Sunday, October 21, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 33


“ Rangga..bisa aku minta pendapat kamu?” Tegurku kepada Rangga yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya.

“ Pendapat apa an sih?” Soalnya . Taipannya terhenti seketika. Matanya berkalih ke arahku.

“ Ini soal Syam..” jawabku ringkas. Sesungguhnya aku memerlukan seseorang untuk berkongsi masalahku sekarang. Permintaan Syam tempoh hari aku rasakan teramat berat untuk aku tunaikan.

“ What’s wrong with him? What’s the problem?” Soal Rangga ingin tahu.

“ Dia ajak aku pulang ke Malaysia…” jawabku sepatah. Aku mengetap bibir. Serba-salah pulak mahu bertanya pada Rangga.

“ Owh soal itu…Syam sudah omong sama aku kelmarin..so, apa masalahnya?” Rangga seperti langsung tidak terkejut dengan jawapanku.

“ Masalahnya..aku belum bersedia..”

“ Lina…Syam mahu kamu pulang ke Malaysia bukan saja-saja..dia kan mahu nikah sama kamu. Itu kira sudah cukup baik..” selamba Rangga menjawab. Bunyinya macam mudah sangat baginya.

“ Tapi..bukan senang Rangga..banyak yang perlu aku pikirin..” Aku tidak berpuas hati dengan jawapan Rangga.

“ Apa lagi yang kamu mahu pikirin. Kamu nikah sama dia, ikut dia pulang ke Malaysia..selesai..” jawab Rangga sambil tertawa kecil.

“Rangga! Senang aja cadanganmu ya..langsung tidak membantu aku…” marahku.

“ Okay..okay..I’m serious.  Pada pendapat aku..apa yang Syam cadangkan itu tepat sekali. Kamu ngerti kan, dia enggak bisa kehilanganmu lagi?” Suara Rangga berubah serius.

“Iya..aku ngerti. Tapi kamu juga tahu pasal kisah silamku kan? Aku tidak mahu ia berulang lagi…” aku meluahkan kegusaranku.

“ Lina..perkara itu kan sudah lama..sekarang ini, kamu sudah ada kehidupan baru. Lupakan saja yang lama…usah kamu halang kebahagiaan dari menghampirimu. Kamu berhak rasa bahagia dengan orang yang kamu cintai…” Terang Rangga bersungguh-sungguh. Aku terkedu.

“ Tapi..”

“ Kalau sudah ada rasa cinta, aku yakin bangat sih kamu berdua bisa hadapi semua permasalahan pada masa akan datang…Aku yakin Syam bisa buat kamu bahagia . Aku tidak tega lihat kamu menderita sendirian…kamu memerlukan seorang teman hidup yang bisa mendampingimu walau apa pun yang terjadi…pada firasat aku..Syam adalah cowok terbaik buat kamu..” kata-kata Rangga cukup menyentuh jiwaku.

“ Jadi kamu rasa, aku perlu pulang ke Malaysia dan nikah sama Syam, begitu?” Soalku inginkan kepastian.

“ Iya dong..aku yakin bangat itu adalah rancangan terbaik buat kamu berdua. Soal kerjamu di sini, kamu usah khuatir, nanti aku bisa uruskan segalanya…” Pujuk Rangga lagi.

“ Bukan itu masalahnya Rangga..sebenarnya aku takut..”

“ Takut apa an sih?” Soal Rangga tidak mengerti.

“ Takut ketemu sama keluargaku. Aku malu bangat gara-gara hal yang dulu..”

“ Enggak perlu rasa takut… Pernikahan itu kan hal yang dituntut oleh agama, ia perkara baik. InsyaAllah..ada jalan..nanti Allah permudahkan segalanya…kamu usah khuwatir ya…” jawab Rangga ikhlas. Hatiku sedikit sejuk mendengar nasihat Rangga.

“ Thanks Rangga…” aku tersenyum kecil.

“ Enggak apa-apa dong…aku sebagai teman kamu berdua benar-benar ingin lihat kamu bahagia…Syam is a very good guy, don’t make him sad okay?” Kata Rangga sambil turut tersenyum.

