“ Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni Syam..,saya dah puas merayu tapi Encik Hakim tetap tak nak bertanggungjawab dengan perbuatan dia…dia kata saya perempuan murahan…dia kata saya macam-macam..” aku merintih pilu. Setelah Syam mengasak aku berkali-kali, barulah aku berani membuka mulut . Aku terpaksa menceritakan padanya apabila melihat kesungguhannya untuk mengetahui cerita sebenar. Aku mendongak untuk melihat reaksi Syam. Syam tiba-tiba terdiam seribu bahasa setelah mendengar ceritaku. Dia kelihatan begitu terkejut. Wajahnya berubah riak. Dia seperti sedang menahan marah. Sedikitpun dia tidak memandang aku.Melihat reaksinya menyebabkan luka hatiku bertambah parah. Aku tahu Syam tidak boleh terima semua ini. Aku tahu selepas ini, pasti Syam benci terhadapku yang sudah hilang maruah diri. Dia pasti meninggalkanku.Pelbagai andaian bukan-bukan menyesakkan ruang benakku.
“ Maafkan saya Syam..saya tahu awak dah benci saya sekarang. Saya minta maaf kerana tak ikut nasihat awak dulu. Maafkan saya..,” aku merintih lagi lebih-lebih lagi apabila melihat Syam terus membisu. Syam mengenggam penumbuk erat . Badannya sedikit bergetar. Sedikitpun dia tidak berpaling padaku. Namun, dari pandangan sisi, aku dapat melihat wajahnya merah, matanya bersinar seperti penuh dengan kebencian.Nampak sangat dia sedang menahan marah.
“ Saya tak kan biarkan dia buat macam tu pada awak. Setan tu mesti di ajar!” Tegas Syam setelah lama berdiam diri. Kemudian tiba-tiba dia bergerak pantas untuk meninggalkan aku di situ.Aku terpinga-pinga.
“ Syam, awak nak pergi mana tu?!” Laungku dari jauh.
“ Jumpa Hakim!” Jawabnya sepatah. Aku tergaman seketika lantas dengan spontannya aku turut mengekori langkahnya.
“ Jangan jumpa dia Syam..tak guna! Dia tak kan bertanggungjawab walaupun awak merayu macam mana pun..,” kata-kataku menghentikan langkah Syam. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Syam masuk campur dalam hal ini. Syam berpaling dan perlahan-lahan mendekatiku.
“ Lina..dengar sini..saya tak kan berdiam diri kalau dia buat awak macam ni. Orang macam tu mesti di ajar nak bagi dia sedar sikit! Awak tak boleh mudah mengalah..,” Syam memandangku dengan geram.Mungkin geram dengan kelemahanku. Aku terdiam. Tanpa menunggu jawapan dariku, Syam terus mengorak langkah untuk masuk ke ruang pejabat . Aku tahu dia akan pergi ke tingkat atas untuk berjumpa Encik Hakim. Aku menyusul dari belakang. Aku mesti ikut kerana aku tidak mahu apa-apa terjadi pada Syam walaupun aku masih lemah untuk berhadapan dengan Encik Hakim. Jauh di sudut hatiku,aku tidak sanggup berdepan dengan binatang itu namun aku terpaksa!
“ Hakim!” Pintu bilik Encik Hakim ditendang kuat dan laungan Syam bergema. Encik Hakim yang sedang bercakap di telefon terkejut besar. Dia terus meletakkan telefon apabila melihat aku dan Syam di situ.
“ Kau nak apa lagi hah?!” Laung Encik Hakim .Syam meluru ke arah Encik Hakim lalu satu tumbukan kuat singgah pada mukanya .Encik Hakim terjatuh dari kerusinya dan badannya menghempas lantai. Dia menyapu kasar darah pekat yang mengalir pada bibirnya.Bibirnya pecah.Dia memandang tajam ke arah Syam.Aku pula tergaman melihat tindakan Syam yang tiba-tiba.
“ Hoi! Kau dah gila ke?!” wajah bengis Encik Hakim sudah kelihatan. Dia benar-benar marah .
