Aku merenung Syam yang sedang tekun memandu di sebelahku. Aku masih bingung dengan apa yang berlaku sekarang. Kata-kata Kak Za tempoh hari telah menggugat keyakinan aku terhadap perbuatan Syam terhadapku. Hampir setiap hari aku mendapat mimpi yang mengulangi peristiwa hitam tersebut dan dalam mimpi itu memang jelas, Syam lah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu.Mimpi itulah yang sering mengganggu tidur malamku. Aku benar-benar tertekan dengan keadaan ini.
“Hai, kenapa tenung saya macam tu?” Teguran Syam membuatkan aku malu sendiri. Aku segera melarikan pandangan daripadanya .
“ Tak ada apa-apa,” jawabku sepatah .
“ Kenapa ni..ada problem lagi ke?” soalnya lembut namun aku lebih cenderung untuk berdiam diri kerana aku tidak tahu bagaimana ingin memperkatakan hal yang memalukan itu kepadanya . Hari ini barulah aku bersedia untuk kembali bekerja setelah seminggu aku minta cuti sakit dan tempoh itu aku terpaksa habiskan masa di rumah Kak Za.Aku ingin cepat-cepat pulang ke rumahku namun Kak Za melarang keras aku berbuat begitu kerana dia risaukan keadaan dan keselamatan aku. Sesungguhnya Kak Za begitu baik terhadapku.Dia melayanku seperti adik beradiknya sendiri .Walaupun begitu, layanan aku terhadap Syam masih dingin kerana aku masih kurang yakin dengannya. Mustahil wanita sebaik Kak Za akan bersubahat dengan Syam.Arghh..malasnya aku nak fikir. Semakin aku fikir semakin fikiran aku berserabut.
“ Lina..are you okay?” Soal Syam lagi apabila melihat aku terus menyepi.
“ Yeah..i’m okay..don’t worry..,” aku terpaksa berbohong.
“ Awak tak payah la nak tipu saya. Awak tak suka naik kereta dengan saya ek?” kata Syam dalam nada bergurau .Dia mengukir satu senyuman yang manis buatku namun senyuman itu langsung tidak mampu meyakinkan aku.
“ Saya nak tanya awak satu soalan boleh?” Aku cuba memberanikan diri untuk bertanyakan perihal itu. Aku mesti menyelesaikan masalah aku secepat mungkin.
“Awak nak tanya 1000 soalan pun boleh,” jawab Syam sambil berseloroh.
“ Erm…malam tu..apa awak dah buat kat saya?” Soalku lambat-lambat.
“ Maksud awak? Buat apa?” Syam berlagak seolah-olah dia tidak mengerti pertanyaanku. Perlukah aku menjawab soalan itu kerana jawapan yang akan aku lontarkan amat memalukan diriku.Aku mula terasa wajahku membahang panas.
“ Ermm..tak ada apa-apa..,” aku malas hendak meneruskan perbualan ini. Dadaku berasa benar-benar sempit seperti sukar untuk aku bernafas.
Aku terkejut apabila Syam brek secara mengejut dan menghentikan keretanya di bahu jalan.
“ Maksud awak, saya rogol awak?” Tanya Syam dengan nada mendatar.Wajahnya kelihatan serius. Aku menelan air liur kemudian mengangguk perlahan.Walaupun malu namun aku terpaksa mengiyakan soalan itu.Jantungku mula berdegup kencang untuk mendengar jawapan sebenar dari mulut Syam.Aku harap Syam tidak berbohong. Jika benar Syam melakukannya…ternyata Kak Za hanya membohongiku. Aku pasti tidak dapat memaafkannya sampai ke akhir hayatku.Aku janji.
“ Lina, saya masih tak faham kenapa awak mesti tuduh saya macam tu. Demi Tuhan Lina..saya tak sanggup nak melakukan perkara terkutuk itu pada awak. Saya sayang kan awak.Mana mungkin saya biarkan maruah awak hancur macam tu je. Please Lina..saya nak awak cerita pada saya apa yang sebenarnya berlaku malam itu?”
Mendayu-dayu suara Syam menyebabkan hatiku menjadi sayu. Wajahnya jelas mempamerkan kesungguhannya mengiyakan kata-katanya itu .
“ Syam, saya pun nak mintak tolong awak..tolong ah jangan berbohong lagi. Awak tak kasihankan saya ke? Saya dah tak suci lagi Syam..awak dah rosakkan segala-galanya…,” aku sebak ketika menuturkan kata-kata itu.
“ Saya tak faham..betul-betul tak faham .Kena boleh jadi macam ni Lina..cuba awak jelaskan pada saya . Apa yang sebenarnya berlaku ?” Syam kelihatan seperti orang bingung.Walaupun ada air mata bergenang di kelopak matanya,namun apabila melihat keadaan itu ,hatiku semakin pedih .Kenapa susah sangat Syam hendak mengaku? Padahal mindaku tidak akan menipu kerana apa yang Syam lakukan masih segar dalam ingatanku. Air mataku mula menitis laju. Aku kecewa. Mungkinkah dengan cara berbohong kepadaku, Syam bisa melarikan diri daripada bertanggungjawab pada diriku yang telah dinodainya? Syam..kau kejam! Jeritku di dalam hati.
