“Sayang..”
Suamiku, Rizal Hakimi menegurku sambil
merangkul erat pinggangku.
“ Ye
abang…,” sahutku lembut sambil tersenyum.
“ Thanks
very much…” Ucapnya sekadar berbisik di telingaku.
“ Thanks
sebab?”
“ Sebab
sudi jadi permaisuri hati abang…I’m so happy now..I love you so much honey…”
ujarnya lagi. Bibirnya terus merangkul bibirku. Aku terpana. Jiwa wanitaku
bergetar.
“ I love
you too abang…” balasku terharu.
“ Sayang
boleh janji dengan abang?”
“ Janji
apa?”
“ Janji
sayang tak kan tinggalkan abang sampai bila-bila pun…”
“ Of course
la abang…Tak kan Dila mahu tinggalkan abang pulak…Dila sayang abang
tau..Abanglah orang yang paling Dila sayang sampai mati…”
“ Thank you
very much sayang…sayang kat sayang!”
“ Sayang
kat abang jugak…” balasku sambil tertawa kecil. Rizal tersenyum lebar. Dia
semakin mengeratkan pelukannya. Ah..sungguh indah berada dalam dakapan suamiku.
Terasa seperti mahu terbang je. Bahagianya saat ini aku rasa. Tak sangka Rizal
Hakimi kini sudah sah bergelar suamiku. Inilah yang dinamakan jodoh.
“
Fadilla!!” Aku terkejut beruk apabila tiba-tiba namaku dilaung kuat. Hish,
siapa pulak kacau orang tengah nak beromantik nih!
“ Fadilla!
Bangun! Kau tak nak pergi kelas ke?!” Suara itu bergema lagi. Aik, macam suara
Wawa, teman sebilikku. Dia buat apa kat sini? Kacau daun betul lah.
“ Wawa…apa
ni? Aku dengan husband aku ni. Janganlah kacau…” Aku merengus geram.
“ Husband
mana pulak ni? Ni mesti mengigau lagi. Weyh, bangunlah! Dah lambat ni!” Laung
Wawa lagi.
“ Kau ni
kenapa Wawa? Aku kan baru kahwin. Janganlah kacau malam pertama aku!” Marahku.
Geramnya..boleh pulak dia kacau honeymoon aku.
“ Oit mak
cik! Banyak lah kau punya malam pertama! Dah! Jangan nak bermimpi
lebih-lebih..cepat bangun! Kau tak takut kena marah dengan Puan Tiara ke?”
Mendengar
saja nama Puan Tiara, mataku terbuka luas dan terus terbangun dari
pembaringanku. Aku kebingungan. Eh, apa dah berlaku? Mana Rizal? Aku memandang
sekelilingku. Yang kelihatan kini cuma tubuh gempal Wawa yang berdiri tegap
menghadapku. Aduhh, aku bermimpi je ke? Frustnya. Ingatkan betul-betul!
“ Hah, tahu
pun nak bangun. Cepatlah bersiap Dila..jenuh aku nak kejutkan kau. Kita dah
lambat ni…” Wawa mula membebel. Dia menarik tanganku.
“ Jam
berapa dah sekarang?” Soalku malas. Beberapa kali aku menguap menahan ngantuk
yang teramat.
“ Dah jam
7.30 pagi la mak cik!”
“ Owh,
kelas kita jam berapa?”
“ Aduhh,
kau dah lupa ke Dila, kelas kita hari ni kan start jam 8 pagi. Setengah jam je
lagi kita ada masa ni…cepatlah bangun..”
“ Hah!! Ye
ke?! Alamak! Aku belum mandi ni..macam mana?” Aku mulai kalut. Habislah aku.
Tak sangguplah aku mahu mendengar tengkingan Puan Tiara lagi kalau masuk kelas
lambat.
“ Macam
mana apa? Pergilah mandi sekarang! Kau ada masa paling lama pun 10 minit je
untuk bersiap..,” tegas Wawa.
“ Ok!” Lantas
aku menjawab . Aku terus mencapai tuala dan terus ke bilik air. Aku mesti
bersiap segera!
####################################
Aku menarik
nafas lega. Huh, nasib baik kami sampai sebelum Puan Tiara sampai. Kalau tak,
memang kena lecture panjang lah kalau terlambat. Puan Tiara tu memang terkenal
dengan kegarangan dan ketegasannya. Dialah antara lecturer yang paling aku
takuti di Fakulti Kejuruteraan ini.
“ Heh Dila,
kau nampak tak mamat tu?” Wawa tiba-tiba menyiku. Aku mengerutkan kening
hairan.
“ Siapa?” Soalku
hairan.
“ Tu..”
Muncung Wawa mengarah ke arah seorang lelaki yang sedang asyik mendengar
lecture dari Puan Tiara. Aku menyoroti matanya. Rizal! Eh, mamat yang err..aku
mimpi malam tadi. Dengan serta-merta mimpi itu bermain di tubir mataku. Aduhh
malunya. Macam mana aku boleh mimpi macam tu? Tak faham betul lah.
“ Kenapa
dengan dia?” Bisikku.
“ Handsome
kan dia? Dah lama aku perhati kat dia..kau tak rasa dia handsome ke?” Soal Wawa
sambil tersenyum-senyum.
“
Erm..biasa je aku tengok..”
“ Ada ke
biasa, handsome lah! Dia bukan je jadi kapten pasukan bola sepak kampus kita,
dia pun pemenang pertandingan taekwando tahun lepas . Wahhh…bestnya kalau aku
dapat dia..full package!”
“ Hish kau
ni..semua mamat handsome kau suka. Dulu Farid, sekarang Rizal pulak..”
“ Alah, aku
syok je kat dia bukan aku nak jadi girlfriend dia pun..,” jawab Wawa sekadar
‘cover line’.
“ Sama lah
tu Wawa..mula-mula syok..lepas tu jatuh cinta. Then couple..lepas tu kahwin.
Awww so sweet…hehe..”
“ Hish kau
ni, ke situ pulak!” Marah Wawa. Aku tertawa melihat muncung mulutnya yang mula
memanjang sampai boleh diikat.
“ Fadilla!
Najwa! Diam!” Kami terdiam dengan serta-merta apabila suara Puan Tiara bergema.
Semua pelajar memandang ke arah kami termasuk Rizal. Alamak, kuat sangat ke
kami cakap? Aku dan Wawa cepat-cepat mengunci mulut. Takut.
“ Ini 1st
warning saya. Kalau kamu berdua bising lagi, saya tak teragak-agak halau kamu
keluar dari lecture hall ni! Faham!” Tegas Puan Tiara sambil matanya tajam
memandang ke arah kami. Aku dan Wawa menunduk malu.
“ Faham
Puan…” jawab kami serentak. Kedengaran Puan Tiara merengus geram. Namun, hanya
untuk seketika. Dia kembali menyambung kembali lecturenya yang terhenti
gara-gara kami. Aku memandang sekilas ke arah Rizal yang duduk di hujung
lecture hall. Sedikitpun dia tak memandangku. Ini kau punya pasal la! Tak
pasal-pasal aku kena marah! Huh!
####################################
Petang ni ,
aku menghabiskan masa di perpustakaan kampus. Ye lah, dah nak dekat exam final
semester ni. Mestilah kena rajin-rajin pergi perpustakaan. Target aku tahun ni
untuk mendapat pointer 3.5 ke atas. Aku
tak kan sia-siakan usaha aku selama 4 tahun di USM .
Aku menilik
buku-buku yang semuanya tebal-tebal belaka. Mataku tertarik pada sebuah buku
setebal 2 inci di celah rak. Tanganku laju mahu mengambil buku tersebut. Namun,
tanpa ku duga ada satu tangan lagi cuba mengambil buku tersebut jugak. Mataku
terus berkalih kepada orang tersebut. Eh, mamat ni lagi!
“ Sory,
awak nak baca buku ni jugak ke?” Soal Rizal lembut.
“ Sa…sa..ya…nak…,”
jawabku tergagap-gagap. Ish apasal gagap pulak ni? Entah kenapa bila
bertentangan mata dengannya hatiku selalu jadi tidak keruan.
“ Kalau
macam tu, awak pakai lah dulu. Nanti dah habis, pinjamkan pada saya okay..”
balasnya sambil tersenyum. Matanya tidak lekang dari memandang wajahku. Dup
dap…dup dap…Jantungku semakin berdegup kencang. Nafasku terasa sesak.
“ Okay,
thanks…” Balasku lantas cepat-cepat mahu berlalu pergi dari situ.
“ Tunggu
Dila!” Sahutnya. Langkahku terhenti seketika. Aku memandangnya lagi.
“ Boleh
kita study sama-sama?” Soal Rizal selamba. Hah? Biar betul? Apa hal mamat ni
tiba-tiba je tanya macam tu?
“ Boleh?”
Soalnya lagi apabila aku masih berdiam diri.
“ Boleh..no
problem..” Jawabku dengan suara yang sedikit bergetar.
“ Baguslah
kalau macam tu. Study berdua lagi better dari study sorang-sorang kan? Nanti
kita boleh share-share ilmu..” Balas Rizal.
“A’ah..betul
tu..” jawabku teragak-agak. Rizal tersenyum lebar. Alahai ni aku lemah ni..asal
dia senyum je, aku rasa macam mahu terbang je.
##################################
Hampir
sejam lebih aku menghadap buku di hadapanku namun satu pun tak masuk ke dalam
otak. Hatiku rasa serba tidak kena . Ye lah, selama 4 tahun aku belajar kat
sini, inilah pertama kali ada mamat handsome duduk sekali dengan aku kat
perpustakaan ni. Sesekali aku mencuri pandang pada Rizal. Memang handsome. Tak
hairanlah ramai perempuan tergila-gilakan dia. Aku pulak? Adala sikit-sikit
minat kat dia tapi tak adalah sampai nak tangkap cintan dengan dia.
Tapi , aku
hairanlah. Aku tak tahu apa kena dengan dia hari ni? Ye lah, selama aku belajar
kat sini, jarang dia bertegur sapa dengan aku. Lebih-lebih lagi nak duduk macam
ni. Dia ni jenis pendiam sikit. Lagipun, aku rasa dia mesti tak suka berkawan
dengan orang yang tak cantik macam aku ni. Lainlah pelajar perempuan yang lain
yang jauh lagi cantik dan menarik.
“ Kenapa
awak pandang saya macam tu? Ada yang tak kena ke?” Aku tersentak apabila Rizal
tiba-tiba bersuara. Eh, aku pandang dia ke tadi? Alamak..kantoi.
“ Err..tak
adalah. Saya tengah fikir macam mana nak jawab soalan dalam buku ni…” Balasku
sekadar menutup gugup di hati.
“ Soalan
apa? Bak sini saya tengok…” Ujarnya sambil tangannya lantas menari buku di
hadapanku . Aku sedikit terkejut.
“ Eh, tak
apalah! Tak perlu..” Jawabku kalut. Aku cuba merampas buku itu balik namun
tanpa ku duga, aku terpegang tangannya. Dengan sepantas kilat aku melarikan
tanganku.
“ Sory..tak
sengaja…” kataku sepatah. Rizal sekadar tersenyum. Pipiku membahang panas.
Macam mana boleh jadi macam tu?
“ It’s
okay…” Balasnya.
“ Rizal,
saya mintak maaf. Saya minta diri dulu ye..” tuturku dalam kalut. Aku kena
pergi dari sini sekarang. Entah kenapa hatiku benar-benar tidak selesa bila
berhadapan dengan dia. Aku tak faham kenapa aku mesti rasa macam ni? Selama ni
aku tengok dia dari jauh je..tak ada pulak rasa apa-apa. Tapi kali ini…lain
macam je.
