Tuesday, February 12, 2013

Cerpen : I'm Sorry But I Love You...





Nurin Warina tersenyum sendirian melihat foto-foto perkahwinannya dengan suami tercinta, Adam Hariz . Wajah mereka tampak sungguh ceria dan secocok. Walaupun sudah tiga tahun mahligai indah ini dibina atas dasar cinta, namun rasanya seperti baru semalam ikatan cinta mereka bersatu. Demi Tuhan, Nurin berasa sungguh bahagia hidup bersama lelaki itu. Dia tidak pernah menyesal mengahwini lelaki yang pertama pernah mencuri hatinya dulu. Bahkan , dia amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab, penyayang dan mencintainya sepenuh hati dan sanggup menerima segala kekurangan dirinya.

“ Sayang…buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?” Tiba-tiba Adam menegur Nurin yang sedang asyik meneliti bingkai gambar di hadapannya. Nurin sedikit tersentak.

“ Tak adalah…Rin suka tengok gambar-gambar kahwin kita. Cantik!” Balas Nurin sambil tersenyum lebar. Matanya masih asyik memandang foto.

“ Ye sayang…sayang memang cantik. You are the most beautiful woman in this world…” kata Adam sambil mencuit hidung isterinya. Satu kucupan manja hinggap di pipi Nurin. Nurin tersenyum lagi.

“ Ye la tu..pandailah abang bodek Rin ek? Ada apa-apa ke ni?”

“ Mana ada abang bodek..betul apa. Bagi abang..Rin adalah isteri abang yang paling cantik tau. Tak ada perempuan lain yang boleh tandingi kecantikan Rin…lagi cantik dari Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa tu..”

“ Ish abang ni…ada ke bandingkan Rin dengan dia. Ersalina lagi cantik tau. Abang ni memandai je!” Nurin buat-buat marah sambil tangannya pantas mencubit lengan suaminya. Rasa malu pulak bila dipuji begitu.

“ Ouch..sakitla sayang…ganasnya bini abang ni…” balas Adam sambil memuncungkan mulut. Nurin ketawa kecil.

“ Dah, abang tu…suka sangat compare Rin dengan perempuan lain…”

“ Yelah..yelah..abang mintak maaf..kalau ye pun Rin tak nak tidur ke? Dah dekat jam 12 tengah malam dah ni..tak kan nak tengok gambar kahwin kita sampai pagi kot..” Balas Adam. Dia lantas memeluk erat Nurin dari belakang. Ubun-ubun kepala isterinya dikucup lembut.

“ Ermmm…Rin tak puas lagi tengok. Rin rasa ada kurang lah dalam gambar ni..” Kata Nurin perlahan.

“ Ada kurang? Kurang apa pulak? Abang handsome sangat ke?” Adam cuba berseloroh.

“ Abang ni kan! Perasan! Tak la..Rin rasa kan best kalau kita ada anak..boleh ambil gambar satu family dengan anak kita. Mesti lagi cantik…” Nurin berkata lagi. Adam terdiam seketika.

“ Sayang…sabar lah. Mungkin one day Allah kita bagi rezeki anak. InsyaAllah sayang…abang yakin satu hari nanti Allah akan makbulkan doa kita. Sayang jangan risau okay..” Pujuk Adam lembut. Pelukannya dieratkan. Dia tidak mahu melihat Nurin sedih.

“ Tapi abang…dah 3 tahun kita kahwin. Dah macam-macam kita buat, tapi sampai sekarang kita tak dapat anak. Kenapa ye?” Soal Nurin dalam sebak. Adam mengeluh. Dia tahu, sekali isterinya menyebut soal anak, mood Nurin akan terus berubah mendung.

“ Dah la tu sayang..yang penting kita berusaha lagi ye. Dah..dah jom masuk tidur. Jangan fikir apa-apa lagi okay..” Pujuk Adam lagi.

“ Maafkan Nurin ye abang…Rin tak mampu bagi abang apa-apa…” Balas Nurin dengan perasaan yang semakin berat. Air mata mula bergenang dalam tubir matanya.

“ Apa pulak tak bagi abang apa-apa…sayang dah bagi abang hati dan cinta sayang pun sudah cukup untuk abang..I love you so much baby…abang tak nak tengok sayang sedih-sedih macam ni. InsyaAllah sayang, kita teruskan doa..Abang yakin Allah akan kurniakan kita anak satu hari nanti. Yang penting kita jangan berputus asa dalam berdoa….Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..emm..” Adam masih memujuk isterinya. Bahu Nurin diusap lembut.

“ InsyaAllah abang..amin…” balas Nurin perlahan.  Entah mengapa hatinya cukup sedih bila mengenangkan yang dia masih belum ada anak. Kawan-kawannya yang lain yang kahwin lebih lambat darinya pun sudah anak. Siap dapat kembar lagi. Dia? Tak tahu kenapa, sampai sekarang dia belum mendapat zuriat. Sudah bermacam cara dia cuba , namun semuanya tidak berjaya. Dia mahu bahagia macam orang lain. Kalau boleh biarlah ada sesuatu yang boleh menjadi pengerat cinta antaranya dengan suami. Biarlah dia tiada harta , asalkan dia ada anak. Namun, rezeki itu ketentuan Allah. Dia tidak mampu melawan takdir. Benar kata-kata suaminya, rezeki ini semuanya ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

####################

“ Adam..kamu tu tak rasa bosan ke? Hidup berdua je….bila nak bagi mama cucu?” Soal Datin Marina kepada anak tunggalnya, Adam.

“ Belum ada rezeki la mama..InsyaAllah kami berusaha lagi..” Balas Adam sambil tersenyum. Matanya khusyuk membaca surat khabar di hadapannya. Sekarang ni, dia berada di rumah mamanya. Nurin tidak ikut sekali, ada meeting katanya di sekolah. Nurin merupakan Cikgu Sains di sekolah menengah berdekatan rumahnya.

“ Kamu ni kan.. dari dulu cakap tak ada rezeki. Tak ada rezeki ke atau bini kamu tu yang mandul!” Ngomel Datin Marina. Adam sedikit tersentak dengan andaian tak berasas mamanya.

“ Astaghfirullahalazim mama! Apa mama cakap ni..tak baik cakap kat Nurin macam tu…Rezeki tu kan di tangan Allah..Dia yang memberikan kita rezeki. Bukan kita..” Adam sedikit terkilan dengan kata-kata mama nya.

 Hurmm..betul apa mama cakap. Keturunan kita belum ada lagi yang mandul tau. Mama yakin bini kamu tu ada masalah untuk mengandung. Mama yakin sangat tu..” Datin Marina masih meneruskan hujahnya. Sikitpun dia tidak berasa bersalah dengan apa yang keluar dari mulutnya.

“ Ya Allah mama…Nurin tu kan isteri saya. Dia normal la mama..mama jangan tuduh dia bukan-bukan. Saya yakin satu hari nanti kami akan bagi mama cucu…InsyaAllah..” balas Adam sayu.

“ Mama bukan menuduh..Cuma mama kesian kan kamu je. Kepingin nak anak..tapi bini pulak mandul. Kalau kamu ikut cakap mama dulu untuk kahwin dengan Zara..mesti kamu dah beranak pinak dah…” sambung Datin Marina lagi dengan nada sinis. Sebenarnya dari dulu dia tak berapa berkenan dengan pilihan hati anaknya itu. Dia lagi sukakan Zara, anak Datin Dalila, teman rapatnya itu. Tapi , Adam menolak bulat-bulat pilihannya kerana katanya dia lagi cintakan Nurin lebih dari segala-galanya.

“ Mama ni kenapa? Dari tadi tak habis-habis nak mengutuk Nurin..apa salah dia mama? Kenapa nak kaitkan dengan Zara pulak?” Kata Adam. Ternyata sabarnya semakin menipis. Mana sanggup dia menadah telinga mendengar segala cemuhan mamanya terhadap wanita yang dia sayang.

“ Ye lah..sebab bini kamu tu mandul!” Balas Datin Marina kuat.

“ Mama! Stop it!” Adam mula meninggikan suara. Ternyata sabarnya sudah sampai ke kemuncaknya. Datin Marina sedikit terkejut.

“ Heh Adam..mama tak pernah ajar kamu tengking mama? Ni sebab Nurin la ye yang ajar kamu jadi kurang ajar?!” Tengking Datin Marina sambil mengurut dada.

“ Okay mama..Adam mintak maaf okay! But please mama…please don’t say like that about Nurin…Adam tak suka…” Adam cuba mengendurkan suaranya.

“ Adam tak suka ye? Tapi Adam pernah tanya ke mama suka ke tak dengan Nurin tu? Tak pernah kan? So, jangan salahkan mama kalau sampai sekarang mama tak boleh terima dia..” Balas Datin Marina geram.

“ Tapi mama..apa kurangnya Nurin. Dia tak pernah pun nak kurang ajar dengan mama kan? Dia serba-serbi cukup…pandai solat, pandai mengaji, menutup aurat, penyayang, pandai hormat orang tua..Apa lagi yang tak cukup mama? Mama lagi suka Zara yang selalu pakai pakaian yang macam tak cukup kain tu? Yang suka pergi pub or disco? Itu ke perempuan pilihan mama?” Adam mula berhujah. Datin Marina terdiam seketika. Dadanya turun naik menahan marah.

