Sunday, June 21, 2009

Tidak Seindah Mimpi 15


Jantungku berdegup kencang sebaik sahaja melangkah memasuki ruang pejabat .Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul sepenuh kekuatan untuk meneruskan langkahku. Aku mesti kuat! Ye..aku mesti kuat untuk berdepan dengan Encik Hakim. Sudah seminggu aku tidak pergi ke pejabat tanpa mengambil MC dan tanpa memaklumkan kepada Encik Hakim. Hari ini aku datang bukan untuk bekerja tetapi untuk membuat perhitungan dengan Encik Hakim atas segala perbuatan dia terhadapku. Soal kerja sudah tidak aku fikirkan lagi yang pasti soal anak dalam kandunganku lebih penting. Setelah berkali-kali Fatin memujukku untuk berdepan dengan Encik Hakim, barulah aku setuju . Betul juga kata Fatin, aku ada hak untuk bersuara,aku ada hak untuk menuntut bela! Kata-kata semangat daripada Fatin sedikit sebanyak menguatkan hatiku yang kian rapuh sebelum ini.

“ Lina! Akhirnya kau datang jugak..mana kau pergi seminggu ni? Kau sakit ke?” Leha terus menerpa aku sebaik sahaja melihat kehadiran aku di situ. Pekerja-pekerja lain turut memandang ke arahku.Aku hanya melemparkan senyuman hambar.

“ Tak ada apa-apa..aku ok je..,” jawabku ringkas. Leha memandangku hairan.

“ Kenapa dengan mata kau Lina? Sembab semacam je..Kau menangis ke?” Leha membelek wajahku .Aku terus meraba mataku kemudian aku tertunduk. Mungkin kerana terlalu banyak menangis,mataku membengkak. Aku serba salah untuk menjawab soalan Leha.

“ Err..tak ada apa-apa..aku sakit mata lately..,” aku mengalihkan pandangan ke arah lain apabila Leha terus memandang hairan kepadaku seakan tidak mempercayai kata-kataku.

“ Kau ada problem ke Lina?” Leha bertanya lagi membuatkan aku semakin serba salah.

“ Betul, tak ada apa-apa..erm..Encik Hakim ada?” Nak tak nak aku terpaksa bertanya soalan itu untuk mengelak daripada menjawab soalan Leha.

“ Dia ada kat bilik dia sekarang..seminggu ni dia asyik marah-marah je sebab kau tak ada..habis kitaorang dia marah Aku rasa lebih baik kau pergi jumpa dia dulu sebelum dia mengamuk lagi..,” kata Leha bersungguh-sungguh. Aku dapat melihat wajah kelat yang terpamer pada wajahnya. Encik Hakim marah-marah? Perasaan gementar yang aku alami sebentar tadi kembali menular dalam diriku. Aku menelan air liur. Ya Allah..kenapa aku mesti gentar dengan dia? Ya Allah..tolonglah beri aku kekuatan. Aku berdoa di dalam hati .

“ Lina..hello..,” aku tersentak mendengar teguran Leha. Lamunanku terhenti di situ.

“ Oklah Leha , aku nak pergi jumpa Encik Hakim sekejap..,” setelah aku kembali mendapat kekuatan aku cepat-cepat melangkah menuju ke bilik Encik Hakim.

“ Eh, cepatnya..,” Leha mengerutkan dahi, pelik dengan tindakanku kemudian dia mengangkat bahu tanda tidak mengerti.


Aku teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik yang tertera nama Encik Hakim di situ. Aku mengetap bibir.
‘Lina..come on Lina..jangan takut..Kau mesti berdepan dengan Encik Hakim walau macam mana sekalipun..’
Sekali lagi kata-kata semangat yang lahir dalam hatiku bergema . Belum sempat aku mengetuk pintu , Encik Hakim tiba-tiba membuka pintu laju membuatkan aku sedikit tersentak. Dia memandangku dengan wajah bengis membuatkan semangat yang baru sahaja meresap ke dalam jiwaku hilang entah ke mana. Melihat renungan Encik Hakim cukup menggetarkan tubuhku.

“ Hah! Baru sekarang kau nak tunjuk muka?! Kau ingat syarikat ni bapak kau yang punya boleh nak datang pejabat sesuka hati?!” Gertakan Encik Hakim yang tiba-tiba, menambahkan lagi debar jantungku.

