Wednesday, June 10, 2009

Tidak Seindah Mimpi 13


Dr.Maisara merenungku dengan wajah simpati. Aku hanya mampu menangis ketika ini. Aku terpaksa mencari Dr.Maisara untuk meluahkan perasaanku yang bercelaru ketika ini . Aku tidak tahu ke mana harus aku pergi untuk menenangkan hatiku yang sudah remuk dan hancur disebabkan berita yang memusnahkan masa depanku itu.Aku tanpa segan silu aku menceritakan masalahku kepadanya .

“ Doktor..apa saya nak buat sekarang? Perlukah saya gugurkan kandungan saya ni? Saya malu doktor..saya malu!” Aku kembali merintih sesudah lama berdiam diri. Kedengaran keluhan halus daripada Dr.Maisara. Mungkin penat menjawab pertanyaanku yang sama semenjak tadi.

“ Lina..anak awak tak berdosa . Dia tak bersalah. Sekarang ni , awak banyakkan bersabar . Minta pertolongan Allah banyak. Awak percayalah , setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Saya cuma boleh membantu awak setakat yang mampu. Yang saya boleh tolong sekarang adalah cuba mencari siapa perogol awak yang sebenarnya. Tapi yang selebihnya kita berserahlah kepada Allah..Hanya Dia yang menentukan setiap apa yang berlaku terhadap kita.Kita hanya mampu berusaha. Bersabar banyak-banyak ye..,” kata-kata lembut dari Dr.Maisara sedikit sebanyak melegakan hatiku yang gundah. Mendengar perkataan ‘Allah’ cukup membuatkan aku kembali ke alam yang nyata . Walaupun perit untuk aku tanggung penderitaan ini namun aku terpaksa tempuhi dengan tabah kerana aku yakin Allah tidak akan membebankan hambaNya di luar kesanggupannya .

“ Bagaimana saya boleh tahu doktor? Saya akan pastikan perogol saya tu merana seumur hidup!” Kataku berbaur dendam . Aku amat benci kepada orang yang telah menghancurkan kesucianku dan sekali gus menggelapkan masa depanku. Kelihatan Dr.Maisara termenung seketika seperti memikirkan sesuatu.

“ Entah-entah Syam yang melakukannya kan? Doktor tahu kan pasal ni? Janganla berselindung lagi doktor, saya tahu Syam yang melakukannya kan? Atau doktor yang merancang semua ni?,” Diam Dr.Maisara mula menimbulkan syak wasangka dalam diriku.Entah mengapa aku tiba-tiba bengang dengan kelakuan Dr.Maisara yang seperti menyembunyikan sesuatu. Aku mula menyangka yang Dr.Maisara cuba membohongiku. Dalam fikiranku kini hanya menayangkan wajah Syam..ye..hatiku kuat mengatakan Syam adalah dalangnya.

“ Astaghfirullahalazim..mustahil saya akan buat macam tu. Tak baik awak membuat tuduhan melulu..,” kata Dr.Maisara sambil mengurut dada . Riak wajahnya kelihatan terkejut dengan andaianku namun riak itu tidak lama kerana seketika kemudian dia kembali tenang. Dia masih mahu mengekalkan sikap profesionalnya. Aku hanya tersenyum sinis.

“ Saya bukan menuduh..tapi kenapa susah sangat doktor nak menjawab soalan saya? Saya cuma nak tahu siapa perogol saya. Itu je!” Angin marahku semakin menjadi-jadi. Air mata yang masih mengalir itu aku seka dengan kasar. Geram dengan reaksi Dr.Maisara yang agak lembap itu!

“ Sabar Lina..rawatan melalui teknik hipnosis adalah paling sesuai untuk digunakan ketika ini.Tetapi , awak perlu menenangkan diri terlebih dahulu sebelum melakukannya kerana jika awak berada dalam keadaan marah, fikiran awak akan berserabut dan sekali gus menganggu proses rawatan ini …,” terang Dr.Maisara dengan jelas dan tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam dan memejam mata rapat untuk menenangkan fikiranku apabila mendengar nasihatnya.

“ Baiklah..saya setuju. Bila saya boleh mulakan rawatan ini?” tanyaku tidak sabar-sabar. Aku mesti mencari jawapan yang menghantui kini seberapa pantas yang boleh kerana aku mahu menyelesaikan masalahku segera!

