Sayup-sayup kedengaran suara wanita menjerit di sebalik pokok-pokok rhu yang tersemai kukuh di suatu sudut bersebelahan dengan tepian pantai pulau itu. Aku perlahan-lahan mendekati kawasan itu kerana rasa ingin tahuku yang begitu kuat . Suara wanita manakah yang menjerit nyaring itu? Namun begitu, apabila aku sudah semakin hampir dengan kawasan tersebut , suara jeritan wanita itu hilang dengan tiba-tiba .Kini ia bertukar pula menjadi bunyi gelak tawa beberapa orang lelaki dan diselangi pula dengan bunyi suara kanak-kanak menangis. Aku mengerutkan kening. Hairan.Suara hantu ke? Ish, mengarutlah. Siang-siang hari mana ada hantu. Walaupun begitu, aku langsung tidak gentar sebaliknya aku terus memasuki kawasan itu.
“ Lepaskan mama saya! Lepaskan mama saya!” Aku tersentak apabila mendengar suara itu. Aku kenal suara kanak-kanak Itu! Imran! Apa sudah berlaku? Demi mendengar suara teriakan Imran, aku pantas berlari menghampiri kawasan yang agak semak di sebalik pokok-pokok rhu tersebut. Aku dapat menghidu sesuatu yang tidak baik telah menimpa anak kecil itu.
Ternyata sangkaanku tepat apabila aku melihat beberapa orang lelaki cuba memperkosa Intan iaitu mama Imran dan salah seorang daripadanyanya sedang memegang erat Imran yang sedang meronta sambil berteriak dengan air mata membasahi pipinya .Salah seorang lagi memegang erat Intan dan mulutnya ditutup dengan kain hitam. Kelihatan Intan cuba meronta namun kekuatan mereka bertiga berjaya menghentikan rontaannya. Amarahku kian memuncak . Kepalaku terasa benar-benar panas melihat keadaan itu.Tanpa membuang masa aku terus memberikan tendangan padu dari belakang kepada kumpulan lelaki yang sedang merobek pakaian Intan tanpa belas kasihan dan menjilatnya lehernya dengan rakus. Salah seorang daripada mereka terpelanting ke depan akibat tendanganku itu.
“Uncle!! Selamatkan mama!Tolong uncle!” Jerit Imran lebih kuat berbanding tadi apabila melihat aku berada di situ .Jeritan itu menambahkan lagi rasa geram dan amarahku terhadap lelaki-lelaki yang tidak berhati perut tersebut . Tanpa kusedari aku tiba-tiba terdorong ke depan apabila salah seorang lelaki yang tidak terkena tendanganku tadi menendang belakangku dengan sekuat hati . Tanpa menghiraukan rasa sakit pada tulang belakangku, aku pantas berpusing ke belakang lalu menendang kuat perut boyotnya sehingga darah merah terpercik keluar daripada mulutnya. Padan muka! Kurang asam punya boyot!! Berani tendang aku! Cis!
Tiba-tiba datang seorang lagi dengan kayu sebesar lengan .Dia cuba menghentak kepalaku dengan kayu itu namun nasib baik aku lebih pantas mengelak . Aku mengambil peluang itu untuk memegang lengannya lalu menyiku kuat lengannya sehingga kayu itu terjatuh dan kemudian aku dengan sekuat tenagaku memutar lengannya itu sehingga bunyi seperti ranting patah kedengaran . Tulang lengannya patah. Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang lengannya itu. Peluh jantan membasahi wajahnya yang berkerut menahan sakit. Aku tidak berhenti setakat itu , aku kemudian menumbuk mukanya kasar tanpa belas kasihan menyebabkan hidungnya berdarah dan bibirnya pecah . Kemarahanku semakin menggila apabila mendengar tangisan Intan . Aku tidak akan sesekali memaafkan orang yang telah menyakiti wanita yang aku suka!! Never!
“Uncle, tengok belakang!!” Mendengar teriakan Imran, tanpa membuang masa, aku terus menepis serangan daripada belakang oleh orang yang memegang Imran sebentar tadi . Pisau yang berada dalam genggamannya terlepas apabila aku menarik tangannya ke tanah dan terus menghentaknya kuat dengan kayu besar di tanganku sehingga jari kelingkingnya patah . Pisau tersebut aku ambil lalu menikam pehanya .Darah merah pekat mengalir deras dari pehanya membasahi seluarnya. Lelaki itu terus rebah ke bumi dan mengerang kesakitan sambil cuba menarik keluar pisau itu . Namun, serangan mereka tidak berhenti setakat itu .Kali ini dua orang lelaki yang aku belasah tadi rupa-rupanya masih tidak mengenal erti menyerah kalah. Mereka sudah bersedia untuk menyerang aku daripada kedua-dua belah arah. Sengaja mahu mengelirukan aku. Aku hanya tersenyum sumbing . Mereka ingat aku takut?! Mereka belum kenal siapa aku. Ternyata mereka sengaja menggali lubang kubur mereka sendiri.
