan sedar kembali dalam masa 2-4 minggu dari sekarang. But..if the bleeding worsen, may be he will be in *comatose condition for longer time..” terang Dr.Mala dengan panjang lebar.

“ Ya Allah!” Aku menjerit kecil. Aku menutup mulut kerana terlalu terkejut mendengar keadaan Syam yang agak kritikal .Rupanya telahanku tepat sekali. Aku terduduk di situ . Badanku terasa benar-benar lemah kini .Nafasku seakan terhenti seketika.

“ Doktor..tolong selamatkan adik saya. Please help him..please doctor..I beg on you..,” Kak Za merintih pilu. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Duniaku seperti telah diselubungi oleh awan gelap..

“ Cik bersabar banyak-banyak ye..pray to The God..We will try our best to resuscitate and recover him..We will always monitor him every 2 hours..Don’t worry much okay..,” pujuk Dr.Mala dengan penuh prihatin. Bahu Kak Za ditepuk perlahan-lahan .

‘Kak Za..maafkan Lina..Linalah penyebab semua ini,’ kata-kata itu hanya mampu bergema di dalam hati, tidak terluah oleh kata-kata . Kalaulah aku mampu menghalang takdir supaya aku tidak bertemu dengan Syam, sudah pastinya Syam tidak akan mengalami penderitaan seteruk ini..Namun semuanya sudah terlambat..aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi..Takdir telah menentukan segala-galanya..

---------------------------------------------------------------------------------------

Aku perlahan-lahan melangkah ke bilik ICU untuk melihat keadaan Syam. Sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada Syam aku pegang kemas .Semakin aku mendekati bilik itu, hatiku semakin sebak. Jauh di sudut hatiku mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Aku mengharapkan Syam akan cepat-cepat sedar dan pulih dari kesakitannya .Aku tidak sanggup lagi melihat Syam terlantar tidak bermaya . Aku janji pada diriku sendiri, jika Syam sedar kelak..aku akan memohon maaf darinya dan selepas ini aku akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Aku akan pergi jauh dari sini, jauh dari Syam supaya aku tidak menyeksa hidup Syam lagi .

“ Fad anak mama..bangun Fad..,” langkahku terhenti apabila mendengar suara seorang wanita sedang merintih hiba sebaik sahaja aku berada di hadapan bilik Syam.

“ Bangun nak..jangan tinggalkan mama..,” suara rintihan itu semakin kuat. Aku terkedu. Aku tersalah bilik ke? Aku perlahan-lahan menghampiri pintu bilik itu yang sedikit terbuka dan cuba mengintai di sebalik pintu. Benar..ini bilik Syam! Kelihatan seorang wanita separuh abad yang berpakaian agak elegan, ala-ala datin sedang menangis teresak-esak meratapi Syam yang sedang terbaring kaku. Keadaanya masih begitu. Di sebelah wanita itu, berdiri seorang lelaki sebaya dengan wanita itu , lengkap berkot hitam dan bertali leher seperti dari golongan korporat sedang tertunduk sayu .Apa mereka buat di sini? Siapa mereka? Aku mulai bingung.

“ Fad..jangan buat mama macam ni..,bangun nak..” wanita itu masih tidak putus-putus merintih . Tubuh Syam digoncang kuat .

“ Sudah la tu sayang..jangan diikutkan perasaan sangat..Sekarang ni,kita banyakkanlah berdoa pada Allah semoga anak kita cepat-cepat sedar emm..,” lelaki itu yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara. Bahu wanita itu dipegang lembut .

Aku tergamam. Mulutku sedikit ternganga. Bunga dalam gengaman tanganku terlepas. Fad? Aku pernah dengar orang memanggil Syam dengan nama itu. Anak kita? Maksudnya Syam adalah anak mereka? Mama? Adakah wanita itu ibu Syam ? Persoalan demi persoalan menerjah ruang benarkku .Aku semakin bingung. Apa semua ini?! Sebelum ini Syam mengatakan yang dia anak yatim piatu. Bagaimana dia boleh punya ibu bapa pula? Siapa Syam sebenarnya? Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ni? Adakah Syam hanya menipu aku selama ini? Tidak! Katakanlah ini semua hanya ilusi! Aku memegang kedua-dua belah kepalaku cuba menghalang persoalan demi persoalan dari bermain di fikiranku. Aku kemudian pantas berlari pergi dari situ. Aku benar-benar bingung kini!











p/s : kepada sesiapa yg x faham bahasa perubatan yg sy guna, kt bawah sy sediakan maksud perkataan yang bertanda bintang :

*Brain stem : bahagian teras otak yang menjadi pusat kawalan semua sistem di dalam tubuh, contohnya sistem pernafasan, sistem kardiovaskular (jantung), sistem perkumuhan dan sebagainya.

*Comatose condition : koma

Lastly ,thanx kepada semua yang sudi membaca! =)




  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 14 comments:

    1. huhu..sy yg pertame hopely..hahah:))suka2..
      erm..tq 4 new n3..citer ni besh gler..hope jgn ler wat kami peminat setia awk ni tertgu2 erk:p but criusly..citer ni besh..syabas to penulis:)-alom-

      ReplyDelete
    2. waaa..
      parah cmnie..
      syam kritikal n lina lak da kompius..
      huhu..susa2..
      nie sume hakim punye pasal..
      ngeee..geramnye..
      smbung2..

      ReplyDelete
    3. hish!huh kcian wow kat syam..
      rasanya lpas ni mesti mama syam marh kat lin..
      huhuhu apa2 pun saya suka...

      ReplyDelete
    4. tak ramai insan yang mampu menulis sehebat orang ganu..ada saja konflik dalm cerita..sangat best!
      teruskan dalam bidang penulisan ini..

      saya akan terus memberi sokongan!

      ReplyDelete
    5. ala seres pulak injury nyer
      wawaaaaa
      cmne ni?
      jgn la de pe2 jadi
      cian kat lina

      ReplyDelete
    6. banyaknyr konflik...
      suspen2...

      ReplyDelete
    7. mm..
      makin suspen la..
      suke2..

      ReplyDelete
    8. thanx sudi tinggalkan komen.
      insyaAllah..kalo ada masa terluang or
      otak tak berserabut, sy akan smbg cte
      ni secepat mungkin..

      ReplyDelete
    9. saya cakp yg benar dari hati anaklaut yang tulus mulus..tak ramai yg dapat menulis mcm org ganu..

      dah banyak saya lawat dari blog ke blog, tak pernah jumpa cara penulisan mcm anda..

      5 bintang buat anda..

      ReplyDelete
    10. salam org ganu...
      emmm bagus cerita tu teruskan menulis....

      ReplyDelete
    11. betul kata2 anaklaut..
      org ganu mng sgt berbakat dlm bidang penulisan..jika hasilkan novel,saya pasti akan membelinya..
      Salam kenal..dari anaklaut membawa saya ke sini..

      ReplyDelete
    12. salam ziarah jg..karya yg bagus..

      ReplyDelete
    13. salam to writer,
      satu hasil nukilan yang tersangat la bagus! superb!
      kesian pd lina. tertanya-tanya gak siapakah syam yang sebenarnya....
      waiting for next n3....

      ReplyDelete
    14. thanx faizal,idalara,teeha n sue coz sudi
      bce cte ni..
      hehe sesuatu akan terbongkar..
      coming soon..=)

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)