Aku tersenyum-senyum sendirian. Hari ini aku cukup
gembira dan bangga kerana akhirnya aku berjaya memiliki motorsikal Honda CBR1100XX Blackbird yang aku idamkan selama ni.
Fuhh..bangga gila dapat bawak motor besar ni ronda-ronda KL. Mana tak
bangganya, motorsikal ini tersenarai dalam top 10 motorsikal paling laju di
dunia. Bukan senang mahu dapat motor ni tau. Tak sia-sia aku kumpul duit
bertahun-tahun hasil kerja sambilanku semasa belajar di London dulu.
Sedang aku dok sibuk berangan,
tiba-tiba datang sebuah kereta mewah BMW Z4 berwarna putih melintas laju di
tepi motorsikalku. Tak semena-mena motorsikalku hilang kawalan lantas tanpa
sempat aku menekan pedal brek, motorsikalku sudah selamat tersungkur di bahu
jalan. Cermin sisi motorku patah dengan kejam. Arghhh!! Sial punya BMW. Kau dah
rosakkkan ‘boyfriend’ pertama aku!! Kepalaku mula menggelegak kepanasan . Aku
menjeling tajam dengan pandangan berapi ke arah kereta BMW yang diparkir tidak
jauh dari tempat aku rebah. Pemandu kereta tersebut keluar dari kereta tersebut
dengan muka tak bersalahnya. Dia buat-buat tak nampak aku yang keberangan di
situ sebaliknya terus mengorak langkah untuk masuk ke dalam bangunan yang
berdekatan. Kurang asam punya anak orang puteh ni!! Berani dia buat duno je kat
aku di sini.
“ Hoi bro!! Buta ke?!” Laungku
kuat. Dengan langkah ala-ala gengster aku melangkah kasar mendekati lelaki yang
tak reti nak mintak maaf tu.
“ Excuse me madam, what are
you talking about ?” Soalnya tanpa rasa bersalah. Apa? Dia panggil aku madam?!
Eii kurang ajar gila!
“ Hei pak cik! Kau dah langgar
aku , lepas tu kau boleh buat selamba je ye. Aku nak kau bagi aku ganti rugi
sebab rosakkan motor aku!” Hah , ambik kau. Dia sedikit ternganga mendengar
tengkinganku. Aku mula bercekak pinggang.
“ Hello..siapa yang salah. You
tu yang bawak motor tak pandai. Memang patutlah kena langgar!” Marahnya balik.
Amboi..ber I, you la pulak. Geli aku dengan mamat perasan handsome ni.
“ Woi, kalau dah salah tu
mengaku je la! Tak payah la nak banyak songeh. Tak kira, sekarang aku nak kau
bagi aku ganti rugi untuk baiki motor aku!” Balasku geram.
“ No..no..I tak kan bagi sesen
pun duit I untuk motor buruk you tu. You ingat dengan buat-buat motor you jatuh
, I nak bagi ganti rugi. Tu taktik lama la mak cik! Lakonan you langsung tak
menjadi..” Katanya sinis. Amboi mamat ni, lasernya mulut. Ni aku pantang ni.
“ Weyh, aku tak ada masa la
nak berlakon ke apa! Kau jangan nak cari alasan bodoh la pak cik. Aku nak kau
bagi ganti rugi untuk motor aku sekarang!” Mataku mula menyinar menahan marah.
Mamat perasan handsome tu tergelak sinis. Arghh..bencinya!
“ Kalau I tak nak bagi, you
nak I buat apa?”
“ Aku akan rompak kau..” Jawabku
geram.
“ Hahaha.. rompaklah kalau
berani. Senang je, I lapor je kat polis. Biar polis tangkap perempuan kurang
ajar macam you ni…” Dia semakin galak mentertawakanku. Aku menarik nafas
dalam-dalam.
“ Kau ni memang nak kena la!
Aku tumbuk muka kau kang baru tahu…” Jeritku sambil menggenggam penumbuk. Dasar
lelaki tak tahu malu. Dahla langgar aku, lepas tu tak nak bayar ganti rugi
pulak.
“ Tumbuklah kalau you berani.
Setakat badan kecik macam you ni I tak takut lah. Macam semut je I tengok…” Dia
ketawa lagi. Dan..tawanya terhenti dengan serta-merta apabila satu tumbukan
padu hinggap di tulang pipinya. Mamat tu menyeringai kesakitan sambil memegang
pipi kirinya. Hah, ambik kau! Hina aku lagi! Jangan nak main-main dengan ratu
taekwando macam aku nih.
“ Sial kau perempuan!! Kau nak
mampus ke?!” Tengkingnya kuat. Hah, tahu pulak nak cakap bahasa melayu penuh.
Huh, padan muka! Aku tak puas hati lagi, dan kali ini aku menarik dompet dari
poket di punggung seluarnya dengan kasar.
“ Hoi, kau nak buat apa tu.
Bagi balik dompet aku!”
“ Aku nak ganti rugi aku!”
Jawabku sambil dengan selambanya mengambil semua duit dalam dompetnya . Puas
hati aku! Biar dia rasa penangan berbisa dari aku . Tu lah siapa suruh
main-mainkan aku.
“ Kau!! Bagi balik duit aku
lah mak cik!!” Tengkingnya lagi.
“ Nah, kau ambil dompet kau
ni. Aku nak duit ni. Ini duit ganti rugi untuk kerosakan motor aku. Kau ingat
murah ke nak baiki motor tu?!” Jawabku tegas. Aku hulurkan dompet tu kepadanya
dan dia merampasnya kasar. Wajah mamat tu mula memerah menahan geram.
“ Mak cik! Kau tahu tak kau
dah melampau?! Kau tahu tak apa akibatnya kalau melampau dengan aku?” Soalnya
geram.
“ Tak tahu pun..aku pun malas
nak ambil tahu wahai mamat perasan handsome!” Kataku sinis.
“ Kau!!” Mamat tu kehilangan
kata. Dia cuba menampar pipiku tapi aku lebih pantas memulas lengannya.
“ Argghhh! Sakitla bodoh!”
Marahnya dalam kesakitan. Aku melepaskannya kasar.
“ Dah la, aku malas nak
bergaduh dengan kau. Yang penting aku dah dapat duit aku dan aku nak ucapkan
terima kasih banyak-banyak sebab ‘sudi’ bayar ganti rugi motor aku dengan
‘ikhlas’..”
“ Oii mak cik, aku tak halal
lah duit aku tu!” Rengusnya geram. Aku ketawa sinis.
“ Aku tak mintak kau halalkan
pun. Oklah..babai..” Balasku sambil terus berlalu dengan motorku meninggalkannya
yang terkebil-kebil di situ.
“ Ingat kau mak cik! Aku tak
kan lepaskan kau sampai bila-bila!!” Laungnya kuat apabila aku mula
menjauhinya. Aku hanya membalasnya dengan isyarat ‘Peace’. Ada aku kisah??
#######################################
Aku memerhatikan bangunan tinggi apartment di hadapanku.
Hish, peliknya bakal majikan aku ni. Orang biasanya nak temuduga biasanya di pejabat
, ini kat apartment. Lain macam pulak aku rasa. Sebenarnya, hari ini aku datang
untuk temuduga sebagai bodyguard untuk artis mana entah. Aku pun tak kenal.
Tapi yang aku peliknya dari tadi aku dok terpacak kat sini , aku tak nampak
sorang pun yang nak datang temu duga macam aku. Itu yang aku musykil nih.
Sesekali aku membetulkan sut hitam yang aku pakai yang labuhnya hingga ke paras
lutut. Rambut pendekku aku sikat rapi. Aku memerhatikan diriku di cermin yang
terdapat di lobi apartment tersebut. Fulamak! Smart gila aku. Macam Angelina
Jolie pulak. Haha,siot! Aku mula syok
sendiri.
“Are you Cik Samsiah?” Aku tersentak apabila ada suara garau
seorang lelaki menegur. Aku terus berpaling ke arah lelaki muda itu. Eh, siapa
pulak mamat ni? Gaya pakaiannya macam ahli korporat je aku tengok.
“ Ye..saya. Encik ni siapa?” Soalku ingin tahu.
“ Owh, saya Firdaus..orang yang call awak untuk temuduga
semalam..,” jawabnya ikhlas sambil tersenyum.
“ Lah ye ke..sory lah saya tak tahu. So, kat mana temuduga?”
Soalku laju.
“ Tak payah temuduga , awak dilantik menjadi bodyguard hari
ni jugak..” balasnya . Aku terlopong. Biar betul!
“ Eh, betul ke ni Encik Firdaus?!”
“ Ye betul lah. Tak payah panggil Encik Firdaus, panggil
Firdaus je…” Katanya lagi sambil tersenyum manis. Hurmmm…macho jugak mamat ni.
Tapi apa-apapun aku cukup gembira. Tak sangka aku dapat kerja hari ni.
Alhamdulillah..rezeki.
“ So, awak boleh kerja tak hari ni Cik Samsiah?” Soalnya
lagi.
“ Bukan Cik Samsiah, panggil saya Sam je. Bolehh..saya setuju
je…No problem!” Jawabku penuh bersemangat. Fridaus ketawa kecil.
“ Oklah, nanti saya bawak awak jumpa Encik Ricky Hadi,
majikan awak…..,” kata Firdaus.
“ Aik, bukan awak ke majikan saya?” Aku terkejut.
“ Yup, bukan saya. Saya cuma pengurusnya je. Awak kena jadi
bodyguard untuk Encik Ricky Hadi, tak kenal ke? Dia kan pelakon terkenal di
Malaysia dan Singapura..”
“ Ooooo..maaflah saya tak kenal..,” jawabku selamba.
“ Eh yeke? Pelik, biasanya semua orang tahu pasal pelakon
hebat macam dia…” Firdaus kelihatan sedikit terkejut.
“ Betul..saya tak kenal dia..Dekat 5 tahun saya belajar kat
London. Dah lama tak ambil tahu perkembangan artis kat Malaysia nih..”
“ Owh tak apalah, nanti saya kenalkan Sam dengan dia ye..”
“ Ok..no problem!” Jawabku bersemangat. Encik Rikcy Hadi??
Nama apakah itu? Pelik semacam je bunyinya. Ricky macam nama orang putih,
tiba-tiba ada Hadi kat hujung macam nama melayu. Hurmm..ni lah yang dikatakan
melayu + orang putih celup kot. Macam-macam lah. Sepelik manapun nama majikanku
itu, dia tetap akan jadi majikanku. Tapi yang aku hairannya, apasal dia mahu
bodyguard eh? Kalau nak kata dia tu artis perempuan tu boleh terima la, ni
artis lelaki. Hish, penakut betul lah. Apa-apa je lah.
