Friday, January 23, 2009

Dua Hati


“ Hei korang semua keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka korang!Pergi!” Laungan seorang pemuda mengejutkan ahli keluarganya yang melawatnya . Aku turut terkejut.Apa kena pulak dengan mamat sorang nih .Tetiba jek mengamuk.Kurus semangat aku!


“ Encik,bawa bertenang…mereka semua ahli keluarga encik,” kataku lembut . Aku tidak mahu sebarang kekecohan berlaku memandangkan ini kawasan hospital . Kesian kat pesakit-pesakit lain kalau dia asyik terpekik terlolong macam orang gila macam ni.


“ Hei perempuan,ko sape ah ?? Ko jangan nak masuk campur hal aku!” E’eh pak cik nih,marah aku balik pulak . Ni wat darah aku mendidih nih. Aku mengetap bibir cuba bersabar dengan kata-kata kasarnya kemudian aku cuba mengukir senyuman.Huh ,hipokrit betul! Terpaksala kan nak wat camna kan. Nak jadi doktor yang berjaya kenala pandai ambil hati pesakit,betul kan kan kan?Hehe


“ Maaf Encik,saya tak ada niat nak masuk campur hal encik,tapi ni kawasan hospital. Kalau encik terus-terusan terpekik macam ni,nanti mengganggu pesakit-pesakit lain,” aku masih cuba berlembut ngan mamat biol nih .Kalau bukan kerana ahli keluarga dia ada di situ nak jek aku tempelak mamat yang tak tahu malu ni. Sabor jela.


“ Heh,ko ni tak paham bahasa ke? Aku kata korang semua keluar!Keluar faham tak! Aku tak nak tengok muka korang lagi! Korang semua memang nak aku matikan?? Korang yang rancang accident ni kan?? Korang yang wat aku lumpuh kan?? Korang pergi!” Fuh,macam peluru jek soalan die, sampai ternganga aku dibuatnya . Banyak betul soalan. Aku tengah fikir apa aku nak wat kat mamat ni eh .Kalau terus-terusan mengamuk camni,nampaknya aku terpaksa cucuk dia ngan ubat tidur .Kelihatan ahli keluarga mamat tu dah menangis tersesak-esak..Adoii ni drama ke apa nih.Huhu.


“ Bertenang encik..bertenang..” pujukku lagi dengan lembut walaupun dalam hatiku geram betul ngan sikap dia .Harapkan muka je hensem tapi perangai MasyaAllah,dasyat sungguh..ngan pompuan pun boleh berkasar bahasa.Ish..ish dasyat! Sebaik sahaja aku pegang bahunya untuk menenangkannya dia terus menolak kuat tubuhku hingga terpelanting ke belakang . Puk! Kepalaku terhantuk dinding kat situ .Aduhh!! Sakitnya! Aku meraba-raba kepalaku, aduhh saliha sakitnya...Entah-entah berdarah ,aku tak pasti sebab aku pakai tudung . Semua yang ada di situ terlopong dengan tindakan mamat yang semakin menggila tuh .Kurang asam punya mamat..berani ko cabar aku .


“Hahaha padan muka..blah la ko!” Jeritnya kuat seperti terkena histeria.Eiiii geramnyer.


“ Staff nurse,give me im diazepam please!” Jeritku tiba-tiba menahan marah . Semua yang ada di situ kelihatan panik dengan adegan sebentar tadi. Tanpa berlengah masa aku terus menyerang mamat gila plus sengal tu, lengannya aku tarik kasar,seluarnya ku tarik sehingga menampakkan punggungnya dan aku menyuruh pembantuku yang ada di situ memegang kuat tubuhnya yang sedang meronta hebat dan arghhhhhh… jeritan nyaring hampir memecah gegendang telingaku sebaik sahaja jarum picagari ditusuk ke dalam salur darahnya di punggungnya. Sebentar kemudian,pergerakannya kian perlahan dan makin perlahan dan akhirnya dia tertidur setelah beberapa minit.Fuhh lega..aku menyapu peluh yang membasahi wajahku . Gila! Buat pertama kalinya dalam hidupku semenjak bergelar doktor aku terpaksa bertarung dengan pesakit . Tula sape suruh tolak aku aku tadi,kang dah kena cucuk... hahaha..ops jangan aku jadi gila dah la. Kalau ikut hati nak jek aku tenyeh kepala dia sampai tercabut,degil! Hehe gurau jek,kalau aku wat camtu konperm kena saman atau kena gantung kerja kerana mencederakan pesakit.Huhu..


“ Doktor, bagaimana keadaan dia doc,” aik terlupa pulak aku kat orang belakang aku yang sudah sekian lama berdiri di situ . Nasib baik perempuan tua yang nampak macam ala-ala datin tu tegur ,kalau tak entah berapa lama lagi aku mengelamun .


“ Erm, maafkan saya puan , apa hubungan puan dengan Imran?” Soalku lembut.


“ Saya ibunya, Datin Fauziah. Boleh saya tahu perkembangannya?” Alamak mak dia ke? Datin pulak tu.Aduhh macam mana ni,aku dahla layan anak dia kasar gila tadi. Mesti dia marah.Saat itu aku merasakan mukaku pucat lesi,kalau toreh pun takkan ada darah keluar.


“ Owh..saya tidak boleh cakap di sini.Mari ikut ke bilik saya,nanti saya terangkan segala-galanya,” ececeh pandai gak aku cover perasaan takut ni eh .Yerla kalau wat kalut depan mak dia,nanti nampak tak professional pulak.Hehe

“ Maaf datin kerana mengasari anak datin tadi . Keadaan dia betul-betul tidak terkawal tadi,” aku meminta maaf dengan selambanya .Tak pandai ah nak wat muka kesian . Tapi aku tengok datin tu tenang jek, hopefully dia tak marah aku.


“ Tak apa..perangai dia memang macam tu sejak dia lumpuh ,” jawabnya sayu.Wajahnya berubah sedih . Alahai datin ni nak menangis la pulak,ingatkan nak marah aku.


“ Sabar ye datin, saya rasa datin dah tahu pasal sakit anak datin kan?” Soalku.Datin tu sekadar mengangguk. Sebenarnya anak dia kena refer dari salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur ke hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


“ So,apa yang datin ingin tahu pasal anak datin?” Soalku lagi.

“ Adakah dia berpeluang jalan balik. Saya risaukan dia. Dia masih tak boleh terima yang dia lumpuh. Tolonglah saya doktor.Saya betul-betul nak tengok dia boleh jalan balik dan jadi ceria macam dulu,saya nak anak saya balik” alamak datin ni wat rayuan mendayu-dayu la pulak membuatkan hatiku turut tersentuh.Yela,mak mana yang tak sayang anak, mak mana yang tak sedih tengok anak dia camtu.Tapi yang anak dia tu pun satu,tak patut mengamuk camtu . Macamla dia sorang je lumpuh ,ada orang yang takde kaki dan tak de tangan pun boleh hidup gembira jek .Ops,mengutuk orang lak aku.

“Datin jangan bimbang,menurut pengalaman saya..70% pesakit boleh berjalan dalam masa paling kurang 3 bulan setelah pembedahan untuk mengukuhkan tulang pehanya yang patah dengan besi dijalankan. Lagipun tulang pehanya tidak mengalami patah yang serius .Selepas beberapa minggu pembedahan,dia perlu menjalankan fisioterapi bagi membolehkan dia belajar berjalan perlahan-lahan dan jika semangatnya kuat dia mungkin boleh berjalan setelah 2 bulan tapi kena bergantung pada keadaannya,” terangku panjang lebar. Datin tadi kelihatan beransur tenang . Mungkin gembira mendengar peneranganku .


“ So, harapannya untuk berjalan semula cerah la doktor?” Soalnya inginkan kepastian.Aku hanya sekadar tersenyum dan mengangguk .


“ Terima kasih doktor , maafkan saya kerana perangai anak saya tadi,” aik, apasal baru nak mintak maaf.Sepatutnya minta maaf tadi lagi. Hehe whatever,janji aku dah maafkan pe anak dia wat kat aku walaupun kepalaku still rasa sakit yang teramat .Nampaknya pas balik ni kena sapu minyak mustajab kalau tak membonjol la kepala aku.Nasib baik kat belakang kepala,kalau kat dahi tak ke boleh rosakkan keayuanku ini.Hoho.. Nasib baikla aku ni baik, suka memaafkan orang. Aiseh puji diri sendiri kejap.

Mataku begitu berat ketika ini .Mengantuk gila . Aku beberapa kali menguap Hampir 2 hari aku tak tidur kerana oncall dan juga kerana membuat kerja-kerja tambahan yang begitu memenatkan.Almaklumlah hospital KL nih memang tak pernah putus dengan pesakit . Lebih-lebih lagi kalau aku terpaksa oncall kat unit kecemasan ,alamatnya setiap saat aku terpaksa berjaga la untuk merawat pesakit yang datang.Nak betulkan urat merih aku pun tak sempat.Huhu..

“ Oit mak cik!”


“ Opocot mak kau , mak cik hantu mak cik ronggeng!” Aku melatah tiba-tiba sebaik sahaja di sergah begitu .Ish, hantu mana la pulak yang sergah aku nih.Nak tido kejap pun tak boleh .Terdengar suara gelak ketawa minah senget kat belakang ku.Tak guna punya Tipah,suka-suka ati dia jek nak segah aku.