“ Sudah! Kamu jangan nak buruk-burukkan Zara pulak. Yang penting sekarang, sampai mati pun mama tak kan suka dengan bini kamu tu! Bukan tu je…sampai bila-bila pun mama tak kan anggap dia menantu mama! Faham?!” Balas Datin Marina lantas berlalu dari situ. Hatinya cukup geram dengan Adam yang sudah pandai melawan kata-katanya kini. Ini semua kerana perempuan kampung tu, Nurin! Adam menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah mama nya yang tak pernah pandai menilai kebaikan isteri kesayangannya itu. Baginya Nurinlah segala-galanya baginya. Dia adalah wanita pertama dan terakhir yang dia cintai. Susah senang dia akan bersama isterinya walau apa pun yang berlaku.

###################################

Adam merenung kosong komputer di hadapannya. Fikirannya berkecamuk. Kata-kata mamanya semalam cukup mengguris hatinya. Kenapalah mama nya susah sangat menerima Nurin sebagai menantu sulungnya? Hatinya sungguh tidak berasa senang. Dia amat memerlukan restu kedua ibu bapanya untuk meneruskan rumahtangganya bersama Nurin. Ya Allah, apa aku perlu buat sekarang? Engkau berilah petunjuk kepadaku. Engkau lembutkanlah hati ibuku untuk menerima Nurin dalam hidupnya. Engkau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh supaya dapat membuka mata mama bahawa Nurin tidak mandul seperti yang dia sangkakan. Adam berdoa di dalam hati. Wajahnya diraup beberapa kali.

“ Hai Adam…Are you okay? I nampak you macam ada masalah je…” Tiba-tiba Zara muncul dalam ruang bilik pejabatnya. Adam membuang pandang. Sungguh dia tak suka Zara . Gedik dan seksi!

“ Hurmm tak ada apa-apa…you kenapa tiba-tiba datang sini? Tak buat appointment pun..” kata Adam sinis. Dia buat-buat sibuk menaip sesuatu di dalam komputer.

“ Ala..tak kan I datang melawat you pun tak boleh. Kita kan kawan…tak kan lah kena ada appointment jugak…” jawab Zara dengan suara yang cukup menggoda. Zara perlahan-lahan merapatkan dirinya dengan Adam. Adam cuba mengelak.

“ It’s not the right time to come here okay..I busy…I rasa better you balik je lah..” Balas Adam geram.

“ Adam…sampai hati you halau I. I datang ni pun sebab I rindu sangat dengan you…I miss you so much baby…” kata Zara manja. Dia cuba mengusap lembut wajah Adam namun Adam lebih pantas menepis. Lelaki itu terus berdiri menjauhi Zara. Tidak sanggup bersentuhan dengan perempuan yang tak tahu malu itu.

“ Zara..apa tujuan you datang sini? I tak ada apa-apa urusan dengan you…So, please keluar sekarang!” Marah Adam. Zara sedikit tersentak.

“ Why Adam? Dulu bila I datang melawat you, you tak pernah nak halau I? Salah ke kalau I rindukan buah hati I?” Zara sedikit menggertak. Wajahnya masam mencuka apabila godaannya tidak berjaya.

“ Tapi itu dulu! Sekarang I dah ada isteri..so please don’t disturb me anymore!” Adam turut membentak.

“ But, I still love you! I tak kan berhenti cintakan you sampai mati..tak kisah lah you dah ada isteri ke tak!”

“ Zara..please lah! You cantik..ramai lagi lelaki lain yang boleh you jadikan boyfriend atau suami.But not me okay!” Balas Adam geram.

“ But I just want you!”

“ Zara..listen to me! I’m someone husband now! Cinta I just untuk my wife…Tolonglah faham!”

“ Owh really? Kalau you cintakan dia..kenapa sampai sekarang tak dapat anak? Kalau you all betul-betul in love, by right sekarang you dah ada 2-3 orang anak dah…What’s so ridiculous!” Kata Zara sinis.

“ Zara..stop it! That’s not your bussines!”

“ Ok fine! Tapi you kena ingat…I akan pastikan one day you akan mengalah dengan I…One day you akan melutut untuk bersama dengan I!” Zara bersumpah lantas meninggalkan Adam yang sedang keberangan.

Adam mengeluh berat. File di atas mejanya dicampak kasar ke lantai.  Geram! Dia benar-benar tidak faham dengan Zara ni. Zara tidak pernah berhenti mengganggu hidupnya semenjak dia berkahwin.  Sungguh wanita itu memang jenis yang tak tahu malu, makin dia tak layan, makin wanita itu mengejarnya. Dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Mujur saja, Nurin tidak tahu soal ini. Kalau tidak, sudah pasti isterinya kecewa.

##################################

“ Abang okay ke ni? Dari tadi Nurin tengok abang termenung je? Ada masalah kat pejabat ke?” Soal Nurin lembut sambil menghulurkan secawan kopi panas untuk suaminya.

“ Okay je…tak ada apa-apa lah..” Balas Adam sekadar menutup kegusaran di hati. Wajah mulus isterinya dipandang lama.

“ Betul ke ni tak ada apa-apa? Rin tahu abang mesti ada masalah kan? Ceritalah dekat Rin..mana tahu Rin boleh tolong…” Pujuk Nurin lembut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Adam.

“ Tak lah..abang cuma fikirkan pasal Rin…”

“ Eh, kenapa pulak fikir pasal Rin? Rin okay je…ada yang tak kena ke?” Soal Nurin hairan.

“ Ye lah..dah lama abang tak bawak Rin pergi honeymoon kan…Mesti Rin bosan hidup dengan abang..” kata Adam lembut sambil membelai rambut Nurin yang panjang mengurai.

 Ish abang ni, ada ke cakap macam tu. Rin tak pernah bosanlah hidup dengan abang…Rin tak kisah pun pasal ni. Rin tahu abang banyak kerja kat pejabat…” balas Nurin sambil tersenyum. Tangan Adam dicapai lembut.

“ Thanks sayang sebab memahami abang…I’m so sorry honey..” kata Adam sayu. Anak mata Nurin direnung dalam. Dia tahu ada duka di sebalik mata itu.

“ Abang..kenapa ni? Abang tak pernah buat salah apa-apapun dengan Rin..kenapa pulak nak mintak maaf?” Soal Nurin lagi. Hairan pulak dia tengok perubahan sikap suaminya ini. Selalunya wajahnya ceria je.

“ Abang mintak maaf sebab tak pernah nak buat sayang bahagia. Abang tahu abang teruk…”

  Abang..jangan lah cakap macam tu. Hidup dengan abang lah yang membuatkan Rin rasa bahagia sangat…Rin tak pernah menyesal kahwin dengan abang tau..”

“ Thanks sayang…I love you so much sayang..”

“ I love you too abang…dah lah. Jangan cakap macam tu lagi okay..Buat Rin rasa bersalah pulak..”

“ Okay sayang…Abang janji bulan depan abang bawak sayang pergi honeymoon okay..”

“ Honeymoon kat mana?”

“ Adalah…surprise!”

“ Ala..abang ni..beritahulah Rin, nanti boleh Rin buat persiapan awal..”

“ Tak payah buat persiapan..Sayang cuma bawak diri dan hati sayang je untuk abang..boleh?”

“ Boleh..no problem!” Balas Nurin ceria. Mereka berdua ketawa bahagia. Adam memeluk erat tubuh isterinya. Satu kucupan manja hingga di bibir Nurin. Sungguh dia amat mencintai wanita itu. Dia tidak sanggup melihat wanita yang dicintainya bersedih. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk memastikan Nurin bahagia. Dia yakin, keluar honeymoon merupakan salah satu usaha untuk mereka memperolehi zuriat . Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami…

#####################################

“ I nak you buat seperti yang I rancang.. I tak nak you buat kesilapan sikitpun okay..” Zara mengarahkan sesuatu kepada seorang lelaki yang berpakaian ala-ala gengster. Wang berjumlah RM5000 dihulurkan kepada lelaki tersebut.

“ Okay..no problem! Bila you nak I buat ni?” soal lelaki itu.

“ As soon as possible..ingat..kalau you buat silap, I nak duit I balik!” Tegas Zara.

“ Hello Miss Zara..I tak pernah pun gagal dengan misi yang I buat..you jangan risau..” Balas lelaki itu dengan penuh yakin.

“ Good..I harap rancangan I berjaya…” kata Zara sambil tersenyum sumbing. Lelaki itu turut tersenyum sinis. Dia yakin, kali ini rancangannya untuk memisahkan Adam dan Nurin akan berjaya 100%. Sudah lama dia mengintip peluang seperti ini. Dia berikrar, sampai ke hujung nyawa pun dia tak kan biarkan mereka hidup bahagia. Adam cuma layak untuk dirinya bukan dengan perempuan kampung tu!

