Sunday, June 28, 2009

Tidak Seindah Mimpi 18



“ Kenapa awak tak beritahu awal-awal awak nak datang rumah saya?” Itulah soalan pertama yang terpacul dari bibirku sebaik sahaja Syam melabuhkan punggung di sofa rumahku.

“ Hai, awak macam tak suka je saya datang sini..,” kata Syam perlahan sambil tersenyum manis . Aku menggigit bibir. Aku tak suka ke dia datang? Aku sendiri keliru untuk menjawab soalan itu.

“ Erm..tak adala..saya cuma terkejut. Awak datang tiba-tiba. Tak sempat saya nak bersiap..,” aku cuba berdalih. Kedengaran Syam tertawa kecil.

“ Buat apa awak nak bersiap. Awak macam ni pun dah cukup lawa bagi saya....” kata Syam separuh berseloroh. Anak matanya merenung dalam setiap inci wajahku. Aku tersipu malu.Pipiku membahang panas . Sempat lagi tu puji aku tapi aku tidak mudah melatah .Kata-kata itu sedikitpun tidak membuatkan aku cepat perasan.

“ Erm..apa tujuan awak datang sini?” Aku cuba mengalih topik perbualan.

“ Saja..I just want to see you..nak tengok macam mana keadaan awak sekarang. So how are you right now? ” riak muka Syam berubah serius. Aku memandangnya sekilas kemudian tertunduk, tidak sanggup aku bertentang mata dengannya setelah dia mengetahui apa yang berlaku ke atas diriku. Terasa diriku benar-benar hina pada pandangannya.

“ Quite okay..don’t worry..,” jawabku sepatah. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Syam mengungkit hal yang memalukan itu lagi.

“ Baguslah macam tu, saya betul-betul risaukan awak…sampai tak boleh tidur saya dibuatnya..” kata Syam lembut. Aku terkedu. Benarkah Syam begitu risaukan aku? Atau ia sekadar untuk menyedapkan hatiku?

“ Awak nak risaukan saya pasal apa pulak ? Tak ada yang perlu dirisaukan..See..I’m okay now..” Aku mengukir senyuman hambar sebagai menutup rasa resah di hatiku.

“ Yela..mana tahu kalau awak betul-betul gugurkan kandungan awak tu…,” Kata Syam selamba. Aku sedikit tersentak. Tidak sangka perkara itu menjadi masalah baginya . Buat masa ini aku seakan lupa seketika kepada ugutanku tempoh hari. Yang menjadi permasalahanku kini adalah adakah patut aku terima lamaran Syam?

“ Lina..kenapa diam ni..any problem?” Soal Syam tiba-tiba apabila melihat aku hanya berdiam diri.

“ Nothing..” Aku menggelengkan kepala. Syam mengangkat kening seolah tidak percaya dengan jawapanku.

“ Betul la..tak de apa-apa..” Mengerti akan ketidakpuasan hati Syam dengan jawapanku, aku menekankan kata-kataku agar dia meyakiniku.

“ Saya tahu..awak tengah fikir pasal lamaran saya kan?” Aku tergamam mendengar soalan Syam . Aihh, dia ni..macam tahu-tahu je apa yang bermain di fikiranku. Hebat betul dia meneka.

“ Betulkan ?” Soalnya lagi . Aku gugup ,tidak tahu apa yang harus aku perkatakan.

“ Erm..lebih kurang lah..saya rasa awak tak patut kahwini saya..,” suaraku bergetar. Aku terpaksa berterus-terang tentang keraguanku kerana aku sudah tidak tahan dengan keserabutan otakku sekarang ni.

“ Kenapa?” Terdapat riak kecewa pada wajah Syam.

“ Saya tak layak untuk awak..saya bukan anak dara lagi wak..Awak patut dapat perempuan yang lebih baik dari saya..perempuan yang masih suci. Awak ada hak untuk hidup bahagia , so..saya takut saya tak mampu nak bahagiakan awak..Saya..”

“ Stop it!” Aku terpana mendengar gertakan Syam. Tanpa aku sedari , Syam sudah duduk di sebelahku. Jari telunjuknya melekap pada bibirku, menghalang aku dari terus berkata-kata. Aku terkebil-kebil .

