Thursday, June 4, 2009

Cinta Thriller 6


Aku memerhatikan suasana rumah banglo dua tingkat milik Intan. Hurmm..boleh tahan jugak besarnya . Inilah pertama kali aku singgah di rumahnya kerana selepas aku menghantar Intan pulang tempoh hari , aku hanya sempat menapak di laman rumahnya sahaja . Intan tidak membenarkan aku masuk tanpa memberikan sebarang sebab. Justeru aku terpaksa akur . Aku tidak tahu pula rupanya selama ini terdapat sebuah rumah banglo mewah di pulau ini kerana kawasannya agak terpencil . Rumahnya dikelilingi pokok kelapa dan tidak jauh dari situ terdapat kawasan paya bakau yang agak luas . Suasananya begitu sunyi dan agak menyeramkan.

Dalam diam , aku risaukan Intan kerana terpaksa hidup keseorangan bersama Imran dan bibik jauh daripada orang ramai dan jauh daripada pandangan masyarakat di pulau ini. Aku risau sekiranya sesuatu menimpanya memandangkan tiada pengawal yang akan mengawasi keselamatan penghuninya . Aku tidak mahu peristiwa yang berlaku 3 hari lepas berlaku lagi ke atasnya. Demi Intan sekeluarga , aku sanggup menjaga keselamatan mereka selepas ini biarpun Intan dikatakan masih lagi isteri orang menurut bibik tetapi yang pasti aku tidak akan benarkan apa-apa musibah pun menimpa wanita itu . Lantak lah dia ada suami ke tidak . Yang penting, keselamatannya mesti dijaga . Jika suaminya bertanggungjawab, dia tidak akan meninggalkan isteri serta anaknya seorang diri . Ternyata suaminya saja ingin lari daripada tanggungjawab . Kata bibik , suaminya sudah 3 tahun meninggalkan Intan ibarat bergantung tidak bertali disini kerana kononnya dia terpaksa bekerja di luar negara . Lelaki itu tidak layak menjadi suami kepada Intan. Dia memang tidak pandai jaga bini! Gertakku di dalam hati, geram.

“ Bila uncle sampai sini?” Pertanyaan Imran yang tiba-tiba muncul di hadapanku membantutkan lamunanku . Aku tersenyum memandang Imran yang sedang memisat matanya .Mukanya sembab. Baru bangun tidur agaknya.

“ Uncle sampai dah lama dah. Tunggu Im la, lama sangat..,” jawabku separuh bergurau .

“ Ala..kenapa uncle tak cakap awal-awal dekat Im uncle nak datang. Nanti Im tak tidur sebab tunggu uncle.., Im mintak maaf ye uncle .Im tak tahu uncle nak datang..,” rayuan daripada Imran sedikit menggeletek hatiku. Dia segera mendapatkan aku dan kemudian menghulurkan salam untuk bersalam denganku. Aku menyambut salamnya dengan rasa kagum di hati . Errm..bagus betul budi bahasa budak ni , tidak padan dengan umurnya yang masih muda tetapi sangat berbudi bahasa. Pandai Intan mendidiknya dengan nilai-nilai ketimuran.

“ Mana mama?” soalku kepada Imran .Dari tadi aku di sini , kelibat Intan masih tidak kelihatan. Tadi, bibik yang menyambut kedatanganku ,kemudian dia naik ke tingkat atas untuk memanggil Intan namun hampir setengah jam aku tunggu , bibik dan Intan masih lagi tidak muncul-muncul. Entah apa dia buat , aku tidak tahu.

“ Im tak tahu la uncle..Im baru je bangun tidur,” kata Imran sambil menggaru kepalanya .

“ Tak apa Im, uncle boleh tunggu. Im apa khabar hari ni?” Soalku lembut sambil menggosok perlahan kepalanya . Imran pula melentokkan kepalanya di dadaku yang sasa sambil duduk di atas pehaku .

“ Mestila khabar baik, uncle macam mana? Uncle datang sini sebab rindu mama eee..,” Imran mula menyerkap jarang . Aku tergelak mendengar tekaannya yang sesungguhnya tepat sekali .

“ Mestila nak jumpa. Mama Im kan cantik, baik..Imran pun uncle nak jumpa jugak,” kataku sambil mencuit hidungnya . Dia hanya tersengeh mendengar kata-kataku.