##############################

Nurin terjaga dari tidur. Bunyi ketukan dari luar rumah yang bertalu-talu mengejutkan dia dari tidur. Nurin melihat jam dinding. Angka sudah menunjukkan jam 12.30 malam. Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Nak kata Adam balik,katanya dia ada outstation selama 3 hari. Hari ini baru hari kedua dia ke Pulau Pinang. Nurin mula rasa tidak sedap hati. Ketukan pintu itu makin kuat . Nurin serba salah. Dia segera turun ke tingkat bawah dan menuju ke pintu. Dia cuba mengintai dari lubang pintu rumahnya, tapi tidak nampak sesiapapun di luar rumah. Tubuh Nurin mula rasa seram sejuk. Jantungnya berdegup kencang. Dia takut sesuatu yang buruk akan berlaku. Dah lah dia cuma berseorangan kini.

“ Sayang..bukak pintu ni. Abang nak masuk..” sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki di luar rumah. Nurin menarik nafas lega. Adam rupanya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu rumahnya. Tanpa di duga pintu rumahnya dikuak kasar menyebabkan dia hampir-hampir jatuh ke belakang.

“ Hai sayang…” Kata lelaki itu. Bukan Adam! Nurin terkejut. Ternyata dia sudah terpedaya. Lelaki itu cuba merapati dirinya. Nurin cuba lari namun dirinya lebih pantas ditarik oleh lelaki itu dan dipeluk kasar.

“ Lepaskan saya! Lepaskan!” Nurin cuba menjerit namun bibirnya lantas dirangkul kasar oleh lelaki yang langsung dia tak kenal. Badannya dihempas kasar ke atas sofa rumah. Dia cuba meronta namun pegangan lelaki itu cukup kejap.

“ Tolonglah abang..jangan apa-apakan saya..” Nurin merayu lagi namun tubuhnya semakin dihenyak kasar. Apalah sangat kudrat wanitanya yang tidak seberapa.

“ Nurin!!” Pelukan lelaki itu terlepas tiba-tiba apabila ada satu suara lelaki menjerit nyaring. Nurin cuba bangkit dari pembaringannya . Matanya terus terpaku pada Adam, suaminya. Adam memandang Nurin dengan riak kecewa.

“ Abang tak sangka Nurin..rupa-rupanya ini kerja Nurin bila abang tak ada kat rumah..Tak sangka sangat…ini balasan Nurin pada abang…” kata Adam sayu. Hatinya cukup terguris melihat perangai sebenar isterinya.

“ Abang..abang dah salah faham. Nurin tak tahu macam mana lelaki ini boleh tiba-tiba ada kat sini..Tolong lah abang…Dia cuba perkosa Nurin..” Nurin terus melutut sambil memegang kaki Adam. Air mata semakin lebat membasahi pipinya. Tidak disangka suaminya akan beranggapan dengannya sebegitu.

“ Arghh!!Aku  tak percaya! Patutlah kau suka sangat bila aku tak ada kat rumah. Rupa-rupanya nak buat maksiat dalam rumah ni!” Marah Adam. Wajahnya terasa membahang panas. Tubuh Nurin ditepis kasar.

“ Tak abang..abang silap. Sumpah, demi Allah..Nurin tak bersalah. Tiba-tiba je dia muncul..Tolonglah abang percaya Nurin…” rayu Nurin lagi. Dia cuba memegang lutut Adam namun Adam menolaknya kasar.

“ Bro..Aku mintak maaf…Isteri kau yang cari aku dulu. Dia call aku suruh datang..tak kan aku nak tolak..” Lelaki itu bersuara. Mata Nurin membulat. Wajah Adam semakin tegang.

“ Bohong! Abang..tolong jangan percaya cakap dia!” Teriak Nurin.

“ Betul bro…dah lama kami buat hubungan macam ni. Ini pun Nurin yang mintak. Kalau kau nak hukum, hukum je lah aku. Jangan kau apa-apakan Nurin..” Lelaki itu berbohong lagi.

“ Kau diam! Abang..tolonglah jangan percaya…Sumpah abang..Nurin tak tahu apa-apa pasal ni..”

“ Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari korang berdua..Aku jijik! Kau keluar dari rumah aku! Get out!” Jerit Adam. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu. Lelaki itu tergesa-gesa keluar dari rumah mereka.

“ Abang..Nurin tak bersalah..”

“ Arghh! Aku dah tak percaya kau lagi! Kau dah buat aku kecewa sangat! Kenapa kau buat macam ni pada aku? Aku setia dengan kau tapi sanggup kau buat aku macam ni? Kenapa? Why?!” Tengking Adam seperti terkena serangan histeria. Tuhan saja yang tahu betapa sakit hatinya bila melihat wanita yang amat dia cintai membuat perkara terkutuk itu.

“ Abang..bukan abang..abang silap..”

“ Apa aku silap hah?! Kau buat benda terkutuk tu depan mata aku? Kau nak explain apa lagi hah?! Semua dah jelas!”

“ Tapi abang..”

“ Sudah!! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai hari ni aku tak kan jejak kaki lagi kat sini. Kau nak buat maksiat kat sini pun lantak kau lah. Aku tak kan kisah lagi pasal kau!” Teriak Adam. Dia terus mengambil jaketnya dan berlalu dari situ membawa hatinya yang cukup kecewa. Tanpa di duga air mata jantannya tumpah jua. Tidak pernah dia rasa sekecewa ini.

“ Abang! Jangan tinggalkan Nurin!” Nurin cuba mengejar namun Adam lebih pantas masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ.

“Abang..” Nurin kehilangan kata. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Dalam sekelip mata suami kesayangannya hilang dari pandangan. Ya Allah, ujian apakah ini? Tidak sangka suaminya percaya bulat-bulat apa yang dilihatnya dan terus membuat kesimpulan melulu seperti itu. Nurin hanya mampu menangis dan terus menangis. Sungguh ujian seperti ini amat berat baginya.

####################

Adam merenung kosong kolam ikan di hadapan rumah banglo mewah milik ibu bapanya. Sudah seminggu dia tidak pergi ke pejabat. Dan sudah seminggu juga dia tidak menjenguk Nurin di rumah banglo mereka. Hatinya masih benar-benar rasa sakit dengan apa yang Nurin dah buat. Langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya..isterinya yang ditatang bagai minyak yang penuh boleh curang terhadapnya. Apa kurangnya kasih sayang yang dia curahkan.? Apa yang isterinya mahukan dia mesti tunaikan selama ini. Kenapa Nurin sanggup buat dia macam ni?Fikiran Adam semakin serabut. Fikirannya kusut. Terasa ujian ni teramat berat untuk dia terima.

“ Adam…” tegur Zara tiba-tiba mematikan lamunannya.

“ Hurmm buat apa you kat rumah I?” Soal Adam tanpa sedikitpun memandang wanita itu.

“ Adam..I risaukan you..Mama you cakap dah seminggu you tak datang kerja, tak nak makan, tak nak bercakap. You masih sedih ke?” Soal Zara lembut. Dia terus melabuhkan punggung di bangku di hadapan Adam. Dia memerhatikan lelaki itu dalam diam. Wajahnya kusam tidak seperti selalu.

“ You tak perlu risau apa-apa…I’m okay..” balas Adam lemah.

“ Apa yang okay. Look at your face now..muka you kusam sangat…Dah lah tu Adam..tak perlu la you seksa diri you macam ni sebab perempuan tu..” Pujuk Zara sambil memegang lembut tangan Adam. Adam memandangnya kosong.

“ Kenapa dia buat I macam ni ye? Apa salah I? I cintakan dia sepenuh hati I tapi sanggup dia tikam I dari belakang…” kata Adam sayu. Zara membetulkan duduk. Dia yakin saat ini dia boleh memancing perhatian Adam terhadapnya.

“ You tak salah apa-apa Adam..dia yang tak reti nak menghargai cinta you. Dah lah tu Adam..tak perlulah you bebankan diri you fikir pasal isteri you…You ada hak untuk happy..Ramai lagi yang sayang dengan you…bukan isteri you je…”

“ Tapi I tak boleh hidup tanpa dia.. I cintakan dia sangat-sangat..” kata Adam bertambah sayu. Zara mengeluh kasar. Dia cuba berlagak tenang. Sungguh dia tak suka bila Adam menyebut soal perempuan itu.

“ Adam..try you bukak mata you..tengok sekeliling. Ada orang yang sedang menanti cinta you. Ada lagi wanita yang boleh mencintai you lebih dari segala-galanya…”

“ Siapa? Boleh ke dia mencintai I macam I cintakan Nurin?”

“ Yup..of course..Malah orang tu boleh jaga you sampai hujung nyawa dia…”

“ Do you mean yourself?” Soal Adam menduga.

“ Yes..” balas Zara sambil tersenyum. Adam tersenyum hambar.

“ But, I’m so sorry I tak boleh cintakan you macam dulu. Cukuplah cinta I pada Nurin..”

“ Tapi dia dah khianati you! Dia khianati cinta you! Tak kan you masih boleh terima dia dalam keadaan macam ni?!” Soal Zara kasar. Ternyata dia sangat cemburukan Nurin. Ternyata cinta Adam pada Nurin tak pernah padam.

“ Dah la tu..Zara..dah lah cakap pasal dia! I dah cukup serabut dah sekarang..” kata Adam sebak. Matanya berkaca menahan sebak. Semakin dia fikirkan pasal perkahwinannya dan cintanya pada Nurin yang sudah dikhianati, semakin hatinya terasa sakit.

