Monday, October 8, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 29

Aku terus menyepi. Suasana café di sekelilingku begitu hening sekali. Bunyi riuh orang ramai di situ seperti langsung tidak kedengaran. Fikiranku berkecamuk dan lidahku kelu untuk berbicara. Hatiku berdebar-debar. Walaupun baru 5 minit berlalu, tetapi aku rasakan cukup lama Rangga ke tandas meninggalkan aku berduaan dengan lelaki itu. Dari ekor mataku, aku dapat rasakan yang lelaki itu sedang mengamati diriku dengan tekun sekali. Aku semakin tidak keruan. Sebolehnya aku mahu mengangkat kaki untuk pergi dari situ namun entah kenapa kakiku seolah-olah melekat kemas di situ.

“ How are you Lina ?” Tegur lelaki itu tiba-tiba..membuatkan aku sedikit tersentak.

“ Fine…” Aku menjawab malas. Lelaki itu masih tersenyum melihatku. Aku hanya memandangnya kosong tanpa secalit senyumanpun terukir di bibirku. Mataku berkalih ke arah lain.

“ Awak sudah makan ?” Soalnya lagi.

“ Belum…”

“ Kenapa tak makan? Nak saya orderkan apa?” Lelaki itu masih mahu memancing perbualan antara kami namun sedikitpun tidak melembutkan hatiku untuk terus berbicara dengannya.

“ Tak perlu…saya tak ada selera…” Aku merengus geram. Entah kenapa aku benar-benar tidak selesa berhadapan dengan lelaki di hadapanku kini. Lelaki itu terdiam seketika.

“ Awak makin cantik ye sekarang…so sweet & elegant…” Lelaki itu bersuara lagi.

“ Hurmmm…”

“ Tak sangka  kita dapat berjumpa lagi kan?”

“ Hurmmm…”

“ I miss you so much Lina….” Aku terpana mendengar kata-kata itu namun cuma untuk sekejap.

“ Hurmmm…” Aku masih malas mahu membuka mulut.

“ Lina…kenapa ni ? Awak tak suka ke saya kat sini?” Lelaki itu merengus tiba-tiba seakan tidak berpuas hati dengan layananku yang sungguh dingin bagaikan ais batu di kutub utara.  Terdengar dia menarik nafasnya dalam-dalam.

“ Yes..of course…awak memang sengaja kan?” Getusku .

“ Sengaja apa?” Dia mempamerkan riak tidak mengerti .

“ Sengaja nak datang sini & cuba ganggu hidup saya lagi kan?” Aku tidak tahu kenapa aku mesti bertanya begitu. Dan aku tidak tahu  mengapa hatiku tiba-tiba rasa sakit sangat dengan lelaki itu.

“ Ganggu hidup awak? Saya tak pernah ada niat macam tu lah..” Sepertinya lelaki itu benar-benar tidak berpuas hati dengan jawapanku. Aku sekadar tersenyum sumbing. Tak nak mengaku konon.

“ Lina…I’m so sorry kalau saya pernah buat salah dengan awak…tapi awak tahu tak..hampir 3 tahun saya cari awak di serata tempat….saya tak pernah putus asa cari awak…even, saya sanggup sacrifice myself for you…because I know, I cannot live without you…” Aku terdiam seketika.Tidak kuduga kata-kata lelaki itu benar-benar menyentuh pintu hatiku. Benarkah dia berusaha keras mencariku selama ini?

“ Kenapa awak menghilangkan diri macam tu je? Awak tahu tak betapa sedih & sakitnya hati saya bila awak tinggalkan saya dulu? Awak tahu tak?” Dia meneruskan kata-katanya.Aku termangu. Lirih kedengaran suara lelaki di hadapanku ini. Seolah-olah dia teramat kecewa denganku. Argh, persetankanlah semua itu. Yang pasti luka lama di hatiku masih ada parutnya. Aku tidak akan terjerat dengan penipuan dan kepura-puraan lelaki itu lagi.

“ Awak...rasanya tak perlu lah awak tahu apa sebabnya dan kenapa saya ambil keputusan untuk pergi dari hidup awak...cause I’m so sure you know about it better than me right? Sudahlah awak…it’s not the right time to discuss about the past here…I don’t want to remember all such nonsense  story now! Semua tu cerita lama! Tak perlu lah nak ungkit lagi! ” Gertakku. Aku tidak tahu mengapa aku mesti marah .Namun, ternyata kata-kata lelaki itu sebentar tadi cukup untuk membuatkan hati wanitaku goyah.

“ You think it’s nonsense? Old story? Awak tahu tak…dengan cerita lama antara kitalah saya dapat survive sampai sekarang…dengan cinta awak lah buat saya kuat untuk terus hidup!” Aku terdiam lagi. Lelaki itu tiba-tiba berubah angin. Wajahnya berubah tegang. 

