Thursday, October 4, 2012

Cerpen : Dia Bukan Dirinya


Aku termenung sendirian . Jiwaku terasa kosong. Di saat kesepiaan begini aku seperti memerlukan seorang teman untuk berbicara dan menghiburkan hatiku . Bunyi ombak yang menghempas pantai dan angin bayu yang bertiup lembut sedikit sebanyak mengubat hatiku. Aku memerhatikan burung-burung yang berterbangan di dada langit. Kelihatan sungguh ceria, ditambah pula dengan bunyi kicauan yang bersahutan seolah-olah mereka begitu seronok terbang dengan rakan-rakan mereka. Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti burung tersebut . Terbang bebas ke mana sahaja bersama teman-teman.

Aku mengeluh halus. Ya Allah, sampai bilakah kesepian ini akan berakhir . Semenjak kehilangan tunangku 3 tahun lepas, aku lebih suka menyendiri. Aku lebih suka mengira hari-hari sepi tanpa orang yang aku cintai di sisi . Terasa sekejap sahaja masa berlalu . Terasa baru semalam aku dibuai bayu cinta yang cukup indah. Tidak pernah aku merasai perasaan seindah itu. Namun, kini semuanya telah berakhir..aku yakin arwah tunangku kini mungkin sedang berbahagia di alam lain. Hatiku tiba-tiba dirundung pilu, sakit apabila kehilangan insan yang cukup aku sayangi masih terasa. Mengapa harus aku kehilangannya saat aku sedang menghitung hari-hari bahagia bersamanya? Mengapa aku tidak ditakdirkan bersamanya? Mengapa percintaan murni kami dinoktahkan dengan sebuah perpisahan abadi ? Ya Allah…betapa lemahnya hambaMu ini…Air mataku yang begitu murah senang sekali menitiskan alirannya dari tubir mataku .

“ Kak Ngah, tak nak balik lagi ke ? Sofea dah penatlah…jom la kita balik….,” Lamunanku mati dengan serta-merta apabila Sofea, adikku yang paling bongsu datang merapatiku. Aku cepat-cepat menyeka air mataku. Segan aku sekiranya anak kecil itu melihat aku menangis.

“ Hai cepatnya penat…bukan tadi beriya-iya nak datang pantai . Akak rasa baru setengah jam kot kita kat sini..,” Sampukku.

“ Hurmmm…bosan la kak jalan sorang-sorang…Akak la tak nak teman Sofea…Kesian Sofea main sorang-sorang tau…,” Sofea bersuara tanda protes. Panjang muncungnya . Aku ketawa kecil melihat telatah Sofea yang baru berusia 4 tahun itu. Comel!

“ Ala..Sofea biasanya sebelum ni boleh je main sorang-sorang…Kali ni nak berteman pulak ek? Manjanyer..” Aku mencuit hidung Sofea yang sedikit mancung itu. Dia pantas mengelak.

“ Sekali-sekala kak…apa salahnya….lagipun akak bukan selalu pun balik kampung kan. Masa ni la Sofea nak manja-manja dengan akak…,” petah mulut comel Sofea menjawab. E’eh pandai pulak budak kecik ni bodek aku. Aku tergelak riang .

“ Yela..yela..jom akak temankan Sofea sekarang. Akak belum puas lagi kat sini…Nanti akak belikan Sofea ice cream eh?” Aku mengumpannya.

“ Yeaaahhh! Macam tu la Kak Ngah! Baru best jalan-jalan…,” Sofea bersorak girang. Aku hanya tersenyum melihat keletahnya . Dia menarik tanganku ke arah gigi pantai. Aku terpaksa mengikut rentak langkahnya yang keanak-anakan itu.

Tiba-tiba kakiku tersadung sebiji bola yang tergolek di situ. Langkahku terhenti. Pantas tanganku mencapai bola tersebut. Aku memandang sekeliling untuk mencari pemilik bola  tersebut. Aku yakin sudah pastinya ia milik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di situ.

“ Maaf cik, boleh bagi balik bola saya?” Aku tersentak apabila mendengar satu suara garau menegurku dari belakang. Aku terus berpaling ke arah suara itu. Aku terpana melihat gerangan jejaka di hadapanku itu. Adakah aku bermimpi? Adakah ini semua ilusi ? Hati wanitaku tiba-tiba berkocak hebat . Badanku seram sejuk . Apakah di hadapanku kini Firdaus ? Tunang aku? Suaranya, wajahnya, tubuhnya mirip Firdaus. Ya Allah…Benarkah aku sedang bermimpi? Aku menepuk pipiku beberapa kali. Perit... Sah, aku tidak bermimpi !

“ Errr…cik..are  you okay? Saya cuma mintak bola tu je, cik marah ke? “ Pertanyaan dari jejaka itu mengembalikan aku ke alam nyata . Kelihatan jejaka itu sedikit kaget. Aku pantas menyerahkan bola tersebut kepada jejaka tersebut. Dia memandang aneh padaku, seperti dia langsung tidak mengenaliku.

“ Abang Firdaus…abang ke ni?” Soalku tanpa segan silu.

“ Sorry cik..saya bukan Firdaus. Nama saya Syafiq....Saya rasa cik dah salah orang…,” terang jejaka tersebut  ringkas. Pandangan pelik yang dia lemparkan kepadaku menyebabkan aku tersipu malu. Malu dengan  diriku sendiri . Astaghfirullahaalazim…ampunilah aku Ya Allah. Aku seharusnya menerima hakikat yang Firdaus sudah tiada di dunia ini lagi. Jejaka di hadapanku kini hanyalah salah satu ciptaanMu yang mirip Firdaus. Tapi, hatiku benar-benar dilanda gundah kini . Aku tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki mirip Firdaus di sini.

“ Anyway, I’m so sorry if I disturb you…,” tutur  jejaka yang bernama Syafiq itu lagi apabila melihat aku masih berdiam diri. Dari segi gaya penampilannya, aku pasti dia bukan berasal dari kampungku.

“ Ermm…it’s okay..Maaflah sebab tersalah orang tadi..,” aku mula bersuara . Sebolehnya aku cuba menutup rasa gugup berdepan dengan Syafiq, ‘kembar’ Firdaus. Janggal benar perasaanku ketika ini.