Aku membiarkan sahaja mereka berlari untuk menyerang aku tanpa berganjak dari tempat aku berdiri . Aku menggenggam erat penumbukku . Di saat mereka berdua semakin menghampiriku aku melompat tinggi dan membuat pusingan 360 darjah sambil melayangkan tendangan padu yang mengenai dada mereka .Kedua-dua mereka rebah sekali gus . Mereka cuba bangun untuk menyerangku sekali lagi. Pada masa inilah aku mengambil peluang untuk melagakan kepala mereka berdua .Mereka rebah sekali lagi.Kali ini mereka pengsan, todak sedarkan diri . Aku berasa semput. Nafasku tercungap-cungap.Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan lebih udara untuk paru-paruku. Terasa sungguh penat apabila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang berbadan lebih besar dan sasa berbanding aku namun ternyata kudratku lebih kuat daripada mereka. Ternyata aku lebih hebat dari mereka! Dalam penat aku berasa bangga dengan diriku sendiri yang mampu menumpaskan mereka.
Aku kemudian menjeling ke arah dua orang lelaki lagi yang kelihatan sedang ketakutan melihatku . Mereka cuba berlari meninggalkan tempat itu dengan langkah yang terhenjut-henjut namun aku lebih pantas mengejar mereka dan cuba membuat serangan buat kali terakhir .
“ Ampun pak..jangan apa-apa kan kami lagi pak..” Tumbukanku yang hampir mengenai kepala mereka terhenti seketika apabila mendengar rayuan daripada salah seorang lelaki itu .Oh..Mat indon rupanya .
“ Ye pak..ampun kami pak..kami janji kami enggak buat lagi..,” giliran lelaki di sebelahnya pula merayu. Huh! Pandai pulak merayu. Jika ikutkan hati nak je aku bunuh dua ekor ni dan cincang sampai lumat namun disebabkan Intan dan Imran berada berhampiran denganku, aku terpaksa membatalkan niatku itu demi kebaikan mereka.
“ Kamu jaga-jaga ye!! Kalau kamu ganggu mereka lagi, nahas kamu!! Gue akan cincang kamu hidup-hidup! Ngerti??!” Ugutku dalam bahasa indon celup.
“ Kami ngerti pak..kami janji! Tolong pak..lepaskan kami..” rayuan mereka masih bersisa.
“Baiklah..tapi ingat pesan gue!! Sekarang pergi dari sini! Jangan coba-coba kamu berani ke mari lagi!”
“Ye pak..ye pak..” jawab mereka serentak .Kelam kabut mereka berlari meninggalkan aku tanpa berpaling ke belakang . Huh! Tahu pun takut. Aku sengaja mengeraskan suara .Biar mereka takut. Ugutan aku bukan sekadar ugutan kosong tetapi ia adalah salah satu amaran keras yang aku sampaikan supaya mereka tidak menganggu Intan dan Imran lagi di kemudian hari. Aku tidak akan teragak-agak untuk mencabut nyawa mereka dengan tanganku sendiri jika mereka memungkiri janji . Janji tetap janji dan janji itu akan aku tunaikan terpaksa bertumpah darah sekalipun!
“ Imran dengan mama okay ke?” Soalku sebaik sahaja aku mendapatkan Intan dan Imran yang sedang berpelukan . Hatiku menjadi sayu apabila mendengar esak tangis Intan . Melihat kehadiran aku, Imran terus memeluk aku erat seakan tidak mahu melepaskan aku . Wajahnya begitu ceria melihat aku.
“Uncle..terima kasih uncle . Pandainya uncle kung fu.Nanti uncle ajar Im ek..,” kata Imran bersungguh-sungguh. Aku tersenyum mendengar suara comelnya. Dalam keadaan begini sempat lagi tu memuji aku. Budak kecil biasalah..getusku di dalam hati.
“ Ish..mana boleh uncle ajar sekarang. Im kan kecik lagi...,” jawabku sambil menggosok kepalanya lembut. Dia mula memuncungkan mulut.Merajuk.
“Ala..uncle..Im kan dah besar ni..tengok ha. Im dan ada lengan macam Malik Noor tau.Uncle ajar la..,” aku tersenyum lagi mendengar rengekannya.
“Ye..nanti ada masa uncle ajar Im. Tapi bukan sekarang. Okay?” Aku cuba memujuknya.
“Okay . Uncle janji tau,” wajahnya kembali ceria.