“ Uncle selalu la datang sini ye..teman Im. Im sunyila tak ada papa. Tengok dalam TV, semua orang ada papa. Im tak ada..,” aku tersentuh mendengar kata-kata yang terluah daripada bibir anak kecil itu. Sesungguhnya dia begitu dahagakan kasih sayang seorang ayah .

“ Papa Im pergi mana?” Soalku ingin tahu sejauh mana Imran mengetahui perihal papanya.

“ Bibik cakap papa Im pergi jauh. Im tak pernah tengok papa ,” kata Imran sambil bermain-main dengan robot mainan di tangannya yang sudah tersedia di situ.

“ Tak ada gambar papa ke? Kalau ada, bagila uncle tengok,” terdetik juga hatiku untuk melihat rupa papanya yang langsung tidak tahu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab . Kerana dia , semua orang menderita. Kejam! Kalau aku, aku tidak akan membiarkan isteriku keseorangan sebegitu lama.

“ Tak ada..mama tak bagi tengok ,” jawab Imran dengan muncung yang panjang seolah-olah merajuk dengan perbuatan mamanya . Aku mengerutkan kening , hairan. Mengapa Intan tidak membenarkan Imran melihat wajah ayahnya sedangkan Imran perlu tahu ? Atau intan berbuat begitu kerana dia fikir Imran masih kecil? Namun, bagi aku, Imran berhak mengetahui siapa ayahnya walaupun melalui gambar.

“ Maaf ye pak..ibu intan tengah mandi dan solat sebentar. Sekejap lagi ibu turun . Tunggu sebentar ya..,” sapa bibik yang baru sahaja turun dari tingkat atas . Aku mengerling jam di tangan ku. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Oh, patutla..waktu zohor rupanya . Aku termenung seketika . Rupanya sudah lama aku tidak menunaikan solat fardhu yang satu itu . Selama ini aku lalai dengan perihal dunia sehingga melupakan tuntutan agama yang wajib setiap umat islam tunaikan. Namun, disebabkan ketaksubanku untuk mencari kesenangan duniawi, tanpa kusedari aku telah hanyut dalam arus kejahatan yang tidak pernah surut dalam diriku . Ditambah pula dengan kekurangan didikan agama daripada ibu bapaku semenjak kecil yang tidak pernah mempunyai masa terluang untuk bersama keluarga sehingga menyebabkan aku tercicir jauh . Entah mengapa, mendengar perkataan ‘solat’ cukup membuatkan aku insaf dengan tiba-tiba .

“ Uncle, dengar tak Im cakap apa ni?” Muhasabahku terhenti di situ sahaja sebaik sahaja Imran menyapaku. Terlupa seketika pada Imran di ribaanku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku betul-betul tidak mendengar kata-kata Imran sebentar tadi kerana fikiranku tiada di sini seketika.

“ Err..Im cakap apa tadi ye? Sory..uncle tak dengar..,” kataku lembut . Imran mula menarik muka masam.

“Ala..uncle ni..penat Im cakap tapi uncle tak dengar..malas lah cakap dengan uncle,” kata Imran seakan merajuk.Ish, kuat merajuk juga budak ni .Menurun daripada baka siapa ni? Kalau daripada mama dia, susahlah aku nanti..

“ Jangan marah Imran.. Uncle penat sangat la tapi sekarang uncle dah tak penat . Uncle nak dengar apa yang Im nak cakap. Come..cakapla..,” gesaku .Badannya ku pusing supaya menghadap betul-betul berhadapan denganku dan merenung matanya agar dia mempercayai aku. Seketika kemudian kelihatan riak ceria di wajahnya melihat layananku.

“ Imran cakap , boleh tak uncle ajar Im kung fu ? Im nak jadi macam uncle .Im nak lawan orang jahat .Nanti tak ada orang berani nak pukul mama..,” katanya bersungguh-sungguh membuatkan aku tergelak kecil .

“ Ye Im, nanti uncle ajar..tapi Im kena janji dengan uncle satu perkara..,” aku mula memancing perhatiannya.

“ Apa tu uncle?” Kelihatan riak hairan di wajah anak kecil itu.

“ Lepas ni , Im jangan merajuk lagi dengan uncle boleh?” aku saja ingin mengujinya.

“ Tapi..,” Imran kelihatan semakin hairan.

“ Tapi apa?” pantas aku menyoal.

“ Merajuk tu apa uncle?” Aku menepuk dahi mendengar pertanyaannya. Ish, aku ingatkan Imran sudah dapat menangkap maksudku.