“ InsyaAllah..” jawabku ringkas. Ternyata hatiku berasa cukup lega setelah meluahkan segala yang terbuku di hatiku kepada Rangga. Sesungguhnya Rangga adalah teman terbaikku dan pendengar setiaku di sini. Aku cukup bersyukur kerana masih ada orang yang mahu berkongsi masalah denganku. Sedikit sebanyak, Rangga berjaya meyakinkan aku untuk menerima permintaan Syam yang satu itu.

-----------------------------------------------

Aku tersenyum manis melihat Syam dan Sofea sedang berjalan ke arahku sambil membawa Tedy Bear yang cukup besar, hampir sama dengan saiz  badan Sofea. Hujung minggu ini , Syam mengajak aku dan Sofea membeli belah di kompleks membeli-belah di sekitar Jakarta. Ternyata Sofea cukup gembira dapat berjalan-jalan dengan Syam. Lagak mereka berdua tidak ubah seperti anak-beranak. Aku amat menyenangi kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

“ Wahh..besarnya tedy bear Sofea…mesti mahal ni?” Tegurku sebaik sahaja Sofea dan Syam menghampiriku.

“ Mahal mama…uncle Syam kata Tedy bear ni dari Australia..” jawab Sofea ceria.

“ Waduhh..buat apa beli mahal-mahal . Sofea kan dah banyak tedy bear..” kataku.

“ Tedy bear ni bukan untuk sofea la..Ini untuk mama!” Jawab Sofea manja .

“ Untuk mama? Heh, mama dah tua mana boleh main tedy bear lagi…” aku tergelak kecil mendengar celoteh Sofea.

“ Uncle Syam cakap , ini untuk mama..dia tak mahu bagi kat Sofea..” jawab Sofea sambil memuncungkan mulut.

“ Kenapa pulak?”

“ Entah..Uncle Syam kedekut!”

“ Owh..jahatnya uncle Syam…dia buli Sofea ek?” Soalku menduga.

“ Mana ada uncle Syam buli..uncle cuma tak nak bagi tedy bear tu kat Sofea je..takut Sofea tak larat nak angkat..” Syam mencelah tiba-tiba. Sofea menjeling tajam kepadanya. Comel. Aku masih ketawa.

“ Buli la tu!” Jawab Sofea .Sepertinya dia benar-benar sedang dalam keadaan marah. Tangannya disilangkan ke dada.

“ Okay..okay…tak apalah..uncle Syam bagi kat mama..mama bagi kat Sofea, ok?” Pujukku.

“ Betul ke ni mama?” Suara Sofea berubah sedikit ceria.

“ Betul..mama hadiahkan kat Sofea ok?” Kataku sambil menghulurkan tedy bear tu pada Sofea.

“ Eheh…mana boleh..uncle Syam beli ni untuk mama..mana boleh Sofea yang dapat…” Syam cuba menyakat lagi. Dia buat-buat mahu menarik Tedy bear dari tangan Sofea.

“ Ala..mama..tengok la uncle Syam tu. Jahat..” Rengek Sofea. Wajahnya kelihatan mahu menangis.

“ Alalala…jangan la nangis Sofea. Uncle gurau je..” Pujuk Syam. Muncung Sofea makin panjang.

“ Uncle jahat! Tak nak kawan dengan uncle!” Sofea masih marah. Syam tergelak kecil.

“ Sofea..tak baik cakap kat uncle Syam macam tu. Dia bergurau je sayang…Memang tedy bear ni Sofea yang punya..” Aku mengusap lembut kepala Sofea. Aku mengerling ke arah Syam sekilas. Dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kataku.

“ Ye Sofea..uncle mintak maaf okay..” Syam memujuk lagi.

“ Sofea akan maafkan Uncle, tapi dengan satu syarat..” mulut comel Sofea berkata.

“ Amboi..ada syarat ye? Suspen nih..apa lah syaratnya?” Soal Syam. Mataku membulat memandang Sofea. Ada-ada je anak aku nih.

“ Lepas ni , uncle kena belanja aiskrim besar kat Sofea tau..” Aku dan Syam tergelak serentak mendengar syarat anak kecil itu. Sofea..sofea…macam-macam!

