Aku tergaman melihat label yang tertera di hadapanku .
‘Klinik Psiakiatri?’ soalku di dalam hati. Tiba-tiba hatiku terasa membahang panas. Apa semua ni?
“ Hei Syam, kenapa awak bawa saya ke sini hah? Awak ingat saya dah gila ke?!” Syam tersentak dengan tengkinganku yang tiba-tiba. Aku merentap kasar lenganku yang berada dalam cengkaman Syam dari tadi. Aku tidak faham kenapa dia membawa aku ke sini. Apa tujuan dia sebenarnya?
“ Lina, dengar dulu penjelasan saya. Saya nak awak jumpa doktor. Saya tahu awak sakit,” Syam cuba memujukku lembut.
“ Sakit? Sakit apa? Sakit jiwa?! Macam tu?!” Amarahku semakin menjadi-jadi. Tanpa aku sedari, aku menjadi perhatian beberapa orang jururawat dan pesakit-pesakit lain yang berada di situ. Namun, aku langsung tidak mengendahkannya. Yang penting sekarang, aku mesti ajar Syam cukup-cukup. Berani dia membawa aku ke sini. Aku bukan gila!
“ Lina, please..calm down..saya tak ada maksud apa-apa. Klinik ni tak semestinya untuk orang gila tapi untuk orang yang bermasalah. Percayalah pada saya..saya cuma nak awak sembuh . Awak jumpa doktor ye..,” Syam masih berlembut denganku mengharapkan agar aku mengerti maksud dia membawa aku ke sini .Ah! Aku tidak percaya sama sekali kepada Syam .Aku tahu Syam cuba menutup kesalahannya dengan melabelkan aku sebagai orang gila .Aku tahu dia tidak mahu menerima hukuman yang sepatutnya sekiranya perbuatan terbongkar. Jangan nak berdalih lah Syam, aku tahu semuanya!
“ Syam, awak ingat saya nak percaya pada awak? Sampai mati pun saya tak akan percaya pada awak? Awak ingat saya tak tahu yang awak sebenarnya nak tutup kesalahan awak kan? Awak sengaja nak orang fikir saya gila kan?! Betul kan?! Awak mengaku jelah Syam! ” Tengkingan demi tengkingan aku lontarkan kepada Syam . Kemudian aku tergelak sinis, terasa lucu dengan alasan Syam yang agak tidak munasabah.
“ Please Lina..calm down..jangan lah macam ni. Saya..,”
“ Maaf encik, boleh tak encik berbincang di luar klinik kami kerana kami tidak mahu pergaduhan encik dan cik menganggu kerja dan pesakit-pesakit kami,” belum sempat Syam menghabiskan ayatnya, salah seorang jururawat yang memerhatikan perbalahan kami dari tadi datang menyapa .Aku mengalihkan pandangan ke arah lain apabila jururawat itu memandangku. Aku menghembus nafas kasar ,geram.
“ Maafkan kami tapi boleh tak kami nak jumpa Dr.Maisara sekarang? Saya kawan dia, tolong cakap kat dia sekejap,” pantas Syam menjawab.
“ Not ‘we’ but ‘you’! You are crazy not me!” Aku menekan kata-kataku keras dalam nada perlahan agar tidak didengari oleh orang ramai yang berada di situ. Persetankan sama ada doktor tu kawan Syam ke apa. I don’t care! Yang penting sekarang aku mesti pergi dari tempat ini!.
Aku melangkah laju meninggalkan ruangan klinik itu namun langkahku lebih pantas dihalang oleh Syam.
“ Lina..hold on! Jangan degil .Ikut saya sekarang!” Aku tergaman apabila giliran Syam pula memarahiku. Wajahnya kelihatan bengis sekali,berbeza daripada wajahnya yang aku lihat sebentar tadi sehingga membuatkan aku kecut perut. Tanpa mendengar jawapan dari mulutku, dia terus menarik lenganku kasar ke dalam klinik tersebut dan kali ini terus masuk ke bilik Dr.Maisara . Sekali lagi kami menjadi perhatian orang ramai . Ada dalam kalangan mereka tergelak melihat adegan kami yang masih berterusan. Aku jadi malu sendiri . Justeru, aku terpaksa akur dengan kehendak Syam.
“ Assalamualaikum Syam..oh my God, how long I don’t see you eh? Makin handsome you sekarang ye.How are you ?” Tegur seorang wanita muda yang sangat jelita dengan kot putih tersarung di tubuhnya .
“ Waalaikumussalam..A’ah ye lah tu..you pun makin cantik sekarang .I’m fine..how about you?” Tanya Syam ceria sambil berjabat tangan dengan wanita itu .
“ Oh, just see me now..makin sihat kan?” Katanya diselangi gelak ketawa .
“ Ini Lina kan?” Soalnya kepadaku sambil menghulurkan salam.
“ Yeah..,” jawabku sepatah sambil menyambut salamnya dengan penuh rasa curiga .Bagaimana wanita itu tahu namaku? Dia kenal aku ke?