“ Saya..saya..”

“ Saya apa?! Masuk! Saya ada benda nak cakap dengan awak!” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku Encik Hakim lebih pantas menengkingku membuatkan aku terus terdiam seribu bahasa. Aku hanya menurut perintahnya tanpa berfikir panjang. Aku tiba-tiba berasa sungguh lemah apabila bertentang mata dengannya. Bukan kerana terpukau dengan mata hazelnya tetapi kerana takut melihat renungannya yang seperti nak terkam orang. Kedengaran pintu ditutup dengan kuat menambahkan rasa takut di hatiku. Tingkap biliknya ditutup dengan kasar supaya dapat menghalang pandangan pekerja lain daripada menembusi biliknya.Aku semakin ketakutan.Apa lagi agendanya ni ? Aku seperti dapat membayangkan perkara yang sama bakal terjadi pada diriku. Tidak!! Aku tidak sanggup! Aku rasa seperti hendak menangis sekarang.Ya Allah, mana hilangnya kekuatan aku ? Mana?

Encik Hakim tiba-tiba memegang bahuku dari belakang. Aku terkejut dan tanganku pantas menepis .

“ Apa ni Encik Hakim!” Secara spontan aku menengkingnya .

“ Aku nak pegang kau ,salah ke?” Soal Encik Hakim dengan wajah serius.Sedikitpun tidak terpamer rasa bersalah pada wajahnya.

“ Salah!!” Aku mendapat kekuatan untuk mengherdiknya.

“ Hei, kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Kau pergi mana seminggu ni hah?!” wajah Encik Hakim memerah seperti benar-benar berang dengan jawapanku. Aku kecut perut lagi apatah lagi apabila dia mula menghampiriku. Aku pula perlahan-lahan menjauhinya. Entah mengapa lidahku kelu untuk bertikam lidah dengannya.

“ Kenapa diam?!” Kini langkahku tersekat oleh dinding di belakangku. Belum sempat aku beralih ke tempat lain, Encik Hakim terus menghalang tubuhku dengan kedua-dua belah lengannya.Tangannya dilekapkan ke dinding. Kini kedudukan kami sangat rapat. Aku cuba menolak tubuh sasanya tapi apalah dayaku, badannya yang sasa ternyata lebih kuat dari kudrat wanitaku yang kecil ini.Air mata ketakutan mula bergenang dan akhirnya mengalir laju membasahi pipiku. Tuhan..aku takut..Sangat takut…

“ Encik Hakim..tolong jangan apa-apakan saya lagi..,” aku merayu. Encik Hakim masih berwajah bengis seperti tadi . Dia merenungku tajam.Aku dapat merasakan hangat nafasnya menghembus pada wajahku . Jarak mukanya dengan mukaku hanya sejengkal.

“ Erm..aku rindu dengan wangian tubuh kau..,I miss you..” suara Encik Hakim mengendur tiba-tiba. Wajahnya dibenamkan pada dadaku dan kemudian bibirnya menyentuh pipiku .Tangannya mula merayap pada setiap sudut tubuhku. Aku ingin menjerit tetapi entah mengapa suaraku seperti tersekat di kerongkong. Bayangan kejadian hitam semakin galak tertayang pada tubir mataku. Mengingatkan kejadian itu, entah bagaimana tiba-tiba datang satu kekuatan luar biasa dalam diriku. Aku menolak kuat tubuhnya sehingga dia terjatuh terduduk di situ.

“ Encik Hakim! Hentikan semua ni! Encik Hakim ingat saya tak tahu ke apa Encik Hakim dah buat pada saya sebelum ni?! Sampai hati Encik Hakim buat saya macam ni..Encik Hakim jangan berani sentuh tubuh saya lagi?!” Aku menengkingnya kuat dengan dengan deraian air mata. Perasaan takut sudah tidak ada dalam hatiku kini. Yang ada cuma perasaan yang bercampur baur antara geram, marah,kecewa dan sedih atas perlakuannya. Tidak ku sangka Encik Hakim masih berani ingin melakukan perbuatan terkutuk itu denganku. Dia tidak pernah serik!