###########################
“ Ricky..bodyguard kau dah sampai dah…,” Tegur Firdaus kepada
seorang lelaki yang sedang sibuk membaca surat khabar di sofa rumah
apartmentnya.
“ Dah sampai. Siapa?” Soalnya laju . Surat khabarnya di
letakkan perlahan. Matanya terus menghala ke arahku yang berdiri di sebelah
Firdaus. Matanya tiba-tiba buntang. Kenapa pulak ni? Macam nampak hantu je.
“ Inilah dia bodyguard kau..namanya Samsiah. Kau panggil je
dia Sam…,” jawab Firdaus dengan penuh bangganya. Aku mengecilkan mataku untuk
mengamati wajahnya. Eh, macam kenal. Siapa ni ek…Hah?! Tak kan lah dia…
“ Hei, macam mana mak cik kurang ajar ni boleh ada kat
sini?!” Tiba-tiba Encik Rikcy menengking kasar. Heh, biar betul! Mamat yang
langgar aku hari tu ke? Siot! Aku hanya tersenyum kelat. Aduhh, dalam
banyak-banyak orang kenapa la mamat gila ni jadi majikan aku??
“ Ricky, kau cakap apa ni? Kau cakap nak bodyguard. So , aku
dah cari bodyguard the best untuk kau tahu tak?” balas Firdaus . Dia kelihatan
sedikit terpinga-pinga dengan reaksi Encik Ricky.
“ The best apa mendenya? Aku tak nak lah bodyguard perempuan
especially mak cik yang tak tahu malu nih!” Amboii, kutuk aku nampak! Berdesing
telingaku mendengar kutukannya. Mataku membulat. Geramnya!
“ Ricky..walaupun dia perempuan, tapi dia merupakan antara
ratu taekwando yang terbaik tau di Malaysia. Aku yakin dia boleh protect kau…,”
pujuk Firdaus lembut.
“ Arghh..aku tak nak mak cik ni! Please, aku tak nak!”
Tegasnya. Mukanya masam mencuka. Hello! Aku pun tak hingin nak kerja dengan kau
lah! Marahku cuma di dalam hati. Entah kenapa tiba-tiba lidahku macam kena ikat
untuk melawan kata-katanya.
“ But why?” Soal Firdaus kurang mengerti.
“ Aku tak suka dia! Full stop!” Jawabnya tegas sambil matanya
tajam memanah anak mataku. Aku pun tak suka kau ok!
“ Aku tak faham lah dengan kau ni. Aku rasa dah sepuluh
bodyguard aku cari kat kau tapi semua kau tak suka. Kau nak aku cari yang macam
mana? Hish, kau ni memang buat aku pening lah! Cerewet sangat!” Firdaus mula
bengang.
“ Tak apalah Firdaus, saya tak kisah tak dapat kerja dengan
Encik Ricky. Lagipun tak hingin lah saya nak kerja dengan majikan sombong gila
tahap gaban macam dia ni!” Aku mencelah. Ternyata sabarku mula menipis.
“ Apa kau cakap?! Cuba ulang sekali lagi!” Bersinar mata
Encik Ricky memandangku. Aku hanya tersenyum manis. Haha.
“ Aku cakap…aku tak hingin nak kerja dengan mamat perasan
handsome macam kau! Baik aku kerja dengan bangla dari kerja dengan kau!” Dengan
beraninya aku menjawab.
“ Heiii kau ni jangan nak poyo sangat boleh tak?!”
“ So what, ada aku kisah?”
“ Kau belum kenal siapa aku? Aku boleh buat macam-macam kat
kau tau tak?!”
“ Buatlah apa kau nak buat. Aku tak kisah pun. Huh, lelaki
pun ada hati nak ada bodyguard. Bikin malu je…”
“ Kurang ajar!” Jeritnya lantas mahu menyerangku.
“ Oppps..oppss…heh, korang ni kenapa?! Apasal tiba-tiba nak
bergaduh ni?” Tiba-tiba Firdaus mencelah. Dia cuba menghalang Encik Ricky dari
mendekatiku.
“ Aku dah lama geram dengan mak cik ni. Rasa nak tumbuk je
muka dia. Kalau kau nak tahu, lebam kat muka aku ni gara-gara dia lah! Tak tahu
malu! Dahla rompak duit aku!” Ricky masih berang. Aku hanya menjelingnya dengan
pandangan jelek. Habis tu siapa suruh rosakkan motor kesayangan aku!
“ Yelah..yelah..what so ever! So kau nak Sam jadi bodyguard
kau tak?” Soal Firdaus.
“ Tak nak!!” Aku dengan Rikcy menjawab serentak. Firdaus
menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Hishh…aku tak faham la dengan kau ni Ricky..ok lah aku cari
bodyguard lain lah lepas ni..” Balas Firdaus sambil menggelengkan kepala.
“ Tahu tak apa!” Balas Ricky. Aku menjegilkan biji mata. Huh,
harapkan muka je handsome tapi perangai ke laut sungguh!
“ Dahla aku nak balik!” Kataku kasar sambil kakiku terus
mengorak langkah untuk ke luar dari situ. Rimaslah. Malas aku nak bergaduh
dengan pelakon haprak macam mamat tu! Macam ni ke gaya pelakon Malaysia pujaan
ramai. Buat malu kaum je. Tak ada budi pekerti langsung. Aku rasa orang yang
minat dia ni memang buta la. Orang macam ni tak layak jadi idola orang!
Hummpphh!!
“Tunggu Sam!” Langkahku terhenti apabila kedengaran suara
Encik Rikcy memanggil namaku. Aku berpaling serentak.
“ Apa?!” Soalku kasar. Encik Ricky mula mendekati ku.
“ Aku nak kau jadi bpdyguard aku!” Tegasnya. Aku terlopong.
Heh, apa hal mamat ni? Tadi tak nak, sekarang cakap macam ni pulak. Pelik bin
hairan sungguh!
“ Apasal pulak? Tadi kau cakap tak nak..” Soalku hairan.
“ Kau jangan nak banyak cakap. Mulai esok aku nak kau datang
sini, jadi bodyguard aku!” Tegasnya lagi membuatkan aku semakin terlopong.
“ Apa?!” Aku terjerit kecil. Namun belum sempat aku cakap
apa-apa.. Encik Ricky sudah menutup kasar pintu rumahnya hampir-hampir terkena
hidungku yang mancung. Gila ke apa! Sekejap nak aku jadi bodyguard dia sekejap
tak nak..Pelik lah! Tapi, apa aku nak buat sekarang, Perlu ke aku jadi
bodyguard untuk mamat perasan handsome tu? Aku takut nanti dia buat macam-macam kat aku, aku jugak yang
susah nanti. Mana tahu dia sengaja nak aku jadi bodyguard dia supaya dia dapat
balas dendam padaku. Arghh serabutnya! Kalau tak kerana aku nak cari duit untuk
menyara kehidupan adik-adikku, tak ada maknanya aku nak kerja dengan mamat tu!
Tapi, memandangkan gaji yang ditawarkan agak lumayan, rugi tu kalau aku
lepaskan. Baiklah Sam, kau kena kuat. Demi untuk mendapatkan duit, aku sanggup!
#############################
Hari ini merupakan hari pertama aku kerja dengan Encik Ricky.
Nak tak nak aku gagahkan jua datang kerja. Huh!
“ Kau bawak kereta aku..,” kata Encik Ricky dengan muka
selamba. Dia terus ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu kereta BMW. Aku
mengerutkan kening tidak mengerti.
“ Aku kan bodyguard kau, bukan driver!” Tegasku.
“ Macam tu ke kau cakap dengan majikan? Bukan ‘kau’, panggil
aku Encik Ricky ok!”
“ Ok Encik Ricky, saya bukan driver encik. Saya bodyguard, so
mana boleh macam ni…”
“ Yang kau banyak cakap ni kenapa? Kalau dah setuju jadi
bodyguard aku, kau kena ikut segala perintah aku...faham?!”
“ Ini tidak adil! Gaji saya untuk jaga keselamatan Encik
Ricky je. Bukan lebih pada tu! Kalau macam tu saya nak gaji lebih!” Aku masih
tidak berpuas hati.
“ Woi mak cik. Kau jangan nak banyak songeh. Cepat drive! Aku
dah lambat ni! Kalau kau tak nak drive, aku pecat kau! ” Marahnya. Aku menarik
nafas dalam-dalam dan menghembusnya kasar. Eiii..geramnya aku dengan mamat ni!
Aku rasa ni taktik pertama dia untuk mengenakanku.
“ Apa kau dok fikir lagi. Cepat! Drive!” Tegasnya lagi.
Dengan wajah masam mencuka aku mengambil tempat duduk pemandu dan terus
menghidupkan enjin kereta.
“ Ok, good aunty Sam…” Katanya sinis sambil tersenyum puas.
Telingaku mula memerah. Kurang asam! Fuhh..sabar je la Sam!
#########################
“ Apasal slow sangat kau bawak kereta ni?” Soalnya memecah
kedinginan dalam keretanya.
“ Saya kan pemandu berhemah, mesti kena bawak slow..” jawabku
selamba.
“ Pemandu berhemah ke penakut? Ye lah orang asyik bawak motor
buruk je kan. Mana tahu nak drive kereta sangat…” Katanya sinis. Haii, ini dah
lebih ni. Hina ‘boyfriend’ aku.
“Encik Ricky boleh tak jaga sikit mulut tu. Motor tu saya
baru beli tau. Mana ada buruk!” Marahku.
“ Hai marah nampak! Kau dah lupa ke..Rule number 40
mengatakan seorang bodyguard kepada Encik Ricky Hadi tak boleh marah majikan
walaupun dengan sepatah perkataan…,” balas Ricky tegas. Aku terdiam. Gila! Rule
gila! Macam mana lah aku boleh tandatangan kontrak gila tu dengan Encik Ricky!
Dalam kontrak tu ada dekat 100 rules bodoh yang aku kena ikut sepanjang jadi
bodyguard Encik Rikcy. Rules yang aku paling geram, ‘seorang bodyguard tak
boleh pergi toilet sehingga mendapatkan keizinan daripada Encik Rikcy Hadi’.
Gila apa?! Kalau aku cirit-birit macam mana?
“ Kenapa kau diam? Tak suka dengan rules aku?” Soalnya serkap
jarang. Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
“ Tak lah..suka sangat…..sampai rasa panas betul kat hati
ni…” Jawabku sinis. Dia tergelak kecil.
“ Kau ingat…kalau kau langgar salah satu rules tu,aku hukum
kau…”
“ Tak payah hukum, pecat je saya terus!” Jawabku geram. Tak
habis-habis dengan rules tak guna tu!
“ No..no! Aku tak kan pecat kau sampai bila-bila pun!”
“ Hah! Encik Ricky dah gila ke? Tak kan saya nak kerja dengan
Encik Ricky sampai tua?” Kata-kata Encik Ricky benar-benar membuatkan darahku
mendidih.