“ Tunggu la
dulu..cepatnya nak balik…” Rizal cuba menghalangku.
“
Tapi..tapi..saya..ada hal!” Tegasku.
“ Hal apa?”
“ Ada
lah..”
“ Penting
ke? Kalau tak penting, kita sambung study la dulu. Temankan saya boleh?” Pinta
Rizal bersungguh-sungguh. Nampak seperti betul-betul ikhlas mahu mengajakku.
Aku serba salah mahu menjawab.
“ Betul..saya
ada hal lah! Urgent!” Tegasku lagi.
“ Hal apa?
Cuba beritahu saya?”
“
Saya..saya..nak pergi Café..makan. Saya lapar..” jawabku cuba berdalih.
Mengharapkan kali ini Rizal melepaskan aku.
“ Lah,
pasal tu je ke? Ingatkan apa la yang
urgent sangat…Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau macam tu meh saya belanja
makan. Saya pun lapar jugak ni…” balas Rizal sambil tertawa kecil. Aku menggaru
kepala yang tidak gatal. Alahai, aku tersalah cakap ke?
“
Tapi..saya..”
“ Banyak
pulak awak punya tapi ek. Tak apa..jangan risau..nanti saya belanja awak ek…”
Pujuk Rizal lembut. Aduhh, apa aku nak buat ni? Berhadapan dengan mamat ni
boleh sesak jiwaku kalau lama-lama.
“ Awak tak
kisah ke makan dengan saya?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari bibirku.
“ Kenapa
pulak saya nak kisah?” Soalnya balik sambil mengerutkan kening.
“ Tak
adalah..nanti kan girlfriend awak jealous pulak tengok kita makan sekali .
Nanti tak pasal-pasal saya dapat tamparan maut dari girlfriend awak…” balasku.
“ Awak ni
kan, kelakar lah? Jangan risau okay..tak ada siapapun yang akan tampar awak..”
“ Manalah
tahu kan..”
“ Don’t
worry…orang macam saya ni mana lah ada girlfriend. Tak ada siapa yang nak…”
“
Tipulah..tak percaya!”
“ Betul
lah..buat apa nak tipu-tipu..dah lah. Jom kita pi café. Dah lewat ni..nanti tak
sempat makan pulak..” Balas Rizal menutup perbualan kami. Aku termangu. Boleh
percaya ke ni dia tak ada girlfriend? Orang handsome macam dia tak ada
girlfriend memang satu keanehan yang amat. Hurmm..mungkin dia saja nak
kelentong aku kot.
######################################
Semenjak
pertemuanku dengan Rizal di perpustakaan tempoh hari, dia semakin kerap
menegurku. Mula-mula aku segan jugak dengan dia tapi lama-lama aku mula boleh
menyesuaikan diri berkawan dengannya. Rupa-rupanya Rizal tak adalah pendiam
seperti yang aku sangka. Dia jenis yang banyak cakap jugak. Bukan setakat itu
je, Rizal merupakan antara pelajar yang paling pintar dalam kuliahku. Dia lah
yang banyak mengajar aku . Banyak yang aku belajar darinya termasuklah macam
mana mahu jangka soalan apa yang mungkin keluar. Kadang-kadang aku rasa
menyesal pulak kerana tidak berkawan dengannya awal-awal. Ye lah, dia tu bijak.
Kalau aku berkawan dengan dia dari dulu, mesti banyak ilmu yang aku dapat
darinya . Lebih-lebih lagi, aku ni bukan jenis yang suka baca buku sangat.
Tapi, kalau ada orang yang sudi mengajar, aku suka sangat. Lagi senang nak
faham.
“ Dila!”
Aku tersentak apabila tiba-tiba Rizal datang menyapa. Huh, kurus semangat!
Panjang umur mamat ni. Baru aku teringatkan dia.
“ Hish awak
ni kan. Bikin saya terkejut je. Tak reti nak bagi salam ke?” Soalku dalam
geram.
“
Ok..Assalamualaikum wahai cik Dila…,” balasnya sambil terus melabuhkan punggung
di bangku di hadapanku tanpa dipinta. Dia tersengeh hingga ke telinga. Aku
memandangnya hairan.
“
Hurmm..macam tu la. Waalaikumussalam. Ini yang awak happy sangat ni kenapa? Ada
apa-apa ke?”
“
Lah..salahke saya happy? Saya happy la dapat jumpa awak yang comel lote ni…” Gurau
Rizal tapi gurauan cukup membuatku pipiku tiba-tiba membahang panas.
“ E’eh awak
ni. Main-main pulak dia. Saya tanya betul ni…”
“ Lah…betul
lah saya cakap. Sehari tak jumpa and cakap dengan awak macam setahun je tau.
Bila dapat jumpa rasa best sangat!”
“ Ye lah
tu…” Balasku. Jauh di sudut hatiku amat menyenangi gurauan seperti itu.
“
Tengok..orang cakap tak nak percaya. Anyway, how are you today?” Soalnya ceria.
“ I’m fine
thanks..awak pulak?”
“ Not fine…”
balasnya . Keceriaannya sedikit mengendur.
“ Why?”
Soalku ingin tahu.
“ Sebab
saya rindu awak sangat-sangat…” jawabnya tanpa berlapik. Aku terkedu. Biar
betul mamat ni.
“
Awak..boleh tak jangan main-main. Dari tadi , tak pandai nak cakap benda betul.
Teruk la!” Marahku sekadar menutup debaran di hati.
“ Yelah..I
miss you so much. Sebab tu saya datang cari awak kat sini…Kenapa? Awak tak
rindu saya ke?” jawabnya dengan muka tak bersalah.
“ Entah..”
jawabku acuh tak acuh. Kedengaran dia ketawa.
“ Hish awak
ni..jangan la skema sangat. Saya acah sikit pun tak boleh…” Balasnya sambil
menyambung tawanya. Tengok! Dah agak dah mamat ni main-main je. Nasib baik aku
tak terperasan lebih.
“ Ooo awak
ni sengaja nak kenakan saya ek! Eii..teruk lah!”
“
Ok..ok..I’m so sorry okay. Actually hari ni saya happy sangat sebab kawan baik
saya dah balik Malaysia!” Akhirnya Rizal mengaku.
“ Owh ye
ke? Siapa?”
“
Adalah…Nanti saya kenalkan. So…,” kata-kata Rizal terhenti seketika.
“ So what?”
“ So, saya
nak mintak awak temankan saya jumpa dia esok. Boleh?”
“ Hah?
Teman awak keluar? Untuk apa?”
“
Lah..untuk awak temankan saya lah jumpa dia. Lepas tu kita jalan-jalan la.
Lagipun , sepanjang kita kawan, tak pernah kita keluar jalan-jalan kan?” Pinta
Rizal bersungguh-sungguh. Aku termangu. Hish, tak pernah aku keluar dengan
mana-mana lelaki sebelum ni. Segan lah aku!
“ Tapi
awak..saya seganlah…”
“ Ala..nak
segan apanya. Kawan baik saya tu ok la…Tak apa, kalau awak nak bawak kawan pun
tak apa…”
“ Betul ke
ni? Kalau saya bawak Wawa sekali boleh?” Soalku inginkan kepastian.
“ Boleh…no
problem. Asalkan orang yang teman saya keluar adalah awak. OK? “ Soal Rizal
lagi. Wajahnya berubah ceria balik.
“
InsyaAllah..tapi saya tak janji tau…” balasku teragak-agak. Sebenarnya aku
sendiri tidak pasti sama ada betul ke tak tindakan aku untuk menemaninya. Tapi,
bila dia cakap boleh bawak Wawa sekali, aku rasa lega sedikit. Tak apalah,
bukan selalu dapat keluar jalan-jalan . Semenjak semester akhir ni aku jarang
membuat aktiviti lain selain dari belajar. Maklumlah ‘final exam’ dah nak
dekat. Sekali sekala keluar me’release’kan tension apa salahnya kan?
#################################
“ Dila, kau
biar betul ni? Rizal ajak kau keluar?” Soal Wawa kuat sebaik sahaja aku
memberitahu dia soal semalam.
“ Iyer
la…betul la. Yang kau terkejut sangat ni kenapa?”
“
Jap..jap…Maksud kau Rizal Hakimi, budak lelaki tu?” Soal Wawa lagi inginkan
kepastian.
“ Ye wahai
cik Najwa. Kau nak aku cakap berapa kali ni? So, boleh tak teman aku?” Jawabku
malas. Dia seperti susah betul mahu mempercayai kata-kataku. Mungkin selama aku
berkawan dengan Rizal, dia jarang nampak aku dengan lelaki itu. Mungkin kerana
itulah , dia macam tak berapa nak percaya bila aku ajak dia teman aku keluar
dengan Rizal.
“ Kau ni
biar betul Dila…Weyh, macam mana tiba-tiba kau boleh rapat dengan dia pulak?
Kau tak cerita kat aku pun!” Wawa buat-buat marah.
“
Ok..ok..nanti aku cerita. Tapi nantilah. Yang penting sekarang kau kena teman
aku keluar dengan dia esok. Boleh?” Soalku lagi.
“ Kenapa
aku kena teman?”
“ Ish kau
ni Wawa..boleh tak jangan banyak tanya…So, boleh tak?” Rungutku.
“Boleh tu
boleh..tapi Rizal tak kisah ke aku kat situ? Tak mengganggu korang dating ke?”
“ Wawa! Aku
bukan dating la..Si Rizal tu ajak keluar je. Tu je…”
“ Ye lah
tu..tak kan ajak keluar saja-saja kot. Mesti ada maksud…” Teryata Wawa masih
tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“ Sebab dia
memang nak jumpa kau. Dia rindu sangat kat kau. Puas hati?” Jawabku geram.
Banyak tanya pulak minah ni.
“ Dila!
Betul ni? Eh aku tak percaya ni dia rindu aku. Dia syok kat aku eh? Bila lagi?
Dia tahu ke aku dah lama syok kat dia jugak? Dia tahu ke aku still single?”
Wawa tiba-tiba menjerit nyaring dan menghadiahkan soalan bertalu-talu. Hampir
je aku terjatuh dari katil.
“
Wawa..kokya pun janganlah excited sampai macam tu sekali!” Marahku.
“
Sory..sory..tapi aku happy sangatlah. Tak sangka dia rindu aku!”
“ Ha’ah ye
lah. Dah la..jom tidur. Esok kena bangun awal. Nanti Rizal datang ambil kita
jam 8.30 pagi. Kau jangan lambat pulak…”
“ Ok!”
Jawab Wawa penuh bersemangat. Dia mula tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Aku
menggeleng-gelengkan kepala. Wawa..Wawa..apa lah yang kau suka sangat dengan
mamat tu? Tak faham aku!
#############################
Aku serba
salah. Aku ingatkan rancangan semalam untuk mengajak Wawa menemaniku untuk
keluar dengan Rizal akan berjalan seperti yang dirancang tapi sebaliknya pula
berlaku. Wawa tiba-tiba menukar fikiran untuk pulang ke kampung hari ini jugak
sebab katanya kakak dia baru pulang dari UK hari ini. Aduhh..macam mana aku nak
buat ni? Awal-awal pagi lagi aku sudah SMS kepada Rizal yang aku jadi
mengikutnya keluar . Aku mundar-mandir
memikirkan perlu ke aku keluar jugak? Aku memerhatikan jam tanganku. Alamak
dekat jam 8.30 pagi sudah ni. Aku belum bersiap apa-apa lagi. Arghh!