“ Tak apa…kalau awak tak kisah..boleh saya tahu nama awak ?”  Soalnya lagi.

“ Kak Ngah !! Kak Ngah buat apa lagi tu ? Datang la sini Kak Ngah!!” Belum sempat aku membuka mulut, sayup-sayup sahutan dari Sofea, pantas mematikan bicaraku.

“ Ye..kejap lagi Kak Ngah datang!” Aku membalas sahutannya. Aku perlahan-lahan ingin mengorak langkah ke arah Sofea. Soalan jejaka itu aku sengaja biarkan tidak berjawab kerana bagiku semua itu tidak penting.

“ Sory cik, boleh saya tahu nama awak ?” Langkahku terhenti seketika .

“ Panggil saya Asya je….” Jawabku sepatah sebelum meninggalkan jejaka tersebut sendirian.  Aku sengaja mempercepatkan langkah untuk mendapatkan Sofea. Semakin lama aku berhadapan dengan dia semakin sesak dadaku, semakin tidak keruan aku dibuatnya .  Aku tidak sanggup menghadirkan bayangan arwah Firdaus dalam fikiranku buat masa ini. Aku tidak mahu kesedihan atas kehilangannya yang semakin terubat akan kembali hangat. Mengapa ‘jelmaan’ Firdaus mesti muncul di saat aku cuba memujuk hatiku supaya meredhakan pemergiaannya selama ini? Aku hambaMu yang sangat lemah Ya Allah. Aku tidak mampu menghalang takdirMu dari menyelebungiku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku memakir keretaku di hadapan rumah Mak cik Tom . Suasana halaman rumah Mak cik Tom cukup mendamaikan kerana dikelilingi oleh pohon buah-buahan yang agak rendang .Tampak redup dan sejuk mata memandang. Aku terpaksa singgah di rumah Mak cik Tom seketika sebelum aku bertolak balik ke Johor Bharu, tempat aku bekerja kerana ibuku meminta aku menghantarkan kuih tart yang dibuatnya sendiri kepada Mak Cik Tom. Ibu aku memang pembuat kuih-muih di kampungku dan Mak Cik Tom merupakan salah satu pelanggan tetapnya. Aku mengintai di setiap penjuru rumah Mak Cik Tom. Sunyi. Pintu dan tingkap terbuka luas tapi aku tidak nampak seorang manusia pun di dalamnya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal . Macam mana aku nak berikan kuih tart ni pada Mak Cik Tom? Tak kan aku nak letak kat muka pintu je, nanti kucing makan atau semut boleh hinggap.

“ Asya ? Kenapa awak kat sini?” Jantungku bagaikan tersentak apabila mendengar suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di belakangku. Ya Allah, siapa la yang main sergah macam tu aje. Salam pun tak bagi. Aku merengus geram .Tapi aneh, macam mana dia tahu nama aku ?

“ Saya cuma nak…,” bicaraku terhenti seketika taktala melihat jejaka tampan yang sama seperti aku lihat di pantai beberapa hari lepas, kini sedang berdiri di hadapanku. Syafiq! Macam mana dia boleh ada di sini? Soalku di dalam hati. Dalam diam aku terpegun melihat cara dia berpakaian kali ini, cukup kemas walaupun dengan berjeans lusuh dan t-shirt merah hati yang dikenakan dengan jaket kulit hitam yang kelihatan sungguh ranggi dan bergaya..

“ Nak apa tu Asya ?” Soalnya lembut. Hatiku menjadi tidak keruan. Oh Tuhan, lenggok suaranya benar-benar mirip arwah Firdaus. Cara dia memanggil namaku pula cukup romantis . Aku sebolehnya cuba menutup rasa gugup di hatiku.

“ Err..sa..saya nak hantar ku..ku..kuih ni…untuk mak cik Tom…” Aku semakin gugup apabila melihat Syafiq, jejaka itu merapati aku perlahan-lahan . Jantungku berdegup kencang. Semakin dia merapati aku, semakin jelas wajah arwah Firdaus di situ. Ya Allah, aku mesti kuat menghadapi dugaan ini. Aku tidak boleh kalah dengan perasaanku sendiri.

“ Owh, hantar kuih…Maaflah..sekarang ni Mak saya tiada kat rumah, dia pergi bandar. Nanti kalau dia dah balik nanti, saya bagi ok?” Sapanya lagi sambil tersenyum. Oh, Syafiq anak mak cik Tom ke? Baru aku tahu selama ini Mak Cik Tom mempunyai anak lelaki.

“ Ok..,” jawabku sepatah sambil menghulurkan kuih yang kugenggam kepadanya. Dia menyambutnya dengan perlahan. Peluh digin mula memercik di dahiku taktala dia terpegang tanganku semasa mahu mengambil plastik kuih itu.Seperti terkena renjatan elektrik, perasaan halus yang sudah lama aku tidak rasai setelah kehilangan arwah Firdaus sewaktu ketika dahulu meresap semula hingga ke tangkai jantungku. Tidak tahu kenapa aku begitu gugup berhadapan dengan lelaki itu. Tanpa berlengah masa aku pantas melangkah laju untuk menuju ke kereta ku. Semakin lama aku di situ, boleh gila aku dibuatnya.

“ Ehh Asya..tunggu kejap..” Langkahku tersekat apabila Syafiq menyekat laluan jalan yang aku ingin lalui dengan tubunya yang sasa . Lidahku kelu untuk berbicara.

“ Asya…saya tak sangka akan bertembung dengan awak lagi…” Tuturnya lagi. Kedengaran agak lembut di telingaku. Aku memandang lelaki itu sekilas, kemudian terus melarikan anak mata dari renungan tajamnya. Gerun.

“ Saya harap kali ini saya dapat berkenalan dengan awak dengan lebih dekat…kalau awak sudi , boleh saya kenal awak?” Mendangar kata-katanya itu membuatkan aku menjadi serba salah. Tapi lidahku masih kelu. Aku tidak tahu kenapa sukar sangat untuk aku bersuara ketika ini.

“ Tak ada apa yang menarik tentang saya pun yang awak perlu tahu..,” jawabku sepatah. Dia sedikit tersentak. Aku yakin itulah jawapan terbaik untuknya. Aku bukan tidak mahu berkenalan dengannya tapi aku tidak mahu kenangan lama bersama arwah Firdaus akan bersemi kembali…Tolonglah..aku benar-benar tidak kuat menghadapi semua ini.