“ Kan tu dah termaktub dalam rules number 96…”
“ What?!” Biar betul! Tak silap saya, tak ada pulak saya baca
pasal rules tu.
“ Kenapa? Tak suka?” Soalnya menduga. Sengaja memancing
kemarahanku.
“ Yes! Of Course!”
“ Ada aku kisah kau suka ke tak? Dah namanya bodyguard kepada
Encik Ricky Hadi, pelakon terkenal tanah air..kau kena ikut semua rules tu tahu
tak?!” Tegasnya. Wajahku semakin kelat. Arghhh, kenapalah aku boleh terjerat
dengan semua ni! Kerana kegeraman yang amat, aku menekan pedal minyak sekuat
hatiku sehingga meter kelajuan mencapai 150-160 km/j.
“ Woii mak cik! Pelankan la sikit kereta! Kau nak mati ke?!”
Encik Ricky menjerit ketakutan. Namun aku semakin memecut laju.
“ Kenapa tak suka?!” Soalku sinis.
“ Yes! Of Course! Kalau kau nak mati, baik kau mati sorang
je. Aku tak nak mati lagi!” Jeritnya seperti terkena serangan histeria.
Wajahnya pucat lesi. Haha, tahu pun takut! Tadi kutuk aku sangat! Aku buat tak
peduli. Aku masih memecut laju dan sampai di destinasi yang di tuju, aku
membrek mengejut menyebabkan muka Encik Ricky terhantuk sedikit pada dashboard
kereta. Dahinya luka kecil. Opss..terlebih sudah! Hehe..
“ Encik Rikcy, kita dah sampai…,” kataku selamba. Dia
memandangku geram sambil memegang dahinya.
“ Hoi! Kau ni memang kurang ajar ek! Kau nak buat aku mampus
ke?!” Tengking Encik Rikcy kuat.
“ Apa pulak kurang ajar Encik Rikcy. Sekarang tepat jam 8
pagi kita sampai sini. Encik Ricky dah lupa ke, Rules number 57 : ‘seorang
bodyguard perlu menghantar Encik Rikcy Hadi ke tempat yang dituju tepat pada
masanya, tidak boleh lewat walaupun seminit’…” Balasku laju. Encik Ricky
terdiam seketika. Hah! Kan dah terkena sendiri.
“ Ok fine!!” Marahnya sambil terus membuka kasar pintu kereta
dan meninggalkanku yang sedang ketawa terbahak-bahak di situ. Padan muka!!
############################
Aku memandang jam di tanganku. Sudah jam 11 pagi. Aku
memandang Encik Rikcy Hadi dari jauh. Haihh, lamanya sidang akhbar Encik Ricky
Hadi ni. Entah best ke tak filem terbaru dia tu. Tapi cara dia promosi tu macam
hebat sangat je jalan ceritanya. Hurmm..kalau Encik Ricky Hadi berlakon,
confirm cerita yang best jadi tak best. Menyampah! Depan orang boleh la dia
pura-pura baik, senyum sana, sengeh sini tapi perangai sebenar memang hampeh.
Tak ada budi bahasa langsung! Itulah yang dinamakan hipokrit !
“ Hai Sam, how are you?” Soal Firdaus tiba-tiba membuatkan
lamunanku berhambur seketika.
“ I’m fine. You? Sihat?” Soalku laju. Segak gila Firdaus hari
ni. Bagiku Firdaus ni lagi handsome kot dari mamat poyo tu. Tapi Firdaus tak
pernah pulak nak menyombong dengan aku.
“ Sihat je. Macam mana so far? Ok ke kerja dengan Encik
Rikcy?” Soalnya ingin tahu.
“ Ok je. Cuma penat…”
“ Penat kenapa pulak. Ricky buli awak ke?”
“ Lebih kuranglah…” Jawabku selamba. Firdaus ketawa kecil.
“ Awak sabarlah sikit dengan dia. Dia memang macam tu. Nampak
je kasar tapi sebenarnya hati dia baik dan mudah lembut. Mungkin lama-lama dia
ok lah tu dengan awak…” balas Firdaus. Eh, ni nak promote Encik Ricky ke apa?
“ Hurmm..tak kisah pun sebenarnya. Tapi saya pelik lah,
kenapa Encik Rikcy nak cari bodyguard? Ada apa-apa berlaku ke?” Soalku ingin
tahu. Tiba-tiba terasa seperti mahu mengorek rahsia Encik Ricky.
“ Memang ada something happen..sebab tu dia sekarang fobia
kalau pergi ke mana-mana seorang diri…”
“ Something happen? Apa yang berlaku sebenarnya?”
“ Pernah suatu hari last year, masa dia ke pasar raya
sorang-sorang tiba-tiba ada seorang perompak bertopeng serang dia &
hampir-hampir menembak kepala dia. Dia bergelut sakan dengan perompak tu. Tapi
nasib baiklah polis cepat sampai. Kalau tak mungkin dia dah jadi arwah…Sebab tu
dia sekarang fobia nak pergi mana-mana sorang-sorang..Dia suruh saya cari at
least seorang bodyguard untuk jaga keselamatan dia…maklumlah diakan pelakon
terkenal sekarang…mesti ramai yang busuk hati dengan dia…” Firdaus mula membuka
cerita dengan bersungguh-sungguh. Aku mengangguk-angguk. Owh, macam tu alkisahnya
.
“ So, dah berapa ramai bodyguard dia sebelum ni?”
“ You are the first..” jawab Firdaus sambil tersenyum. Aku
memandangnya pelik.
“ I’m the first? Betul ke ni? Kenapa? Bukan kejadian tu
berlaku tahun lepas lagi ke?”
“ Sebab dia tu cerewet sangat. Memilih. Semua bodyguard yang
saya offer dia reject..”
“ So, kenapa tiba-tiba dia terima saya pulak?” Soalku lagi
ingin tahu. Pelik betul lah Encik Ricky Hadi ni.
“ Entah..saya pun pelik. Mungkin dia suka awak kot..” balas
Firdaus sambil ketawa. Mataku buntang.
“ Hah! Mengarut lah awak! Saya yakin dia terima saya jadi
bodyguard dia sebab nak balas dendam! Kalau tak tak kan dia buat kontrak yang
ada rules sampai 100. Huh!”
“ Rules sampai 100? Macam mana tu? Cer citer sikit…,” soal
Firdaus hairan.
“ Aik awak tak tahu ke?” Aku menyoal balik.
“ Yup, I don’t know. Tak pulak Ricky bagitahu saya…”
“ Kalau awak nak tahu, rules yang dia buat tu memang paling
gila pernah saya jumpa! Mengarut nak mampus! Saya rasa Encik Ricky ni gila lah!”
“ Contohnya, rules yang macam mana?” Soal Firdaus semakin
ingin tahu. Namun, perbualan kami terhenti apabila mendengar orang berdehem di
belakang. Kami berpaling serentak. Aik, bila Encik Ricky ada kat sini? Dia
memandangku tajam macam nak telan orang je gayanya.
“ Owh, ini kerja kau yer. Mengutuk majikan je kerja kau yer!”
Marah Encik Ricky. Alamak, dia dengar ek apa aku cakap tadi.
“ Eh, mana ada mengutuk. Saya puji Encik Rikcy ni…”
“ Poyo! Ingat aku tak dengar ke kau kutuk aku tadi. Apa kau
cakap? Aku gila?”
“ Mana ada..” Aku tak mahu mengaku. Pandanganya semakin tajam
menikam anak mataku. Apa? Ingat aku takut ke kau jeling macam tu? Aku cungkil
biji mata tu baru tahu.
“ Tak ada apa-apalah Ricky. Sam cerita pasal kawan dia je.
Bukan kau…” Firdaus membelaku.
“ Ha’ah yelah tu. Dah
la, daripada aku layan mak cik ni baik aku pergi makan. Firdaus, jomlah blah!”
Katanya sambil terus berlalu meninggalkanku dengan muka serius. Hai, tadi depan
TV bukan main tersengeh-sengeh macam kerang busuk, sekarang depan aku, muka
kelat semacam je. Pelik betul lah mamat ni! Aku memandang Firdaus. Firdaus
sekadar menjungkit bahu . Akhirnya kami mengekorinya ke arah café berdekatan. Tak
kuasa aku nak layan perangai dia!
#######################################
“ Sayang…..rindunya I dekat you…mana you pergi? I call you
asyik tak angkat je…sedih tau…,” Sapa seorang perempuan muda tiba-tiba yang tak
tahu muncul dari arah mana . Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Encik
Rikcy yang sedang sibuk menjamu makanan tengah harinya di cafe. Siapa pulak
minah ni? Aku melihatnya dari atas hingga ke bawah. Seksi gila! Apa hal pakai
pakaian seksi maut macam ni? Ni mesti nak goda Encik Ricky!
“ I busy lah…I’m so sorry okay. Bukan I tak nak jawab phone
you, tapi time tu I tengah shooting…,” jawab Encik Ricky lembut. Erk? 1st
time aku dengar ayat manja dari Encik Ricky. Loya tekak aku dengar. Minah
salleh celup yang berambut perang itu semakin tergedik-gedik. Dia mengusap bahu
Encik Ricky perlahan.
“ Tapi sayang…at least you pick up la phone tu sekejap. I
rindu you tau…Malam-malam I tak boleh tidur sebab teringatkan you…” Adehh manja
gila suara minah ni. Eii..meremang bulu roma aku dengar.
“ I miss you too honey…I sibuk pun I tetap ingat you tau.
Mana boleh I lupa dengan awek cantik macam you…,” Balas Encik Ricky lebih
manja. Uwekk! Geli tekak! Oh tidak…Dua-dua manusia depan aku ni sama gedik.
Huh, menyampah!
“ Kau ni kenapa? Kalau nak muntah pergi la toilet. Jangan
muntah depan aku!” Aku tersentak apabila Encik Ricky tiba-tiba mengegur. Ops!
Dia nampak ke aksi spontan aku tadi?
“ Mana ada..saya cuma gatal tekak lah. Tak tahu kenapa…,”
jawabku bersahaja.
“ Sayang! Siapa perempuan ni? Bila masa pulak dia ada kat
sini?!” Minah salleh celup itu tiba-tiba angin. Eheh, dari tadi aku terpacak
kat sini, baru nak tanya siapa aku! Buta ke apa?
“ Owh..she’s my bodyguard…Namanya Sam lah kononnya...tapi nama
kampung dia Samsiah..,” kata Encik Ricky separuh mengejek. Aku menjegilkan biji
mata. Kutuk aku nampak!
“ Bodyguard????! You jangan buat lawak lah! Mana ada
bodyguard perempuan..” Minah salleh celup itu terkejut beruk .