“ Woi Tipah, nasib baik aku tak kena sakit jantung tau .Ko tu tak reti bagi salam ke??” Marahku . Aku memuncungkan mulut tanda protes.


“Haha ,yang ko pun satu.Kedai makan ni bukan tempat tidur tau .Balik umah la wei kalau nak tidur .Tu semua orang dok tengok kau tahu?” Pot pet pot pet mulut minah ni,macam murai la. Aku memandang sekeliling .A’ah la semua orang kat kedai tu dok jelling kat aku,ada yang tergelak sinis . O’oo malunya aku .Macam mana aku boleh tertidur kat sini.Rosak keayuan aku.Huhu


“ Dina…,” sapaan beserta cubitan halus di lenganku menyebabkan aku tersentak sekali lagi.


“Ko ni Tipah,tak habis-habis nak kejutkan aku tau.Hish..aku sepak kang,” dengusku kasar sambil duduk menegak dan membetulkan tudung serta baju kurungku. Malu orang tengok.


“Ops,sory-sory . Hehe abeh tu sape suruh tak layan aku cakap pe.Yang ko pi pandang lain watpe?” Tipah masih meneruskan sisa gelaknya .Aku hanya memasamkan

muka.Menyampah.


“ Eh,kau tahu tak..semalam ada sekor mamat tak baper btol pegi wat flying kick kat aku.Hish geram gila aku. Suka-suka ati dia je tau!” Aku segera bercerita kepada Tipah perihal itu sebaik sahaja Tipah menghabiskan gelaknya .Aku ni memang suka becerita tambah-tambah lagi kepada si minah senget ni,walaupun dia senget tapi diala pendengar setia aku .


“Ehhh yeke,fuyooo bez tu dapat flying kick,nanti dapat flying kiss pulak,” katanya selamba.


“Bez hotak ko!Cis ,sakit tau kepala aku terhantuk kat dinding,” jawabku geram sambil menumbuk meja makan di hadapanku.Tipah hanya ketawa terbahak-bahak .


“A’ah ketawa..ye ketawa ko tak rasa betapa sakitnya hati aku .Aku nak halang dia dari terus mengamuk tapi tu balasannya,gila betul,” aku bercerita bersungguh-sungguh.Aku membuat mimik muka kegeraman.


“Pastu apa jadi?” Soal Tipah sambil menongkat dagunya dengan tangannya menandakan dia tengah kusyuk mendengar cerita ku.


“Lepas tu,aku geram sangat ,aku cucuk ar ubat tido kat punggung dia..aku pegang dia kuat-kuat pastu aku suruh orang-orang aku pegang dia kuat-kuat.Dahla depan family dia.Sekali mak dia ada kat situ .Dahla mak dia tu datin tau..huhu takut gila aku,takut kena marah tapi nasib baikla dia tak marah.”


“Hahahaha..kelakar la..hebat jugak kau ek,siap bleh kerjakan anak dia depan mak lagi,” Tipah ketawa sampai tak ingat dunia. Terdapat mata-mata di kedai itu yang sesekali mengerling ke arah kami namun kami buat tak tahu jek.Hehe sory ye..


“ Hish kau ni gelak tu berpada-pada la sikit,malu orang tengok,” tegurku separuh berbisik.


“Ops.sory..,” katanya seraya menutup mulut .Aku hanya tersengeh melihat keletahnya.Sebentar kemudian pelayan kedai itu menghantar makanan yang aku pesan awal-awal sebelum Tipah datang tadi .

“ Dina, kau nak tau tak satu cerita.Tapi ko jangan terkejut tau,” Tipah meneruskan bicara sebaik sahaja pelayan tadi berlalu pergi .Aku yang hampir memasukkan mee goreng ke dalam mulutku berhenti menyuap .Cam suspen jek cerita si Tipah nih.


“Pe dia?” Tanyaku pantas sambil meneruskan suapan .Sedap jugak mee ni,lama tak makan . Tipah merenungku lama.Aku jadi pelik.Pe hal ngan minah ni.Muka aku tumbuh jerawat ke dia tenung camtu.


“Oii Tipah, pe benda la ko dok renung aku tuh.Cakapla cepat wei..jangan wat adegan suspen pulak kat sini,” kataku sambil meneruskan kunyahanku.Buruk benar bunyi cakap sambil kunyah,kalau ada pak we ensem depan aku konperm lari tengok cara aku makan.hehe. Kelihatan Tipah menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“ Tadi,aku terserempak ngan Haikal,” jawapannya membuatkan aku tersedak . Cepat-cepat aku mengambil air minuman lalu meneguknya . Nama itu benar-benar membuatkan aku tersentak. Haikal?? Mengapa tiba-tiba dia muncul setelah sekian lama dia menyepi tanpa khabar berita .


“ Kau jumpa dia kat mana? Pe dia wat kat sini?Bukan dia dah mati ke?” Kata-kataku seolah-olah berbaur benci yang teramat. Ye,aku memang benci sangat dengan lelaki bernama Haikal itu . Lelaki yang hampir membuatkan aku hampir hilang pedoman hidup kerana ditinggalkan kesepian setelah 5 tahun menjalinkan hubungan cinta.Huh, janji nak hidup bersama tapi hampeh,dia tinggalkan aku camtu jek tanpa sebarang kata putus.

“Aku jumpa dia kat hospital ni semalam.. dia cari kau” Tipah berkata perlahan .Dia memahami gelora jiwaku ketika itu. Sekali lagi aku tersentak .Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Stop it ! Aku tak boleh menangis kerana lelaki keparat itu lagi.Aku kena kuat,tak boleh menangis lagi! Aku memujuk hatiku berkali-kali bagi menenangkan perasaanku yang berkecamuk ketika itu.


“ Dina,dia nak jumpa kau,” sambung Tipah lagi apabila aku terus membisu.


“Huh,watpe dia nak jumpa aku lagi?” Soalku geram.


“Dia nak jelaskan sesuatu kepada kau,” Pantas Tipah menjawab .


“Tiada apa yang perlu dijelaskan..aku ngan dia over!” Bentakku lantas mengangkat punggung dan meninggalkan Tipah sendirian. Aku mahu menyendiri sekarang .Mood aku hilang tiba-tiba apabila nama lelaki tak guna itu disebut Tipah ,seleraku juga mati .Kesian Tipah,sory yer sebab tinggalkan ko . Semua ni sebab Haikal!

--------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak pertemuanku dengan Tipah haritu,Tipah beberapa kali memohon maaf dariku pasal hari itu . Aku pulak rasa bersalah kerana tinggalkan dia macam tu jek.Haiya,apa jenis kawan la aku ni .Akhirnya aku juga turut memohon maaf darinya,hehe rasa macam budak-budak pulak .Macam tu pun nak merajuk . Nasib baikla Tipah ni sporting namun aku tetap mengingatkannya supaya tidak memberitahu apa-apapun mengenaiku kepada Haikal jika dia bertemunya lagi kerana bagiku Haikal sudah lama mati dari hidupku.

------------------------------------------------------------------------------------

“ Buat apa kau datang sini lagi?” Soalan kasar dari Imran,lelaki yang menolak aku haritu membuatkan aku mengetap bibir. Tak reti nak bagi salam ke? Rungutku di dalam hati.Namun bibirku sentiasa mengukir senyuman,tak tahula kenapa depan pesakit bibirku terus jadi perahu walaupun pesakit itu pernah menyakiti hatiku. Biasala aku kan doktor diorang,so kenala sentiasa senyum supaya penyakit cepat sembuh.Baiknye aku..maaf ye angkat bakul sendiri sebab tak de sape dah nak tolong angkatkan.Ahaks.


“ Woi pekak ke??” Aku tersentak dengan laungan itu. Lah..tak perasan pulak aku asyik tersenyum-senyum dari tadi.Ya Allah,sempat pulak aku mengelamun.Hish yang mamat ni pun satu,ingat telinga aku ni bapak dia yang punya ke nak main tengking-tengking.Berdesing telinga aku.Huh!


“Maaf Encik Imran, saya nak ambil darah encik sikit.Sila bagi kerjasama,” hish napela aku asyik nak berlembut jek dengan mamat ni .Padahal sisa sakit di kepalaku masih terasa.Tu ah susah jadi orang baik.He..


“ Oooo ambil darah ye..ke ko nak mampuskan aku lagi?!” Tengkingnya lagi.Aduhai,kalau macam ni la tiap-tiap hari boleh pecah gegendang telinga aku . Eiii geramnya aku kat mamat sekor ni .


“Encik,encik kena paham..saya kena ambil darah untuk pastikan yang encik ni sihat ,ada paham?” jawabku mendatar. Kesabaranku mula menipis.


“Tak payah susah-susah..aku sihat la bodoh! Kalau amek darah boleh wat aku jalan tak pe la gak!” Bentaknya lagi.Dina..sabar Dina..sabar..Rasa mukaku dah merah menahan sabar.


“ Imran..bagi jela doktor ni ambil darah..sekejap jek..” tiba-tiba datin Fauziah yang entah dari mana tiba-tiba muncul dari sebalik pintu bilik Imran .