“ It’s okay…kalau awak belum bersedia…I will wait for it…but..,” kata-kata Syafiq terhenti seketika. Aku hanya menanti butir bicara seterusnya.

“ But what?” Pantas aku menyoal apabila melihat dia tiba-tiba membisu. Kelihatan dia mengambil sesuatu dari poket jaketnya.

“ Boleh bagi saya nombor telefon awak ?” Soalnya sambil menghulur handphone miliknya kepadaku. Memahami maksudnya supaya aku menaip nombor telefonku di situ, aku teragak-agak menyambutnya. Melihat keikhlasannya membuatkan aku begitu yakin untuk memberi ruang padanya untuk mengenaliku. Aku perlahan-lahan menaip nombor handphoneku dan menyerahkan kembali kepadanya.

“ Thanx….i hope we will be friend or best friend sooner or later…,” katanya dengan penuh berharap. Satu senyuman manis yang cukup memukau dilemparkan kepadaku. Aku masih berdiam diri, sedikitpun aku tidak membalas senyumannya sebaliknya terus mengorak langkah memasuki keretaku. Aku cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan berlalu meninggalkan Syafiq yang masih tersenyum kepadaku. Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali. Masih tidak percaya dengan apa yang aku hadapi kini. Aku tidak tahu untuk menggambarkan perasaanku ketika ini. Seperti aku mengalami de ja vu kerana apa yang aku rasakan kini sama seperti yang pernah aku rasakan dulu ketika bersama arwah Firdaus. Aku buntu. Dugaan apakah lagi kali ini?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku memerhatikan stok-stok  bunga-bunga hidup yang baru sampai ke kedaiku hari ini. Cantik juga bunga yang dibawa khas dari Cameron Highland ni. Harum . Aku mengira jambangan dan kuntum bunga yang terdapat di situ dan mencongak berapa harga yang perlu aku letakkan supaya ia berpatutan dan sesuai dengan citarasa pelangganku . Bagiku, kepuasan pelanggan adalah paling penting semenjak aku menceburkan diri dalam perniagaan bunga dan dekorasi taman sejak 4 tahun lepas. Mula-mula hanya secara kecil-kecilan dan kini menjadi maju sehingga aku mampu membeli bangunan tiga tingkat yang cukup eksklusif ini. Aku tidak sangka masyarakat di sini begitu teruja dengan hiasan taman yang berkonsepkan bunga dan tidak sangka perniaagaan aku mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah, aku yakin semua ini rezeki dari Allah. Aku bersyukur sangat-sangat dengan segala yang aku perolehi kini.

“Triiitt…Triiitt”  Lamunanku mati apabila mendengar bunyi mesej  dari handphoneku. Aku lantas mencapai handphoneku yang berada tidak jauh dari situ. Mesej dari peti masuk aku buka perlahan-lahan.

“ Assalamualaikum Asya..masih ingat saya lagi? Awak apa khabar sekarang? – Syafiq”

Aku termangu. Syafiq? Hatiku yang sebelum ini tenang tiba-tiba berkocak hebat. Tidak silap aku sudah lebih sebulan peristiwa aku bertemu dengan ‘jelmaan’ arwah Firdaus berlalu tetapi kenapa kali ini lelaki itu muncul kembali. Aku teragak-agak untuk membalas mesej ringkas dari Syafiq,lelaki yang sungguh aku tidak pernah kenal sebelum ini.

“ Im fine..how are you? ” entah kenapa tangan aku gatal juga mahu membalas mesej tersebut. Senyap . Seketika kemudian bunyi mesej masuk bergema lagi.

“ It’s sound good…awak kerja kat JB kan? Saya pun kerja kat situ jugak….Kalau awak sudi boleh ke saya jumpa awak ?” Aku mencebik. Hai, belum kenal apa-apa lagi dah ajak berjumpa ? Jariku bermain-main di skrin handphone. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan padanya . Begitu mudahkah aku memberi ruang untuk seorang lelaki yang hanyalah memiliki rupa seperti tunangku?

‘Rupa je sama Asya tapi dia bukan Firdaus..kau kena hati-hati’

‘Tapi dia cuma nak berkawan dengan aku je, bukan ada apa-apapun’

‘Ye la mula-mula berkawan , lepas tu nak tackle…orang lelaki memang macam tu..kau tetap kena hati-hati Asya..lelaki sekarang bukan boleh percaya’

‘Cintaku hanya untuk Firdaus…tak ada yang boleh ganti tempatnya di hatiku. Tak salah untuk aku berkawan dengan sesiapapun…tapi aku tidak sesekali akan samakan Firdaus dengan sesiapa’
Perasaanku seperti bertelagah sesama sendiri . Iyalah, kenapa aku mesti risaukan sangat kalau aku tahu Syafiq tu orang lain, tiada kaitan langsung dengan arwah Firdaus. Setakat nak berkawan , sepatutnya aku tiada masalah. Tapi masalahnya satu je…dia mirip arwah Firdaus ! Bagaimana aku mahu hidup jika bayangan arwah tunangku itu berlegar-legar di mana-mana pun aku berada?

Aku tersentak apabila kali ini handphoneku berdering nyaring. Aku melihat nombor yang tertera di dada skrin . Ini nombor tadi, nombor telefon Syafiq. Apa aku mahu buat ni…aku gelabah. Ternyata Syafiq tidak berpuas hati apabila aku tidak membalas mesejnya tadi. Aku mematikan talian handphoneku. Aku seperti belum bersedia untuk bercakap dengannya ketika ini. Handphoneku berbunyi lagi. Kali ini aku tidak sampai hati membiarkannya tidak berjawab. Teragak-agak aku menekan punat hijau di situ untuk menjawab panggilan tersebut.

“ Hello..assalamualaikum Asya…,” suara garau itu bergema di hujung talian. Hatiku berdebar-debar.

“ Waalaikumussalam…ada apa Syafiq call saya?” Soalku untuk menutup rasa gugup di hatiku.

“ Saja….yela..saya mesej ada orang tu tak reply…sedih saya…” Aku menyembunyikan senyum. Manjanya suara Syafiq ni.