“ Lina..saya tak kisah macam mana keadaan awak sekalipun..yang pasti saya tak mahu lihat awak menderita .Saya tak mahu hidup awak terseksa. Saya sayangkan awak..Saya ikhlas nak kahwin dengan awak..saya ikhlas nak jaga anak dalam rahim awak ni..Saya buat ni pun demi menjaga maruah awak jugak..Tolong jangan cakap macam tu lagi..saya tak suka!” Mata Syam berkaca .Aku dapat melihat ada air mata bergenang di tubir matanya. Ya Allah..apa aku sudah buat ni? Kata-kataku sebentar tadi ternyata mengguris hatinya. Entah mengapa, tiba-tiba perasaan bersalah menyerbu masuk ke dalam hatiku.

“ Saya minta maaf..saya tak ada maksud nak buat awak sedih. Tapi..” belum sempat aku menuturkan kata, sekali lagi Syam meletakkan jari telunjuknya pada bibirku.

“ No tapi-tapi lagi..perkahwinan ini mesti disegerakan! We must do it as soon as possible! ” Bulat mataku melihat ketegasan Syam. Ish, ini macam paksa je bunyinya. Namun, entah mengapa aku tidak bisa berbuat apa-apa. Sinar mata Syam seperti memukau aku supaya menuruti permintaannya. Lidahku kelu untuk berkata-kata. Perasaanku kini berbelah bagi, antara rasa terharu dengan pengorbanannya dengan rasa terkilan kerana dia seakan memaksaku untuk menerima lamarannya.

“ Saya nak awak ikut saya ke rumah Kak Za sekarang..,” suaranya mula mengendur tetapi masih tegas. Jarinya pada bibirku dialihkan .Kemudian dia menarik tanganku pantas .Aku sedikit terkejut melihat perlakuannya. Namun , aku segera menariknya sehingga pegangan tangannya terlepas. Syam terpana.

“ Untuk apa?” Soalku kasar. Apa muslihat Syam sebenarnya ni, tiba-tiba je nak ajak aku pergi rumah Kak Za.

“ Untuk bincangkan pasal perkahwinan kita..,” aku semakin terkejut .

“ Tapi , kenapa mesti tergesa-gesa?” Aku resah . Aku takut Kak Za mengetahui keadaan diriku sekarang ni . Lebih-lebih lagi, aku masih lagi keliru ,benarkah aku sudah menerima lamaran Syam? Tapi sekarang ni,macam Syam pulak yang membuat keputusan untukku .

“ Benda ni mesti disegerakan, tak boleh bertangguh . Nanti bila perut awak dah memboyot ,susah pulak nanti..,” selambanya Syam menjawab .Ingat benda ni main-main ke? Namun, ternyata aku kini betul-betul di bawah kawalan Syam . Mendengar alasannya itu, aku seolah-olah tidak dapat membantah. Ada benarnya kata-kata Syam. Akhirnya aku terpaksa akur .


-------------------------------------------------------------------------------------


Suasana hening menyebulungi kami di dalam kereta sepanjang perjalanan ke rumah Kak Za. Kami lebih banyak mendiamkan diri, sesekali aku mengerling ke arah Syam yang sedang tekun memandu . Pelbagai persoalan bermain di fikiranku .Aku seakan tidak percaya bahawa Syam bakal menjadi suamiku. Bahagiakah aku hidup bersamanya sedangkan aku masih tidak tahu latar belakangnya? Benarkah dia benar-benar ikhlas ingin mengahwiniku? Bagaimana penerimaan Kak Za kalau dia tahu yang Syam mahu mengahwiniku kerana ingin menutup malu? Arghh..peningnya kepala memikirkan hal itu..Aku mengeluh berat.

“ Hai..ada apa kat muka saya sampai awak tengok macam tu sekali ?” Syam tersenyum nakal. Alamak! Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan, malu apabila Syam menyedari dirinya kini diperhatikan.

“ Err..tak ada apa-apa..,” jawabku tergagap-gagap. Syam tergelak halus.

“ Awak jangan fikir banyak sangat..InsyaAllah saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk awak..” Seperti biasa Syam seperti memahami apa yang terkandung dalam fikiran. Hai..betul-betul ahli nujum lah, boleh baca fikiran orang. Aku memandangnya untuk mencari keikhlasan pada wajahnya .Senyuman manis yang terukir pada bibirnya seakan mengiyakan kata-katanya.

