” Mama !”
Sofea berteriak nyaring. Aku tersenyum riang melihat puteriku itu berlari-lari
anak menuju ke arahku. Aku mendepakan tangan untuk memeluknya.
“ Ermmm…cayang
anak mama…Sofea ok hari ni?” Aku mencium kedua-dua belah pipinya lembut. Geram
aku pada anak comel itu.
“ Mesti lah
ok mama…Ibu Anggun jaga Sofea selalu tau…siap belikan Sofea aiskrim lagi…” Kata
Sofea. Aku tersenyum mendengar kepetahan mulut comel Sofea berbicara.
“ Owh iye?
Enggak ucap terima kasih sama Ibu Anggun?” Soalku menduga.
“
Alamak..lupa la mama….” Kata Sofea lagi.
“ La…kan
mama selalu ajar sofea…kalau orang bagi apa-apa kat kita, kita kena selalu ucap
terima kasih..barulah berkat pemberian tu…” Nasihatku sambil mengusap lembut
kepala Sofea. Sofea tersengeh mendengar pesananku.
“ Baiklah
Ibu Anggun…Sofea ucapkan terima kasih bangat kerna bagi Sofea aiskrim…” Kata
Sofea bersungguh-sungguh sambil memandang Ibu Anggun yang sedang berdiri di
sebelahku dan menjadi pemerhati perbualan kami dari tadi.
“ Sama-sama
Sofea…,” Ibu Anggun bersuara. Ibu Anggun merupakan penjaga Nursery Mahligai,
tempat jagaan Sofea ketika aku keluar bekerja.
“ Terima
kasih ya Ibu…Maaf kerna menyusahkan kamu untuk jagaain Sofea…” Kataku sambil
meraih tangan Ibu Anggun. Aku benar-benar terhutang budi dengannya kerana
pandai menjaga Sofea dengan baik ketika aku tiada.
“ Enggak
apa-apa Ibu Lina…itu memang sudah biasa…,” jawab Ibu Anggun ikhlas. Aku sekadar
tersenyum. Sofea berjalan laju memasuki keretaku setelah bersalaman dengan Ibu
Anggun.
“ Oh ya…sejak
beberapa hari yang lalu ada seorang laki-laki selalu datang ke sini...dia sering
bertanya soal Sofea dan selalu ketemu sama dia…” Kata Ibu Anggun lagi sebaik
sahaja Sofea sudah tiada di situ. Aku sedikit terkejut mendengar maklumat yang baru
aku dengar itu. Tidak pernah pula Sofea bercerita apa-apa dengan aku.
“
Laki-laki? Siapa? Rangga?” Soalku ingin tahu. Aku mencongak memikirkan gerangan
lelaki yang dikatakan itu.
“ Bukan bu…orang
lain…sepertinya aku enggak pernah ketemu sama dia sebelum ini…”
“ Bukan
Rangga ? Habis tu siapa ya? Apa nama dia?” Perasaan ingin tahuku semakin
membuak-buak.
“ Aih..apa
Ibu Lina enggak punya saudara lain selain Rangga di sini?” Ibu Anggun menyoalku
kembali tanpa menjawab soalanku .
“ Enggak
ada…siapa nama dia Ibu?” Kali ni aku bersuara sedikit tegas. Malas sudah aku
mahu berteka-teki lagi.
“ Waduuhhh…aku
lupa mau tanya nama penuhnya..tapi laki-laki itu cuma omong sama aku, dia uncle
Sofea. Aku ingat Ibu sudah tahu soal ini..maaf ya…” Kelihatan wajah Ibu Anggun
benar-benar rasa bersalah.
“ Uncle Sofea?
Sumpah..saya enggak punya siapa-siapa di sini selain Rangga…Jadi, kamu bagi dia
jumpa sama Sofea?”