“ Hei ,apa kau cakap ni hah?!Aku buat apa kat kau?! Kau jangan nak main kasar dengan aku..” Bentak Encik Hakim keras. Dia bangkit dan terus mendapatkan aku,kemudian cuba memegang kedua-dua belah bahuku namun aku lebih pantas menepis.

“ Stop it!!” Aku menjerit lagi. Encik Hakim memandangku geram.

“ Encik Hakim ingat saya tak tahu yang encik dah rogol saya? Encik Hakim ingat saya ni apa hah?! Encik Hakim dah hancurkan hidup saya..,” dalam tangis aku masih meninggikan suara pada Encik Hakim bangsat itu. Aku akan tetap pertahankan diri aku walau apa pun yang terjadi .Kedengaran Encik Hakim ketawa sinis.

“ Ooo jadi kau dah tahu lah ye..baguslah!” Kata-kata sinis itu membuatkan hatiku mendidih. Aku mengetap bibir. Kenapa dia masih berlagak biasa setelah dia mencemarkan kesucianku?!

“ Encik Hakim kena bertanggungjawab!” Aku menggertak lagi. Dia makin galak mentertawakan aku dan sekali gus menambahkan sakit hatiku. Tak guna!

“ Awak nak saya bertanggungjawab macam mana? Awak ada bukti ke nak cakap yang saya ni rogol awak?” sisa tawanya masih kedengaran. Dia menjegilkan mata kepadaku.

“ Awak mesti kahwin dengan saya!” Hanya itulah jawapan yang bermain dalam mindaku ketika ini. Benar kata Fatin, hanya dengan cara ini sajalah Encik Hakim boleh bertanggungjawab ke atasku dan juga ke atas janin dalam rahimku . Gelak Encik Hakim semakin kuat yang menyesakkan lagi dadaku dengan kebencian terhadapnya .

“ Kahwin?! Kau dah gila ke?! Kau siapa nak kahwin dengan aku? Tak layak!” Dia menuding jari telunjuk pada wajahku. Terasa pipiku panas menahan malu dan sakit hati dengan jawapannya. Hatiku sebak . Salahkah tindakanku meminta dia mengahwiniku?

“ Layak ke tak layak Encik Hakim kena bertanggungjawab dengan anak dalam perut ni! Ini anak Encik Hakim! You must take this responsibility!” Aku semakin berani menggertaknya .Aku terpaksa membongkarkan keadaan diriku kini supaya Encik Hakim mengambil kira persoalan ini . Dia sedikit tergaman mendengar kata-kataku.

“ Anak aku? Haha..perempuan murahan macam kau kata anak dalam perut kau tu anak aku?!” Aku terkesima mendengar perkataan ‘perempuan murahan’ yang keluar dari mulutnya. Kurang asam punya jantan!

“ Encik Hakim!! Anak ni anak Encik Hakim. Encik Hakim mesti bertanggungjawab! Kalau Encik Hakim tak nak, saya lapor pada polis!” Aku merenung tajam anak mata Encik Hakim. Aku benar-benar berang sekarang . Hak aku seolah-olah dipermainkan. Maruahku sudah dipijak-pijak.Aku tidak boleh berdiam diri kalau macam ni.
Tanpa sempat aku halang, Encik menarik tubuhku rapat pada tubuhnya dan bibirnya dirapatkan pada telingaku .

“ Hah! Kalau kau berani kau laporlah! Hei perempuan, kau dengar sini baik-baik..perempuan macam kau ni tak layak kahwin dengan orang macam aku. Kau tu perempuan murahan, kalau tak , tak kan kau senang-senang nak terima kemewahan yang aku bagi kat kau dulu. Aku tak rasa anak dalam perut kau tu anak aku .Sah sah anak tu anak jantan lain! Sedar diri la sikit wahai cik Haslina!Jangan harap aku nak kahwin dengan kau!!Faham!” Katanya perlahan seakan berbisik tetapi cukup menambahkan luka di hatiku. Aku menarik lenganku dari genggamannya lantas tanganku menampar kuat sebelah pipinya. Dia terkedu sambil mengusap pipinya. Dia merenungku dengan pandangan berkaca,penuh dengan dendam. Urat lehernya jelas kelihatan. Ternyata dia benar-benar berang dengan tindakanku.

