Aku
terkocoh-kocoh berlari untuk ke wad Delima yang terletak di tingkat 3 bangunan
baru hospital. Habislah aku kali ini. Jam sudah menunjukkan jam 7.05 am . Mana
sempat aku nak ‘review’ pesakitku yang ada dekat sepuluh orang dalam masa
setengah jam kalau macam ni. Alamatnya mengamuk lagi lah bos aku yang kerek tu.
Hatiku mula rasa tidak senang.
“ Hai
Wirna… ‘awal’ kau sampai hari ni? Tayar kereta pancit lagi ke?” Tegur Afiq
sebaik sahaja nampak kelibatku di wad itu.
“ Macam
mana jugak..jalan dekat rumah aku asyik jam je. Aku turun awal pun sampai
lambat jugak. Benci aku!” Kataku separuh geram sambil meletakkan beg galasku di
rak beg berdekatan dengan kaunter pertanyaan.
“ Jalan kat
rumah kau yang jam ke atau kau yang turun dari rumah lambat?” Afiq masih lagi
memerliku. Hatiku panas.
“ Haii
Afiq, yang kau sibuk-sibuk nak perli aku ni apasal? Suka hati aku la nak datang
jam berapa pun!” Aku merengus geram. Afiq sekadar tersengeh.
“ Tak ada
la..I’m just worry about you…” Kata Afiq lagi.
“ Nak risau
apanya..kau bukan kena cover buat kerja aku pun!”
“ Tak ada
la..kan kalau kau tak sempat nak siapkan review kau, nanti abang kesayangan kau
tu mengamuk lagi. Aku tak nak lah macam tu lagi…” Aku termenung sejenak
mendengar kata-kata Afiq.
“
Arghh..Lantak dia la nak mengamuk. Nak buat macam mana dah aku terlewat…bukan
aku sengaja pun” jawabku selamba.
“ Tak
apa-apa..Don’t worry much Dr.Wirna, nanti abang Afiq tolong settlekan yer…”
Afiq cuba berseloroh. Aku mencebik.
“ Owh tak
apala Dr.Afiq…terima kasih je lah…buat susah-susah aje..” Balasku.
“Amboihh jual mahal nampak…Jangan jual mahal
cik adik oii..nanti kau jugak yang susah…” Afiq masih mahu menyakatku.
“ What ever!” Rengusku. Aku menjelingnya
sekilas kemudian berlalu dari situ. Malas aku mahu mempedulikannya. Makin
dilayan makin aku sakit hati. Tanganku pantas mencapai fail-fail pesakit yang
bertimbun di hadapanku dan membawanya ke katil pesakit. Sebolehnya aku mahu
cepat-cepat siapkan review pesakit setakat yang termampu. Namun, jauh di sudut
hatiku teramatlah takut akan dimarahi lagi oleh Dr.Zack, bosku yang terkenal
dengan kegarangannya itu.
“ Wirna!”
Laungan namaku bergema. Aku menelan air liur. Aku berasa sungguh takut. Badanku
seram sejuk. Kelihatan Dr.Zack merenung tajam anak mataku. Aku terdiam tidak
terkata. Wajahku menunduk dan mataku memandang lantai, tidak berani untuk
bertentang mata dengan Dr.Zack.
“ Wirna!
I’m talking to you now! Please anwer my question!” Tengkingan itu makin
membuatkan jiwaku kecut.
“ I’m so
sorry Dr.Zack..Saya betul-betul tak sengaja..” akhirnya aku bersuara dengan
terketar-ketar. Dr.Zack masih merenungku tajam.
“ Tolong
explain dengan saya..kenapa boleh jadi macam ni? Awak tahu tak awak dah buat a big mistake!”
Marah Dr.Zack lagi sambil melempar kasar fail pesakit kepadaku. Pesakit di
hadapanku memandangku dengan pandangan kasihan. Ya Allah..malunya aku.
“ I will
explain later Dr.Zack..”
“ Explain
to me now!” Dr.Zack mula angin bila aku menjawab. Hish, tengking kuat-kuat
macam ni ingat aku pekak ke?
“ Sory
boss, saya betul-betul tak sengaja tersalah tulis ubat tu…lain kali saya akan
lebih berhati-hati..” suaraku masih terketar-ketar. Aku memandang Afiq yang
berada di sebelahku. Dia hanya membisu. Dia buat-buat menulis sesuatu di dalam ‘case
note’. Sampai hati kau Afiq ! Tak nak back up aku. Apa punya kawan la..
“ You are
not a safe doctor you know! Wrong written the medications for wrong patient is a
very big issue…why you always make the mistakes? Tak reti nak belajar dari
kesilapan ke?” Dah..Dr.Zack mula melemparkan aku peluru tajam.
“ I’m so
sorry boss…,” Cuma maaf saja yang aku boleh cakap sekarang. Aku tak tahu kenapa
Dr.Zack selalu angin denganku. Asal aku buat salah je, kena bambu teruk. Aku
rasa, orang lain buat silap lagi besar dari aku kot, tak ada pulak kena marah
teruk macam aku.
“ Wirna!