“ Bukan tak nak reply..saya sibuk,” aku berbohong.

“ Sibuk ke atau tak nak saya kacau awak? ”

“ Ermm..mana ada…” Ya Allah…kenapa suaranya macam ni? Seolah-olah aku sedang bercakap dengan arwah Firdaus. Jiwa wanitaku tiba-tiba menjadi lemah apabila mendengar suara itu.

“ Asya…, are you there?” Soalnya lagi.

“ Yes im here…oklah Syafiq, saya banyak kerja ni…nanti saya call balik yer..,” aku terus berbohong bagi mengelak dari berperasaan seperti ini lagi.

“ Wait..wait! Don’t lie to me…Tak kan nak borak sekejap pun tak boleh….I just want to know you Asya…I want to know where are you right now? Mana tahu saya ada dekat-dekat tempat awak berada sekarang ni?” Suaranya seperti tidak berpuas hati denganku. Aku rimas. Belum kenal apa-apa lagi dah mendesak macamni. Geramnya aku..

“ Encik Syafiq, perlu ke saya jumpa awak ? Saya rasa saya tak ada urusan apa-apa dengan awak ? Aku mendengus geram. Perasaanku kini berubah panas dengan kedegilan Syafiq.

“ Amboi garangnya adik manis ni…tapi awak dah tak boleh mengelak. Saya tahu nak jumpa awak kat mana…” Kedengaran suara itu tergelak di hujung talian.

“ Are you sure?” Soalku sinis. Main-main pulak mamat ni.

“ Yes, I’m sure…” Aku tersentak. Tiba-tiba aku mendengar suara itu dekat di telingaku . Aku berpusing ke kanan. Kelihatan seorang jejaka tampan sedang tersenyum ke arahku sambil tangan kanannya memegang handphone di sebelah telinganya. Sebelah tangannya lagi melamabai-lambai ke arahku. Aku terpempan. Ya Allah, macam mana Syafiq boleh berada di sini dan bagaimana dia tahu aku ada di sini? Mataku bulat memandangnya. Sungguh tidak percaya!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak pertemuaanku dengan Syafiq di kedai bunga milikku sendiri, dia kerap mengunjungiku di situ dan kerap juga berhubung denganku melalui rangkaian telefon bimbit. Langsung aku tidak menjangka Syafiq begitu bersungguh untuk mengenaliku dengan lebih dekat sehingga habis maklumat tentangku dia korek dari ibunya, Mak Cik Tom dan juga tanpa segan silu mengunjungi rumah ibu-bapaku untuk bertanya soalku. Melihat kesungguhannya sedikit sebanyak membuka hatiku untuk menerimanya sebagai kawanku. Semenjak pemergian arwah Firdaus, aku jarang bercakap atau berkawan dengan mana-mana lelaki. Aku kunci kemas hatiku kerana aku tidak mahu menkhianati cintaku pada arwah Firdaus. Dialah cinta pertama dan terakhirku, tiada cinta ke dua. Namun, kini pendirianku goyah. Hatiku benar-benar terusik dengan kehadiran Syafiq , lelaki yang persis arwah Firdaus. Aku rasa segala-gala milik arwah Firdaus ada pada Syafiq. Kadang-kadang aku terfikir, adakah Syafiq merupakan kembar Firdaus ? Tapi latar belakangnya jauh berbeza. Syafiq pun tahu siapa arwah Firdaus padaku dan dia sendiri tidak pernah mengenali arwah Firdaus. Aku yakin,tidak mungkin dua insan ini berhubung kait antara satu sama lain. Mungkin benar kata orang tua-tua , di dalam dunia ini..kita akan menemui tujuh manusia yang mirip kita .

“ Hai..jauh termenung... Asya ingat kat Abang Syafiq yang handsome ni ke?” Aku tersentak apabila Syafiq muncul tiba-tiba . Bunga Orkid dalam peganganku hampir terlepas. Dia tersengeh ke arahku. Perkataan ‘abang’ di penghujung ayatnya membuatkan tekakku terasa loya.

“ Tak ada maknanya nak ingat kat awak…” Balasku sambil mencebik.

“ Ala..abang Syafiq baru tinggalkan Asya sepuluh minit…tak kan itu pun dah rindu,” dia menyakatku lagi.

“ Mana ada Asya rindu abang..ehh..Syafiq…saya tengah fikir pasal kedai saya lah!” Aik, macam mana boleh tersasul bahasa pula ni. Kelihatan Syafiq semakin tersengeh seperti kerang busuk. Suka sangat la tu.

“ Ha…macam tu la Asya abang….panggil je Abang Syafiq..kan sedap bunyinya tu…,manja…” Syafiq mengangkat kening beberapa kali dengan senyumannya yang semakin melebar. Aku mencebik. Tapi jauh di sudut hatiku menyenangi gurauan seperti itu.

“ Eiii…jangan nak perasan la…Asya tersalah cakap okay…awak pergi mana tadi?” Aku cuba mengalih topik perbualan.

“ Saya pergi ambil hadiah…,” jawabnya sepatah. Aku mengerutkan kening tanda ingin tahu selanjutnya.

“ Presents for you my dear….,” tuturnya lagi. Kali ini disertai dengan sebuah kotak baldu kecil berwarna pink dan perlahan-lahan di hulurkan kepadaku. Aku tersentak. Hadiah untuk aku?

“ Present apa pulak ni Fiq? Hari ni bukan birthday saya pun…,” Aku memandangnya lagi dengan perasaan tidak mengerti dengan apa yang dia lakukan sekarang ni .

“ Saja..sebagai tanda persahabatan kita…tapi kalau boleh, saya mahu hubungan kita lebih dari itu..,” suaranya berubah nada. Kali ini lebih serius dan romantis. Aku menelan air liur. Apakah ini satu lamaran? Bukankah terlalu awal untuk dia melamarku ? Kami baru sahaja berkenalan beberapa bulan sahaja.

“ Asya..please say something…Saya betul-betul ikhlas mahu beri cincin ini pada awak…” Kata Syafiq separuh merayu. Cincin bertatahkan berlian di hadapanku cukup memukau sesiapapun yang melihatnya. Sungguh cantik. Sungguh indah. Tapi layak kah aku menyarungkan cincin itu di jari manisku.