“ It’s true my dear…She’s my bodyguard..”
“ Kenapa you tak bagitahu I. Ooo jadi selama ni you cuba elak
dari jumpa I sebab berkepit dengan perempuan ni lah ye! Sampai hati you!” Minah
itu mula melenting. Apa hal minah ni? Tiba-tiba je angin.
“ Apa yang you merepek ni. I dengan dia tak ada apa-apalah.
She’s my bodyguard . That’s it! Tak lebih dari tu!” Encik Ricky mula kalut
meyakinkan girlfriend gediknya itu.
“ You tipu! Tak kanlah perempuan cantik ni jadi bodyguard
you. I langsung tak percaya tau!” Erk? Cantik ke aku? Terima kasih lah,
susah-susah je puji. Aku tersenyum-senyum sendirian.
“ Betul lah sayang…I dengan dia tak ada apa-apa lah..Tak kan
lah I nak kan perempuan kampung berkurap macam dia!Trust me honey!” Encik Ricky
belum puas memujuk. Amboi!!! Ini dah lebih!! Apa dia cakap? Aku perempuan
kampung berkurap?! Tak guna!
“ I tak percaya!”
“ Ricky..sampai hati awak buat saya macam ni. Saya sayang
awak lebih pada diri saya sendiri, tapi awak sanggup hina saya sebab perempuan
lain. Sampai hati awak…saya sedih ni..,” kataku dengan mendayu-dayu seperti
dalam skrip drama melayu. Encik Ricky tergaman. Minah salleh itu semakin
menyinga. Hah, kau ingat kau sorang je boleh berlakon, aku pun boleh lah!
“ Sam! Apa yang kau merepek ni!” Marah Encik Ricky.
“ Ricky, I love you. Jangan buat saya macam ni…saya setia
dengan awak , tapi kenapa awak buat saya macam ni? Huhuhu…” balasku sambil
buat-buat mengesat air mata yang mengalir di pipiku.
“ See Ricky!! You tipu I ! I hate you Ricky! I hate you!! Mulai hari ni,
our relationship is over!” Jerit minah salleh itu macam orang gila.
“ Lucy! Tunggu..dengar dulu apa I nak cakap!” Laung Encik
Ricky sambil terus mengorak langkah untuk mengejar girlfriend kesayangannya tu
namun tidak sempat. Lucy sudah selamat masuk ke dalam keretanya lantas berlalu
dari situ.
“ Yes!!” Aku terjerit kecil dan terus ketawa. Fuhh!! Tak
sangka hebat jugak aku berlakon. Haha. Padan muka Encik Ricky! Siapa suruh
kutuk aku. Kan dah kena penangan berbisa dariku.
“ Kau buat apa tadi?! Kenapa kau cakap macam tu?! Kau gila
ke?” Marah Encik Rikcy sebaik sahaja dia kembali ke meja makannya.
“ Tak, saya tak gila. Saya cuma buat kerja saya je…” jawabku
selamba.
“ Kau ni memang gila lah! Yang kau pergi cakap macam tu depan
dia kenapa? Dia awek aku lah. Tengok, apa jadi sekarang! Dia dah tinggalkan aku
tahu tak!”
“ So what? Itu bukan masalah saya Encik Ricky. Soal cinta di
luar bidang kuasa saya…”
“ Sam! Kau ni memang dah melampau lah! Aku suruh kau jadi
bodyguard aku je, bukan masuk campur urusan peribadi aku faham?!” Amarah Encik
Rikcy mula memuncak. Mukanya memerah. Namun, aku masih buat muka selamba.
“ Encik Ricky dah lupa ke? Setahu saya dalam 100 rules yang
Encik Ricky bagi masa saya sign kontrak tu tak ada pulak dinyatakan ‘seorang
bodyguard tidak boleh mengganggu urusan peribadi Encik Ricky’ . Betul tak? So,
apa yang saya buat ni bukan satu kesalahan lah..” Aku mula melemparkan paku
buah keras kepadanya.
“ Bukan satu kesalahan kepala hotak kau! Walaupun tak ada
dalam rules, tapi kau faham-faham sendiri lah mak cik! Tak kan tu pun kena
bagitahu!”
“ Maaf lah Encik Ricky, saya cuma patuh pada 100 rules yang
Encik Ricky tetapkan. Jadi, saya tak wajar dihukum kerana ini sebab itu bukan
satu kesalahan seperti yang termaktub dalam undang-undang yang Encik Ricky
tetapkan..,” jawabku lagak seperti seorang peguam.
“ Sam! Kau!” Encik Ricky kehilangan kata. Dia mengetap
bibirnya geram. Aku hanya membalasnya dengan senyuman melebar hingga ke
telinga. Kau hilang awek , itu kau punya pasal. Tak dapek den nak menolong.
Muahahaha!
##############################
Semenjak kejadian ditinggalkan awek di Café tempoh hari, muka
Encik Ricky monyok semacam je. Mukanya yang tak berapa nak handsome tu jadi
makin tak handsome kerana itu. Apa lah mamat ni, pasal perempuan pun nak monyok
sampai macam tu sekali. Nak kata perempuan tu cantik, opah aku kat kampung lagi
cantik kot. Apa lah yang dia suka sangat dengan minah gedik tu. Dah la seksi
nak mampus. Pakaian macam tak cukup kain je, terbelah sana terbelah sini. Kalau
opah aku nampak, confirm terjegil biji mata sampai boleh tersembur keluar
tengok. Ish..ish..ish..teruk..teruk.
Aktiviti hari ini untuk Encik Ricky adalah pergi untuk sesi
mempromosikan filem terbarunya di Mid Valley Megamall. Aduhh, bosannya. Tak ada
aktiviti lain ke? Sikit-sikit promosi..promosi..promosi! Bosan gila! Sudahnya
memang kerja aku cuma terpacaklah di tepinya kononnya untuk jaga
keselamatannya. Nasib baik sampai sekarang, tiada apa-apa lagi menimpa Encik
Ricky. Jadi, senang lah kerja aku. Cuma penat lah kena dok berdiri macam patung
setiap kali dia keluar. Huh, memang nasib badanlah!
Sebaik sahaja Encik Rikcy masuk ke ruangan tempat promosi di
megaMall tersebut, sekumpulan peminat-peminat fanatiknya menyerbu sambil
terjerit-jerit macam terkena serangan histeria. Semuanya terdiri daripada
perempuan. Hish! Apa la.. Bikin malu kaum je! Apa yang mereka suka sangat
dengan mamat poyo ni ha?! Aku cepat-cepat menghadang mereka dari menyerbu Encik
Ricky . Namun asakan mereka terlalu kuat hingga menyebabkan aku hilang
keseimbangan badan. Tidak semena-mena aku terjatuh ke belakang namun
cepat-cepat tubuhku disambut dan dirangkul oleh seseorang. Orang itu memeluk
erat tubuhku. Aku terus mendongak melihat gerangan orang itu. Hah! Encik Ricky!
Gila! Macam mana dia boleh peluk aku??? Aku cepat-cepat menolak tubuhnya namun
belum sempat aku buat apa-apa Encik Ricky kehilangan keseimbangan badan dan
tanpa kuduga aku terjatuh dan terduduk di atas perutnya.
“ Arghhh!!!” Encik Ricky menjerit nyaring. Dia menyeringai
kesakitan. Aku panik. Orang ramai mula menyerbu kami.
“ Encik Ricky, sorry! Saya tak sengaja!” Aku mula kalut.
Cepat-cepat aku papah lengannya untuk bangun.
“ Hoii mak cik! Ganasnya kau!” Marahnya sambil menggosok
perutnya. Dia cuba bangkit perlahan-lahan. Pengawal keselamatan yang ada di
situ turut membantu. Orang ramai mula bising.
“ Sorrylah Encik Ricky , saya betul-betul tak sengaja…” Aku tidak
putus-putus meminta maaf. Namun, Encik Ricky membalasnya dengan jelingan tajam.
Kelihatan dia cuba menghamburkan kemarahannya tapi bila melihat banyak
mata-mata orang di situ, dia terus bangkit dengan kasar dan berjalan masuk ke
dalam mall tanpa menghiraukan aku yang terkebil-kebil di situ. Alahai..macam
mana boleh jadi macam ni? Semua tu berlaku dengan sekelip mata tanpa sempat aku
halang. Kenapa la kau ni bengap sangat ni Sam! Aku menampar pipiku beberapa
kali. Seorang kanak-kanak perempuan sedang memandang aksiku dengan pandangan
pelik. Aku tersenyum kelat sambil menberikan isyarat ‘peace’ padanya. Aku
cepat-cepat masuk ke dalam, mengekori Encik Ricky dan pelakon-pelakon lain ke
ruangan promosi.
########################################
“ Ini kau punya pasal! Tengok apa dah jadi!” Tiba-tiba Encik
Ricky mencampakkan akhbar hari ini kepadaku. Aku tersentak. Apa kes mamat ni!
Aku tengah syok-syok main game di handphoneku, dia kacau pulak! Hish!
“ Saya buat apa pulak ni?” Soalku malas. Semenjak kejadian di
Mid Valley hari tu, dia tak habis-habis nak kenakan aku. Kali ni apa pulak?
“ Kau baca ni! Kau memang sengaja nak rosakkan reputasi baik
nama aku kan?!” Tengking Encik Ricky. Hish mamat ni siot betul la! Boleh pecah
gegendang telinga aku kalau hari-hari macam ni. Dengan malasnya aku membaca
tajuk berita akhbar hari ni.
“ Ricky Hadi Beraksi Tidak Senonoh!” Aku membacanya kuat.
Mataku terus membaca berita yang tertera di situ. Mataku dengan serta-merta
buntang apabila membaca satu perenggan yang terpapar jelas di dada akhbar.. ;
‘….Menurut sumber yang disahkan, Ricky Hadi dikatakan cuba
memeluk wanita yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadinya dari
belakang semasa berjalan masuk ke dalam ruangan tengah Mid Valley. Bukan itu
sahaja, pelakon terkenal tersebut juga dikatakan cuba memegang punggung wanita
tersebut dengan sengaja. Namun, wanita tersebut lebih pantas menolak tubuhnya
hingga terjatuh. Kejadian ini disaksikan oleh ratusan peminat yang berada di
tempat kejadian. Perbuatan yang dilakukan oleh Ricky Hadi disifatkan sebagai
tidak senonoh dan sebagai salah satu gangguan seksual kepada wanita tersebut.
Secara tidak langsung perbuatan Ricky Hadi menjejaskan nama baik industri
perfileman Malaysia…..’
“ Sekarang puas hati kau!” Bacaanku terhenti apabila Encik Ricky
tiba-tiba menengkingku kasar.
