Wednesday, May 27, 2009

Tidak Seindah Mimpi 10



“ Lina, aku tengok sejak kau balik rumah ni , kau asyik termenung je..ada problem ke?” Soal satu-satunya teman serumahku Fatin membuatkan segala lamunanku tenggelam begitu sahaja. Aku memandangnya sekilas kemudian kembali menongkat kepalaku dengan sebelah lenganku sambil bermain dengan pen di hujung jariku.

“ Tak ada apa-apa..i’m okay..,” jawabku malas .

“ Kau tak payah la nak tipu aku…Dah dekat sebulan kau macam ni . Sejak akhir-akhir ni kau kurang makan, selalu bangun lewat, pergi kerja pulak selalu lambat.Kau pun nampak susut semacam je . Kau kenapa Lina? Kalau kau ada problem, beritahu la aku..InsyaAllah aku boleh tolong..,” aku menarik nafas dalam-dalam mendengar kata-kata Fatin yang panjang lebar itu. Namun, aku tiada mood untuk menceritakan masalahku kerana bagi aku, perkara itu amat memalukan. Kesimpulannya, tidak perlulah aku menceritakan perkara yang mengaibkan aku kepada orang lain walaupun kepada orang yang aku percayai selama ini. Biarlah hanya Allah yang tahu permasalahannya yang aku alami sekarang.

“Lina..aku tengah cakap dengan kau ni..,” kedengaran Fatin mengeluh di penghujung ayatnya. Mungkin tidak suka apabila aku diam tanpa menjawab soalannya.

“ Sory la Fatin , aku penat lah..aku nak tidur sekejap,” aku cuba mengelak daripada menjawab soalan Fatin . Aku segera bangun dan ingin melangkah pergi meninggalkan dia seorang diri.

“ Tengok, asal aku tanya je ,kau mengelak. Dulu kau tak macam ni. Apa-apa hal kau cerita kat aku. Kau dah tak percaya kat aku lagi ke? Kau dah tak anggap aku ni kawan baik kau ke? Kau dah tak suka luahkan masalah kau kat aku ke? ” Persoalan demi persoalan meniti daripada mulut Fatin membuatkan aku serba salah .

“ Hish kau ni, ke situ pulak dia..kau memang kawan baik akupun.Betul la, aku tak ada apa-apa. Cuma penat fikir hal kerja. Yela, kau faham-faham la bila naik pangkat ni, kerja makin bertimbun . Tak cukup tidur ,tak cukup makan aku dibuatnya..silap hari bulan boleh jadi tengkorak hidup aku ni ha..” aku cuba berseloroh bagi menutup kegusaran hatiku dan sekali gus memadamkan rasa syak wasangka Fatin terhadapku.

“ Hah yelah tu..aku pun setiausaha jugak tapi tak ada la teruk kerja macam kau. Kau ingat sikit Lina..kau tu manusia, bukan robot. Manusia ada hadnya tahu? Kalau kau terus macam tu, tak berlaki lah kau nanti…,” Fatin mula membebel dalam bahasa jawanya .

“ Hehe..suka hati aku la..setakat nak berlaki itu sebelah matapun boleh dapat... Petik jari je beribu yang datang cari aku tau..,” jawabku sambil mendepakan kedua-dua belah tanganku seolah-olah sedang bermegah dengan diriku.

“ Poyo ah kau ni! Aku ingatkan problem apa la yang kau dok fikir sangat. Rupa-rupanya problem ciput jek. Eleh…poooraahhh…” Kata-kata Fatin membuatkan aku tergelak besar.Ternyata taktik aku untuk mengelak dari menjawab persoalan itu berjaya.

“ Eh, besar tu…tapi tak adala sebesar kau..,” aku mengangkat kening sebelah tanda memerli Fatin.

“ Oit..sodap mulut kau je cakap aku besar ek. Aku nasib aku pendek je, kalau aku tinggi mesti slim mlim macam kau tahu..huh!” Fatin mencebik.