Are you hear me?!” Tengkingan itu menyebabkan jantung aku seperti mahu luruh.
“ Ye bos..dengar
bos” Jawabku takut-takut.
“ Bila-bila
kalau saya cakap tu, dengar! Jangan dok berangan je! Patutlah sampai sekarang
tak nak improve…sebab susah sangat nak dengar nasihat orang !” Marahnya lagi. Angin
marah Dr.Zack makin menjadi-jadi.
“ I’m sorry
bos..my mistake..” Hanya itu yang aku boleh jawab saat ini. Makin aku menjawab
, makin Dr.Zack menyinga .
“ Petang ni
saya nak jumpa kamu kat bilik saya!” Kata Dr.Zack tegas. Aku mula tidak senang
duduk. Ya Allah Dr.Zack ni, tak puas lagi ke nak marah aku ni. Aku dah mintak maaf kan,
cukup-cukup sudah la…
“ Jam
berapa? Kat mana?” Aku bertanya seperti orang bodoh.
“ Haii,
Wirna. Are you first time meeting with me? Please don’t ask that stupid
question again!” Dah, kena marah lagi.
“ Baik boss..” Aku sekadar patuh pada
arahannya. Tak kuasa aku nak kata ‘no!’. Kalau aku kata begitu, sudah pasti
angin Dr.Zack makin menjadi-jadi. Haish, kalau hari-hari kena marah macam ni,
boleh sakit jantung aku dibuatnya. Baru sebulan aku kat wad perubatan nih tapi
seksanya aku rasakan seperti setahun. Seksa sungguh! Dr.Zack seperti sengaja
mahu menyeksa jiwaku. Entah kenapa dia marah sangat dengan aku. Dari hari
pertama aku menjejakkan kakiku ke sini sampai sekarang, tak pernah aku dengar
dia cakap lembut dengan aku. Huh, muka handsome tapi
perangai..Nauzubillah…dasyat! Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin! Semua
perempuan gerun mahu mendekatinya, perangai mengalahkan harimau malaya.
Aku
merapati bilik Dr.Zack perlahan-lahan. Jiwaku kacau lagi. Aduhh, apa lagi dia nak
bersoal jawab dengan aku ni? Aku rasa
masuk kali ni, dah empat kali Dr.Zack mahu berjumpa dengan aku. Teruk sangat ke
cara aku kerja? Sebelum ni semasa aku buat ‘housemanship’ di Hospital Tengku
Ampuan Afzan tak ada masalah apa-apa pun. Siap dapat anugerah buku log paling
cemerlang lagi di situ. Tapi kali ini, bila masuk je ke hospital
daerah..hari-hari kena marah macamlah aku tak tahu nak buat kerja sangat.
Hairan aku.
Tengah aku
melalut di dalam hati, akhirnya aku sampai juga di pintu bilik Dr.Zack. Aku
memberanikan diri mengetuk pintu biliknya.
“
Assalamualaikum..” Aku memberi salam sambil mengetuk pintu biliknya. Senyap.
Tidak berjawab.
“
Assalamualaikum..” Aku memberi salam lagi. Aku mengetuk pintunya bertalu-talu.
Hish Dr.Zack ni, kata nak jumpa aku jam 2 petang tapi tak ada pun dia.
Aku
mengetuk lagi seraya memberi salam. Senyap.Masih tiada sahutan dari dalam. Aku
mula merengus geram . Dr.Zack ni ada ke tak ada ni? Biasanya dia tak pernah
tiada dibiliknya ketika aku mahu bertemu dengannya.
Aku tidak
berpuas hati. Aku mesti tunggu juga. Kalau tak nanti tak pasal-pasal dia akan
mengamuk lagi. Tanpa berfikir panjang ,aku mengetuk lagi kuat-kuat. Dan kali
ini, tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar. Tanganku berhenti mengetuk. Maka,
tersembul lah wajah bengis Dr.Zack di situ.
“Heh kamu
ni tak reti nak sabar ke? Ketuk pintu kuat-kuat macam lah saya tak dengar!”
Dr.Zack terus menengkingku. Aku terlopong. Amboi, bukan nak jawab salam,
marah-marah aku pulak.
“ Maaf
bos..saya ingat bos tak ada dalam bilik tadi..” Aku tersenyum kelat. Kelihatan
wajah bengis itu semakin menyinga.
“ Awak tak
dengar ke saya tengah cakap dalam telefon ni! You are very rude you know!”
Tengkingnya lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Macam la telinga aku ni
satelit yang boleh menembusi pintu biliknya yang setebal 3 inci tu.
“ Maafkan
saya bos…” Maaf. Itu saja yang boleh aku ucap sekarang. Tidak mahu mengeruhkan
lagi keadaan.
“
Hurmm..dah, masuk!” Suaranya sedikit mengendur. Aku hanya menuruti arahannya.
“ Ada apa
bos nak jumpa saya?” Soalku sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi di
hadapannya.
“ Awak rasa
sebab apa?” Dia menyoalku balik. Aku termangu. Hai, nak berteka-teki ke apa ni.