“ Lina..awak tahu tak betapa susahnya saya nak cari awak selama ni…Tapi Allah tu Maha Maha Adil & Maha Mengetahui betapa peritnya perasaan saya bila saya kehilangan awak..Alhamdulillah…see..Dia akhirnya mempertemukan saya dengan awak kat sini…And now I’ve found you Lina…I’ve found you! I’m so happy to see you here…” kata lelaki itu sayu. Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Sungguh, aku cukup tersentuh dengan kata-kata ikhlas yang terbit dari bibir lelaki itu, lelaki yang pernah menghuni hatiku sewaktu ketika dahulu. Ah..kenapa senang sangat aku tersentuh hati dengan lelaki yang pernah menipuku hidup-hidup 3 tahun lepas. Tidak Lina…Kau harus kuat! Jangan mudah mengalah!

“ So, awak ingat dengan jumpa saya…saya boleh maafkan awak..macam tu?” Kataku sinis. Egoku yang tinggi menghalang segala pujuk rayu & kata-kata manisnya dari meresap ke dalam jiwaku.

“ Bukan itu maksud saya…” Lelaki itu berkata lagi.

“ So what? Awak nak saya buat apa sekarang?” Soalku.

“ I will never ask for your forgiveness but I want you yourself say sorry to me…,” tiba-tiba nada suaranya berubah tegas. Aku mengerutkan kening tanda tidak mengerti.

“ Hello…sorry for what? Don’t kidding me Mr. Farid Faisyam…It’s not the time to make a joke…tak lucu lah! ”  Gertakku.

“ It’s not a joke....but you must say sorry to me Miss Haslina !” Dia bertegas lagi. Aku bingung.

“ Sorry for what? Saya rasa saya tak ada buat salah apa-apa dengan awakpun.Awak yang banyak buat salah dengan saya dulu…” Aku masih tidak berpuas hati.

“ You have done a big mistake Lina…”

“ Big mistake? What do you mean??” Sungguh aku tidak berpuas hat dengan kata-katanya. Aku memandangnya pelik.

“ You want to know the reason?” Soalnya menduga.

“ Yes..Of Course! Please give me all the proves so as you are not making me confuse! ” Jawabku laju. Dia terdiam seketika. Seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Aku sekadar menunggu kata-katanya yang seterusnya.

“ Awak perlu minta maaf dengan saya…” kata-katanya terhenti seketika.

“ Sebab?”

“ Sebab tinggalkan saya tiba-tiba macam tu je 3 tahun lepas…tanpa saya tahu apa sebab sebenar awak buat macam tu…awak perlu minta maaf dengan saya sebab membiarkan saya fight untuk terus hidup seorang diri masa saya cedera parah dulu…I really need your support during that time but where are you? What have you done for me? You seems forget all your sweet promises to me & left me behind like that? Like I’m not such that important for you…You think this is just a small mistake right?  But… it’s actually a very big mistake that you have done to my life! Awak dah buat hidup saya betul-betul merana..awak dah buat saya hampir jadi gila tahu tak ?! ” Keras kata-kata Syam kali ini. Aku terdiam seribu bahasa. Sungguh aku tidak sangka kata-kata itu terbit dari bibir Syam. Namun sedikitpun kata-kata itu tidak menggoyahkan perasaanku ketika itu. Jiwaku seperti benar-benar kosong.

“ That’s why you must ask for my forgiveness….not me! I want you to know how much I sacrifice just to find my endless love with you….” Syam masih bersuara tegas. Darah panas mula menyerbu ke mukaku. Cara dia bercakap seolah-olah aku ni seorang penjenayah. Seolah-olah aku seorang saja yang bersalah dalam hal ni.

“ Awak tahu tak…awak dah seksa hidup saya…you must say sorry now!” Tegasnya lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kasar.Nafasku terasa sesak dengar provokasi hebat dari lelaki itu.

“ Ok…my mistake…Im so sorry okay! Puas hati ? ” Jawabku geram. Hatiku bergelegak panas.

“ Itu je? Some more?” Syam seperti tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“ Apa lagi yang awak nak? Kan saya dah minta maaf..tak cukup lagi ke?”

“ It’s not enough. Saya nak awak explain kenapa awak sanggup tinggalkan saya dulu?” Kata Syam. Wajahnya masih serius. Matanya tajam merenungku. Aku mula tidak senang duduk.Apa yang perlu aku cakap lagi.

“ Syam..sebenarnya apa tujuan awak datang ke sini? Awak memang sengaja datang sini sebab nak sakitkan hati saya ye? Tak cukup lagi ke awak dah sakitkan hati saya dulu?! Awak sengaja nak ganggu kebahagiaan saya kat sini kan?” Aku mula meninggikan suara sehingga membuatkan beberapa wanita yang berdekatan denganku di café itu mengerling ke arah kami.