“ Erm..sebenarnya apa maksud awak beri saya cincin tu ?” Akhirnya terpacul jua soalan dari bibirku setelah lama berdiam diri. Syafiq sekadar tersenyum .

“ Anggap je cincin tu hadiah dari seorang kawan baik awak…bukan senang tau saya nak bagi cincin kat orang..hanya orang yang teristimewa saja yang layak pakai tau…” Mendalam maksud kata-kata Syafiq membuatkan hati dan perasaanku berbelah bagi. Aku teragak-agak mengambil cincin pemberian ikhlas darinya.

“ Macam tu la my Asya….kalau awak tak nak pakai sekarang pun tak apa…bila awak dah rasa awak boleh terima saya sebagai kawan baik awak…awak pakai lah ye…” Syafiq tersenyum puas. Senyuman manis itu tidak pernah lekang dari bibirnya semenjak aku mula mengenalinya. Cukup menggoda hati wanitaku yang sungguh rapuh ini.

“ InsyaAllah…” jawabku ringkas.

“ Kalau awak nak anggap saya as your special boyfriend pun tak apa…saya lagi suka…” Katanya sekadar bergurau tapi cukup membuatkan nafasku menjadi semakin sesak.  Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa lagi mahu diperkatakan. Aku sendiri tidak pasti perasaanku ketika ini. Entah mengapa jauh di sudut hatiku, suasana seperti ini aku rasakan cukup indah dan terindah dalam sejarah hidupku. Walaupun baru mengenali Syafiq, tapi karakter lelakinya dan sifat ketimuran yang ditunjukkannya sedikit sebanyak memikat hatiku. Aku begitu tenang dan senang apabila berada di sampingnya. Adakah aku mula jatuh cinta pada Syafiq? Begitu mudahkah aku menerima dia dalam hidupku ? Ah… mungkin ini cuma perasaanku sahaja. Mungkin Syafiq cuma bergurau.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku melabuhkan punggung di bangku kerusi yang agak unik  yang terdapat berdekatan dengan kedai busana muslimah di situ. Penat berjalan-jalan sekitar tempat membeli-belah AEON Tebrau City masih tersisa.  Sebenarnya aku datang sini bukanlah untuk membeli-belah sangat tetapi sekadar menemani teman-teman serumahku untuk membeli-belah di sini demi untuk menghabiskan masa hujung minggu. Aku tidak berminat untuk membeli apa-apa memandangkan stok barangan keperluan aku yang bulan lepas masih belum kehabisan. Jadi daripada membazir membeli yang bukan-bukan, baik aku simpan duit keuntungan kedai aku untuk beli benda-benda yang berfaedah pada masa hadapan.

Aku melemparkan pandangan di sekitar kawasan aku bertapak. Ramai pulak orang hari ini. Maklumlah..hujung minggu katakan. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda mengerumuni pusat membeli-belah ini. Tiba-tiba mataku terpaku pada sesusuk tubuh di dalam kedai ‘Anakku’ setentang dengan aku. Kalau tak silap aku itu Syafiq . Aku sedikit teruja. Pantas aku berdiri, niat di hatiku untuk pergi  menegurnya di situ memandangkan aku kini kebosanan ditinggalkan seorang diri oleh teman-temanku yang sibuk shopping.

Belum sempat aku memasuki kedai tersebut, langkahku terhenti taktala melihat seorang wanita yang sarat mengandung sedang berbual mesra dengan Syafiq. Aku tidak tahu bila munculnya wanita tersebut di situ. Wanita yang aku kira lebih muda dariku itu sedang menunjukkan beberapa helai pakaian bayi kepada Syafiq.  Kelihatan Syafiq mengangguk-angguk sambil tersenyum lebar dan tangannya lantas memaut bahu wanita tersebut. Tampak sungguh mesra sekali. Sesekali sayup-sayup kedengaran tawa mereka berdua tenggelam timbul dalam keriuhan orang ramai di situ. Mereka tidak menyedari kehadiran aku disitu kerana tubuhku sedikit terlindung dengan rak pakaian kanak-kanak di belakang mereka.

Duniaku seperti berhenti berputar tiba-tiba. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini. Aku yakin lelaki yang berdiri beberapa meter dari aku merupakan Syafiq,  lelaki yang mula mencuri hatiku sejak akhir-akhir ini. Dan aku cukup yakin wanita itu adalah isterinnya. Dadaku berasa sungguh sebak. Tanpa ku sedari, air mata yang dari tadi bergenang di kelopak mata akhirnya tumpah jua membasahi pipiku. Aku benar-benar tidak menyangka yang Syafiq sanggup menipu aku sebegini rupa. Dia tidak pernah memberitahuku yang dia mempunyai seorang isteri yang kini sedang sarat mengandung. Hatiku seperti dihiris sembilu. Tapi mengapa aku mesti berasa sakit sangat seperti ini? Sedangkan Syafiq tidak pernah menyatakan yang dia menyintaiku atau mahu menjadikan aku suri hidupnya. Sebelum ini aku yang terlebih yakin, gerak-geri dan tutur katanya jelas menunujukkan yang dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku tapi setelah melihat realitinya kini…aku yakin selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan. Ya Allah, mengapa baru kini aku sedar yang lelaki itu penipu . Sanggup mempermainkan hatiku demi kepentingan dirinya . Apa agendanya cuba merapati aku selama ini? Adakah dia cuma menjadikan aku boneka ketika dia kesepian atau memerlukan teman. Benarlah…Syafiq bukan Firdaus. Arwah tunangku itu jauh lebih baik dari dia! Arwah Firdaus tidak pernah sekalipun menipuku apatah lagi menyakiti hatiku. Tidak sanggup aku menonton adegan itu lagi, aku terus mengangkat kaki mahu pulang ke rumah. Aku janji dengan diriku, aku tidak akan membenarkan Syafiq atau mana-mana lelaki lagi memperlekehkan dan mempermainkan perasaanku lagi. Cukuplah setakat ini sahaja.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Deringan telefon bimbitku kubiarkan sepi tidak berjawab. Semenjak seminggu lepas bunyi deringan panggilan masuk dan mesej yang bersilih ganti langsung tidak aku layan kerana kebanyakannya dari Syafiq, lelaki penipu itu. Hatiku benar-benar sebu sekarang.  Tapi, entah kenapa aku tidak bisa menahan air mataku dari terus mengalir setiap kali mengingati kemesraan Syafiq dengan wanita itu. Aku tidak pasti kenapa aku mesti berasa terluka dengan ketidakjujuran Syafiq. Itu hak dia untuk merahsiakan perkahwinannya dari aku. Dia belum mengikat aku apa-apa lagi, kenapa aku mesti perasan sangat ? Aku memarahi diriku sendiri kerana tidak tetap pendirian. Kalau lah dulu aku terus mengunci hatiku buat mana-mana lelaki, jiwaku tidak akan terseksa seperti sekarang ini.

