Suasana di tempat parkir kereta pejabat pagi ini agak lengang memandangkan jam baru menunjukkan pukul 7.15 pagi.Masih awal lagi untuk datang kerja namun aku tidak tahu kenapa hari ini aku begitu bersemangat untuk ke pejabat .Mungkin sempena awal tahun kena la ada azam baru . Aku melangkah perlahan meninggalkan keretaku yang diparkir betul-betul berhadapan dengan pintu pejabat ,bersebelahan dengan tempat parkir kereta Encik Haikal poyo, bos aku yang memang poyo.
“Lina!” Aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku secara tiba-tiba . Erm..Syam rupanya. Aku tidak mempedulikan panggilannya,sebaliknya mempercepatkan langkahku menuju ke ruang lobi syarikat . Semenjak kejadian di Cameron Highland, aku mula menjauhkan diri daripada Syam kerana selagi aku tidak mendapat jawapan pasti daripada Syam selagi tula aku tidak akan bertegur sapa dengannya. Ceh, kira perang dingin la ni. Tu la siapa suruh berahsia sangat denganku .Kan dah kena penangan berbisa dari aku.
Ops! Aku terkejut beruk apabila lenganku ditarik kasar dari belakang dan kemudian digenggam kemas . Cait! Berani Syam pegang lenganku dengan sesuka hati mak bapak dia je.
“Syam ,lepaskan saya!” Aku menjerit nyaring . Namun Syam makin mengejapkan pegangannya. Pekerja-pekerja lain masih tidak kelihatan di situ .Aku mulai kaget.
“Lina, kenapa sejak akhir-akhir ni awak asyik mengelak je dari jumpa saya.What’s wrong?” Soal Syam tidak puas hati .Ish dia ni, dah tahu bertanya pula.
“ Saya mengelak dari awak? Tak ada masa la saya. Saya busy sekarang ok! Lepas lah!” Aku menggertaknya keras dan meronta hebat untuk melepaskan diri namun kudrat wanitaku tidak sekuat kudratnya sebagai seorang lelaki.Aku tewas.
“ Awak jangan nak tipu saya la . Saya tengok kat pejabat awak bukan buat kerja sangat pun tapi bila saya call awak, awak selalu cakap awak sibuk .So what?” Ooo,selama ni dia mengintip apa aku buat ye.Hurmmm…macam mana aku nak kelentong ni .Memang semenjak dua menjak ni aku lepak je kat pejabat, tak ada kerja sangat kerana Encik Haikal outstation untuk seminggu . Jadi , senang hatila pekerja-pekerjanya tanpa perlu memerah otak dan otot untuk menyiapkan tugasan yang tak pernah habis tu. Inila waktu sesuai untuk bersenang lenang.
“Lina, awak dengar tak apa yang saya cakap?” Erk, tak perasan pulak aku mengelamun . Ish,selalu macam ni.
“Saya dengarlah! Ya,memang saya mengelak dari awak sebab awak dah malukan saya!” Aku menengkingnya . Tak tahula kenapa aku tiba-tiba bengang sangat dengan Syam sekarang padahal kesalahannya bukanlah besar mana .Dia hanya mengaku akuni tunang dia je.Itu je tapi entahlah, susah nak cakap sebab musababnya.
“Saya malukan awak pasal apa pulak? Setahu saya ,saya tak pernah cakap bukan-bukan pasal awak . Cuba cakap biar clear sikit..” Syam mula meleraikan pegangannya dan kemudian memegang bahuku pula. Uiks, apa ni main pegang-pegang. Aku segera menepisnya pantas dan menjauhkan tubuhku sedikit darinya apabila pegangan itu terlerai dek tepisanku.Dia kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan drastikku.
“Hurmmm awak ni tak tahu ke atau buat-buat tak tahu..,” kataku sinis.
“ Betul la..saya tak tahu,” muka Syam benar-benar nampak seperti muka orang tidak bersalah atau digelar ‘innocent’ dalam bahasa orang putih.Menyampah. Selalu buat muka macam ni. Ingat aku percaya sangat la tu..
“ Yang awak cakap saya ni tunang awak kenapa ?” Aku menekan sedikit kata-kataku. Namun , aku tidak tahu mengapa wajahku membahang malu apabila menuturkan perkataan ‘tunang’ di hadapan Syam.Ahh..segan la pulak.
“La…awak ni yang tu awak nak malu? Saya bergurau jek hari tu..awak jangan la ambil serius sangat.Tak kan la sebab tu je awak mengelak dari saya?” soal Syam meminta kepastian.
