Friday, June 12, 2009
Antara Kaca dan Permata
Aku tersenyum sendirian melihat gambar-gambar kenangan manisku bersama Azrul iaitu teman lelakiku semenjak di bangku persekolahan lagi . Penuh dengan keriangan, penuh dengan kemanisan dan penuh dengan kasih sayang . Sudah lebih 5 tahun kami dipisahkan oleh dua benua . Lebih 5 tahun kami terpaksa memendam perasaan rindu yang mendalam . Aku terpaksa berpisah dengannya kerana melanjutkan pelajaran di benua Eropah atau lebih tepat lagi di negara Ireland, sebuah negara yang ternyata jauh dari tanah tumpah darahku . Hanya kenangan lama yang menyuburkan rasa cintaku terhadapnya . Walaupun kami berjauhan, namun kami tidak pernah berhenti berhubung antara satu sama lain baik melalui emel, sms mahupun surat.
Hari ini adalah detik bersejarah bagiku kerana aku bakal menerima ijazah dalam bidang doktor perubatan dan sekali gus menamatkan pengajianku di sini .Setelah lebih 5 tahun berhempas pulas mengerah tenaga dan minda untuk bergelar seorang doktor, akhirnya aku berjaya mencapai matlamatku yang satu itu. Alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segala urusanku.Tidak lama lagi aku akan pulang ke tanah air untuk menemui kedua ibu bapa tercinta dan yang paling aku nantikan adalah untuk menemui Azrul, jejaka yang aku rindui setelah sekian lama. Kini dia sudah bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selaku jurutera . Dia pernah berjanji sewaktu ketika dahulu yang dia akan menantiku hingga ke akhir hayatnya dan dia pasti akan menjadikan aku suri hidupnya sehingga ke anak cucu. Janjinya tidak pernah aku lupa dan aku pasti Azrul tidak akan memungkirinya kerana Azrul yang aku kenali adalah seorang yang tidak pernah mengenal erti mungkir janji. Senyumanku semakin melebar apabila mengingatkan janji itu.
Mataku berkalih pula kepada sampul surat berwarna pink yang bercop pos Malaysia yang belum aku lihat lagi isi kandungannya . Surat ini sudah seminggu aku terima namun dek kerana terlalu sibuk untuk menyelesaikan urusan graduasi, aku hampir terlupa kepada surat ini. Aku tersenyum simpul. Pasti ini surat dari Azrul kerana hanya dia yang tahu yang aku memang suka kepada warna pink sehinggakan sampul surat dan surat pun berwarna pink .Aku terus membukanya. Tidak sabar-sabar aku untuk mengetahui isi kandungannya . Aku menarik perlahan kad yang turut berwarna pink . Baunya wangi semerbak . Di samping kad itu terdapat surat berwarna putih. Aku membaca sekilas surat itu .Ops ,sangkaanku ternyata sekali meleset kerana surat itu sebenarnya dari kawan baikku Hana . Sebaik sahaja membaca surat itu, aku melonjak riang . Gembiranya hatiku apabila mengetahui Hana akan berkahwin tidak lama lagi . Rupa-rupanya kad yang aku terima itu adalah kad kahwinnya . Ish, tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa bakal suaminya yang bertuah itu.Setahu aku Hana adalah perempuan yang tidak mudah untuk jatuh cinta . Tidak sangka pula dia lebih cepat kahwin dari aku. Berita gembira yang aku terima membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke tanah air. Aku pasti datang ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung 2 minggu lagi .
------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Kini aku di rumah orang tuaku. Gembiranya hati mereka tidak terkata sebaik sahaja menerima kepulanganku. Aku tidak sangka pula mereka membuat kenduri doa selamat yang agak besar juga mengalahkan kenduri kahwin . Kehadiran Azrul di situ turut menambahkan lagi kegembiraan hatiku. Dia semakin segak dan kacak di mataku. Cintanya kepadaku masih seperti dulu,malah semakin mekar walaupun berjauhan. Aku begitu teruja melihat kesetiaannya kepada cinta kami.
“ Hai Leeya, termenung panjang nampak..teringat kat abang ye..,” sapaan Azrul mematikan lamunanku yang entah sampai ke mana .
“ Tak adalah..Leeya penatlah..belum dapat rehat lagi sejak semalam. Balik-balik je ada majlis..terkejut jugak,” jawabku ceria . Sesungguhnya penat dan lenguh-lenguh badan akibat terlalu lama duduk atas kapal terbang masih bersisa. Sekarang ditambah pula penat melayan tetamu yang datang . Tapi , tidak mengapa..bukan selalu pun majlis ini berlangsung.
“ Kesiannya kat Leeya abang..tapi sayang mesti seronok kan dapat jumpa abang?” katanya lantas duduk di sebelahku. Suaranya yang garau dan lembut cukup romantis di telingaku . Aku tersenyum manis kepadanya.
“ Mestila seronok. Dah 5 tahun abang..5 tahun kita berpisah . Leeya rindu sangat kat abang..,” kataku tanpa segan silu. Aku mesti meluahkan apa yang terbuku di hati .
“ Abang lagila..orang kata apa macam mandi tak lena, tidur tak basah..”
“ Ish abang ni, mandi tak basah ,tidur tak lena la..kata Bahasa Melayu dapat 1A. Tapi peribahasa yang famous pun boleh tersalah..,” kataku diselangi dengan gelak tawa. Azrul turur tertawa mendengar kata-kataku.
“ Yela..abang kan dah lama tak sekolah. Dah lupa la..hehe..”
“ So , apa plan abang sekarang?” Soalku penuh makna . Jauh di sudut hatiku mengharapkan Azrul akan menyentuh soal kahwin .
“ Plan apa tu?” soalnya kembali. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya .Riak wajahnya seperti sudah dapat menangkap maksudku.
“ Tak ada apa-apa..” aku cuba berselindung. Buat-buat tak tahu pula si Azrul ni.
