Wednesday, October 17, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 32


Tengah hari ini, aku terpaksa keluar sekejap dari pejabatku untuk ke Nursery Mahligai. Entah macam mana aku boleh terlupa untuk membayar yuran bulanan untuk Sofea. Memang aku sekarang ni mudah sangat lupa, tak tahulah kenapa. Belum lagi menginjak usia tua, tapi sudah ada penyakit pelupa. Hish, gawat ni.

Sebaik sahaja tiba di Nursery Mahligai, aku terus mengorak langkah untuk ke pejabat Ibu Anggun . Aku ingin cepat-cepat menemuinya. Aku tidak boleh lama-lama singgah di sini kerana kerja aku di pejabat masih banyak yang perlu disiapkan.

“Assalamualaikum Ibu Anggun…” tegurku sebaik sahaja tiba di biliknya yang terletak tidak jauh dari tempat aku parkir kereta.

“ Waalaikumussalam..owh Ibu Lina…sila masuk bu..,” pelawa Ibu Anggun lembut apabila melihat aku tercegat di muka pintu biliknya.

“ Ada apa an sih, Ibu Lina tiba-tiba datang?” Soalnya lagi. Aku melabuhkan punggung di kerusi di hadapannya tanpa dipelawa.

“ Aku mahu bayar bil Nursery untuk bulan ini…kelupaan pula aku tadi..maaf ya terlambat…” kataku sambil menghulurkan wang yuran kepada Ibu Anggun.

“ Owh…enggak perlu risau sih, udah bilnya dijelaskan…bil untuk tahun ini semuanya sudah selesai…” jawab Ibu Anggun lembut. Aku tersentak.

“ Udah dijelaskan? Apa maksud Ibu?” Soalku tidak mengerti.

“ Maksudku bil Sofea untuk bulan ini hingga bulan December udah habis dibayarin..Jadi, makanya Ibu tidak perlu bayar apa-apa lagi..” Ibu Anggun mengulangi kata-katanya. Aku semakin tidak mengerti.

“ Ibu Anggun jangan main-main…aku belum bayar apa-apa sama Ibu …Bagaimana ia semua sudah selesai?” Aku menggeleng kepala tidak percaya. Aku dapat rasakan Ibu Anggun Cuma bergurau.

“ Iya..maksudku bukan ibu yang bayarin nya…tapi laki-laki yang pernah aku ceritakan sama Ibu itu yang membayar bil semuanya..” terang Ibu Anggun lagi.

“ Apa? Maksud Ibu laki-laki yang selalu melawat Sofea itu?” Hatiku tidak keruan apabila mendengar lelaki yang tidak dikenali itu muncul lagi. Aku mula risaukan Sofea.

“ Iya bu…” jawab Ibu Anggun ringkas.

“ Ibu Anggun…kan aku sudah bilang sama kamu…jangan benarkan laki-laki itu dekati Sofea lagi. Apa lagi kalau mahu terima wangnya…Aku enggak akan pernah terima apa-apa darinya…” Aku mendengus marah. Hatiku benar-benar panas kini.

“ Tapi Ibu Lina…”

“ Aku enggak suka! Aku tidak kenal sama laki-laki itu…aku tidak mahu terima satu sen pun dari dia! Ngerti ? ” Aku memintas kata-kata Ibu Anggun. Dia sedikit terkejut melihat perubahan sikapku yang mendadak.

“ Maafkan aku Ibu Lina…aku pikir kamu udah tahu soal ini…” marahku sedikit mengendur mendengar ucapan maaf itu. Aku tidak tahu kenapa aku mesti melenting sebegini.

“ Maaf kerana mengasari kamu tadi…tapi sungguh, aku tidak suka kalau ada orang yang tidak dikenali baik-baik sama Sofea…aku takut terjadi apa-apa sama Sofea…” Aku mengeluh berat.

“ Iya Ibu..maafin aku. Nanti aku omong sama laki-laki itu ya..”

“ Siapa laki-laki itu sebenarnya? Sudah kamu siasat?” Soalku menduga.

“ Waduhh..aku tidak sempat mahu bertanya namanya…tapi yang aku lihat, gayanya sepertinya bukan warga indon. Mungkin juga dari Malaysia…” Jawab Ibu Anggun jujur.

“ Orang Malaysia, macam mana kamu tahu?” Aku menyoal lagi.

“ Dari gaya tutur katanya dan bahasanya seperti bahasa orang Malaysia. Aku cuma mengagak saja bu..itu menurut firasatku saja..”

