Semakin
hari, aku semakin yakin dengan keputusanku untuk pulang ke tanah air untuk
meneruskan rancangan pernikahanku dengan Syam. Walaupun banyak
persoalan-persoalan tentang kisah silam Syam yang belum terungkai , tapi itu
semua bukan penghalang untuk aku menerima lamaran Syam untuk menikahiku dan
mengikutnya untuk kembali ke tanah air. Lagipun di Malaysia, aku sudah tidak
punya sesiapa. Ibu bapaku pun sudah lama meninggal. Aku cuma anak tunggal dalam
keluarga. Tiada adik-beradik. Yang ada cuma saudara-mara belah ibu-bapaku
sahaja. Itupun aku tidak berapa rapat. Jadi, buat apa aku perlu ragu-ragu untuk
pulang ke sana? Aku yakin , aku masih ada ruang untuk membina kehidupan baru
bersama Syam di Malaysia . Tiga tahun di negara seberang cukup mengajar aku
erti kesusahan dan ketabahan dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar. Aku
menjadi lebih kuat dengan kehadiran cahaya mataku yang amat aku sayangi iaitu
Sofea. Sofea lah pengubat hatiku ketika aku dilanda gundah. Kepetahannya dalam
percakapan sentiasa menghiburkan hatiku . Biarlah aku hilang nyawa tapi
janganlah aku hilang Sofea. Ya Allah, janganlah Engkau jauhkan dia dariku. Aku
berdoa di dalam hati.
“ Hai Lina,
termenung panjang nampak? Teringatkan saya ke?” Lamunanku terbantut apabila
Syam tiba-tiba datang menegur. Dia sedang menuju ke arahku dengan membawa
dulang berisi set burger MacDonald untuk kami berdua. Hari ini kami keluar
jalan-jalan berdua sahaja . Sofea aku tinggalkan seketika di nursery Mahligai.
“ Ish mana
ada..Perasan!” Getusku.
“ Ye lah,
saya tahulah awak rindu saya kan? Baru tinggal 10 minit dah rindu ek? Ini yang
saya suka ni..” Syam berseloroh. Aku mencebik.
“ Tak ada
maknanya nak rindu awak…Banyak lagi lelaki lain yang saya boleh rindu selain
awak tau…,” balasku sekadar untuk menyakat.
“ Ooo jadi
selama ini awak rindu lelaki lain lah selain saya ye? Ini tidak boleh jadi ni…Siapa
lelaki itu? Beritahu saya..Ni yang saya tak suka ni..bikin panas je..” Syam
pura-pura marah. Aku tergelak kecil.
“ Kalau
awak tahu, awak nak buat apa dengan dia?” Soalku laju.
“ Aku
tumbuk muka kau nanti!” Tawaku terburai mendengar jawapan Syam. Terus ingatanku
teringat pada dialog Johan, pelawak nombor satu Malaysia itu.
“ Owhh
sekarang awak nak jadi Josyam la ek?”
“ Ha..baru
tahu. Josyam lagi power tau..Siapa berani kacau Lina saya, siaplah nanti! ”
kata Syam sambil turut tertawa. Burger big Mac dihulurkan kepadaku. Aku
mencapainya perlahan-lahan. Perutku mula memulas lapar.
“ Bila awak
nak fly balik Malaysia?” Soalku ingin tahu.
“ Hari
sabtu ni. Saya dah beli tiket untuk kita berdua. Awak dah ready?”
“ Erm..entahlah..”
Jawabku ringkas.
“ Entahlah??
Hai lagi 4 hari awak nak fly tak kan tak pasti lagi. Kenapa ni Lina? Any
problem?” Syam seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“ Saya
takut lah awak..” Jawabku teragak-agak.
“ Takut
pasal apa pulak ni?” Soal Syam lembut.
“ Takut nanti
family awak tak dapat terima saya. Ye lah, saya ni bukannya anak dara lagi kan…”
kataku sayu.
“ Lina..berapa
kali saya nak cakap..It’s doesn’t matter. Kan saya dah beritahu awak, mama dan
papa saya memang terima awak dengan terbuka hati. Diorang siap arrange kenduri kesyukuran
lagi untuk kita tau…” Kata Syam lagi. Aku memandangnya pelik.
“ Kenduri kesyukuran
untuk kita? Untuk apa?” Soalku tidak mengerti.
“ Ye lah, kan
keluarga saya bakal menyambut seorang cewek indon tercantik yang bakal jadi
menantu diorang..Mestilah kena buat kenduri kesyukuran..” Jawab Syam sambil
tersengeh.
“ Amboi, ye
lah tu.. Tak percaya lah saya..”
