Thursday, June 4, 2009

Tidak Seindah Mimpi 12


Aku bersandar malas di sofa empuk rumahku. Badanku terasa amat letih kerana minggu ini adalah minggu yang paling sibuk untukku kerana syarikatku mendapat tender baru yang bernilai jutaan ringgit yang melibatkan beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Aku selaku setiausaha terpaksa berusaha untuk menyiapkan kertas kerja dan mengagihkan kepada pihak sepatutnya secepat mungkin kerana projek baru ini perlu dilaksanakan dalam tahun ini juga . Encik Hakim benar-benar ingin menderaku dengan kerja yang berlambak ini. Aku kadang-kadang ingin memberontak kerana aku rasakan kerja ini bukan kerja aku seorang tetapi ia adalah kerja semua staff syarikat . Aku tidak fahamlah kenapa Encik Hakim mesti membebankan aku dengan semua kerja ini sedangkan staff lain hanya duduk goyang kaki. Aku ingin menyuarakan ketidakpuasan hatiku namun dek kerana takut dimarahi oleh Encik Hakim, aku terpaksa berdiam diri. Nak tak nak, aku terpaksa menyelesaikan tugasan yang diberikan seorang diri tanpa bantuan sesiapa . Aku cuba meminta bantuan Syam namun apabila aku memikirkan masalahku dengannya ,niat itu terpaksa aku batalkan. Untuk kembali manaruh kepercayaan kepadanya bagiku bukan mudah walaupun kesahihan ceritaku masih belum terbukti . Biarlah masa yang menentukan.

Aku memejam mata rapat, mahu membuang jauh-jauh bebanan kerja yang tidak putus-putus. Aku mendepakan kedua-dua tanganku dan meletakkannya di bahu sofa. Saat itu fikiranku mula menerawang jauh dan perkara yang sedang bermain di fikiranku ketika ini adalah pertemuanku dengan Dr.Maisara hampir 2 minggu yang lepas , pertemuan yang menimbulkan sesuatu yang baru dalam hidupku, sesuatu yang tidak pernah aku terfikir olehnya. Gambaran perbualan dengan Dr.Maisara kembali menerpa ke ruang benakku .


---*

“ Daripada apa yang awak cerita , saya dapat simpulkan bahawa awak kini sedang mengalami penyakit yang dipanggil ‘Post-Traumatic Stress Disorder’ atau PTSD atau ‘penyakit tekanan selepas trauma’ ,” kata Dr.Maisara serius . Aku tergamam dan hairan apabila mendengar nama penyakit yang agak janggal di telingaku. Tidak pernah aku dengar nama penyakit ini sebelum ini. Penyakit barukah?

“ Err..Post-traumatic stress disorder tu apa doktor? Saya tak faham..,” aku menunjukkan riak wajah bersungguh-sungguh untuk mengetahui tentang perihal penyakit itu.

“ Penyakit ini jarang berlaku dalam masyarakat kita. Tetapi kebiasaannya ia akan menimpa sesetengah individu yang baru sahaja menghadapi trauma yang teruk seperti mangsa rogol, mangsa kemalangan ngeri, mangsa culik, mangsa peperangan dan sebagainya . Individu tersebut pada awalnya tidak dapat mengingati kejadian itu secara jelas atau mungkin juga kejadian itu tidak mengganggu sangat kehidupannya. Tetapi beberapa hari selepas kejadian itu atau mungkin selepas berminggu kejadian itu berlaku, individu itu tiba-tiba akan mendapati kejadian itu menganggu fikiran mereka .Contohnya, mereka akan sentiasa teringat akan kejadian itu tanpa dia pinta atau kejadian itu muncul dalam mimpinya dan sekaligus menganggu tidur malamnya atau kadang-kadang dia dapat merasakan yang kejadian itu berulang lagi padahal itu hanya ilusi . Individu itu juga akan sentiasa berada dalam keadaan resah, gelisah, takut dan curiga terhadap hampir semua orang di sekelilingnya . Aktiviti sehariannya juga mungkin terganggu kerana perasaannya itu..So, saya rasa semua tanda-tanda itu ada pada awak..salah satu kriteria lagi untuk mengesahkan PTSD, tanda-tanda yang awak hadapi mestilah berlangsung paling kurang sebulan dan dengan ini awak memenuhi kriteria itu.” terang Dr.Maisara panjang lebar . Daripada riak wajahnya aku yakin dia tidak berbohong. Aku termenung seketika . Aku meraup muka beberapa kali seakan tidak percaya dengan kenyataan yang aku terima kini. Benarkah kini aku menghadapi penyakit jiwa?

