Friday, August 7, 2009

Tidak Seindah Mimpi 23


“Kau pasti ke nak pergi sana ?” Fatin masih tidak berpuas hati dengan jawapanku . Aku mengeluh berat.

“ Fatin, aku rasa ni lah keputusan terbaik yang aku rasa aku patut buat…,” aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan rasa sesak di dada.

“ Tapi Lina..tak kan kau nak biarkan Syam macam tu je..,buat masa ni dia amat perlukan kau..dia perlukan jagaan dari kau..he need you Lina..tolonglah…tolong ketepikan problem kau dengan dia buat sementara waktu..nyawa dia lebih penting..” Fatin menekankan suranya. Aku termenung seketika. Ternyata dia begitu tidak berpuas hati dengan keputusanku untuk membawa diri ke Jakarta dan ternyata dia masih tidak mahu aku meninggalkan Syam. Namun, aku terpaksa..

“ Kau tak faham aku Fatin..aku perlukan masa untuk lupakan dan maafkan dia. Dia dah tipu aku Fatin..dia tipu aku..Kalau dia tipu dia tu anak yatim piatu tu aku boleh terima lagi, tapi dia tipu aku yang dia sebenarnya dah bertunang..kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila tahu dia tipu aku? So sekarang, biar jela tunang dengan mak ayah dia jaga dia..” Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Rasa sebak kembali lagi. Aku buat begini bukan kerana aku pentingkan diri sendiri tetapi demi kebahagiaan Syam juga. Tunang Syam lebih layak menjaganya. Aku langsung tidak layak untuk berada di sisinya saat ini. Aku hanya menyusahkan hidupnya. Lihatlah, kerana aku Syam hampir-hampir terkorban. Kerana aku, dia terseksa. Jadi, aku memang patut pergi jauh dari hidupnya selepas ini supaya dia boleh hidup dengan tenang.

“ Aku faham Fatin..aku faham sangat apa yang kau rasa. Tapi, percayalah Lina..mungkin dia ada sebab buat macam tu. Who’s know right? Aku tak rasa dia sengaja nak tipu kau. Aku betul-betul yakin yang dia memang cintakan kau sangat-sangat. Kalau tak , tak kan dia nak kahwin dengan kau dalam keadaan kau macam ni? Kalau dia tidak cintakan kau, tak kan dia sanggup berkorban untuk kau? ” Kata-kata Fatin semakin menyesakkan dadaku .Sesungguhnya hatiku sudah tertutup untuk menerima sebarang alasan dan kemungkinan.

“ Please Fatin..aku tak mahu dengar apa-apa dah sekarang. Yang pasti aku tetap nak pergi sana! Ini keputusan muktamad!” Aku bertegas . Aku tidak akan sesekali mengubah keputusanku walau sebanyak manapun nasihat yang aku terima. Fatin menggeleng kepala beberapa kali seakan sudah berputus asa untuk memujuk aku.

“ So, kalau kau pergi sana..siapa yang nak jaga kau?” Fatin seperti sudah akur dengan keputusanku. Wajahnya kelat .Aku pula tersenyum hambar.

“ Aku boleh jaga diri aku sendiri..,” jawabku ringkas.

“ Tapi macam mana dengan anak ni? Tak kan kau nak lahirkan dia sorang-sorang kat sana? Dah la tempat tu agak asing buat kau. Aku tak rasa kau boleh handle benda tu sorang-sorang. I sure you need someone to help you..,” wajah Fatin menampakkan riak kerisauan. Aku tergelak kecil mendengar soalannya .

“ Fatin..kau jangan risau la... Aku ada kawan kat sana yang boleh jaga aku. Aku akan tinggal dengan dia sepanjang aku ada kat sana..InsyaAllah anak ini akan selamat..don’t worry..”

“ Betul ni? Kau jangan main-main dengan aku? Setahu aku kau tak ada kawan kat sana? Siapa kawan kau?” Soal Fatin bertubi-tubi menyebabkan aku sedikit terkedu.

“ Adala..kau je yang tak tahu sebab aku tak pernah cerita kat kau. Alah..kalau aku cakap siapa dia bukan kau kenal pun..,perempuan la..bukan lelaki..don’t worry okay..” aku cuba berseloroh tapi itu langsung tidak menggeletek hati Fatin.

“ Hurmm..kalau macam tu baguslah..lega sikit hati aku..,” Fatin nampak sedikit tenang mendengar jawapanku .Sebenarnya ,aku hanya berbohong dengannya demi menenangkan hati Fatin. Aku tidak mahu dia risaukan aku. Aku tidak mahu membebankan dia dengan masalahku. Aku yakin aku boleh hidup seorang diri dan melahirkan anak ini tanpa bantuan sesiapa di sana .Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah aku menyusahkan Syam dan semua orang selama ini. Cukuplah setakat ini.

“ Habis tu macam mana dengan lamaran Hakim tu?” Aku tersentak apabila Fatin tiba-tiba membangkitkan semula soal lamaran Hakim tempoh hari.

“ Cadangannya ditolak..,” selamba je aku menjawab. Jawapan yang sama aku beri kepada Hakim .