“ Cakapla wahai Puteri Leeya sayang..plan apa yang tuan puteri maksudkan..,” dia melunakkan suaranya membuatkan aku geli hati.
“ Betul la..tak ada apa-apa..,” jawabku acuh tak acuh.
“ Plan apa?!”
“ Kahwin!” Sergahan daripada Azrul yang tiba-tiba membuatkan jawapan yang terbuku di hatiku terpacul keluar dari bibirku. Aduhh malunya..Azrul sudah tergelak sakan melihat telatahku. Sikapnya yang suka menyergahku begitu memang tidak pernah berubah . Boleh sakit jantung aku dibuatnya.
“ Abang ni! Terukla!” Marahku tetapi dengan nada manja.
“ Hah, kan senang macam tu. Straight to the point.Tak payah la nak sembunyi-sembunyi..,” katanya dengan tawa yang masih bersisa. Terasa pipiku panas menahan malu.
“ So?” Dalam malu, aku masih ingin tahu apakah jawapannya.
“ So kita kahwinlah..,” jawabnya selamba.
“ Bila?”
“ Amboi..tuan puteri ni macam tak sabar-sabar je nak kahwin dengan abang. Sabarla dulu..benda ni tak boleh dibuat tergesa-gesa,” dia kembali mentertawakan aku. Tidak sabar-sabar ke aku ni? Lagipun aku kini sudah berusia 25 tahun, tidak salahkan bercakap soal kahwin? Sekali lagi pipiku membahang panas. Uwaaa…malunya. Azrul tidak habis-habis mahu mengenakan aku.
“ Dahla, malas nak cakap dengan Abang!” Rajukku lantas berdiri mahu meninggalkannya namun lenganku lebih pantas dipaut.
“ Sorryla sayang..abang bergurau je..Erm..buat masa ni abang tak boleh nak cakap lagi.Tapi percayalah sayang, abang pasti kahwin dengan Leeya..Cuma abang perlukan sedikit masa lagi..But please trust me okay..,” suara Azrul mula berubah serius .
“ Up to you..,” jawabku sepatah lalu berlalu dari situ cepat seakan masih merajuk dengannya.
“ Leeya! Nak ke mana tu? Tunggu abang!” Sahutan Azrul tidak aku hiraukan.Aku saja nak mengenakan dia. Aku cuba menyembunyikan senyuman .Sebenarnya itulah jawapan yang aku nantikan dari tadi tapi aku tidak akan mempamerkan reaksiku kepada Azrul kerana aku tidak mahu dikatakan lebih-lebih pula dalam soal ini. Walaupun waktu yang tepat untuk kami membina mahligai bahagia dalam satu ikatan yang halal belum ditetapkan namun harapan yang Azrul berikan kepadaku sudah cukup untuk membahagiakan aku.
-------------------------------------------------------------------------------------
Suasana majlis perkahwinan Hana cukup meriah sekali dengan lagu-lagu baru dan lama didendangkan berselang seli, menyerikan lagi majlis persandingannya . Aku sedikit terlewat menghadiri majlisnya kerana aku pergi ke jabatan perkhidmatan awam untuk melaporkan diri berkenaan kepulanganku di tanah air . Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Pasti rombongan pihak lelaki sudah pulang kerana Hana memberitahuku mereka akan datang dalam lingkungan pukul 2 petang. Aku mencari kelibat Hana. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah jauh. Hana merupakan teman seperjuanganku ketika kami sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara di utara Malaysia. Dialah teman yang sanggup berkongsi suka dan duka denganku. Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor namun nasib tidak menyebelahinya kerana keputusan SPMnya tidak memberangsangkan . Kini dia berkerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota. Bakal suaminya aku tidak tahulah kerja apa.Yang aku tahu, dia merupakan senior aku semasa di MRSM dulu.
“ Leeya!” Aku tersentak apabila mendengar namaku dipanggil.Sepantas kilat aku menoleh ke belakang.
“ Hana! Ya Allah lamanya tak jumpa kau,” aku terus memeluk erat Hana yang lengkap berpakaian pengantin .Tanpaku sedari air mata terharu mengalir membasahi pipiku. Girang sekali hatiku dapat bertemu teman baikku ini.
“ Leeya..thanx datang. Tapi kenapa lambat sangat?” Leeya turut menangis terharu.
“ Soryla..aku ada hal sikit tadi. Oh my Godness, kau betul-betul berubah sekarang. More beautiful! Sweet…Macam model pulak aku tengok,” pujiku. Dia ketawa mendengar pujianku. Benar, Hana semakin cantik sekarang dan semakin kurus .Dulu dia berbadan gempal sehingga digelar ‘budak gemuk’ semasa di MRSM.Raut wajahnya benar-benar berubah berbanding di waktu sekolah dulu.
“ Ish mana ada..kaupun apa kurangnya . Makin jelita dan cun .Slim pulak tu..” aku tergelak mendengar pujiannya yang langsung tak bertepatan dengan penampilanku kini.Aku tak pernah berasa diriku cantik.
“ Hah, nak bodek aku la tu..Member kita yang lain tak datang ke?”
“ Diorang semua dah datang tadi tapi kau tu yang lambat . Diorang semua tanya kau kat mana..ish melepas lah kau..”
“ Alamak..ruginya aku..rindu betul la nak jumpa diorang. Wah..tak sangka kau kahwin awal dari aku..”
“ Yela..dah ada orang nak, aku kahwin je lah..”
“Eh, mana husband kau?Dari tadi tak nampak batang hidung pun .Cepat! Aku nak tengok!” kataku tidak sabar-sabar .
“ Huish kau ni, kok ya pun makan la dulu. Tak kan larinya husband aku tu..”
“ Tak kira, aku nak tengok sekarang!” Tegasku dalam tawa .