“Yela, sesuka hati awak je cakap saya ni tunang awak. Satu lagi kenapa awak tak nak beritahu saya siapa perempuan tu ?And..kenapa awak pura-pura bertunang dengan saya?” Aku sebenarnya malas nak bersoal jawab .Penat lah cakap pagi-pagi ni.Buat habis air liur jek.
“ Lina..kan saya dah cakap . One day saya akan beritahu awak sebabnya .Cuma sekarang bukan masa yang sesuai..,” huh, jawapan yang sama aje macam tempoh hari . Aku mula merengus geram . Benci betul la kalau ada orang nak main rahsia-rahsia ni .
“ Ok, kalau tu jawapan awak ,saya mintak diri dulu ye..saya ada banyak kerja lagi nak buat,” kataku geram sambil mula mengatur langkah untuk ke lif .
“Nanti!” Syam tiba-tiba menghadang laluanku dengan berdiri tegak di hadapanku .
“ Awak marah sebab awak cemburu kan? Sebab awak suka saya kan?” Aku membeliakkan mata terkejut dengan soalan cepumasnya .
“Suka? Cemburu? Awak ni mengigau la..tak ada masa saya nak rasa macam tu especially dengan wak,” jawabku dengan gelak tawa . Lucu ke kata-katanya ? Sebenarnya hatiku berkocak hebat apabila Syam bertanya begitu .
“Saya tak percaya ,” Syam tersenyum nakal .Wajahku semakin membahang.
Aku cuba mengelak dari hadangan tubuhnya tetapi dia berjaya menghadang laluanku beberapa kali sehingga aku penat untuk bermain peek a boo dengannya.
“ Syam , tolong ah..let me go!Saya penat la..” Aku akhirnya bersuara kerana tidak puas hati dengan tindakannnya .Syam hanya tersenyum melihat keletahku.
”Lina, saya mintak maaf ok. Saya tahu saya salah dan saya..,”
“Ehem..ehem..,” belum sempat Syam menghabiskan tutur katanya , tiba-tiba Encik Hakim muncul di belakangku . Alamak? Bos aku bukan outstation selama seminggu ke? Hari ni baru hari ke tiga . Aku melemparkan senyuman terpaksa kepada Encik Hakim namun senyumanku tidak dibalas. Wajahnya kelihatan tegang dan matanya tajam memandang ke arah Syam dan aku silih berganti.
“ Kalau kamu nak bergaduh ,janganla bergaduh di sini! Ini kawasan pejabat! Nasib baik tidak ada klien datang pada waktu ini.Kalau itu berlaku,kamu sudah membawa kemaluan yang besar kepada saya kerana mengambil pekerja yang tidak beretika bekerja di pejabat saya,” En.Hakimdah mula berleter panjang .Aku cuba menahan gelak mendengar kata-kata Encik Hakim yang tiba-tiba kedengaran agak skema di telingaku.Macam baru belajar Bahasa Melayu je.Hehe..Tanpaku sedari aku tersengeh-sengeh kerana tidak dapat menahan rasa geli hati ni.
“ Lina!” Tengkingan Encik Hakim mematikan senyumanku . Ops..sory..tak sengaja.
“Maafkan saya Encik Hakim, saya..,”
“Sudah..saya tidak mahu dengar apa-apa alasan lagi. Kamu semua pergi buat kerja sekarang!Don’t waste my time!” Tegas Encik Hakim bersuara seperti komando askar memberi arahan . Siapa yang buang masa siapa ni .Macam-macamla.Aku memandang Syam sekilas. Geram pula aku dengan Syam, kerana dia aku dimarahi.Huh! Syam kelihatan selamba tanpa sebarang reaksi . Kelihatan dia melemparkan senyuman sinis kepada Encik Hakim. Wajah Encik Hakim semakin tegang. Dia kemudian merapati Syam.
“Fad , ini tempat aku .Kau jangan buat hal di sini .Bila-bila masa aku boleh pecat kau!Faham!” Walaupun sekadar berbisik ,namun kata-kata Encik Hakim kepada Syam jelas menyentuh gegendang telingaku .Syam hanya membisu .Kemudian,Encik Hakim perlahan-lahan meninggalkan kami berdua . Aku mengerutkan dahi memikirkan kata-kata Encik Hakim. ‘Fad?’. Sekali lagi nama itu disebut tetapi kali ini oleh orang yang berlainan dan orang itu adalah Encik Hakim . Nampaknya Encik Hakim benar-benar mengenali Syam . Tapi bagaimana?