“ Lina! Awak nak ke mana tu?” Sahut Syam sebaik sahaja melihat aku cepat-cepat membuka pintu kereta dan meninggalkannya tercengang di situ.
“Lina! Tunggu!” Sahutan Syam langsung tidak aku hiraukan.Cukuplah setakat ini. Aku benar-benar kecewa kini. Jawapan yang aku harapkan tidak jua keluar dari mulut Syam .Perasaanku bercampur baur antara sedih, marah dan geram dengan Syam dan juga dengan diriku sendiri kerana tidak bisa mencari jawapan yang nyata untuk permasalahan aku kini.
Nasib aku baik kerana kebetulan ada teksi yang melalui jalan itu. Aku dengan pantas menahan teksi itu dan meminta pemandu teksi meninggalkan tempat itu segera . Aku berpaling ke belakang. Kelihatan Syam cuba mengejar aku namun tidak berjaya . Aku mengesat perlahan-lahan air mata di pipiku. Ya Allah..mengapa nasib aku begini. Mengapa Ya Allah engkau biarkan hambaMu ini teraniaya..aku merintih dalam hati .
#################################################################################
“ Ada apa encik panggil saya?” soalku sebaik sahaja berdepan dengan Encik Hakim. Sudah seminggu aku tidak melihatnya. Encik Hakim tetap kacak dan bergaya di mataku. Aku terpaksa membuang jauh-jauh segala permasalahanku demi meneruskan kerjaya yang menjadi sumber pendapatanku.
“ Encik..,” sapaku lagi apabila Encik Hakim tidak menjawab pertanyaanku.Aku mula rimas apabila Encik Hakim merenungku tajam tanpa berkelip .Matanya merayap dari hujung rambut hinggalah ke hujung kakiku.Lama. Ia membuatkan jantungku berdegup kencang.Aku membetulkan tudung aku yang sedikit senget . Ada yang tak kena ke pada wajah ku? Kenapa Encik Hakim tenung aku sebegitu?
“ Encik!” Aku melantangkan suara tiba-tiba. Tidak tahan aku direnung begitu. Encik Hakim kelihatan sedikit terkejut dengan teguranku itu.
“ Ehem..ehem,” Encik Hakim berdehem beberapa kali cuba menutup malunya .
“ Kenapa lama sangat awak cuti? Awak pergi mana?” Soalnya garang membuatkan degupan jantungku makin laju. Menakutkan la pulak Encik Hakim nih.
“ Saya..saya..saya..,” ish,kenapa gagap pulak ni.
“ Saya apa??” Aku tersentak apabila ditengking begitu.
“ Saya sakit!” Dek rasa terkejutku, aku menjawab dengan kuat . Encik Hakim cuba menutup tawanya dengan menutup mulutnya .
“Maaf..,” jawabku sepatah . Tidak pernah Encik Hakim menengking aku begitu sebelum ini.
“ Hurmm..saya pun nak mintak maaf..,” jawabnya sepatah. Aku megerutkan dahi tanda hairan.
“ Maaf ?Untuk apa?”
“ Ermm..untuk..,” Encik Hakim seperti teragak-agak untuk menjawabnya . Dia merenung aku lagi namun kali ini dengan pandangan hairan.
“ Maaf kenapa Encik Hakim?” Aku masih tidak mengerti kata-katanya.
“Tak ada apa-apa,” jawabnya sambil tersenyum lebar .
“ Betul ke ni tak ada apa-apa?” soalku tidak puas hati.
“Ye..saya cuma nak minta maaf kerana menengking awak tadi,” jawapan itu tidak meyakinkan aku.Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya apabila melihat senyumannya semakin lama semakin lebar membuatkan aku dilanda resah.Aku mula rasa tidak sedap hati. Aku mula mencongak apa kesalahan yang Encik Hakim lakukan terhadapku sebenar namun aku tidak jumpa sebarang jawapan kerana setahu aku Encik Hakim amat baik denganku sehingga mampu menambat hatiku padanya.
“ Sekarang saya nak awak selesaikan tugasan ini,” dia meneruskan kata-katanya sambil menghulurkan beberapa fail bewarna biru kepadaku .Aku menyambutnya dengan lembut . Aku terus merenung Encik Hakim dengan pandangan hairan kerana aku masih tidak menemui jawapan untuk kata-katanya sebentar tadi .
“Yes Lina, anything?”
“ Im sory Encik Hakim..saya minta diri dulu,” malunya aku apabila Encik Hakim menyedari yang dirinya sedang ditenung olehku. Aku cepat-cepat melangkah meninggalkan biliknya . Sayup-sayup aku mendengar gelak tawanya. Kenapa dia gelak? Lucu sangatkah aku ni?
No comments:
Post a Comment
Kata-kata anda amat bermakna..=)