“ Paling awal minggu ni. That’s depend on you..,” kata Dr.Maisara dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Aku berfikir sejenak.

“ Ok. Kalau macam tu. Saya nak buat esok. Is’t okay?”

“ Alright..that’s better .But..dengan syarat malam ni awak kena rehat secukupnya, jangan fikirkan sangat masalah awak dan jika awak masih tertekan, makanlah ubat yang saya beri minggu lepas..”

“ Okay..,” jawabku ringkas. Aku perlahan-lahan mengusap perutku yang belum membesar .Serentak dengan itu aku merasakan hatiku bagaikan ditusuk sembilu. Ngilu rasanya .Pedih kerana janin di dalam rahimku tercipta dari benih haram . Ternyata ketenanganku yang aku perolehi tidak lama.Aku kembali resah dan kecewa serta sedih dengan nasib yang menimpaku.

“ Lina, don’t think much about that..baby dalam rahim awak tak bersalah. Saya minta tolong sangat…tolong jangan gugurkan kandungan awak tu..kita orang Islam ,berdosa besar buat macam tu..,” Dr.Maisara seakan mengerti apa yang bermain di fikiranku. Dia mula menyentuh soal dosa pahala membuatkan fikiranku semakin kusut.Aku memandangnya sayu .

“ But , this baby is not deserve to be here .Cuba doktor bayangkan, bagaimana saya nak teruskan hidup dengan perut yang membesar ni? Bagaimana saya nak membesarkan anak saya seorang diri? Bagaimana? Saya berkemungkinan besar akan kehilangan kerja yang saya usahakan selama ni. Masa depan saya dah musnah doktor! Saya sudah jadi perempuan jijik!Kotor!” Aku membentak keras dalam sendu. Aku terasa diriku benar-benar hina kini. Langsung tiada nilai di mata masyarakat. Ya Allah, bagaimanakah aku harus mengharungi hidup ini…

“ Siapa kata masa depan awak dah musnah? Lina..awak jangan terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku. Ia hanya akan memberi tekanan kepada awak. Awak mesti kuat.Awak mesti tabahkan hati untuk menghadapi dugaan ini. Cuba awak lihat berapa ramai ibu tunggal di Malaysia kini . Mereka terpaksa mengharungi hidup seorang diri. Ada juga senasib dengan awak dan ada juga nasib yang lebih teruk dari awak tapi mereka dapat meneruskan hidup kerana mereka yakin yang setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya . Saya yakin awak mampu menghadapinya . Banyakkanlah berzikir dan mengingati Allah. Pohonlah pertolongan darinya..Allah itu Maha Adil, dia tidak akan membiarkan hambanya menderita dengan sia-sia..,” kata-kata hikmah daripada Dr.Maisara menambahkan lagi kesayuan hatiku. Air mataku kembali lebat membasahi pipiku. Fikiranku buntu. Kata-kata nasihat yang aku terima kini seolah-olah langsung tidak meresap ke dalam sanubariku. Langsung tidak mampu menenangkan hati yang resah . Mengapakah mimpi indah yang aku idamkan selama ini berakhir dengan air mata ? Berakhir dengan kekecewaan? Tidak terjangkau di fikiranku akan menghadapi ujian seberat ini. Tidak pernah terlintas di fikiranku akan mengharungi hidup sebagai seorang ibu tanpa seorang bapa .Semua ini datang dengan tiba-tiba tanpa dapat aku menghalangnya.



------------------------------------------------------------------------------------



“Lepaskan saya Encik Hakim! Lepaskan saya!” Aku menjerit nyaring . Namun jeritanku terhenti apabila bibirku dicium dengan penuh berahi . Aku masih berusaha keras untuk meronta melepaskan diri namun masih gagal.Badanku terus dihenyak tanpa belas kasihan . Tudungku ditarik kasar sehingga menampakkan rambutku yang panjang. Pakaianku ditanggalkan sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya .

“Syam!! Tolong!!” Saat ini hanya nama Syam yang bermain di benakku.