-------------------------------------------------------------------------------------
“Lina, cepat sambung kerja! Jangan ingat nak berangan je!” Aku tersentak apabila Encik Hakim tiba-tiba menepuk mejaku .Entah dari mana dia datang aku tak tahula.Aku cepat-cepat membetulkan duduk . Lama betul aku mengelamun mengingatkan peristiwa pagi tadi yang mengundang seribu persoalan di benakku.
“Err..maaf..,” hai, kena mintak maaf lagi . Encik Hakim hanya mengangguk dan melangkah menuju ke biliknya .
“Satu lagi, tengah hari ni teman saya lunch!” Aku tersentak lagi.Jantung berdegup kencang kerana terkejut . Encik Hakim ni kan….selalu bikin aku terkejut . Selalu sergah aku secara tiba-tiba . Hish teruk betul!Ingatkan dia dah masuk bilik tadi. Tapi..dia ajak aku pergi mana tadi?Lunch? Heh ? Biar betul. Apasal tiba-tiba je dia ajak aku lunch? Aku memandang kembali ke arah Encik Hakim bagi meminta kepastian namun dia sudah tiada di situ .Cepatnya masuk bilik. Jangan tiba-tiba dia berdiri kat sebelah aku dah la..
“ Wow Lina..bos ajak kau lunch la... Apa kes ni?” Leha menyapaku yang sedang termenung memikirkan ajakan Encik Hakim yang tiba-tiba.
“ Entahla..Encik Hakim tu sihat ke tak sebenarnya. Selama ni tak pernah pun nak ajak aku teman dia makan,” aku memandang Leha untuk meminta penjelasan.
“ Hehe..tu maknanya bos kita tu dah syok kat kau..,”Leha dah mula tersengeh macam kerang busuk.Aku hanya mencebik .Leha ni, sikit-sikit hal tu jugak dia fikir.
“Hah, yela tu..tak ada maknanya dia nak syok kat aku . Dia tu kan dah ada awek ,” aku cuba menafikan kata-kata mengarut Leha . Yela, entah-entah encik Hakim saja jek nak kenakan aku .
“Mana kau tahu dia ada awek? Eleh, malu la tu..,” Leha tergelak .
“Malu amendenya..betul apa? Orang hensem macam tu bukan boleh percaya sangat..”
“ Hish kau ni, tak baik tau menuduh orang bukan-bukan .Aku rasa Encik Hakim tu nampak je garang tapi sebenarnya baik..”
“Eh, yang kau tu sibuk nak promote Encik Hakim tu apa kes? Kau suka dia ke?”
“Oit, kau dah gila ke.Aku kan dah ada suami. Ni ha..dah ada anak dah pun dalam perut ni.Tak ada masa aku nak menggatal lagi .Jaga mulut kau sikit!” Erk. Leha ni tiba-tiba angin lak.
“Hehehe soryla Leha, aku gurau jek. Jangan marah ek.Nanti anak dalam perut suka marah-marah pulak,” aku cuba bergurau .Takut pulak tengok muka bengang Leha.
“Hurmm..sory termarah kau lak. Kau ni pun satu,cakap tu berlapik la sikit..angin aku dahla tak berapa ok sekarang” kata Leha sambil mula mengangkat punggung .
“Eh, nak pergi mana pulak tu. Tak kan merajuk dengan aku kot..”
“ Nak pergi fotostat la sayang ooiii,ko tak nampak ke kertas yang aku bawak ni?”
“ Ooo ingatkan nak guna kertas tu buat bungkus nasi minyak,” sampukku sambil tersenyum .Leha hanya tergelak kecil .Kakinya laju melangkah ke mesin fotostat tidak jauh dari situ .
Dalam diam aku mengintai Encik Hakim di sebalik cermin lutsinar yang memisahkan ruang pejabatnya dengan ruang pekerja .Biliknya hanya beberapa meter sahaja dari tempat dudukku . Aku memerhatikan kelibatnya yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptopnya.Erm..Encik Hakim memang hensem dan bergaya .Macam tak layak pulak nak keluar lunch dengan dia. Tak sesuai. Ish, akuni pun..janganla cepat melatah sangat, setakat lunch tu apala sangat kan. Aku cuba menyedapkan hatiku agar tidak berfikir lebih-lebih.Kemudian tanpa aku sedari dia berpaling ke arahku dan membalas renunganku dengan sebuah senyuman terukir di bibir. Alamak dia senyum la! Aku segera mengalihkan padangan ke meja pejabatku dan berpura-pura meneliti fail di tanganku.Huhu kantoi la pulak…
hehehe...kantoi sudah ♥
ReplyDelete