Tuesday, October 16, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 31


“ Awak tak apa-apa?” Soal Syam sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik doktor di klinik Cinta Permai berhampiran dengan taman mini tadi.

“ Saya ok…” Jawabku sepatah.

“ It’s sound good..I’m really worry about you Lina…” kedengaran Syam mengeluh lega. Kerana kemalangan tadi, aku mengalami luka kecil di dahiku.

“ Don’t worry…I will be ok… Awak pulak, ok?” Giliran aku pula menyoal Syam.

“ I’m absolutely ok Lina….don’t worry much about me emm..”

“ Thanks…” Ucapku padanya sebaik sahaja kami beriringan keluar dari klinik itu. Syam menghentikan langkahnya buat seketika.

“ Thanks sebab?” Soal Syam menduga.

“ Sebab awak dah selamatkan saya…saya tak tahu nak balas budi baik awak macam mana…” Kataku. Sesungguhnya aku begitu terharu apabila mengetahui yang Syam lah yang menyelamatkan nyawaku dari dilanggar kereta sebentar tadi. Kalau dia tiada di situ ketika itu, sudah pasti nyawaku akan melayang.

“It’s okay..no need to say thanks…it’s my job to protect you honey..” tutur Syam lembut. Aku tersenyum kecil.

“Syam…” Panggilku.

“ Ye..kenapa Lina, anything?” Syam merenung dalam anak mataku . Kelihatan dia sedang menanti butir bicara dari bibirku.

“ I’m sorry for everything…” ikhlas aku menuturkan ucapan maaf itu. Syam sekadar tersenyum hambar.

“ Sorry for what?” Soal Syam lagi.

“ Sebab saya dah banyak buat salah dengan awak….”

“ Buat salah macam mana tu Lina? “

“ Saya dah banyak sakitkan hati awak. Saya dah banyak buat awak merana selama ni..saya dah banyak menyusahkan hidup awak…saya memang tak mampu nak bahagiakan awak…Saya memang wanita yang langsung tak berguna dalam hidup awak…Saya..”

“ Lina, stop it!” Kata-kataku terhenti seketika apabila Syam memintas kataku dengan sedikit tegas.

“ Awak marah saya ke Syam? I’m so sorry…” Jauh di sudut hatiku sedikit terkilan dengan reaksi Syam.

“ No, it’s not like that…you actually no need to say sorry…” suara Syam mula mengendur.

“ But why?”

“ Because it’s  all about my mistake…” Syam mengeluh berat seperti melepaskan beban yang sangat berat dalam hatinya.

“ What do you mean?” Soalku kurang mengerti.

“ Sebab saya tak berterus terang dengan awak yang saya adalah Farid masa saya jumpa awak dulu…” Kata Syam dengan penuh rasa bersalah. Aku sedikit tersentak. Tidak sangka dia akan berkata begitu saat ini.

“ Dah la tu Syam..tak perlu kita nak ungkit benda lama…”

“ Tapi, kalau saya mengaku awal-awal yang saya adalah Farid, for sure you will not fall to Hakim and for sure you will not left me alone. Mungkin jugak kita dah bahagia hidup bersama  sampai sekarang….” Kata Syam lagi .

“ Syam…” Aku kehilangan kata.

“ I did a big mistake Lina…...I suppose to protect you…Saya pernah janji dengan awak yang saya akan melindungi dan menyayangi awak sampai mati tapi tengok saya sebenarnya dah buat awak lebih merana…maafkan saya Lina…” Kata-kata Syam cukup membuatkan hati wanitaku cukup tersentuh.

“ Syam..jangan cakap macam tu…it’s not about your mistake…it’s our mistake…Dahla kita ungkit benda lepas…dah 3 tahun  benda tu berlalu Syam..anggap je ni semua takdir hidup kita..” Kataku dengan penuh rasa sebak. Saat ini aku tidak dapat menahan air mata dari terus tumpah ke pipiku.

“ I’m so sorry Lina…betul cakap awak..saya dah banyak sakitkan hati awak..saya dah banyak menyusahkan hidup awak…kalau saya tak severely injured dulu, pasti saya akan bahagiakan awak Lina..” Syam meneruskan kata-katanya. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“ Sudah la tu Syam…tak baik kalau asyik kata ‘kalau’…nampak seolah-olah kita tak redha dengan takdir Allah..semua tu berlaku tanpa kita sangka…who’s know about our fate..”