Serabutnya! Wawa..kau ni kan memang tak boleh percaya la! Aku cepat-cepat
mendail nombor Rizal untuk membatalkan rancanganku.
“
Hello..Assalamualaikum Dila..” Suara Rizal bergema di hujung talian. Aku
tiba-tiba mati kutu. Eh, apa aku nak cakap ni?
“
Err..Rizal…saya nak cakap sikit boleh?” Soalku teragak-agak.
“ Lah,
cakap je la? Nak cakap banyak pun tak apa…” Balas Rizal sambil ketawa.
“
Sebenarnya..sebenarnya…sebenarnya…”
“
Sebenarnya apa?!”
“
Sebenarnya saya tak jadi keluar dengan awak!” Aku terjerit kecil apabila Rizal
tiba-tiba menyergahku.
“ Apa awak
cakap? Tak jadi keluar? Kenapa?” Soal Rizal . Kedengaran suaranya sedikit
kecewa.
“ Sebab
saya tak sihat…pening-pening sikit ni…” aku cuba berbohong.
“ Hah? Ye
ke? Kalau macam tu meh saya bawak awak pergi klinik, ok..” Soal Rizal cemas.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Eh, tak
apa..tak apa…sikit je peningnya ni..” Jawabku acuh tak acuh.
“
Dila..awak sakit tu. Mana boleh saya biar awak tak sihat macam ni. Risau saya
tau. Dah..dah keluar sekarang. Saya dah tunggu awak depan pagar rumah awak…”
balas Rizal. Mataku membulat dengan serta-merta.
“ Hah?!
Apa?! Awak dah ada kat sini?” Soalku
seakan tidak percaya. Aku terus mengintip di tepi tingkap melihat ke arah luar.
Sah! Rizal sedang menungguku dalam sebuah kereta Myvi hitam di luar pagar
rumahku. Alamak! Habislah aku!
“ Ye lah
awak…cepatlah bersiap. Saya nak bawak awak cepat-cepat pergi klinik. Nanti
kalau awak pengsan kat dalam tu siapa yang nak bertanggungjawab?”
“
Tapi..saya tak boleh!” Tegasku. Hatiku mula tidak keruan.
“ Tak boleh
kenapa pulak ni? Dah..dah jangan banyak songeh. Awak bersiap sekarang. Saya
tunggu awak kat sini ye…” jawab Rizal selamba lantas terus mematikan talian telefon.
Aku terkedu. Hatiku semakin serba salah.
Tiba-tiba
terdengar bunyi hon kereta beberapa kali dari luar. Aku mula kelam kabut. Dalam
terpaksa, aku mengagahkan diri juga untuk bersiap ala kadar. Hish..menyesal
aku! Kenapa lah aku tak beritahu dia awal-awal
semasa Wawa keluar rumah tadi? Kan dah susah sekarang!
##################################
“ Pandai
awak tipu saya ek?” Kata Rizal tidak berpuas hati setelah dia mengetahui aku
hanya berpura-pura sakit.
“ Bukan
saya sengaja tipu la..” Jawabku perlahan. Ah, malunya apabila dia betul-betul
bawak aku jumpa doktor tadi. Nyaris-nyaris aku disuntik ubat kat punggung . Nasib
baik aku sempat lari. Huh!
“ Tak
sengaja? Apa maksud awak?” Soal Rizal tidak mengerti.
“ Ermm..tak
ada apa-apa..”
“ Kenapa ni
Dila..awak tak suka keluar dengan saya ke?”
“ Eh, tak
lah…Cuma saya segan je..” Akhirnya aku berterus-terang.
“ Lah, tak
kan dengan saya pun nak segan? Kan kita selalu study sama-sama…” kata Rizal
lembut.
“ Study
sama-sama tak sama dengan keluar berdua. Semalam awak cakap nak ajak kawan baik
awak sekali..kenapa hari ni tak ada pun dia. Awak tipu saya ek?” Soalku cuba
mengujinya.
“ Mana ada
saya tipu..dia ada hal hari ni. So, dia tak dapat temankan saya. Tak apalah,
dia tak dapat temankan saya, awak boleh kan?”
“ Hish awak
ni, pandai je kelentong ek!” Marahku. Rizal hanya tertawa kecil.
“ Awak nak
bawak saya ke mana ni?” Soalku hairan apabila melihat dia keluar dari Pulau
Pinang melepasi jambatan panjang untuk ke Seberang Perai.
“ Jumpa
parents saya…” Jawab Rizal selamba.
“ Apa?!!”
Aku terkejut sakan mendengar jawapannya. Ketawa Rizal semakin kuat. Aku mula
berasa tidak sedap hati. Apa motif Rizal pulak ni?! Jumpa mak ayah dia? Biar
betul! Jantungku mula berdegup tidak sekata. Jawapan Rizal ini menimbulkan
seribu satu persoalan. Aku cuba bertanya berkali-kali padanya namun dengan
selambanya dia menjawab ‘biarlah rahsia’. Siot!
###########################################
Aku berasa
sungguh canggung sekali apabila tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan ibu bapa
Rizal. Tidak pernah terlintas pun di fikiranku Rizal akan buat sejauh ini.
Selama ini aku cuma berkawan je dengan dia, bukannya bercinta. Aku betul-betul
tak faham kenapa dia mesti ajak aku ke rumah orang tuanya? Aku betul-betul tak
faham. Mamat ni memang pelik lah.
“ Kamu ni
nama apa?” Soal Ibu Rizal tiba-tiba membuatkan aku sedikit tersentak. Dari tadi
lagi aku hanya berdiam diri apabila mendengar Rizal sedang berborak dengan ibu
bapanya.
“ Nama saya
Fadilla, orang panggil saya Dila je..” jawabku teragak-agak. Sungguh kekok
berhadapan dengan mereka.
“
Owh..cantik nama secantik orangnya. Pandai Rizal pilih girlfriend kan bang..”
balas Ibu Rizal sambil tersenyum. Lelaki di sebelahnya yang juga bapa Rizal
turut tersenyum. Girlfriend? Bila masa pulak aku jadi girlfriend dia?
“ Tengok
oranglah Umi…kalau anaknya handsome mestilah aweknya kena cantik…” Seloroh
Rizal tiba-tiba.
“ Tapi,
Abah handsome, kenapa abah tak boleh dapat perempuan cantik ye?” Abah Rizal
mula bersuara.
“ Oooo abah
ni kutuk Umi ke apa? Oh, jadi selama ni, yang abah cakap umi cantik tu tipu la
ye?” Balas Ibu Rizal .Satu cubitan ketam hinggap di perut suaminya.
“ Ouch
sakitla sayang…abah gurau jela…” Abah Rizal terjerit kecil.
“ Tula
abang, perasan sangat. Kutuk saya lagi!” Marah Ibu Rizal. Aku dan Rizal ketawa
serentak melihat telatah kedua ibu bapanya. Walaupun usia sudah menginjak
senja, namun kemesraan suami isteri masih jelas terpacar pada wajah mereka.
“ Dila asal
dari mana?” Soal Umi Rizal lagi.
“ Sabah mak
cik…” jawabku laju. Wajah umi dan abah Rizal tiba-tiba berubah riak. Mereka
kelihatan sedikit terkejut dengan jawapanku. Kenapa pulak ni? Aku salah cakap
ke?
“
Owh..Sabah…Belah mana tu?” Umi Rizal terus bertanya.
“ Belah
Kota Kinabalu mak cik…kat kawasan Likas..” jawabku jujur. Mereka
mengangguk-angguk serentak.
“ Wahhh
jauhnya Dila datang belajar ye….mak cik ingat Dila orang semenanjung. Ye lah,
slang cakap tak ada bunyi Sabah pun…” balas Umi Rizal sambil tertawa kecil.
“ Mestila
Umi..Dila ni dah dekat empat tahun dah duduk kat sini. Mestilah pandai cakap
bahasa kita…” sampuk Rizal.
“ Ish, tak
adalah. Bahasa Sabah dengan bahasa melayu lebih kurang sama je mak cik. Cuma
pelat bahasa baku je kat sana..” Kataku.
“
Yeke…..Susah la macam ni kan Umi…” Tiba-tiba Abah Rizal mencelah. Aku
mengerutkan kening tidak mengerti maksud abah Rizal.
“ Susah
kenapa pulak Abah?” Soal Umi turut hairan.
“ Ye
lah…kalau bakal menantu kita dok jauh sampai seberang laut, susahlah kita nak
jumpa besan kita nanti. Orang kata kalau nak cari pasangan tu, biarlah
dekat-dekat. Senang sikit. Kalau ada masalah, kita orang tua boleh tolong
selesaikan…” balas Abah Rizal. Kedengaran sedikit sinis. Aku masih tidak
memahami maksud kata-kata itu. Tapi entah mengapa aku sedikit terkilan dengan
ayat hujungnya.
“ Ish abah
ni…ke situ pulak dia…Tak apalah jauh. Dah memang jodoh anak kita dapat orang
jauh. Biarlah..asalkan ada rasa sayang…” Umi Rizal membantah.
“ Nak cari
jodoh tak semestinya kena cari orang jauh. Kahwin dengan orang jauh ni umi..tak
kekal lama. Tengoklah kawan-kawan abah. Kahwin dengan orang Sabah Sarawak.
Cantik tu memanglah cantik tapi tengok akhirnya bercerai berai jugak…” Abah
Rizal membantah keras.
“ Abah ni
kenapa? Nak sangat ke tengok anak kita bercerai-berai. Kita sepatutnya doakan
yang terbaik untuk dia. Lagipun Dila bukannya tak baik..baik. Cantik pulak tu…”
Tegas Umi Rizal.
“
Alah..orang kita pun lagi lawa dan jauh
lagi baik dari ni tau…” Abah Rizal masih tidak mahu mengalah.
“
Abah..Umi..kenapa ni? Dah la tu…Janganlah bergaduh depan Dila..malu Rizal tau!”
Getus Rizal. Rizal memandangku. Aku hanya menunduk. Apa maksud semua ini?
Kata-kata Abah Rizal cukup mengguris perasaanku. Tapi kenapa aku mesti sedih.
Aku dengan Rizal bukannya ada apa-apa. Aku cuma berkawan je dengan dia.
Bukannya bercinta. Kenapa Abah Rizal menghinaku sampai macam tu sekali.
“ Abah bukannya
apa Rizal. Abah memang tak suka orang dari Sabah Serawak ni. Perangai tak elok.
Muka je cantik!” Tegas Abah Rizal sedikitpun tidak menghiraukan perasaanku.
“ Tapi
Abah…”
“ Dah!
Jangan harap Abah akan restui hubungan kamu dengan budak ni. Dengar sikit cakap
abah. Jangan tengok luaran je…hati budi kena kenal betul-betul!” Abah Rizal
lagi cepat memintas kata-katanya.
“ Abah..tak
baik cakap macam tu depan tetamu kita!” Marah Umi Rizal tiba-tiba.
“ Pak
cik..mak cik! Dah la tu…pak cik dan mak cik jangan risau…sebenarnya saya dengan
Rizal tak ada apa-apa hubungan pun. Kami cuma kawan je. Tak lebih dari tu. Saya
tak pernah terfikir pun nak bercinta dengan dia apa lagi nak berkahwin dengan
dia. Kalau mak cik dan pak cik tak suka saya berkawan dengan Rizal tak apa..saya
boleh putuskan persahabatan dengan dia. Tapi janganlah hina kaum saya. Tak
semua orang Sabah jahat macam yang pak cik fikir…kami pun ada maruah kami
sendiri…macam orang semenanjung lah ,tak semuanya baik kan?” kataku sayu.