“ Saya tak
tahu sebab kalau bos tak beritahu sebabnya…” Aku menjawab.
“ Don’t
play with me Wirna!” Dr.Zack marah lagi.
“ Ok,I’m so
sorry bos..honestly what are you going to discuss with me about..” Jawabku
jujur. Panahan mata Dr.Zack cukup menggerunkan. Aku tidak berani bertentang
mata dengannya.
“ Ok,
straight to the point. Kenapa lately awak kerap sangat datang lewat ah? Kerja
awak pun lambat siap dan tak berapa betul. Awak ingat hospital ni bapak awak
yang punya ke sesuka hati je nak datang jam berapa?” Dr.Zack mula melemparkan
paku buah keras kepadaku. Aku terdiam. Matila aku, macam mana dia boleh tahu
aku selalu datang lambat.
“ Wirna,
why you always keep quiet? Answer my question please!” Dr.Zack mula membengis
apabila melihat aku berdiam diri.
“ I’m so
sorry bos..”
“ Saya
panggil awak datang sini , bukan nak dengar awak minta maaf. I want your
explaination!” Soalnya kasar. Aku tidak tahu mahu menerangkan macam mana. Tak
kan aku nak cakap-cakap hari-hari aku terbangun lambat kot.
“ Wirna,
I’m talking to you! Please answer my question!” Aku tersentak. Hish, Dr.Zack
ni, kalau tak cakap elok-elok dalam satu hari memang tak sah!
“
Saya..saya..saya…” Hish, kenapa tergagap pulak ni.
“ Saya
apa?!”
“ Kereta
saya rosak!” Entah macam mana boleh terkeluar jawapan macam tu apabila Dr.Zack
menyergahku. Kedengaran dia ketawa sinis.
“ Owh,
kereta rosak ye…berapa banyak kereta awak ada ye? Hari-hari saya tanya awak
cakap kereta awak rosak tapi saya tengok elok je kereta awak..” Dr.Zack mula
menyindirku. Aku tersenyum kelat.
“ Err..itu
kereta abang saya bos..kereta saya dekat workshop sekarang..” Aku cuba menipu.
“
Wirna..I’m really impress on you..”
“ Impress?
Pasal apa?” Aku tidak mengerti kata-kata Dr.Zack.
“ Yeah..I’m
so impress cause you are still lying even you know I’m not that stupid to trust
you..” kata-kata pedas Dr.Zack membuatkan
telingaku berasa panas. Darah mula menyerbu ke muka ku.
“ Awak
jangan cari banyak alasan nak cover diri awak..yang saya nak sekarang, awak
beritahu saya kenapa awak selalu lambat!” Kata Dr.Zack masih tidak berpuas hati
denganku.
“ I’m sory
bos. Lately I’m so tired…hari-hari kena balik tengah-tengah malam..lepas tu EOD
(selang satu hari) oncall. Nak bangun awal pun tak boleh..” aku terpaksa
menjawab jujur. Aku gerun melihat wajah Dr.Zack yang semakin bengis, macam nak
makan orang pun ada.
“ No excuse
ok!” Dia memarahiku lagi. E’eh, aku berterus terang dia tak nak percaya pulak.
“ Betul
bos..saya tak tipu..”
“ Kamu ni
Wirna, anytime I ask you about the reason..you give me a stupid excuse. What
the hell? Awak sedar tak yang awak tu doktor, bukan kerani! You must be more
discipline!” Aku termangu mendengar kata-kata Dr.Zack. Teruk sangat ke disiplin
aku ni?
“ I don’t
want my staff show the bad attitudes to other staff. Awak sekarang kat ‘district’
hospital, bukan lagi ‘main’ hospital. Bila awak kat sini, semua arang akan
bergantung pada awak. Semua pesakit mengharapkan awak untuk merawat mereka
dengan sempurna. Mereka semua orang kampung yang sangat percayakan doktor kat
hospital ni. Kalau awak buat kerja sambil lewa macam ni, nanti pesakit yang
susah. I don’t care you are so damn tired or have no time for yourself but I
want all my patient satisfied with our treatment…I want all my staff to have a
good attitude, so as you all can convince our patient to receive our
treatment….” Dr.Zack dah mula berceramah dengan panjang lebar. Aku
mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
“ Tapi bos,
kalau doktor sendiri pun penat, macam mana kita
nak merawat pesakit dengan baik?” Entah kenapa aku rasa macam nak bantah
je kata-katanya.
“ Haii,
saya rasa, saya dulu kerja lagi teruk dari awak. Hari-hari saya oncall seorang
diri. Tapi saya still boleh bagi the best service to my patients! Tapi kalau
doktor tu macam awak, memang lah treatment awak tak effective!” Sinis kata-kata
Dr.Zack. Hatiku mula mendidih. Sesuka hati dia je kutuk aku. Setakat jadi bos
kat bahagian perubatan pun nak berlagak.
Baik tak payah.
“ Tapi, itu
dulu bos..sekarang ni lain..kerajaan kan dah ambil banyak doktor untuk
mengurangkan beban kerja yang kami tanggung supaya pesakit dapat terima rawatan
yang secukupnya..sepatutnya beban tugas kami semakin ringan bukannya sama macam
dulu…” Aku masih tidak berpuas hati. Kedengaran Dr.Zack mendengus geram.