“Hurmm..cepatla ambil,” kata Imran tiba-tiba.Aik, apa kena ngan dia nih .Tadi marah sangat ngan aku pastu bila datin ni datang angin elok la pulak.Hish musykil-musykil..Mungkin Datin ada bawak jampi serapah kot bagi dia lembut hati .Astaga..ada pulak aku fikir camtu. Tanpa berlengah masa aku melaksanakan tugasku iaitu mengambil darah.Kerja yang paling leceh bagiku kerana setiap hari aku mesti lakukan.Semasa aku melakukannya,aku perasan yang mamat garang ni asyik tengok jek aku dengan renungan yang tajam macam nak terkam orang jek tapi aku wat duno jela.Malas nak layan . Nasib baik dia tak memberontak dan wat flying kick kat aku lagi .Kalau tak aku sumpah dia 7 keturunan la kalau wat lagi.Huh jangan main-main ngan Puteri Irdina Sofea ni.

“Terima kasih,” kataku kepada Imran setelah selesai melaksanakan tugas . Datin hanya tersenyum melihatku . Aku turut membalas senyumannya lalu berlalu dari situ .Malas ah nak dok lama kat situ,rimas ah sebab mamat sewel ni tengok aku semacam jek.Gerun!

------------------------------------------------------------------------------------

Aku mengambil masa hujung minggu dengan berjoging di tepian Tasik Titiwangsa dengan Tipah . Namun kali ini,Tipah sibuk sangat, so dia tak boleh nak temankan aku . Lupa nak cerita,Tipah ni sebenarnya kawan baik aku semenjak di universiti lagi sebab dulu dia pernah jadi roommate aku . Dia juga menjadi housemate aku sekarang, dia ni memang kawan yang sebenar-benarnya kawan kerana diala kawan aku masa susah dan senang walaupun dia agak kerek sikit tapi aku suka kawan ngan dia sebab diani open minded dan pendengar yang setia walaupun dia agak pekak sedikit.hehe..Dia sekarang bekerja sebagai ahli farmasi kat ibu kota gak dan sudahpun menjadi tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinannya pada akhir tahun ni.Alamatnya sunyila aku pasni tak ada dia ,yela dia mesti nak memadu kasih ngan suami dia pula.Aku ni bilala nak ada pak we apatah lagi tunang .Tapi tak nak ah sebab aku dah serik dah ngan lelaki.Cukupla si Haikal itu melukai hati ini. Haikal? Sekali lagi nama itu menganggu fikiranku. Semenjak seminggu lepas setelah Tipah mengkhabarkan pertemuannya dengan Haikal,aku tidak lagi mendengar mengenainya .Mungkin Tipah malas nak beritahu aku ketika berjumpa kerana mungkin takut dia ditinggalkan makan sorang-sorang lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Setelah penat berjoging aku melepaskan penat di sebuah bangku yang terletak di tepian tasik . Huh,berjaya jugak aku wat 2 round hari ini.Yela dah 2 minggu aku tak pegi jogging kerana sibuk je memanjang ,makan pun banyak .So kali ni la aku kena bakar lemak habis-habisan supaya aku kekal sihat dan ramping..ops! rampingke..bleh la tahan. Aku menghirup udara segar sepuas-puasnya . Sesekali aku membetulkan tudungku yang macam senget je ,yela siapa suruh pakai tudung yang licin masa jogging..jalan kejap jek,tudung bahagian depan dah terlondeh ke depan, puas aku betulkannya .Tak apala,lain kali tak nak pakai dah tudung licin . Actually aku terpaksa pakai sebab tudung lain tak basuh lagi.Hoho..

“ Boleh tumpang duduk sini,” opocot mak kau,mamat mana pulak yang tiba-tiba tegur aku nih.Aku segera menoleh ke kanan ke arah suara mamat tu,alangkah terkejutnya aku apabila terpandang seorang lelaki tampan sedang tersenyum kepadaku . Aku sesungguhnya amat mengenali lelaki itu . Jantungku mula berdegup kencang,hatiku tidak keruan,lidahku kelu untuk berkata-kata . Air mata mula bergenang di kelopak mataku namun aku akan sedaya-upaya menahannya dari mengalir dari tubir mataku .Haikal! Kenapa dia muncul di saat aku mula melupakannya (sory ye, aku dah mula nak jadi sentimental..) Aku terus bangun dan mahu pergi dari situ namun dengan sepantas kilat Haikal memaut lenganku kemas ,tidak membenarkan aku pergi .Aku cuba menariknya ,namun dia semakin mengemaskan pegangannya . Hoi, suka-suka ati dia je pegang aku.Aku bukan muhrim dia lagilah! Namun herdikan itu hanya bergema di hati .Aku tiba-tiba jadi tak reti nak herdik dia betul-betul.Lidahku betul-betul cam kena ikat.

“Lepaskan saya,” kataku dengan suara yang mendatar . Eh,boleh pulak aku cakap.Air mataku sudah hampir tumpah.Rupa-rupanya aku masih belum lupa akan kekecewaan yang menguliti hati ini setelah sekian lama.


“ Dina sayang..dengar dulu penjelasan abang,” arghh kata-katanya sungguh romantis,suaranya yang garau itu sudah lama aku tidak dengari semenjak aku berpisah dengannya . Jauh di sudut hatiku aku merindui suara itu.Dina! Wake up! Jangan mudah terpedaya! Serta-merta aku kembali ke alam realiti sebaik sahaja kata-kata semangat itu bergema.


“ Sudahla wak,dah tak ada apa yang perlu dijelaskan. Cukupla setakat ini.5 tahun awak tinggalkan saya ,kenapa sekarang baru cari? Kenapa?” Bentakku. Tanpa dapat kutahan,air mataku mengalir jua. Ahh murahnya air mataku untuk lelaki ini .


“ Dina, bukan abang sengaja tinggalka Dina dulu.Abang terpaksa..,abang..,”


“Abang apa?? Sudah la wak, saya tak mahu dengar apa-apa alasan awak .Kalau betulla awak terpaksa kenapa sekarang baru cari saya setelah 5 tahun,kenapa bukan 4 tahun dulu?? Kenapa?” Soalku bertalu-talu membuatkan Haikal terkelu .Aku merenung tajam wajahnya,lelaki itu kelihatan semakin matang dan tampan serta bergaya .Namun ,aku tidak peduli semua itu.Semuanya tidak berguna lagi kerana segala-galanya telah tersurat bahawa antara aku dengan dia tiada jodoh.

“ Dina…Please..listen to what im going to tell you”

“Stop it! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi dan sekarang saya nak awak lepaskan saya!” Bentakku keras sambil cuba menarik lenganku kasar .Dia perlahan-lahan meleraikan pegangannya . Dia seolah-olah akur.Kelihatan matanya berkaca,adakah dia ingin menangis sepertiku? Huh,tak ada maknanya dia nak menangis kerana orang sepertiku.Aku dapat rasa,baginya aku memang tidak layak langsung untuknya . Percintaan aku sudah tamat walaupun hubungan itu aku jalinkan selama 3 tahun semasa pengajianku di USM namun kini semua hancur,semuanya musnah! Aku terus berlari meninggalkannya walaupun dia cuba mengejarku dan memanggilku berkali-kali.

Aku terus mendapatkan kereta Honda city milikku dan terus menghidupkan enjin.

“ Dina,jangan pergi!” Jerit Haikal sambil mengetuk cermin tingkap keretaku.Aku tidak melayannya sebaliknya terus menekan pedal minyak dan meninggalkannya sendirian di situ. Aku mengesat air mataku yang mula mengalir laju. Janganla nangis time ni,simpan jela air mata tu bila balik rumah nanti.Yela kang susah pulak aku nak drive sebab mata jadi kabur!

-------------------------------------------------------------------------------------

“ La..Dina,berapa kotak tisu ko nak pakai ni. Dah penuh bilik ko dengan tisu,dahla nangis wei.Risau pulak aku,” aku hanya memandang Tipah sekilas dan kemudian meneruskan esak tangisku . Sudah 2 hari aku begini,dan sudah 2 kotak tisu Tipah aku kebas sehingga bilikku berselerak dengan tisu putih . Teruk betul aku menangis selepas bertembung dengan Haikal tempoh hari sehingga mataku bengkak .Entahlah,aku pun tak tahu mengapa aku mesti menangis tapi aku rasa nak menangis,so aku menangislah.Manja betul.Ish.


“ Tipah,aku sedih..Haikal jahat..huhuhu,” tangisanku makin kuat.Tipah segera memelukku dan menggosok belakangku.Aku menangis dalam pelukan Tipah.Baik betul Tipah. Badannya yang berisi macam kusyen tu membuatkan aku selesa bila dia memelukku.Untung suami dia nanti.Heheh.


“ Dina,dahla tu..jangan dikenang orang yang tak sudi .Buruk benar muka kau nangis.Wat bazir air mata jek.Dah..dah berhenti la nangis.Anggap semua yang berlaku tu ketentuan ilahi,” pujuk Tipah lagi . Aku hanya menganggukkan kepala dan kemudian menyambung tangisan. Lagak macam anak kecil yang mahukan susu.Kedengaran Tipah mengeluh berat.


“ Try tengok muka kau kat cermin ni..buruk!” kata Tipah sambil menghalakan cermin sebesar kotak 1st aid kepadaku.Aku perlahan-lahan mengangkat mukaku melihat cermin. MasyaAllah!! Aku terkejut besar melihat wajahku.Sebiji macam Koala dengan lingkaran hitam dan bengkak di sekeliling mata . Dasyatnya! Aku memandang Tipah.Tipah hanya tersengih memandangku .