Kakiku laju melangkah keluar meninggalkan mereka yang terkebil-kebil di situ.
Biarlah dia nak cakap aku kurang ajar ke apa. Yang pastinya, hatiku berasa
sungguh sebak. Hina sangat ke aku? Kenapa Abah Rizal hina aku sampai macam ni
sekali? Apa salah aku? Kalau aku nak kahwin dengan anak dia memang patutlah dia
cakap macam tu. Tapi ini aku cuma berkawan je. Salah ke? Jijik ke?
“ Dila!
Tunggu!” Rizal menyahut memanggil namaku. Namun sedikitpun aku tidak berpaling
sebaliknya aku terus berlari meninggalkannya.
“ Dila!
Dengar dulu cakap saya!” Rizal melaung lagi. Dia cuba mengejarku namun aku
semakin menjauh. Aku cepat-cepat menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.
Tanpa berlengah masa aku terus menaiki teksi tersebut untuk pulang ke rumah
sewaku. Air mata hangat mula membasahi pipiku. Laungan Rizal langsung tidak aku
pedulikan. Argh, lantaklah! Aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan dia
lepas ni! Cukuplah hinaan yang ibu bapanya lontarkan kepadaku.
#####################
Sejak
peristiwa bertemu dengan ibu bapa Rizal, aku seboleh-bolehnya cuba mengelak
dari bertembung dengan lelaki itu. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Aku akan
mengotakan janjiku pada ibu bapanya untuk tidak berkawan dengannya. Aku tidak
mahu ibu bapanya kecewa dan kemudian menghinaku lagi. Setiap hari, aku akan dihujani
SMS dan mesej Watsapp dari Rizal namun satupun aku tidak membalasnya. Bila
bertemupun , aku buat tidak tahu je. Aku malas. Argh…lantaklah. Aku bukannya
ada apa-apa hubungan dengan dia pun. Buang masa je. Tapi, kadang-kadang hatiku
terdetik rasa rindu terhadap lelaki itu. Aku rindu saat-saat aku bersama
dengannya, saat-saat kami bergurau senda dan ketawa bersama. Ah, bodohnya
perasaan ini! Benci tapi rindu!
Namun, aku
cepat-cepat sedar diri. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang
‘full package’ macam Rizal tu. Ramai perempuan yang tergila-gilakannya termasuk
Wawa sendiri. Demi untuk melupuskan rasa rinduku terhadapnya, aku menghabiskan
kebanyakan masaku untuk mentelaah pelajaran. Aku harus fokus! Aku mesti
berusaha untuk mencapai impianku untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
semesta akhir ini. Aku akan berusaha untuk menjadi pelajar terbaik. Aku akan
buktikan yang orang dari kepulauan Borneo macam aku boleh sama naik dengan
orang semenanjung. Aku akan buktikan pada Rizal yang aku tak seperti yang ibu
bapanya anggapkan.
“ Dila..kau
ok ke tak ni?” Aku tersentak apabila Wawa tiba-tiba menegur.
“ Ok
je..kenapa?”
“ Tak
adalah, dari tadi aku tengok kau asyik pandang burger tu je. Kau nak makan ke
tak? Kalau tak nak makan bagi aku…” Balas Wawa. Baru aku perasan burger Zinger
KFC masih belum terusik dari tadi. Fikiranku melayang entah ke mana.
“ Ermm..kau
makan je lah. Aku tak ada selera la..” Jawabku malas. Entah kenapa aku
betul-betul tak ada mood sekarang. Walaupun peperiksaan sudah berakhir namun
hatiku langsung tidak berasa gembira.
“ Dila..kau
ni kenapa? Tak kan rindu si Rizal tu sampai tak nak makan kot? Kau biar betul!”
Wawa mula menyerkap jarang dan ternyata apa yang dikatakannya tepat sekali.
“ Hish, kau
ni kan memandai je ek. Tak habis-habis nak kaitkan aku dengan Rizal. Aku tak
sukalah!” Marahku tiba-tiba. Mendengar je nama Rizal, hatiku jadi tidak tenang.
“ Dila, kau
tak payah lah nak tipu aku. Aku dah kawan dengan kau dari zaman sekolah rendah
lagi Dila. Aku tahu, kalau kau suka someone kau akan jadi angau macam ni…”
“ Eh..mana
ada..mana ada aku angau!”
“ Habis tu
kalau tak angau apa? Meroyan?”
“ Wawa! Kau
ni kan saja nak kenakan aku ek?” Marahku. Tanganku pantas merayap mencubit
lengannya. Wawa lebih pantas mengelak sambil ketawa besar.
“ Ha! Betul
lah aku cakap! Kau rindukan si Rizal ek? Betul tak ? Betul tak?” Wawa masih
tidak puas menyakatku.
“ Tak la!”
Aku merengus geram.
“ Dah, tak
payah nak tipu aku. Kau tak mengaku pun aku tahu kau rindu dia kan? Tu lah kau,
yang kau tak nak layan dia tu kenapa? Jual mahal sangat. Kalau aku lah kan,
kalau Rizal terkejar-kejar kan, sukanya aku. Tapi sayanglah, aku bukan taste
dia…” Wawa dah mula lah tu..
“ Jual
mahal apa nya? Aku memang tak suka dialah! Kalau kau nak , kau ambil je lah!”
Rengusku. Wawa ni kan saja je nak memancing kemarahan aku.
“ Betul ni?
Aku ok je..pucuk dicita ulam mendatang…” balas Wawa sambil mengenyitkan mata.
Aku membuang pandang. Ah, kenapa aku berasa sakit hati sangat bila Wawa cakap
macam tu.
“
Ehem..Assalamualaikum…dah lama tunggu?” Aku terkejut beruk apabila tiba-tiba
Rizal yang datang entah dari mana muncul di hadapanku. Aku terpinga-pinga. Eh,
macam mana mamat ni boleh ada kat sini? Aku bermimpi ke? Aku terus memandang
Wawa di sebelahku. Dia hanya tersengeh macam kerang busuk sambil menghadiahkan
isyarat ‘peace’ padaku. Wawa! Ini mesti kerja Wawa! Memandai je jemput Rizal
datang sini! Aku mula masam mencuka.
“ Tak
adalah lama sangat. Baru je..” Jawab Wawa selamba tanpa menghiraukan
jelinganku.
“
Yeke..sory lah. Jalan jam sikit tadi…” balas Rizal . Matanya sempat menjeling
ke arahku. Aku melarikan pandangan. Jantungku mula berdegup kencang. Tidak tahu
kenapa.
“ Eh, tak
apa lah. Kami tak kisah pun. Tapi si Dila la ni , dari tadi lagi angin. Saya
pun dah tak tahu nak pujuk macam mana…” kata-kata Wawa cukup membuatkan mataku
membulat. Pandai je buat cerita!
“ Lah
yeke…tak apa saya tahu macam mana nak pujuk dia…” Kata Rizal sambil mengeyitkan
mata padaku. Aku buat-buat tak dengar.
“
Aduhh…alamak!” Aku tersentak apabila Wawa tiba-tiba menjerit.
“ Kau ni
kenapa Wawa?” Soalku hairan. Apa hal pulak dengan minah ni?
“ Aku sakit
perut la weyh..aku nak pi toilet dulu ek…Sory…” Rungut Wawa. Dia cepat-cepat
meninggalkan kami berdua tanpa sempat aku cakap apa-apa. Aku mula tidak senang
duduk. Alamak! Sekarang hanya tinggal aku dengan Rizal je di penjuru kedai KFC.
Siot kau Wawa. Aku tahu kau sengaja buat aku macam ni kan?! Aku menjerit di
dalam hati. Hatiku semakin tidak keruan apabila Rizal memerhatikan segenap inci
wajahku tanpa berkelip. Aku betul-betul rimas!
“ Kenapa
tak jawab call dengan mesej saya?” Soal Rizal dengan nada serius. Wajahnya
berubah tegang. Dia masih memandangku tajam.
“ Buat apa
nak jawab. Tak pentingpun…” jawabku malas.
“ Tapi tu
penting buat saya!”
“ Awak
jangan nak buat lawak lah. Tak lucu pun. Saya dengan awak bukannya ada apa-apa
hubungan pun!” Balasku geram.
“ I’m
serious okay!” Marahnya. Aku terdiam, sedikit terkejut dengan kata-katanya yang
agak keras kedengaran.
“ Kalau
awak marah saya pasal umi dan abah saya hari tu..okay..I’m so sorry. Saya
sendiri pun tak sangka diorang akan cakap macam tu depan awak. Tapi percayalah,
saya tak pernah anggap awak macam tu…” Kata Rizal separuh merayu.
“ Tak
apalah awak..saya tak kisah pun. Saya sedar siapa saya. Saya bukan
siapa-siapapun bagi awak. So, tak perlu lah awak nak mintak maaf…” balasku
sinis.
“ But…you
are someone for me!” Aku terkedu mendengar kata-kata Rizal.
“ What do
you mean?” Soalku kurang mengerti.
“ You are
really special girlfriend for me…susah saya nak cari perempuan macam awak di
dunia ni…” Kata Rizal lembut. Aku mengerutkan kening, masih tidak mengerti maksud
semua ni.
“ Sorylah
Rizal, saya tak ada masa nak dengar madah awak kat sini…We are nothing!”
“ Awak
silap la Dila. Awak pernah tak rasa apa yang saya rasa? Awak pernah rasa macam
mana perasaan saya bila awak bersama dengan saya?” Soalnya mendayu-dayu. Aku
terkedu.
“ Awak tahu tak? Bila saya bersama awak, lihat
awak senyum,dengar awak ketawa,jalan-jalan dengan awak..saya rasa bahagia
sangat. Tak pernah saya rasa macam ni bila bersama dengan perempuan lain. Awak
seolah-olah memberi cahaya yang bersinar ketika saya sedih. Awak sentiasa beri
saya semangat bila saya down. Awaklah segala-galanya bagi saya. Saya tak
sanggup kehilangan awak Dila…”
“
Rizal..apa motif awak cakap macam ni?” Soalku dengan suara sedikit bergetar.
Sungguh..kata-kata manis itu berjaya menusuk jauh ke dalam hatiku.
“ Saya
cintakan awak Dila…Sudikah awak jadi kekasih hati saya? ” Jawabnya sepatah tapi
cukup untuk membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Benarkah apa yang aku dengar
ni? Rizal cintakan aku? Aku tak bermimpi kan? Jadi betul lah selama ini Rizal
menganggap aku lebih dari seorang kawan?
“ Rizal..”
Aku kehilangan kata.
“ Awak tak
perlu cakap apa-apa sekarang. Yang pasti, saya nak awak tahu yang saya cintakan
awak sangat-sangat….One day..saya nak awak jadi permaisuri hidup saya…”
Sambungnya lagi.Lidahku semakin kelu, tidak tahu mahu cakap apa lagi.
################################################
Aku
termenung sendirian. Pertemuanku dengan Rizal masih bermain-main di fikiranku.
Betul ke apa yang dia cakap tu? Dia cintakan aku? Atau dia sekadar bergurau?