“ Pandai
kamu menjawab ye sekarang! Saya dah kerja kat sini dekat 4 tahun, I’ve more
experience than you. Tak payah nak mengajar saya!” Wajah Dr.Zack yang putih
bersih itu mula memerah. Aku semakin berani. Sedikitpun aku tidak berasa takut
sekarang.
“
Yela..Dr.Zack yang banyak experience sepatutnya kena mengajar kami yang kurang
experience ni..bukan marah-marah macam ni..” Aku merengus. Aku tak tahu dari
mana aku dapat kekuatan untuk menjawab begitu.
“ Hei
Wirna! Do you know who are you talking
with right now?” Amarah Dr.Zack semakin menggila.
“ Yes, I’m
talking to my big bos..” jawabku selamba.
“ Wirna!
You are very rude you know!”
“ Ok..I’m
so sorry..”
“ I will do
incident reporting for you!” Marahnya lagi. Aku terdiam tidak terkata. Hish,
ini dah lebih ni. Sampai nak buat report pasal aku. Salah ke apa aku cakap?
Biadap sangat ke bahasa aku itu? Aku rasa dia lagi biadap dan berlagak kot! Macam
lah dia tu bagus sangat. Setakat pangkatnya tinggi sikit dari aku, dah nak
berlagak…baik tak payah la.. Setinggi mana pangkat tapi kalau mulut tu laser
dan perangai tu tak cantik, orang tak kan respect punya..Eii..menyampahnya aku
dengan mamat ni!
“ Wirna ,
apasal aku tengok bos macam makin angin dengan kau sekarang?” Soalan Afiq,
teman sekerjaku itu membantutkan acara aku yang sedang bersarapan pagi.
“
Entah..Dr.Zack kan memang macam tu..” Kataku ringkas sambil terus mengunyah
roti kosong.
“ Tak ada
la..dengan orang lain aku tengok dia ok je, tapi bila dengan kau je dia hangin
satu badan..” Kata Afiq lagi.
“ So what?
Aku tak hairan lah!” Seleraku mati tiba-tiba apabila Afiq menyebut nama
Dr.Zack. Sungguh aku allergik dengan lelaki itu.
“ Aku rasa
kan, dia suka kat kau lah..” Hampir saja tersedak roti yang aku makan mendengar
Afiq berkata
begitu. Aku cepat-cepat mencapai air milo di hadapanku dan
meneguknya cepat-cepat.
“ Heh Afiq,
kau jangan nak mengarut pagi-pagi boleh tak?!” Marahku.
“ Kalau ye
pun marah, tak kan sampai tercekik kot..” Afiq galak mentertawakan aku. Aku
mendengus geram.
“Dah, yang
kau sesuka hati mak bapak kau je cakap macam tu. Siapa yang tak geram!” Rungutku.
“ Ala..aku
cuma rasa je. Mana tahu betul…” Afiq tak puas lagi menyakatku.
“ Ha’ah ye
sangat la tu..orang kalau suka kat someone, dia tak kan marah-marah macam
tu…Sebab dia tak suka aku la yang dia selalu angin tu…” Jawabku geram.
“ Who’s
know he got another way to tackle you…” kata Afiq lagi.
“ Eii Afiq,
kau ni jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Aku sumpah aku mahu mandi bunga
tujuh hari tujuh malam kalau aku dapat boyfriend macam dia. Tak nak lah aku!”
Aku merengus geram. Afiq ketawa.
“ Amboi
Wirna..kau jangan main sumpah-sumpah..kan jadi betul kan, naknya kau nanti!”
“ Afiq! Kau
ni tak ada kerja lain ke selain daripada nak kenakan aku..aku tahulah kau tu
baru dapat tackle staff nurse lawa kat wad sebelah tu..” Tawa Afiq terhenti
mendengar kata-kataku.
“ Heh,
pandai la kau ni. Tak baik gosip aku bukan-bukan tau!” Marah Afiq. Aku mula
tersenyum nakal. Giliran aku pula mengenakannya.
“ Eleh,
gosip la konon. Tak silap aku, satu department kita tahu yang kau tengah angau
dengan staff nurse tu…dengar-dengar hari-hari kau belikan dia breakfast…oww so
romantic! ”
“
Alah..setakat bawakkan breakfast pun dah dikira nak ngurat lah ek? Ish korang
ni, tak baik tau tuduh aku macam tu..”Afiq mula berubah angin. Aku ketawa
kecil.
“ Bukan
tuduh la..mengaku je la Afiq. Sudah terang lagi bersuluh, tunggu apa
lagi…declare je la..”
“ Woi
Wirna…kau ni memandai je la ek..Aku dengan staff nurse tu tak ada apa-apa la.
Awek orang tu…” Kata Afiq bersungguh. Kelihatan telinganya memerah. Comel!
“ Alah awek
orang je..bukan bini orang pun. Ada peluang lagi nak tackle..” Aku
mengenakannya lagi.