“ Okay..uncle janji!” Syam cuba menurut rentak Sofea.

“ Uncle jangan mungkir janji tau…”

“ Ye..uncle janji akan belanja Sofea aiskrim besar..” kata Syam sambil meletakkan tangan di telingannya seperti berikrar. Aku semakin geli hati melihat telatah dua manusia di hadapanku ni. Sofea kelihatan cukup ceria . Aku sungguh bahagia. Terasa seperti kami adalah sebuah keluarga yang cukup bahagia.  Kalau boleh aku mahu kebahagiaan ini akan kekal abadi dalam satu ikatan yang sah lagi suci. Apa yang paling penting bagiku kini adalah untuk melihat Sofea membesar dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan.

---------------------------------------------------------------------

“ How about my proposal, do you agree?” Syam menyoalku tiba-tiba  .Dia sedang tekun memandu di sebelahku.

“ Proposal apa?” Aku tidak mengerti soalannya.

“ Pasal pernikahan kita..” Jawab Syam ringkas. Fikiranku mula terencap pada permintaannya tempoh hari. Aku mengerling ke tempat duduk belakang kereta. Kelihatan Sofea sedang nyenyak tidur setelah seharian penat berjalan-jalan. Aku menarik nafas lega. Aku tidak mahu anak kecil itu mendengar perbualanku.

“ Maksud awak..soal pulang ke Malaysia?” Soalku menduga.

“ Yeah..exactly..”

“ Bila?”

“ Kalau awak setuju may be minggu depan…” Aku sedikit terkejut dengan jawapannya.

“ Awak tak rasa terlalu cepat ke?” Soalku tidak puas hati.

“ No, I don’t feel that..Saya dah discuss dengan Rangga pasal urusan perpindahan awak pulang ke Malaysia…” Jawab Syam selamba.

“Syam..are you kidding me? Saya tak tahu pun pasal ni..”

“ No..I’m not kidding..Lina..I hope we can get married as soon as possible. Saya dah bagitahu mama pasal ni…” Aku semakin terkejut dengan jawapan Syam.

“ Maksud awak, mama awak tahu pasal saya?” Soalku ingin tahu.

“ Yeah..saya dah ceritakan semuanya pasal awak dan dia setuju pasal perkahwinan ni. Actually, dialah yang mintak saya percepatkan perkahwinan ni..”

“ Macam mana mama awak boleh setuju semudah tu? Padahal saya tak pernah kenal pun dengan mama awak..apa lagi nak borak dengan dia..” aku semakin keliru. Ternyata kenyataan Syam sungguh tidak masuk akal.

“ Awak ingat tak masa saya koma dulu?”

“ Ye..mestilah saya ingat..tapi apa kaitannya?”

“ Kan mama saya pernah bertembung dengan awak…”

“ So?”

“ Masa tu la dia kenal awak. Lepas saya sedar dari koma..dia tanya pasal awak. Dia kata dia selalu nampak awak melawat saya…” Jawab Syam jujur. Aku termangu. Selalu? Tak silap aku baru sekali aku bertembung depan-depan dengan mamanya.

“ Tak kan sebab tu je, dia mintak awak kahwin dengan saya?” Tanyaku seperti orang bodoh.

“ Bukan sebab tu..saya ceritakan semuanya pasal awak, pasal percintaan kita dari zaman sekolah hinggalah macam mana kita jumpa balik. Bila saya cadangkan yang saya nak kahwin dengan awak dulu, dia setuju sangat-sangat . Dia memang nak saya hidup bahagia dengan sesiapapun yang saya cinta. Tapi sayang…” Kata-kata Syam terhenti seketika.

“ Sayang kenapa?” Soalku ingin tahu. Telingaku bergerak-gerak untuk mengetahui cerita selanjutnya.

“ Awak menghilang lepas saya sedar dari koma..saya sedih sangat masa tu.. Saya seperti dah hilang semangat…Tapi nasib baiklah mama ada..mama lah yang bagi semangat tu balik pada saya. Dia cakap kalau jodoh saya dengan awak kuat, insyaAllah one day saya akan jumpa awak balik. And at the end, berkat doa saya dan mama..Allah mempertemukan saya dengan awak kat sini…” Aku terharu mendengar kata-kata Syam. Tidak sangka mama Syam yang bergelar datin itu begitu sporting dan baik hati tidak seperti yang aku sangkakan sebelum ini.