“ Merajuk tu..erm..macam mana nak cakap ye..Merajuk tu..,”

“ Merajuk itu sepertinya menarik muka masam begitu ya?” Bibik tiba-tiba datang menyampuk kata-kataku . Dia meletakkan dulang dengan cawan berisi air kopi panas di hadapanku.

“ Ha…! Betul tu!” Kataku mengiyakan kata-kata bibik . Imran berfikir sejenak.

“ Erm..baiklah uncle, uncle janji tau ajar Im kung fu kalau Im tak merajuk!” Imran menegaskan sekali lagi kata-katanya.

“ Janji!” Aku mengangkat sebelah tanganku seperti berikrar untuk melaksanakan tuntutannya . Imran turut melakukan perkara yang sama kemudian dia memelukku erat.

“ Sayang uncle!” Kata-kata yang terluah daripada Imran benar-benar membuatkan hatiku cukup bahagia . Tidak terlampau rasanya jika aku merasakan bahawa Imran seperti anakku sendiri . Walaupun aku tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak, namun aku dapat merasakan aura seorang bapa dalam diriku sedang menjalar ke setiap ruang jiwaku.

“ Ehem..ehem..,” aku dan Imran serentak berpaling ke belakang apabila mendengar orang berdehem di belakang kami. Intan rupanya..Dia tersenyum melihat kami .Buat pertama kalinya aku dapat melihat senyuman ikhlas darinya . Cukup manis. Cukup memukau hati.

“ Mama, kenapa lama sangat? Kasihan Uncle tunggu mama lama tau..,” Imran pantas mendapatkan mamanya.

Intan perlahan-lahan mendekati kami kemudian dia mendekati bibik yang berdiri tidak jauh dari situ dan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi denganya . Aku hairan. Semenjak aku bertemu dengannya, aku tidak pernah mendengar suaranya sebaliknya sering melihat dia menggunakan isyarat tangan. Adakah wanita ini bisu?

“ Pak..Ibu bilang , assalamualaikum..maaf kerana lama menunggu..,” kata bibik kepadaku .

“ Waalaikumussalam..tak apa, saya tak kisah. Lagipun Imran ada..dia yang layan saya dari tadi,” ikhlas aku menuturkan kata-kata itu . Intan tersenyum mendengar kata-kataku. Walaupun pelbagai persoalan menerpa ke ruang benakku mengenai identiti Intan yang sebenarnya, namun aku terpaksa ketepikan persoalan itu buat sementara waktu kerana aku ingin menatap wajah Intan yang cukup ayu di hadapanku. Dia menundukkan pandangan apabila bertentang mata denganku . Aku hanya tersenyum melihat sikapnya yang malu-malu kucing. Kemudian, dia memberikan lagi isyarat tangan kepada bibik yang langsung aku tidak fahami.

“ Ibu bilang tunggu sebentar kerana beliau mahu naik ke tingkat atas..,” kata bibik satu persatu . Aku hanya mengangguk. Kemudian, dia perlahan-lahan beredar dari situ dan terus ke tingkat atas. Aku tidak lekang menyoroti langkahnya kerana kalau boleh aku tidak mahu melepaskan peluang melihat bayangannya setiap detik dan waktu. Ish, nampaknya aku sudah terlalu mabuk dilamun khayalan cinta.


“ Bibik, boleh aku nak tanya sikit?” Aku memperlahankan suaraku apabila becakap dengan bibik apabila aku melihat kelibat Intan hilang dari pandangan .

“ Tanya apa pak?” Soal bibik kuat.

“ Shhh, jangan omong kuat-kuat, nanti ibu Intan dengar..,” marahku dalam nada perlahan . Bibik pantas menutup mulutnya.

“ Maaf pak..bapak mahu tanya apa sih?” Kali ini bibik turut memperlahankan suaranya. Faham bahasa pun.

“ Apa Intan sebenarnya enggak bisa bercakap?” soalku lambat-lambat dalam bahasa indon yang kedengaran agak pelat. Kalau boleh, aku ingin terus menanyakan sama ada Intan bisu atau tidak tapi terasa perkataan itu terlalu kasar pada pendengaran orang lain apatah lagi apabila Imran yang masih kecil itu berada di situ.

“ Iya pak..Ibu intan itu bisu cuma dia enggak pekak,” kata-kata bibik itu membuatkan aku sedikit terkejut dan terus terdiam. Terkejut kerana telahan aku benar. Patutla selama ini dia langsung tidak bercakap apabila aku menegurnya, rupa-rupanya dia bisu.