“ Gila apa!
Tak nak lah aku!” Marah Afiq.
“ Afiq,
jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama…dia di ambil orang…lalala..” Aku
menyanyi kecil.
“ Pandai la
kau nyanyi ek!”
“ Of course
I am..” Afiq dan aku ketawa serentak. Afiq tampak senang betul bila aku
menyebut pasal staff nurse tu.
“
Ehem..ehem!” Ketawa kami mati apabila mendengar orang berdehem tiba-tiba. Kami
berpaling ke arah muka pintu serentak. Alamak! Dr. Zack! Aku dan Afiq berpaling
sesama sendiri. Kami terdiam tidak terkata apabila melihat Dr.Zack tercegat di
situ tak tahu sejak bila. Dia dengar ke aku menyanyi tadi?
“ Korang
ni, tak ada kerja lain ke selain bukak kedai kopi kat sini?” Soal Dr.Zack
kasar.
“ Kami cuma
breakfast bos..” Afiq menjawab.
“ Hah,
breakfast apa sampai dekat setengah jam. Lepas tu pesakit, korang tinggal macam
tu je!” E’eh Dr.Zack ni, tak kan kami tak boleh nak makan langsung kot.Kami pun
manusia jugak. Ada perut, mestilah kena makan. Apa la..
“ Sorry
bos..” Kata Afiq lagi. Aku dari tadi hanya berdiam diri. Malas mahu cakap
apa-apa.
“ Wirna!
Kalau kamu nak menyanyi bukan kat sini tempatnya…pergi je karoeke..nyanyi sana
puas-puas!” Tiba-tiba Dr.Zack menengkingku. Aku mencebik.Pipiku terasa panas. Alamak,
kiranya dia curi dengar la perbualan kami tadi. Malunya Ya Allah!
“ Err..maaf
bos..” Itu sahaja jawapanku yang paling baik buat masa ini.
“ Dah! Pergi buat kerja sekarang! Jangan nak
curi tulang lagi…” Kata Dr.Zack tegas. Kami hanya menurut arahan. Cepat-cepat
aku dan Afiq bangun dan beredar dari pantry wad. Saat aku melintasi Dr.Zack, aku
perasan yang dia sedang merenungku tajam tidak berkelip. Tetapi aku benar-benar
tidak kuat untuk bertentang mata dengannya. Apa lagi setelah pertemuanku di
biliknya beberapa hari yang lepas. Ternyata dia masih marah denganku pasal apa
yang aku perkatakan tempoh hari. Argh..biarkan je lah. Bukan aku cakap benda
salah pun! Salah ke aku berterus-terang pasal pendapat aku?
Aku menyelosori rak-rak yang terletaknya barang-barang
dapur di supermarket itu. Hujung minggu ini aku ingat mahu memasak sesuatu
untuk aku dan rakan serumahku. Maklumlah, jarang kami dapat makan bersama-sama
macam ni. Ye lah, aku asyik sibuk sahaja dengan oncall semenjak aku bekerja di
hospital daerah ini. Doktor tidak ramai, jadi terpaksa kami bergilir-gilir
bersengkang mata untuk oncall . Terasa hidupku bagaikan tidak sebahagia seperti
zaman housemanship aku dulu. Masa untuk diriku sendiri teramatlah singkat.
Pulang je rumah, memang tidur sahajalah aktivitiku.
Sedang aku
membelek-belek rempah ratus di rak itu, tiba-tiba aku ternampak orang ramai sedang
mengerumuni sesuatu di tempat jual sayur-sayuran. Eh, ada show ke dekat situ?
Aku berminat ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Tanpa berlengah masa,
aku perlahan-lahan pergi ke arah itu.
Mataku
terpaku pada sesusuk tubuh wanita yang aku rasa berusia lewat 50-an sedang
terbaring kaku di situ, tidak bergerak-gerak. Orang ramai di situ semakin riuh
tetapi tiada seorang pun yang mahu berbuat apa-apa kepada wanita itu. Aku
dengan pantas meluru ke arah tubuh wanita tersebut.
“ Mak cik,
are you okay?!” Aku menjerit kuat di telinga wanita itu. Tiada respons. Aku cepat-cepat memeriksa nadi
wanita itu di leher dan mendengar nafasnya. Tiada nadi,tiada nafas.
“ Boleh
siapa-siapa call 999 tak?!” Jeritku kuat kepada orang ramai di situ.
Pantas aku
memulakan CPR seperti yang aku selalu lakukan kepada pesakitku dan membuat
bantuan pernafasan dari mulut ke mulut berselang-seli. Ada beberapa orang cuba
membantuku. Kami membuat CPR kepada wanita itu secara bergilir-gilir. Sesekali
aku memeriksa nadi dan pernafasan wanita itu.
Akhirnya
setelah 5 minit CPR, aku dapat merasakan nafas wanita itu dan nadinya. Nadi dan
pernafasannya semakin bagus. Aku menarik nafas lega. Sebentar kemudian
kedengaran siren ambulans tidak jauh dari situ. Beberapa minit kemudian,
kelihatan mata wanita itu bergerak-gerak.