“ Okay..I tak nak you sedih-sedih macam ni. I dengan mama you kan ada..boleh temankan you kat sini ermm…We all sayangkan you..” pujuk Zara lagi. Adam diam. Malas mahu menjawab apa-apa.

###########################

“ Abang…dengar dulu penjelasan Rin!” Kata Nurin. Kakinya laju melangkah untuk mengejar Adam. Sedikitpun Adam tidak mahu memandang wajahnya.

“ Penjelasan apa lagi hah? It’s already clear! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau!” Tengking Adam kuat. Sungguh saat ini dia teramat benci pada wanita di hadapannya kini.

“ Semua tu salah faham abang..Rin langsung tak tahu apa-apa..Rin tak tahu macam mana lelaki tu boleh ada kat situ. Tolonglah percaya pada Rin abang…” Nurin masih terus merayu. Air matanya lebat membasahi pipinya namun sedikitpun tidak mengendurkan amarah Adam.

“ Kau nak aku percaya kau? Macam mana aku nak percaya? Terang-terang kau buat benda terkutuk tu depan aku..sampai mati pun aku tak kan percaya kau!” Balas Adam geram. Kekecewaannya semakin hari semakin parah. Mana mungkin dia maafkan wanita yang sanggup khianati kesetiaan cintanya.

“ Abang..Rin merayu sangat-sangat. Percayalah..Rin teraniaya..Sumpah..demi Allah, Rin tak buat benda-benda tak senonoh tu belakang abang..”

“ Sudah! Tak payah kau nak guna nama Allah kat sini. Kau nak kena laknat ke sebab menipu? Kau ingat kau boleh terlepas dari hukum Allah?”

“ Abang..Rin..”

“ Stop it! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Cukuplah hubungan kita setakat ni saja..”

“ Abang..tolonglah jangan ceraikan Rin…Rin merayu sangat-sangat..”

“ Aku..arghh!!” Kata-kata Adam seperti tersekat di kerongkong. Demi Tuhan, dia tidak sanggup melafazkan talak itu pada Nurin. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba berfikir secara rasional. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Melihat wajah Nurin di hadapannya yang penuh sayu , tiba-tiba terdetik rasa kesian dalam hatinya. Namun egonya melampaui segalanya. Dia tidak akan mudah mengalah dengan pujuk rayu Nurin. Dia tak nak terpedaya lagi!

“ Mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi! Cukuplah apa kau dah buat pada aku! Kau balik lah…jangan kau muncul lagi kat sini!” Kata Adam penuh dengan rasa marah. Nurin terkesima. Tidak sangka sampai macam tu sekali suaminya salah sangka terhadapnya.

“ Tapi abang..Nurin rindu abang sangat-sangat…Kalau abang nak tahu, Nurin dah mengandung anak abang…masuk 3 bulan dah…” Nurin masih belum puas memujuk Adam.

“ Apa?! Kau mengandung?! Astaghfirullahalazim..berani kau mengaku tu anak aku? Kau cakap dengan aku..tu anak kau dengan jantan tu kan?!” Panas hati Adam semakin membara. Sungguh berita yang baru didengarnya seperti menyiram minyak ke atas api yang membara. Hatinya bertambah pedih.

“ Ya Allah abang! Apa abang merepek ni..ini anak abang lah? Dah lama kan kita tunggu mahu anak…Alhamdulillah abang..Allah bagi kita rezeki ini..untuk kita…”

“ Bohong! Kau jangan harap aku nak percaya! Oh, jadi selama ini kau buat hubungan dengan lelaki lain sebab nak dapatkan anak la ye..bila dah dapat anak, kau mengaku tu anak aku. Kau ni jijik lah!”

Panggg!!!!

Satu tamparan hebat hinggap di pipi Adam. Adam terdiam seribu bahasa. Tidak sangka Nurin akan menamparnya.

“ Cukup abang! Cukup lah abang tuduh Rin macam-macam. Tapi tolong jangan hina anak kita. Kalau abang tak nak terima Rin tak apa..tapi tolong terima anak ini!” Nurin menekankan kata-katanya. Ternyata kata-kata Adam cukup mengguris hatinya.

“ What so ever!” Teriak Adam lantas terus berlalu ke arah keretanya yang di parkir di luar pejabatnya tanpa menghiraukan Nurin yang berdiri di situ. Hatinya terasa seperti disiat-siat. Tiada sekelumitpun kepercayaannya pada Nurin. Kehadiran makhluk bernyawa di dalam rahim Nurin menambahkan lagi rasa geram dan benci terhadap wanita itu. Adam menumbuk stereng keretanya beberapa kali. Melepaskan geram yang sudah lama terbuku di hati.

“ Ya Allah..kau tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah..kau selamatkanlah daku dan anak ini daripada fitnah dunia..Kau buka kanlah pintu hati suamiku untuk mempercayai dan menyintaiku lagi seperti dulu..Aku berserah kepadaMu Ya Allah..” Nurin berdoa dalam nada sebak. Air mata yang membasahi pipinya dikesat perlahan-lahan. Terasa dirinya cukup hina pada pandangan Adam. Suaminya yang dulu begitu penyayang dan mencintainya sepenuh hati kini berubah menjadi seorang yang bengis dan tidak berhati perut. Ternyata dia begitu lemah untuk menghadapi semua ujian ini. Hanya anak di dalam rahim inilah yang menjadi penguat semangatnnya untuk terus menegakkan kebenaran dan memulihkan hubungannya dengan Adam.

############################

Pertemuan dengan Adam semalam masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Dia cukup kecewa kerana gagal meyakinkan Adam untuk mempercayai kata-katanya. Entah siapa yang cuba menfitnah dirinya. Sungguh dia rasakan benar-benar teraniaya. Mana mungkin dia berpisah dengan Adam Hariz, suaminya yang tercinta semenjak mereka mendirikan mahligai bahagia bersama. Cintanya hanya untuk Adam, tiada yang ke dua. 

Dia tidak sanggup membiarkan cintanya musnah semata-mata kerana insan yang pendusta. Hanya doa yang mampu dia hulurkan setakat ini semoga Adam akan kembali kepadanya. Sesungguhnya dia hanya insan lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izinNya.

Dia cuba mencapai buku-buku latihan pelajarnya di atas meja guru miliknya. Dengan rasa berat, dia mengagahkan jua untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di sekolah ini. Selang beberapa minit, tiba-tiba dia rasa jantungnya berdegup kencang, nafasnya tiba-tiba menjadi sesak, kepalanya terasa berpusing, keringat mula membasahi wajah dan tubuhnya. Dia cuba bangkit namun tidak berjaya, sebaliknya dia terjatuh terbaring di atas lantai.

“ Nurin, kenapa ni?!” Tiba-tiba Cikgu Zarina datang menerpa ke arahnya. Semua guru-guru yang ada di situ panik melihat keadaan Nurin. Nurin ingin berkata sesuatu namun kudratnya menjadi semakin lemah. Matanya berpinar-pinar dan akhirnya menjadi gelap gelita. Nurin pengsan!

“ Ya Allah..Nurin pengsan lah! Jom kita bawak dia pergi ke hospital cepat!” Jerit Cikgu Zarina sambil kelam kabut memapah tubuh Nurin dan diturut dibantu oleh guru-guru lain. Mereka segera mengejarkan Nurin ke 
hospital berdekatan.

########################

“Puan pasti mahu meneruskan kandungan ni?” Soal Dr.Tan pada Nurin.

“ Pasti doktor.Saya tidak sanggup menggugurkan kandungan ni..” balas Nurin dalam sebak.

“ Tapi puan tahu kan apa risikonya? Puan sekarang menghidap sakit jantung berlubang peringkat severe..jadi kalau kandungan ni diteruskan sampai ke 7-8 bulan, mungkin ia akan membahayakan nyawa puan. Sekarang ni pun puan dah tunjukkan tanda-tanda kegagalan fungsi jantung tapi masih di peringkat awal lagi..” terang Dr.Tan dengan panjang lebar.

“ Saya faham doktor. Tapi saya tetap mahu meneruskan kandungan ini. Biarlah saya mati, asalkan anak dalam kandungan ni selamat. Saya nak buktikan pada suami saya yang anak ini anak dia. Anak ini tak bersalah..” kata Nurin sayu. Dia sanggup mengambil apa saja risiko asalkan dia dapat mengembalikan kepercayaan Adam pada dirinya.

“ Puan sudah bincang sama suami? Mana tahu dia tak setuju?” Soal Dr.Tan, masih tidak berpuas hati dengan jawapan Nurin.

“ Tidak perlu bincang dengan dia. Saya yakin keputusan saya ni betul..”

“ Baiklah kalau macam tu..Tapi saya harap puan fikir balik soal risiko-risiko yang saya terangkan tadi. Kalau boleh, saya tak nak apa-apa terjadi sama puan. Kandungan ni benar-benar boleh mengancam nyawa puan…” Terang Dr.Tan lagi.

“ Saya tak kisah doktor…tapi tolonglah selamatkan kandungan saya..Saya benar-benar ingin dia lahir ke dunia ni..Tolonglah saya doktor…” Rayu Nurin bersungguh-sungguh.