“ Encik Hakim kejam! Saya akan pastikan Encik Hakim disumbat dalam penjara! Saya janji!” Aku mengugut Encik Hakim dan kemudian terus menghayun langkah untuk berlari meninggalkan bilik itu.

“ Kalau kau berani kau buatlah..gambar bogel kau ada dalam tangan aku.Bila-bila masa aku boleh sebar kat internet. Biar satu dunia tahu tubuh kau yang menggiurkan tu.Hahahaha!” Langkahku terhenti mendengar ugutannya yang ternyata menyentap tangkai jantungku. Aku terus berpaling ke arah Encik Hakim. Aku tidak tahu untuk berkata lagi. Duniaku seperti gelap seketika mendengar ugutan itu. Gambar bogel aku! Gila! Encik Hakim memang benar-benar gila! Mengapa ada orang sekejam itu dalam dunia ini? Kenapa Encik Hakim sekejam itu?! Tangisanku semakin kuat. Mendengar ugutan itu cukup untuk mematahkan semangatku…aku tewas..

Aku terus berlari meninggalkannya .Dia terus menggelakkan aku apabila melihat aku seperti mengalah dengannya. Aku mesti pergi dari sini . Aku tidak sanggup lagi bekerja di sini,bekerja di bawah orang yang sudah memusnahkan masa depan aku! Apa harus aku buat sekarang? Encik Hakim ternyata langsung tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriku. Sanggup dia menghinaku semata-mata ingin menyembunyikan kejahatannya. Ya Allah..tolonglah lah Ya Allah..tunjukkan aku jalan..apa yang perlu aku lakukan kini..aku buntu Ya Allah..

“ Lina! Kau nak pergi mana tu?” Sapaan Leha tidak aku hiraukan sebaliknya meneruskan langkahku. Semua pekerja yang ada di situ bercakap sesama sendiri melihat aku keluar tiba-tiba dari bilik Encik Hakim dengan linangan air mata .

Langkahku terbantut apabila melihat lelaki yang sedang memegang penyapu di hadapanku kini. Dia memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.Syam..

“ Lina..,” kata Syam sepatah.Dia perlahan-lahan mendekatiku. Melihat Syam cukup membuatkan rasa sedih dan kecewaku bertambah-tambah. Aku tidak sangka akan bertembung dengannya dalam keadaan begini.Aku tidak sanggup berdepan dengannya lagi. Aku tertunduk . Bahuku terhinjut-hinjut menahan sendu .Sungguh, aku tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan yang melanda hatiku kini .

“Lina..what happen?” Dari suaranya, aku tahu dia risau melihatku begini.Aku ingin berlalu dari situ namun tangannya pantas memaut lenganku menghalang aku pergi .

“ Biarkan saya pergi, Syam..,” kataku dengan suara yang sudah serak.

“ Tidak..saya tak kan benarkan awak pergi dalam keadaan awak macam ni..Dah lama saya tak nampak awak..kenapa Lina? Apa problem awak?” Aku terdiam.Hatiku semakin sebak mendengar kata-kata Syam. Nampak sangat dia amat mengambil berat soal aku.Cuma aku sahaja yang tidak sanggup bertemu dengannya dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu dia tahu apa yang sudah menimpaku .Aku malu.

“Semua ini ada kaitan dengan Hakim kan?” Aku terkejut mendengar kata-kata Syam yang seterusnya .Kata-katanya jelas berbaur benci. Mataku terus terarah ke arah Syam.Tiada secalit senyuman terukir di wajahnya sebaliknya hanya ada pandangan sayu merenung dalam anak mataku. Renungannya seperti menyatakan yang dia tahu segalanya pasal aku. Ya Allah ,adakah dia tahu pasal aku? Tidak! Tak mungkin!


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 4 comments:

    1. huhu..
      sengal tol hakim nieh..
      arghh...
      jap2,
      nk tnye sket...syam nieh kje ape??
      huhu..smbng2..

      ReplyDelete
    2. lorhh ni mesti tak bace episod awal neh..Syam tu kan tukan sapu pejabat Lina

      warghhhh bencinyer kat Hakim!! Dah la membuntingkan ank org pastu x nk bertanggungjawab.
      Bagi Syam jela kawen ngan Lina.ngeee

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)