Tapi, aku cintakan dia ke? Perlu ke aku terima dia sebagai kekasih hati? Mungkinkah
perasaanku padanya selama ini sebenarnya lebih pada seorang kawan? Bila bersama
dengannya aku rasa gembira dan bahagia sangat tapi bila berjauhan darinya atau
tidak melihatnya dalam masa cuma satu hari, tapi cukup untuk membuatkan aku
begitu merinduinya. Aku keliru dengan perasaanku sendiri. Tak pernah aku berasa
begini terhadap mana-mana lelaki. Selama ni pun mana lah pernah aku bercinta .
Kalau setakat kawan-kawan biasa tu ramai lah.
“ Oit mak
cik! Berangan je ek kerja kau!” Aku tersentak apabila Wawa tiba-tiba
menyergahku.
“ Ish kau
ni kan Wawa…selalu buat aku terkejut je. Kalau aku ni ada lemah jantung, dah
lama mati katak tau!” Marahku sambil mengurut dada.
“ Aku dah
bagi salam la mak cik. Kau tu yang tak dengar. Tahulah sekarang dah ada
boyfriend kan…sampai aku masuk bilik kau pun kau tak perasan…” Sindir Wawa.
“ Boyfriend
apa? Mana aku ada boyfriend…mengarutlah kau ni!”
“
Dah..jangan kau nak sorok dari aku. Aku dah tahu dah, Rizal propose kau kan
masa kat KFC hari tu? Betul kan? Kan? Kan?” Wawa mula menyerkap jarang. Wajahku
mula membahang panas. Alamak minah ni dengar ke apa Rizal cakap hari tu?
“ Heh, kau
ni memandai je…aku dengan dia tak ada apa-apa lah! Kami cuma kawan je…” aku
cuba berbohong.
“ Dila…kau
ni kan memang tak pandai berlakon la. Tengok muka kau pun aku dah tau, kau
memang dah lama syok kat dia kan?” Wawa terus menduga.
“ Mana ada!
Tak kan aku nak kacau putera pujaan kau tu…kang tak pasal-pasal aku kena
penampar jepun dari kau..” kataku sekadar berseloroh.
“ Alah
alasan je tu…aku tak kisah pun sebenarnya kau suka dia..Aku bukan suka dia
sangat pun…saja je..” Balas Wawa sambil ketawa. Aku memandangnya hairan. Aik,
selama ni bukan main lagi dia dok puja si Rizal ni.
“ Kau ni
jangan buat lawak la Wawa. Yang hari-hari kau cerita dekat aku pasal Rizal tu
kenapa? Tu namanya kau pun syok kat dia kan?” Soalku .
“ Kau ni
memang lurus bendul lah! Aku saja je cerita pasal Rizal kat kau supaya kau syok
kat dia..Lagipun si Rizal ada mintak tolong aku…” Jawab Wawa selamba.
“ Mintak
tolong kau? Tolong untuk apa pulak ni?” Soalku hairan.
“ Tolong
pikat kau…sebenarnya mamat tu dah lama suka kat kau cuma kau je yang jual mahal
selama ni. Kau sepatutnya berterima kasih tau sebab aku dah berjaya jodohkan
korang berdua tau…” jawab Wawa dengan penuh bangga. Mataku membulat.
“ Wawa! Jadi
selama ni kau dah tahu lah hubungan aku dengan Rizal?!” Soalku kuat.
Betul-betul terkejut dengan jawapan Wawa yang tak pernah terfikir dalam
fikiranku.
“ Yes my
dear! Baik kan aku!” Balas Wawa sambil tersengeh macam kerang busuk.
“ Kau ni
jahatlah!” Marahku. Aku terus melemparkan bantal kecil padanya. Wawa pantas mengelak sambil ketawa kuat. Kurang
asam kau Wawa!
###################################
‘ Salam
Dila..’
‘Awak
sihat?’
‘Malam ni
awak pergi tak graduation night dinner?’
‘Kalau
boleh lepas majlis tu saya nak jumpa awak, boleh’
‘Saya harap
awak sudi jumpa saya malam ni…’
‘I miss you
Dila…miss you so much…’
Aku membaca
berkali-kali mesej Watsapp dari Rizal yang baru aku terima beberapa minit yang
lalu. Jariku bermain-main di skrin handphone tidak tahu mahu jawab macam mana.
Sampai sekarang aku masih belum memberi kata putus terhadap lamarannya tempoh
hari. Entahlah, aku masih keliru dengan perasaanku sendiri. Perlu ke aku jumpa
dia lepas malam graduasi untuk fakulti kami malam ni ? Tapi, hanya ini lah
peluang aku boleh bertemu dengannya sebelum aku berangkat pulang ke Sabah,
kampung halamanku. Lepas ni tak tahu bila lagi boleh bertemu dengannya. Sudah
pastinya lepas ni, aku akan merinduinya . Ah, peliknya perasaanku ini. Bila
dekat di mata, tak rasa apa-apa tapi bila jauh di mata mula lah nak teringatkan
dia!
“ Dila!!
Lama lagi ke kau nak bersiap? Kita dah lewat ni!” Laungan Wawa dari luar
bilikku yang diselangi ketukan bertalu-talu pada pintu bilik membantutkan
lamunanku.
“ Ye!
Sekejap lagi aku siap!” Jeritku.
“ Cepat
sikit mak cik! Aku tunggu kau kat bawah ye!” Balas Wawa lagi.
“ Baik
boss!” Jawabku laju. Dengan kelam kabut aku menyarungkan tudung pada kepalaku.
Aku cuma bersiap ala kadar untuk ke ‘graduation night dinner’ yang diadakan di
salah sebuah hotel di Pulau Pinang . Aku
sekadar mengenakan jubah moden berwarna pink bercorak bunga merah dengan tudung
bawal berwarna putih. Tak pandai aku nak melaram lebih-lebih. Tak apalah tak
nampak cantik atau elegan, janji menutup aurat. Tanpa berlengah masa, aku terus
turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan Wawa .
############################
Suasana
majlis malam graduasi untuk pelajar-pelajar USM Fakulti Kejuruteraan
berlangsung dengan begitu gilang-gemilang sekali. Pelbagai persembahan menarik
yang dipersembahkan oleh pelajar jurusanku dan juga jurusan lain. Ada
persembahan nyanyian, tarian, persembahan dikir barat, pertunjukan fesyen dan
macam-macam lagilah. Sedikit sebanyak aku dapat menghiburkan hati dan
melepaskan segala penat lelah setelah empat tahun bertungkus-lumus untuk
memegang segulung ijazah kejuruteraan. Tak sia-sia aku datang belajar jauh-jauh
. Sesungguhnya USM meninggalkan kenangan manis buatku sepanjang aku bergelar
pelajar di universiti ini.
Namun, aku
rasa ada satu je yang kurang dalam majlis ni. Dari tadi, aku tak nampak Rizal.
Dalam diam, aku melilau untuk mencari kelibatnya namun tidak kelihatan. Aku
hairan. Tadi cara dia mesej aku macam dia nak datang. Atau, dia merajuk
denganku kerana aku tidak membalas mesejnya? Hatiku jadi tidak keruan. Ah,
sesungguhnya jauh di sudut hatiku mengharapkan kehadirannya dalam majlis ini.
Aku ingin bertanya Wawa tapi malu. Akhirnya aku mendiamkan diri walaupun hatiku
meronta-ronta ingin tahu di mana Rizal sekarang?
“ Ladies
and gentleman..sekarang ni kita ada satu persembahan khas dari rakan kita.
Beliau akan menyampaikan sebuah lagu untuk kita semua…Terimalah Rizal Hakimi
untuk naik ke pentas sekarang!” Aku tersentak apabila pengacara majlis
tiba-tiba melaungkan nama Rizal. ‘Ballroom’ meriah dengan tepukan gemuruh dari semua
orang yang hadir. Mataku terus terpaku kepada seorang lelaki yang sedang menuju
ke tengah pentas. Orang itu tampak begitu segak dengan pakaian kasualnya ,
berkemeja putih dan bersut hitam labuh. Satu selendang kecil berwarna putih
dililitkan pada lehernya . Aku terpegun. Dari jauh nampak seperti pelakon korea
je. Dan, orang itu adalah Rizal! Orang yang aku cari-cari dari tadi.
“ Pada hari
yang cukup bermakna ini, saya ingin sampaikan sebuah lagu khas untuk seseorang
yang sentiasa berada di dalam hati saya…Saya ingin dia tahu yang saya sangat
cintakan dia sampai ke akhir hayat saya. I love and miss you so much baby….”
Ucap Rizal. Matanya menghala ke arahku yang berada betul-betul di hadapannya .
Sorakan mula bergema dari penonton. Aku buat-buat berpaling ke arah lain. Aku
tak rasa orang yang dia maksudkan itu adalah aku!
“ To Miss Nur
Fadilla …terimalah lagu yang saya tujukan khas untuk awak….Saya nak awak hayati
betul-betul lagu ni..Terimalah…Sedetik Lebih…,” aku tersentak apabila Rizal
menyebut namaku. Aku terus berpaling ke arahnya. Wawa tiba-tiba menyikuku
sambil tersengeh. Semua orang menjeling ke arahku. Aku tertunduk. Ah, malunya!
“ Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu “
Rizal mula
menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dengan penuh syahdu
.Suaranya cukup sedap dan mantap . Alunan lagu yang mendayu-dayu cukup
membuatkan jiwa wanitaku bergetar hebat. Jantungku mula berdegup kencang.
Matanya masih tidak lekang dari memandang wajahku.
Tanpa aku
duga, Rizal berjalan turun dari pentas dan berjalan menuju ke arahku dengan
membawa sejambak bunga ros segar . Sambil meneruskan nyanyiannya dia
menghulurkan bunga Ros tersebut kepadaku. Hatiku mula tidak keruan. Kini, aku
menjadi tumpuan semua orang yang ada di ‘ballroom’ ini.
“ Ambik je
lah bunga tu!” Bisik Wawa tiba-tiba. Aku mula tidak senang duduk apabila Rizal
masih tidak berganjak dari situ. Matanya memandangku dengan penuh berharap. Mengharapkan
bunganya disambut olehku. Kerana tidak tahan diri menjadi tumpuan ramai, aku
teragak-agak menyambut bunga tersebut. Satu kenyitan manja Rizal hadiahkan
padaku. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain. Setelah itu Rizal
perlahan-lahan naik semula ke pentas dan meneruskan nyanyiannya. Ya Allah…aku
sedang bermimpi ke ni? Air mata terharu mula bergenang di kelopak mataku. Terasa
diri ini seperti di awang-awangan . Oh, sungguh indah perasaan ini. Langsung
tidak sangka Rizal akan membuat kerja gila macam ni semata-mata untuk
mendapatkan cintaku!
“ So sweet!”
Bisik Wawa lagi sambil merangkul erat bahuku. Aku tersenyum kelat. Lidahku
kelu. Susah mahu gambarkan perasaanku ketika ini.
################################
“ Terima
kasih awak sebab sudi jumpa saya…” kata Rizal sebaik sahaja dia datang
menemuiku di luar hotel selepas ‘graduation night’ tersebut.
“
Sama-sama..” jawabku ringkas. Sungguh mukaku terasa tebal sangat. Malu. Malu
untuk bersua dengannya kini.
“ Dila…”
Panggilnya lembut cukup untuk membuatkan hati wanitaku bergetar lagi. Oh,
tidak!
“ Ye..”
balasku sekadar tenggelam di kerongkong.
“ Awak
sihat?” Soal Rizal . Matanya yang redup sedang merenung wajahku tanpa berkelip.