“ Hurmmm…bagaimana aku boleh ketemu sama orangnya ya?” Aku mula mencari jalan untuk mengetahui 
siapa lelaki yang sering mengunjungi Sofea itu. Aku benar-benar rasa tidak sedap hati. Orang Malaysia? Siapa ya? Aku mula bersoal jawab di dalam hati.

“ Aku rasa lebih baik Ibu tunggu sebentar saja lagi…laki-laki itu biasanya datang selepas lunch hour. Jadi, kalau Ibu Lina mau ketemu sama dia, aku rasa tiada masalah…” kata Ibu Anggun bersungguh-sungguh.

“ Hah, bagus jugak cadangan tu!” Aku mengangguk-angguk tanda setuju. Tidak kisahla aku masuk kerja lambat sikit petang ini, yang pasti aku mesti tahu siapa lelaki itu. Aku sudah malas mahu berteka-teki lagi.


Aku mengerling jam kecil di pergelangan tanganku. Jam sudah menunjukkan jam 3.30 pm, tetapi kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Kata Ibu Anggun, waktu sebegini dia akan datang mengunjungi Sofea. Aku sekadar memerhatikan Sofea dari jarak jauh supaya lelaki tersebut tidak akan menyedari kehadiranku di situ apabila dia muncul nanti. Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak . Aku semakin tidak senang duduk. Jiwaku kacau. Pelbagai kemungkinan yang aku rasakan boleh berlaku. Mungkinkah lelaki itu Encik Hakim? Argh..tak mungkin! Enck Hakim mana tahu aku sekarang di Jakarta. Mungkinkah lelaki itu Syam? Tapi, tak mungkinlah. Syam tidak tahu yang Sofea itu anak aku, dan dia tidak tahu Sofea berada di Nursery Mahligai ini. Tapi kalau bukan salah seorang daripadanya , siapa lagi? Aku buntu. Akhirnya aku mengeluh berat melepaskan beban yang terasa amat menyakitkan kepalaku.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba mataku terpaku kepada sesusuk tubuh lelaki tinggi lampai yang tiba-tiba muncul entah dari arah mana di situ. Dari jauh, kelihatan dia menghampiri Sofea perlahan-lahan. Sofea terus menerpa ke arahnya taktala melihat kelibat lelaki itu semakin menghampiri. Lelaki itu terus memeluk Sofea dan mencium pipinya dengan penuh mesra sekali. Sofea seperti betul-betul menyenangi kehadiran lelaki itu disitu. Mereka berdua seperti sudah lama kenal. Kemudian, lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada Sofea, aku tidak pasti apa. Sekali lagi Sofea memeluk erat tubuh lelaki itu. Sah!  Memang sah itulah lelaki yang selalu mengunjungi Sofea sejak akhir-akhir ini. Dari pandangan jauh, aku tidak dapat mengecam wajah lelaki itu dengan jelas. Tanpa berlengah masa, aku terus mendapatkan Sofea dan lelaki itu. Hatiku tiba-tiba panas. Aku benar-benar tidak menyenangi kehadiran lelaki itu di situ.

“ Awak siapa?!” Soalku kasar sebaik sahaja aku begitu hampir dengan lelaki itu. Sofea dan lelaki itu berpaling serentak.

“ Mama!!” Jerit Sofea apabila melihatku.

“ Lina?” Kata lelaki itu dengan nada terkejut. Aku turut terkejut.

“ Lahh..awak ke?” Sungguh aku tidak sangka yang lelaki misteri itu rupa-rupanya adalah Syam.

“ Yelah..sayalah ni..” jawab Syam selamba. Aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“ Jadi awaklah yang selalu datang melawat Sofea ye?” Soalku inginkan kepastian.

“ Yes..may be..” kata Syam sambil tersenyum. Aku terkebil-kebil. Benarkah?

“ Mama…ni lah uncle yang selalu bagi Sofea aiskrim sedap kat Sofea tau…Uncle Syam baik sangat tau…” tiba-tiba si kecil itu menyampuk.

“ Owh…jadi Sofea tahu la nama uncle Syam..kenapa tak bagitahu mama? Bila mama tanya ,Sofea cakap tak tahu apa-apa?” Aku mencubit kecil pipi Sofea. Nakal. Sofea sekadar tersengeh menampakkan giginya yang jarang.