“Diam!” Tengking Encik Hakim tiba-tiba .Tangannya menampar pipiku beberapa kali.Terasa perit sekali . Aku masih cuba meronta namun kudratku yang lemah tidak membenarkan aku melepaskan diri. Walaupun begitu aku cuba mengumpulkan tenaga untuk melawan cengakamannya yang semakin kuat . Dengan sepenuh hati aku menolak tubuh sasanya dan kali ini aku berjaya . Dia tertolak ke belakang sehingga jatuh dari sofa itu. Tanpa membuang masa aku terus berlari mendapatkan pintu bilik namun nasibku tidak berapa baik kerana belum sempat aku memutar tombol pintu, lenganku ditarik kasar dari belakang dan dihadapkan berhadapan dengan Encik Hakim. Tanpa belas kasihan aku ditendang sehingga jatuh tersungkur di atas lantai . Perutku terasa teramat sakit akibat ditendang terlalu kuat . Encik Hakim benar-benar sudah berubah menjadi binatang kini.

“ Encik Hakim..tolong..jangan apa-apakan saya..tolong Encik Hakim..,” aku merayu dengan linangan air mata .Hanya itulah yang dapat aku lakukan ketika ini. Aku mengengsot ke belakang sedikit demi sedikit namun semakin aku menjauh ,Encik Hakim semakin menghampiri. Dia hanya tersenyum sinis dan tanpa mengeluarkan sepatah kata, dia kemudian terus menerkamku sekali lagi. Aku berusaha untuk meronta dan menolak tubuhnya namun kerana terlalu berang denganku, Encik Hakim menamparku kuat sehingga berdesing telingaku dibuatnya . Seketika kemudian mataku berpinar dan pandanganku semakin lama semakin kabur,gelap..dan..

“ Arghhh, lepaskan saya!!!” Aku menjerit nyaring dan terus terbangun dari pembaringan. Nafasku tercungap-cungap .Peluh dingin mula memercik membasahi wajahku . Aku memandang sekeliling. Kini aku bukan berada di pejabat Encik Hakim lagi tetapi di sebuah bilik bercat putih dengan pelbagai alat-alat berteknologi tinggi yang tidak aku ketahui fungsinya di sekelilingku. Aku bingung. Aku meraup wajahku beberapa kali. Di manakah aku? Apakah yang berlaku?Sebentar kemudian, Dr.Maisara menghampiriku . Apabila melihat Dr.Maisara barulah aku sedar bahawa kini aku sedang melakukan rawatan hipnosis . Serentak dengan itu, aku terus memeluknya apabila dia melabuhkan punggung di sebelahku. Aku menangis teresak-esak dibahunya kerana terlalu takut dan kecewa.

“ Doktor, Encik Hakim yang…,” kataku sayu tidak mampu menghabiskan ayatku kerana terlalu terkejut.

“ Ye..saya tahu..,” jawab Dr.Maisara sepatah kemudian mengeratkan pelukannya.


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 14 comments:

    1. dia dah tau dah
      cian dia huhuhu

      ReplyDelete
    2. btoI3..sian dia..mesti dia sedeh..tapi baguih jugak..sian syam..huuhu

      ReplyDelete
    3. huhu..
      yes,,lina da taw..
      tade la dye slhkan syam agy..
      sian at syam..
      huu...
      sengal tol hakim tuh..
      isk3..

      ReplyDelete
    4. good! akhirnya Lina tahu gak sape perogol dia..mesti dia menyesalkn coz tudh Syam yg bukan2?

      ReplyDelete
    5. sian lina. en hakim tu patut kena sumbat dlm penjara je! jahat bebenor!

      ReplyDelete
    6. akhirnya lina thu jgk sape yg rape dia...
      yes2 biar hakim trima blsnnya...

      ReplyDelete
    7. sambung lagi....makin best...

      ReplyDelete
    8. salam...


      tq sudi singgah anaklaut..

      ReplyDelete
    9. arghh bencinya kat hakim!!!

      ReplyDelete
    10. tp kan, kalau hakim bertanggungjawab n kahwin ngan lina, okay gak! = )

      ReplyDelete
    11. jgn kahwinkan lina n hakim!!!
      ngan syam x pe hehe

      ReplyDelete
    12. ble nak sambung ni..ish tak sabar2 plak

      ReplyDelete
    13. assalamualaikum..

      thanx to all of u yg sudi follow cte ni
      im so sorry coz this week mmg x de masa nk post n3 bru..hujung minggu ni sy ada posting exam
      so meby next week insyaAllah sy akan cuba smbg cte ni..harap bersabar..

      ReplyDelete
    14. betul2 biar syam kahwin ngan Lina..
      jahat betul la hakim! Tembak kang baru tau!

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)