“ Macam mayat hidup!” kata Tipah sambil tergelak besar.


“ Tipah!!!” Terus aku menerkam ke arahnya dan memukulnya dengan bantal peluk ku.Tipah membalas pukulan ku dengan bantal jugak dan kami kemudian pukul-memukul antara satu sama lain sambil bergelak ketawa.Kurang asam punya Tipah! Dan kerana itu,bilikku bersepah-sepah dengan kapas daripada bantal yang pecah,tu belum lagi termasuk tisu-tisu yang aku lempar merata-rata kat situ.Adehh..tak pela sekali sekala sepah-sepahkan rumah,pasni aku akan bergotong royong dengan Tipah untuk membersihkannya . Hai,cari penyakit tol.Hehehe..

-----------------------------------------------------------------------------------

Aku perlahan-lahan melangkah ke arah Imran yang sedang tidur. Aku tidak mahu menganggunya kerana aku takut dia ‘mengaum’ lagi . Sudah 2 bulan rupanya dia menjalankan rawatan di sini. Aku membelek folder riwayat pesakit berdekatan dengannya sambil sesekali aku merenung wajahnya.Hurmm…hensem jugak mamat ni tapi kalau tengok perangai tak hensem langsung! Buruk benor!Semenjak pembedahan memasukkan besi di tulang pehanya, dia sudah kurang mengamuk dan senang berkerjasama dengan jururawat di sini mahupun doktor termasuklah aku . Dia juga sudah boleh bergerak dan berjalan perlahan-lahan walaupun masih terpaksa menggunakan tongkat, mungkin sebab tu dia dah kurang mengamuk sikit.Walaupun begitu anginnya susah dijangka,kadang-kadang dia mengamuk jugak dan selalu wat aku sakit hati jek tetapi nasib baik aku ni penyabar,kalau tak dah lama aku halau dia keluar dari hospital ni.Ceh,macam berani je aku ni.Dia tu anak dato’,dok dalam wad VVIP pulak tu,bukan boleh dimaki dan dihalau sesuka hati .Tapi,kalau dia maki orang tak apa.Huh susah ah jadi orang kecik ni. Selalu kena buli oleh orang besar.

“ Cik doktor nak makan saya ke tengok saya macam tu?” Aku tersentak dari lamunan apabila Imran bersuara.Aik,bila masa lak dia sedar.Aduhh malunya aku,aku tengok dia eh tadi..rase macam tak tengok ,tak tengok kan..eh tengok lah. Hurmm..kantoi. Cam elok dah sikit bahasanya, biasanya beraku engkau ngan aku .


“ Tak ada maknanya nak tengok awak..,muka macam kambing” jawabku selamba.Malas nak layan Hehe macam mana boleh keluar perkataan kambing tu aku pun tak tahu.Argh lantak ah.Kalau nak mengamuk ,mengamuklah aku tak heran. Lagipun dia tu bukan boleh berlari,bukan boleh kejar dan tangkap aku pun.Haha. Dia merenung tajam wajahku tanpa bersuara. Alamak,apsal muka dia tiba-tiba jadi garang nih.Hehe marah kat aku latu.Aku berlagak biasa sahaja . Namun pandangan tajamnya membuatkan aku rimas.


“ Awak dah tak ada sakit-sakit kan?” Soalku cuba menutup ketidak keruan hatiku apabila ditenung sebegitu.


“ Saya still sakit lagi,” jawabnya ringkas namun matanya masih tidak terlepas dari merenungku.Mak..tolong..takut la pulak aku.Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.


“Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu,” jawabku lalu cuba melangkah keluar.Aku sebenarnya gerun dengan renungannya.


“Nanti!” Jerkahnya.O’ooo..


“ Ada apa?” Soalku kaget.


“Saya tengah sakit ni,kenapa awak tak nak tahu?” Tanyanya kasar.La..pasal tu ke.Mengada-ngada .


“ Saya tahu awak buat-buat sakit kan?” Tanyaku selamba.


“ Hei,awak ni doktor ke apa hah? Saya sakit betul-betul la.Tak ada masa saya nak main-main!” Ler..tengok dah mengamuk balik dah.Hish,tension betullah aku ngan Encik Farid Imran nih.Eii benci! Tak habis-habis nak merendahkan aku.Huh!


“ So,awak nak saya buat apa?” macam bodoh la pulak soalanku.Argh,lantaklah.


“ Saya nak awak..” suaranya mula mengendur. Gulp! Aku ni salah dengar ke apa? Tak mungkin.Aku salah dengar..ya aku salah dengar.


“Datang sini kejap,saya ada something nak cakap dengan awak ,” kata-katanya berubah lembut . Jantungku makin berdegup kencang . Aku perlahan-lahan menghampirinya tanpa mengeluarkan sepatah perkataanku Imran sudah duduk di birai katilnya dengan menghadap ke arahku.


“Duduk sebelah saya,” katanya lagi..lembut.Aku hanya menurut dan melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya.Rapat sangat .Akupun tidak tahu kenapa aku hanya menurut perintahnya tanpa banyak soal.Aku seolah-olah dipukau.Aku kena pukau ke?


“ I love you..,” aku seperti terkena kejutan elektrik apabila perkataan itu terpacul dari mulut Imran .


“Awak dah gila ke?!” Tengkingku .Aku cuba bangun dan ingin berlalu dari situ namun belum sempat aku berdiri dia menarikku kedalam rangkulannya dan merapatkan bibirnya ke bibirku .Aku cuba menolaknya kasar dan meronta-ronta minta dilepaskan namun dia mengemaskan lagi pelukannya . Aku semakin lemas dalam kucupan hangatnya. Lama aku diperlakukan begitu. Ketika itu aku merasakan maruahku sebagai seorang wanita suci tercemar dengan tindakannya .


“ Imran!!!” Laungan dari seorang wanita menghentikan perlakuannya .Aku terus menolak tubuhnya kasar apabila rangkulannya dileraikan dan terus berlari keluar .Ketika itu aku bertembung dengan ibunya,datin Fauziah iaitu wanita yang malaungkan nama Imran sebentar tadi dan juga kakaknya .Ya Allah,aku begitu malu…sungguh malu!! Ya Allah ,mengapa ini harus terjadi kepadaku . Aku menangis sepuas-puasnya selepas itu.Tidak ku sangka kesuciannku dinodai . Aku bukan lagi muslimah sejati. Aku dapat rasakan ibu dan kakaknya pasti memandang serong kepadaku kelak.Ya Allah..

-----------------------------------------------------------------------------------

“ Bodoh! Bodoh!” Aku menumbuk tedy bear aku yang berada di depanku . Sakit hatiku terhadap si mamat sewel pagi tadi masih bersisa .Kurang asam punya mamat.Ingat aku ni pelacur ke!! Air mata masih membasahi pipiku..nampaknya mukaku jadi mayat hidup lagi la pasni.


“ Dina,kenapa ni?? What happen?” Tipah terus meluru ke arahku apabila terdengar jeritan aku seperti orang gila sebentar tadi .


“Aku ni bodoh Tipah! Aku ni bodoh!” Bentakku keras sambil menguatkan raunganku.Benci tol,kenapa aku perlu begini!


“ Bodoh kenapanya…kenapa ko cakap camtu?” Tipah terus memelukku dan kemudian dia meleraikan pelukannya dan kemudian menggoncangkan tubuhku .


“ Mamat sewel tu kiss aku tadi! Dia ingat aku ni perempuan murahan ke??!” Raunganku makin menjadi-jadi.Alamak,jangan jadi gila dahla. Tapi dengan cara ini sajalah aku dapat menenangkan perasaanku.


“ Kiss??” Aduhh! Sakitnya telingaku. Kini,giliran Tipah pula menjerit.Hish,apa kena pulak ngan minah senget ni . Aku meraba-raba telingaku,sakit dengan pekikan Tipah.


“Woii ko ni kalau nak terpekik janganla kat anak telinga aku.Sakit woo..” marahku kepada Tipah.Tipah hanya tersengeh-sengeh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Ops..sory..haha lawakla.Macam mana dia boleh kiss ko?”E’eh cik Tipah Kembong ni,gelak pulak dia.


“Hurmmm…adala..malas aku nak citer,” jawabku lemah.Malas nak layan Tipah ni.Lupa pulak,Tipah ni jenis social sikit.Sukala tu dengar aku kena kiss.Sengal betul.


“ Ok..ok.Bertenang beb. Relax ar..bukan dia rape kau pun,dia kiss je kan?” Bulat mataku mendengar pekataan yang keluar dari mulut Tipah.Tak de insuran betul!


“ Ahah ko ingat suka sangat ke kena kiss,aku ni bukan bini dia tau!” Air mataku mula merembes laju.Tipah ni memang tak paham langsung perasaanku ketika ni.Ammaaa..tolong..


“Ops, sory la dina.Aku gurau jek. Camnila kau tak usah pikir sangat.Benda dah nak jadi..,” Tipah mula kaget apabila melihat aku menangis lagi.


“ Aku malu ngan mak and kakak dia.Ko tahu tadi, masa dia kiss aku, diorang ada kat situ.Nasib baik mak dia jerit nama dia,kalau tak ,tak tahu berapa lama lagi dia wat aku camtu.Aku sedih tahu tak? Aku rasa nilai aku di mata dia murah sangat..Aku tak tahu macam mana nak letak muka aku ni kat mana lagi.Aku malu Tipah,aku malu!” aku semakin sayu apabila memikirkan kejadian tadi.