“ Kau ni kan..perangai tak pernah berubah. Kalau dah nak tu, tak sabar-sabar..” kata-kata Hana disambut dengan gelak tawaku.
“ Hah itupun husband aku, handsome tak?” Aku terus menoleh ke arah yang Hana tunjukkan .Kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian tradisi pahlawan berwarna krim seperti warna pakaian Hana sedang berborak mesra dengan tetamu yang hadir. Senyumanku yang mekar di bibirku mati tiba-tiba . Bagaikan halilintar membelah langit, waktu bagaikan berhenti berputar seketika . Adakah aku sedang bermimpi? Adakah itu suami Hana? Adakah itu Azrul? Jejaka yang aku puja selama ini? Seketika kemudian lelaki itu menoleh ke arah kami. Hana melambai ke arahnya supaya dia datang kepada kami. Dia menghampiri kami perlahan-lahan .Semakin dia menghampiri ,semakin jelas wajahnya .Dia juga kelihatan tergamam melihatku. Benar, aku tidak salah lagi..suami Hana adalah Azrul, teman lelakiku! Ya Allah, katakanlah ini semua mimpi! Katakanlah ini hanya ilusi!
“ Abang, kenalkan ini Leeya, kawan baik Ana..and Leeya..kenalkan ,Azrul..” kata Hana manja membuatkan hatiku semakin terguris. Mataku sudah bergenang dengan air mata namun aku cuba menahannya .Aku tidak mahu Hana mengetahui perasaanku ketika ini.
“ Oh, hai..,” jawabnya teragak-agak.Dia menggigit bibir . Tangannya dihulur untuk bersalam denganku namun aku tidak menyambutnya .Mataku tajam merenungnya tanpa mempedulikan Hana yang berada di situ. Sampainya hati Azrul menipu aku selama ini. Apa makna semua ini? Di mana janji manis yang dia taburkan kepadaku selama ini? Di mana hilangnya prinsip hidupnya yang tidak pernah memungkiri janji? Di mana?! Jika ikutkan hati ingin sahaja aku pergi dari sini.Aku tidak sanggup berdepan dengan jejaka idamanku yang sudah menjadi suami kawan baikku sendiri kini. Aku kecewa..benar-benar kecewa. Ternyata aku tersalah anggap kepadanya selama ini. Ternyata dia bukan seorang lelaki yang setia!
“ Leeya, kau ok ke?” soal Hana hairan . Aku cepat-cepat kembali ke alam nyata .
“ Hana, maaf lah ye..aku ada hal sekarang dekat rumah. Baru teringat. Ini hadiahnya . Maaf ye tak boleh lama di sini..” aku cuba berbohong kerana aku tidak sanggup berdiri di sini lama. Hadiah itu aku hulurkan dengan tergesa-gesa.
“ La Leeya..kalau ye pun..makan la dulu..Kau belum makan lagi tu,” Belum sempat aku beredar dari situ Leeya menghalang. Azrul hanya mendiamkan diri seolah-olah lidahnya kelu untuk berkata-kata . Aku tahu dia berpuas hati kerana selama ini dia berjaya menipu aku dengan janji manis yang rupa-rupanya pahit isinya!
“ Maafkan aku Hana.Dah lewat ni..lain kali ye aku datang lagi, assalamualaikum..” kataku sambil melurutkan gengaman Hana di lenganku. Aku beredar dari situ laju tanpa menghiraukan sahutan Hana . Air mata yang kutahan dari tadi akhirnya tumpah jua . Keriangan yang bersarang di hatiku seketika tadi telah berganti dengan kesedihan dan kekecewaan yang tidak dapat aku gambarkan keperitannya . Sampai hati Azrul berbuat begitu kepadaku. Sampai hati…
---------------------------------------------------------------------------------------
Aku memerhatikan bunga ros merah yang terdampar di atas mejaku. Aku memerhatikan ucapan yang tertera di kad bercorak bunga mawar yang terletak pada bunga itu.
Leeya my sweetheart...
I always love you where ever I go.
Please forgive me..I didn’t meant it..
I miss you so much sayang..
Azrul
Aku mencebik. Azrul ni memang tidak sedar diri! Sudah beristeri tetapi masih ingin bermain kayu tiga . Sudah masuk 3 bulan aku menerima bunga-bunga daripadanya dan selama itulah bunga-bunga itu tidak pernah aku simpan sebaliknya sentiasa menjadi makanan tong sampah dan kadang-kadang aku hadiahkan kepada staffnurse di sini. Haram aku nak bawa balik bunga daripada lelaki itu . SMS dan panggilan telefon daripadanya tidak pernah aku balas . Tidak guna aku melayannya . Cukuplah dia mengkhianati janjinya kepadaku, aku tidak mahu dia mengkhianati cinta Hana padanya pula.
‘Jangan mimpilah Azrul, sekali kau dah menghancurkan hatiku, selama-lamanya aku tidak akan maafkan kau!’ Gumanku di dalam hati. Parut luka dihatiku yang dia tinggalkan masih tidak kering darahnya . Kesetiaan yang aku sanjungi selama ini terang-terangan dikhianati. Tidak kusangka panas yang aku harapkan hingga ke petang rupa-rupanya berakhir dengan hujan di tengah hari . Walaupun hatiku masih terasa ngilu, namun aku bertekad tidak akan membiarkan air mataku menitis lagi kerana lelaki yang tidak guna itu!
“ Leeya!” Hampir terjatuh bunga dalam peganganku apabila disergah begitu . Yang ni lagi seorang , suka sangat menyakat aku dan selalu muncul tiba-tiba di saat aku tengah mengelamun. Aku merengus geram.
“ Faiz, you ni kan selalu macam ni!” Marahku. Aku tengah panas hati ni boleh pula dia menjerkahku begitu.