“ Sihat,
awak?”
“
Alhamdulillah..saya akan sihat bila bersama dengan awak…” Balasnya sambil
tersenyum manis. Jantungku mula bergerak tidak sekata.
“ Ada apa
awak nak jumpa saya ni?” Soalku sekadar mengalih topik. Segan bila berduaan
begitu dengannya.
“ I just
miss you so much…salah ke saya nak jumpa dengan orang yang saya rindui selama
ni?” Soalnya kembali. Aku terkedu.
“ Tapi..saya..saya..”
“
Dila..sudikah awak jadi kekasih hati saya hingga akhir hayat saya? Saya janji
akan jaga cinta kita sampai mati…” Soalan Rizal cukup membuatkan lututku terasa
lemah.
“ Awak
betul-betul ikhlas ke cintakan saya?”
“
Dila..awak tak patut tanya soalan tu pada saya…Sebab saya teramat cintakan awak
lebih pada diri saya sendiri..Awaklah wanita yang benar-benar berjaya mencuri
hati saya sejak saya mengenali awak. Tak pernah ada wanita yang boleh buat saya
rasa bahagia sangat macam sekarang ni…” Balas Rizal dengan ayat mendayu-dayu. Aku terdiam seketika. Tiba-tiba kehilangan
kata untuk berbicara.
“ So,
sudikah awak terima cinta saya? Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?” Soalnya
lagi apabila aku masih berdiam diri.
“ Ye
Rizal..saya boleh terima cinta awak…I love you too..” jawabku malu-malu. Pipiku
membahang panas apabila mengungkapkan kata-kata itu. Wajah Rizal berubah ceria.
“ Is’t
true?! Thanks Dila…I love so much!Much more than everything!” Rizal bersorak
riang tiba-tiba membuatkan aku tersentak.
“ But…”
“ But what?”
“ Untuk
terima lamaran awak untuk jadi permaisuri hidup awak..saya perlukan masa untuk
fikir. Saya rasa masih terlalu awal untuk kita bincang soal tu. Kita belum
kenal diri masing-masing betul-betul lagi kan?” Kataku ikhlas. Sungguh terlalu
awal untuk aku mengikat diriku sebagai isteri memandangkan aku baru saja habis
belajar.
“ Ok no
problem my dear! Berapa lama awak perlukan masa? Setahun? Dua tahun? Tiga
tahun?”
“ Sampai
saya betul-betul sedia nak terima awak sebagai suami awak lah…”
“ It’s okay
my princess Dila…saya sanggup tunggu awak sampai akhir hayat saya asalkan awak
sudi jadi kekasih hati saya buat selamanya. Thank you Dila..Thank you very
much!!” Jawab Rizal laju. Aku tergelak kecil . Kelakar lah Rizal ni.
Bersemangat sungguh.
“ Saya pun
nak ucapkan thanks jugak..” balasku.
“ Sebab?”
“ Sebab
sudi nyanyikan saya lagu Sedetik Lebih untuk saya tadi. Saya suka sangat. Suara
awak sedap sangat..” pujiku ikhlas. Rizal mula tersengeh.
“ Mestilah
sedap! Kalau saya masuk Anugerah Juara Lagu, mesti si Hafiz dengan Anuar Zain
menangis dengar suara saya tau!”
“ Kenapa
pulak?”
“
Yelah..sebab suara saya ni paling sedap di dunia tau. Hanya orang-orang
tertentu saja boleh dengar..”
“ Eiii
perasannya!” Jeritku sambil memukul lembut bahunya dengan tas tanganku. Tawa
kami meledak serentak. Rizal ni memang nakal lah!
########################################
Kini sudah
genap dua tahun aku meninggalkan zaman
kampusku. Kini aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu. Kerja
dekat rumah, senang sikit mahu jenguk-jenguk ibu bapaku yang kedua-duanya sudah
tua.
Cuma,
masalahnya sekarang, kini, aku sudah susah mahu berjumpa Rizal. Ye lah,
sekarang ni dia bekerja di Kuala Lumpur.
Namun begitu, kami tetap berhubungan sama ada melalui Watsapp atau
Facebook. Hubungan cinta kami makin lama makin mekar . Walaupun Rizal tidak
pernah datang melawatku di Kota Kinabalu , namun dia sentiasa mengirimkan aku
pelbagai hadiah dan buah tanganku untukku dan kadang-kadang untuk keluargaku.
Sungguh, Rizal seorang lelaki yang bertanggungjawab dan amat penyayang. Aku
sungguh bahagia bersama dengannya. Ibu bapaku juga mengetahui status hubungan
kami dan mereka menerimanya dengan baik sekali. Selalu juga mereka memintaku
membawa Rizal berjumpa dengan mereka, tapi nak buat macam mana. Bukan senang
Rizal mahu datang Sabah. Asyik sibuk je.
Namun, aku
tidak pasti kenapa. Sejak beberapa bulan ini Rizal sudah jarang menghubungiku.
Sibuk kah dia? Atau, dia sudah malas mahu melayanku? Aku mesej dia pun, dia
sudah pandai tidak membalasnya. Biasa laju je Rizal jawab . Ruangan Facebooknya
pun sudah lama tidak di’update’. Dia
seolah-olah cuba menyepikan diri dan menjauhkan diri dariku. Setiap kali aku ‘call’
dia, selalu dia tidak mengangkat . Aku terasa sangat pelik dengan perubahannya
yang semakin hari semakin jelas. Tapi, sebolehnya aku cuba bersangka baik.
Agaknya mungkinlah dia sibuk. Ye lah, sekarang dekat hujung tahun, mestilah
banyak kerja perlu disiapkan sebelum masuk tahun baru. Aku harap sangkaanku
betul lah. Hanya gambar-gambar kenangan masa di kampus dan gambarnya di
Facebook saja yang menjadi pengubat rindu di hatiku. Rindu dan cintaku kini
hanya untuk dia. Tiada lelaki lain yang boleh mengganti tempatnya di hatiku.
“ Dila! Are
you okay?” Soal Syaril , rakan sekerjaku tiba-tiba.
“ Okay je..kenapa?
Nampak aku tak okay ke?” Soalku kembali.
“ Tak
adalah..dari tadi aku tengok kau termenung je…teringatkan boyfriend ke?” Syaril
cuba menyakat.
“ Eh , tak
lah! Mana ada!” Marahku sekadar menutup malu.
“ Dah kau
jangan nak tipu aku. Itu apa? Hari-hari aku nampak kau bukak facebook dia…rindu
sangat ek?” Soal Syaril menduga dan dugaannnya tepat sekali. Aku cepat-cepat
menutup laman facebooknya. Malu aku bila Syaril perasan.
“ Tak
adalah! Kau jangan nak mengarut ok!” Balasku.
“ Tak nak mengaku lah tu. Dari kau tengok muka
dia, baik kau tengok muka aku. Lagi handsome! Easily available di mana-mana je
untuk kau…” Syaril mula berseloroh.
“ Ehh..kau
jangan nak berangan lebih-lebih. Walaupun kau lagi handsome dari dia, tapi dia
lagi tak poyo dari kau tau..”
“ Aku bukan
poyo..aku gentleman. Lelaki macam aku ni tak kan biarkan awek aku sedih-sedih
tau…”
“ Banyak
lah kau punya gentleman. Mengacau anak orang je kerjanya…” balasku.
Sesungguhnya Syaril ni jenis yang suka menyakat orang terutamanya perempuan muda
yang belum kahwin macam aku ni.
“ Alah, gurau
sikit pun tak boleh…Bukan apa…aku kesian dengan kau je…”
“ Kesian
pasal apa pulak? Aku bukannya sakit…” Soalku hairan. Syaril ketawa kecil.
“ Tak
adalah…sebab kau kata kau ada boyfriend, tapi sampai sekarang aku tak pernah
nampak batang hidung dia datang sini…pelik lah!” Balas Syaril. Dia mengerutkan
kening seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“ Itulah
namanya cinta jarak jauh Syaril. Jauh di mata..tapi dekat di hati..” balasku
sambil tersenyum.
“
Masalahnya aku tengok kau ni, bukan setakat jauh di mata..tapi jauh di telinga
jugak..Bukan dia sekarang dah jarang ke contact kau? Entah-entah dia dah ada
perempuan lain tak? ” Soalan Syaril cukup membuatkan darahku menyirap.
“ Syaril!
Kau ni boleh tak jangan fikir bukan-bukan. Dia tak contact aku sebab dia sibuk
je. Kau jangan nak buat andaian yang tak betul! Kau saja ek nak sakitkan hati
aku!” Marahku.
“
Okay..okay Cik Dila…maafkan aku. Aku gurau je lah. Janganlah emosional sangat…”
kata Syaril sambil ketawa. Hish..mamat ni kalau tak menyibuk hal aku dalam satu
hati tak boleh ke?
“ Dah lah!
Malas aku nak layan kau!” Marahku lagi sambil terus berlalu dari situ.
“ Lah..tak
kan pasal tu pun nak marah Dila..Chills la..aku gurau je ba…” Sambung Syaril
lagi namun aku malas dah mahu menjawab. Langkahku terus laju untuk ke tandas
berdekatan. Itulah Syaril, lelaki berasal dari Johor Bharu tapi dia menetap di
sini dengan keluarganya sejak zaman sekolah menengah lagi. Ibunya orang Ranau,
bapanya orang Johor. Kira dia dah jadi orang Sabahan la. Dia juga merupakan
kawan satu tempat kerja denganku . Aku kenal dia sejak mula-mula aku bekerja di
sini. Perangainya memang agak ‘busy body’ dan suka menyakat tapi yang bagusnya
dia suka tolong aku kalau ada banyak kerja-kerja yang tak siap. Cuma,
kadang-kadang mulutnya terlalu ‘laser’ sampai boleh menyakitkan hati aku. Huh!
#################################
“
Dila..hujung minggu ni kau free tak?” Soal Syaril . Aku sedang enak makan nasi
ayam penyek di restoran yang berdekatan dengan tempat aku bekerja.
“ Free je.
Kenapa?” Soalku sambil meneruskan kunyahanku.
“ Nak join
kitaorang pergi jalan-jalan kat Kundasang ke? Lepas tu boleh kita round-round
pi tengok Gunung Kinabalu…” Ajak Syaril. Aku berfikir sejenak.
“ Siapa
lagi yang ikut?” Soalku ingin tahu.
“ Geng-geng
office kita la. Suraya, Mamat, Liza, Mael dan aku. Saja nak keluar release
tension. Lagipun tak pernah kita keluar jalan-jalan sama-sama kan?”
“ Tapi, aku
tak larat lah. Aku ingat nak rehat je hujung minggu ni…”
“ Ala
Dila..jomla join kitaorang…Rugi tau kalau tak ikut . Bukan selalu kita boleh
macam ni…” Kata Syaril separuh merayu.
“ Aku ada
hal lah Syaril..” aku cuba berbohong. Sebenarnya aku memang tak ada mood mahu
ke mana-mana sekarang. Semenjak Rizal semakin dingin denganku, hidupku aku
rasakan langsung tidak bermakna. Aku seolah-olah hilang cahaya dalam hidup. Aku
tak tahu kenapa Rizal buat aku macam ni? Mana janji dia untuk tidak menyakiti
hatiku? Mana janji dia untuk setia denganku sampai mati? Adakah dia cuma mahu
mempermainkan perasaanku selama ini? Sungguh..demi Tuhan, hatiku teramat sakit
kini bila semua mesej yang aku hantarkan padanya langsung dia tidak balas.