“ Iya bu…tapi
dia cuma bicara sama Sofea sekejap saja. Sebenarnya…laki-laki itu lah yang
belikan Sofea aiskrim hari ini…bukan aku..” Ibu Anggun berterus terang. Aku
manarik nafas dalam-dalam dan menghembus kasar. Aku mulai gusar. Aku takut ada
orang yang tidak dikenali cuba mengapa-apakan Sofea.
“ Maafkan
aku ye bu..kalau Ibu Lina enggak suka…aku enggak akan benarkan laki-laki itu
jumpa Sofea lagi…” Kata Ibu Anggun lagi apabila melihat aku berdiam diri untuk
seketika.
“ Enggak
apa-apa…tapi lain kali siasat dulu ya siapa laki-laki itu. Sepatutnya kamu
beritahu aku lebih awal…Dan kalau bisa, jangan bagi Sofea jumpa laki-laki itu
lagi…” Kataku tegas.
“ Baik bu..maafkan
saya ya….”
“ Ya udah…aku
maafin kamu…cuma ingat pesan aku ya..”
“ Baik bu….”
Kata Ibu Anggun mengakhiri perbualan kami.
Sepanjang
perjalanan pulang ke rumahku, aku memikirkan perbualanku dengan Ibu Anggun. Aku banyak kali menyoal Sofea siapa yang selalu
mengunjunginya tapi ternyata anak kecil itu masih mentah untuk mengenal
siapa-siapa. Yang dia tahu, ada seorang pak cik yang baik hati selalu
membelikan dia gula-gula dan aiskrim ketika melawatnya. Tapi, pak cik itu tidak
pernah pula bawakan dia jalan-jalan. Sungguh ,aku benar-benar ingin tahu siapa
lelaki yang selalu melawati Sofea sejak akhir-akhir ini. Setahu aku, tiada
siapa tahu tempat jagaan anakku melainkan Rangga. Tapi kalau bukan Rangga ,
siapa lagi? Aku termangu. Kepalaku terasa berdenyut-denyut memikirkan siapakah
lelaki itu. Hatiku berdebar-debar. Aku takut sangat kalau lelaki itu cuba
mengumpan Sofea dan merancang untuk
mengapa-apakan anak kesayanganku itu. Ya Allah…Tolonglah hambaMu
ini..Lindungilah Sofea dari segala malapetaka dan bencana…Aku berdoa di dalam
hati. Aku benar-benar takut akan kehilangan Sofea.
“ Hai Lina…jauh
ya kamu termenung…ingatkan siapa itu? ”
Soalan Rangga membantutkan lamunanku . Fikiranku sering melayang memikirkan
soal lelaki yang selalu mengunjungi Sofea itu. Namun , sampai sekarang aku
tidak menemui jawapannya.
“ Mana ada…”
Kataku sepatah .Aku terus membetulkan dudukku lantas mencapai pen dan buat-buat menulis di atas
sekeping kertas di hadapanku. Rangga melabuhkan punggung di kerusi di
hadapanku.
“ Kamu usah
tipu aku…aku tahu dong…Kamu rindu sama pacar kamu ya?” Rangga mula menyakat.
“ Waduhh…pacar
mana sih? Aku mana punya pacar…” Aku tergelak kecil.
“ Enggak
mau mengaku ya? Iya…orang itu masih malu mahu mengaku sudah berpacaran..Aku
tahu dong…,” kata Rangga lagi sambil tersengeh macam kerang busuk. Apa-apa jela
mamat ni.
“ Kamu
jangan memandai ya…kamu pun tahu kan, semenjak aku sampai di Jakarta, aku
langsung tidak punya pacar? Aku memang enggak perlupun berpacaran sama sesiapa
pun..” Kataku sekadar berseloroh.
“ Iya?
Bukan cowok dari Malaysia itu pacar mu?” Soal Rangga sepatah. Aku mengerutkan
kening tanda tidak mengerti. Senyumanku mati tiba-tiba.
“ Cowok?