Tanpa kusedari Intan sudah berdiri di sebelah bibik. Aku mulai resah kerana aku khuatir Intan mendengar perbualanku dengan bibik. Aku tidak mahu dia tersinggung. Namun, dia kelihatan tenang dan tersenyum melihatku sambil memegang jaket kulit berwarna hitam di tangannya . Seperti biasa , Intan bercakap dalam bahasa isyarat dengan bibik dan bibik mengangguk tanda faham dengan kata-katanya . Bagaimana dia faham aku tak tahu lah. Intan perlahan-lahan menghulurkan jaket itu kepadaku. Aku berfikir sejenak. Kenapa Intan beri jaket ini kepadaku? Hadiah ke? Ish, tak mungkinlah.

“ Ini jaket bapak yang bapak pinjamkan sama ibu Intan . Ibu bilang terima kasih banyak-banyak kerna menyelamatkannya tempoh hari . Dia senang sekali dengan bapak..,” aku tersenyum mendengar kata-kata penterjemah bahasa isyarat tak bertauliah di hadapanku. Oh, baru aku teringat, jaket ini aku gunakan untuk menutup tubuh Intan hari tu. Kata-kata terakhir daripadanya cukup membuatkan dadaku kembang dan hatiku berbunga riang. Seronok benar apabila dihargai oleh wanita yang bernama Intan di hadapanku .

“ Sama-sama Intan..jaket ini saya hadiahkan pada awak, buat kenang-kenangan..ambillah..,” kataku dalam nada yang romantis sambil menghulurkan kembali jaket kulitku kepadanya . Dia teragak-agak ingin menerimanya . Aku tersenyum puas , senang sekali melihat senyuman indah yang terukir di bibirnya.

“ Ibu bilang terima kasih sekali lagi..ibu Intan enggak tahu bagaimana caranya mahu membalas budi baik bapak..,” kata bibik lagi . Kata-kata itu membuatkan senyumanku semakin melebar.

“ Tak ada apa-apa..saya cuma membantu orang yang dalam kesusahan . Nanti kalau ada apa-apa, just contact me okay..”. Intan mengangguk mendengar kata-kataku.

“ Oh ya bibik, ini nombor aku..jikalau ada apa-apa yang menimpa Intan dan Imran, bilang sama aku ya..mulai hari ini aku akan jaga keselamatan kalian..” kataku cuba meyakinkan mereka sambil menghulurkan nombor telefonku.

“ Terima kasih ye pak..bapak sungguh baik. Maafkan gue kerana mengasari bapak itu hari..,” kata bibik.

“ Enggak apa-apa..aku udah maafin,” jawabku sepatah.

Kemudian,aku mengalihkan pandangan pada Imran di sebelahku. Lah, dah tertidur rupanya. Patutla dari tadi senyap je. Aku mengelus lembut rambut anak kecil itu. Jauh di sudut hatiku berasa simpati atas nasib Intan yang dilahirkan bisu namun nasib baiklah Imran tidak begitu . Walau apa pun yang berlaku, aku tidak kisah dan tidak akan pernah kisah bagaimana keadaan Intan sekalipun kerana yang pastinya aku kisah terhadap perasaan sayangku terhadapnya yang semakin hari semakin subur. Aku pasti akan menjadikan dia milikku suatu hari nanti . Prinsip aku, apa yang aku kehendaki pasti akan aku perolehi walau dengan apa cara sekalipun!


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 6 comments:

    1. bisu rupanya intan, entah2 intan ni anak datin yg dirogol hariz ketika merompak, anak tu anak hariz

      ReplyDelete
    2. btol2..
      sokong..
      nta2 ank hariz..
      huhu..
      bgla hariz nieh bek sket..
      cm ganas sgt oouhh.
      ngeri lak bce...
      ekekeeke.

      ReplyDelete
    3. dah namanya cinta thriller ,mestila la ganas kan writer?hehe..pepun cte ni best . hariz ni very straight forward la..suka laki camni.=p

      ReplyDelete
    4. wahh petah betul la Imran tuh..
      sy sokong kata anonymous tu! harap2 betul la.hehe

      ReplyDelete
    5. woahh mantap ah cte nih .sambung la cepat!

      ReplyDelete
    6. sya rasa intan ni..anak datin M tu kan..n imran ni ank hariz...wink2

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)