“ Im sorry..Tak adalah..I tengok you dari tadi dok renung bunga tu je. Macam nak makan pun ada.Your boyfriend kasi ye..,” Faiz mula menyerkap jarang . Dia kemudian duduk di atas meja bersebelahan denganku.
“ Boyfriend? Mana ada? Entahlah , monyet mana entah yang hantar kat I. Malas I nak layan,” jawabku selamba dan kemudian berjalan ke tong sampah lalu membuang bunga itu di situ.
“ Hey Leeya! What are you doing? Kenapa you buang bunga tu?Sayangnya..” Terkejut bukan kepalang Faiz melihat aku membuang bunga itu. Aku hanya tergelak melihat reaksinya.
“ I nak simpan buat apa? Buat menyemak je..”
“ You ingat bunga tu murah ke? Bunga hidup pulak tu. Kesian orang tu, kasi bunga tapi you buang macam tu je. Ish, kalau I punya girlfriend macam tu la..I tak suka!” Ish, menyibuk pula Faiz nih. Aku mencemik. Suka hati akula.
“ Habis tu ,dah tahu I tak suka bunga tapi dia kasi juga . So, salah dialah. Bila I tak nak I buanglah,” jawabku tanpa rasa bersalah.
“ Ish I tak faham lah dengan you ni. You ni..bla..bla..bla..,” panjang betul leterannya namun kata-katanya ibarat masuk ke telinga kiri ,keluar ke telinga kanan. Nama je lelaki tetapi berleter mengalahkan mak nenek .Aku tidak menghiraukan leterannya yang masih belum habis,sebaliknya aku kembali meneliti folder pesakit di hadapanku. Faiz merupakan teman sekerjaku. Aku mengenalinya ketika mula-mula aku menjejakkan kaki selaku House Officer di Hospital Selayang . Dia Medical Officer di sini. Walaupun dia lima tahun lebih tua dariku namun keramahannya dalam berkomunikasi menyebabkan aku senang berkawan dengannya .Dia tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar kepadaku sepanjang aku bekerja di sini.Cuma, kadang-kadang aku rimas dengan sikapnya yang terlalu banyak cakap sehingga tidak larat aku hendak melayan setiap butir bicaranya . Rasa hendak bengkak gegendang telingaku mendengar ceritanya yang berjela-jela . Banyak modal betul nak cerita . Mungkin sebab tu lah dia tidak berkahwin hingga sekarang kerana sikapnya yang banyak cakap.Perempuan malas nak layan.Hehe..sempat lagi aku mengutuk.
“ Hah! Ni mesti tengah mengumpat I dalam hati!” Suara Faiz yang tiba-tiba berubah nada menyebabkan senyumanku mati. Tidak perasan pula ,aku tersenyum seorang diri sehingga dapat dihidu oleh Faiz.
“ Ish you ni, jangan menuduh I sebarangan.Mana ada I mengumpat you!” Aku cuba menyembunyikan fikiranku.Macam ahli nujum lah si Faiz ni, semua yang aku fikir dia seperti tahu aje apa yang terkandung dalam fikiranku.
“ Eleh, you senyum-senyum pun I dah tahu la..tengok pipi dah merah dah, macam pelakon opera.Haha..so cute..,” sempat lagi dia menyakat aku. Aku menjegilkan mata sambil menampar bahunya dengan folder di tanganku.Geram melihat gelak ketawanya . Dia buat lawak, kemudian dia ketawa sendiri .Tak lucu pun.
“ Aduhh Mak! Sakitla! Hai macam mana you nak jadi isteri I nanti kalau gurau sikit pun kena pukul..” Aku mencebik mendengar kata-kata perasannya.
“ Huh, tak ingin I jadi isteri you..tak larat I..”
“ Kenapa? Tak larat nak peluk I ke? Yelakan I ni sekali dah terpeluk susah nak lepas..” Katanya sambil tersenyum nakal . Dengan spontan aku menghadiahkan cubitan ketam pada lengannya.
“ Adoiii ama..sakitla mak cik!Ganas betul la tangan you ni!” Marahnya sambil menggosok lengannya.
“ Padan muka! Melalut sangat..Malas I nak layan you..dah la I banyak kerja, you datang kacau pulak. Nanti kalau bos tahu I tak buat kerja , naknya I nanti..” Aku meneruskan agendaku yang tergendala sebentar tadi.
“ Tak apa, I boleh back up. Bos kita tu kawan lepak I je..So, tugas you sekarang kena layan I..nama lagi bakal isteri..hehe..” aku menjeling tajam kepadanya .
“ Tak ada masa!” Kataku sambil terus melangkah meninggalkannya di situ. Malas aku nak layan perangainya yang kali ini agak menjengkelkan.Kedengaran gelak ketawanya yang penuh makna.Menyampah! Tak habis-habis hendak gelakkan aku.
------------------------------------------------------------------------------------
“ Enough! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi!” Tegasku. Hilang sudah panggilan manjaku padanya . Azrul kini seperti sedang gila bayang tahap kritikal . Aku sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi . Kini , dia sudah berani datang menjengah ke tempat aku bekerja . Mahu menagih kasih dariku. Aku tidak tahu apa lagi yang dia mahu dariku .
“ Leeya..please maafkan abang..tolonglah kembali kepada abang. Percayalah sayang..abang kahwin dengan Hana bukan atas kehendak abang tapi mak ayah abang yang paksa..please trust me Leeya..,” rayuan Azrul langsung tidak berbekas di hatiku. Tangannya yang cuba memaut tanganku aku tepis dengan kasar.
“ Cukup! Awak kahwin paksa ke tak ke, I don’t care! Awak sedar sikit, awak tu dah jadi suami orang, tak lama nak jadi bapa! Please..saya tak mahu awak ganggu hidup saya lagi!” Gertakku . Hatiku membahang panas lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang Hana sudah mengandung 2 bulan .Huh, tak cinta konon.Kahwin paksa konon tapi tup tup dapat anak jugak. Ternyata Azrul penipu besar!