“ Lah apasal
pulak tak percaya..betul lah. At least dengan ada kenduri itu, dapatlah saya
kenalkan awak dengan saudara-mara saya kat sana. Diorang dah lama nak jumpa
bakal isteri saya tau…Nanti mesti semua orang akan cakap bertuahnya saya dapat
awak..dah la cantik, lemah-lembut, tinggi lampai, menghormati orang tua…sesuai
sangatlah tu dengan saya..betul tak?” jawab Syam dengan bersungguh-sungguh. Aku
tersenyum kecil. Rasa bahagia mula berputik di hati.
“ Awak ni
kan, kalau bab kelentong memang pandai ek..”
“ Mestila
kena pandai..kalau tak , tak kan awak nak tersangkut dengan saya..hehe…”
“ Eleh,
mana ada saya yang tersangkut dengan awak. Awak yang tersangkut dulu dengan
saya tau..” Aku membantah. Syam tertawa lagi.
“ Tak
apa-apa..nanti saya akan pastikan awak betul-betul tersangkut dengan saya okay.
Awak tunggu jelah malam pertama nanti..” Syam mula tersenyum nakal. Keningnya
diangkat beberapa kali. Darah panas mula menyerbu ke mukaku.
“ Syam!
Awak ni jahatlah! Ke situ pulak dia..” Marahku untuk menutup rasa malu yang
teramat dalam hatiku.
“ Kenapa?
Takut?” Syam menyakatku lagi.
“ Eii dah
la tu Syam. Malas la saya layan awak!” Marahku lagi. Tawa Syam semakin kuat.
Aku semakin tersipu malu.
“
Okay..okay..saya gurau je la. Kalau ye pun marah jangan la sampai nak campak
burger tu macam tu je.. Kesian burger saya beli mahal-mahal..” Kata Syam lagi.
“ Biar lah,
saya dah tak ada selera dah nak makan..” Aku buat-buat merajuk.
“ Alahai
sayang…janganlah macam tu. Abang Syam gurau jela.. Tapi saya suka sangat tengok
muka awak bila marah. Comel!” Sakat Syam. Aku menyembunyikan senyum. Terasa
geli hati pulak dengan gurauannya kali ini.
“ Memandai
je ek awak!” Jawabku dengan tertawa kecil. Sesungguhnya aku begitu senang
dengan karakter Syam yang happy go lucky . Sifatnya yang satu itu tidak pernah
berubah .
“ Ha..macam
tu Lina saya…Senyum. Kan lagi manis tu..Kalah Agnes Monica tau!” Syam
berseloroh lagi.
“ Aik, apasal tiba-tiba nak samakan saya dengan Agnes Monica pulak? Tak ada kaitan ok!” Rengusku.
“ Sebab
muka awak mirip Agnes Monica.." Tawaku bergema lagi mendengar jawapan Syam.
" Awak ni..adake nak bandingkan saya dengan Agnes Monica. Dia lagi cantik lah!"
" Tak..awak lagi cantik lah…dan yang tercantik di antara
wanita-wanita yang saya pernah jumpa,” Balas Syam dengan suara yang kali ini cukup
romantis di telingaku. Aku terkedu.
“ Lina..”
Syam memanggilku.
“ Ye..”
jawabku sepatah.
“ I love
you so much baby…really love you. Saya memang tak boleh hidup tanpa awak di
sisi. You are everything for me Lina..Saya betul-betul nak bahagiakan awak. So,
awak jangan tinggalkan saya lagi ye..” Kata Syam dengan penuh syahdu. Aku
terharu.
“ Ye
Syam..I love you too. InsyaAllah, saya janji lepas ni saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik
untuk awak k..” Jawabku lembut. Syam tersenyum lagi. Anak matanya redup
memandang anak mataku. Pandangan kami bertautan untuk seketika.
“ Thanks
Lina..saya tak sabar-sabar nak menanti hari bahagia kita. Dah lama saya tunggu
saat ni. Saya rasa bahagia sangat sekarang Lina..” Aku terdiam. Sungguh
kata-kata Syam cukup untuk menggetarkan jiwa wanitaku yang begitu rapuh.
“ Ye
Syam..saya pun rasa macam tu jugak…” Kataku sayu. Sungguh, hatiku benar-benar
bahagia kini. Kalau boleh aku tidak mahu kebahagiaan ini berakhir.