Aku menarik laci meja pejabatku. Kotak baldu kecil yang mengandungi cincin itu aku capai. Semenjak Syafiq menghadiahkan cincin itu padaku, aku masih belum pernah menyarungkan ke jari manisku. Baguslah. Nasib baik aku masih tidak memakainya. Itu menandakan Syafiq bukanlah jodoh aku. Allah sudah memberiku petunjuk awal-awal lagi dengan membuatkan hatiku berat untuk memakainya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku terhadap hambaNya yang lemah ini. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Aku memujuk hatiku . Kotak bersama cincin itu aku lempar ke luar tingkap . Geram. Hatiku benar-benar panas ketika ini. Semakin aku mahu melupakan sakit hati terhadap Syafiq, semakin kesedihan kerana berasa tertipu memekar di dalam hatiku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hati untuk menghadapi semua ini…

“Maaf Cik…,cik tak apa-apa ke?” Lamunanku mati apabila salah seorang pekerjaku menegurku. Aku cepat-cepat mengesat air mata dari tubir mataku.

“ Tak ada apa-apa..kenapa Hana, kamu ada nak beritahu apa-apa ke?” Soalku kepada gadis kecil molek di hadapanku itu.

“ Err..Cik, Encik Syafiq ada kat luar tu. Dia tengah tunggu nak jumpa dengan Cik. Saya dah cakap Cik sibuk macam cik cakap tu tapi dia tak nak dengar. Dia tetap mahu jumpa dengan Cik. Dia cakap dia sanggup tunggu sampai malam kalau cik tak nak jumpa dia….” Aku terkejut. Berani lelaki itu datang jumpa aku lagi. Dasar lelaki tidak tahu malu!

“ Biarkan je dia…Kan saya dah pesan tadi, saya tak nak jumpa sesiapapun sekarang. Awak faham tak?” Aku merengus geram . Amarahku makin menjadi-jadi. Kelihatan Hana sedikit terkejut dengan tengkingan ku.

“ Tapi Cik…”

“ Dah, tak ada tapi-tapi…susah sangat ke nak faham apa saya cakap?! Cakap kat Encik Syafiq tu, tolong pergi dari sini sebelum saya buat report polis, faham?!” Amarahku kian memuncak.Hana tertunduk ketakutan. Nafasku semakin keras. Tidak tahu kenapa aku mesti marah-marah seperti itu.

“ Baiklah cik…saya beritahu sekarang,” Terketar-ketar suara Hana menuturkannya.

“ Hurmmm…,” jawabku sepatah lantas berlalu keluar dari bilikku. Rasa bersalah pula kerana memarahi Hana. Gadis itu langsung tidak bersalah. Ini semua gara-gara Syafiq lah sehingga membuatkan aku hilang pertimbangan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Asya! Nanti dulu…,” Aku terkejut apabila tiba-tiba Syafiq muncul di hadapanku . Aku baru sahaja mahu membuka pintu kereta untuk pulang ke rumahku yang tidak jauh dari situ tapi sudah dihalang. Aku menjeling tajam ke arahnya.

“ Awak nak apa lagi ni?!” Soalku geram. Sudah hampir sebulan aku cuba mengelak dari bertembung dengannya tetapi hari ini bertembung jua.

“ Asya..kenapa susah sangat saya nak cakap dengan awak ni? Kenapa awak mahu larikan diri dari saya? What’s wrong with me?” Soalnya bertalu-talu, tidak puas hati. Aku menarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk berhadapan dengannya.

“Are you asking me what’s wrong with you? Awak yang sepatutnya jawab sebab awak yang tahu pasal diri awak sendiri !” Gertakku.

“ But why? Saya tak rasa saya buat apa-apa salah dengan awak….tiba-tiba je awak sengaja lost contact dengan saya without the exact reasons….can you please tell me why…” Wajah Syafiq berubah tegang. Aku mencebik. Buat-buat tak tahu konon. Menyampah aku!

“Sebab awak tu penipu! You are liar! Saya memang allergik la dengan lelaki penipu & buaya macam awak ni!” Dia terkejut mendengar kata-kataku. Wajahnya yang putih bersih berubah menjadi kemerah-merahan. Huh, kenapa dia mesti marah?

“ What did I lie you about? Please tell me…Selama ini saya rasa saya tak pernah rahsiakan apa-apa dari awak…,” Suara Syafiq seakan tidak menyetujui kata-kataku. Hatiku semakin panas. Geramnya aku. Saat ini pun dia masih lagi mahu berdolak-dalih denganku.

“ What so ever! Saya tak mahu dengar apa-apa alasan dari awak lagi. Please, ke tepi!” Dengan sekuat hati aku menolak tubuhnya jauh dari pintu keretaku. Aku malas mahu bertelagah dengan lelaki penipu sepertinya.

“ Asya..wait! Awak belum jawab lagi soalan saya..,” Syafiq cuba menghalangku lagi tapi kali aku lebih pantas menutup pintu keretaku.Ku kunci rapat-rapat pintu kereta supaya dia tidak dapat menghalangiku lagi.

“ Semuanya sudah terjawab Encik Syafiq!” Kataku sinis sambil terus menutup tingkap keretaku. Tanpa membuang masa, aku terus memandu meninggalkan Syafiq yang terkebil-kebil di situ. Biarkanlah dia. Puas hatiku dapat melempiaskan kemarahanku padanya. Jangan ingat aku akan tunjukkan air mata kecewa pada kau. Aku bukan perempuan yang lemah seperti yang kau fikir lah wahai Encik Syafiq Iskandar !