“ Saya akan cuba buat yang terbaik. Tapi buat masa sekarang, puan kena tinggal di wad untuk beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut. Puan tidak dibenarkan buat kerja-kerja berat atau berjalan jauh…Takut nanti symptom yang puan alami akan jadi makin teruk…”

“ Baiklah doktor..” Balas Nurin sambil tersenyum hambar. Dr.Tan memandangnya dengan penuh rasa simpati. Tidak sanggup pulak melihat pesakitnya bakal menghadapi maut semasa bersalin nanti. Jauh disudut hatinya mengharapkan Puan Nurin dan anaknya dua-dua selamat.

####################

“ Adam..kenapa papa tengok Adam semakin tak fokus dengan kerja ni? Sejak akhir-akhir ini kita banyak hilang projek sebab Adam tak pergi mesyuarat dengan kita punya partner. Kenapa ni Adam? Any problem?” Soal Datuk Yazid pada Adam yang sedang bersantai di laman rumah banglo mewahnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Adam kerana dia sibuk dengan urusan syarikatnya di Australia.

“ Erm..entahlah papa. Adam tak ada mood..” Jawab Adam ringkas.

“ Why Adam? Fikirkan pasal Nurin ye?” Soal Datuk Yazid sekadar menduga.

“ Tak lah..tak guna nak fikirkan pasal perempuan yang dah musnahkan cinta Adam pada dia..” Adam cuba berbohong menutup rasa gusar di hatinya.

“ Adam jangan tipu papa boleh tak? Papa kenal Adam dari kecil lagi, papa tahu Adam rindukan Nurin kan?”

“ Kalau rindu pun tak guna jugak papa..Nurin dah curang dengan Adam. Adam rasa sakit sangat papa..tak pernah Adam rasa sakit macam ni…” balas Adam sayu. Walaupun sudah lebih 5 bulan peristiwa itu berlaku tapi Adam masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Mesej dan panggilan daripada Nurin langsung dia tidak layan. Dia benci wanita itu tapi tidak pula dia sanggup menceraikannya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri.

“ Ye..papa ada dengar jugak cerita pasal Nurin. Tapi Adam yakin ke dengan apa yang Adam dengar dan lihat? Mana tahu Nurin cuma teraniaya…” kata Datuk Yazid.

“ Teraniaya apa papa? Adam sendiri tengok dia buat maksiat depan Adam..macam tu papa cakap Adam tak boleh percaya?!” Soal Adam sedikit kasar. Datuk Yazid mengeluh halus.

“ Tapi tak tahu kenapa, hati papa ni susah betul mahu percaya. Ye lah, Nurin tu kan budak baik..sopan, tak suka bersosial, jaga solat. Tak kan lah dia sanggup buat macam tu..”

“ Itu lah masalahnya papa…Adam pun susah mahu percaya pasal ni..Tapi tak semestinya orang nampak baik tak boleh buat benda terkutuk macam tu…”

“ Tapi Adam..kalau benda tu tak betul macam mana? Itu fitnah namanya..Hukum fitnah berdosa besar tau…”

“ Dahlah tu papa…Adam malas nak cerita pasal perempuan tu. Buat sakit hati je..”

“ Papa pun tak tahulah nak cakap apa lagi..Tapi papa harap Adam siasat balik benda ni betul ke tak. Mana tahu ada orang yang nak aniaya Adam…” Pujuk Datuk Yazid lagi. Dia yakin, menantunya tidak akan buat perkara terkutuk seperti itu.

“ Nak siasat apa lagi papa? Tak guna dah..the truth is still the truth..Adam sumpah, sampai matipun Adam tak kan percayakan perempuan tu..Sumpah!” Tegas Adam. Panas hatinya bila mendengar papanya membela Nurin.

“ Adam..tak baik bersumpah macam tu. Nanti sumpah makan diri, susah pulak…” tegur Datuk Yazid.

“ Apa-apa je lah papa..” jawab Adam malas. Dia merengus geram. Hatinya tidak pernah tenang semenjak dia meninggalkan Nurin. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu soal perempuan itu. Persetankan semua itu. Yang pasti sampai bila-bila pun dia tak kan maafkan Nurin!

###############################

 Hari ini Adam keluar membeli-belah bersama Zara. Sudah lama dia tidak keluar bersiar-siar. Baginya, mujurlah ada Zara yang selalu menemaninya dan memulihkan semangatnya yang hilang setelah kecewa dengan Nurin. Baginya Zara adalah pendengar yang paling setia untuk setiap masalah yang dia luahkan. Zara pandai mengambil hatinya. Dia cukup senang bila bersama dengan wanita itu membuatkan dia lupa seketika pada Nurin, wanita yang menjadi musuhnya kini. Benarlah kata mamanya yang Zara merupakan wanita yang lebih baik dari isterinya sendiri walaupun Zara agak bersosial dan seksi. Sekurang-kurangnnya Zara pandai menjaga kehormatannya. Bukan macam Nurin! Sanggup serahkan diri kepada yang bukan hak!

“ Adam..you tunggu I sekejap ek. I nak pergi toilet kejap…” kata Zara tiba-tiba.

“ Okay..tapi jangan lama sangat tau..I tunggu you kat sini okay..” balas Adam sambil tersenyum.

“ Thanks Adam..tunggu tau..kejap je..” kata Zara manja lantas berlalu dari situ meninggalkan Adam bersendirian di situ.

Nurin yang sedang memilih baju bayi di sebuah kedai berdekatan terpana apabila melihat kelibat Adam sedang berdiri di hadapannya. Adam masih tidak perasan akan kehadirannya. Nurin cukup teruja melihat lelaki yang dicintainya kini berada di depan mata. Sungguh dia amat menyintai lelaki itu hingga kini, biar pelbagai tohmahan yang lelaki itu lemparkan padanya. Kesetiaannya pada Adam tidak pernah terhakis walau seberat mana pun badai yang datang. Nurin cuba merapati Adam perlahan-lahan .

“ Abang…” Tegur Nurin. Adam tersentak apabila melihat Nurin berada disitu. Dengan serta-merta wajahnya  berubah riak.

“ Nurin? Buat apa kau kat sini?” Soal Adam kasar. Urat lehernya kelihatan tegang menahan marah. Lebih-lebih lagi  apabila melihat perut Nurin yang semakin memboyot membawa kandungan haram.

“ Abang…Rin rindu abang…Dah lama kita tak jumpa kan? Abang tak rindu Rin ke? ” Soal Nurin dengan ceria sekadar menutup rasa sebak di hati apabila melihat reaksi Adam.

“ Rindu kau? Heh, dalam mimpilah! Aku tak kan rindu dengan perempuan jijik macam kau okay!”

“ Abang..tak baik cakap Rin macam tu? Sampai bila abang nak seksa Rin macam ni? Baby kita dah makin besar abang..dia perlukan abang bila dia lahir nanti..” Balas Nurin dalam sebak.

“ Excuse me..baby kita?? Kau dah gila ke? Kau jangan ingat aku nak bertanggungjawab dengan anak haram kau tu! Kalau dia lahir, kaulah yang jaga..jangan nak bebankan aku pulak!” Kata Adam kasar. Geram melihat wajah Nurin yang langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya.

“ Astaghfirullahalazim abang..mengucap bang..Ini anak abang..Baby kita perlukan abang. Rin tak pasti boleh jaga dia ke tak lepas dia lahir..” kata Nurin sayu. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

“ Kenapa pulak kau tak boleh jaga? Kau nak lari lepas kau lahirkan anak haram ni? Macam tu?”

“ Tak abang..sebab Rin akan..”

“ Sayang..what are you doing here..penat I cari you tau..” kata-kata Nurin terhenti seketika apabila tiba-tiba Zara muncul di situ. Nurin kelihatan sedikit terkejut.

“ Sorry, I tak sengaja. Tiba-tiba je I jumpa dengan perempuan ni..” balas Adam sinis. Zara memandang Nurin dengan pandangan cukup menyampah.

“ Oh I see..apa yang dia nak lagi dari you? Bukan you all dah berpisah ke?” Soal Zara pada Adam.

“ Yes..we all dah berpisah. Tapi sampai sekarang dia tak berhenti nak kacau I . Nak suruh I bertanggungjawab dengan baby haram dia tu..” Jawab Adam geram. Nurin terkesima. Sebak yang ditahan dari tadi akhirnya terluah juga dengan air mata. Tidak sangka sampai macam tu sekali Adam hina dia.

“ Abang…tolonglah jangan hina anak kita macam tu..Kalau pun abang dah ada perempuan lain dan dah tak sayangkan Rin, tolonglah terima dia…Sebab lepas ni, dah tak ada siapa-siapa lagi yang boleh jaga dia melainkan abang…” Kata Nurin tersekat-sekat. Adam tidak mengerti maksud kata-kata Nurin.

“ No! Aku tak kan terima anak tu ! Haram aku sentuh dia!” Adam membentak kasar. Zara tersentak melihat amarah Adam namun jauh di dalam hatinya cukup gembira melihat adegan itu di depan matanya.

“ Sampai hati abang cakap macam tu…” Esakan tangis Nurin semakin kuat.

