Saturday, June 20, 2009

Tidak Seindah Mimpi 14



Aku memerhatikan skrin handphoneku.Sudah 2 hari aku tidak memegang handphone setelah pertemuanku dengan Dr.Maisara. ‘20 miscall’ dan ‘3 new message’ tertera pada skrin. Aku membukanya perlahan-lahan. Aku terkedu melihat semua miscall dan sms daripada Syam.

‘ Salam Lina, awk kt ne?
Sy call awk byk kali,
Knp x angkat?’

‘ Boleh tak sy nk jumpa awk?’

‘ Lina..please say something..
I really miss u…’

Aku hanya menahan sebak membaca mesej daripada Syam .Handphoneku aku lempar ke atas katil .Tidak sanggup rasanya untuk bersua muka dengannya setelah apa yang berlaku. Aku benar-benar rasa bersalah terhadapnya.Aku malu dengannya. Aku malu dengan semua orang. Rasa menyesal membuak-buak di dalam dada kerana tidak berpegang kepada nasihat Syam sebelum kejadian memalukan itu berlaku. Aku menyesal kerana telah banyak menyakitkan hati Syam sedangkan dia langsung tidak bersalah dalam hal ini.Aku benar-benar menyesal kini. Aku terlalu bodoh kerana mempercayai Encik Hakim selama ini. Aku tidak sangka kebaikan yang di tunjukkan Encik Hakim padaku dulu rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Satu persatu perbuatan kejam Encik Hakim terhadapku bermain di tubir mata sekaligus menyesakkan otakku. Aku meratap pilu. Namun, tiada gunanya aku meratapi atas keterlanjuran ini kerana mustahil aku dapat mengundur waktu kembali. Sungguh mustahil!

Air mata yang hampir kering kembali mengalir laju membasahi pipiku. Aku melurut rambutku ke belakang. Aku merasakan hidupku tidak bermakna lagi .Aku rasa aku tidak layak hidup di dunia ini lagi. Tidak layak sama sekali..Ya Allah ,mengapa Engkau menduga aku seberat ini? Aku tidak sanggup menghadapinya Ya Allah..aku merintih di dalam hati .Bahuku terhinjut-hinjut menahan sendu. Kepalaku terasa sakit memikirkan soal ini.

“ Arghh!!” Aku menjerit kuat untuk melepaskan segala penderitaan yang bertakung di dada .Alat solek yang berada di atas meja solekku aku sepahkan. Aku melihat wajahku di cermin. Aku meraba mukaku. Kemudian aku menangis lagi. Wajahku ternyata sudah hilang seri. Inikah rupa wajah orang yang sudah hilang maruah diri? Inikah wajah wanita yang sudah tidak suci? Mana wajah aku yang dulu? Mana?? Aku menumbuk cermin di hadapanku beberapa kali. Kaca bertaburan di atas meja.Darah mengalir laju dari celah jariku . Tanganku berdenyut-denyut kesakitan namun aku tidak menghiraukan kesakitan itu kerana yang pasti kesakitan hatiku lebih parah dari ini. Aku terduduk di atas lantai. Aku bersandar pada birai katilku. Aku meraup mukaku beberapa kali .Aku benar-benar putus harap sekarang. Aku sudah tidak berguna lagi…

“ Lina, kenapa ni?” Soal Fatin yang tiba-tiba datang mendapatkanku. Aku tidak menjawab sebaliknya memandangnya kosong. Aku seperti sudah hilang arah kini.

“ Ya Allah darah! Lina..kenapa boleh jadi macam ni?” Terkejut bukan kepalang Fatin melihat darah berlumuran di tanganku dan kaca yang bersepah-sepah di situ. Tanganku diraih lalu dia mencapai sapu tangannya lalu membalut pantas luka pada tanganku. Aku masih berdiam diri, tidak berganjak sedikitpun dari kedudukanku.Aku hanya memerhatikan perbuatan Fatin tanpa rasa apa-apa.

“ Lina, kenapa Lina?! Kau ok ke tak ni?” Fatin menggoncang tubuhku beberapa kali namun aku masih begitu. Mindaku seolah-olah tidak dapat berfungsi lagi.

“ Fatin..aku nak mati..,” aku tidak tahu bagaimana perkataan itu terpacul dari mulutku. Yang pasti, aku benar-benar kecewa.

“ Lina! Apa kau merepek ni?! Ingat Allah Lina..mengucap!” Marah Fatin. Aku meratap lagi. Fatin memeluk aku kemas dan aku turut membalas pelukannya.