“ Leeya, tolong lah jangan macam ni.Kita kahwin ye..”
“ Awak dah gila ke Azrul? You ingat I ni apa hah? You nak jadikan I madu? No..no! That’s not me! Awak dah salah orang..,” wajahku terasa semakin membahang. Tidak sangka Azrul akan mengutarakan cadangan bodoh itu.
“ Betul.Abang betul-betul nak kahwin dengan Leeya .Abang nak Leeya jadi isteri abang yang sah..I love you sayang..really love you..,” Mendengar perkataan cinta yang diungkapkan, hatiku menjadi sayu. Sedikit demi sedikit, kenangan manis zaman sekolah dulu menerjah ke ruang benakku . Dulu kata-kata itulah yang memekarkan cinta kami .Dulu..namun kini..segala-galanya telah berakhir.
“ Tidak! Habistu Hana macam mana? Awak nak buang dia macam tu je seperti mana awak buang saya dari hidup awak? Macam tu?” Aku cepat-cepat kembali ke alam nyata. Aku tidak akan benarkan diriku tenggelam dalam perasaanku sendiri.
“ That’s not the matter..abang tak pernah buang Leeya dari hidup abang. Apa yang penting sekarang abang nak Leeya jadi isteri abang..please..I beg on you..hidup abang tak sempurna tanpa Leeya ..” rayuannya membuatkan pendirianku semakin goyah. Suara romantisnya cukup menggetarkan jiwa wanitaku.
“ Dahla awak..baliklah..jaga Hana, kawan baik saya tu elok-elok.Dia sedang mengandungkan anak awak. Tolonglah awak...Hana adalah segala-galanya bagi saya..saya tak sanggup lihat dia kecewa..,” pedih rasa hati apabila menuturkan kata-kata itu walaupun jauh di sudut hatiku aku mengharapkan ini semua mimpi dan mengharapkan Azrul masih lagi milikku .
“ Tapi..Leeya lah segala-galanya bagi abang. Bagaimana abang nak hidup tanpa sayang?” Dia belum berputus asa memujuk hatiku yang keras bagaikan besi kini.
“ Kenapa awak tak fikir semua itu sebelum awak kahwin dengan Hana? Kenapa?” Soalku dalam sebak. Air mataku hampir menitis . Emosiku kini berubah mendung.
“ Masa tu abang buntu. Mak ayah abang paksa abang kahwin dengan anak kawan dia. Abang nak beritahu Leeya tapi masa tu Leeya tengah sibuk exam. Abang kecewa kerana Leeya tak melayan abang ketika itu sedangkan abang perlu bincang pasal ni dengan Leeya. So, tanpa fikir panjang, abang terima aje cadangan mak ayah supaya abang kahwin dengan Hana..maafkan abang Leeya.Abang benar-benar menyesal kerana ambil keputusan terburu-buru..” hatiku semakin sakit mendengar penjelasannya.
“ Saya sibuk untuk exam cuma sebulan? Tak kan tu pun awak tak boleh tunggu? Selama 5 tahun awak sabar menanti saya, kenapa tidak waktu sebulan tu? Kenapa? Sudah la awak, stop say nonsense! Whatever you told me later, I won’t trust you anymore..never!” Itulah kata-kata terakhir sebelum aku berlari meninggalkan Azrul tercengang di situ. Dia cuba mengejar tetapi aku lebih pantas meninggalkannya . Hatiku yang baru mahu beransur tenang bergolak kembali. Pertemuanku dengannya kali ini menghadirkan rasa benci yang mendalam terhadapnya .Azrul sesungguhnya lelaki yang tidak bertanggungjawab! Sanggup melupakan isteri kerana kepentingan diri sendiri! Semata-mata ingin menagih cinta lama.
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku baru sahaja menerima SMS daripada Hana untuk bertemu denganku . Hampir setahun aku tidak bertemu dengannya semenjak dia kahwin dengan Azrul . Aku hairan apa tujuannya mahu berjumpa denganku. Adakah ini ada kaitan dengan Azrul? Adakah dia tahu yang Azrul sering bertemu denganku? Pelbagai andaian dan persoalan bermain di fikiranku.Aku mengharapkan pertemuan ini berlaku secara harmoni walaupun mungkin isu Azrul mungkin timbul. Namun tujuan utama aku bersetuju untuk bertemu dengannya adalah kerana ingin melepaskan rinduku padanya, kawan baikku yang aku sanjungi selama ini. Ketepikan siapa suami dia, yang pasti persahabatan kami tetap terpelihara walau apapun yang berlaku.
“ Leeya..,” sapa Hana yang tiba-tiba muncul entah dari mana .Wajahnya kelihatan suram.
“ Owh, Hana..how are you?” Soalku sambil menghulurkan salam untuk bersalam. Dia merenungku tajam .Dalam sekelip mata, tangannya hinggap di pipiku. Terasa perit sekali .Tidak aku sangka Hana akan menamparku sebegitu rupa.
“ Hana..why?” Soalku hairan.Air mata mula bergenang di tubir mataku.
“ Kau tanya kenapa lagi? Kau tu perampas suami aku! Aku tak sangka kau musnahkan hidup kawan kau sendiri! Kawan jenis apa kau ni hah!” Bertubi-tubi herdikan yang dilontarkan kepadaku dengan tiba-tiba.Aku terkesima.
“ Hana..apa maksud kau. Aku tak pernah nak rampas suami kau. Dia hak kau..dia tak ada kena mengena dengan aku..,” kataku sebak .Sungguh tidak sangka yang Hana akan menuduhku melulu.