“ Apa maksud Encik Ricky? Bukan saya yang cakap macam tu. Newspaper
ni yang tulis macam ni. Mana saya tahu!” Balasku cuba mempertahankan diriku.
“ Ye lah, yang kau pergi jatuh atas aku tu kenapa?”
“ Mana lah saya dapat elak. Dah tu yang Encik Ricky peluk
saya tu kenapa? Sengaja?”
“ Oit mak cik, tak ada maknanya aku nak peluk kau. Dah la bau
hapak!”
“ Amboi, sedap je mulut Encik Ricky mengata saya je. Bau
Encik Ricky pun busuk lah , lagi busuk dari tahi lembu tau!”
“ Heh mak cik! Mulut kau tu jaga sikit ok!”
“ Mulut Encik Ricky lah yang kena jaga! Mulut pun bau
bangkai!”
“ Sam! Kau ni memang dah melampau lah…kau dah langgar rules
99 yang mengatakan ‘seorang bodyguard yang sopan tak boleh mengeluarkan kata-kata
kesat kepada Encik Ricky Hadi walau dalam keadaan apa sekalipun’. Kau dah lupa
ke?”
“ Encik Ricky yang mulakan dulu kan. So, saya tak salah lah!”
Aku masih cuba mempertahankan diriku. Huh, tak habis-habis dengan rules bodoh
tu!
“Kau jangan nak menjawab boleh tak?! Kau dah buat dua
kesalahan besar hari ni. Pertama kau dah buat aku malu besar. Ke dua kau dah
kutuk aku. Jadi aku kena hukum kau kaw-kaw punya!” Tegasnya. Aku sedikit
ternganga. E’eh aku pulak dipersalahkan ni apa kes?
“Hukumlah kalau tu buat Encik Ricky puas hati. Pasal kat Mid
Valley tu kan saya dah cakap, saya tak sengaja. Then, saya tak tahu kenapa
newspaper tu tulis macam tu. Yang ke dua, bukan saya yang kutuk Encik Ricky
dulu okay! Encik Ricky yang mulakan dulu!”
“ No excuse okay! Hukuman tetap hukuman. Jangan banyak cakap!”
“ Ok fine! So Encik Ricky nak saya buat apa sekarang?”
“ Ok..untuk kesalahan yang pertama, aku nak kau buat
pengakuan kat depan media yang aku tak buat benda tak senonoh kat kau masa
dinner artis malam ni…untuk kesalahan kedua, aku nak kau pakai baju pengantin
dan mekap tebal masa dinner malam ni..Hukuman ini adalah muktamad!” Aku
terlopong mendengar hukuman yang tak masuk akal dari Encik Ricky. Gila apa nak
aku tayang muka aku kat depan TV dengan rupa macam tu! Dia ingat aku apa?
Badut?
“ No..no! Saya tak kan buat macam tu! Encik Ricky boleh hukum
saya apa saja tapi bukan macam ni!”
“ Kan aku cakap hukuman ini adalah muktamad. Kau tak boleh
bantah. Malam ni sharp jam 9 malam, kita pergi dinner tu. Sekarang aku nak kau
ikut aku cari baju pengantin tu and make up!”
“ What?! Encik Ricky dah gila ke?!” Aku mengetap bibir geram.
Kurang asam punya mamat poyo!
“ Kau nak kena hukum lagi ke? Kan aku cakap rules 99 , tak
boleh kutuk aku! Kau faham? Ke kau nak aku cakap bahasa tamil baru kau nak
faham?”
“ Tapi, Encik Ricky dah melampau tahu tak?!” Aku masih tidak
berpuas hati.
“ Dah, jangan banyak
cakap. Cepat bawak kereta pergi butik pengantin..,” katanya sambil menghulurkan
kunci keretanya kepadaku. Aku menjelingnya tajam. Kunci kereta aku rampas
kasar.
“ Ok, good girl!” Katanya sambil tersenyum puas. Aku
menghembus nafas kasar. Tak apa..tak apa..hari ni hari kau, esok hari aku.
Siaplah kau mamat poyo! Akan aku kenakan kau habis-habisan bila tiba waktunya!
Aku mula memasang dendam.
#########################
Mukaku terasa sebal. Pipiku membahang panas. Aku mula rimas.
Aku lihat sekilas Encik Ricky yang duduk di sebelahku. Sedikitpun dia tak
memandangku. Semua mata yang ada di situ memandangku dengan pandangan pelik. Tak
kurang jugak ada yang ketawa melihatku. Masa aku mula-mula masuk hotel hall ni
lagilah, semua orang ketawa. Macam aku buat lawak kat maharaja lawak mega
pulak. Arghhh malunya! Encik Ricky memang gila! Ada ke dia suruh aku pakai pakaian
gaun pengantin warna putih dengan skirt kembang macam ala-ala cinderella tu.
Lepas disuruhnya aku pakai ‘crown’ di kepalaku. Bukan setakat tu saja, dia
suruh make up artist dia mekapkan muka aku setebal yang boleh . Pipiku yang
sedia merah semakin merah dengan bedak . Gincu merah tebal membaluti bibirku
kini. Sebijik macam pelakon opera! Geramnya! Macam mana aku boleh biarkan je
dia hukum aku. Kenapa aku tak angkat kaki je tadi balik rumah! Buang masa je
kerja dengan orang gila macam ni! Arghh..menyesal! Sepatutnya awal-awal aku dah
berhenti kerja dengan Encik Ricky. Kalau tak, jiwa raga aku tak kan terseksa
macam ni.
“ Haii, are you Sam?” Firdaus tiba-tiba datang menegurku .
“ Yes..,” jawabku .
“ Hey sis, apa mimpi awak pakai macam ni?” Firdaus ketawa.
“ Cantik kan aku dressing dia?” Encik Ricky menyampuk dengan
nada sinis.
“ Owh my God. She’s awesome! Cantik sangat..,” kata Firdaus
lagi sambil ketawa. Hai, Firdaus pun satu kepala ke? Kurang asam!
“ Tengoklah siapa yang dressing dia…hahaha,” Encik Ricky
ketawa jahat. Aku menjeling tajam kepadanya namun sikit pun dia tidak hiraukan
jelinganku sebaliknya terus ketawa. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap
apa-apa.
“ Tapi, aku pelik jugak. Apa mimpi kau bawak bodyguard kau
dinner sekali?” Soal Firdaus hairan.
“ Aku nak dia buat pengakuan pasal kejadian kat Mid Valley
hari tu..” Jawab Encik Ricky sambil memandangku. Aku membuang pandang.
“ Owh, tapi tak perlulah suruh dia dressing macam ni…pakai
biasa-biasa dah la..,” Firdaus seakan mahu membelaku.
“ Ini hukuman dia sebab buat aku malu!” Tegas Encik Ricky.
“ Tapi…,”
“ Dijemput Ricky Hadi dan Cik Samsiah untuk tampil ke hadapan
untuk membuatkan satu pengakuan yang bakal menggemparkan kita semua!” Kata-kata
Firdaus terhenti apabila tiba-tiba pengacara majlis menjemput kami ke pentas.
Jantungku mula berdegup kencang. Ya Allah, apa aku nak buat ni! Apa aku nak
cakap? Tubuhku mula seram sejuk. Ohh tidak!
################################
Huh, lega sikit rasanya! Akhirnya pengakuan yang Encik Ricky
mahu ,dapat aku buat dengan mudah. Tapi, yang tak boleh tahannya aku terpaksa
menebalkan muka aku untuk bercakap di depan kamera dengan pakaian dan make up
yang macam orang tak berapa betul. Kalau bukan Encik Ricky yang paksa aku,
haram aku tak nak buat semua tu. Aku akan pastikan ini adalah the 1st
and the last dia kenakan aku. Kalau dia berani buat aku macam ni lagi, siaplah!
Dia belum kenal lagi sepakan maut aku. Hummpphhh!!
“ Thanks Sam..you did a very good job!” Encik Ricky tiba-tiba
memuji. Erk, apasal mamat ni berubah angin pulak ni.
“ Hah, itu pun sebab Encik Ricky yang paksa!” Gertakku. Eleh,
buat-buat baik konon. Aku memutar ligat stereng untuk masuk ke ruangan parkir
apartmentnya.
“ Dah tu , siapa suruh kau buat kesalahan. Next time, kalau
kau buat lagi aku akan hukum kau lebih berat dari ni tahu!” Suaranya kembali
tegas.
“ What ever! Saya tak kisahpun. Hukum lah kalau berani. Next
time kalau Encik Ricky buat macam ni lagi, siaplah!”
“ Haii berani kau ugut aku! Mengikut rules number 67..seorang…”
“ Stop it! Hentikanlah rules bodoh tu! Kalau Encik Ricky tak
puas hati lagi, pecat je saya!” Pintasku geram. Yelah, mana tak
geramnya..balik-balik dengan rules tak guna tu. Naik rimas aku dibuatnya.
“ Hello mak cik, rules tu kau dah setuju kan? Kau sendiri
yang tandatangan kontrak bodoh tu. Kau dah tak boleh tarik balik tahu!”
“ So what! Ada aku kisah? Banyak lagi lah kerja yang aku
boleh buat dari jadi lembu kau!” Bahasaku mula berubah. Aku betul-betul marah
ni. Mamat poyo ni sememangnya poyo & berlagak gila. Bikin aku panas je! Aku
segera keluar dari keretanya sebaik sahaja kereta itu selamat diparkir. Encik
Ricky turut keluar.
“ Kau ni kan, mulut memang laser betul lah. Nama je
perempuan, tapi kasar! Macam lelaki!”
“ Suka hati aku lah nak kasar ke apa. Apa kaitan dengan kau?”
Marahku.
“ Boleh tak dalam satu hari kau cakap elok-elok sikit dengan
aku?”
“ Untuk apa? Kalau kau sendiri pun tak reti nak berlembut
dengan bodyguard kau..kau nak aku berlembut dengan kau. Jangan mimpilah!” Aku
membalasnya kasar. Kepala Encik Ricky mula berapi menahan marah.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan serangan dari 3 orang lelaki
berjaket hitam dan bertopeng . Mereka cuba menyerang Encik Ricky. Tubuh Encik
Ricky ditendang kasar dengan sekelip mata. Dia menyeringai kesakitan.
“ Hoi, korang siapa?!” Encik Ricky menjerit nyaring memecah
kesunyian tempat parkir kereta. Dia panik. Lelaki tersebut cuba menarik Encik
Ricky ke dalam van yang sudah sedia menunggu di situ.
“ Woi kau nak bawak Encik Ricky ke mana tu?!” Giliran aku
pula melaung hebat. Aku mengangkat skirt gaunnya hingga ke paras lutut. Dengan
sepantas kilat aku terbang dan menghadiahkan sepakan layang ke arah dada lelaki
bertopeng yang memegang Encik Ricky. Pegangannya terlepas dan Encik Ricky jatuh
tergolek di situ.
