Tuesday, February 17, 2009

Tidak Seindah Mimpi 4


Aku beberapa kali menukar channel TV untuk mencari rancangan menarik . Arghhh bosannya..satu pun tak menarik minat aku . Aku beberapa kali menukar channel TV untuk mencari rancangan menarik . Akhirnya aku tutup terus televisyen tu . Aku terus merebahkan diri malas ke atas sofa. Hai..hujung minggu ni sangat bosanlah . Kalau dulu,biasanya aku akan pergi window shopping atau melaram mana-mana tempat rekreasi dengan rakan-rakan sekerja atau teman serumahku tapi sekarang dah tak boleh kerana geng-geng aku tu kebanyakannya dah kahwin atau dah jadi tunangan orang. Jadi, maknanya masa diorang banyak dihabiskan bersama orang yang tersayang bukan dengan orang yang penyayang macam aku nih.Hai..apalah nasib badan .

“Triit…Triit..” Ish , siapa pulak telefon time aku tengah syok bersantai nih . Aku mencapai handphoneku dengan seribu kemalasan dan terus melihat nama yang tertera. Huh nombor yang tak dikenali lagi.Aku meletakkan kembali handphone ku ke atas meja Malas lah nak angkat kerana sebelum ni entah bangla manala yang tersalah dail nombor aku . Dahla aku angkat-angkat je terus cakap bahasa bangla dekat sepuluh patah jugak. Nasib baik aku sempat potong cakap dia cepat-cepat.Kalau tak ,sakit telinga nak tadah setiap butir perkataan yang sepatah haram aku tak faham.

Tidak berapa minit kemudian , handphoneku berbunyi lagi . Ya Allah ,orang ni tak reti bahasa ke, dah aku tak nak angkat tu faham-faham la awak dah tersalah nombor. Haiya..ini pun susah mahu faham ka? Namun handphoneku tidak berhenti berbunyi walaupun aku membiarkannya tanpa diangkat . Dengan perasaan geramnnya aku terpaksa jua mengangkat .Kalau mamat bangla lagi, siapla aku sound nanti.Huh!

“Hello, the number you have dial is not in service..” kataku meniru nada operator telefon.

“ Assalamualaikum Lina..,” erk? Suara lelaki? Siapakah itu? Tak penah dengar pun . Takkan la mamat bangla tu kenal aku.Tapi tak ada pulak pelat bangla kedengaran .

“Hello..ada orang tak ni?” Ops, tak perasan pulak aku senyap je dari tadi.

“Ada..ada.Ini siapa? Apa gue kenal sama lo? “ Ececeh..aku sengaja bercakap bahasa indon .Kononnya nak jadi bibik la.

“ Err..boleh saya bercakap dengan Lina,” kedengaran suara lelaki itu bergetar.

“ Iya dong..sebentar ya..tapi anak ini siapa?” aku meneruskan lagi lakonan mantapku selaku bibik.

“ Katakan sama dia, ini Syam, teman sekantornya..,” aku tergelak halus sambil menutup mulut.La..Syam rupanya,ingatkan mamat bangla tu lagi.

“Haha pandai jugak awak cakap indon ek.Ingatkan saya seorang je,” aku tidak dapat menahan gelakku kerana salah sangka terhadapnya tadi.

“ Oooo awak nak main-mainkan saya ye. Mati-mati saya ingat bibik mana tadi angkat.Ish tak baik tau main-mainkan orang ,” kedengaran Syam merengus.

“Ye..saya mintak maaf. Bukan apa , ingatkan mamat bangla nak kacau saya . Eh, apasal awak tukar nombor lain?”

“ Ni telefon housemate saya la, kredit saya habis .He..”

“ Aik , awak bukan banyak duit ka?”

“ Banyak la sangat duit saya tu . Hah, saya nak ajak awak keluar jalan-jalan ni . Nak ikut tak?” Wahh peluang keemasan ni , aku ni memang kaki jalan .Pantang di ajak mesti aku ikut punye tanpa banyak soal.

“ Nak keluar pi mana tu?”

“ Erm..apa kata kita pergi Cameron highland..”

“What?? Cameron? Buat apa nak pergi sana? Jauh tu, nanti tak sempat nak balik pulak,” adake ajak aku naik bukit . Kalau pergi sana, sah-sah tak sempat balik petang tu.Malam ni aku nak tengok drama kesayanganku kat astro Ria .Mana boleh ketinggalan.

“ La..saya dah tempah hotel untuk 2 hari satu malam kat sana .Kita bermalam kat sana la,” kata-katanya membuatkan aku membulatkan mata.

“ Hah?? Ni kes serius ni. Mana boleh duduk satu bilik .Nanti kena tangkap basah ,siapa yang susah , saya jugak yang susah .Mana yang saya nak letak muka saya nanti? Mana?”

“ Lina,listen dulu!” aku terkedu apabila kedengaran Syam menengking aku.