“ Dah la Syam..jom lah kita balik..” kataku lagi apabila melihat Syam hanya berdiam diri.

“ Are you forgive me?” Soal Syam padaku.

“ Yes..I forgive you.. Awak pulak…dah maafkan saya?” Soalku kembali.

“ Of course my dear..saya janji lepas ni saya akan lindungi awak dan akan terus menyintai awak. Saya akan berusaha untuk membahagiakan awak kini dan selamanya…” Hatiku cukup terharu dengan janji setianya itu. Terasa diriku begitu bermakna buat dirinya kini.

“ Thanks Syam…” Jawabku dalam sayu.

“ You are welcome my dear…” Katanya sambil tersenyum lebar. Aku turut membalas senyumannya. Mata kami bertautan buat seketika. Demi sesungguhnya, sinar kebahagiaan mula menyimbah kembali ke dalam hidupku .Sudah lama aku tidak berperasaan begini semenjak aku lari membawa diri ke Jakarta . Ternyata seluas mana pun lautan dan daratan di muka bumi ini, jika cinta itu ditakdirkan untuk kita…ia akan datang jua menemui kita walau sebesar manapun badai melanda…Dan ternyata Syam, cinta lamaku hadir kembali dalam hidupku setelah lama terpisah oleh jarak waktu dan juga keadaan. Kali ini, aku berjanji pada diriku yang aku tidak akan melepaskan cinta itu pergi lagi membelah bumi. Aku akan pastikan yang cinta itu akan kekal di dalam diriku hingga ke akhir hayatku.


Aku memerhatikan sejambak bunga rose segar  dalam genggamanku. Cantik.  Dalam diam aku mengira kuntum bunga tersebut. Ada 12 kuntum semuanya. Sesekali aku mencium bunga itu dengan sepenuh hatiku. Aku tersenyum sendirian. Kad kecil yang berwarna pink yang tergantung di bunga itu aku capai. Walaupun sudah berkali-kali aku baca namun rasa hati masih tidak jemu untuk menatapnya.

“ Let’s start a new chapter in our life.. I love you so much Lina…
Your most beloved - Syam”

Ayatnya agak ringkas tapi cukup untuk membuatkan hati wanitaku berasa sungguh bahagia. Ternyata Syam begitu ikhlas menyintaiku sepenuh hatinya. Dia sanggup meredah lautan kesusahan dan keperitan demi untuk mempertahankan cintanya padaku. Aku benar-benar tersentuh dengan kesungguhannya selama ini. Sesungguhnya, selama ini aku buta dalam menilai kasih dan cintanya padaku. Aku telah mengkhianati janji setiaku padanya. Aku telah membiarkan dia merana seorang diri setelah peristiwa hitam itu menyelubungi kami berdua. Aku yang sebenarnya bersalah dalam hal ini.  Aku terlalu mementingkan kebahagiaan diriku sehingga aku mencipta derita dalam dirinya. Ya..aku memang bersalah. Nasib baiklah Allah itu Maha Adil..Dia telah membuka mataku seluas-luasnya untuk melihat segala kebaikan Syam kepadaku selama ini. Kemalangan yang aku alami beberapa hari yang lepas menjadi titik permulaan kepada kisah cinta kami yang sudah lama terputus. Farid Faisyam sebenarnya tidak pernah berubah tetapi akulah yang banyak berubah.

“ Haii Lina…cantik bangat sih bunga kamu!” Aku tersentak apabila Rangga datang menyergahku tiba-tiba. Hish, Rangga ni suka sangat main redah je.

“ Hish kenapa kamu ni? Bikin aku terkejut aja…next time, beri salam...bukan main sergah je!” Marahku. Rangga sekadar tersengeh.

“ Okay Ibu Lina…Assalamualaikum…” kata Rangga.

“ Waalaikumussalam…hah macam tu la…” kataku sepatah sambil tergelak kecil.

“ Wawahh…dari tadi aku lihat kamu senyum-senyum sendirian aja…suka benar sama bunga ini ya?” Rangga mula menyakat.