“ Tapi..macam mana dengan Julia?” Tiba-tiba aku teringat soal Julia.

“ Julia?” Syam buat-buat tidak mengerti.

“ Ye..Julia..bukan dia tunang awak ke tu?” Soalku menduga.

“ No! She’s not my fiancee..” suara Syam berubah tegas.

“ So, who’s she? Masa saya lawat awak kat hospital..dia mengaku dia tunang awak..” jawabku tanpa berselindung.

“ Owh..jadi sebab tu la awak tinggalkan saya?” Syam menduga. Aku terdiam seketika. Ternyata tekaannya tepat.

“ Kalau dia bukan tunang awak, jadi dia tu siapa? Girlfriend?” Soalku lagi tanpa menjawab pertanyaannya.

“ Lina..tak payah la kita nak cerita pasal dia sekarang . It’s not that important…itu cerita lama..” Syam merengus seperti tidak senang dengan soalanku.

“ It’s very important you know…awak cakap awak mahu menikahi saya..so I need to know everything about you. Saya tak nak ada apa-apa rahsia antara kita . Saya tak nak nanti perempuan tu muncul lagi dalam hidup kita dan menganggu kebahagiaan kita…” Akhirnya aku meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku di dalam hatiku. Syam terdiam.

“ Tapi..semua rahsia saya dah beritahu awak. Apa lagi yang awak nak tahu?”

“ Who’s Julia?” Aku masih melemparkan soalan sama. Kedengaran Syam mengeluh berat.

“ It’s not that important!” Rengus Syam.

“But it’s very important for me to know !Please tell me, who’s she? ” Aku bertegas. Syam menarik nafas dalam-dalam. Seperti berat sungguh dia mahu meceritakan soal wanita itu. Aku dapat rasakan wanita itu pernah menjadi wanita yang sangat penting dalam hidupnya.

“ Betul, awak nak tahu?” Soal Syam setelah membisu buat beberapa ketika.

“ Yes, of course..” jawabku ringkas.

“ I want you to promise me for not asking me futher later on, okay?”

“ Okay, I promise..so who’s she?”

“ Dia sebenarnya adik kepada Hakim…” Mataku buntang mendengar jawapan itu.

“ Adik hakim? Macam mana dia boleh kenal dengan awak? Apa hubungan awak dengan dia? Bukan awak dengan Hakim bermusuhan ke? ” Aku menyoalnya bertalu-talu. Sepatah jawapan Syam menimbulkan beribu persoalan.

“ Lina..you already promise me  not to ask futher right? So, please…don’t ask me anything more..It’s not the right time to discuss about this now..” tegas Syam. Wajahnya berubah mendung.

“ But..I need to know..Saya..”

“ Mama…dah sampai rumah ke?” Kata-kataku terhenti apabila Sofea tiba-tiba menyapaku dari belakang. Aku memandang Sofea yang baru bangun dari tidur. Dia memisat matanya yang masih mengantuk.

“ Sekejap lagi sampai ye sayang..” jawabku sambil mengusap lembut tubuhnya. Aku memandang Syam sekilas . Syam sekadar berdiam diri. Seperti dia betul-betul tidak selesa dengan provokasi yang aku lakukan sebentar tadi. Namun, pelbagai persoalan tentang Julia bermain di fikiranku kini. Aku benar-benar ingin mengetahui segala-galanya tentang wanita itu. Hanya Syam yang tahu soal itu. Sepertinya Syam begitu susah untuk meluahkan rahsia tentang wanita itu kepadaku .Tidak tahu kenapa. Namun , aku harap suatu hari nanti, segala-galanya akan terbongkar jua!

4 comments:

  1. naper syam n lina tak nikah kat jakarta saja kan senang
    hakim n julia tak boleh nak buat apa lagi dah

    ReplyDelete
  2. makin best lah...cepatlah sambung yer...x sabar nak tahu endingnya..

    ReplyDelete
  3. yap mmg best laa sy nak truz bsmbg..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)