Cowok mana ini?” Aku benar-benar tidak mengerti kata-kata Rangga.
“ Syam lah,
cowok mana lagi…,” jawab Rangga dengan disertai dengan senyuman meleret sampai
ke telinga. Keningnya diangkat beberapa lagi.
“ Syam??
Kenapa sih tiba-tiba kamu omong nama itu?” Soalku geram. Perang dingin antara
kami beberapa hari yang lepas masih terasa hangatnya. Semenjak pertemuan
pertama di Cafe itu, fikiranku sering terganggu. Bayangan Syam sering
mengganggu tidurku.Tidak tahu kenapa.
“ Pelik
benar ya kamu…Syam bilang dia pacarmu sejak kamu dari Malaysia….Enggak mungkin
aku salah dengar dong…” Rangga masih terus mendugaku.
“ Pacar? Aku
tidak pernah pacar sama dia! Titik! ” Rengusku.
“ Waduhhh, aku
enggak ngerti sama kamu berdua ini…Syam omong sama aku, kamu pacarnya tapi kamu
bilang..Syam bukan pacarmu. Senang cerita, biar aku saja jadi pacarmu! Aku
lebih gantang dari Syam what…” Mataku membulat mendengar kata-kata Rangga yang
di selangi gelak tawanya. Dia bergurau lagi.
“ Enggak
mahulah aku!” Jawabku geram . Rangga masih meneruskan sisa tawanya. Argh,
pedulikanlah dia. Rangga memang sengaja nak kenakan aku.
“ Rangga
daripada kamu membuang masamu di sini…lebih baik kamu sambung kerja-kerja mu…aku
banyak kerja sih di sini…don’t disturb me ok..” Aku memarahi Rangga .Rimas aku
apabila Rangga terus menyakatku.
“ Wow..are
you mad with me? I’m sory Miss Lina…aku enggak sengaja…” Ketawa Rangga terhenti
seketika.
“ Aku
sebenarnya mahu minta tolong sama kamu…” kata Rangga ringkas.
“ Tolong
apaan sih?”
“ Esok
pagi, boleh enggak kamu ketemu sama Syam?”
“ Aku
seorang saja?” Soalku menduga.
“Iya dong…”
“ Untuk
apa?” Aku benar-benar terkejut dengan permintaan Rangga. Sudahlah dia tahu aku
tidak selesa kalau mahu berbincang dengan Syam berduaan, disuruh lagi aku
bertemu sendirian dengannya.
“ Kerna ,
esok aku perlu hadiri meeting sama ajen syarikat dari Jepun. Tapi, masalahnya
urusan bisnes kita sama Syam masih belum selesai…jadi, aku rasa cuma kamu saja
yang bisa selesaikan urusan itu kerna kamu udah tahu banyak soal isi diskusi
kita sama Syam..” Terang Rangga panjang lebar. Aku menggaru kepala yang tidak
gatal. Perlukah aku bertemu dengan Syam lagi? Hatiku masih sakit lagi dengan
kata-katanya tempoh hari. Sudahlah tidak pandai hendak minta maaf, lepas tu
boleh pulak dia buat-buat aku macam tiada aja di situ setelah perang dingin itu
tercetus. Malas lah aku mahu bertemu dengan Syam saat ini. Buat sakit hati je.
“ Kalau
kamu cari orang lain enggak bisa? Aku tiada masa lah..” Aku cuba beralasan.
“ Lina..aku
cuma minta tolong kamu kali ini saja ya…Enggak lama..may be within 30 minutes
discussion…Please…I really rely on you now…Only you I trust so much…” Pujuk
Rangga lagi. Aku mengeluh halus mendengar rayuan itu.
“Tapi aku
udah lupa isi diskusi nya…aku takut nanti Syam tidak senang…” Aku berbohong
mengharapkan Rangga mengubah fikirannya dan mencari penggantiku.