“ Kalau itu tujuan awak..memang awak dah berjaya…berjaya buat saya sakit hati dan berjaya buat saya bersalah sangat-sangat dengan awak….” Aku meneruskan lagi kata-kataku. Tidak tahu bila masa air mataku merembes laju membasahi pipiku. Ah…murahnya air mata ini untuk lelaki itu.

“ Sorry miss… I don’t understand what are you talking about…dulu saya pernah sakitkan hati awak ?? sakitkan hati awak macam mana? Cer cerita sikit…gue enggak ngerti dong…” kata Syam sinis. Dia tersenyum separuh mengejek. Hatiku kian sebal. Kenapa dengan Syam ni? Dia tak faham ke atau buat-buat tak faham dengan apa yang aku cakap.

“ Mana isteri awak ? Bukan sepatutnya isteri tercinta awak temankan awak kat sini ke? I think she suppose to be here with you…” Aku melemparkan paku buah keras kepadanya, sengaja mengubah topik perbualan. Kelihatan Syam sedikit terkejut.

“ Isteri.....who’s my wife ? ” Huh, buat-buat tidak tahu konon. Aku mencebik.

“ Julia lah..siapa lagi…kan dialah wanita paling setia  dengan awak kan?” Kata-kataku menambahkan lagi riak terkejut di wajahnya. Senyumannya mati dengan serta-merta .

“ Julia mana ni? What are you talking about my dear? ” Soalnya seperti langsung tidak tahu menahu pasal wanita itu. Eiiii…menyampahnya aku. Betul-betul tak faham aku dengan perangai Syam sekarang. Sungguh berbeza berbanding dengan  3 tahun lepas. Apakah kemalangan di kepalanya membuatkan karakternya berubah sama sekali  ?

“ Hai guys! Wahhh, kenapa dong? Dari tadi aku lihat kamu berdua ribut-ribut di sini…kamu bicara tentang apa sih? Enggak tunggu aku ya…enggak bisa sih! ” Teguran Rangga yang entah muncul dari arah mana membantutkan perang dingin antara kami.  Aku membetulkan dudukku dan posisi tubuhku. Cepat-cepat aku mengesat air mataku.Kedengaran Syam berdehem beberapa kali. Mungkin masih tidak puas hati kerana acaranya mahu terus menyakitkan hatiku terbantut.

“ Hey Syam…apa yang kamu udah buat sampai Lina nangis-nangis gini dong? ” soal Rangga. Dia memandang aku hairan. Aku tertunduk malu. Dia perasan rupanya aku menangis.

“ Macam mana jugak….cewek kau ni garang sangat… aku tanya khabar pun nak marah…bila aku tanya banyak-banyak..menangis pulak dia…haii tak tahu lah aku..pelik la cewek kau ni! ” Kata Syam dengan selambanya.Aku menjeling tajam ke arah Syam. Berani dia mengutuk aku depan-depan. Dia tersenyum lebar melihat jelinganku. Mukanya yang tadinya tegang kini berubah selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Menyampah! Tapi aku tidak tega membalas kutukannya itu.Akhirnya aku cuma berdiam diri.

“Iya ? Mungkin dia capek…enggak begitu Lina?” kata Rangga sambil terus melabuhkan punggung di sebelahku.

“ Ermmm..” Aku malas meneruskan kata apabila melihat Syam sedang tersenyum penuh makna. Ah..kenapa tiba-tiba aku jadi benci pada senyuman itu padahal senyum itulah yang aku rindui selama ini.

“ Mungkin jugak dia tengah datang bulan…itu yang moody semacam je…orang perempuan..biasalah tu..” Kata Syam lagi sambil tersengeh kepadaku. Mataku membulat. Kurang asam punya Syam!

“ Benar ya ?” Soal Rangga seraya memandangku yang tengah keberangan itu.

“ Waduuhhh memandai saja kamu ni ya!  Tolonglah jangan buat andaian bukan-bukan ok!” Marahku. Pipiku terasa panas. Mereka berdua tergelak serentak. Geramnya aku!

“ Ok guys..let’s continue our discussion…..kita berhenti sampai mana dah tadi?” Syam mula bersuara sambil mencapai kertas kerja di atas meja. Dia berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara kami sebentar tadi. Jeleknya aku tengok. Dia memandangku sekilas sambil tersenyum . Aku membuang pandang jauh-jauh. Panas di hatiku masih bersisa.

4 comments:

  1. salam...lama betul tunggu penulis sambung blk novel nih...tp mmg best...ingtkn hakim yg jumpa lina..
    pape pn sy tunggu smbungannya..

    ReplyDelete
  2. dah backlog cerita ni.... Best... cepat2lah sambung agar tak terbantut ke"excite"an utk membaca entry seterusnya....

    ReplyDelete
  3. best! cepat la sambung..

    ReplyDelete
  4. nk lagi cik writer..hehehe

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)