“ Sofea lupa la mama…”

“ Lupa atau sengaja tak nak bagitahu mama? Sampai hati Sofea tau..” aku buat-buat marah.

“ Ala..mama…Sofea mintak maaf..Uncle Syam yang mintak Sofea jangan bagitahu mama…” petah Sofea menjawab. Aku mengerling ke arah Syam. Syam buat-buat pandang ke arah lain.

“ Ooo..jadi Uncle Syam lah yang ajar Sofea menipu ye?”

“ E’eh mana ada saya ajar Sofea tipu….Uncle Syam ni baik kan?” Tiba-tiba Syam menyampuk. Aku mencebik . Cover line lah tu.

“ Betul mama…uncle Syam baik bangat sih!” kata Sofea sambil menunjukkan ibu jari ke arahku.Aku dan Syam tergelak serentak. Lucu kedengaran pelat indon anakku itu.

“ Wahh puteri uncle dah jadi cewek indon sudah ya?” Syam mencelah lagi. Sofea tersengeh.

“ Mestilah… Sofea mahu jadi macam mama. Cewek Indon yang paling cantik…” Kata Sofea lagi. Aku tidak dapat menahan tawaku dari berhenti. Syam turut tertawa mendengar ulah Sofea. Bijak sungguh.

“ Mama Sofea memang cantik, sampai uncle tak lena tidur ingatkan mama Sofea tau…” kata Syam sambil mengenyitkan mata ke arahku . Aku tersipu malu.

“ Kalau macam tu, uncle kahwin la dengan mama…baru uncle boleh tidur..” Mataku membulat mendengar ulah Sofea. Syam ketawa lagi.

“ Owh..bagus jugak tu. Nanti uncle boleh jadi papa Sofea kan? Ok tak?” kata Syam.

“ Yeayy!! Kalau uncle jadi papa sofea, hari-hari Sofea boleh makan aiskrim…” Sofea menjawab. Aku semakin malu.

“ Dah..dah…jangan mengarut lagi…mama tak suka!” Getusku. Syam masih meneruskan sisa ketawanya sambil tersenyum nakal kepadaku. Aku buat-buat tidak mengerti. Namun, jauh di sudut hatiku berasa teramat gembira dengan situasi sebegini.


“ Kenapa awak tak beritahu saya pasal ni?” Soalku kepada Syam sebaik sahaja Sofea tiada di situ. Sofea sibuk bermain dengan kawan-kawan sebayanya di padang permainan Nursery Mahligai tidak jauh dari tempat duduk kami.

“ Pasal apa?” Soal Syam seakan tidak mengerti.

“ Ye lah….awak senyap-senyap jumpa Sofea, tak beritahu saya pun..”

“ Macam mana saya nak bagitahu, dah orang tu dah warning awal-awal kat penjaga Sofea supaya tak ada orang kacau anak dia…kang kalau orang tu tahu, mati saya kena bantai…” jawab Syam separuh berseloroh.

“ Of course  la kena warning..kan yang datang tu penculik macam mana? Saya jugak yang susahkan?”

“ Amboi, sampai hati awak cakap saya penculik? Muka saya ada rupa penculik ke?” Syam seperti mendugaku. Aku tergelak kecil.

“ Adala sikit-sikit…”

“ Jarang tau nak cari penculik yang handsome macam saya ni tau!” Getus Syam . Dia meraba-raba janggutnya yang sejemput itu.

“ Eleh, perasan!” Kataku sambil mencubit lengannya. Dengan sepantas kilat tangannya terus mencapai tanganku dan digenggamnya erat. Aku tergaman seketika. Aku cuba menarik tanganku namun genggamannya semakin erat. Hatiku berdebar-debar . Badanku tiba-tiba seram sejuk apabila melihat Syam merenungku dengan pandangan yang cukup redup. Mata kami bertautan.

“ Lina…” Panggil Syam lembut.

“ Ye..” jawabku dengan suara yang terketar-ketar

“ Boleh ke awak tunaikan permintaan saya?” Soal Syam.

“ Permintaan apa?”

“ Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?”

“ Syam…” Aku kehilangan kata. Lidahku kelu untuk berbicara.

“ Lina..saya janji akan bahagiakan awak hingga ke akhir hayat saya…saya tak mahu awak terlepas lagi dari saya…saya mahu kotakan janji saya pada awak…” kata Syam penuh syahdu.

“ Tapi, saya takut tak dapat bahagiakan awak…” jawabku teragak-agak.