“ Please…Kali
ini saja..tolonglah..” Rangga membuat muka kesian .Pendirianku semakin lemah .
“Rangga…jangan
macam tu…”
“ Please….”
Kata Rangga. Kali ini dia mengatupkan kedua-dua tangannya menandakan tanda mengharapkan
aku sangat-sangat. Aku jadi tidak sampai hati.
“ Ya lah..”
Dalam terpaksa, aku setuju dengan permintaan Rangga.
“ Alright…Very
good my girl!”
Rangga
tersenyum lebar mendengar jawapanku. Aku memuncungkan mulutku tanda protes.Sesungguhnya..aku
benar-benar tidak kuat mahu bertemu lelaki itu lagi. Apa yang perlu aku bicara
sama dia esok? Adakah dia akan menyakiti hatiku seperti hari itu lagi ? Aku buntu.
Hendak tak hendak, aku terpaksa menyelesaikan tugasku yang satu itu demi tidak
mahu menghampakan Rangga. Sebolehnya aku kena bersikap professional. Aku kena
pandai mengasingkan soal peribadi dengan kerja. Aku cuba memujuk hatiku supaya
tidak terlalu emosional dengan Syam. Lelaki itu bukan siapa-siapapun untuk ku
kini.
Tempat
perbincanganku dengan Syam agak lain sedikit kali ni. Rangga yang mengatur
semuanya. Pertemuan ini bertempat di sebuah sebuah cafetaria dalam taman mini
di pinggir bandar yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan ibu kota. Suasana yang
menghijau di sini agak menenangkan jiwa. Bunyi kicauan burung-burung di dalam
sangkar besar berdekatan dengan café itu sungguh mendamaikan. Aku memerhatikan
beberapa pasangan kekasih yang sedang memadu kasih di penjuru café itu. Tampak
mesra sekali. Entah mengapa, hatiku diburu rasa cemburu dengan kemesraan
mereka. Kalaulah aku di tempat mereka..alangkah bahagianya aku.
“ Sudah lama
tunggu ?” Aku sedikit tersentak apabila tiba-tiba terdengar suara lelaki dari
belakangku. Aku terus berpaling ke arahnya. Syam rupanya. Dia tersenyum manis.
Jiwaku yang tenang tadi tiba-tiba bergolak melihat senyuman Syam yang cukup
menawan itu.
“ Tak lah
lama sangat…” Bergetar suaraku. Ya Allah..kenapa tiba-tiba gugup ni?
“ I’m sorry…saya
terlambat. Jalan jem sangat tadi….” Kata Syam sambil terus melabuhkan punggung
di kerusi di sebelahku, cukup rapat denganku. Hatiku semakin berkocak hebat.
Apa lagi bila tercium haruman tubuhnya yang cukup mempesonakan hati wanitaku.
“ Tak apa…”
Jawabku ringkas. Aku mendiamkan diri seketika. Tidak tahu mahu berbicara apa
dengan Syam. Kekuatan yang aku kumpul sejak dari tadi hilang entah ke mana.
Penampilan Syam kali ni cukup segak dengan pakaian casualnya dan kelihatan agak
tampan apabila dikenakan dengan cermin mata hitam. Ternyata Syam kelihatan
lebih tampan dan matang berbanding dulu.
“ Awak dah
makan?” Soalnya memecah kedinginan antara kami.
“ Sudah..
saya dah makan sebelum datang ke sini..”
“ Awak pulak?”
Giliran aku pula menyoalnya.
“ Sudah
jugak…” Jawabnya ringkas. Dia membuka cermin matanya dan mata kami bertentangan
buat seketika. Aku menelan air liur. Handsomenye Syam kali ni.
“ Kita nak
bincang pasal apa ni?” Soalku cuba menutup rasa gugup di hati.
“ Soal kita….”
Kata Syam membuatkan aku keliru seketika.
“ Soal
kita? Apa maksud awak?” Soalku tidak mengerti. Syam diam.