“Dina,sabar Dina..kau tak perlu malu kerana kau tak bersalah dalam hal ni.Sabar yek..” pujuk Tipah .Aku hanya mengangguk lemah dan memeluk Tipah. Walaupun nasihat Tipah tak membantu aku sangat tapi dapat meluahkan perasaanku kepadanya sudah cukup membuatkan aku tenang. Akhirnya aku tertidur di situ menenggelamkan perasaanku yang berkecamuk.

Semenjak kejadian itu,aku sudah tidak berani bersua muka dengan Imran,lelaki keparat itu kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali dan juga aku tidak mahu menebalkan muka berjumpa dengan ibu dan kakaknya .Cukuplah setakat ini.Aku sudahpn minta doktor lain menggantikan tempatku untuk merawatnya.Fuh,nasib baik ada member aku sudi jadi doctor rawatan dia .Lega sikit hatiku.Tak perlu la lagi aku mengadap muka mamat sewel yang sememangnya sewel.Kalau tak sewel, tak kan boleh cium anak orang sesuka hati dia jek . Kalau ikut hati ,nak jek aku refer kat doctor sakit jiwa yang paham sikit jiwa dia.Haha..jahat tak aku?

--------------------------------------------------------------------------------------

“ Dr.Irdina. Dato’.Professor Dr. Mustapha nak jumpa doctor sekarang,” seorang staff nurse muda tiba-tiba menyapaku.


“Ok,terima kasih,” jawabku ringkas.Eh,apasal proff tetiba jek nak jumpa aku.Aku ada wat salahke?Aku mula risau,paham-paham jela Proff Mustapha tu garang sikit,kalau wat salah sikit konperm kena maki.Huhu salah pe plak aku wat kali ni.Aku tengah mencongak-congak kesalahanku.Rasanya cam tak de. Sedang aku mengorek otakku untuk mencari apa kesalahanku,sedar tak sedar aku dah berada di hadapan pintu bilik proff Mustapha.Alamak ,kenapa tiba-tiba jantungku berdegup kencang nih.Bala apa nak datang nih.Gulp! Aku menelan air liur,sudah bersedia sekiranya aku dimarahi proff yang orang kelantan cakap ‘bekeng’ tu. Aku memberanikan diri mengetuk pintu biliknya . Kedengaran suara garau proff memanggilku masuk.Aku perlahan-lahan memutar tombol pintu .Ceh,suspen la pulak..macam dalam cerita harry potter lak nak masuk perlahan-lahan macam ni.

“ Assalamualaikum proff,” lembut aku memberi salam .Proff hanya tersenyum melihatku.


“Waalaikumussalam..duduklah,” katanya lembut. Aku hanya menurut arahan.E’eh Dina..aku mimpi ke? Apasal proff hari ni nampak lembut semacam denganku. Siap senyum lagitu.Kalau hari lain jangan harap.Entah-entah dia berkenan kat aku kot.Hish apala yang aku melalut nih,proff Mustapha dah ada anak binila,siap ada cucu lagi.Tak nak ah aku ngan orang tua!


“ Dr.Irdina..are you here?” Aaaa..tersentak aku apabila disapa begitu.Huhu sempat pulak aku berangan sampai tak sedar proff tu tengah cakap ngan aku.


“Err…sory doctor.Yes,im here..why did you call me?” soalku selamba menutup perasaan malu yang menebal di dadaku.


“ I want to introduce a new doctor to you..” aihh musykilnya.Sejak bila proff Mustapha nak intro doctor baru kat aku nih.Sebelum ni tak pun. Baru aku perasan ada sorang mamat di sebelahku.Ya Allah,macam mana aku boleh tak perasan dengan kehadirannya.Terdengar dia tergelak halus tapi aku tak berani nak pandang muka dia. Segan. Ehe..

“Kenalkan, Dr. Fareez Haikal from Hospital Seremban. Dia baru dipindahkan ke sini,” kata-kata proff Mustapha membuatkan aku terlopong. Macam penah dengar je nama tu.Dengan serta-merta aku berpaling ke kanan untuk melihat doktor baru itu. Ya Allah! Haikal ! Macam mana dia boleh ada di sini.Tidak!! Dia hanya tersenyum kelat melihatku mungkin sedar yang aku tidak menyenangi kehadirannya di situ.

“ Hai..,” katanya sepatah sambil anak matanya tidak berkelip memandangku. Aku hanya mengukit senyuman yang pura-pura kerana tidak mahu proff Mustapha mengesan gelora jiwaku ketika itu.


“Owh hai..,” jawabku sepatah.Malas.


“ Sila bagi tunjuk ajar,” kata Haikal lagi.Aku hanya diam.Angguk pun tak geleng pun tak.Amarahku mula membuak-buak.Geram tengok Haikal.Tak ada tempat lain ke dia nak mintak tukar,kenapa mesti hospital yang sama denganku! Benci!


“Ek ehem,” kedengaran proff Mustapha berdehem.Aku dan Haikal terus memandang ke depan serentak .


“Maaf,” kataku sepatah . Proff Mustapha mengangkat kening ala-ala The Rock gitu .Aku hanya tersenyum hambar.


“Kalau tak ada apa-apa,kamu boleh keluar sekarang . Ingat Dr.Irdina,sila bagi tunjuk ajar kepada Dr.Haikal.He’s still new in this hospital,” hai macam satu arahan je bunyinya.


“Okay Prof,InsyaAllah..,” jawabku sepatah .Haiya..proff ni salah orang la.Carila orang lain nak ajar si Haikal ni.Mengapa aku? Huh,Haikal..jangan harap aku nak layan ko.Aku tak kan kasik muka kat kau lagi.Cukupla pe yang kau buat kat aku dulu.

------------------------------------------------------------------------------------

“ Dina..thanx..” kata-kata Haikal menghentikan langkahku yang bergerak laju menuju ke tempat parkir kereta. Masa untuk pulang sudah tiba.Yea yea.


“Hurmm thanx for what? I don’t do anything for you!” jawabku keras.Malas nak bercakap dengannya walaupun hatiku berkocak hebat apabila mendengar suaranya. Tidak..aku tidak akan tersungkur lagi kepada lelaki sepertinya dan yang pasti air mataku sudah kering untuknya.


“ Terima kasih sebab sudi membantu abang,” arghh romantisnya kata-katanya .Aduhh macam nak cair la plak.Oh tidak!


“ Hello Dr.Haikal,kalau bukan proff Mustapha yang arahkan ,saya tak ingin nak bantu awak! Sampai matipun saya akan benci awak! Saya nak tanya sikit,kenapa dalam banyak-banyak hospital,hospital ni jugak awak pilih? Apa tak ada tempat lain ke nak pi?!” hah amek kau,bertalu-talu aku menyergah dia . Kelihatan dia terlopong dan ternganga mendengar kata-kataku yang macam torpedo tadi . Kalau lalat masuk pun tak sedar.Hehe.


“ Dina,sampai hati cakap camtu kat abang..I still love you.Abang sanggup kerja sini sebab Dina,” ammaa merayu la plak mamat nih. Jangan cair Dina,jangan!


“ Stop it!I don’t want to hear anything anymore!” bentakku keras. Dia tersentak lagi tapi mulut dah tertutup dah.Yela,cam paham-paham jek lalat tengah tunggu nak masuk dalam mulut dia.


“ Abang minta maaf untuk apa yang abang lakukan terhadap sayang dulu . Bertahun-tahun abang cuba memulihkan diri abang.Kalau bukan kerana Dina,abang dah tak ada semangat untuk hidup.Terima kasih Dina,kerana Dina ..abang boleh berjalan kembali.Thanx..” kata-kata rintihannya membuatkan jiwa wanitaku goyah.Boleh berjalan kembali? Kata-kata itu aku ulang di dalam hati .Aku memandang sekeliling,tiada orang lain di situ melainkan aku ngan Haikal.Apakah yang diperkatakannya benar belaka?


“Apakah maksud awak dengan boleh berjalan kembali?Boleh terangkan sikit?” ceh ,macam wartawan la plak tanya camtu .


“ Actually 5 tahun lepas abang accident.Tulang paha and tangan abang patah .Abang ingat abang dah tak ada harapan untuk hidup.Abang malu nak jumpa Dina .Abang tak mahu Dina sedih tengok abang camni.Abang rasa bang tak mampu nak bahagiakan Dina dengan keadaan abang camni. Kemudian,uncle abang yang merawat abang kata abang mesti kuat kerana abang masih boleh berjalan asalkan ada semangat yang kuat.Akhirnya abang terfikirkan Dina,abang terus jadi kuat dan perlahan-lahan abang bisa berjalan semula dan akhirnya abang pulih sepenuhnya .Ketika inilah abang mula menjejaki Dina.Abang cintakan Dina sangat-sangat sayang..” Jelepok! Tanpa aku sedari aku jatuh terduduk di situ. Aku rasa ingin pitam mendengar cerita Haikal.Ya Allah,apa aku dah buat nih.Air mataku merembes jatuh membasahi pipiku.Haikal..sucinya hatimu.