Seolah-olah aku seorang je yang rindukannya. Aku sedih sangat.
“ Dila..aku
tengah cakap dengan kau ni! Sempat lagi kau berangan ek..” Aku kembali ke alam
nyata apabila Syaril menegurku.
“ Hurmm…kau
cakap apa dah tadi?”
“
Tengok..tak fokus apa aku cakap. Kenapa ni Dila? Kau ada masalah ke?” Soal
Syaril bersungguh-sungguh ingin tahu.
“ Aku okay
la…” Jawabku acuh tak acuh.
“ Ye lah tu
okay. Aku tahu kau tengah stress sebab boyfriend kau tak layan kau sekarang
kan? Sebab tu aku ajak kau pergi Gunung Kinabalu..kasi hilangkan stress tu…”
“ Tapi, aku
malas nak panjat gunung…”
“
Lah..bukan kita nak panjat gunung pun. Kita jalan-jalan kat kaki gunung dah la…ambil
angin sikit..” Syaril masih tidak puas memujukku.
“
Erm..nantilah aku fikir. Sekarang ni, aku nak habiskan ayam penyek ni, lepas tu
sambung kerja. Dekat jam 2 ptg dah ni..nanti lambat masuk..bos kita marah
pulak!” Tegasku cuba mengalih topik. Syaril kalau dah mendesak susah nak kata
tak nak.
“ OK! Tapi aku
akan pastikan kau ikut kitaorang hujung minggu ni..Nanti tepat jam 8 pagi, aku
ambil kau kat rumah ok!” Tegas Syaril pula.
“ Eheh..mana
aci paksa aku! Kan aku cakap nanti aku fikir dulu!”
“ No! Tak
payah fikir-fikir…aku tetap mahu kau pergi jugak!”
“ Kau ni
kan…” Aku kehilangan kata. Aku memandangnya geram. Syaril ni kan..saja je nak
kenakan aku ek!
##########################
Hari Sabtu
ni, seperti yang dirancang, jam 8 pagi Syaril sudah terpacak di hadapan rumah
sewaku. Dengan rasa terpaksa aku menurutnya untuk pergi bersiar-siar di sekitar
Gunung Kinabalu yang terletak berhampiran dengan Kundasang. Rakan-rakan satu
tempat kerjaku yang lain juga turut menyertai kami. Kami konvoi beramai-ramai
ke sana. Cuma aku menaiki kereta Syaril berdua kerana masing-masing membawa
pasangan masing-masing. Cuma kami berdua je yang tiada pasangan.
Mula-mula
kami melawat Taman Negara Kinabalu. Kemudian singgah sekejap di ‘Desa Cattle Farm’ yang terdapatnya
lembu-lembut tenusu dari jenis Friesians . Udara di sini begitu sejuk,
bersih dan segar. Dari sini sudah boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang
cukup indah. Sudah lama aku tidak berjalan-jalan ke sini sejak aku habis
sekolah menengah. Ternyata tidak banyak perubahan di sini yang aku dapat kesan
kecuali jumlah lembu tenusu yang semakin bertambah.
Akhirnya kami tiba di sekitar kaki Gunung Kinabalu. Sejuknya
rasa. Kebetulan hari ni agak mendung, jadi berkuranglah suhu sekitar .
Lebih-lebih lagi aku terlupa mahu mebawa baju sejuk. Kelam kabut tadi. Macam
mana jugak. Si Syaril ni datang awal sangat jemput aku.
“ Sejuk?” Soal Syaril tiba-tiba.
“ Sejuk jugak lah…Aku lupa pulak nak bawak baju sejuk…”
jawabku dengan suara menggeletar. Aku berpeluk tubuh. Hidungku terasa sejuk.
“ Pakailah jaket saya dulu…” Kata Syaril lembut sambil
menyarungkan jaketnya di bahuku. Aku tersentak.
“ Eh, tak apa lah..nanti awak sejuk pulak…” Aku menolak
lembut jaket pemberiannya.
“ Tak apalah..pakai je lah…Saya dah biasa tinggal tempat sejuk..Dulu kan saya belajar
kat Scotland. Hari-hari sejuk…” balasnya sambil tersengeh. Aku teragak-agak
mengambil balik jaket yang dia hulurkan.
“ Thanks..” Jawabku sambil tersenyum.
“ It’s okay ba…mana boleh biar my beloved girlfriend
kesejukan kan? Aku kan penyayang…” seloroh Syaril.
“ Banyak la kau punya girlfriend….aku ambil jaket ni pun
sebab aku sejuk sangat…” balasku sambil menjegilkan mata. Syaril ketawa.
“ Janganlah jual mahal sangat Dila…nanti tak laku susah
pulak…”
“ Aku jual mahal dekat kau je…”
“ Apasal pulak? Aku ok apa? Handsome…tough..penyanyang…pemurah..”
“ Stop..stop! Ha..inilah yang aku anti sangat dengan kau.
Kau ni memang mamat perasan tahu tak..”
“ Apa pulak perasan..ni kenyataan lah!” Balas Syaril.
Ketawanya semakin kuat. Aku sekadar menghadiahkan jelingan padanya. Hai, Syaril
ni memang handsome tapi perasan dia yang lebih-lebih ni agak menjengkelkan lah.
#####################################
Aku memerhatikan
bunga-bunga flora dan koleksi pokok periuk kera di sekitar kedai-kedai bunga
yang terdapat di sekitar kaki Gunung Kinabalu. Sangat cantik. Syaril dan
rakan-rakan yang lain sedang meninjau
cara-cara untuk mendaftar sebagai pendaki untuk ke puncak Gunung Kinabalu.
Katanya mereka mahu membuat satu ekspedisi untuk mendaki gunung Kinabalu yang
merupakan gunung ke lima tertinggi di Asia Tenggara itu pada kunjungan yang
akan datang. Aku tidak berminat sebab aku memang tak suka sangat aktiviti lasak
macam ni. Jadi, sementara menunggu mereka kembali ke tempat parkir kereta, aku
meninjaulah keadaan sekeliling seorang diri. Pemandangan sekeliling memang
cukup indah pada pandangan mata. Terdapat juga resort dan hotel-hotel yang
berdekatan yang berlatarkan pemandangan Gunung Kinabalu.
Sedang aku
berpusing-pusing melihat pemandangan sekeliling, tiba-tiba bahuku terlanggar
seorang perempuan mengandung. Dia hampir-hampir terjatuh namun aku lebih pantas
merangkul lengannya.
“ Maaf puan
saya tak sengaja…” Tuturku ikhlas. Rasa bersalah pulak kerana melanggar wanita
itu.
“ Eh, tak
apa..tak apa…Saya yang tak nampak cik tadi..” balas wanita muda itu lembut. Aku
terpukau melihat kecantikan wanita tersebut. Rambutnya ikal mayang panjang
hingga ke paras bahu. Macam muka Jang Na Ra pulak, pelakon Korea yang aku
minati. Comel!
“ Maafkan
saya sekali lagi ye puan…” Kataku lagi.
“ Tak apa..It’s
okay…Saya tak kisah pun…” Lembut tutur kata wanita tersebut.
“ Sayang…kenapa
jalan seorang-seorang ni? Kenapa tak tunggu abang?” Tiba-tiba seorang lelaki
datang merapati wanita tersebut. Mungkin suami wanita itu. Kedudukannya agak
membelakangkan aku. Jadi aku tak nampak mukanya dengan jelas.
“ Lisa cuma
nak tengok bunga-bunga kat sini je..sementara tunggu abang…” Rungut wanita
tersebut.
“ Yelah..kalau
ye pun..Tunggulah abang sekejap. Nanti jadi apa-apa sama sayang dengan baby kita
macam mana? Abang jugak yang susah kan? ” Kata suami wanita itu manja sambil
meramas-ramas tangan isterinya. Sweetnya. Bestnya kalau aku dapat lelaki macam
suami wanita ini.
“ Puan,
saya minta diri dulu ye. Maaf pasal tadi…”
Aku mencelah. Aku mesti pergi segera .Malas mahu kacau pasangan romantik
ini.
“ Tak apa…”
balas wanita itu. Suami wanita tersebut turut berpaling ke arahku. Baru
menyedari kehadiranku di situ. Saat mata kami bertentangan , aku terkesima. Aku
terkejut. Lelaki itu turut terkejut melihatku di sini. Duniaku seperti berhenti
berputar tiba-tiba. Benarkah apa yang aku lihat sekarang ni? Tidak! Tidak
mungkin!
“ Dila!” Lelaki
itu bersuara.
“ Rizal!” Aku
turut bersuara tapi suaraku seakan tersekat di kerongkong. Aku masih tidak
percaya dengan apa yang berlaku. Jadi, wanita ini isterinya? Tidak! Tidak! Ini
semua bohong!
“ Abang
kenal dia?” Soal wanita tersebut lantas mengembalikan aku ke alam nyata.
“
Err..kenal..dia kawan satu kampus dengan abang dulu..” balas Rizal
teragak-agak. Kawan ? Jadi selama ni dia angggap aku kawan?
“ Owh…Ye
ke..Kebetulan pulak kan jumpa kat sini. Abang tak pernah cerita kat Lisa pun…”
balas wanita itu manja tapi cukup membuatkan hatiku begitu sakit.
“ Abang
lupa lah…Awak apa khabar Dila? Lama tak jumpa? Kerja kat sini ke?” Soal Rizal
sengaja mahu menutup kejanggalan antara kami.
“Saya sihat
je..Awak pulak? Lama tak dengar berita…sedar-sedar dah kahwin ye…Tak beritahu
pun…” Balasku sinis. Hatiku cukup panas sekarang. Baru aku sedar selama ni aku cuma
tertipu dengan kata-kata manis lelaki ini!
“Oh..saya
lupa nak beritahu…sory..” jawabnya selamba. Lupa? Huh, alasan paling bodoh
pernah aku dengar.
“ Ye
ke..semua benda awak lupa ek termasuklah ‘kawan baik’ awak sendiri. Baguslah
tu. Anyway semoga awak bahagia ye. Saya pergi dulu…” balasku agak pedas. Geram
sangat! Kakiku laju je melangkah untuk meninggalkan Rizal dan isterinya yang
terkebil-kebil di situ. Tanpa aku sempat menghalang, air mataku laju membasahi
pipiku. Ah, bodoh! Tak patut aku menangis kerana lelaki tak guna seperti itu!
Aku tak
sangka kesetiaan aku selama ni dibalas dengan dusta. Selama ini aku menaruh
harapan dan cinta yang mendalam terhadap Rizal tapi sanggup dia buat aku macam
ni. Ya Allah..tak pernah aku rasa sakit hati dan rasa pedih seperti ini.
Separuh nyawaku seolah-olah hilang dari jasadku. Tak pernah aku rasa kecewa
sebegini. Sanggup kau Rizal? Apa salah aku pada kau? Dulu kau juga yang memaksa
aku untuk mencintai kau tapi sekarang kau khianati cinta ini dengan segala tipu
daya kau. Aku tak sangka..betul-betul tak sangka. Dalam diam, dia mempunyai
buah hati yang lain. Patutlah selama ni dia nak tak nak je layan aku. Nampak
sangat macam aku yang terhegeh-hegeh inginkan dia! Arghh! Aku sungguh tak boleh
terima semua ni!