“ Awak
ingat tak pada pokok ni?” Kata Syam sambil menghulurkan telefon bimbit miliknya
kepadaku. Aku tidak mengerti. Mataku terus terencap pada foto dalam telefon
bimbitnya itu. Gambar sebatang pokok yang ada terpahat nama kami di situ. “ ~‘ Farid cute’ Love ‘Lina comel’ 12 September 1999~ “ . Pokok itu..ye pokok itu yang pernah
menjadi saksi pada ikrar cinta kami sebelum Syam berangkat ke London. Aku tidak sangka ukiran itu masih terpahat
kemas di pokok tersebut. Air mata terharu mula bergenang di kelopak mataku.
Segala ingatan tentang kenangan manis kami sewaktu ketika dahulu bermain di
tubir mata.
“ Awak
ingat lagi kan pada janji Farid pada awak?” Soalnya lagi apabila melihat aku
masih berdiam diri.
“ Ye saya
ingat..” jawabku ringkas. Aku kehilangan kata. Mana mungkin aku lupa pada pokok
yang menjadi simbolik cinta kami itu.
“ Awak dulu
pernah tanya saya kan, kalau pokok tu kena tebang, so akan hilanglah bukti
cinta kita kat situ. Jadi macam mana? Dan saya jawab , ‘walaupun pokok tu dah kena tebang tapi tak ada siapa yang boleh tebang
pokok cinta dalam hati saya. Nama awak akan sentiasa terpahat di hati saya
walau ke mana saya pergi….It will be there forever and ever..’ ” Kata Syam lagi
sungguh lembut di telingaku. Aku semakin terharu. Tidak sangka setiap dialog
kami sewaktu ketika dahulu masih segar dalam ingatannya.
“ Syam..”
Lidahku kelu untuk berbicara.
“ Jadi,
saya tak kan sesekali mungkir janji saya. Percayalah, awak sentiasa berada
dalam hati saya walaupun ke mana saja saya pergi. Awak seperti separuh dari
nyawa saya..Kerana itu, saya mahu mengikat awak dengan ikatan pernikahan yang
sah kerana saya tak sanggup kehilangan cinta saya lagi…saya tak sanggup untuk
berpisah jauh dengan awak lagi..I really need you honey..”
“ Tapi saya
takut tak dapat bahagiakan awak…” Akhirnya aku bersuara jua.
“ Saya tak
kisah kalau saya tak bahagia tapi saya kisah kalau awak tak bahagia. Saya janji
akan bahagiakan awak sampai ke penghujung nyawa saya walau apa terjadi
sekalipun…” Jawab Syam sambil tersenyum.
“ Terima
kasih Syam…” jawabku terharu.
“ It’s okay
Lina..Sampai bila-bilapun saya tetap milik awak dan awak tetap milik saya.
Tiada siapa yang dapat pisahkan kita melainkan ajal…Cinta saya pada awak tak
kan pernah padam kerna awaklah ratu hati saya selama-lamanya…I love you so much
Lina…much more than everything…” Sambung Syam lagi.
Air mataku
akhirnya tumpah jua. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Lidahku benar-benar kelu.Hati
wanitaku cukup tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Syam.
Ternyata cintanya padaku begitu tulus ikhlas. Hatiku kini kuat mengatakan yang Syam adalah
jodohku yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa sejak azali lagi. Dialah
cinta pertama dan terakhirku,dan pastinya tiada yang kedua. Melihat
keikhlasannya dalam mencintaiku cukup membuatkan aku rasa teramat bahagia.
Sudah lama aku tidak berasa bahagia sepeti ini. Aku harap dengan pernikahanku
dengan Syam akan lebih membawa sinar kebahagiaan untuk diriku dan juga Sofea.
Aku yakin keputusanku untuk menikahinya adalah keputusan yang terbaik. Aku
tekad akan mengikutnya pulang ke Malaysia untuk meneruskan rancangan pernikahan
kami. Aku pasti aku tidak tersilap langkah kali ni. Aku janji pada diriku yang
aku tidak akan mengecewakan Syam lagi walau apa pun yang terjadi. Aku akan
berusaha untuk menjadi isterinya yang terbaik dan solehah. InsyaAllah…Semoga
Allah memberkati niat kami ini demi untuk menoktahkan percintaan kami dengan
pernikahan yang suci dan lagi diberkati. Amin…
i like....
ReplyDeletebut what happen if Lina accidently meets Farid? Adakah Farid akan merebut anaknya drp Lina? adakah perkahwinan tu akan menjadi kenyataan? Now that makes me shiver.... ngeeeee.....
Farid adalah Syam..mungkin yang anda maksudkan adalah Hakim right? apa-apapun wait for next episodes ya.. =)
DeleteYa, saya silap... maaf. Yg saya maksudkan syam, org yg impregnanted kan Lina. tak sabar nak baca apa yg terjadi seterusnya....
Delete