“ Mak cik, bukak mata!” Jeritku kuat. Wanita
itu perlahan-lahan membuka mata. Wajahnya nampak lesu. Mulutnya
bergerak-bergerak mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Dia
mengenggam erat tanganku .Tangannya cukup sejuk tapi nadinya masih terasa.
Tanpa membuang masa aku terus membantu mengangkatnya ke atas troli dan
menyorongkannya ke arah ambulans yang diparkir di luar supermarket itu.
Aku berasa cukup lega kerana dengan izin
Allah, aku berjaya menyelamatkan nyawa seorang manusia lagi. Alhamdulillah Ya
Allah…
Pagi ini
aku berjaya datang awal ke tempat kerja. Nasib baik sekarang cuti sekolah ,
jadi jalan tidak lah seberapa jam. Jadi, aku tidak perlu lagi melintasi
kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut .
Pesakit
pertama yang aku review hari ini adalah pesakit di bilik kelas pertama . Hairan
jugak aku, setakat ni jarang ada pesakit dari kawasan terpencil begini yang meminta
untuk diletakkan di bilik kelas pertama. Sedikit terasing dari pesakit lain.
“
Assalamualaikum mak cik…” tegurku pada pesakit wanita yang sedang tidur itu.
Tubuhnya dipalingkan bertentangan dengan aku.
“
Waalaikumussalam…” jawab wanita itu sambil memusingkan badannya menghadapku.
Aku mengerutkan kening. Macam kenal la mak cik ni, tapi di mana ya aku jumpa
dia?
“ Doktor ke
ni?” Wanita itu menyapaku..
“Iya..mak
cik..saya doktor mak cik..” jawabku ringkas sambil tersenyum. Aku
membelek-belek fail pesakit
wanita itu. Aku memerhatikan data dan sejarah
penyakitnya. Diagnosisnya ‘Acute Coronory Syndrome’ . Owh..sakit jantung rupanya..Memang aku tidak
pernah kenal mak cik ni tapi kenapa aku rasa macam pernah jumpa ye?
“ Doktor
masih ingat mak cik?” Soal wanita itu. Aku semakin keliru.
“ Maaf mak
cik, saya pernah jumpa mak cik ke? Kat mana ye?” Soalku ingin tahu. Dia
tersenyum manis kepadaku.
“ Lah,
doktor tak ingat ke? Kan doktor yang selamatkan mak cik kat supermarket hari
tu?” jawab wanita itu lembut. Aku cuba mengorek segala ingatanku yang ada. Heh,
tak kan mak cik yang aku buat CPR hari tu? Nampak lain benar mukanya. Nampak
lebih berseri. Tak sangka pula wanita itu ditahan di wad aku.
“ Owhhh mak
cik…tak cam lah saya. Cantik pulak mak cik sekarang ye…” Kataku. Wanita itu
tergelak kecil.
“
Ish..cantik apanya..dah tua-tua macam ni. Orang sakit lagi…mana ada cantik..”
kata wanita itu.
“ Tapi
sekarang mak cik dah sihat kan? Masih ada sakit dada dan susah nafas lagi?”
Soalku.
“ Tak ada
sudah doktor…alhamdulillah mak cik dah rasa ok sikit…” jawab wanita itu ceria .
“ Baguslah
tu mak cik…ubat jangan lupa makan ye..”
“ Baiklah
doktor…Terima kasih banyak ye sebab selamatkan mak cik hari tu, kalau tak ada
doktor tak tahulah mak cik boleh hidup lagi ke tak…” Tanganku yang sedang
menulis terhenti seketika mendengar kata-kata wanita itu.
“ Mak
cik..jangan cakap macam tu. Saya dapat selamatkan mak cik pun dengan izin
Allah…dah tersurat mak cik masih panjang umur…InsyaAllah mak cik, mak cik akan
cepat sembuh..” kataku lembut. Mak cik itu semakin tersenyum lebar mendengar
kata-kataku.
“ Bestnya
kalau mak cik dapat menantu macam doktor kan..dah la cantik..baik pulak tu..”
Aku rasa mahu tergelak mendengar pujian wanita itu yang lebih-lebih.
“ Hish mak
cik ni, saya biasa je la mak cik. Tak ada yang lebih pun..”
“ Jarang
tau mahu cari orang macam doktor ni…” kata wanita itu lagi membuatkan aku
tersipu malu.
“ Ish tak
adalah mak cik..ramai lagi orang lagi baik dari saya kat luar sana…” jawabku
menutup rasa malu yang teramat apabila dipuji begitu. Langsung tak kena dengan
yang realiti.
“ Doktor
tak kenal dengan anak mak cik? Dia pun kerja kat sini jugak ” soal wanita itu.
“ Anak mak
cik yang mana satu?” Soalku ingin tahu.
“ Doktor
kenal dengan doktor Zakri?” Aku mengerutkan keningku. Dr.Zakri? Siapa pulak tu?
Setahu aku tak ada nama macam tu di hospital ni. Aku mengerah otak
memikirkannya namun langsung tiada bayangan rupa lelaki yang mempunyai nama
itu. Mungkin aku terlepas pandang kot.