“ Hei perempuan! Kalau dah orang tak suka you..baik you pergi jelah. Kalau you nak tahu Adam dah ada I..tak lama lagi kami nak nikah..So baik you jangan nak ganggu dia lagi!” Kata Zara dengan penuh bangga. Nurin menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“ Bohong! Abang..cinta abang hanya untuk Rin kan? Abang ingat lagi tak, abang cakap Rin sorang je dalam hati abang..tak ada orang lain dah. Apa yang perempuan ni cakap semuanya tak betul kan abang?” Soal Nurin bertalu-talu sambil memegang bahu Adam namun lelaki itu lebih pantas menepis.

“ Arghh!! Itu dulu..sekarang sikitpun aku tak ada rasa cinta kat kau..tapi aku rasa jijik sangat bila tengok kau. Baik kau berambus dari hidup aku!” Tengking Adam kuat membuatkan beberapa pengunjung di pusat membeli-belah tersebut terkejut. Senyuman Zara semakin lebar melihat amarah Adam pada isterinya.

“ Ya Allah..abang..”

“ Dah lah! Jom lah kita pergi dari sini. Tak kuasa aku nak layan perempuan ni!” Tegas Adam sambil terus menarik tangan Zara untuk pergi dari situ. Nurin terduduk lesu.  Air mata semakin lebat membasahi pipinya. 

Ya Allah dugaan apakah ini? Terlalu perit dan pahit untu dia telan semuanya. Kenapa sedikitpun tiada rasa belas dalam hati suaminya? Sudahlah dia digantung tak bertali, sekarang ni suaminya sanggup menyeksa jiwa raganya sekejam ini. Dia benar-benar sudah putus harap. Kandungannya yang hampir mencecah 9 bulan itu diusap dengan penuh rasa sayu. Ya Allah..anak ini tidak berdosa, dia anak suamiku..Kau tolonglah lindungi dia. Lembutkanlah hatinya untuk menjaga dan membesarkan anak ini apabila aku sudah tiada di dunia ini. Hanya inilah bukti cintaku pada suamiku, Adam Hariz…

###################################

Adam termenung sendirian di jendela. Fikirannya berkecamuk. Entah mengapa dia berasa amat bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya beberapa hari yang lepas. Hatinya berbelah bagi, ada rasa benci, sayang, kecewa dan sedih. Dia tidak pasti mampu menerima Nurin kembali dalam hidupnya atau tidak. Semakin dia menafikan perasaan cintanya pada Nurin, semakin perasaan itu membelenggu dirinya. 

Pertemuannya dengan Nurin tempoh hari setelah sekian lama tidak menjenguk wanita itu cukup menggetarkan jiwa lelakinya. Jiwanya meronta hebat ingin memeluk wanita itu tapi egonya melebihi segala-galanya. Bayangan perbuatan Nurin masih segar dalam ingatannya. Begitu sukar untuk dia lupakan apa yang sudah Nurin lakukan selama ini. Mahligai bahagia yang dibina lebih 3 tahun akhirnya runtuh disebabkan kecurangan Nurin. Adam cukup kecewa . Kecewa dengan Nurin, kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu menjadi suami yang terbaik untuk Nurin sehingga Nurin sanggup menggadaikan maruahnya untuk lelaki lain.

“ Adam..kenapa termenung kat sini ni? Zara dah tunggu kat luar tu..bukan Adam dah janji dengan dia ke mahu keluar?” Tegur Datin Marina tiba-tiba. Lamunan Adam mati. Dia memandang ibunya dengan pandangan sayu.

“ Beritahu Zara, Adam tak sihat. Tak jadi keluar…” Balas Adam ringkas. Dia kembali melontarkan pandangan ke luar jendela.

“ Adam..kenapa ni? Ada masalah ke?” Soal Datin Marina. Risau pulak melihat keadaan Adam yang tiba-tiba berubah mendung.

“ Adam rasa Adam tak jadi nak teruskan perkahwinan dengan Zara..”

“ Apa?! Adam jangan main-main dengan mama…” Hampir saja tersentap jantung Datin Marina mendengar kata-kata Adam.

“ Adam tak main-main mama…Cukuplah Adam kecewa dengan Nurin. Adam tak nak kecewa lagi..”

“ Ya Allah Adam..kamu jangan nak sakitkan hati mama. Buat apa kamu nak fikir pasal perempuan tu lagi? Zara bukan Nurin..Mama pasti dia boleh bahagiakan kamu…” balas Datin Marina. Dia sebolehnya cuba mengawal kemarahannya.

 Macam mana Adam nak bahagia..Adam tak cintakan dia…”

“ Cinta boleh dipupuk lepas kahwin Adam…kalau kamu bercinta bagai nak rak pun belum tentu bahagia. Tengok macam apa yang berlaku antara kamu dengan Nurin..kamu kahwin atas dasar cinta kan? Tapi tengok..last..last bercerai jugak..”

“ Kami belum bercerai lah mama!” Adam tiba-tiba meninggikan suara. Datin Marina sedikit tersentak.

“ Apa?! Kamu ni kenapa Adam? Kalau nak kahwin dengan Zara, ceraikan la dulu Nurin…Kamu ingat kahwin ni boleh dibuat main-main?” Datin Marina membentak. Naik hairan dia. Dulu Adam jugak bersetuju apabila dia cadangkan tentang perkahwinannya dengan Zara. Sekarang ni, bila tinggal seminggu je lagi majlis tu akan berlangsung, Adam seperti mahu mengubah fikiran pulak.

“ Adam tak sanggup nak ceraikan Nurin. Nurin cinta pertama Adam…Hati Adam cuma ada pada Nurin je mama…”

“ Tapi kamu dah lupa ke yang perempuan tu dah kecewakan Adam? Perempuan tu yang cuba cemarkan maruah keluarga kita? Dasar perempuan tak sedar diri!”

“ Dah lah tu mama..jangan kusutkan fikiran Adam lagi. Yang pasti, Adam tak nak teruskan perkahwinan dengan Zara!” Tegas Adam. Sungguh dia sudah fobia dengan perkahwinan. Dia tidak sanggup lagi jika dirinya dikecewakan lagi.

“ Hish, mama tak tahu lah nak cakap dengan kamu ni Adam. Malu mama dengan Datin Dalila! Semua dah siap, tinggal tunggu kamu naik pelamin je. Sekarang ni tiba-tiba kamu cakap macam ni! Tak faham betul lah!” Bebel Datin Marina. Dadanya turun naik menahan marah.

“ Maafkan Adam mama..tolonglah faham Adam..Adam betul-betul belum bersedia untuk ini…”

 “ Baiklah..mama tak nak masuk campur. Kamu jumpa lah sendiri Zara dengan mamanya. Explain kat diorang bagus-bagus. Mama malu tahu tak? Malu! Tak sanggup mama nak tebalkan muka cakap yang kamu tak jadi kahwin dengan Zara…” kata Datin Marina geram sambil kakinya terus melangkah keluar dari bilik Adam. Dia mengurut dada yang terasa sungguh sesak kini!

###############

“Adam..what’s wrong with you? Kenapa you tiba-tiba nak batalkan perkahwinan kita?” Soal Zara cemas.

“ I’m so sorry Zara. I tak boleh nak bahagiakan you..I tak cintakan you..” Jawab Adam selamba.

“ But I love you so much Adam..please jangan buat I macam ni. I tak kisah you tak cintakan I..tapi I tetap nak kahwin dengan you…” Rayu Zara.

“ Zara..tolonglah faham I..I tak boleh hidup dengan orang yang I tak cinta..You carilah lelaki lain yang lebih baik dari I…I tak boleh nak bahagiakan you…”

“ But why? Sebab ex-wife you ke?” soal Zara menduga. Hatinya amat sakit kini apabila Adam tiba-tiba membatalkan rancangan perkahwinan mereka. Hancur semua harapannya untuk hidup bersama lelaki itu.

“ Tak ada kaitan dengan dia okay!”

“ You jangan tipu I. I tahu you ubah fikiran lepas you bertembung dengan Nurin kan hari tu? I nampaklah yang you terus berubah lepas hari tu...I tahu you batalkan perkahwinan kita sebab Nurin kan?” Soal Nurin bertalu-talu membuatkan Adam terdiam. Apa yang diduga oleh Zara semuanya tepat sekali. Adam tidak tahu mahu cakap apa lagi.

“ Yeah..it’s true right? Why Adam? You cakap you dah benci dengan Nurin tapi kenapa sebab dia you sanggup kecewakan I?” Soal Zara lagi.

“ Sebab I masih cintakan dia…” balas Adam perlahan. Dia tidak pasti ikhlaskah dia berkata begitu?

“ You masih cintakan orang yang dah sakitkan hati you? You cintakan orang yang dah gadaikan maruah you? Macam tu?” Zara langsung tidak berpuas hati dengan jawapan Adam.

“ Dah lah tu Zara. Don’t ask me more questions. Jangan kaitkan Nurin dengan hal kita. Yang pasti I tetap tak nak teruskan perkahwinan kita..”

“ Tapi Adam..you..”

“ It’s enough! I need to rest now…” balas Adam sambil terus mematikan talian telefon. Fikirannya yang sudah sedia serabut semakin berserabut dengan asakan dari Zara. Wanita itu masih tidak boleh terima keputusannya.