“ Kalau begitu, saya boleh dikira sebagai gila?” Terasa berat bibirku untuk mengungkap perkataan ‘gila’ kerana aku malu untuk mengakuinya .

“ Tidak . PTSD tidak termasuk dalam kumpulan penyakit ‘gila’ atau tidak waras. Ia boleh dikategorikan sebagai penyakit gangguan emosi atau dalam istilah kami, kami kategorikan penyakit ini dalam kumpulan ‘neurosis’ dan penyakit ‘tidak waras’ pula dalam kumpulan ‘psychosis’..,” aku mengangguk tanda faham akan kata-kata Dr.Maisara yang sedikit sebanyak melegakan hatiku yang begitu risau sekiranya dikategorikan sebagai golongan sakit mental . Jika itu berlaku, sudah pastinya aku akan kehilangan kerjaku. Cuma, satu sahaja yang sedang bermain di fikiran aku kini.

“ Jadi, benarlah saya dirogol?” Soalku lambat-lambat . Aku Cuma mahukan kepastian walaupun hatiku pedih apabila mengingatkan apa yang sudah menimpa diriku ini. Aku merenung wajah Dr.Maisara yang kelihatan begitu tenang tetapi serius .

“ Erm..mungkin ye , mungkin tidak atau itu mungkin hanya satu halusinasi iaitu gambaran sesuatu yang tidak pernah berlaku…,” jawab Dr.Maisara dengan penuh yakin. Keyakinannya itulah yang membuatkan aku selesa berbual dengannya walaupun kadang-kadang ada sesetengah perkataan perubatan yang digunakannya aku tidak berapa fahami. Walaupun begitu ,sesunggunya dia adalah seorang pendengar yang sangat prihatin dan aku amat menghargai keprihatinannya.

“ Tapi doktor, saya dapat merasai yang kejadian itu memang benar-benar menimpa saya . Semakin hari kejadian itu semakin jelas dalam kotak fikiran saya …,” aku menegaskan sekali lagi kepada Dr.Maisara walaupun sudah berkali-kali aku mengatakannya . Aku cuma mahu Dr.Maisara berbuat sesuatu untuk membuktikan apa yang berlaku ke atas diriku itu.

“ Ye Lina..saya faham . Itulah yang saya katakan, kita akan membuat siasatan lanjut untuk membuktikan kesahihan cerita awak .Tetapi itu tidak bermaksud saya tidak mempercayai awak..Saya cuma mahu awak mendapat bukti yang jelas supaya ia dapat mengurangkan tekanan awak..,” kata Dr.Maisara lembut .

“ Siasatan apa tu?” Soalku ingin tahu.

“ Saya mencadangkan awak menghadiri sesi psikoterapi terlebih dahulu untuk mengimbas kembali ingatan awak .Sekiranya teknik itu tidak berkesan , mungkin awak perlu melakukan teknik hipnosis yang lebih canggih dan menggunakan minda bawah sedar untuk mengimbas ingatan,” keterangan daripada Dr.Maisara aku sambut dengan keluhan halus . Bunyinya seperti sangat komplikated dan menyusahkan.