Aku hanya tersengeh mendengar ulahnya dan kemudian aku berlalu meninggalkannya bersama muncungnya yang panjang. Cemburu la tu. Aku hanya tergelak kecil melihat telatahnya .Aku senang berborak dengannya kerana dia adalah kawan aku yang paling sporting abad ini.Walaupun begitu, jauh di sudut hatiku berasa amat pedih . Kalau pun aku tidak bekerja keras, tetap tiada siapa yang inginkan aku lagi. Ada ke lelaki yang nak kan aku yang sudah kehilangan dara ini? Sudah tentu jawapannya amat mustahil . Aku benar-benar sudah putus harapan kini. Aku tidak tahu mengapa, semakin aku mahu lupa peristiwa hitam itu, semakin peristiwa itu mengganggu hidupku sehingga mengganggu lenaku saban malam . Aku telah mencuba pelbagai cara untuk melupakannya namun ternyata cubaan tersebut tidak berjaya . Malah, lebih teruk daripada itu, aku sanggup tidak tidur semalaman kerana aku takut dilanda mimpi yang sama, mimpi yang membuatkan aku dihambat rasa takut dan sedih yang amat sangat sehingga ada suatu ketika aku terpaksa mengambil ubat tidur bagi menenangkan hati yang resah .

Kerana itulah, aku sentiasa bangun lewat dan terpaksa ke tempat kerja lambat . Nasib baik lah Encik Hakim bercuti selama 2 minggu kerana ke luar negara atas urusan kerja .Jika tidak nahas aku . Sudah pastinya aku akan dimaki hamun sekeras-kerasnya oleh Encik Hakim .Aku tidak tahulah mengapa sejak akhir-akhir ini Encik Hakim suka marah-marah.Tiada lagi kata-kata yang sedap di dengar mengetuk gegendang telingaku.Tiada lagi bunga yang selalu dia berikan kepadaku suatu ketika dahulu. Sikapnya ternyata berubah seratus peratus. Jauh di sudut hatiku,aku berasa sangat kecewa dengan perubahan mendadak sikapnya. Tetapi yang peliknya dia tiba-tiba melantik aku menjadi setiausahanya sebulan yang lepas tanpa alasan yang kukuh lagi utuh. Dek kerana takut dimarahinya,aku terpaksa akur dengan pelantikan itu . Oleh itu, aku seboleh-bolehnya tidak mahu reputasiku sebagai setiausaha yang baru dilantik terjejas kerana prestasi kerjaku yang teruk namun demi Tuhan, aku benar-benar tidak dapat mengelak daripada situasi ini. Aku benar-benar buntu. Aku tertekan . Terasa dunia ini benar-benar sesak dan sempit membuatkan aku tidak bisa untuk bergerak bebas.

Rasa sedih, kecewa, marah dan geram bercampur baur dan datang silih berganti terutamanya apabila bertembung dengan Syam . Walaupun sudah berkali-kali aku menyoalnya berkenaan perkara sama namun jawapannya tetap serupa. Syam tetap mengatakan yang diri dia tidak melakukannya. Ternyata Syam penipu!! Tapi Syam silap, mindaku tidak akan sesekali menipu! Makin lama makin jelas dalam kotak fikiranku adegan yang dilakukannya. Kenapa Syam masih tidak mahu mengaku lagi? Syam kejam!!Dia memang lelaki tidak bertanggungjawab! Aku benci Syam! Masih lagi mahu menegakkan benang yang basah. Tanpa ku sedari air mataku menitis laju . Kepalaku terasa sakit sangat apabila memikirkan hal itu.

###################################################################################

“ Syam, awak nak bawak saya ke mana ni ha? Nak rogol saya lagi ke?!” Aku masih tidak berhenti menengking Syam yang sedang memandu laju sebelahku. Aku benar-benar marah sekarang . Sebentar Syam tiba-tiba mengheretku ke keretanya semasa aku baru sahaja ingin melangkah memasuki lobi pejabat .Walaupun aku cuba meronta hebat namun kekuatan Syam ternyata mengatasi kudrat wanitaku . Akhirnya aku terpaksa akur.

“ Syam!! Hentikan kereta ni! Awak jangan paksa saya terjun dari kereta ni..,” ugut aku apabila melihat Syam terus membisu tanpa menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang aku lontarkan sebentar tadi .Dia hanya terus memandu tanpa menghiraukan aku di sebelah .Hanya sesekali dia memandang tajam terhadapku tanpa secarit senyuman meniti di bibirnya membuatkan jantungku berdegup kencang. . Aku mula resah .Aku mula terbayang peristiwa hitam itu di tubir mata. Adakah ia akan berulang lagi. Oh tidak!! Tangan dan kakiku mula kesejukan .Wajahku terasa sejuk dan dapat kurasakan bahawa tiada setitik darahpun yang mengalir ke wajahku. Aku takut.