“ Hei perempuan, boleh tak lu jangan ganggu kerja kitaorang!”
Marah lelaki bertopeng tersebut. Dia cuba menyerangku bertalu-talu namun aku
lebih pantas mengelak. Dengan sekuat hati aku menendang perut dan dagunya sehingga
dia jatuh tersungkur. Dua orang lagi lelaki bertopeng turut menghantar serangan
balas kepadaku namun senang saja aku patahkan serangan mereka. Aku membelasah
mereka habis-habisan sehingga mereka tidak larat lagi mahu bangun. Namun, tanpa
sempat aku halang, mereka segera berlari masuk ke dalam van tersebut . Tak
sempat aku kejar, van tersebut berlalu dengan pantas. Huh, pengecut!! Aku
sempat membaca nombor plat van tersebut.
“ Encik Ricky tak apa-apa ke?” Aku berlari mendapatkan Encik
Ricky yang terbaring lesu di penjuru keretanya. Aku sedikit kalut melihat
keadaan Encik Ricky begitu. Mukanya lebam sedikit.
“ Aduhhh..sakitnya perut aku!” Encik Ricky mengerang
kesakitan.
“ Boleh jalan ke ni Encik Ricky? Kalau tak saya boleh papah…”
“ Tak apa..tak apa..aku boleh jalan…” Encik Ricky cuba
bangkit namun tidak berjaya. Dia akhirnya jatuh kembali.
“ Hish, bagi la saya tolong Encik Ricky. Cepat pegang bahu
saya. Saya bawak Encik Ricky pergi hospital sekarang...,” tegasku. Dia akur.
Perlahan-lahan dia memaut bahuku dan aku memapahnya ke kereta.
Kesian pulak aku tengok Encik Ricky nih. Lepas satu-satu
problem timbul. Aku hairan betul lah, apasal ramai sangat orang busuk hati
dengan Encik Ricky nih? Apa lah yang hebatnya mamat ni sampai semua orang nak
buat jahat dengan dia? Nasib baik aku ada, kalau tak mungkin Encik Ricky sudah
selamat diculik oleh penjenayah yang tak tahu asal usul tu. Hish, siapa ya
agaknya mastermind dalam kes ni? Hurmmm…Apa-apapun aku kena laporkan perkara ni
pada pihak polis.
##########################
“ Sam…” Encik Ricky memanggilku lembut. Aww romantiknya
suara.
“ Yes..ada apa?” Soalku pelik. 1ST time aku dengar
Encik Ricky cakap lembut dengan aku.
“ Thanx tau..”
“ Thanx sebab?”
“ Sebab selamatkan aku. Kalau tak ada kau, tak tahulah apa jadi
dengan aku. Mungkin aku dah jadi arwah…” katanya sambil tersenyum. Dia
membetulkan kedudukan di atas katil pesakit. Encik Ricky terpaksa ditahan di
wad untuk pemantauan.
“ Eheh Encik Ricky, jangan cakap macam tu. Kebetulan saya ada
di situ. So, tak kan saya nak biar je…”
“Tak sangka awak punya taekwando power gila!” Puji Encik
Ricky bersungguh-sungguh.
“ Hai..ini puji ke perli nih?”
“ Puji lah..tak kan perli pulak. Betul la, aku cukup kagum
dengan kau…Kau memang layak jadi bodyguard aku..,” sambung Encik Ricky lagi.
Aku memandangnya hairan. Apasal mamat poyo ni tiba-tiba puji aku? Nak bodek ke
apa ni?
“ Jap, yang Encik Ricky cakap ni, rules nombor berapa pulak
ni?” Soalku sekadar memerli. Dia ketawa mendengarnya.
“ Ini rules nombor 101 yang menyatakan Samsiah layak untuk jadi
bodyguard pada Encik Ricky Hadi…,” balas Encik Ricky sambil ketawa lagi.
“ Aik, bila masa munculnya rules tu? Pelik tu..”
“ Sejak kau selamatkan aku..”
“ Kalau saya tak selamatkan awak, awak akan pecat saya lah
ek?”
“ Kalau kau tak selamatkan aku, mungkin aku dah mati . Tak
sempat hukum kau…” katanya separuh berseloroh.
“ Encik Ricky! Shut up! Jangan cakap pasal mati lagi okay!”
Marahku. Entah kenapa aku tak suka mendengar perkataan itu.
“ Ok Sam…anyway thanx ok…” katanya dengan senyuman lebar
tergantung di bibirnya.
“ Yer..you are welcome. Dah memang tugas saya. Tu cuma benda
kecik ke..” balasku sambil turut tersenyum . Encik Ricky tersenyum semakin
lebar. Jap..jap. Kenapa senyumannya manis sangat ni menjadikan wajahnya nampak tersangatlah
handsome. Aku tiba-tiba seperti dipukau. Mata kami bertentangan buat seketika.
Jantungku mula berdegup kencang. Terasa ada perasaan halus menular dalam
hatiku. Aku menelan air liur. Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama? Hish
apa aku merepek ni! Aku menampar pipiku beberapa kali. Berangan je lebih!
“ Sam! Are you okay?” Soal Ricky degan pandangan pelik.
“ Ehe..tak ada apa-apa..,” jawabku sambil tersengeh dan
menggaru kepalaku yang tidak gatal. Siot betul. Apasal aku tiba-tiba jadi
malu-malu pulak ni di depan Encik Ricky? Kedengaran Encik Ricky ketawa lagi.
Aik, apasal asyik ketawa je mamat ni? Lucu sangat ke?
########################
“ Awak dah buat laporan polis pasal kes Ricky tu?” Soal
Firdaus sebaik sahaja kami keluar dari wad Encik Ricky.
“ Sudah…tapi kes ni rumit sikit lah..,” jawabku .
“ Rumit kenapa pulak?” Soal Firdaus ingin tahu.
“ Yelah sebab nombor
plat yang saya nampak hari tu nombor plat palsu. Lepas tu kat tempat parking
kereta masa kejadian tu berlaku tak ada CCTV. Jadi tak tahu siapa yang terlibat
dalam kes ni sebab semuanya pakai topeng…Itu yang susah sikit…”
“ Rumit tu..Pelik betul lah.
Siapa yang try nak culik Ricky ye?” Firdaus mula mengerah otak. Aku pun
sama.
“ Awak tahu tak siapa-siapa yang tak suka dengan Ricky?” Soalku.
“ Tak tahu pulak. Setahu saya Ricky baik dengan semua orang.
Dengan pihak media pun dia tak ada masalah. Saya pun tak pasti siapa nak
kenakan dia…” Jawab Firdaus. Jawapan yang langsung tak membantu.
“ Susahlah macam ni. Tapi kalau kita biar penjenayah ni
terlepas, saya takut mereka akan menyerang Encik Ricky lagi. Bahaya tu…Mana
tahu kali ini diaorang bawak pistol..,” Aku meluahkan kegusaranku.
“ Itulah masalahnya. Harap-harap pihak polis dapat buat
siasatan dengan cepat lah. So, macam mana Ricky sekarang, ok?”
“ Setakat ni dia ok..may be boleh discharged esok..,” jawabku
sedikit ceria. Entah kenapa aku berasa sungguh gembira apabila Encik Ricky
disahkan keluar hospital esok. Semakin hari aku semakin mesra dengannya dan
tiba-tiba terbit perasaan sayang padanya.
“ Baguslah macam tu..” jawab Firdaus ringkas. Wajahnya turut
berubah ceria.
#########################
Hari ini, Encik Ricky mengajak aku dan Firdaus berjalan-jalan
di Genting Highland. Mulanya kami melarang keras dia keluar rumah kerana Encik
Ricky baru saja keluar dari hospital beberapa hari lemas. Mungkin badannya
masih lemah. Namun mamat tu degil, dia nak jugak pergi jalan-jalan. Katanya dah
lama tak release tension. Sebelum ni, waktu lapangnya banyak dihabiskan di set
penggambaran. Maklumlah pelakon filem nombor satu Malaysia katakan. Dalam diam,
aku curi-curi menonton filem-filem yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Wahh,
boleh tahan jugak bestnya. Patutla semua perempuan tergila-gilakan Encik Ricky.
Bakat lakonannya cukup mantap yang aku rasa boleh lagi untuk diasah hingga ke
peringkat antarabangsa.
“ Heh, yang kau tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa?”
Tegur Encik Ricky tiba-tiba. Firdaus kini hilang entah ke mana. Cuma tinggal
aku berdua saja di taman tema.
“ Tak ada apa-apalah..tak boleh ke saya senyum?” Soalku cuba
menutup rasa gugup. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni perasaanku lain macam je
dengan mamat ni. Tak pernah aku rasa macam ni. Aku pun tak faham dengan
perasaan aku sendiri.
“ Tak salah..aku lagi suka tengok kau senyum. Cantik..,” kata
Encik Ricky membuatkan aku tersipu malu.
“ Hai, puji saya ni, macam ada maksud tersirat je..”
“ Maksud tersirat apa pulak? I’m serious..kau sangat cantik
bila kau senyum…,” katanya lagi dengan nada yang cukup lembut di telingaku.
Pipiku membahang panas. Hatiku mula tidak keruan apabila melihat Encik Ricky
merenung wajahku.
“ Tapi lagi cantik kalau awak pakai pakaian perempuan..,”
sambung Encik Ricky.
“ Kenapa, tak ok ke saya pakai macam ni? Tak kisahlah tak
cantik, janji smart…” Aku membelek pakaian yang tersarung di tubuhku. Jaket jeans
dengan t-shirt merah di dalam dengan seluar jeans lusuh jenis straight cut
punya.Ok apa aku pakai macam ni. Smart apa.
“Tak la maksud aku, kau ni sebenarnya perempuan yang sangat
cantik, tapi kalau kau pakai pakaian perempuan bertambah-tambah cantiklah…,”
Encik Ricky mengulangi kata-katanya. Aku mengerutkan kening. Ni macam kutuk aku
indirectly je.
“ Maksud awak nak suruh saya pakai gaun macam awak beli hari
tu? Oh no..no..never! Saya dah serik dah pakai macam tu..rimaslah!” Tawa Encik
Ricky meledak.
“ Cantik apa kau pakai macam tu. Semua orang puji tau!”
“ Hah, banyak sangatlah pujinya. Malu gila tau kena pakai
macam tu untuk dinner. Tak ubah macam pengantin . Awak ni memang jahatlah!
Sengaja nak kenakan saya ek!” Aku
merengus geram. Bila teringat pasal tu, hati aku tiba-tiba jadi panas.
“ Dah siapa suruh langgar rules 100 tu…kalau kau nak kena
lagi boleh je..”
“ Tak nak lah!” Tegasku. Sekali lagi Encik Ricky ketawa
menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Comel!