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mengerling ke arah jam ditanganku. Sudah hampir jam 3 petang. Maksudnya baru 15 minit Hana, pekerjaku masuk ke dalam bilik doktor. Tapi kenapa masa kurasakan begitu lambat berlalu. Petang ini aku terpaksa menemani Hana ke klinik kerana aku risau melihat keadaannya . Dia mengalami demam panas yang agak teruk. Demam seteruk itupun masih lagi mahu datang bekerja. Sungguh aku kagum dengan kesungguhannya . Namun begitu, aku benar-benar rasa bersalah kepadanya kerana selaku majikannya, aku sepatutnya menjaga kebajikan dan kesihatannya.

Aku mencapai surat khabar Berita Harian yang sudah tersedia di situ. Tiada berita menarik di dalamnya. Sudahnya aku hanya belek-belek melihat gambar yang terpapar di dada akhbar. Mataku terpaku seketika kepada lelaki di hadapanku yang kedudukannya agak membelakangkanku. Sepertinya dia baru masuk ke klinik sambil memapah isterinya yang sedang sarat mengandung. Melihat susuk tubuh dari belakang , aku yakin suami wanita tersebut seorang yang segak .Hai, bahagianya wanita tersebut mempunyai suami sebaik itu. Bilalah aku akan merasai saat-saat seperti itu ye.

Lelaki itu berpusing untuk mencari tempat duduk berdekatan denganku. Mataku buntang. Terkejut. Lelaki itu turut terkejut melihatku. Sekali lagi Allah mahu menunjukkan sesuatu yang perlu aku tahu. Kini sudah terang lagi bersuluh Syafiq bersama isterinya yang ‘tercinta’. Amarahku memuncak lagi. Sakit hatiku yang baru sedikit terubat kini kembali pedih. Dia cuba tersenyum kepadaku tapi aku sedikitpun tidak membalas senyumannya sebaliknya aku membalas dengan pandangan menyampah.

“ Hai Asya…awak buat apa kat sini ?” Soalnya selamba apabila dia merapatiku dan melabuhkan punggung di sebelahku. Wanita di sebelahnya turut duduk berhampiran denganku sambil melemparkan senyuman manis kepadaku. Dia menjeling manja kepada Syafiq. Aku cuma tersenyum hambar. Jiwaku semakin perit melihat kemesraan mereka.

“ Asya sakit ke?” Soal Syafiq lagi apabila melihat aku terus membisu.

“ Tak…tunggu pekerja saya…dia sakit sikit….” Jawabku ringkas. Mataku berkalih ke arah lain.Tidak sanggup aku menonton aksi yang kurang senang di situ.

“ Owhh…” Syafiq seperti kehilangan kata.

“ Hai abang, dari tadi Mira duduk sini…tak nak kenalkan ke kawan baik abang ni?” Setelah sekian lama menjadi pemerhati, wanita di sebelah Syafiq tiba-tiba bersuara. ‘Abang’? Amboi, manjanya. Aku cemburu dengan panggilan itu. Ah, mengarut!

“Owh lupa pulak..Mira…inilah girlfriend yang abang selalu cerita kat Mira ni…lawa kan?” Aku tersentak. Girlfriend? Beraninya Syafiq membuat pengakuan berani mati di hadapan isterinya.

“ Owhh…kak Asya tu ek ? Hai kak Asya…how are you? I’m Mira…,” Mira tersenyum girang sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Aku keliru. Apa yang sedang berlaku ni?

“ Akak tahu tak, abang Fiq selalu cerita pasal akak…dari awal dia kenal akak sampai sekarang…Dia memang betul-betul syok kat akak tau…,” kata Mira bersungguh-sungguh. Aku semakin keliru. Suami isteri di hadapanku ini waras ke tidak? Atau Mira cuma mereka cerita.

“ Hai Mira ni, memandai je ek…jangan reka cerita depan abang ok..,” Syafiq seperti senang betul dengan gurauan isterinya itu.

“ Wait..wait…sebenarnya you all dah kahwin berapa lama ni?” Akhirnya aku mengajukan soalan kerana tidak sanggup lagi aku melihat adegan aneh itu.

“ Sory, what’s your question?” Syafiq menyoalku pelik. Keningnya bertaut. Kenapa, pelik sangat ke soalan aku. Dasar lelaki hipokrit!

“ Saya tanya, berapa lama kamu berdua nikah?” Aku mengulangi soalanku kali ini dengan nada sedikit tegas. Mereka berdua ketawa serentak . Lucu sangat ke soalan aku? Aku merengus geram. Sah..memang sah pasangan di hadapanku ini tidak berapa waras.

“ Kak Asya….kami bukan suami isteri la….” Mira menjawab dengan sisa tawanya.

“ So, what’s your relationship?!” Soalku geram. Main-main pulak minah dan mamat ni.

“ Mira ni adik saya la Asya….,” selamba Syafiq menjawab sambil tersenyum. Adik? Jadi selama ini yang aku saksikan adalah kemesraan adik-beradik, begitu?

“ Tapi..mana suami Mira. Kenapa saya nampak Syafiq yang selalu temankan Mira?” Tanpa berlapik aku terus mengajukan soalan. Aku rasakan ini semua lakonan semata-mata.

“ Owh…husband saya engineer kapal kak…selalu belayar..3 bulan sekali baru dia balik. Dah…kat JB ni Abang Fiq je keluarga terdekat saya kat sini. Jadi abang lah yang selalu teman saya kalau mahu pergi mana-mana…tambah-tambah saya tengah pregnant sekarang. Jadi takutla jugak kalau jadi apa-apa semasa husband saya tak ada…,” terang Mira dengan panjang lebar. Syafiq mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Mira. Saat itu terasa pipiku membahang panas. Jadi, selama ini aku tersalah anggap la pada Syafiq sebelum ini. Aku sangkakan Mira isterinya. Ya Allah, malunya aku…

“ Laaa…jadi selama ini Asya ingat Mira ni isteri saya la ye…patutla hangin semacam je lately…tak tahu sebab apa..rupa-rupanya pasal ni….” Syafiq tergelak sambil menggelengkan kepalanya. Ternyata sangkaannya tepat!