“ Awak
jangan main-main..saya datang sini nak sambung perbincangan hari tu…” Kataku
tidak berpuas hati.
“ Ya lah..betul
lah tu…kita kena sambung perbincangan soal kita yang tergendela hari tu…kan
kita belum habis bincang lagi?” Jawab Syam selamba. Senyuman itu masih terukir
dibibirnya.
“ Nak
bincang apa lagi? Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi..” Aku mulai kaget.
Sebolehnya aku tidak mahu menyentuh soal itu lagi hari ni.
“ Lot of
thing I want to deal with you…Dah lama saya tunggu saat ini…” Katanya sambil
terus merenung anak mataku. Wajahnya berubah serius.
“ Awak nak
deal pasal apa lagi ni? Between two of us…everything is over!” Tegasku. Sakit
hatiku mula terasa. Rupa-rupanya Syam masih mahu meneruskan rancangannya untuk
menyakitkan hatiku.
“ No, it
has not over yet!” Tegas Syam. Aku dapat rasakan perang dingin antara kami akan
bermula lagi.
“Why? Sebab
awak tak puas hati lagi kan selagi tak boleh sakitkan hati saya puas-puas,
macam tu?”
“ No..i
didn’t meant that…I just want your explaination to what you have done to me?
Why you left me like that?” Syam melemparkan soalan sama seperti hari tu. Aku
mulai bosan.
“ Tell me why?”
Soalnya lagi.
“ Because
you lie me…you are liar!” Jawabku laju tanpa banyak soal. Aku menekan
kata-kataku.
“ Lie about
what?”
“ Syam..tak
payah la awak berpura-pura baik kat sini. Kalau dah dasar penipu tu , penipu la
jugak!” Marahku. Dia sedikit tersentak.
“ Tipu apa
ni? Try telling me the truth! Answer my question please…” Suara Syam sedikit
meninggi. Aku merengus kasar.
“ Awak tak
beritahu saya yang awak sebenarnya anak dato’…awak tak beritahu saya yang
selama ni awak adalah Farid…awak tak beritahu saya yang awak sudah bertunang
dengan Julia masa awak cakap nak kahwin dengan saya. Awak tak beritahu saya
semua tu. You say you love me so much, but you hide everything from me? Why you
lie to me? ” Jawabku dengan penuh rasa tidak puas hati. Sebak di dadaku aku tahan.
Tidak sanggup aku menitiskan air mata untuk lelaki itu lagi.
“ Is’t that
all? Then sebab tu awak lari dari saya jauh-jauh masa dari saya…macam tu?” Kata
Syam. Dia seperti sedikitpun tidak tersentuh atau terkejut dengan jawapanku .
“ Kenapa?
Awak ingat, saya boleh senang-senang terima penipuan awak selama ni?” Soalku kembali.
“ Saya ada
sebab kenapa saya buat macam tu…”
“ Sebab
apa? Sebab untuk mempermainkan hati saya? Macam tu?”
“ One of
the reaseon ,because I love you….”
“ Love? You think it’s love? Love will not lie you
know!”
“ Dengar
dulu penjelasan saya Lina…”
“ No need
to explain anything to me…The answer is already there!”
“ Lina…listen
to me..”
“ Enough! Awak
silap besar Syam..saya bukan perempuan yang mudah ditipu!” Marahku.Aku geram
dengan reaksi Syam yang benar-benar cuba mempermainkan hatiku.
“ Awak
bukan perempuan yang mudah ditipu ye?” Soal Syam sinis.
“ Yes..of
course!” Tegasku.
“ Kalau tak
mudah ditipu..macam mana awak boleh masuk perangkap Hakim?!”