“ Awak jangan risau..walaupun bunyinya seperti agak janggal dan komplikated tetapi sebenarnya ia adalah antara siasatan yang paling komprehensif dan mudah . Saya yakin awak akan rasa selesa dengannya kerana siasatan itu hanya memerlukan awak bercakap sahaja. Tidak perlu masuk ke dewan bedah, bilik X-ray atau sebagainya..”
Dr.Maisara seperti dapat mengagak apa yang bermain di fikiranku. Aku berasa sedikit lapang mendengar penerangannya yang seperti biasa diterangkan dengan yakin .

“ Kalau macam tu, saya boleh tahu lah siapa yang merogol saya?” Soalku lagi tanpa segan silu. Jika benar aku diperkosa, aku ingin tahu benarkah Syam adalah dalangnya? Kata-kata Kak Za sebenarnya yang mengelirukan aku tentang hal ini.

“ Sebelum tu saya nak tanya, awak fikir siapa yang melakukan perbuatan itu pada awak?” Tanpa menjawab soalanku, Dr.Maisara pula menyoalku.

“ Syam! Dalam mimpi dan fikiran saya, memang Syam melakukannya .Tetapi selepas berkali-kali saya tanya,dia masih tidak mengaku,” aku mengalihkan pandangan ke arah lain ketika menuturkan kata-kata itu kerana aku tidak mahu renungan Dr.Maisara menggugat keyakinanku terhadap kepercayaan yang aku pegang.

“ Syam? Are you sure?” Dr.Maisara seakan terkejut mendengar jawapanku.

Yes, I’m really sure. So, bolehkah teknik itu membuktikan hal ini?” Soalku lagi. Mataku masih terarah ke arah lain . Aku sudah agak, Dr.Maisara mesti tidak percaya dengan kenyataanku ini.

But Lina.., saya tak rasa Syam seteruk itu. Saya dah lama kenal dia..He’s a very good guys.Dia tidak akan mengaku kesalahan yang dia tidak pernah buat. He’s..,”

“ Stop it doktor! Saya cuma nak tahu bolehkah teknik itu membuktikan ingatan saya tu? I’m not here to hear you talk nonsense about him!That’s it!” Belum sempat Dr.Maisara menghabiskan kata-katanya , aku tiba-tiba menggertaknya .Dr.Maisara terdiam seketika. Aku mula rasa bersalah kerana memarahinya.Entahlah, aku tidak tahu mengapa amarahku tiba-tiba memuncak apabila Dr.Maisara cuba membela Syam.

“ Setakat ni, hampir 90% pesakit dapat mengingati sepenuhnya kejadian yang menimpa diri mereka secara tepat . Jadi, saya yakin apa yang awak ingin tahu akan awak perolehi . InsyaAllah..,” kata Dr.Maisara sambil tersenyum tanpa sempat aku membuka mulut untuk meminta maaf . Aku hairan bagaimana Dr.Maisara boleh lagi tersenyum setelah apa yang aku katakan padanya?

“ Terima kasih doktor.., maafkan saya kerana menengking doktor tadi,” aku mempamerkan muka bersalah . Walaupun wajahnya tidak mempamerkan tanda-tanda marah namun aku yakin Dr.Maisara bijak menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

It’s okay..saya tak kisah pun .Saya faham, awak sedang marah kan? Itu hak awak..saya mintak maaf kerana mengungkit pasal Syam. So ,do you agree with all sort of investigation that I told you just now?”