“ Siapa yang gila!Kau tu sebenarnya yang gila, bangang! Kau memang tak patut dibiarkan hidup! Sepatutnya aku hapuskan kau dari dulu lagi!” Syam menengking kuat . Kolar baju Encik Hakim disentap kasar lantas satu tumbukan lagi dihadiahkan pada dagu Encik Hakim. Kali ini dia terbaring . Syam kemudian menendang kuat perutnya beberapa kali .Encik Hakim mengerang kesakitan. Perutnya dipegang kemas.
“ Syam..stop it!” Aku memegang lengan Syam untuk menghalang tindakannya yang seterusnya .Gerun pula aku melihat Syam yang sedang berang ketika ini .
“ Hakim! Kau dengar sini baik-baik..kalau kau tak nak bertanggungjawab dengan Lina, aku tak teragak-agak akan bunuh kau!” Aku tergaman mendengar kata-kata berbaur ugutan dari mulut Syam. Syam bersungguh-sungguh ingin membela nasibku. Aku sungguh terharu.
“ Haha..bunuhlah kalau kau berani?! Kau ingat aku takut? Kau tak payah lah nak bela perempuan sundal ni..buang masa je!” Dalam kesakitan, dia masih mampu tergelak sinis. Hatiku terguris lagi mendengar kata-kata itu. Dia cuba bangkit namun belum sempat dia berbuat begitu Syam menendang dadanya pula. Darah merah tersembur keluar dari mulut dan hidungnya. Dia terguling sekali lagi dan mengerang kesakitan.Aku melihat sahaja Syam membelasah Encik Hakim tanpa ada terselit sedikitpun rasa simpati . Yang pasti, hatiku benar-benar pedih , hancur hatiku apabila Encik Hakim tidak henti-henti menghinaku. Air mataku mula bergenang di tubir mata dan akhirnya ia menitis lagi.
“ Rasakan !! Ingat Hakim! Sekali lagi kau cakap macam tu, nahas kau!” Bentak Syam. Bunyi desas desus seperti orang sedang berbisik di muka pintu membantutkan tindakan Syam seterusnya .Rupa-rupanya tanpa disedari adegan ini disaksikan oleh pekerja-pekerja lain yang berada di situ memandangkan pintu bilik Encik Hakim terbuka luas. Syam masih mengenggam penumbuk.
“ Syam, sudah lah tu..,” aku terpaksa menghalang tindakan Syam seterusnya kerana aku tidak sanggup lagi berada di situ. Lagi lama aku berada di situ, lagi seksa hatiku menahan perit lebih-lebih lagi apabila kami menjadi tontonan ramai.
“ Aku tak kan lepaskan kau binatang! Dasar buaya darat!” Syam menghadiahkan tendangan terakhir kepada Encik Hakim sebelum berlalu dari situ. Tanganku ditarik kasar. Aku mengekori langkahnya dengan tergesa-gesa melepasi kumpulan manusia di luar bilik Encik Hakim. Aku mengesat air mataku yang masih tidak bersisa.Semua memandang hairan kepadaku, begitu juga Leha yang turut berada di situ.Wajah yang terpamer pada wajahnya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku .
--------------------------------------------------------------------------------------
“ Awak mesti laporkan perkara ini pada polis!” Tegas Syam ketika kami tiba di suatu tempat terpencil di pinggir kota .Setelah berjumpa Encik Hakim tadi, dia membawaku dengan motornya ke sini, tempat yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini.
“ Lina.., awak tak boleh berdiam diri macam ni.Awak mesti lakukan sesuatu..,” dia duduk menghadapku apabila melihat aku masih berdiam diri sejak tadi.
“ Tak boleh Syam..tak boleh!Kalau lapor pada polis saya akan dapat malu. Saya takut Encik Hakim sebarkan gambar saya kat internet..,” aku menggelengkan kepala beberapa kali kemudian berdiri menghadap tasik yang saujana mata memandang di hadapanku.