“ Aku tak sanggup nak hidup lagi Fatin..tolong aku Fatin..hidup aku tak bermakna lagi..,” aku merintih di dalam sendu dalam pelukan Fatin.

“ Lina..jangan macam tu..anggaplah dugaan yang kau terima ni adalah ujian dari Allah..Kau jangan ikut perasaan sangat..kembalilah padaNya Lina..,” suara Fatin bergetar. Aku terharu melihat dia turut mengalirkan air mata melihat keaadaanku.

“ Tapi Fatin..aku..aku..,” kata-kataku tersekat di situ kerana aku tidak sanggup untuk menyatakan yang aku sudah tidak suci lagi .Perkataan itu membuatkan dadaku sesak.

“ Cakaplah Lina..apa sebenarnya berlaku? Kau cerita kat aku? InsyaALLAH yang mana aku dapat tolong..aku tolong..,” kata Fatin Ikhlas . Dia memegang kedua-dua belah bahuku. Aku memandang sayu padanya .Perlukah aku cerita padanya? Patutkah dia tahu cerita yang mengaibkan itu? Aku memegang kedua belah kepalaku.Aku buntu. Aku tidak tahu apakah jawapan pada persoalan itu.

“ Macam nilah..aku nak kau rehat dulu..jangan banyak fikir sangat..nanti kau dah ok,kau cerita kat aku..ok?” Fatin meneruskan kata-katanya. Wajahnya kelihatan benar-benar ikhlas untuk membantuku. Aku terdiam lagi dan cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan segala yang terbuku dihatiku .

“ Lina..,janganlah macam ni..,” Fatin masih terus memujukku. Aku perlahan-lahan ingin membuka mulut. Aku tidak sanggup lagi menahan permasalahan ini seorang diri. Aku memerlukan seseorang untuk mendengar masalahku tidak kiralah ia mengaibkan atau tak.

“ Say something Lina..erm..,” pandangan lembut Fatin bertaup dengan pandanganku.

“ Aku dirogol..,” sepatah aku menjawab namun cukup untuk membuntangkan matanya.

“ What?! Lina..kau jangan nak main-main dengan aku..,” nampak sangat muka Fatin seperti tidak percaya akan kata-kataku.

“ Ye Fatin..aku dah tak suci lagi fatin..aku..aku dah mengandung!!” Jeritku tiba-tiba dan kemudian meratap sayu. Fatin menutup mulutku kerana terlalu terkejut mendengar kata-kataku.

“ Lina..” Fatin memelukku sekali lagi. Dia turut menangis. Bahuku di usap lembut. Dia seperti begitu memahami perasaanku ketika ini.

--------------------------------------------------------------------------------------

“ Fatin…apa aku nak buat sekarang?” Aku masih bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan kini. Aku memandang Fatin dengan penuh harap.Fatin seperti sedang mencongak sesuatu. Kini, Fatin mengetahui segala-galanya .Aku yakin Fatin tidak akan membongkar rahsia ini pada orang lain kerana sudah lebih 10 tahun kami berkawan dan dialah antara kawan yang paling aku percayai selama ini. Cukuplah kami berdua dan Dr.Maisara tahu pasal aku.Aku tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat jika mereka mengetahuinya.Sudah tentu mereka akan memandang jijik padaku. Tidak! Aku tidak sanggup!

“ Erm..Dr.Maisara cakap kat kau apa?” Soal Fatin.

“ Dr.Maisara nasihatkan aku pergi bersemuka dengan Encik Hakim..tapi Fatin..aku tak berani..aku takut..,” aku tertunduk menahan lantai.Mataku melilau ke kiri ke kanan. Menyebut nama Encik Hakim cukup membuatkan hatiku sakit.

“ Aku rasa pun macam tu jugak..Lina..kau mesti kuat Lina..Kau mesti jumpa dia.Mintak dia bertanggungjawab. Kalau dia tak setuju kita lapor je pada polis. Orang macam Encik Hakim tak patut hidup bebas!” Fatin bertegas .Dia mengetap bibir. Dia benar-benar marah dengan apa yang Encik Hakim dah lakukan padaku.

“ Maksud kau ,kau nak aku kahwin dengan dia? Macam tu? Tidak Fatin! Aku tak sanggup kahwin dengan perogol aku ! Aku tak nak!” Aku seperti terkena serangan histeria mendengar kata-kata Fatin. Mana ada orang dalam dunia ni berkahwin dengan orang jahat apatah lagi dengan orang sejahat Encik Hakim. Fatin mengelus halus mungkin turut buntu untuk menyelesaikan masalahku.