“ Enggak..aku cuma tengok-tengok aja…”

“ Waduhh..enggak perlu tipu aku dong..aku ngerti kamu suka kan? Syam beri ya?” Soal Rangga menduga. Aku sekadar membalasnya dengan sebuah senyuman penuh makna.

“ Yes! Syam right? Wahh bagus amat kamu…akhirnya kamu mengaku jua yang kamu berdua berpacaran!” Rangga terjerit nyaring. 

“ Hish kamu ni kenapa sih? Excited bangat!” Marahku kerana tindakan spontannya tadi benar-benar membuatkan aku terkejut beruk.

“ Of course I’m so excited….akhirnya teman rapatku sudah berjaya memenangi hati ceweknya yang tercinta….” Kata Rangga sambil tersenyum-senyum. Aku memandangnya pelik.

“ Siapa cakap dia sudah menangi hati ceweknya?”

“ Ngaku aja dong…kamu jangan kecewakan Syam lagi dong…kasihan bangat sama dia..” Kata Rangga bersungguh-sungguh.

“ Kecewakan dia lagi? Apa maksud mu?” Aku tidak mengerti kata-kata Rangga.

“ Iya…dari waktu belajar sampai sekarang…hatinya cuma ada kamu…Syam tidak tega kehilanganmu. Lina…” kata Rangga serius. Aku termangu mendengar kata-kata Rangga.

“ Maksud kamu, kamu sudah lama kenal Syam ?”

“ Iya dong…”

“ Tapi, waktu kamu  belajar di mana?” Soalku ingin tahu.

“ Di London. Kami teman sekampus dulu…dia teman aku yang paling baik dan rapat dengan aku…Dulu, dia selalu bangat bercerita soal kamu sama aku..”

“ Owh jadi kamu sudah lama kenal aku lah?” Aku semakin berminat mendengar cerita Rangga.

“ Iya..” jawab Rangga sepatah.

“ Tapi bukan Syam hilang ingatan ke masa tu?” Aku mula keliru dengan cerita Rangga. Seperti sedikit berbeza dengan cerita yang aku dengar sebelum ini dari Kak Za, kakak angkat Syam .

“ Benar dong…tapi itu berlaku selepas dia accident…sebelum itu, dia ingat bangat sama kamu. Dia tidak pantas hidup tanpa fotomu di sisinya…”

“ Kenapa kamu enggak omong sama aku sih? 3 tahun kita sama-sama  , baru sekarang kamu beritahu aku soal ini?” Aku sedikit terkilan dengan rahsia yang Rangga simpan rapi selama ini.

“ Enggak..sebenarnya aku baru aja tahu soal ini…itu pun Syam yang yang beritahu aku yang emangnya kamu itu adalah pacarnya yang dia pernah cerita sama aku waktu di kampus dulu..” kata Rangga lagi. Aku semakin tidak mengerti.

“ Macam mana Syam tahu aku di sini? Kamu beritahunya ya?” Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak.

“ Iya..sebenarnya dia ketemu foto kamu di laman facebook aku…dia tanya aku , sama ada aku kenal sama kamu atau enggak..jadi aku cerita segalanya tentang kamu. Tidak sangka pula kamu adalah pacarnya yang hilang 3 tahun lepas…jadi kerna itu, dia terus merencanakankan percutiannya di Jakarta untuk beberapa minggu…Tujuannya cuma satu…mahu ketemu sama kamu…” Terang Rangga dengan panjang lebar. Aku terkedu. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Tidak sangka Syam begitu bersungguh mahu mencari cintanya dalam diriku.

“ Jadi, dia datang bukan sebab bisnes lah?” Soalku teragak-agak.

“ Yes..exactly..”

“ Jadi, kamu memang sengaja merancang supaya aku ketemu sama dia, begitu?” Soalku lagi inginkan kepastian.

“ Iya dong…aku cuma bantu dia untuk ketemu sama kamu…maafkan aku ye Lina kerna enggak omong sama kamu rancanganku…aku benar-benar mahu tolong Syam…” Jawab Rangga. Aku terdiam seketika.

“Dia omong sama aku, dia enggak bisa pulang ke Malaysia selagi kamu enggak kembali padanya…dia cinta bangat sama kamu sih…tolong jangan kamu bikin dia sedih lagi ya..” Rangga meneruskan kata-katanya.