“ Janji,” jawabku sambil mengangkat tangan kepadanya seolah-olah sedang berikrar.
“Yea..yea..saaayang uncle..,” katanya lagi . Imran terus mencium pipiku manja. Aku tergelak kecil melihat telatahnya.Aku sesekali memerhatikan Intan yang kelihatan pucat . Badannya sedikit bergetar. Dia merenung tanah tanpa berkelip . Dia langsung tidak mengendahkan perbualanku dengan Imran. Air matanya masih mengalir lebat walaupun kini dia sudah selamat . Ternyata dia masih trauma dengan apa yang berlaku.
Aku memerhatikan pula pakaiannya yang koyak rabak sehingga menampakkan kulitnya yang putih gebu. Tudungnya terlerai menampakkan rambutnya yang panjang lurus bersinar. Hatiku benar-benar berdebar-debar melihat keadaan itu seperti ada perasaan halus yang menjalar di segenap jantung hatiku. Sesungguhnya Intan sangat cantik! Namun, di sebalik perasaan itu ,jauh di sudut hatiku, aku berasa benar-benar geram dengan lelaki-lelaki gila seks tadi. Tak guna punya indon!! Sanggup mereka cuba memperkosa wanita sebaik dan secantik Intan . Menyesal aku tidak bunuh terus mereka. Manusia seperti mereka tidak seharusnya dibiarkan hidup di dunia ini! Mereka lebih hina daripada binatang!
Aku perlahan-lahan menanggalkan jaket hitam yang aku pakai lalu aku tutup kawasan terdedah pada Intan. Sebenarnya,aku tidak mahu hatiku terus bergelora melihat keindahan pada tubuhnya . Cukuplah sekali aku memusnahkan kesucian seorang wanita yang tidak bersalah sewaktu ketika dahulu .Aku tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali .
Intan tersentak apabila aku menyarungkan jaketku pada tubuhnya .Dia memandangku sekilas dan seperti terkena kejutan elektrik, dia pantas mencapai tudungnya lalu menyarungkan pada kepalanya untuk auratnya yang terdedah tanpa mengeluarkan suara . Aku menghadiahkan satu senyuman manis buatnya namun senyuman itu langsung tidak berbalas . Walaupun aku sedikit kecewa dengan responnya ,namun aku masih tetap tersenyum .Aku faham . Intan masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa dirinya .
“ Uncle, kita nak buat apa dengan orang-orang ini?” Pertanyaan Imran membuatkan aku cepat-cepat sedar daripada lamunan. Aku melihat ke arah yang Imran tunjukkan . Kelihatan dua orang lelaki yang aku belasah sebentar tadi masih pengsan . ‘Nak bunuh,’ jawabku di dalah hati.
“ Biar je lah, biar anjing makan,” jawabku sambil tergelak .Jawapan itu jauh bercanggah dari apa yang aku perkatakan dalam hati.
“ Padan muka diorang kan uncle..itula hakibat buat jahat kat mama Im..,” wajah Imran berkerut-kerut semasa bercakap mempamerkan rasa geram yang amat sangat. Aku tergelak halus. Ternyata anak kecil ini begitu petah bercakap dan bijak walaupun baru berusia 3 tahun tetapi lagaknya seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah. Dia sudah dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk baginya.
“ Dahla..mari kita pulang. Bibik mesti risaukan Im dengan mama..” Aku menarik tangannya perlahan.
“ Mama? Uncle nak tinggalkan ke?” Imran bercakap sambil memandang mamanya .Aku mula tersenyum nakal.
“ Mama Imran, uncle dukung..Imran kena jalan ikut uncle. Boleh?” Soalku sambil mengeyit mata kepada Intan . Muka Intan serta-merta merona merah. Die menggeleng laju tanpa bercakap walau sepatah.
“ Mestila boleh uncle..nanti kalau ada orang jahat, biar Im yang kung fu ye..uncle jaga mama je,” kata Imran sambil tersengeh. Aku tergelak besar mendengar kata-kata yang keluar dari bibir kecil itu.
Tanpa meminta kebenaran Intan, aku terus mendukungnya .Dia cuba meronta untuk menghalang perbuatanku namun dengan kudrat lelakiku, aku berjaya meletakkannya kemas dalam dukunganku. Aku langsung tidak menunjukkan muka bersalah sebaliknya dengan selambanya aku membawanya pergi tanpa menghiraukan wajahnya yang semakin memerah.Malu lah tu .So sweet…hehe.
wow ganasnya hariz.tp best lah.suka2..cpt sket smbg ek
ReplyDeletehehe..best kena dukung..hihi..
ReplyDeletesambung la lg..bes la cete nie
ReplyDelete