“ Sam…,” panggilnya lembut membuatkan hatiku berdebar-debar.
“ Ye..” Jawabku dengan suara sedikit bergetar. Hish, aku ni
kena sampuk ke apa? Asal dia cakap lembut je, aku mula jadi tak keruan. Apasal
ek?
“ Awak ada boyfriend?” Soalnya. Sekali lagi aku memandang
pelik kepadanya. Soalan apakah ini?
“ Ada..kenapa?”
“ Hah, betul ke? Siapa?” Encik Ricky sedikit terkejut
mendengar jawapanku.
“ My Honda Blackbird..dialah boyfriend saya yang pernah awak
patahkan cermin sisinya..” jawabku sinis. Kelihatan Encik Ricky menarik nafas
lega.
“Dan kerana boyfriend kau itu lah , kau sanggup ‘merompak’
aku ek?” jawab Encik Ricky sambil ketawa lagi.
“Haha..Encik Ricky ingat lagi ek pasal tu?”
“ Of course la..mana boleh lupa perempuan yang berani mati
tumbuk muka aku , lepas tu dengan muka tak malunya rampas dompet aku dengan
kejamnya…” jawab Encik Ricky seakan memerliku.
“ Hello..dah tu siapa suruh tak nak bayar ganti rugi untuk
motor saya. Bikin panas je tau!” Marahku.
“ Ok..ok..dah lah. Tu cerita lama. Yang penting sekarang aku
nak mintak maaf dengan kau sebab dah banyak sakitkan hati kau selama ni…”
Tuturnya ikhlas. Aku termangu. Pelik betul aku tengok perubahan sikap Encik
Ricky. Dia jarang marah sekarang. Adakah ini disebabkan aku selamatkan dia hari
tu? Mungkinlah..
“ Kenapa diam..kau tak maafkan aku ke?”
“ Eh, tak lah…saya dah lama maafkan Encik Ricky. Don’t
worry..Saya pun nak mintak maaf jugak atas semua salah saya kat Encik Ricky
selama ni..”
“ It’s okay..I don’t mind…yang penting kau happy…Kalau kau
happy..aku pun happy…I like this feeling…” balasnya lembut. Aku terkesima.Matanya
yang redup memandang dalam ke dalam anak mataku menyebabkan aku seperti dipukau
lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana dingin di sini terasa begitu hangat
apabila berhadapan dengan Encik Ricky. Aduhai..ni buat aku lemah ni. Tolonglah
Encik Ricky, jangan buat aku sampai jadi wap okay!
####################################
Hari ini aku datang kerja awal dari biasa. Semangat betul aku
hari ni. Ye lah, hari ni aku akan terima gaji pertama aku dari Encik Ricky.
Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku kerja dengan dia. Pelbagai kenagan pahit
manis aku lalui bersamanya. Dalam diam
rupa-rupanya aku jatuh cinta padanya. Aku tak tahu bila perasaan ini
hadir, tetapi yang aku perasan, bila aku bersamanya, aku rasa bahagia sangat.
Dia layan aku dengan cukup baik sekarang. Tapi , aku tak tahu apa perasaannya
padaku. Adakah dia jugak ada rasa yang sama seperti yang aku rasa? Tapi nak ke
jugak dia dengan tomboy macam aku? Mesti dia suka perempuan yang elegan dan
seksi macam ex-girlfriend dia tu kan? Tapi aku tak mampu nak jadi macam tu. Aku
tetap akan jadi diri aku sendiri. Aku berserah saja, kalau dia suka aku,
syukurlah tapi kalau tak, aku tak kisah. Betul ke aku tak kisah? Aku keliru.
“ Hai Sam, awal datang…,” Sapa Firdaus yang kebetulan naik
Lift sama denganku.
“ A’ah..terbangun awal hari ni, itu yang datang awal sikit…,”
jawabku sambil tersengeh.
“ Tapi , Ricky dah keluar awal-awal lagi. Dia tak beritahu
awak ke?” Soal Firdaus hairan.
“ Tak ada pulak dia beritahu saya apa-apa. Dia keluar pergi
mana? Seorang saja?” Soalku ingin tahu.
“ Owh..dia keluar dengan Lucy. Katanya nak cari barang-barang
untuk perkahwinan diorang minggu depan…” laju Firdaus menjawab. Aku tersentak.
Apakah aku tidak salah dengar ayat hujung tu?
“ Encik Ricky nak..nak kah..kahwin? Maksud awak, dengan Lucy?”
Soalku tergagap-gagap. Saat itu aku rasakan duniaku bergegar . Pandanganku
gelap seketika.
“ Yup..Eh, tak kan tu pun Ricky tak beritahu?” Soal Firdaus
semakin hairan dengan reaksiku. Saat itu air mataku mula bergenang tapi aku
tahan supaya tidak tumpah membasahi pipiku. Berita yang aku dengar cukup menyakitkan.
Ahh aku memang bodoh! Aku tak patut ada perasaaan bodoh ni pada Encik Ricky.
Dia lelaki perfect, semestinya dia mahukan wanita perfect macam Lucy. Aku cuma
bodyguardnya yang langsung tak cantik dan menarik. Arghh..wake up Sam! Kau
sedarlah diri kau siapa..Cermin diri kau sikit. Orang macam kau ni tak layak
untuk lelaki macam Encik Ricky. Tak layak! Langsung tak layak!
“ Sam, are you okay?” Soalan dari Firdaus mematikan
lamunanku.
“ Saya okay. Terima kasih sebab beritahu saya…Saya minta diri
dulu ye…,” jawabku sebak sambil cepat-cepat melangkah keluar dari lift
tersebut. Namun, tanpa ku duga Firdaus menarik lenganku untuk masuk kembali ke
dalam lift. Dia cepat-cepat menutup pintu lift. Aku tergaman dengan tindakannya
yang tak pernah ku duga.
“ Awak kenapa Firdaus? Lepaskan saya lah!” Jeritku. Dia
cepat-cepat melepaskan pegangannya.
“ Sorry, saya tak sengaja…saya cuma nak tolong awak..”
Jawabnya dengan nada cukup bersalah.
“ Nak tolong apa pulak ni?” Soalku kurang mengerti. Aku mula
rasa tidak sedap hati apabila melihat Firdaus mula mendekatiku. Aku menjauhinya
sedikit demi sedikit.
“ Saya tak nak tengok awak sedih. Saya tahu awak suka Ricky kan?”
Soal Firdaus menduga. Aku tersentak.
“ Awak ni kenapa Firdaus? Bila masa pulak saya suka Encik
Ricky? Jangan nak mengarut!” Marahku. Entah kenapa aku benar-benar marah bila
mendengar nama Encik Ricky sekarang.
“ Awak jangan nak tipu saya lah. Dari pandangan awak, saya
tahu awak suka dia kan?” Soalnya tidak berpuas hati.
“ Habis tu kalau saya suka dia, apa kaitannya dengan awak?!”
Soalku dengan suara bergetar. Pandangan Firdaus semakin tajam memandangku.
Mamat ni apa hal? Gerun pulak aku tengok.
“ Kalau awak suka dia, lebih baik awak lupakan dia!”
Tegasnya.
“ Kenapa?” Aku semakin hairan dengan kata-kata Firdaus.
“ Sebab Ricky bukan lelaki yang baik. Untuk pengetahuan awak,
Lucy bukan perempuan pertama yang dia pernah tiduri. Ramai lagi perempuan
cantik lain yang dia pernah tidur. Jadi, saya tak nak awak masuk perangkap dia
jugak!” Aku terlopong mendengar kenyataan dari Firdaus. Benarkah?
“Tak! Awak tipu!” Aku menggeleng-geleng kepala tidak percaya.
Tak mungkin Encik Ricky macam tu. Walaupun aku baru je menjadi bodyguardnya selama
sebulan, tapi aku cukup kenal perangai sebenar Encik Ricky. Aku yakin dia tidak
seperti yang Firdaus katakan.
“ Sam, saya kenal dia lebih lama dari awak. Saya dah berkawan
dengan dia dekat 10 tahun..Saya lebih kenal dia!” Firdaus cuba meyakinkan aku.
“ Ok. Jadi kenapa awak beritahu saya semua ni?”
“ Sebab saya tak nak awak terperangkap..”
“ Awak jangan risaulah Firdaus, lepas ni saya akan pergi dari
sini dan mulai hari ni saya mahu berhenti jadi bodyguard Encik Ricky!”
“ Jangan! Jangan berhenti!” Firdaus mulai cemas.
“ Kenapa pulak?”
“ Sebab saya tak nak berpisah dengan awak…”
“ Maksud awak?”
“ Sebab saya suka awak. Dah lama saya sukakan awak dari hari
pertama saya jumpa awak…,” kata Firdaus sambil terus menarik tanganku kedalam
genggamannya. Mataku buntang. Benarkah apa aku dengar ni?
“ Stop it Firdaus! Jangan nak bergurau macam ni boleh tak?!” Marahku
sambil menarik kasar tanganku dari genggaman tangannya.
“ I’m serious. I love you Sam!” Katanya lagi dan kali ini dia
cuba memelukku namun aku lebih pantas menolak kasar tubuhnya hingga terkena
dinding lift. Pintu lift terbuka dengan tiba-tiba.
“Don’t touch me! Kalau kau sentuh aku lagi nahas kau!” Aku
memberi amaran keras. Aku terus mengorak langkah keluar dari lift tersebut
meninggalkan Firdaus yang tiba-tiba ketawa besar. Aku semakin berang. Gila!
Firdaus memang gila! Aku tak sangka Firdaus yang aku sangkakan baik dan berbudi
bahasa selama ini boleh berubah perangai menjadi begitu tak senonoh.
Apa yang berlaku sekarang sebenarnya? Kenapa tiba-tiba
Firdaus berubah begitu? Macam mana pulak tak ada angin tak ada ribut , tup tup
Encik Ricky tiba-tiba mahu melangsungkan perkahwinannya dengan Lucy tanpa
pengetahuanku? Arghh malas lah aku nak fikir! Mungkin betul lah apa yang
Firdaus cakap, Encik Ricky memang playboy. Dia buat baik dengan aku semata-mata
nak rampas mahkotaku. Aku memang bodoh sebab percayakan lelaki seperti itu! Aku
bodoh sebab dengan senangnya aku jatuh cinta pada Encik Ricky. Bodoh! Aku
memang bodoh! Macam mana aku boleh terjerat dengan perasaan bodoh macam ni ??
#################################
Entah kenapa tiba-tiba aku berasa tidak sedap hati. Fikiranku
hanya tertumpu soal Firdaus dan Encik Ricky. Tiba-tiba aku terfikir, kenapa
Firdaus dedahkan semua keburukan Encik Ricky padaku sekarang. Kenapa tidak dulu?