“ Awak tak menyesal kahwin dengan saya?” Aku cuba mengujinya . Kedengaran Syam mengeluh , mungkin letih menjawab benda sama je dari tadi.

“ Demi Allah Lina..saya tak pernah menyesal ambil keputusan ni…never!” Bersungguh-sungguh Syam cuba meyakinkan aku. Sesungguhnya pendiriannya itu benar-benar membuatkan aku rasa terharu . Pengorbanan Syam terlalu besar, sanggup menggadaikan masa depannya kerana aku, orang yang langsung dia tidak cintai. Jauh di sudut hatiku, aku rasa bersalah kerana secara tidak langsung aku telah menjadikan Syam orang tengah dalam menyelesaikan masalahku.

“ Thanx a lot Syam..saya dah banyak menyusahkan awak. Saya tak tahu nak balas budi baik awak macam mana..,” sayu aku menuturkan kata-kata itu. Rasa terharu membuak-buak di dada .

“ It’s okay Lina..saya akan buat apa sahaja untuk membahagiakan awak..,just for you..” entah mengapa kali ini aku rasakan suara Syam cukup romantis di telingaku namun kata-katanya sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan di hatiku.

“ Kenapa awak berkorban untuk saya? Kan saya bukan perempuan yang awak cinta..,” tanyaku hairan. Syam terdiam mendengar pertanyaanku .Kelihatan dia seperti sedang mencongak sesuatu . Aku sabar menanti jawapan Syam. Memang tidak dapat dinafikan yang aku betul-betul ingin tahu kenapa dia melakukan semua itu untukku sedangkan aku ini bukan siapa-siapa..

“ Sebenarnya..saya..Ya Allah!!” Jerit Syam tiba-tiba apabila melihat sebuah kereta berhenti tiba-tiba di hadapan kereta yang kami naiki. Aku turut terjerit sama kerana terlalu terkejut. Syam pantas memutar stereng ke kiri dan bunyi geseran tayar akibat dibrek secara mengejut kuat kedengaran . Nasib baik Syam cepat mengawal kenderaan, akhirnya kereta kami terhenti di bahu jalan . Jantungku berdegup kencang, dadaku bagaikan hampir pecah. Terkejut sangat dengan kejadian yang tidak disangka ini.

“ Apa yang berlaku?!” Teriakku kuat. Aku masih terpinga-pinga. Syam juga begitu . Seketika kemudian tiba-tiba sekumpulan lelaki yang semuanya berbadan besar keluar dari kereta Honda Civic yang menghalang laluan kami tadi. Dia berjalan ala-ala genster ke arah kami.

“ Syam, siapa tu?” Aku mulai panik.

“ Tak tahu!” Jawab Syam dengan nafas yang termengah-mengah. Aku mula berasa tidak sedap hati . Aku dapat mengagak sesuatu yang buruk bakal berlaku .

“ Keluar!!” Belum sempat kami berbuat apa-apa lelaki-lelaki tersebut membuka pintu kereta kasar lalu memaksa aku dan Syam keluar . Ya Allah, bala apa pula ni? Aku semakin panik apa lagi apabila melihat 3 daripada mereka yang memegang batang kayu sebesar betis menyerang Syam bertubi-tubi. 2 orang lagi pula memegang pergelangan tanganku kemas, tidak membenarkan aku bergerak .

“ Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Aku menjerit nyaring. Air mata ketakutan mula mengalir laju. Aku meronta-ronta minta dilepaskan namun semakin aku meronta, semakin kejap pegangan mereka . ‘Ya Allah, tolong kami Ya Allah..aku berlindung denganMu dari segala malapetaka..’. Hanya doa yang bisa aku lakukan ketika ini.

Setakat ini Syam masih berjaya menangkis serangan demi serangan daripada mereka bertiga . Seni taekwando yang Syam pelajari ternyata memperkuatkan pertahanan dirinya . Namun Syam tidak bernasib baik, tanpa disedari salah seorang dari mereka menghayun kuat sebatang kayu ke belakangnya. Syam jatuh tersungkur dan rebah ke bumi.

“ Syam!!!” Jeritku kuat. Kudrat Syam semakin lemah. Lelaki-lelaki itu semakin rakus membelasah Syam . Darah membuak-buak keluar dari mulut dan hidungnya. Aku menangis sekuat hati. Hatiku pedih melihat Syam diperlakukan begitu.