“ Dr.Zakri
yang mana satu tu mak cik? Siapa tu mak cik? ”
“ Owh dia
anak mak cik..dah 4 tahun dia kerja kat sini..tak kan doktor tak kenal?” Mak
cik itu pula kelihatan hairan melihat aku hairan. Aku lagilah hairan.
“ Sumpah
mak cik..saya betul-betul tak kenal dengan anak mak cik..” jawabku jujur.
“ Haii..tak
kan lah bos sendiri pun tak kenal..” Aku tersentak apabila mendengar ada suara
garau menegur dari belakang. Aku berpaling ke arah itu. Lelaki itu memandangku
tajam tanpa secalit senyuman terukir di bibirnya. Bila masa dia muncul di situ
pun aku tak tahu.
“ Dr.Zack
!!” Aku sedikit menjerit. Anak mak cik itu Dr.Zack ke? Biar betul !!
Aku
menuruni anak tangga laju untuk ke pejabat am sekejap untuk menguruskan ‘oncall
claim’ aku. Hari ini adalah hari terakhir untuk menghantar ‘claim’ yang bulan
lepas. Kalau terlambat hantar , alamatnya rugilah aku..penat-penat kerja tetapi
habuk pun tarak dapat. Hospital ini agak tegas sikit soal ‘claim’ ni.
Ketika aku
mahu melepasi anak tangga terakhir tiba-tiba kaki aku tersadung sesuatu di situ
membuatkan tubuhku hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh ke hadapan. Namun,
belum sempat aku rebah sepenuhnya menyembah bumi, tiba-tiba aku rasa tubuhku
dirangkul erat oleh satu lembaga yang aku tidak tahu muncul dari arah mana.
“ Are you
okay?” Soal lembaga itu kepadaku yang sedang pening-pening lalat itu. Aku
mengamati wajah lelaki itu.
“
Dr.Zack?!” Dia lagi. Kerana terkejut, dengan spontan aku menolak kasar tubuhnya
yang sedang merangkul pingganku. Tubuhnya sedikit tertolak ke belakang.
“ Sorry..”
kataku apabila menyedari Dr.Zack seperti marah apabila aku menolaknya tadi.
“ It’s
okay..” katanya lembut. Aku memandangnya pelik. Apasal aku dengar suara Dr.Zack
tiba-tiba lembut semacam. Hatiku berasa tidak keruan . Apa lagi apabila melihat
pandanganya yang biasa tajam seperti mahu telan orang kini berubah menjadi
begitu redup dan memukau. Ish, apa aku mengarut ni.
“
Dr.Wirna..” Sapanya lembut. Dia mendekatiku perlahan-lahan. Aku melangkah
beberapa langkah ke belakang. Aku semakin tidak keruan. Benar-benar tidak
selesa dengan perubahan mendadak Dr.Zack.
“ Thank you
very much…” katanya lagi. Sungguh lembut. Aku terkesima.
“ Thanks
for what bos?” Aku memberanikan diri bertanya.
“ Thanks
sebab selamatkan mama saya…saya betul-betul terhutang budi dengan awak…” Aku
menelan air liur. Benarkah apa yang aku dengar ? Inilah pertama kali aku dengar
perkataan terima kasih dari bibir Dr.Zack.
“ Thank you
very much Dr.Wirna…kalau tak ada awak, saya tak tahu lah apa jadi dengan mama
saya. Saya sayang dia sangat-sangat…” sambungnya lagi dengan suara yang cukup
romantis di telingaku.
“ I’m sorry
Dr.Zack…I’m not saving your mum but Allah who’s The One save your mum…” jawabku
ringkas. Dia tersenyum mendengar jawapanku. Alamak. Aku bermimpi ke ni? Buat
pertama kali jugak aku tengok Dr.Zack senyum.
“ Anyway
saya nak ucapkan thanks jugak..mama saya betul-betul terhutang budi dengan
awak..” katanya lembut.
“ You are
welcome..mama bos dah nak discharge kan?”
“ Yeah..i
want to keep her on eye in ward for a few days more…but I’m sure she going
to be okay..” jawabnya dengan nada
sedikit ceria. Ternyata Dr.Zack amat menyayangi ibunya.
“ Baguslah
macam tu..”
“Owh
ya..nanti lepas mama saya pulang…jemputlah datang ke rumah saya. Ada nak buat
kenduri doa selamat sikit..” Aku tersentak dengan permintaannya.
“ Bila?”
“ May be
next week..you are our special guest..so I hope you will come…” Aku termangu
mendengar kata-kata Dr.Zack. Lain benar
perangainya sekarang. Tidak marah-marah seperti selalu.
“
InsyaAllah..” jawabku ringkas.
‘You are my
special guest’..kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepalaku. Benarkah ? Tak
kan kerana aku selamatkan mama Dr.Zack, dia berubah mendadak seperti ini. Aku
betul-betul tak faham!
---------------------------------------
“ Wow
Wirna..bahagia nampak sekarang..” Afiq tiba-tiba menegurku yang sedang duduk
berehat melepaskan lelah di bangku sekitar kompleks sukan itu. Afiq dengan aku
memang selalu datang ke sini untuk beriadah.