Apa motif dia? Setahu aku Firdaus tu kawan baik Encik Ricky. Aku mula meragui
kebenaran kata-kata Firdaus tentang Encik Ricky. Betul ke Encik Ricky macam tu.
Aku masih ragu-ragu. Walaupun tadi, aku betul-betul marah apabila mengetahui
perangai sebenar Encik Ricky tapi setelah apa yang berlaku antara aku dengan
Firdaus, aku mula fikir bukan-bukan. Entah-entah selama ni Firdaus yang
merancang untuk menjatuhkan Encik Ricky? Hish, tak kan lah!
Dengan serta-merta aku membawa motorku kembali ke apartment
Encik Ricky. Sesampai di sana aku cepat-cepat naik ke rumah Encik Ricky. Aku
cuba menekan loceng pintu rumahnya namun belum sempat aku berbuat begitu,
tiba-tiba aku mendengar seperti ada kaca pecah dari dalam biliknya. Hah! Apa
yang berlaku. Hatiku semakin berdebar-debar. Aku yakin Encik Ricky ada di
dalam. Aku meraba poket seluarku. Huh, nasib baik aku bawak kunci pendua pintu
rumahnya.
“ Tolonglah jangan bunuh aku!!” Kedengaran suara Encik Ricky
terjerit nyaring sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“ Aku dah lama nak bunuh kau. Kerana kau, aku selalu tak
dapat apa aku nak! Kau dah rampas hak aku!” Tegas satu suara lagi. Itu macam
suara…Firdaus! Aku terus meluru masuk ke bilik Encik Ricky. Benar! Memang
Firdaus dengan Encik Ricky saja yang berada di situ. Firdaus sedang menghalakan
pistol revolvernya ke arah Encik Ricky yang sudah diikat kemas di katilnya.
“ Firdaus! Hentikan semua ni!” Jeritku tiba-tiba membuatkan
mereka berdua tersentak.
“ Wow..nice..Heroin kau dah datang. So sweet…” kata Firdaus
sinis. Kali ni muncung pistolnya dihalakan ke arahku. Aku mengangkat tangan.
“ Firdaus..please! Jangan buat macam tu. Aku tahu kau bukan
orang jahat. Aku tahu kau baik. Orang baik macam kau tak boleh terlibat dengan
jenayah…Baik kau menyerah…” Aku cuba berdiplomasi dengannya. Namun kata-kataku
hanya disambut dengan gelak tawanya . Aku menelan air liur.
“ Yes! Aku memang baik! Tapi kenapa kau tak suka aku?
Kenapa?! Aku layan kau dengan baik selama ni..tapi kenapa kau tak boleh terima
cinta aku? Kenapa Ricky jugak kau suka?!” Firdaus menengkingku kuat.
“ Firdaus..aku suka kau. Tapi aku suka sebagai kawan je. Tak
lebih dari tu. Walaupun aku tak cinta kau, tapi aku akan anggap kau kawan aku
terbaik hingga akhir hayat aku…” Aku cuba memujuk lagi. Muncung pistolnya
semakin dekat dengan kepalaku. Aku masih tidak berganjak. Kakiku kaku seperti
diikat.
“ Arghhhh!! Penipu! Aku tak nak jadi kawan kau! Aku nak jadi
kekasih kau! Tapi kau tak nak kan?!” Tengking Firdaus kuat di telingaku . Aku
tersentak.
“ Firdaus, tolong jangan apa-apakan Sam. Kalau kau nak bunuh,
kau bunuh je aku. Jangan kau bunuh dia!” Ricky tiba-tiba mencelah. Aku
memandang Ricky dengan pandangan sayu. Firdaus semakin kuat ketawa.
“ Aku akan pastikan Sam mati! Biar puas hati aku. Biar aku
tak dapat Sam, kau pun tak dapat. Selama ni kau dapat apa yang kau nak. Kau
boleh jadi pelakon terkenal tapi sikitpun kau tak hargai aku. Kau rampas Lucy
dari aku walaupun kau tahu aku suka dia dari zaman sekolah lagi. Sekarang ni
kau nak rampas Sam dari aku pulak! Tidak! Aku tak kan biarkan kau dapat Sam.
Aku akan pastikan dia mampus! Lepas tu aku akan bunuh kau!” Kata Firdaus sambil
diselangi dengan ketawa kuat. Aku mula kecut perut apabila kali ini dia memaut
bahuku rapat ke dadanya dan muncung pistol berada tepat di tepi dahiku.
“ Firdaus, tolonglah jangan buat aku macam ni. Kita kan dah
lama kawan baik…tak kan kau nak bunuh kawan kau sendiri…” Encik Ricky cuba
merayu.
“ Argghhh pergi mampuslah ! Aku bukan kawan kau! Aku cuma
anjing kau je kan!!!” Firdaus berteriak.
Kali ini dengan sepantas kilat aku
memegang pergelangan tangannya dan menyiku kasar perut hingga dia jatuh
terguling di situ. Aku cuba merampas pistol dari tangannya namun pegangannya
cukup kuat. Kami bergelut kasar untuk merampas pistol tersebut. Firdaus cuba
menumbuk mukaku namun aku lebih pantas mengelak. Kali ini aku mengambil peluang
menumbuk tulang rahang pipinya dan menendang perutnya sehingga dia jatuh
tersungkur. Tangannya aku hentak kasar sehingga pistolnya terlepas. Aku
mengunci pergerakannya. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri namun tidak
berjaya.
“ Woii lepaskan aku lah!!! Bangang!! Lepaskan aku!” Jeritnya
kasar namun kunci pergerakannya sungguh kejap. Dengan sepantas kilat aku
mengikat tangan dan kakinya dengan tali besar yang kebetulan ada di situ.
Setelah dia sudah selamat diikat aku, terus mendapatkan Encik Ricky dan
cepat-cepat membuka ikatan pada tangan dan kakinya.
“ Encik Ricky tak apa-apa?” soalku cemas apabila melihat
wajahnya yang lebam-lebam.
“ I’m okay. Sam okay?” Soalnya kembali sambil meraba wajahku.
“ Saya okay Encik Ricky..don’t worry..Yang penting Encik
Ricky selamat..”
“ Thanks a lot Sam. Thanks…I love you…,” aku terpana
mendengar perkataan itu dari bibir Encik Ricky .Aku bermimpi ke ni?
“ Woiii bangang! Lepaskan aku lah!!” Jeritan Firdaus
membuatkan kami berpaling serentak. Tak semena-mena Encik Ricky bangun dan
menghadiahkan satu tumbukan padu pada mukanya.
“ Ambik kau Firdaus! Aku tak sangka rupa-rupanya selama ni
kau tikam aku dari belakang. Aku ingat kau kawan aku dunia akhirat,
rupa-rupanya kau khianati aku! Hari ini aku akan pastikan kau masuk lokap! Baru
kau tahu langit tu tinggi rendah!” Wajah Encik Ricky mula membengis. Firdaus
ketawa lagi. Psycho betul mamat nih! Waktu macam ni pun masih boleh ketawa.
Hairan betul lah!
#######################
Rupa-rupanya selama ni, segala kejadian buruk yang menimpa
Encik Ricky semuanya gara-gara Firdaus. Segala cerita buruk tentang Encik Ricky
dan soal perkahwinannya dengan Lucy hanya bohong semata-mata. Aku betul-betul
tak sangka sampai macam tu sekali dendam Firdaus pada Encik Ricky. Sanggup dia mahu bunuh kawan sendiri semata-mata
ingin balas dendam. Sungguh nipis iman dia sampai sanggup melakukan perkara
terkutuk seperti itu. Namun, jauh di sudut hatiku berasa sedih kerana
kehilangan seorang kawan seperti Firdaus. Dia sebenarnya antara lelaki paling
baik pernah aku jumpa tapi kerana dendamnya pada Encik Ricky, kebaikan itu
telah tercemar. Inilah akibatnya bila kehebatan akal fikiran kita
disalahgunakan untuk tujuan jahat. Aku sungguh kesal dengan apa yang berlaku.
Sekarang Firdaus sedang di tahan di dalam lokap di balai polis berdekatan
menanti hari perbicaraannya.
“ Hai, jauh termenung. Ingatkan aku ke?” Lamunanku mati
apabila Encik Ricky menegurku tiba-tiba. Aku mencebik.
“ Tak ada maknanya nak ingatkan Encik Ricky..”
“ Dahla tu panggil aku Encik Ricky, panggil Ricky je. Atau
abang Ricky..kan lagi manja tu…” Kata Encik Ricky sambil mengenyitkan mata.
“ Iyerrr..Abang Ricky. Uwek! Geli lah!”
“ Amboi..manja apa panggil Abang Ricky…”
“Tak nak lah saya panggi macam tu. Tak pernah dalam hidup
saya panggil orang abang tau, even abang saya sendiri pun tak panggil macam tu…”
“ Tak apalah, biarlah aku jadi yang the 1st orang
yang kau panggil abang. Ini termaktub dalam rules 102..”
“ Haiiihh..bila masa pulak rules awak ada sampai 102 ni?
Pandai je awak nak kelentong saya ek?” Soalku sambil ketawa.
“ Memang ada. Kau je tak tahu. Ada lagi rules 103, kau nak tahu?”
“ Nak lah, apa dia?”
“ Rules 103 menyatakan Samsiah mesti mengatakan ‘I love you’
setiap 15 minit kepada Encik Ricky Hadi tak kira di mana saja dia berada..”
“ What???! Mana aci!” Aku terkejut beruk mendengar rules yang
tak masuk akal tu. Encik Ricky ketawa sakan.
“ So, kalau saya tak nak buat, apa lah hukumannya?”
“ Owh..hukuman bunyinya teramatlah berat tapi senang untuk
ditunaikan especially dengan kau..”
“ Yelah , apa lah hukumannya…”
“ Hukumannya kau kena kahwin dengan aku dan kena lahirkan aku
zuriat seramai 12 orang, 6 lelaki , 6 perempuan….ok kan?” Mataku membulat
mendengar kata-kata Encik Ricky.
“ Gila!!” Jeritku. Encik Ricky semakin galak mentertawaku.
Wajahku sudah masam mencuka. Namun jauh di sudut hatiku terasa teramat bahagia
kini. Huhu..
best gile!!
ReplyDeleteBest...sempoi je si sam tu..hehe
ReplyDeleteBest gile!! Sambung la lagi..nak tahu macam mana diorang kwen..mesti lawak..kawen dgn bodyguard sndiri..hehe..apapun congrates org ganu! Karya awk sumer best...5 star! :)
ReplyDeleteHehe comey..
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebest la coi...-iezahtakuya
ReplyDeleteSweetnya. 😁😁😁😁
ReplyDeleteCeng ginilah...��������
ReplyDelete