“ Dina,kenapa ni sayang.Bangun Dina,” dia kalut melihat aku begitu.Dia terus membangunkan aku. Habis kotor belakang baju kurung yang aku pakai.Yela nak wat camna tindakan reflex membuatkan aku terjatuh.Terkejut sangat.


“Abang,kenapa tak cakap dekat Dina pasal ni.Sampai hati abang..Dina kan dah janji takkan tinggalkan abang walaupun apa yang terjadi,” aku dah mula sentimental.Huhu sedih sangat.


“Maafkan sayang..abang tak bermaksud nak melukakan hati sayang,” tangisanku makin kuat apabila mendengar kata-katanya . Dia cuba memelukku namun aku menolak tubuhnya lembut.Dia hairan melihat tindakanku.


“Kita bukan muhrim lagi bang..mana boleh macam ni..” kataku lembut sambil mengesat air mata di pipiku. Dia hanya tersenyum simpul dan wajahnya yang putih itu kelihatan kemerah-merahan.Sweetnyer..malu latu.Hehe comel betul.


“Sory..,” katanya sepatah. Aku hanya tergelak di dalam sendu.Bahagia itu datang kembali.


“ Sayang,sudikah sayang menjadi permaisuri abang buat selama-lamanya?” Aik sejak bila dia melutut di depanku ini. Sebentuk cincin bertatahkan berlian dihulurkan kepadaku.Aku melilau melihat sekeliling,takut ada orang tengok adegan romantikku.Fuh,lega,nasib baik tak ada orang kalau tak malu aku.

“Abang,apa abang buat ni..,bangunla,” aku jadi segan dengan tindakannya.


“Sayang,sudikah sayang?” Soalnya sekali lagi.Alamak jantungku semakin laju berdegup ,rasa macam nak pecah dada ini.Kenapala Haikal ni romantik sangat, memang cair habis aku sampai jadi wap.Huhu.


“Ya abang,Dina sudi. Dah-dah bangun,” jawabku dengan tergesa-gesa. Kalut. Dia tersengeh dan perlahan-lahan bangun meghadapku. Lengan baju kurungku ditarik dan Haikal meletakkan cincin tadi ke atas telapak tanganku .Aku mengambilnya dan menyarungkan cincin itu ke jari manisku.Aku kemudian mengangkat muka dan tersenyum kepadanya.Ahh bahagianya hidup.


“Thanks sayang, I love you..,” kata-kata romantisnya bergema lagi.


“I love you too..” jawabku ringkas malu-malu meow. Hehe


“Ha..macam tu la sayang abang.Baru ada feel sikit . Ni orang baru nak romantic sikit dia suruh bangun cepat-cepat lak,” amboii sempat lagi kutuk aku tu.


“Ala abang ni.nyampah!” Bentakku sambil memuncungkan mulut .


“Eii ni geram abang nak cium ni?” kata-katanya menyebabkan satu cubitan ketam dariku melekat kat perutnya.


“Aduhh..sakitla yang,” haaa tahupun sakit.Aku hanya tergelak.Padan muka! Namun hari ini aku berasa cukup bahagia. Tanpa ku duga ,aku mendapat kembali cintaku yang telah lama hilang .


“ Sayang,esok abang bawak sayang pergi jumpa papa dan mama abang ye..” kata-kata Haikal mengejutkan aku. Alamak cepatnya nak bawak jumpa mak ayah.


“Cepatnya abang.Takutlah.”


“La..watpe nak takut.Kan diorang bakal mentua sayang..Jomla sayang..”


“Hurmm yela..”


“Haaa macamtula sayang abang..,” kata Haikal.Tangannya cuba menarik hidungku yang mancung tapi aku lebih pantas mengelak. Ish tak paham-paham, kan aku ngan dia bukan muhrim lagi.


“Yela..yela..im sory,” katanya lagi sambil tergelak seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiranku .Aku juga turut tergelak .Lucu ke?Boleh la..haha

--------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya , seperti yang dijanjikan Haikal membawaku ke rumahnya untuk bertemu kedua ibu-bapanya . Aku terkejut besar kerana melihat rumah banglo mewah milik keluarganya yang sangat besar bagaikan sebuah istana indah. Aku tidak menyangka,rupa-rupanya selama ini aku tidak tahu yang Haikal merupakan anak orang kaya.Lagipun aku tidak pernah bertanya pekerjaan bapanya .Aku sangkakan ibu bapanya orang biasa sahaja memandangkan penampilannya yang selekeh dan low profile . Selekeh-selekeh diapun aku boleh tersangkut gak.Tak tahu la macam mana boleh tersangkut.Melihat kemewahan Haikal yang sebenarnya,aku tiba-tiba jadi takut .Aku takut untuk berdepan dengan ibu bapanya.Yela,aku ni orang biasa je. Orang kampung,nak ke dia bermenantukan orang miskin cam aku padahal ramai lagi anak dara orang kaya yang boleh dijadikan menantu. Hish,aku ni ke situ lak aku fikir.Bukan pe,sebenarnya aku tengah bosan menunggu Haikal ni.Lepas dia suruh aku dok kat sofa mewah kat ruang tamu rumahnya,dia menghilang.Katanya nak panggil ibu bapanya tapi apasal lama sangat.Aku beberapa kali menguap kerana mengantuk,jenuh menunggu sebenarnya.

“ Hai Dr.Dina..,” sapa seorang lelaki di belakangku.Eh,macam penah dengar je suara tu.Aku berpaling ke belakang.


“Imran??” soalku.Aku mengeyeh mata beberapa kali.Aku bermimpi ke. Apasal mamat sewel ni boleh ada kat sini? Dah boleh berjalan pulak tu. Musykilnya.


“ Ya, ingatkan dah tak ingat dah..” katanya sambil tergelak halus.Matanya galak meratah wajahku. Dia melabuhkan punggung di sofa di hadapanku sambil bersilang kaki.Kemudian dia memeluk tubuh dan terus merenung wajahku.Terasa mukaku membahang panas. Serta-merta bayangan kejadian dia menciumku bermain di tubir mata dan tanpa aku sedari aku segera menutup mulutku kerana takut dicium lagi.


“ Jangan risau,saya takkan wat camtu lagi,” ops..malunya aku.Cam tahu-tahu je pe yang ada dalam fikiranku. Aku meletakkan kembali tanganku ke bawah. Mukaku terasa makin panas.Lidahku kelu untuk bersuara.


“ Awak siapa,macam mana awak boleh ada kat sini?” soalku dengan muka tak bersalahnya. Dia mengerutkan dahi hairan. Apasal,pelik sangat ke soalan aku?


“ Aik,sepatutnya sayala yang tanya soalan tu kat awak.Macam mana awak boleh ada kat sini?” Aaa?? Apasal dia tanya aku camtu pulak. Musykil lagi!


“ Err..saya..,.”


“Diala bakal isteri abang,” belum sempat aku menjawab,Haikal yang tiba-tiba muncul lebih pantas menjawab .Abang? Imran tu adik dia ke?


“ Owh..,” jawabnya sepatah.Terdapat riak kecewa terukir di wajahnya .


“Cantik lah bakal isteri abang..” katanya separuh menyindir. Wajah Haikal kelihatan tegang .


“ Hurmm..thanx . Im buat apa kat sini?” Soal Haikal mendatar.


“Lah,ni kan rumah aku, suka hatila aku la nak buat apa. Jangan risau la..aku tak kan kacau bakal isteri ko yang cantik dan berbibir seksi ni..” kata-kata Imran membuatkan aku tersentak.Celupar betul mulut!


“Imran!” teriak Haikal.Imran hanya tersenyum sinis sambil mengangkat punggung dan perlahan-lahan berlalu dari situ.Matanya tidak lekang dari memandang wajahku.Aku menundukkan pandangan taktala bertentang mata dengannya . Jantungku berlari laju.Apa yang sudah berlaku di sini?Kelihatan hubungan Haikal dan adiknya Imran tak begitu baik.


“ Maafkan abang kerana Imran,” Haikal bersuara kesal.


“Tak apa abang..dia pernah jadi patient Dina ,” jawabku lemah. Terasa dunia ini sempit sekali,masih tak sangka akan bertemu dengan mamat sewel itu lagi dan kali ini sebagai adik kepada orang yang aku cintai.


“Abang tahu..dan abang tahu yang dia pernah cium sayang kan?” soalan yang terpacul dari mulut Haikal membuatkan aku tersentak sekali lagi.Ya Allah,tak habis-habis aku dikejutkan dengan soalan-soalan maut ini.


“Macam mana abang tahu?” soalku Hairan. Mukaku merona merah kerana malu .Rupa-rupanya Haikal yang mengetahui hal itu.


“Ermm..yang tu tak penting .Yang penting sekarang,abang takkan biarkan dia perlakukan sayang begitu lagi.Sayang hak abang selama-lamanya,” suaranya mula mendatar.Marahkah dia kepadaku?


“Ok..”aku sudah kehilangan kata.


“ Jom balik,” aihh cepatnya.


“Kenapa tiba-tiba je?Kalau camtu tak sempat jumpa mak ayah abang la ek?” soalku hairan.


“Diorang tak ada kat rumah,” jawabnya ringkas.

Hasrat Haikal untuk menemukan aku dengan ibu bapanya terpaksa ditangguhkan.Dia terus menghantarku pulang ke rumah sebelum ibu bapanya pulang dari rumah saudara mereka . Sepanjang perjalanan, Haikal hanya mendiamkan diri,aku juga begitu .Entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu .Aku pun malas mahu mengambil tahu.