Zara menghempaskan telefon bimbitnya. Hatinya cukup sakit saat ini. Langsung dia tak sangka Adam akan membatalkan perkahwinan dengannya di saat-saat akhir begini. Dia ingatkan apa yang dia rancang semuanya akan berjalan dengan lancar. Arghh!! Ini semua kerana Nurin! Kalau perempuan itu tak muncul di depan Adam hari tu, pasti dia sudah selamat menjadi isteri Adam. Zara mengetap bibir. Sungguh dia teramat benci pada Nurin, perempuan yang sudah merampas hati Adam darinya. Dia mula mencongak untuk merencanakan suatu rancangan jahat bagi menghapuskan Nurin dalam hidupnya. Dia tak kan sesekali membiarkan Nurin mendapatkan kembali cinta Adam. Itu sumpah dia!

####################

Nurin cuba bangkit dari pembaringannya. Namun tidak berjaya. Tiba-tiba dia merasakan tubuhnya seram sejuk, dunia terasa seperti berputar, peluh dingin mula memercik membasahi tubuhnya. Nafasnya kian sesak . Dadanya terasa sakit yang mencengkam segenap ruang tulang rusuknya. Jantungnya berdegup kencang.

“ Umi!!” Dengan kudrat yang masih bersisa, Nurin cuba memanggil ibunya.

“ Ya Allah! Kenapa ni Nurin? Apa dah jadi ni?!” Puan Maisara, ibu Nurin terus menerpa ke arah Nurin yang sudah kelihatan pucat lesi. Bibirnya kelihatan mula membiru.

“ Su…sah..Na..fas..” kata Nurin tersekat-sekat. Dia memegang dadanya yang semakin sakit.

“ Sabar Nurin. Abang!! Nurin bang…cepat bawak dia ke hospital!” Teriak Puan Maisara. Encik Hamid, bapa Nurin terus mendapatkan mereka dua beranak.

“ Ya Allah…apa yang berlaku ni Sara? Kenapa dengan anak kita?” Soal Encik Hamid panik.

“ Tak tahu abang….Badan dia makin lemah ni abang. Cepatlah abang bawak dia ke hospital..” Jawab Puan Maisara sambil menangis tersesak-esak. Encik Hamid kelam kabut mendukung Nurin dan terus membawanya ke kereta yang diparkir di luar rumah.

Tubuh Nurin semakin lama semakin lesu. Tangan dan kakinya mula membiru. Jantungnya semakin kuat berdegup. Mata Nurin berpinar-pinar. Nurin memperbanyakkan istighfar di dalam hati.
‘ Ya Allah..tolonglah selamatkan aku dengan anak ini…’ Hanya itu yang mampu Nurin berdoa. Dia sanggup mati kerana anak itu  kerana anak inilah yang akan menjadi bukti cintanya pada Adam Hariz.

#########################

“ Zara..” tegur seorang lelaki tiba-tiba. Zara yang sedang menunggu di luar pejabat Adam terkejut melihat kehadiran lelaki itu.

“ You buat apa kat sini?” Soal Zara cemas. Dia melilau melihat keadaan sekeliling. Takut Adam nampak kehadiran lelaki itu di sini.

“ Kenapa? Kau takut?” Soal lelaki itu sinis.

“ Buat apa I nak takut. Hei, kan I cakap jangan cari I lagi!” Bentak Zara.

“ Urusan aku dengan kau belum selesai lagi. Kau belum bagi sepenuhnya duit upah aku…” balas lelaki itu dengan pandangan menyinga. Zara mengetap bibir.

“ You nak duit apa lagi hah?! Dah lah buat kerja tak habis…aku suruh kau rogol Nurin, tapi kau tak buat tu kenapa?!” Balas Zara sinis.

“ Hello Miss Zara, yang kau pergi suruh laki dia datang time tu kenapa? Kau sengaja nak perangkap aku kan?” Lelaki itu melemparkan paku buah keras pada Zara.

“ It’s not your bussness ok! I dah tak ada apa-apa urusan lagi dengan you. Baik you pergi dari sini!” Tegas Zara. Lelaki itu sekadar ketawa mengejek.

“ Kenapa? Kau takut Encik Adam tahu pasal rancangan jahat kau ni?”

“ You jangan nak merepek ok!” Marah Zara. Dia semakin tidak senang duduk. Matanya liar memandang sekeliling.

“ Aku tak kan blah dari sini selagi kau tak bagi duit aku macam kau janji dulu!”

“ Heh, you ni memang tak reti nak bersyukur ye? Dah lah misi gagal..ada hati nak mintak duit lebih! Pergi mampuslah!”

“ Kau memang nak mati la Zara!” Kata lelaki itu lantas terus cuba menyerang Zara.

“ Zara!!” Aksi lelaki itu terhenti apabila Adam tiba-tiba muncul di situ.

“ Adam..tolong I..lelaki ini cuba pukul I..” rayu Zara . Adam memandang wajah Zara dan lelaki itu silih berganti.

“ Zara..betul ke you yang suruh lelaki ini rogol Nurin dulu?” Adam menekankan suaranya. Dari tadi lagi dia terpacak di situ dan dengan tak sengaja mendengar perbualan antara Zara dengan lelaki itu.

“ Adam..apa yang you cakap ni? Mana ada I suruh dia buat macam tu..” Zara cuba berdalih.

“ Zara..please answer my question!” Adam mula meninggikan suaranya.

“ Ini semua bohong! Jangan percaya lelaki ni!” Balas Zara panik.

“ Encik Adam…aku kena terangkan perkara sebenar. Sebenarnya bini kau tu masih suci. Aku tak pernah sentuh dia. Cik Zara yang upah aku suruh rogol bini kau..supaya kau dah hilang kepercayaan pada dia!” Tiba-tiba lelaki itu mencelah. Adam tersentak. Jantungnya bagaikan direntap.

“ Hey penipu! Kau diamlah! Adam, jangan percaya cakap dia! I tak pernah buat apa-apa pun..I tak pernah upah dia!” Zara cuba membela diri.

“ Zara..I tak sangka you sekeji tu..Kenapa you sanggup fitnah Nurin sampai macam tu sekali? Why?!” Marah Adam. Hatinya cukup sakit kini. Rupa-rupanya selama ni dia tertipu bulat-bulat dengan sandiwara Zara.

“ Adam..please..listen to me…I tak ada niat nak buat Nurin macam tu..”

“ What do you mean dengan tak ada niat?! You dah fitnah dia…then you cuba pisahkan I dengan dia sampai I ingat anak dalam kandungan dia tu anak haram! You kejam Zara! You kejam!”

“ I buat semua tu sebab I cintakan you Adam…I nak hidup bersama you..I tak nak ada perempuan lain yang rampas you dari I..” Zara sudah teresak-esak menangis. Dia cuba memeluk Adam tapi Adam lebih pantas menepis.

“ I tak kan maafkan you sampai bila-bila! You keji! You jijik! I hate you damn much!” Teriak Adam . Kakinya laju meninggalkan Zara yang sudah menangis bagaikan orang gila di situ.

###########################


Kepala Adam terasa sakit sangat. Dia meraup mukanya beberapa kali. Ya Allah..apa aku dah buat ni? Aku dah berdosa dengan Nurin. Aku sudah menfitnah seorang isteri yang suci dan begitu tulus mencintaiku gara-gara terlalu percayakan wanita pemusnah rumahtanggaku. Adam berasa sungguh menyesal kerana telah menyeksa jiwa dan raga Nurin sudah sekian lama. Dia tak sengaja. Benarlah..Nurin teraniaya!

Tiba-tiba dia teringatkan kandungan Nurin yang dia rasakan mungkin sudah masuk 9 bulan. Tanpa berlengah masa dia terus mendail nombor telefon Nurin. Sungguh, dia amat rindu wanita itu. Dia ingin memohon maaf sungguh-sungguh dengan Nurin. Lama talian itu berbunyi namun tidak diangkat. Dia cuba lagi mendail beberapa kali. Adam mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena tentang Nurin.

“ Hello..” Setelah sekian lama barulah panggilannya disambut.

“ Hello Nurin, abang ni..Nurin sihat?” Soal Adam ceria.

“ Adam..umi ni…” balas Puan Maisara sebak. Adam terkejut kerana bukan Nurin yang mengangkatnya.

“ Umi..mana Nurin?” Soal Adam cemas.

“ Adam..Nurin tengah kritikal sekarang…dia ditahan di ICU sekarang ni…” kata Puan Maisara bertambah sebak.

“ Apa umi?! Ditahan di ICU? Kenapa? Apa dah berlaku?” Jantung Adam bagaikan direntap mendengar berita itu. Air mata jantan mula bergenang di kelopak matanya.

“ Dia mengalami kegagalan jantung yang teruk. Baby dia selamat tapi Nurin yang tak dapat diselamatkan…” Balas Puan Maisara sayu. Tangisan semakin kuat bergema di hujung talian.

“ Ya Allah umi..kenapa tak beritahu Adam awal-awal?” Soal Adam dengan suara tersekat-sekat.

“ Umi dah try call Adam banyak kali tapi tak dapat….Adam datanglah kat ICU sekarang…Bila-bila masa saja Nurin boleh pergi Adam…”

“ Umi..jangan cakap macam tu. Nurin tak kan pergi ke mana-manapun!”