“ Aku bukan apa Lina..aku tak nak anak kau nanti tak ada ayah..Encik Hakim tu ayah dia..so dia mesti bertanggungjawab atas perbuatan dia..,” Fatin mendekati aku dan mengenggam erat tanganku. Hatiku pedih. Tidak sangka Fatin akan menasihatkan aku begitu. Dahlah otakku sedang berserabut sekarang ,lepas tu makin serabut dengan cadangan gila yang baru sahaja aku dengar.

“ Tidak Fatin..aku tak sanggup.Aku lebih rela gugurkan anak ini dari kahwin dengan dia!” Aku bertegas. Aku menarik kasar tangan dalam genggamannya lantas berdiri dan berjalan mundar-mandir di situ. Fatin menarik nafas dalam-dalam lalu menghempasnya perlahan-lahan.

“ Lina!Kau jangan buat kerja gila! Jangan gugurkan anak tu.Berdosa besar!” Fatin menggertakku . Aku melurutkan rambut ke belakang dan melepaskan nafas kasar. Soal dosa pahala langsung tidak aku fikirkan lagi.

“ Aku tak nak anak ni lahir dengan keadaan macam ni. Aku rasa dia lebih terseksa kalau dibiarkan hidup..,” sayu aku berkata sambil mengusap perut yang masih kempis.

“ Kita siapa nak tentukan hidup dia? Tu semua kuasa Allah.Jika Allah izinkan dia hidup di dunia ini,kau tak boleh nak halangnya…,” Fatin bersungguh-sungguh menasihatiku namun langsung tidak berbekas di hatiku.

“ Kau tak faham perasaan aku Fatin..kau tak faham..,” aku menangis lagi. Ternyata hatiku bertambah sakit kini.Ternyata Fatin langsung tidak dapat menyelami perasaan ketika ini.

“ Aku faham perasaan kau Lina..anak tu tak berdosa..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ok..kita ketepikan soal ni. Yang penting sekarang kau mesti pergi jumpa Encik Hakim..,” nasihat Fatin menambahkan kekusutan fikiranku.

“Kau nak aku pergi jumpa buat apa?! Kau ingat orang macam tu nak bertanggungjawab ke?! Kau nak aku dapat malu sekali lagi?! Kalau orang satu pejabat dengan aku tahu pasal ni kau ingat aku tak malu?!” Bertalu-talu aku menyoal Fatin. Dalam sendu aku merengus geram.

“ Kau belum jumpa dia lagi..kau tak tahu lagi apa keputusannya. Setidak-tidaknya dia tahu yang kau mengandungkan anak dia.Kau cuba bincang elok-elok dengan dia dulu..Kalau dia tak nak ambil pusing pasal tu,kita lapor je la kat polis..,ikutlah nasihat aku Lina..aku tak nak tengok kau macam ni..” Fatin sudah berdiri sebelahku.Bahuku dipaut kemas dan diusap perlahan.

“ Tapi aku takut…aku takut perkara itu berlaku lagi..,” suaraku mendatar.Jantungku tiba-tiba berdegup kencang apabila bayangan peristiwa itu melintas ruang benakku.

“ Tak ada yang perlu ditakutkan.Hak kau mesti dibela! Kau kena kuat! Jangan mudah mengalah..Lina yang aku kenal tidak mudah mengalah..,” kata Fatin lembut dengan wajah yang penuh berharap. Aku merenung Fatin untuk mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya.Melihat sinar yang terpancar pada matanya sedikit sebanyak meyakinkan aku. Tapi kuatkah aku untuk berdepan dengan Encik Hakim nanti? Apakah reaksinya bila dia tahu yang aku mengandungkan anaknya? Adakah Encik Hakim akan bertanggungjawab ke atas anak dalam rahim ku ini? Aku buntu..


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 5 comments:

    1. patut! hakim patut bertanggungjawab! biar dia kahwin dengn lina..

      ReplyDelete
    2. eks? tp camner ngan syam? cian dier.. kn syam suke lina..

      ReplyDelete
    3. huhu...
      lina,,jgn wat kije gile kay..
      huhu..nl lgi..

      ReplyDelete
    4. ciannye...
      mana syam ni...
      hero ni mana...
      cepatla tolong..

      ReplyDelete
    5. Org Ganu,

      semua ini ujian yang diberikan pada saya..saya terima semua dengan sabar..insyallah..

      p/s: anda memangnya sangat berbakat dalam bidang penulisan..teruskan..

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)