--------------------------------------------------------------------------------------

Haikal perlahan-lahan memutar tombol pintu bilik Imran.Tujuannya hanya satu ,mahu menyelesaikan perkara itu. Semenjak Imran accident hampir setahun lepas, hubungannya dengan adiknya itu renggang kerana Imran sering menyalahkannya atas apa yang berlaku kepadanya.Katanya Haikal la penyebab dia accident . Haikal sangat sayangkan Imran kerana Imran lah satu-satunya adiknya selain daripada kakaknya tetapi semakin dia cuba mendekatinya semakin Imran menjauhkan diri darinya . Diapun sudah buntu bagaimana mahu memujuknya Imran supaya Imran kembali seperti dulu.Dia ingatkan,setelah Imran sembuh,dia akan berubah menjadi Imran yang dulu namun harapan itu hanya tinggal harapan.Imran bukan berubah menjadi semakin bertolak ansur malah menjadi makin keras kepala.

“Ko pe hal masuk bilik aku sesuka hati ha?” Sergah Imran apabila melihat Haikal terjengul di muka pintu biliknya . Dia memandang Haikal dengan pandangan yang menyinga. Sesungguhnya dia begitu berdendam dengan Haikal !


“ Abang ada hal nak cakap ngan Im,” Haikal masih berlembut.Dia tidak mahu ada sebarang pertelingkahan berlaku antara dia dengan Imran lagi.


“Hal apa lagi? Wei tolong ah,aku dah tak ada apa nak dibincangkan ngan ko!” Suara Imran makin meninggi.


“ Im..kenapa Im jadi begini? Abang minta maaf kalau abang ada wat salah..” Haikal terus-terusan memujuk Imran .


“ Haha ko tanya aku kenapa aku jadi begini ye? Ko tu perampas hak aku.Dari dulu sampai sekarang ko tak habis-habis nak rampas hak aku,ko paham?!” gertak Imran geram dan kemudian ketawa sinis . Menyindir kata-kata Haikal yang telah menjadi musuh ketatnya kini walaupun Haikal itu adalah abang kandungnya sendiri .


“ Apa yang Im cakap ni? Abang tak pernah nak rampas hak Im!” Haikal mula hilang sabar.


“Oooo ko cakap tak pernah nak rampas ye..ko dah tau aku suka kat dr.Irdina tu tapi ko nak berbinikan dia jugak .Dulu kerana ko, aku kehilangan Hani! Kerana ko aku accident sebab nak kejar dia!Kerana ko aku hampir lumpuh selam-lamanyaSemua kerana ko!Ko rampas semua hak aku!” Imran masih menyinga . Haikal terkedu dengan amukan Imran.Dia mengetap bibir.Tidak disangka Imran membenci dia sehingga ke tahap itu . Tidak disangka adik yang dia tatang bagaikan minyak yang penuh semenjak kecil boleh berkata begitu terhadapnya . Dia menarik nafas dalam-dalam dan memejam mata rapat bagi menenangkan fikirannya yang bercelaru saat itu.


“ Imran, abang tak ada niat nak buat semua itu . Pasal Hani,dia yang nak kat abang dulu.Abang sendiri tak sangka. Dan..pasal Irdina,dia kekasih abang sejak di universiti lagi.5 tahun abang cari dia dan baru sekarang abang jumpa balik .Abang tak sanggup kehilangan dia,” suara Haikal mula mengendur mengharapkan Imran faham apa yang berlaku.


“Argghhh,blah la wei! Ko ingat aku bodoh ke hah?! Aku tak bodoh la bangang . Aku tahu ko saje nak kenakan aku kan ?” Kata-kata kasar dari Imran menyemarakkan amarah Haikal.Haikal semakin hilang sabar .


“Abang sayangkan Im,kenapa Im cakap macam ni? Im nak abang buat apa sekarang supaya Im paham keadaan abang?” suara Haikal mendatar .


“ Aku nak Irdina !” Haikal tersentak mendengar permintaan Imran. Dia berasa tercabar .


“ Ko dah gila ke?” Giliran Haikal pula meninggikan suara.


“ Ya,memang aku dah gila .Aku gila kan dia. Aku dah kiss dia,so dia dah tak suci lagi! Dia hak aku!Hak aku ko paham!!”


“Pangggg!!!!” Satu tamparan kuat singgah di pipi Imran.Ternyata Haikal sudah hilang kawalan . Haikal memandang tapak tanganya.Dia tidak menyangka dia akan menampar Imran.Tiba-tiba Haikal berasa menyesal dengan tindakannya .Imran tidak pernah disakitinya sebelum ini tetapi dia benar-benar hilang kawalan.


“Maafkan abang..,” Haikal bersuara terketar-ketar. Kelihatan Imran meraba-raba pipinya dan terdiam . Dia memandang Haikal bengis .Api amarahnya semakin membara.


“Arghhhh!!” Imran menjerit nyaring lalu berlari dari biliknya menuju ke luar rumah.


“Imran,kau nak ke mana tu?” Haikal cuba mengejar Imran namun Imran lebih pantas mendapatkan motor besar miliknya dan terus berlalu dari situ .


“Imran! Imran!” Sahutan Haikal tidak dipedulikan . Imran memecut laju motosikalnya ke arah satu destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Dia tekad untuk lari daripada rumah banglo mewahnya yang penuh dengan kebencian.Dia benci Haikal kini dan selamanya! Tanpa disedari,air mata jantannya tumpah jua . Keperitan tamparan Haikal masih terasa .

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku pelik la tengok Haikal petang ni.Apasal muka dia monyok semacam . Dari tadi lagi aku perhatikan dia,cam tak de mood jek nak kerja .Hish,selalunya happy jek . Aku tanya sepatah jawab sepatah. Aku tanya sepuluh patah pun dia jawab sepatah gak .Ni aku heran ni. Selepas abih tugasku di hospital ,Haikal mengajakku jalan-jalan di sekitar ibu kota .Katanya nak release tension.Tu je dia cakap kat aku.Yang selebihnya dia hanya diam membisu .Aku ikut jela,layan jela kerenah dia.Aku kan bakal bergelar isteri mithali,kenala belajar memahami bakal suami.Hehehe..

“ Abang..are you okay?” Tanyaku kerana dah bosan dah jalan dengannya kerana dia asyik membisu jek. Hish tension gak bila dia senyap .Tiba-tiba aku terfikir,aku ada wat salah ke? Tapi apa yek?


“Abang..hello..,” aik mamat nih nape cam tak dengar jek aku panggil.


“Abang!” Sergahku. Kali ni barula dia berpaling menghadapku tapi mukanya masih monyok.Ayoyo abang,nape muka camni.Tengok pun tak ada selera.Huhu.


“Erm..im okay..” jawabnya sepatah .Huh nak tipu latu.Dia meneruskan perjalanannya dan berhenti di bangku yang berada di tepi jalan di tengah ibu kota . Suasana kat situ agak lengang,so boleh la aku korek problem dia kat sini.


“Abang jangan tipu Dina la.Dina tahu abang ada problem kan? Kenapa bang..cakapla kat Dina..,”rayuku dan membuat muka kesian .Dia kemudian merenung dalam anak mataku.Alamak ,dia renung la pulak.Tajam semacam jek macam Imran pulak tenung camtu.Takut aku.


“ Imran dah 2 hari tak balik rumah.Dia lari dari rumah.So,abang risau..,” oooo jadi nila problemnya.


“Eh,kenapa dengan Imran?Dia bergaduh ngan abang ke sampai lari dari rumah?” Laju aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.


“ Yer..pas kena tampar ngan abang,dia terus blah ngan motor dia .Dan sampai sekarang dia tak balik-balik dari rumah,” jawabnya sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas kepala mempamerkan kerunsingannya yang teramat.


“ Kenapa abang tampar dia?”Terkejut aku apabila mendengar Haikal tampar Imran .Kokya pun bergaduh takkan sampai naik tangan .Haikal ni garang ke ah?Setahu aku dia la lelaki paling penyayang pernah aku jumpa.


“Dia hina sayang..,” suaranya makin lemah.


“Dia hina Dina macam mana tu?” Soalku lagi.Erk,takkak sebab aku diorang bergaduh kot.


“Dina,boleh tak jangan banyak tanya.Abang tengah risau gila pasal Imran ni.Tolongla paham,” lahh tiba-tiba je Haikal meninggikan suara.


“Sory..,” jawabku sepatah. Sedihnya kena marah .Aku menarik muka,buat-buat merajuk la konon . Ingatkan Haikal nak pujuk tapi aku tengok dia berlalu dari situ dan meninggalkan aku terkial-kial seorang diri .Ish,pe kena ngan Haikal nih? Kenapa dia tak minta maaf dariku. Huhu sedihnya..Namun,aku turut mengekorinya dari belakang walaupun dia sedikitpun tidak berpaling melihatku .Yela,takut la pape jadi kat aku,nanti aku jugala yang susah.Aku terpaksa ketepikan ego demi keselamatanku. Biarlah,aku tahu Haikal ada masalah dan aku kena paham walaupun hatini rasa sakit sangat bila dia perlakukan aku begitu. Sedang aku asyik dok mengumpat Haikal di dalam hati ,tiba-tiba kedengaran bunyi cam orang bertumbuk di sebalik bangunan rumah kedai berdekatan kawasan yang agak sunyi itu dan seskali diselangi dengan bunyi orang mengerang kesakitan.Aku menghentikan langkah begitu juga dengan Haikal yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri . Aku pandang Haikal dan Haikal juga pandang aku.Kemudian kami saling berpandangan . Haikal perlahan-lahan menghampiri arah bunyi itu .