“ Ooo tak pernah nak rampas ye..tak ada kena-mengena ye..ini apa hah?! Gambar kau bersepah-sepah dalam bilik dia!” Hana melemparkan beberapa keping gambar ke wajahku. Hana benar-benar berang denganku. Aku memerhatikan wajah-wajah di dalam gambar tersebut. Ye..itu adalah gambarku bersama Azrul sewaktu ketika dahulu dan beberapa gambarku sewaktu aku belajar di Ireland. Aku mengutip perlahan-lahan gambar itu .Ternyata Azrul masih menyimpan kenangan kami bersama. Azrul masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku bukan lagi miliknya.Air mata yang kutahan akhirnya tumpah jua.
“ Leeya..sampai hati kau. Kenapa kau buat aku begini?” Suara Hana semakin mengendur. Seketika kemudian terdengar esak tangisnya.
“ Hana..dengar dulu penjelasan aku..,” kataku dalam sendu sambil cuba memegang bahunya namun dia pantas menepis.
“ Sudahlah! Kerana kau aku keguguran! Kerana kau rumah tangga aku hancur! Kerana kau Azrul tinggalkan aku! Kaulah punca semua penderitaan aku! Kau pemusnah hidup aku! ” Hana seperti terkena serangan histeria . Dia menjerit seperti orang tidak sedarkan diri. Orang ramai yang lalu di situ mula memberi tumpuan kepada kami.Aku semakin tertekan. Hatiku semakin terguris mendengar kata-katanya. Hana keguguran kerana aku? Azrul tinggalkan dia kerana aku? Akulah puncanya? Soalan-soalan itu aku ulang di dalam hati yang sekali gus menyesakkan dadaku. Aku kelu.Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Bukan aku yang minta semua itu berlaku.
“ Kenapa diam?! Betul kan apa aku kata? Sekarang, suka hatila kau tengok aku macam ni kan.Kau memang perempuan sundal! Tak ada laki lain ke kau nak cari?!Kenapa laki aku jugak kau nak?! Apa salah aku kat kau hah sampai kau buat aku macam ni?! ” Aku semakin tergamam. Kata-kata kesat yang menyentuh telingaku benar-benar membuatkan hatiku panas lebih-lebih lagi apabila semakin ramai orang yang menonton adegan pertengkaran kami.Tidak kurang juga ada yang memandang jelek kepadaku.
“ Stop!” Aku menjerkahnya tiba-tiba. Hana terdiam seketika, terkejut apabila disergah begitu. Air mataku semakin lebat mengalir. Terasa diri aku begitu hina. Aku kecewa kerana orang yang menghinaku itu adalah kawan baik aku sendiri. Walaupun begitu, aku tekad akan menceritakan hal sebenar kepadanya. Aku tidak sanggup lagi dihina.
“ Hana..Dengar sini. Kalau kau nak tahu , Azrul bekas teman lelaki aku.Sudah lebih 7 tahun Hana kami bercinta..semenjak kita di MRSM lagi. Tapi kami merahsiakan hubungan kami kerana kami tidak mahu menimbulkan kontroversi di sekolah kita. Dia pernah berjanji ingin kahwin denganku 5 tahun dulu, sebelum aku pergi Ireland tapi bila aku balik sini tak sangka dia menjadi suami kau. Aku sangat kecewa masa tu Hana..aku lebih kecewa dari kau sekarang.Bayangkan penantian aku selama 5 tahun berakhir begitu sahaja..tapi Hana..tak pernah terniatpun dalam hati aku untuk mengkhianati persahabatan kita .Tak pernah terniatpun nak merampas kembali dia dari kau.Tak pernah..Ye benar..Azrul banyak kali cari aku tapi aku sedar, dia dah jadi suami orang, suami kau. Aku tak pernah layan segala rayuan dia selepas kau kahwin..aku tak mahu kau kecewa..tapi tak sangka dia sanggup tinggalkan kau macam tu. Percayalah Hana nasib kita serupa..kita sama-sama dikecewakan oleh lelaki yang sama, lelaki yang tidak bertanggungjawab.Pentingkan diri sendiri,” sayu aku menuturkan kata-kata itu dalam sendu. Hana seperti tergamam mendengar ceritaku . Dia terduduk di situ kerana terlalu terkejut. Aku tahu dia tidak pernah tahu yang lelaki bernama Azrul pernah muncul dalam hidup aku kerana salah aku juga enggan menguar-uarkan kepada sesiapa tentang hubungan kami sehinggalah ke hari ini.
“ Kenapa kau tak cakap awal-awal..maafkan aku Leeya..aku..” suaranya seperti tersekat di kerongkong. Pipinya basah denga air mata .Aku menyekanya perlahan.
“ It’s okay Hana..yang pasti kau sahabat aku dunia dan akhirat..,” kataku lembut dan terus memeluk Hana. Hana tidak berhenti-henti melafazkan ucapan maaf kerana berkasar denganku sebentar tadi. Syukurlah Hana faham akan situasi aku. Biarlah aku kehilangan cintaku namun aku tidak sanggup kehilangan sahabat baikku. Kata-kata penghinaan yang dia lontarkan kepadaku sebentar tadi sedikit demi sedikit hilang dari ingatanku. Aku tidak mahu memikirkannya lagi . Kejayaan mengekalkan hubungan persahabatan kami yang hampir rapuh sudah cukup menyembuhkan luka di hatiku.
--------------------------------------------------------------------------------------
“ Awak nak apa lagi? Tak boleh ke awak berhenti ikut saya?” Aku sudah letih melarikan diri daripada Azrul yang kini semakin kerap mengekoriku walau ke mana sahaja aku pergi. Sedang bersiar-siar seorang diri di taman ini bagi menenangkan fikiran di hujung minggu, alih-alih Azrul turut berada di sini. Dia seperti mata-mata gelap yang megintip setiap gerak-geriku. Aku rimas.
“ Abang tidak akan berhenti ikut Leeya selagi Leeya tak terima lamaran abang..,” selambanya Azrul berkata.Aku merengus geram .Tak reti bahasa betul la mamat ni. Setelah apa yang dia lakukan kepadaku dan Hana, aku sudah tawar hati untuk menyentuh soal hati dengannya .Bagiku , rasa cintaku padanya sudah terkubur semenjak dia bergelar suami Hana biarpun kini dia sudah bergelar bekas suami.