###########################
“ Dila,
kenapa cepat sangat kau nak balik ni?” Soal Syaril terpinga-pinga bila aku
tiba-tiba mengajaknya untuk pulang. Aku tak nak lama-lama di sini. Aku tak nak
bertembung dengan Rizal lagi. Cukuplah apa yang dia dah buat padaku selama ini.
“ Aku kata
nak balik, nak balik lah! Boleh tak kau jangan banyak tanya!” Aku mula berang .
Syaril tercengang .
“ Tapi kita
kan baru je datang sini. Tak sampai 2 jam kot….Nanti apa pulak kata diorang…”
Syaril masih tidak berpuas hati.
“ Kau nak
hantar aku balik ke tak ni?! Kalau tak nak tak apa…aku balik dengan teksi je!”
Tegasku. Sungguh emosi aku betul-betul tidak stabil kini.
“
Okay..okay..aku hantar kau balik! Tapi boleh tunggu sekejap tak? Aku nak inform
diorang dulu…” Balas Syaril kalut.
“ Okay!
Cepat sikit tau..aku tak nak lah lama-lama kat sini..rimas!” Aku merengus
geram. Bayangan Rizal dan isterinya masih bermain-main di tubir mataku. Cukup
menyakitkan hati.
“ Okay..kau
tunggu sini sekejap ye..” Kata Syaril lantas berlalu dari situ meninggalkan aku
keseorangan lagi di tempat parkir kereta. Aku melilau sekeliling takut-takut si
Rizal mengekoriku. Aku tak nak jumpa lelaki tu lagi! Sampai mati pun aku tak
nak!
“ Dila….”
Aku tersentak. Rizal! Macam mana lelaki boleh ada kat sini ? Tak perasan pun.
“ Buat apa
awak kat sini?!” Soalku geram. Sikitpun aku tidak mahu memandang wajahnya.
“
Dila..saya tak sangka dapat jumpa awak kat sini..Saya rindu kat awak..,” kata
Rizal tanpa rasa bersalahnya.
“ Apa awak
cakap ni Rizal? Rindu? Hey, awak jangan nak bergurau boleh tak?!”
“Saya tak
bergurau Dila..I really miss you..miss you so much..”
“ Stop it!
Awak dah gila ke apa? Awak dah buat saya macam ni, lepas tu ada hati nak cakap
macam ni lagi? Awak sedar tak awak tu dah ada isteri!” Anginku semakin
menjadi-jadi. Nafasku turun naik menahan marah. Mana tak geramnya, dah
terang-terang dia ada bini tapi masih nak cakap rindu kat aku. Huh, dasar
lelaki hipokrit!
“Dila..saya
mintak maaf banyak-banyak. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak. Saya..”
“ Tak ada
niat apa?! Selama ni saya tunggu awak macam orang gila..saya asyik mesej awak
tapi satu pun awak tak balas. Awak buat saya macam orang bodoh..Saya ingatkan
awak sibuk tapi rupa-rupanya belakang saya awak ada perempuan lain! Apa ni
Rizal? Mana janji awak pada saya masa kat kampus dulu?” Aku menghentamnya
bertalu-talu. Rizal terdiam seketika.
“Maafkan
saya Dila….saya memang cintakan awak..saya memang nak kahwin dengan
awak..Tapi..”
“ Tapi apa?
Janji awak tu semua main-main je ye? Saja nak sakitkan hati saya ye? Saja nak
buat saya merana?”
“ Bukan
macam tu Dila..dengar dulu apa yang saya nak cakap…”
“ Nak cakap
apa lagi Rizal? Segalanya dah berakhir…tak guna awak explain apa-apa sekarang.
I don’t want to listen anything from you!”
“ But I
want you to know that I love you so much now and ever..”
“ Stop it
Rizal! Stop!”
“
Dila..saya kahwin ni pun bukan atas kerelaan saya..”
“ Bukan atas kerelaan awak? Apa maskud awak?”
Soalku hairan.
“ Umi dan
Abah tak restu hubungan kita. Dia tak suka saya kahwin dengan orang Sabah.
Jadi, dia paksa saya kahwin dengan menantu pilihan dia. Saya tak nak..tapi saya
terpaksa. Saya sayang awak tapi pada masa yang sama saya tak nak kecewakan ibu
bapa saya. Masa saya senyap tak contact awak bukan maksud saya lupakan
awak..tapi saya tengah serabut sangat time tu..Saya tak tahu nak buat keputusan
macam mana…Tapi saya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapa saya .
Tapi,percayalah sayang...dalam hati saya cuma ada awak Dila…Cuma ada
awak..Susah sebenarnya saya nak buat keputusan untuk kahwin dengan perempuan
lain…”
“ Susah ye
nak buat keputusan? So yang saya nampak tadi apa? Kemesraan yang dibuat-buat?
Kahwin paksa sampai boleh nak dapat baby?” Soalku sinis. Sungguh alasan lelaki ini
adalah paling bodoh pernah aku dengar. Dia ingat aku bodoh sangat untuk
percayakan dia?
“ Saya
memang terpaksa sayang dia sebab dia dah jadi isteri saya..tapi saya lebih
sayangkan awak dari dia..saya ikhlas mencintai awak…please trust me Dila…You
are the only one in my heart…” Rizal masih merayu.
“ Sudah
lah! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi! Awak pergilah dekat bini awak.
Bahagiakan dia. Jangan cari saya lagi!” Rengusku.
“
Dila..dengar dulu. Awak kahwin dengan saya ye Dila..Saya janji kali ni saya tak
kan kecewakan awak lagi..”
“ Awak dah
gila ke? Saya tak nak bermadu okay! And..saya bukan jenis perempuan yang suka
rampas hak orang…” Balasku .Amarahku mula memuncak. Permintaan Rizal kini
sungguh tidak masuk akal!
“ Dila..please..Tolong
jangan buat saya macam ni..Listen to me..”
“ No! Tak
ada apa lagi yang kita perlu bincang lagi, okay! Kirim salam lah ye dengan wife
kesayangan awak tu..” Kataku sinis. Namun, jauh di sudut hatiku teramat sedih
dan berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal pada Rizal. Tidak sangka cinta
pertamaku akan berakhir dengan perpisahan. Sungguh perit untuk menelan semua
kebenaran ini.
“ Tunggu
Dila!” Sahut Rizal apabila melihat aku cuba melangkah pergi.
“ Syaril,
jom kita pergi dari sini!” Laungku pada Syaril yang kebetulan sudah ada tercegat
di situ tak tahu dari bila. Syaril hanya menurut tanpa banyak soal. Aku
cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Rizal cuba mengejar, namun Syaril lebih
cepat membawa keretanya keluar dari pinggir Gunung Kinabalu yang menjadi
sejarah terkuburnya cinta aku dan Rizal.
#########################################
“ Lelaki
tadi , your boyfriend?” Soal Syaril . Kami dalam perjalanan pulang ke Kota
Kinabalu. Aku betul-betul tiada mood mahu mengungkit soal Rizal lagi.
“ Dila..aku
tanya kau ni…Lelaki tadi boyfriend kau ke?” Soal Syaril lagi apabila aku tidak
menjawab soalannya tadi. Nada suaranya kedengaran serius.
“ No!”
“ Habis tu
siapa?”
“ My
ex-boyfriend…” jawabku perlahan. Sebak rasanya di hati.
“ Your
ex-boyfriend? Bila masa pulak awak ‘clash’?” Soal Syaril lagi.
“ Baru je
tadi..”
“ Hah? Kenapa?
Kau kan baru jumpa dengan dia, kenapa tiba-tiba boleh ‘clash’?”
“ Dia dah
kahwin. Tadi aku terserempak dengan dia dengan bini dia..Patutla selama ni dia
tak nak layan aku. Rupa-rupanya dia dah kahwin orang lain…sia-sia je aku tunggu
dia selama ni!”
“ Lahh ye
ke?! Hish, teruknya macam tu! Lepas tu, tadi buat apa dia cari kau lagi?”
“Syaril,
can you stop asking questions? Aku tak ada mood lah sekarang! Please…” Gertakku
tiba-tiba. Rimas aku dengan soalan-soalan dari Syaril yang tiada berkesudahan.
“ Okay..okay..Aku
berhenti tanya. Tapi kau janganlah monyok macam ni. Tak selera aku tengok…”
Seloroh Syaril.
“ Eh
Syaril, kau ingat aku apa? Burger Prosperity ? Suka hati je nak kena ada selera…”
“ Tak lah..maksud aku, aku tak sukalah tengok
kau masam macam ni. Tak comel..” Sakat Syaril lagi. Aku mencebik.
“ Aku comel
ke tak , tak ada kaitan dengan kau okay! Tak kisah lah . Aku memang tak comel
pun..,”kataku separuh merajuk. Aku membandingkan diriku dengan isteri Rizal. Memang
bagai langit dan bumi. Jauh dia lagi cantik.
“ Tapi bagi
aku kau comel and sweet…” Kata Syaril sambil tersenyum-senyum.
“ Ye lah
tu. Aku sedar diri aku siapa. Tak cantik..tak comel..tak lemah lembut. Sebab tu
tak ada lelaki yang nak kahwin dengan aku. Kalau ada pun, yang just untuk
main-mainkan aku je!” Rengusku. Rasa sakit hati dengan Rizal masih bersisa.
“ Kau silap lah Dila..kumbang bukan seekor tau!
Kau tak tahu ,ada lelaki lain yang dah lama syok kat kau..kau je yang tak
perasan. Kalau boleh dia memang nak kahwin dengan kau..tapi takut awal-awal
lagi kau dah reject…” kata Syaril main-main.
“ Ye lah tu…siapa
lah lelaki malang yang nak kat aku tu ye? Kau cakap jelah kat dia tak payah nak cari
aku..cari je la perempuan yang lagi lawa dari aku ni..” balasku.
“ Tapi
lelaki tu dah syok habis kat kau. Kau tak nak tahu ke siapa?” Soal Syaril.
Keningnya diangkat beberapa kali.
“
Hurmm..siapa?” Soalku malas. Waktu ni jugak lah si Syaril nak main-main dengan
aku. Sakit hati dengan Rizal pun belum hilang lagi,
“ Tekalah
siapa…” Syaril masih lagi mahu mengujiku.
“ Aku tak
ada masa lah nak main teka-teki ni..cakap jelah siapa?!” Marahku.
“ Aku!”
Balas Syaril. Aku mengerutkan kening tidak mengerti jawapannya.
“ Apa kau
cakap?”
“ Aku! Me!
Saya! Gue! Ana!” Jawab Syaril laju.
“ Apa
maksud kau?”
“ Maksud
aku…aku adalah lelaki yang dah lama syok gila kat kau. Lelaki yang paling handsome di Sabah ni..tak
kan kau tak tahu kot? So,aku nak kahwin dengan kau, boleh?” Soal Syaril
selamba. Aku terlopong.
“Dengan kau?”
Soalku tidak percaya.
“
Ye..dengan aku…nak tak?”
“Oh..no
way! Tak nak!” Jawabku laju. Syaril tergelak besar. Tak sanggup aku nak kahwin
dengan mamat mulut laser dan perasan handsome macam dia. Naknya hidup aku
nanti!
best sangat! :-)
ReplyDeletehaha comey je syaril tuh
ReplyDeleteEndingnye ape?? dy kawen ke ngn syaril tu atau x??
ReplyDeletesyahril sweet... x mcm rizal yang x setia tu....
ReplyDeleteBest, tapi cerita macam tergantung sebab tak ada ending.
ReplyDeletekalau ada sambungan mesti lagi best. btw nice cerpen.
ReplyDelete