“Jangan!” Kataku separuh berbisik dan kemudian memegang lengannya.Aku tidak mahu dia masuk campur sekiranya ada pergaduhan yang berlaku di situ.Aku faham sangat si Haikal nih,dia ni memang jenis suka tolong orang sehingga sanggup bertumbuk.


“Abang nak pi tengok kejap,sayang tunggu sini ya..,” aku kecewa apabila Haikal meleraikan peganganku dan berlalu dari situ.


“Dina ikut!”


“ Jangan Dina, bahaya!” Tegas Haikal.


“ Arghhhh!!” Jeritan itu mengejutkan kami berdua. Aku dan Haikal terus berlari ke arah suara itu yang datang dari arah sama dengan bunyi tadi .

“Imran!!” Kami menjerit serentak apabila melihat Imran yang cedera parah kerana dibelasah teruk oleh 4 orang lelaki yang semua berambut ceracak ,mungkin budak-budak punk.Mereka sedang mengerumuninya sambil tidak henti-henti membelasahnya tanpa menghiraukan kehadiran kami di situ.Aku ketakutan dan air mataku hampir menitis melihat Imran diperlakukan sebegitu rupa .Tanpa ku duga,Haikal menyerang kumpulan punk tersebut dan bermulalah adegan bertumbuk di hadapan mataku. Haikal begitu tangkas melawan serangan lawan dan dengan sekelip mata dia berjaya menumpaskan mereka dengan mudahnya . Aku bertepuk tangan .Tak sangka Haikal hebat berkung fu! Bangga aku,yela dia kan pak we aku yang terulung.Aku tergelak girang.


“ Abang!!”Gelakku mati apabila terdengar jeritan Imran . Aku seperti ingin pitam apabila melihat Haikal terbaring lemah dengan sebilah pisau terbenam ke dada kirinya dan darah berlumuran membasahi baju kemejanya .


“Abang!!” Giliran aku pula menjerit sambil berlari ke arahnya.Dengan sekelip mata di luar jangkaanku salah seorang budak punk tersebut berjaya menikam Haikal yang sedang leka membelasah rakan-rakan mereka. Kumpulan punk itu lari lintang pukang apabila melihat Haikal sudah terbaring lemah di situ . Aku meraung sekuat hati .Air mataku deras mengalir di pipiku.Begitu juga Imran.Kelihatan dia cuba merangkak lemah mendapatkan abangnya,Haikal.


“Abang..jangan tinggalkan Dina,” rintihku sayu.Kepalanya aku rangkul dan meletakkan di atas pehaku.


“Abang..bangun bang..jangan tinggalkan Im bang..,” kini Imran pula merintih hiba sambil memegang tangan Haikal. Kesedihanku sudah tidak dapat dibendung lagi.


“ Imran..maafkan abang..” kata-kata Haikal menambahkan esak tangis Imran .


“Abang tak salah..Im yang salah.Im yang selalu tuduh abang bukan-bukan.Maafkan Im abang..Im memang adik yang tak guna,” Imran semakin kuat merintih.


“Imran,abang dah lama maafkan Im. Abang sayangkan Im..” terketar-ketar Haikal mengungkapkan kata-kata.Sesekali kedengaran deruan kasar nafasnya yang semakin tidak stabil.


“Im pun sayangkan abang..abang bangun bang..Im janji pasni Im akan cakap baik-baik dengan abang..,” Imran memeluk Haikal yang semakin lemah .Air mata lelaki Haikal mula menitis.


“Betul abang…bangun bang..jangan tinggalkan Dina.Abang mesti kuat!” Aku sudah tidak dapat menahan sabak melihat keadaan Haikal .Tangisanku makin menjadi-jadi.


“ Dina,abang tak dapat bertahan lagi.Bo..leh tak Di..na janji…ngan abang..” suara Haikal tersekat-sekat.Dadanya berombak kencang .Darah tidak henti-henti mengalir.


“Janji apa bang?”


“Kahwini Imran,” aku terkedu dengan permintaan Haikal. Sungguh berat aku rasa amanatnya.


“Imran cintakan Dina.Kahwinila dia sayang selepas abang pergi..,” rayunya lagi.Aku sudah kehilangan kata-kata.


“Abang..tidak bang..Dina milik abang seorang.Imran tak layak untuk dia,” Imran pantas memintas.


“Imran,ja..nji dengan a..abang ,Im akan jadi sua..mi..yang terbaik kepada Dina..arghhh!!” nafasnya semakin perlahan.Aku dan Imran mulai kaget.


“Im janji bang..Im janji tapi abang tolonglah jangan pergi,” hiba aku mendengar rintihan Imran.


“Mengucap bang..mengucap..Asyhadualla illahailallah..Wasshaduannabuhammadarassulallah..,” Aku mengajar Haikal mengucap.Aku tahu masanya sudah tiba walaupun perit untuk aku menerima hakikat ini.

Kedengaran Haikal melafazkan ucapan syahadah itu perlahan-lahan dan serentak dengan itu nafasnya kian perlahan dan…


“Abang!!!” kami menjerit serentak apabila melihat nafasnya berhenti dan nadinya sudah tidak berdenyut lagi .Ya Allah,dugaan apakah ini..Harini aku sudah kehilangan lelaki yang aku sayang.Mengapa dia pergi jauh dariku di saat aku sudah menemui cinta lamaku? Hari itu aku menangis sepuas-puasnya menangisi pemergian kekasihku yang tercinta. Aku begitu kesal kerana tidak berkesempatan mendirikan sebuah mahligai bahagia bersamanya .Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu ini..

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku mengesat air mata yang membasahi pipiku . Aku menyimpan kembali potret Haikal yang menjadi kenangan terindah buatku. Sudah hampir 2 tahun Haikal pergi meninggalkanku namun aku rasakan baru semalam aku melihat senyum tawanya . Aku mengusap lembut perutku yang memboyot membawa kandungan yang berusia 6 bulan ,sayangnya anak ini tidak sempat mengenali Haikal.

“ Sayang..,” sahutan Imran mematikan lamunanku .Aku terus menyembunyikan potret Haikal dari pandangannya .


“Abang tahu,sayang tengah teringatkan abang Haikal kan?” kata Imran perlahan.Aku dapat rasakan kekecewaannya kerana aku masih tidak dapat melupakan Haikal walhal dia sudahpun sah menjadi suamiku semenjak 2 tahun lalu.


“ Maafkan ayang bang..” jawabku sepatah.


“Tak apa,abang faham. Abangpun tengah teringatkan dia..” kata Imran lemah masih kecewa dengan perlakuanku mungkin.


“Abang, ayang nak abang tahu yang cinta ayang hanya untuk suami ayang sekarang..I love you so much..,” aku cepat-cepat membetulkan keadaan kerana aku tidak akan membiarkan suamiku salah faham terhadapku lagi.


“I love you too sayang,so much!”.Aku tersenyum bahagia mendengar jawapan Imran. Dengan sekelip mata,bibir Imran bertemu dengan bibirku.Ciuman hangatnya mampu menggetarkan jiwa wanitaku.


“ I don’t want to lose you..,”katanya sepatah dan kemudian mencium lembut pipiku. Bahagianya aku saat ini.Aku sudah mencintainya sepenuh hatiku.Benar,semenjak menjadi isteri Imran,aku semakin jatuh cinta kepadanya walaupun di awal perkahwinan ,hubungan kami agak keruh kerana perkahwinan ini hanyalah atas dasar wasiat Haikal . Allah itu Maha Berkuasa,akhirnya Dia mengurniakan perasaan cinta terhadap seorang suami yang layak di hatiku supaya aku dapat merasai nikmat kebahagian berumah tangga . Walaupun Haikal adalah cinta pertamaku,aku tidak akan sesekali menduakan cintaku terhadap suamiku yang tersayang .Biarlah Haikal menjadi kenangan terindah buatku .Kerana dialah aku mampu mengecapi kebahagiaan ini.Ya Allah,engkau tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang terpuji..amin..

11 comments:

  1. nice story.bru bukak blog ek?

    ReplyDelete
  2. gud job! kalau buat novel mesti lagi best kan..=)

    ReplyDelete
  3. isk isk sdey la haikal meninggal..

    ReplyDelete
  4. so sweet..menyentuh perasaan
    tapi kalo x guna ayat sms lagi best cte ni.hehe
    pepun tahniah!

    ReplyDelete
  5. ooo cte ni..dah kuar kan kat penulisan2u? aku tak ingat dah ble baca tp best ah dapat bini doktor.hekhekhek

    ReplyDelete
  6. cite ni best tapi lagi best kalau
    dina kahwin ngan haikal .
    awat buat cite haikal mati??????????

    ReplyDelete
  7. argh sad ending.. huhu.. nape haikal mati?? wwaaaaa.. nak nangis.. :(

    ReplyDelete
  8. best...best...akhrnya dina ngn imran gak...hehehe ♥

    ReplyDelete
  9. Sedihnye cite ni..tapi sy suke...teruskan cayoook

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)