“ Hentikan! Tolong jangan pukul Syam lagi!” Jeritanku hanya disambut dengan gelak ketawa mereka . Air mataku semakin lebat mengalir . Tidak sanggup aku melihat Syam sudah terkulai layu di situ dengan darah bersepah-sepah di sana sini.

“ Guys, Bos datang!” Pukulan mereka terhenti apabila datang sebuah kereta Mercedes Benz berwarna Hitam dengan cermin tingkap gelap . Tingkap kereta diturunkan perlahan-lahan. Maka , terserlahlah wajah pemandu kereta itu.

“ Encik Hakim?!” Aku terkejut melihat orang yang dikatakan bos itu adalah Encik Hakim. Jantungku seakan berhenti berdegup seolah-olah tidak percaya semua ini adalah angkara Encik Hakim.Kejamnya dia! Kelihatan dia melemparkan senyuman sinis kepadaku dan Syam .

“ Binatang!!” Jeritku lagi.Kali ini diselangi esak tangis . Encik Hakim semakin galak mentertawakan aku. Lelaki-lelaki itu pula meneruskan pukulannya sehingga Syam sudah kaku tidak bergerak .

“ Syam!!” Aku menjerit kuat. Aku merentap kasar pergelangan tanganku sehingga pegangan mereka terlepas. Aku segera berlari mendapatkan Syam .

“ Syam, bangun Syam! Bangun!” Aku menampar-nampar pipi Syam agar dia sedar namun langsung tiada tindak balas darinya. Aku menangis tidak berlagu di situ. Aku menjeling tajam pada Encik Hakim, tak guna punya jantan! Dendam di hatiku semakin mebara apa lagi apabila melihat senyuman Encik Hakim makin melebar . Tanpa menghiraukan jelingan tajam dariku, dia perlahan-lahan berlalu dari situ .

“ Pengecut!!” Laungku sambil melempar batu ke arah kereta Encik Hakim. Satu tamparan hebat singgah di pipiku tiba-tiba .Daguku ditarik kasar dan kedua-dua belah pipiku dicengkam kuat.

“ Hei dengar sini! Kalau kamu apa-apakan bos kami lagi..aku bunuh kamu!!” Salah seorang lelaki itu memberikan amaran keras kemudian dia menolak tubuhku kasar sehingga aku jatuh tersungkur. Tubuhku ditendang beberapa kali tanpa belas kasihan. Terasa ngilu sekali. Seketika kemudian, mereka berlalu dari situ membiarkan aku yang sedang mengerang kesakitan. Aku menggahkan diri untuk bangkit namun tidak berjaya. Kesakitan yang aku alami sungguh berbisa . Aku perlahan-lahan merangkak mendapatkan Syam. Kepalanya aku letak di ribaanku .

“ Syam..bangunlah..,” aku merintih pilu .Air mata merembes laju. Kenapa semua ini harus terjadi kepadaku?! Ya Allah..Tolonglah selamatkanlah Syam..


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 9 comments:

    1. isyh... si hakim tu memang kejam!!! argh!!! harap-harap dia dikenakan hukuman yang setimpal.. sian syam dan lin tu..

      ReplyDelete
    2. lina kena tendang? tentu dia gugur!

      ReplyDelete
    3. pela dendam hakim ngan syam ni..

      ReplyDelete
    4. uiksssss..
      gile l si hakim nieh..
      sengal tol..
      smbung2..

      ReplyDelete
    5. hish2 kejam bngat wow c hakim..
      apa2 pun bgus lah watak syam ni snggup berkoran untuk org yg dicintai tanpa mlihat kekurangan dan kelemahan...waiting 4 next n3

      ReplyDelete
    6. best gak dah sampai part nih...!

      teruskan yer...nak new n3 lagi boleh tak...?
      syabas to writer!

      ReplyDelete
    7. masyaAllah! Kesian nyer kat Syam,
      jangan la Syam mati..huhu
      eiii bencinya kat Hakim!!!!

      ReplyDelete
    8. waaa cianyer hero die
      huhuu
      jahat la itu olang
      haiyakk cmne ni?

      ReplyDelete
    9. hampeh tul hakim ni, tak sudah2 menyusahkan orang, siap kau

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)