“ Syam! Saya akan lompat dari kereta ni kalau awak tak hentikan kereta ni!” Ugut aku selali lagi apabila melihat tiada respon dari Syam semenjak tadi. Semakin lama resahku semakin menjadi-jadi .

‘Ya Allah, tolong lah Ya Allah..selamatkanlah hambamu ini..janganlah perkara itu berlaku padaku lagi Ya Allah..,’ dalam resah, aku sempat berdoa di dalam hati.

“ Lompatlah kalau boleh ,” aku tergamam mendengar kata-kata Syam setelah berdiam diri buat sekian lama.Jadi benarlah telahanku yang Syam memang benar-benar penipu! Memang sah dia ada niat buruk terhadapku!

“ Baik, saya akan buktikan!!” Jeritku lagi . Air mataku sudah merembes laju mendengar jawapan Syam sebentar tadi yang membuktikan segala-galanya. Jadi biarlah aku mati daripada berdepan dengan perogolku yang tidak berhati perut itu. Dengan sekuat hati aku cuba membuka pintu kereta di sebelahku namun walaupun berkali-kali aku mencuba,aku masih tidak dapat membukanya. Aku meraba-raba kunci pintu kereta namun tidak membuahkan hasil. Kereta automatik ini ternyata berjaya membuatkan aku membatalkan niatku dan sekali gus membuatkan air mataku semakin lebat mengalir lebih-lebih lagi apabila mendengar Syam tergelak halus.

“ Tolong lah Syam, jangan buat apa-apa pada saya .Cukuplah sekali awak buat saya macam tu..tolong lah Syam.Saya merayu sangat-sangat pada awak . Tolong la saya Syam…lepaskan saya..,” aku mula merayu simpati Syam agar melepaskan aku . Aku sudah tidak tahu cara apa lagi yang perlu aku lakukan untuk melepaskan diri. Kesudahannya aku hanya menangis tidak berlagu di sisi Syam . Nampaknya rayuan aku sia-sia apabila Syam hanya memandang aku sekilas dan kemudian kembali memberi tumpuan kepada pemanduannya dengan muka selamba.

“ Syam..sampai hati awak..,” kataku perlahan antara dengar atau tidak.Aku memejamkan mata rapat-rapat dan membiarkan pipiku terus dibasahi air mata . Aku benar-benar putus harapan sekarang . Nyawaku seolah-olah tidak berguna lagi dan kurasakan rohku tidak layak untuk mengisi segenap ruang tubuhku. Aku kini hanyalah seperti kain buruk yang sudah hilang nilai serinya.
‘Ya Allah, dugaan apakah lagi yang Engkau sediakan untuk aku?’ Rintihku di dalam hati…


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 4 comments:

    1. kesiannya Lina..n kesian kat Syam jugak. cepat2 la wat Lina sedar ek. Tapi pelik gak,Syam nak bawak lina ke mana sebenarnnya?

      ReplyDelete
    2. yelah what happen now? Lina ni tersalah ingat ke apa? cpt2 la sambung ye..tak sabar nak tahu citer seterusnya

      ReplyDelete
    3. sian Lina...
      maaf nak tanya skit bleh? camne eh awak buat label untuk tak seindah mimp, cinta thriller n cerpen berbeza-beza, eh? sy dah lama nak buat tp x jadi-jadi. tolong ya....

      ReplyDelete
    4. awak cari kat add gadget, pilih 'basics', then click kat add 'link list' ,pastu akan kuar box mcm ni :

      Title : (tajuk spesifik yg awk nak letak ,contohnya Tidak Seindah Mimpi)

      Number of links to show in list : (biarkan kosong kalau nak bagi sumer link nampak)

      Sorting : (tengok pilihan yang ada kat situ)

      New Site URL : (url page yang awak nak buat, contohnya http://meniti-impian.blogspot.com/2009/05/tidak-seindah-mimpi-10_27.html)

      New Site Name : (label link utk yang atas, contoh dalam blog saya, saya letak [10] sebagai link)

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)