“Saya tak nak lah kalau macam ni!Tak nak!Ngerti?” Tengkingku balik.

“Aduhai..apasal awak fikir sampai sejauh tu . Saya tempah 2 bilik la. Satu bilik awak ,satu lagi bilik saya. Bukan satu bilik.Ada faham??”

“ La..awak tak cakap tadi,” aku menggaru kepala yang tidak gatal,malu kerana main redah je cakap tadi.

“ Macam mana saya nak cakap, awak tu cakap laju macam peluru. Tak sempat saya nak mengelak. So, macam mana..nak ikut tak?”

“Of course la nak ..rezeki mana boleh di tolak.Hehe.Tapi kan, saya kena bayar awak berapa ni?”

“Aihh..bayar apa pulak. Saya belanja .Semua ditanggung beres!”

“Tapi, nanti habis duit gaji awak ,awak tak ada duit untuk makan lak..”

“Lina..Lina..dont worry ok, janji awak ikut saya.Boleh la ek..”

“Yela..yela,”

“Ha..macam tu la..kalau macam tu saya ambil awak pukul 10 pagi ni ok..” Aku mengerling jam di dinding . Hah, dah pukul 9.45am..mana sempat nak siap .Aku tak mandi lagi , baju dan tudung tak iron lagi..

“ Err..pukul 10.30 la ek..saya nak bersiap dulu..”

“Aik, lamanya awak bersiap..”

“ Bukan apa, saya nak bagi ayam dan kucing saya makan dulu. Kesian dia kena tinggalkan selama 2 hari kan,” alasan..hehe. Kedengaran Syam gelak di hujung talian.

“ Apa-apa jelah .Ok, pukul 10.30 sharp saya ambil..”

“Alright..”

“ Ok sayang, bye..assalamualaikum..,”

“Waalaikumussalam..” Talian telefon dimatikan .Erk? Sayang? Syam panggil aku sayang? Aku salah dengar ke? Ish, saja je Syam ni . Tapi kenapa dadaku berbunyi dup..dap..dup..dap.Hurmm..apa-apa ajelah..Yang penting , sekarang masa untuk enjoy!!!


******************************************************************************************************

Aku menyusuri ladang teh yang luas dan menghijau saujana mata memandang . Aku menghirup udara segar sepuas-puasnya .Sudah lama aku tidak datang ke sini semenjak lawatan sekolah 6 tahun lepas . Tidak banyak perubahan yang aku perhatikan.Udaranya masih nyaman dan menyegarkan . Tidak semena-mena ingatanku terhadap bekas teman lelakiku semasa sekolah dulu menerjah ke ruang benakku . Seronok betul cinta monyet ketika itu, sebijik macam monyet tengah bercinta . Tersengeh-sengeh,tersipu-sipu ketika bertemu . Lebih-lebih lagi aku dulu sangat nerd ,tak pernah ada lelaki yang cuba mendekati aku selain dari Farid iaitu rakan sekelasku ketika itu .Akhirnya kami couple..ladang teh ni la yang menjadi saksi cinta kami .Bahagia bangat sih.Yela, Farid tu baik,romantik,cute walaupun dia tak hensem pun coz badan dia agak gempal dan pipi dia tembam . Namun,cinta tak mengenal rupa. Itulah buat kali pertama dan terakhirnya aku merasai cinta. Hubungan kami terputus di tengah jalan selepas dia mendapat tawaran belajar di luar negara . Langsung terputus tanpa khabar berita sehingga kini . Aku tidak tahu mengapa .Arghh..buat apa aku memikirkan kenangan yang dah lepas .Cinta monyet, sudah pastinya tak akan kekal lama.

“Oit Mak cik! Kuatnya berangan!” Aku tersentak apabila Syam tiba-tiba muncul di sebalik rimbunan pokok teh . Dadaku berdegup kencang kerana terkejut bangat.

“Syam, berapa kali saya dah cakap. Jangan sergah saya camtu. Saya ni muda lagi tau nak mati kerana sakit jantung!” Gertakku . Geram.

“ Im sory..,” Syam membuatkan gaya Amir, peserta raja lawak musim ke-3. Aku menahan gelak dan akhirnya terburai ketawaku .

“Ha..macam tu la awek saya. Tak boleh marah-marah,nanti cepat tua..”

“ Hek eleh..bila masa pulak saya jadi awek awak?” Ketawaku masih bersisa. Syam tidak menjawab soalanku sebaliknya turut ketawa.

“ Jom makan. Saya lapar la..perutku sudah berkeroncong,” kata Syam sambil meraba perutnya yang sekeping tu .

“ Ish, selera besar sungguh . Kan baru tadi awak makan nasik dekat 2 pinggan . Banyak pulak tu..”

“ Well you know me..,” aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku hairanla, Syam makan banyak tapi badan maintain jek.Kalau aku makan sebanyak tu, sah-sah beratku bertambah dan spare tyre ku mengembang.