"Wait a minute okay..,” kata wanita itu kepadaku . Kemudian wanita itu dan Syam berlalu dari situ buat seketika membiarkan aku yang sedang terkebil-kebil tidak jauh dari situ. Kelihatan mereka sedang memperkatakan sesuatu yang aku rasakan agak serius jika dilihat daripada reaksi yang terpamer pada wajah mereka . Kadang-kadang mereka kelihatan berbual mesra. Syam kelihatan begitu gembira apabila berbual dengannya. Mereka seperti sudah lama mengenali. Entah mengapa dalam diam aku berasa sakit hati melihat kemesraan mereka . Adakah ini sebenarnya tujuan Syam? Sengaja hendak menyakitkan hati aku, begitu?
“ Cik Lina, sila duduk..,” aku tersentak apabila wanita itu datang menyapaku. Tidak sedar bila mereka habis berbual . Aku memandang Syam sekilas dan Syam menganggukkan kepalanya tanda menyutujui kata-kata wanita itu. Tanpa banyak kerenah, aku perlahan-lahan melabuhkan punggung di kerusi empuk di hadapan wanita itu. Aku tidak sanggup untuk melihat wajah bengis Syam lagi. Wanita itu tersenyum manis melihatku .
“ Erm..Syam..can you please stay outside? I have to discuss some private things with her,” kata wanita itu yang sedang memandang ke arah Syam . ‘Private thing’? Aku hairan mendengar kata-kata wanita itu. Apa yang sulit sangat ingin dibincangkan . Aku mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik. Siapa sebenarnya wanita ini? Adakah dia juga turut bersubahat dengan Syam untuk menjatuhkan maruah aku?
“ Lina, are you here?” Aku tersedar dari lamunan apabila wanita itu menegurku sekali lagi. Ish, banyak pulak aku berfirkir. Aku tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya hanya menggelengkan kepala.
“ Ok..let’s me introduce myself first..Saya Dr.Maisara, pakar psiakiatri di hospital ni . Syam dah ceritakan segala problem awak pada saya . Jika awak tak keberatan, boleh tak awak ceritakan dengan lebih lanjut apa yang awak alami?”
“ Apa yang Syam cerita pada doktor? Dia kata saya gila ye?” Angin marahku kembali mengisi segenap ruang hatiku . Memang betul lah anggapanku yang sesungguhnya Syam cuba mengisytiharkan yang aku ini adalah orang gila! Aku mengetap bibir geram.
“ Bertenang Lina.Siapa kata awak gila? Awak jangan salah anggap .Klinik ni bukan hanya untuk golongan sakit jiwa sahaja tetapi ia juga untuk membantu golongan yang mengalami tekanan-tekanan akibat masalah yang mereka tidak boleh tangani sendiri. ‘Gila’ maksudnya tidak waras tapi awak masih waras..so ,you are not considered as ‘gila’,” terang doktor itu panjang lebar membuatkan aku berfikir sejenak .
“Maksud doktor , saya dikira golongan tertekan yang perlu dibantu? Begitu?” Soalku inginkan kepastian. Hatiku masih berbelah bagi sama ada perlu mempercayai Dr.Maisara atau tidak kerana aku khuatir dia hanya berpakat dengan Syam .
“ Yup..exactly..saya tahu awak ada memendam sesuatu dalam hati awak kan? If you don’t mind , can you share your problem with me? Luahkan segala yang terbuku di hati awak .InsyaAllah saya boleh tolong..,” kata Dr.Maisara lembut . Aku merenung anak matanya dalam-dalam demi mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.
“ Adakah doktor akan ceritakan pada Syam apa yang saya cakap pada doktor?” Aku sengaja ingin mengujinya dengan melihat reaksinya .
“ Sure not. Kalau itulah yang awak nak, saya akan simpan permasalahan awak sebagai sulit . It will be confidential. Okay?” Pantas Dr.Maisara menjawab tanpa sebarang ragu-ragu. Melihat kelembutan dan kejernihan yang terpancar pada wajah Dr.Maisara sedikit sebanyak menambahkan keyakinanku terhadapnya . Setelah lama berdiam diri, akhirnya aku bersuara untuk menceritakan segala yang berlaku ke atas diriku. Mungkin inilah peluang untuk aku mendapatkan jawapan di atas kekeliruan dan kecelaruan serta tekanan yang aku alami selama ini .Mungkin hanya kali inilah aku dapat menoktahkan segala bentuk penderitaan jiwa yang aku alami dan mungkin Dr.Maisara adalah rahmat daripada Allah untuk membantu hambaNya yang teraniaya sepertiku..mungkin..
salam.....ukhwah..
ReplyDeletecerita yang sangat menarik..
whoaaaa..
ReplyDeletesian kat syam..
hope dr.maisarah ley sedrkan si lina nieh..
huhu..
smbung2..
dah agak dah..lina mesti ada psiakiatric problem ni..papepun hrp dr.maisara bleh pulihkan lina cpt.
ReplyDeletesalam..1st time nk komen..
ReplyDeletebg ingatan yg kuat skit kt lina tu..sean lak kt syam..huhu
best la..tak sbr nak tau betul ke hakin tu dh rogol lina..?knp lina tak ingt ape berlaku kat dia mlm tu..?sian kat syam...
ReplyDeletecepat2 sambung ni, tak sabar nak tau apa sebenarnya
ReplyDeleteishk apa sbnrnya yg trjd mlm tu..betul ke hakim yg rogol lina????
ReplyDeletecptla smbung...huhuhuuhuhu..
tak sabar nih!!!!!!!!!!
tak seindah mimpi..apa yang tak indah neh..huhu..sian syam.
ReplyDelete