“ Lina..awak kena bertegas! Awak tak boleh macam ni..kalau awak nak nasib awak dibela,awak kena ikut cakap saya..,” Syam menarik tubuhku supaya menghadapnya.Bahuku dipegang kemas. Aku memandangnya sayu. Kemudian aku menolak lembut pegangannya pada bahuku .
“ Kalau saya buat macam tu, macam mana dengan anak ni? Walau macam mana sekalipun Encik Hakim mesti kahwin dengan saya. Saya nak dia bertanggungjawab dengan anak ini..,” hatiku semakin sebak kerana mengharapkan sesuatu yang mustahil.
“ Awak jangan buat kerja bodoh..Sanggup ke awak kahwin dengan buaya darat tu? Saya kenal sangat perangai dia..dia tu kaki betina. Saya tak nak awak hidup menderita nanti..,” suara Syam bergetar,tidak tahulah sama ada dia marah atau kecewa dengan kata-kataku. Kedengaran nafasnya dihembus kasar .
“ Ye Syam..saya memang bodoh dan kerana kebodohan saya tu, maruah saya tercemar…kalau dia tak nak kahwin dengan saya..saya akan gugurkan anak ni!” Aku menekan perutku, rasa tidak sanggup untuk melahirkan anak ini ke dunia ini .
“ Lina!! Don’t do that! Anak awak tak bersalah dalam hal ni. Please..jangan buat keputusan terburu-buru!” Aku tersentak apabila Syam menengkingku.
“ Habis, awak nak saya buat apa? Awak nak biar saya lahir anak luar nikah? Awak nak biar anak ni tak ada ayah? Macam tu? Awak tak faham perasaan saya Syam..saya akan lebih menderita kalau semua tu terjadi pada saya!” Aku merintih hiba. Tangisanku bergema lagi.
“ Saya faham perasaan awak..saya faham sangat..dan saya nak awak faham yang saya lagi terseksa kalau tengok awak macam ni…saya sayangkan awak..,” sayu aku mendengar kata-kata itu. Tapi perasaan sayang itu tidak penting lagi bagiku kerana aku bukan lagi Lina yang dulu..
“Baiklah kalau itu yang awak nak, saya sanggup jadi ayah pada anak awak…,” dia meneruskan kata-katanya bila melihat tiada respon dariku. Dahiku berkerut tidak mengerti kata-kata Syam.
“ Maksud awak?”
“ Saya akan mengahwini awak..,” mataku buntang mendengar cadangan itu.
“ What?!” Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar kini. Benarkah dia mahu jadi pak sanggup pada anak ini? Biar betul!
hihi.. hehe.. baguslah kalau syam nak jadi pak sanggup.. syam tu siapa sebenarnya??
ReplyDeleteaku nak tau gak, syam ni sape, bukan main hebat lg belasah si hakim ni.
ReplyDeletetu ah hebat gle Syam!
ReplyDeletedia pn cam kenal gle ngan Hakim tu.
siapa dia tu sebenarnya?
ish musykil betul
nway cte ni makin best ler
cpt2 la sambung ye..
salam kenal..
ReplyDeletefirs time baca cerita nie..terus hati menjadi suka..wish u luck yer..cepat ka smbung citer nie ok :)
tq.
hambek ko hakim..
ReplyDeletepuas aty aku..
kuatnye syam..
hehee..
smbung2..
padan muker hakim!! sambung cepat aeh
ReplyDeletesalam.. singgah.
ReplyDelete"Huh nasib suami cik wan kembang tu baik , x cepat melenting. apa nak jadi ngan dunia sekarang? nak kiamat dah kot..isteri sanggup menduakan suami..ishish x paham betul"
saya pun tak tau nak kata apa.."
tq singgah memberi komen..
syam da jd hero..
ReplyDeletesuke nye
huhu suka2 ulia nya hati syam...
ReplyDeletesyam ni ex boy lina kan..
klu tak silap masa di skul dulu..
farid ke nma dia...klu tak silap dkat n3 lpas ada dinyatakan..
huhuhu cepat lah smbung bez