“ Awak ingat senang-senang ke saya nak terima awak lepas awak hancurkan hati saya dan lepastu awak musnahkan cinta Hana pada awak? Dahlah awak yang menyebabkan anak awak mati, kini awak nak apa lagi? Tak cukup lagi ke?!” Aku membentak keras . Hatiku bertambah sakit apabila mendapat tahu Hana keguguran kerana terjatuh dari tangga akibat ditolak Azrul ketika mereka bertengkar.
“ Leeya..saya ceraikan dia kerana saya ingin bersama awak. Lagipun dia bukan perempun yang baik. Awak jangan percaya kata-kata Hana..dia hanya mahu memutarbelitkan cerita. Saya tak ada di rumah masa dia jatuh tangga hari tu..,” aku mencebik apabila Azrul cuba menafikan kata-katanya.
“ Putarbelit apanya..memang ada saksi yang nampak. Ada bukti! Nasib baik Hana masih sayangkan awak, dia tidak buat laporan polis kerana cintakan awak…”
“ I don’t care about that.What I care now is I love you so much..Abang nak bersama Leeya..tolonglah Leeya..Terimalah lamaran abang..”
“Azrul..saya pun nak minta tolong. Tolong terima kenyataan yang hubungan kita dah berakhir. Allah dah tetapkan yang kita memang tak ada jodoh . Kembalilah kepada Hana..saya sangat kenal perangai dia macam mana .Dia adalah wanita yang paling baik pernah saya jumpa. Hana bukan seorang perempuan yang mudah jatuh cinta. Sekali dia mencintai seseorang lelaki itu, dia akan mencintainya sehingga ke akhir hayatnya. Dan..awak bertuah kerana menjadi lelaki pertama yang dia cintai.., awak benar-benar rugi kerana mensia-siakannya..Tolonglah jangan sakiti hati dia..” kali ini aku ikhlas menuturkan kata-kata itu yang lahir dari lubuk hatiku. Aku benar-benar berharap Azrul akan merujuk Hana kembali sebagai isteri. Aku mahu melihat sahabatku dan juga Azrul bahagia.
“ Leeya..”
“ Kalau awak cintakan saya..tolong kembali kepada Hana dan tolong lupakan saya..,” belum sempat Azrul mengungkapkan kata aku lebih pantas memintas.
“ No..No..I won’t do that!I love you honey..please be my beloved forever..” Terkejut aku apabila Azrul tiba-tiba memelukku .Gila! Aku bukan muhrimnya! Aku cuba melepaskan diri namun pelukan sungguh kemas.Sukar untuk aku meloloskan diri.
“ Lepaskan saya Azrul.Jangan jadi gila!” Tegasku.
“ I love you..,” kata-kata itu diulangi tanpa menghiraukan arahanku.
“ Lepaskan dia!” Pelukannya serta-merta terlepas apabila tiba-tiba Faiz muncul di situ. Aku terus berlari mendapatkan Faiz. Aku menarik nafas lega .Nasib baiklah Faiz ada di sini, jika tidak ,entah apa lah yang jadi selepas ini.Nanti tidak pasal-pasal kena tangkap basah. Huish…naknya aku nanti..
“ Hei, kau siapa?!” Gertak Azrul .Mukanya berubah riak . Faiz mahu membuka mulut tapi aku lebih pantas menyampuk.
“ Dia tunang saya.Tak lama lagi kami akan kahwin!” Jawabku tegas. Azrul tergamam. Begitu juga Faiz yang tidak tahu menahu apa permasalahan yang aku hadapi kini. Aku tahu Faiz pasti menyakatku nanti .
“ Leeya..please jangan main-main..bila masa Leeya bertunang. Abang tak tahu pun. Abang tahu Leeya berbohong kan?” Azrul mulai resah .
“ Apa pulak berbohong. Leeya memang tunang aku. Mulai hari ni kau jangan ganggu Leeya lagi!” Aku sedikit terkejut melihat ketegasan yang dipamerkan Faiz. Selama ini, dia tidak pernah serius dan menengking orang seperti ini tetapi kali ni..ternyata sikap dia berlainan sekali.
“ Arghh! Kau jangan nak tipu aku! Leeya hak aku!! Don’t you dare to touch her!” Azrul kini sudah menarik kolar baju Faiz .Mukanya merah menyala menahan marah . Aku terpempan melihat reaksi Azrul yang sedang berang. Inilah kali pertama aku melihat dia benar-benar marah . Faiz tidak berdiam diri. Dia terus menolak kasar tubuh sasa Azrul sehingga dia terdorong ke belakang.
“ Leeya hak aku! Ini buktinya!” Faiz menghulurkan sekeping kad jemputan kahwin kepada Azrul. Azrul pantas mencapainya.Aku hairan. Kad kahwin? Biar betul.Kad itu terlepas dari tangannya apabila melihat nama yang tertera di kad itu. Wajahnya berubah mendung.Aku turut membacanya dalam diam . Leeya & Faiz..hah?! Mustahil!
“ Leeya..walau apa pun yang berlaku, abang tetap cintakan sayang..abang akan tunggu Leeya sampai bila-bila pun..,” katanya sayu sambil merenung dalam anak mataku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Bagiku kata-kata itu sudah tidak berguna lagi. Segala-galanya sudah terlambat. Seketika kemudian, Azrul perlahan-lahan meninggalkan kami dengan langkah longlai. Walaupun ada sedikit rasa simpati menjengah ke dalam hatiku namun aku terpaksa padamkan kerana aku tidak mahu kekecewaan itu datang lagi.
“ Wow! Bestnya jadi tunang you!” Lamunanku mati apabila mendengar sorakan daripada Faiz .Aduhh….habislah aku kali ni kena sakat.