“ You!” Berdesing
telingaku mendengar kata-kata Syam yang aku betul-betul tidak sangka. Mendengar
nama Hakim cukup untuk membuatkan duniaku bergegar. Air mata yang aku tahan
dari tadi tumpah jua. Tidak sangka Syam menghinaku sedemikian rupa. Amarahku
kian memuncak. Dengan sekuat hati aku terus bangun dan cuba melangkah pergi
dari situ. Aku tidak sanggup untuk membiarkan diriku terus dihina lagi.
“ Nanti!” Kata
Syam sambil tangannya memegang kemas lenganku, menghalangku dari beredar dari
situ.
“ Lepaskan
saya!” Aku cuba merentap lenganku dari cengkamannya namun tidak berjaya.
“ Duduk dulu,
saya belum habis cakap lagi..”
“ Awak nak
cakap apa lagi hah? Awak datang sini semata-mata nak hina dan sakitkan hati
saya kan? So, its’ enough! Enough! I can’t endure it anymore.!” Marahku lagi.
Dengan sekuat hati aku merentap lenganku dari genggamannya dan kali ini aku
berjaya. Tanpa berlengah masa aku terus mengorak langkah laju ke tempat parkir
keretaku.
“ Lina!
Tunggu!” Laungan Syam aku tidak pedulikan. Dia cuba mengejarku dari belakang.
Aku semakin mempercepatkan langkahku supaya dia tidak dapat menggapaiku.
Semasa aku
hampir tiba di sebuah jalan berdekatan kawasan tempat aku parkir kereta,
tiba-tiba aku terdengar hon yang sangat kuat beserta bunyi brek mengejut beberapa
meter dari tempat aku berdiri. Kelihatan sebuah kereta Mercedes Putih sedang
meluncur laju menghampiriku. Aku terkejut. Otakku benar-benar tidak boleh
berfikir apa-apa saat ini. Aku berdiri kaku tidak bergerak di tengah-tengah
jalan . Dan kereta itu semakin menghampiri. Tiba-tiba aku rasakan tubuhku
dipeluk seseorang dengan tiba-tiba dari belakang dan tubuhku didorong kuat ke
pinggir jalan.Serentak dengan itu kami berguling-guling beberapa kali di atas
rumput hijau di sebelah jalan itu. Duniaku terasa berpusing, mataku berpinar-pinar.
Apa yang sudah berlaku? Aku bermimpi ke ni?
“ Lina! Are
you okay?!” Tiba-tiba telingaku menangkap suara seorang lelaki di sisiku.
Terasa tubuhku berada di dalam pangkuannya kini.
“ Lina!”
Panggilnya sekali lagi. Aku membuka mata perlahan-lahan.
“ Syam?!”
Aku terkejut apabila melihat dalam sekelip mata diriku berada dalam rangkulan
Syam kini. Dia memandangku cemas. Pandangan kami bertautan. Lidahku kelu untuk
berbicara .Aku bingung. Adakah Syam lelaki yang menyelamatkan aku tadi?
Lamernya nk tunggu samnungan viter ni yer. Apapun tq byk2
ReplyDeleteApa sebenarnya hubungan Hakim dengan Syam a.k.a. Farid ni? Adakah saudara tiri? Kalau sahabat takkan sampai nak bunuh sampai dua kali? Family Lina tak cari dia ke dah hilang bertahun-tahun? Apa hubungan Syam dengan Rangga?
ReplyDeleteinsyaAllah...segalanya akan terjawab nanti..sabar ye..soryla lmbt ckit bleh upload new entry coz this week bz sgt dgn kerja..susah mau cari masa utk menulis..but i'll try my best to finish TSM..anyway..thanx to all the readers coz sudi baca karya sy yg x seberapa ni.. :-)
ReplyDeletebest2.. x sabar nk tunggu..
ReplyDeleteharap2 lina cepat2 terima syam..
ReplyDeletecepat la sambung writer..x sabar nak tunggu cerita selanjutnya..
ReplyDeleteHmm sudah!=_= sofea jadi indonesian dah....
ReplyDelete