“ Ala..yeke kak…kesian abang Fiq akak. Monyok je selama akak merajuk dengan dia. Saya pun tak tahu nak pujuk macam mana…Akak sepatutnya kena tanya Abang Fiq dulu hal sebenar….” Mira bersuara lagi.

“ Errr…mana ada akak merajuk…,” aku cuba menutup rasa malu. Aku tidak sangka aku boleh terjerat dengan situasi yang memalukan itu. Aku memandang Syafiq. Dia mengangguk tanda setuju sambil mengenyitkan mata kepadaku. Jahat!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Assalamualaikum Asya…,” sapaan lembut dari Syafiq amat membuatkan aku tersipu malu. Bilikku yang dihias indah mencipta suasana yang cukup romantis antara aku dan Syafiq.

“ Waalaikumussalam….” Aku menjawab salam tersebut sambil tersenyum.

“ How are you?” Soalnya sambil melabuhkan punggung di atas katil, rapat di sebelahku.

“ Fine thanx…abang pulak?” Aku cuba membiasakan bibirku untuk membahasakan dirinya ‘abang’. Walaupun agak janggal tapi aku harus cuba mulai sekarang.

“ Abang pun sihat….” Senyuman Syafiq semakin melebar.

“ Thanx sayang…..” Kali ini Syafiq mengucup ubun-ubunku dengan penuh mesra.

“ Sebab?”

“ Sebab sudi menjadi permaisuri hidup abang….sebab sudi menjadi cinta terakhir abang…dan sebab sudi menjadi ibu kepada anak-anak abang….” Kata-kata romantis dari Syafiq yang kini bergelar suamiku yang sah amat menyentuh jiwaku.

“ Abang macam tak percaya yang wanita di depan abang sekarang ni adalah Asya, isteri abang yang tercantik di dunia ni…” Tuturnya lagi sambil mengucup lembut pipiku. Hatiku berdebar-debar.

“ Asya pun ucapkan thanx sebab sudi jadi  suami Asya…” Balasku. Dia mengusap lembut pipiku. Tanganku dicapainya lantas dikucup dengan penuh syahdu. Sinar bahagia mula terpancar.

“ I love you sayang…” Aku terpana mendengar ucapan itu yang disertai dengan kucupan hangat di bibirku. Sekejap tapi cukup untuk menggegarkan jiwa wanitaku.

“ I love you too abang…” Aku cukup terharu dengan layanannya kini. Air mataku bergenang.Terharu dengan suasana seperti itu.

“ Asya boleh janji dengan abang satu perkara tak?” Matanya merenung dalam anak mataku.

“ Janji apa?” Soalku ingin tahu.

“ Lepas ni, Asya jangan tinggalkan abang tau…Jangan sakitkan hati abang macam hari tu…,” Aku mencari maksud kata-katanya dari matanya.

“ Macam hari tu, macam mana?” Soalku langsung tidak mengerti.

“ Ye la..ada ke sayang cakap Mira tu isteri abang….setakat tengok dari jauh sayang dah buat kesimpulan macam tu..lepas tu merajuk ,then biarkan abang tertanya-tanya kenapa sayang macam tu tapi sayang tak nak cakap sebabnya. Kesian abang tau, berusaha keras nak pujuk sayang tapi sayang marah-marah abang pulak…sedih tau..” Aku terasa seolah-olah Syafiq melemparkan paku buah keras kepadaku.

“ Ala abang ni…kan Asya dah mintak maaf dari dulu lagi. Perkara tahun lepas, kenapa masih nak ungkit…,” marahku. Aku buat-buat merajuk.

“ Hehe…bukan nak ungkit, tapi mengingatkan je…mana tahu sayang ingat abang nak cari nombor dua pulak…kalau pasal tu tak apala jugak…ni dengan adik sendiri…potong stim betul la…” Mataku membulat mendengar ulahnya.

“ Eiii abang ni..gatal!” Satu cubitan ketam hinggap di perutnya.

“ Aduh! Sakitlah sayang….ooo main kasar ek…Ni abang geram ni…”

“ Dah, abang tu gatal sangat…baru malam pertama dah buat hal!”

“ Owh lupa ya…malam pertama ye…malam pertama kan sayang? Hampir lupa pulak abang…Thanx sebab ingatkan abang…” Syafiq mula tersenyum nakal…Keningnya diangkat beberapa kali. Tubuhku seram sejuk apabila dia mula merapati tubuhnya ke arahku. Aku mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Malam ini aku harus menunaikan tanggungjawabku sebagai isterinya yang sah buat pertama kalinya.

Sungguh…hatiku cukup bahagia kini…Langsung tidak pernah terfikir yang kesepianku selama ini berakhir dengan sebuah perkahwinan yang cukup mendamaikan jiwa. Selama ini , aku ingatkan perkahwinan yang aku impikan selama ini tidak mungkin kesampaian setelah pemergian arwah Firdaus . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa. Dia sudah menetapkan jodoh bagi setiap manusia di dunia ini dan Dia akan membuka jalan kepada hambaNya dengan apa cara sekalipun bagi menyatukan dua insan dalam satu ikatan akad yang sah. Dan ternyata Syafiq adalah jodoh aku yang sebenarnya, yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa sejak azali lagi, bukan Firdaus seperti yang aku fikir sebelum ini. Alhamdulillah…aku bersyukur atas kebahagiaan yang aku kecapi kini dan aku mengharapkan kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dikurniakan anak-anak yang soleh yang boleh membimbing kami ke jalan Mu Ya Allah…InsyaAllah…amin…


10 comments:

  1. best...sweet je si Syafiq tu..hehe

    ReplyDelete
  2. rsa mcm x de kaitan ngan tajuk..lain la dikaitkan konflik muka syafik ni mcam muka firdaus..

    >>k<<

    ReplyDelete
  3. sweet la citer ni...simple tp best..keep it up!

    ReplyDelete
  4. Do syafiq iskandar real exist? Im looking for one..

    ReplyDelete
  5. X lah..nama tu just rekaan semata-mata.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan sekelas saya namanya Muhammad Syafiq Iskandar.

      Delete
  6. Wuu.. Sya pulak yg rasa seronok baca cete nie..

    ReplyDelete
  7. Biase je .. Not bad laa.. Btw keep it up ok..hehehe..
    -IMA-

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)