“ It’s not a big problem for me…the most important thing is..you will always be at my side…I love you so much Lina, I don’t want to lose you again…” Aku dapat melihat kesungguhan dari kata-kata itu. Dia menggenggam tanganku semakin erat.

“ Syam…saya bukan perempuan suci lagi. Saya tak dapat  jadi teman hidup awak yang terbaik..Saya..”

“ Lina, kan saya dah cakap…it’s not a big problem for me…Saya kan pernah janji dengan awak dulu, masa kita rancang nak nikah…saya sanggup terima awak seadanya, saya janji saya tak kan kecewakan awak…awak ingat lagi ke? Saya tak kan sesekali mungkir janji tu…” Aku terharu mendengar kata-kata Syam. Ternyata cintanya kepadaku begitu ikhlas dan suci.

“ Awak boleh terima Sofea jugak dalam hidup awak?” Soalku menduga.

“ Of course I am…saya dah anggap Sofea macam anak saya sendiri. Nasib baiklah Rangga bawak saya jumpa Sofea kat sini. Saya rasa lepas jumpa Sofea, cinta saya pada awak makin kuat. Saya sayang Sofea macam saya sayang awak…” Kata-katanya semakin menyentuh hati wanitaku yang rapuh.

“ Betul?”

“ Betul la..tak kan saya nak tipu…”

“ Thanx awak…saya tak sangka masih ada lelaki yang boleh terima saya lagi…” Air mataku yang dari tadi bergenang di tubir mata akhirnya tumpah jua.

“ No need to say thanx cause I’m always yours and you are always mine….kita memang ditakdirkan untuk bersama…” Aku tersenyum terharu dengan ayat-ayat romantis yang keluar dari bibir Syam.

“ I love you so much Lina..” katanya lagi.

“ I love you too Syam…” Jawabku. Kami terdiam seketika. Angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu cukup mendamaikan jiwaku.

“ Lepas ni , ikut saya balik Malaysia ye?”

“ Balik malaysia??” Aku terkejut dengan permintaan Syam yang tiba-tiba.

“ Ye..balik Malaysia…”

“ But why? Why so sudden?” Soalku kurang mengerti.

“ Supaya kita cepat-cepat dapat langsungkan pernikahan kita kat negara kita sendiri…”

“ Tapi tak kan tiba-tiba je…kan kita baru je jumpa…” Aku kurang berpuas hati dengan cadangannya.

“ Lina…lagi cepat lagi bagus. Supaya saya tak kehilangan awak lagi. Dah bertahun-tahun saya cari awak..saya selalu janji dengan diri saya, once saya dah jumpa awak..saya akan pastikan yang saya akan terus menikahi awak walau apa pun yang terjadi…”

“ Tapi…saya belum bersedia..” Aku membantah.

“ Lina..it’s all about our future…I really want to live with you…Saya tak nak cinta kita tergantung macam ni je tanpa ikatan yang sah…” Syam merayu lagi.

“ Perkahwinan ni bukan boleh buat main-main Syam…” Aku membantah lagi.

“ Saya tak main-mainlah..Kita bukan muda lagi Lina..This is the right time for us to get married…” Pujuk Syam lembut. Aku termangu.

“ Syam..banyak benda yang saya perlu consider sebelum balik sana…It’s not that easy…”

“ It’s okay Lina…I will settle everything for you…yang penting awak ikut saya balik Malaysia erm?”

Aku terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi.Ternyata aku belum bersedia untuk bersua dengan sesiapapun di tanah airku. Malu akibat aib yang aku tanggung masih tersisa. Tidak sanggup aku mahu berdepan dengan masyarakat di sana apatah lagi untuk berdepan dengan ibu bapa Syam dan juga keluargaku sendiri. Bertahun-tahun aku meninggalkan keluargaku di Terengganu tanpa khabar berita . Kalau tiba-tiba aku muncul kembali, lebih-lebih lagi dengan membawa Sofea, anakku yang satu itu..sudah pastinya rahsia yang aku simpan rapi selama ini akan terbongkar jua. Aku takut untuk menghadapi penerimaan keluargaku nanti. Pelbagai kemungkinan bermain di fikiranku sehingga jiwaku terasa sungguh sesak !  

2 comments:

  1. I like....

    Syam masih tak dpt memadamkan kesangsian Lina... Kenapa tak teruskan aje kehidupan di Jakarta instead of balik Msia. Nanti byk musibah dan kontroversi yg mendtg...

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)