“Dia sudah cukup menderita dari zaman belajar sampai sekarang…..” Tambah Rangga lagi. Aku masih diam membisu. Air mata mula bergenang di kelopak mata.

“ Jadi, kamu kenal sama Hakim?” Entah bagaimana boleh terpacul soalan itu dari bibirku. Entah kenapa tiba-tiba nama Hakim bermain  di benakku. Kelihatan Rangga sedikit tersentak dengan soalanku itu.

“ Hakim? Kamu juga kenal sama Hakim?” Rangga menyoalku kembali. Aku mengangguk laju. Kedengaran Rangga mengeluh keras.

“ Iya…kamu kenal juga?” Aku mengulangi soalan sama pada Rangga apabila dia tidak menjawab soalanku tadi.

“ Of course…I really know him…Hakim memang jahat bangat sih ! Banyak bikin kami susah!” Kata Rangga kasar. Tiba-tiba dia berubah angin. Wajahnya berubah tegang.

“ Bikin susah macam mana?” Soalku tidak mengerti.

“ Aku yakin bangat sih, Hakim yang merencanakan kecelakaan pada Syam semasa di London dulu..kalau enggak masakan tayar kereta Syam bisa tiba-tiba meletup…hingga mobilnya terbabas hingga masuk gaung! ” Rangga merengus geram.

“ Really?”

“ Yes…it’s true…luckily Syam enggak mati…Kalau Syam mati, nahas aku kerjakan Hakim!” Marah Rangga semakin membuak-buak membuatkan aku sedikit gerun melihatnya kini.

“ But why? Kenapa Hakim benci sangat dengan Syam?” Aku memberanikan diri menyoal Rangga lagi.

“ Kerna adik kepada Hakim hampir bunuh diri gara-gara Syam..”

“ What?!!” Aku benar-benar terkejut dengan jawapan Rangga itu.

“ Tapi, percayalah…Syam enggak bersalah langsung dalam soal ini…” suara Rangga mula mengendur.

“ Enggak bersalah? Maksud kamu?” Soalku lagi.

“ Sebenarnya..masa mula-mula Syam masuk kampus..ada seorang pelajar perempuan suka benar sama Syam..selalu mengekori Syam ke mana sahaja dia pergi…aku juga tidak pasti bagaimana Syam bisa kenal dia…tapi Syam enggak pernah layan perempuan itu…tapi suatu hari, tiba-tiba aku dengar berita perempuan itu cuba gantung lehernya hingga hampir mati…Kalau, aku enggak salah, perempuan itu akhirnya masuk ke rumah sakit jiwa hampir setahun kerna itu…”

“Then, what happen?”

“ Then, Hakim muncul. He’s actually her brother, the most famous student in our campus during that time… Bila dia tahu adiknya jadi begini gara-gara Syam, dia bersumpah tidak akan  benarkan Syam hidup senang sampai kapanpun…”

“ And sebab dendamnya pada Syam yang membuatkan dia rancang kemalangan itu semua?” Aku mencelah.

“ Yes…exactly! Hakim will not satisfied until he able to kill Syam!” Getus Rangga.

“ So, mana adik Hakim sekarang?”

“ Aku enggak pasti…” Jawab Rangga sambil menjongket bahu .

Aku terdiam tidak terkata mendengar cerita Rangga yang sungguh aku tidak sangka-sangka. Ternyata sedikit sebanyak Rangga  berjaya merungkai hampir semua persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiranku selama bertahun-tahun. Sungguh aku tidak sangka dendam Hakim berlarutan hingga melibatkan soal hidup dan mati. Namun, tanpa sedar, aku sebenarnya telah menjadi mangsa dendam antara Hakim pada Syam.  Ternyata Hakim bukan saja cuba melenyapkan Syam dalam dunia ini tetapi cuba melenyapkan diriku dari hidup Syam. Hakim memang licik. Aku tidak sangka kejahatannya begitu terlampau sehingga sanggup malangkaui batas-batas kemanusiaan !

2 comments:

  1. wahh best2...suka n3 kali ni..cepat2 sambung yer..excited nak tau citer seterusnya..

    ReplyDelete
  2. best2 xsabar nk tunggu ni seterusnya ni..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)