“ Datanglah sekarang Adam….” Rayu Puan Maisara.

“ Baiklah Umi , Adam datang sekarang!” Balas Adam lantas mematikan talian telefon. Dengan sekuat hati, dia terus bergegas ke hospital Kuala Lumpur untuk menjenguk Nurin. Air matanya semakin lebat mengalir. 

Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku. Aku tidak sanggup kehilangannya saat ini. Aku belum menebus kesalahanku padanya. Aku berjanji akan berikan dia kebahagiaan sehingga ke hujung nyawaku. Aku tak kan membiarkan dia menderita lagi. Adam tidak putus-putus berdoa. Demi Tuhan, dia tidak sanggup kehilangan isteri sebaik dan semulia Nurin!

###############################

Adam berteleku di sisi isterinya . Hatinya terasa ngilu dan sedih sekali apabila melihat wayar-wayar berlingkaran membaluti tubuh isterinya. Tiub bantuan pernafasan masih terletak rapi dari saluran pernafasan Nurin yang disambungkan khas ke mesin bantuan pernafasan. Sudah 3 hari isterinya tidak sedarkan diri setelah pembedahan C-searian section untuk mengeluarkan babynya. Tidak sangka selama ini Nurin menyembunyikan perihal sakit jantung yang dia alami selama ini. Dia sanggup berkorban dirinya demi membenarkan zuriat miliknya membesar dan lahir ke dunia. Betapa mulianya hatimu Nurin.

“ Sayang..maafkan abang..abang dah banyak buat salah pada Nurin selama ini…” Kata Adam perlahan mengharapkan Nurin dengar apa yang dia katakan.

“ Sayang..bangunlah..Berilah abang peluang untuk tebus kesalahan abang.. Abang tahu abang bersalah pada Nurin..Abang sepatutnya percaya Nurin dari dulu lagi…Maafkan abang ye sayang..”

“ Sayang kena tengok anak kita…comel sangat..macam muka sayang.. Kalau sayang bangun..kita boleh besarkan anak kita sama-sama…Mesti dia akan jadi baik dan mulia macam sayang kan…”

Kata-kata Adam hanya disambut dengan tubuh Nurin yang langsung tidak bergerak-gerak. Air mata Adam tidak pernah berhenti mengalir semenjak Nurin ditahan di ICU. Rasa bersalah semakin menyesakkan dadanya.

“ Nurin sayang…sayang jangan risau..Abang dah halalkan semua makan minum sayang selama ini..Abang halalkan semua kasih sayang dan cinta abang  pada sayang…I love you so much baby…” Kata Adam semakin sebak. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Tangan Nurin dikucup berkali-kali. Selesai saja dia mengungkapkan kata-kata itu tiba-tiba dia terdengar bunyi bising pada monitor di sebelah Nurin. Dia memandang ke arah skrin monitor. Kelihatan garisan lurus terpapar di situ. Sebentar kemudian doktor dan jururawat di situ terus menerpa ke arah Nurin.

“ Ya Allah..Nurin!! Doktor ! Apa dah berlaku ni?” Soal Adam panik.

“ Sabar ye Encik..sila tunggu di luar sebentar. Jantung Puan Nurin tiba-tiba berhenti. Kami kena buat CPR sekarang…” Terang Dr.Wong padanya. Adam terasa bagaikan mahu pitam.

“ Doktor..tolonglah selamatkan isteri saya..tolonglah saya..” Rayu Adam bersungguh-sungguh.

“ Kami akan buat yang terbaik Encik..” balas Dr.Wong dan terus bergegas ke arah Nurin.

Tangisan Adam semakin kuat bergema. Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku….

######################


‘ Assalamualaikum suamiku yang tercinta , Adam Hariz…

Rin tahu saat abang baca surat ni mungkin Rin sudah tiada lagi di dunia ini. Tapi Rin harap abang tenang menerima pemergian Rin.

Rin nak abang tahu yang cinta Rin selama ini hanya untuk abang…Abanglah cinta pertama dan terakhir Rin. Rin tahu Rin dah banyak sakitkan hati abang dan buat abang kecewa..tapi percayalah abang..Rin tak pernah buat perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah abang di belakang abang..Rin sentiasa setia dengan abang…Kerana Rin tahu, syurga Rin hanya di bawah telapak kaki abang. Mana mungkin Rin khianati cinta abang pada Rin. Ampunkan Rin atas dosa-dosa Rin pada abang selama ini. Rin tahu Rin bukan isteri yang baik untuk abang tapi Rin sudah cuba yang terbaik untuk membahagiakan hidup abang hingga ke hujung nyawa Rin.

Abang..

Hidup bersama abang merupakan detik yang paling bahagia buat Rin. Melihat senyum abang, tawa abang dan mendengar ayat-ayat cinta abang cukup membuatkan hidup Rin terasa begitu sempurna. Tiada lelaki lain yang bisa menandingi kehebatan cinta abang pada Rin. Hanya abang permata hati Rin.

Abang..

Rin harap abang dapat jaga baby kita dengan baik. Demi Allah, dia anak abang..anak hasil cinta kita yang begitu mekar selama ini. Sudah lama kan kita tunggu kehadiran cahaya mata dalam hidup kita? Jadi, anak ini merupakan bukti cinta Rin pada Abang dan juga merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Dia tak berdosa, abang. Walaupun Rin tiada di dunia ini, Rin yakin abang boleh menjaganya dengan baik. Rin yakin abang boleh menjadi seorang bapa yang baik dan penyayang untuk dia. Sekiranya ada yang sudi menjadi ibu kepadanya kelak, Rin redha abang. Yang penting abang bahagia.

Abang..

Janganlah abang bersedih atas pemergian Rin. Anggaplah ini semua takdir Allah. Mungkin sudah ditakdirkan yang hidup Rin sampai di sini saja. Rin sanggup korbankan diri demi menghadiahkan zuriat ini untuk abang. Maafkan Rin kerana merahsiakan tentang sakit Rin selama ini. Rin tak nak abang sedih. Akhir sekali, Rin mintak abang redhakanlah pemergian Rin untuk selama-lamanya..

I’m so sorry but I love you so much my dear Hubby….

Salam sayang dari isterimu

NURIN WARINA…’


Tangisan Adam semakin kuat bergema sebaik sahaja habis membaca warkah kecil yang ditulis oleh Nurin semasa dia masih hidup. Nurin meminta ibunya menyampaikan surat itu padanya setelah anak mereka lahir ke dunia. Dan surat itu telah menimbulkan seribu satu penyesalan dalam diri Adam. Nurin menahan derita dan bertarung dengan maut sendirian demi melahirkan anaknya ke dunia semata-mata untuk mengembalikan cinta Adam padanya.

Kubur Nurin yang masih memerah dihadapannya ditatap lama. Adam mengusap-usap lembut batu nisan yang terpahat nama isterinya di situ. Sesungguhnya pemergian Nurin dirasakan terlalu cepat . Adam sangat terkilan kerana tidak sempat menebus segala kesalahannya pada Nurin. Ya Allah..betapa mulianya dan ikhlasnya Nurin mencintai dirinya. Mengapalah selama ini dia buta menilai kesetiaann dan cinta Nurin padanya. Dia terlalu percayakan tipu daya dunia yang penuh dengan dusta. Namun, sudah terlambat untuk dia menyesal kerana Nurin sudah pun selamat menghadap Ilahi. Mungkin takdir Allah yang menentukan hidupnya dengan Nurin sampai di sini saja. Dengan rasa yang sungguh berat, dia relakan pemergian Nurin untuk selama-lamanya. Dia tidak mampu melawan takdir Allah.

“ Adam..” tegur Datin Marina lantas mematikan lamunannya. Adam memandang wajah ibunya sayu.

“ Ye mama..”

“ Maafkan mama ye…Mama dah banyak buat silap pada Adam dengan Nurin. Nurin memang menantu mama yang terbaik Adam…” kata Datin Marina sebak. Baru kini dia sedar bahawa Nurin merupakan wanita yang paling mulia pernah dia jumpa. Dia sungguh menyesal kerana dia sering menyakiti hati menantunya itu semasa arwah masih hidup.

“ It’s okay mama…”

“ Mama betul-betul bersalah dengan Nurin..mama dah tuduh dia macam-macam. Mama jahatkan Adam? Mama tak pernah layan dia dengan baik sebagai menantu mama…”

“ Mama..dah lah tu..Benda yang dah lepas biarlah lepas..Tak baik kita meratap di hadapan kubur orang yang sudah tiada... Lebih baik kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada Nurin..” balas Adam cuba berlagak tenang..

“ Maafkan mama ye Adam..”

“ Ye mama..Adam dah lama maafkan mama…” jawab Adam lesu. Datin Marina terus memaut bahu anaknya itu. Air mata membasahi pipinya. Sungguh dia menyesal kerana selalu menyakiti hati arwah Nurin selama ini. Kalaulah dia diberi peluang ke dua, dia pasti akan menjadikan arwah menantunya yang paling bahagia dalam keluarganya namun segalanya sudah terlambat. Hanya doa saja yang mampu dihulurkan pada arwah Nurin saat ini.

Al-Fatihah buat arwah Nurin….Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan di dalam syurga Firdausi di akhirat kelak…

Amin…

= THE END =