*******************************************************************************************************

Aku merasakan 2 hari bersama Syam cukup bermakna . Tidak tahu mengapa aku berasa sangat bahagia sedangkan aku tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya . Namun ,kerap kali hatiku berdebar-debar apabila Syam menuturkan kata-kata romantis walaupun kata-kata itu disampaikan dengan nada gurauan.Syam seolah-olah mengembalikan kenanganku dengan bekas kekasihku . Perwatakannya lebih kurang sama dengan Farid .Kadang-kadang aku merasakan Syam dan Farid adalah orang yang sama namun mustahil itu benar kerana wajah dan latar belakang mereka jauh berbeza .

Eh, sebut pasal Syam ni..dari tadi aku tunggu dia kat taman strawberi ni .Aku cuba mencari Syam di segenap taman ini namun hampa.. manala pergi mamat ni . Taman strawberi ni bukannya besar sangat tapi kenapa susah sangat nak cari dia . Dia kata ada kat sini tadi . Aku tawaf sampai 3 kali taman ni tapi tak jumpa-jumpa jugak . Akhirnya aku membuat keputusan untuk berjalan-jalan seorang diri untuk mengambil angin . Aku tidak dapat nafikan bahawa jauh di sudut hatiku ,aku kecewa kerana Syam memungkiri janjinya.

Baru beberapa langkah aku meninggalkan taman strawberi tersebut ,kelihatan kelibat Syam yang sedang berborak dengan seorang wanita yang cantik, elegan dan berpakaian ala-ala model gitu.Sekso mata ku menengoknya. Aku memerah otak untuk memikirkan siapakah gerangan perempuan itu namun otakku tidak dapat mempamerkan wajah yang pernah aku jumpa sebelumni.Maknanya aku tidak pernah jumpa dengan perempuan itu. Wanita itu kemudian mengusap lembut pipi Syam dengan penuh kemesraan membuatkan aku terkedu .Syam hanya terdiam kaku tanpa sebarang reaksi.Hurmm..rupa-rupanya Syam dah ada kekasih tanpa pengetahuanku. Ketika itu aku rasa seperti mahu menangus.Ish, mengapa perlu aku berasa kecewa?

“Lina!” Sahutan dari Syam mematikan lamunanku . Dia melambai-lambaikan tangannya mengarahkan aku datang ke arahnya .Aku melihat perempuan itu turut memandangku dari jauh dengan pandangan yang pelik . Aku teragak-agak untuk mendekati mereka kerana aku tidak mahu menganggu kemesraan mereka . Namun , kakiku tetap melangkah ke arah mereka kerana aku tidak mahu Syam fikir bukan-bukan kalau aku melarikan diri.

“ Who’s this woman Fad?” Soal wanita itu sebaik sahaja aku berada di antara mereka . Fad? Nama lain Syam ke? Peliknya nama tu.

“Ini tunang I ,” aku sedikit ternganga mendengar jawapan selamba dari Syam . Tunang? Apa maksud dia? Bila masa pulak aku bertunang dengan dia?

“ Fad, how dare you! You lie!” Opocot, apasal perempuan ni tiba-tiba mengamuk?

“ No,im not lying..it’s true..she’s my fiancĂ©e..Lina. Let’s go,” sebaik sahaja Syam menghabiskan kata-katanya, dia menarik tanganku dan berjalan laju meninggalkan perempuan itu terkial-kial seorang diri.

“I hate you Fad! I hate you!! I tak kan biarkan you bahagia sampai bila-bila!” Laung perempuan itu bagaikan terkena histeria .Aku terpinga-pinga tidak mengerti situasi yang aku alami ini .

“Syam , kenapa ni? What happen? Siapa perempuan tu? Kenapa awak cakap saya ni tunang awak ?” Soalku bertalu-talu. Namun tiada jawapan. Aku mula curiga dengannya. Siapakah Syam sebenarnya ? Aku cuba menyimpulkan pelbagai persoalan yang belum terjawab sebelum ni dalam satu kolum termasuklah persoalan bagaimana Syam mampu menyiapkan tugasan pejabatku sedangkan dia hanyalah lulusan PMR ,bagaimana En.Haikal seperti begitu mengenali Syam dan bagaimana dia mampu memiliki wanita secantik dan seelegan itu dulu..Namun masih tiada jawapan yang pasti sebaliknya aku semakin keliru memikirkannya.


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 5 comments:

    1. budak medic unimas ke

      ReplyDelete
    2. knp story smpi kena ulang 2x ni...????

      ReplyDelete
    3. mengapa diulangi seyh..hhehe..

      ReplyDelete
    4. ops sory..btol2 x perasan cte ni berulang.

      ReplyDelete
    5. ermm..mcmn ley sekolah 6 taun lepas? bukan ke si lina 28 taun? huuu~ kalu 6 taun lepas..mase die umo 22..stil sekolah? huuu~ btol2 xlogik..

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)