“ Tapi..,”

“ No tapi-tapi..macam aku cakap tadi..walau apa pun yang terjadi , aku tak kan terima lamaran Hakim forever and ever!” Belum sempat Fatin menghabiskan kata-katanya aku lebih pantas memintas. Fatin sekali lagi terdiam .Mungkin sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Aku tahu Fatin masih belum berputus asa untuk memujukku supaya mengahwini Encik Hakim. Katanya Encik Hakim mahu melamarku kiranya dia sudah cukup bertanggungjawab namun aku tidak berasa begitu.

“ Baik..kalau itu keputusan kau..aku tak boleh nak buat apa-apa dah..itu hak kau. Sebagai kawan..aku just nak bagi nasihat yang terbaik untuk kau..,” sayu Fatin menuturkan kata menyebabkan aku sedikit terharu .Namun, jiwaku kini seperti sudah kosong . Hatiku seperti sekeping besi yang sudah tidak bisa ditembusi oleh apa-apa panahan pun. Ia terhasil dari jiwa yang hancur lebur sebelum ini. Pengalaman lampau teramat perit untuk ditelan .

“ Maafkan aku Fatin..aku tak ada maksud nak sakitkan hati kau..tapi kau kena faham aku..aku perlukan masa untuk pulihkan hati aku ni..it’s take time you know..” aku memegang lembut kedua-dua belah tangan Fatin. Air mata sudah membasahi pipi Fatin. Begitu juga aku. Fatin mengangguk lemah. Demi Tuhan, aku tidak sanggup berpisah dengan kawan baik seperti Fatin tetapi keadaan yang memaksa perpisahan ini berlaku. Maafkan aku Fatin..

“ Aku pun mintak maaf sebab tak mampu nak tolong kau untuk terus survive..,” kata-kata Fatin semakin sayu. Hatiku semakin tersentuh . Tiba-tiba lahir rasa bersalah kerana jarang sekali aku mengikut nasihatnya sebelum ini. Aku selalu bertindak mengikut perasaan. Kerana sikap degil dan egoku, inilah balasannya..menjadi mangsa Encik Hakim, syaitan yang bertopengkan manusia.

“ It’s okay Fatin..aku yang patut mintak maaf kat kau sebab aku dah banyak menyusahkan kau..kau dah banyak tolong aku Fatin…thanx a lot..,” aku memeluk erat Fatin. Pelukan terakhir sebelum aku berangkat pergi.

“ Tak pe Lina..aku dah lama maafkan kau..dah la tu..jomla kita bertolak. Nanti terlepas pulak flight kau..,” Fatin cepat-cepat menyeka air matanya dan mencapai begku .Dia kemudian terus menuju ke keretanya. Nampak sangat dia kecewa denganku membuatkan aku semakin rasa bersalah. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Namun, aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi kerana aku tidak akan sesekali berganjak dari keputusanku. Aku terpaksa..




p/s : i'm so sorry kerana dah lama tak update cerita ni..thanks kerana sabar menunggu..=)

15 comments:

  1. salam wak..Yes saya org pertama komen huhu...nak gi jakarta??Ala nnti susah syam nak cari..

    ReplyDelete
  2. laaa jauhnyer Lina nak pi..
    jangan la tinggalkan SYam
    ish ni semua Julia punyer pasal la..
    nyebok je..
    cept2 smbung yer org ganu

    ReplyDelete
  3. wuaa.....nape lina nak p jejaoooh...tiddakkk~~

    ReplyDelete
  4. ala..
    nape nak g sana..

    ReplyDelete
  5. I think betul jugak tindakan Lina
    dia just nak tenangkan fikiran
    smoga dia cepat2 balik malaysia
    jenguk syam..he..

    ReplyDelete
  6. hmmmm..sedih..mcm kak ida pulak yg merajuk membawa hati nan lara..kesian lina ye..

    org ganu cepat sambung citer ni ye..

    ReplyDelete
  7. 1st time masuk sini
    tak sangka kat sini pun koleksi cerpen dan novelnya sangat bagus
    tahniah kpd org ganu

    sian kat Lina
    jgn la dia kawen dgn Hakim
    buang karen jer

    ReplyDelete
  8. kawin dgn hakim!! hakim tu cm bez je even memg tahap dewa punyer jahat. huhuhu... writer.. sambung la cepat..

    ReplyDelete
  9. nape lina tinggalkan syam .
    kesian kat die.
    harap 2 syam ngan lina dpt berbaik baik semula.
    cepat sambung ye .tak sabar nak tunggu dah ni

    ReplyDelete
  10. BILA NAK SAMBUNG DAH BERMINGGU MINGGU SAYA TUNGGU TAU

    ReplyDelete
  11. lh...npa takda smbungannya????

    ReplyDelete
  12. bila nak sambung??? lamanya mnyepi.....

    ReplyDelete
  13. Bila nak sambung.. Dah bertahun saya tunggu...

    ReplyDelete
  14. Dah dekat 10 tahun saya tunggu cerita ni bila nak sambungnya....��

    ReplyDelete
  15. yelah, cerita menarik, adakah pnulis cerita khilangn fon, shingga trlupa email google, nak update xleh, huhu sedih cerita trgantung pulak tue.

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)