Yes doc..I agree..,” jawabku ringkas . Jauh di sudut hatiku, aku kagum dengan sikap penyabar yang ada pada diri Dr.Maisara dengan kerenahku.Mungkin sebelum ini dia pernah menghadapi kerenah pesakit yang lebih teruk dari ini lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pesakit mental yang bermacam ragam . Namun, apa yang lebih penting sekarang, aku mesti menyelesaikan masalahku seberapa segera kerana aku tidak mahu lagi dihimpit rasa resah yang berpanjangan sehingga menganggu rutin harianku.Aku mahu keluar daripada belenggu kekecewaan dan kemarahan di atas nasib yang menimpa diriku. Aku mahu kembali kepada kehidupanku yang dulu, yang penuh dengan keceriaan, keharmonian dan kesucian. Namun,adakah aku mampu kembali kepada kehidupan itu sedangkan aku mungkin bukan lagi bergelar dara? Mampukah aku melupakan segala yang menimpa diriku sekiranya apa yang aku alami sebelum ini bukan satu halusinasi? Jauh di sudut hatiku aku mengharapkan fikiranku itu hanyalah satu halusinasi, aku mengharapkan aku masih lagi suci dan tidak pernah dinodai. Aku benar-benar berharap.

Lamunanku yang panjang terhenti begitu sahaja apabila aku tiba-tiba berasa loya dan kepalaku pening .Mataku berpinar. Beberapa saat kemudian perutku memulas dan berkocak hebat . Aku terus berlari ke tandas dan terus memuntahkan segala isi perutku ke dalah sinki yang terdapat di situ. Aku muntah! Bukan sekali tetapi berkali-kali aku muntah sehingga sisa terakhir yang keluar hanyalah air liur . Semua sisa makanan yang telah dicerna keluar sepenuhnya ke dalam sinki. Kenapa dengan aku ni? Tidak silap aku daripada semalam sudah lebih sepuluh kali aku muntah .Itu di rumah, semasa di pejabat pun aku ada juga muntah-muntah. Aku mulai risau. Kemudian, aku terus mencapai kunci kereta dan menggagahkan diri untuk ke klinik yang berhampiran .Aku risau sekiranya aku terkena keracunan makanan . Aku tidak mahu penyakitku ini melarat. Aku mesti mendapatkan rawatan segera!

------------------------------------------------------------------------------------

“ Kenapa dengan saya doktor?” Aku terus menyoal doktor lelaki cina di hadapanku sebaik sahaja dia habis memeriksaku.

“ Tahniah puan, puan disahkan mengandung dua bulan,” kata doktor itu sambil tersenyum . Aku tergamam . Bumi ini seperti berhenti berputar buat seketika . Suasana sekelilingku seakan berpusing tanpa ada titik dimensinya . Hatiku seperti terkena panahan halilintar. Ya Allah! Dugaan apakah ini! Dengar serta-merta air mataku menitis laju . Jadi, benarlah telahanku yang kejadian mengaibkan itu memang benar-benar berlaku, bukanlah halusinasi seperti yang aku harapkan. Pandanganku tiba-tiba gelap dan..aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu..yang aku tahu aku amat kecewa dengan diriku….


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 5 comments:

    1. hakim kejammmmmmmmmmmmmmmmmmm..
      arghh..geramnye aku...
      da buat mende uh,,ley lak wat tatw..
      pastuh buli orang tuh plak..
      sengallllll..
      jgnla slhkan syam..
      huhu..
      pasnieh mesty syam kawen ngn lina..
      but lina,,plis,,
      syam xslh..ble dye nk sehat nieh??
      ngeeeeeee..
      smbung2..

      ReplyDelete
    2. salam..

      cerita yang sangat menarik..sambunglah lagi..kalau boleh biarlah happy ending..saya pengemar cerpen..

      ReplyDelete
    3. kesiannyer kat lina.Hakim jahat!!!

      ReplyDelete
    4. cte ni best..cpt2 sambung yer

      ReplyDelete
    5. Yοur cuггent wгitе-up has confiгmed helpful to mе.
      It’s quite іnfоrmative and you геallу
      are obviοusly extremelу experiencеd in
      this region. Υou get openeԁ up our
      eyes іn ordеr to dіfferent νiеwѕ on this specific
      tοpic togеther with interesting
      аnd гeliаble аrtіclеѕ.


      Stop bу my web page :: Viagra Online

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)