“ Hello..tunang berlakon je tau. Not the real one..” jawabku lantas berlalu mahu meninggalkannya yang sedang tersengeh macam kerang busuk.
“ Depan staff pun you nak I berlakon jadi tunang you ke? I no hal..lagi I suka..kalau boleh I nak beritahu satu hospital.Hehe..” aku menghentikan langkahku dan menjelingnya tajam.Perasan!
“ Huh! tak payah la susah-susah. Anyway thanx sebab tolong I tadi. I dah penat layan dia tadi..he follow me where ever I go..rimaslah”
“ Who’s him?” Wajah Faiz berubah serius. Sejak bila dia serius bila bercakap ni.Hairan aku.
“ Ex-boyfriend I..”
“ Oh I see..kenapa dia tinggalkan you?”
“ Entahlah..panjang ceritanya..,” aku tidak berminat untuk mengungkit kisah lama. Biarlah ia terkubur begitu sahaja.
“ Eh, mana you dapat kad kahwin tu? Dahla ada nama I dengan you pulak tu..” Aku cuba mengubah topik ditambah pula rasa ingin tahu .
“ Itulah kan kad kahwin kita..” katanya dengan senyuman yang melebar.
“ Heh, you jangan nak mengarut!” Buntang mataku mendengar jawapan itu. Sah dia nak main-mainkan aku.
“ Betul la..you ingat tak rombongan peminangan yang datang rumah you bulan lepas, you terima kan?”
“ A’ah . So?” Aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu.
“ Itu rombongan dari I la tu..So that’s mean kita dah bertunang!!” katanya dan terus berlari meninggalkanku.
“ What?!!” Aku terlopong dan terdiam tidak terkata . Aku mengejarnya untuk mendapatkan kepastian . Aku memandang sekilas cincin yang tersarung di jari manisku sejak bulan lepas.Tidakku sangka lelaki yang ibu bapaku sering sebutkan sejak akhir-akhir ini adalah Faiz . Memang benar bulan lepas ada rombongan peminangan dari Kuala Lumpur datang bertandang ke rumahku .Aku menerima pinangan itu tanpa banyak soal dan tanpa mengetahui siapa gerangan jejaka yang akan aku kahwini kerana aku sudah malas memikirkan soal hati dan perasaan lagi.Aku sudah serik. Justeru, aku redha dengan siapa sahaja yang bakal menjadi suamiku asalkan lelaki itu boleh menyayangiku sepenuh hati. Aku begitu yakin pilihan ibu bapaku adalah paling tepat. Bagiku ,biarlah cinta itu mekar selepas kahwin kerana itu adalah lebih diberkati. Tetapi, tidak sangka pula jejaka yang akan bergelar suami dalam masa tidak sampai sebulan lagi adalah Faiz . Oh tidak!!Ini mimpi ngeri! Larat ke telinga aku nak dengar dia membebel sepanjang masa? Alamatnya menanah la telinga aku.Amaaa…tak mahu!!!
p/s : ini cerpen kedua dari saya.sorry lah, cerpen ini agak panjang. Saya cuba memendekkan cerita ni tapi tak tahu macam mana nak pendekkan . Apa pun semoga terhibur..terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca karya saya..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hihihi...
ReplyDeletebest..
nape xsmbg..?
so sweet..sambung la cerpen ni. tp sian pulak kat azrul tu
ReplyDeletetakpe panjang2 lagi syok baca..
ReplyDeletetak la tergantung sgt
waaa..best2..
ReplyDeletehehe tp kelakar la Faiz tuh.
besh2...
ReplyDeletefaiz tu low profile...
sgt sweet
salam....
ReplyDeletecerpen yang sangat menarik... izinkan saya..print dan membacanya..
anaklaut; tq sudi singgah meninggalkan jejak di blog saya..
thank you to all the comment..n u r welcome anak laut..sy izinkan..lagipun karya saya x seberapa.
ReplyDeletei just want to share my thought with u all..=)
salam..tengku,
ReplyDeleteterima kasih banyak..
puisi yang biasa2 saja..:))
hohoho mmg panjang pun..tp best gak.aku la tu Faiz.heheh
ReplyDeleteaiseh perasannyer pak cik farrez ni.haha.
ReplyDeletebesh la cite ni,kalau wat novel kan lagi best.
cte la sal dia kwen ngan faiz.hehe
wah best2 cerpen ni..ok je xde pjg mana.sambungla ya lg sket je nk tau pastu apa jadik kat derang pastu.tq
ReplyDeletewahaha bez la cerpen ni..
ReplyDeletexnk smbung jd novel ke? hehe..
sambungla plez
ReplyDeletecite ni lawak best lak tu
nanti sambung plez
hahaha..apepn sabo je la yek leeya...dh nsb badan...hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum , saya nak tegur sikit maksud
ReplyDeletemuhrim = orang yang boleh dikahwini dan terbatal wuduknya cth: mak/bapa saudara, ibu/ayah
mahram = orang yang haram dikahwini dan tidak terbatal wuduknya cth: sepupu, ipar duai, dan sebagainya
dekat sini kalau kite sebut bukan muhrim membawa maksud kepada mahram kalau bukan mahram membawa maksud kepada muhrim
jadi istilah bukan muhrim kapada lelaki ajnabi adalah salah sepatutnya bukan mahram
saya minta maaf kalau teguran saya ni memebuat kan awak kecil hati cuma saya hanya ingin menegur sama sama mengingati .maaf juga kalau saya salah cuma berkongsi yang saya tahu
Sambung laa pleasee.. Tgh syok baca nii..
ReplyDeleteUmpama kaca dengan permata maksud
ReplyDeleteI was just browse looking beautiful quote. I cross @ you block. Found interesting
ReplyDeleteGood story love reading I thought real story.
Correction blogspot.
Delete