“ Bahagia
apa pulak ni?” Soalku tidak mengerti.
“ Ye lah..Dr.Zack
kan dah tangkap cintan dengan kau..” kata-kata Afiq membuatkan aku tergelak.
“ Weyh..apa
lah yang kau mengarut lagi ni…sejak bila pulak Dr.Zack tangkap cintan dengan
aku?”
“ Sejak kau
selamatkan mama dia kan? Heboh satu hospital tau!” Kata Afiq
bersungguh-sungguh.
“
Hello..jangan pandai nak buat gosip murahan kat sini okay!” Marahku.
“ Gosip
apanya, dah benda betul kan..”
“ Mengarut!”
Getusku.
“ Tapi
kan,aku tengok memang lain betul la Dr.Zack dengan kau sekarang. Dia dah tak
marah-marah kau. Kau perasan tak?” Soal Afiq menduga. Dalam diam, aku
memikirkan kata-kata Afiq.
“ A’ah
ek..baru aku perasan..kenapa ek?” Tanyaku seperti orang bodoh.
“ Sebab dia
dah suka kat kau!” Kata Afiq selamba.
“ Hish, kau
ni lebih-lebih pulak..suka hati dia la nak jadi baik ke apa ke..boleh tak kita
jangan menyibuk hal dia…”
“ Tengok,
aku cakap tak nak percaya…memang dia berubah sebab kau la..”
“ Apa pulak
berubah sebab aku..mana tahu dia insaf dah lepas mama dia jatuh sakit…cuba fikir
positif sikit Afiq…” marahku lagi. Afiq tersengeh seperti kerang busuk.
“
Yelah..sebab aku berfikiran positif lah aku cakap macam tu..”
“ Tu bukan
berfikiran positif, tu berfikiran kolot. Asal baik dengan aku je, cakap dia
suka aku. Kalau dia suka akupun, aku tak nak lah lelaki macam dia!”
“ Haii
marah nampak..Dr.Zack tu ok apa..macam staff nurse semua tu cakap, dia tu
jejaka idaman malaya tau…siapa-siapa yang dapat dia tu tersangatlah beruntung..”
Afiq cuba berseloroh. Aku mencebik.
“ E’eh yang
kau puji dia lebih-lebih ni kenapa? Ada apa-apa ke?”
“ Mana ada
apa-apa…aku cuma cakap benda yang betul je…”
“ Ye..betul
sangat la tu..kau simpan sajalah cerita kau tu. Malas aku nak dengar…” kataku
sambil terus mengangkat punggung untuk meneruskan acara jogging yang tergendala
sebentar tadi. Kedengaran Afiq ketawa. Entah apa yang dia suka sangat dengan
Dr.Zack pun aku tak tahu. Malas aku nak layan.
------------------------
Akhirnya
ibu kepada Dr.Zack akhirnya berjaya ‘discharge’ dengan selamat. Dia kembali
kepada kehidupan biasa cuma tenaganya masih lagi lemah untuk berjalan jauh.
Ternyata Dr.Zack amat gembira dengan kesihatan ibunya yang semakin pulih.
Rupa-rupanya Dr.Zack merupakan anak sulung kepada 5 beradik .
Hanya ibunya yang
ada sekarang. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Jadi, Dr.Zack lah yang
menjadi ketua keluarga dan bapa kepada adik-adiknya yang masih bersekolah kini.
Dalam diam, aku mengkagumi sikap bertanggungjawab yang ada pada dirinya.
Hari ini,
aku mengajak Afiq untuk ke kenduri doa selamat di rumah Dr.Zack sebagai
mensyukuri kesihatan ibunya yang semakin pulih. Ramai sanak saudara dan rakan
taulan yang mengerumuni rumah Dr.Zack ketika ini. Suasana kelihatan cukup
meriah dengan beberapa khemah yang dipasang khas di luar rumah seperti kenduri
kahwin pulak aku tengok.
“ Sudah
lama sampai?” Tegur ibu Dr.Zack apabila melihat kelibatku di situ. Afiq sudah
hilang ke bahagian makan untuk lelaki.
“ Baru je
mak cik…” jawabku lembut.
“ Sudah
makan ke ni?” Soalnya lagi.
“ Belum
lagi..nantilah dulu..”
“ Ehh,
jemputla makan dulu…makan sama-sama dengan mak cik. Mak cik pun baru mahu makan
ni..”
“ Boleh
jugak tu..” Kataku sambil mengekori ibu Dr.Zack ke tempat makan perempuan.
“ Tak kerja
ke hari ni?” Soal Ibu Dr.Zack.
“ Hari ni
off mak cik..esok baru kerja balik…” jawabku ringkas.
“ Macam
mana kerja dengan Zakri, ok?” Aku tersenyum mendengar soalan ibu Dr.Zack.
“ Ok lah
mak cik..macam biasa. Dr.Zack memang bagus mak cik..selalu tolong saya ”
jawabku. Aku buat-buat puji anak dia sekadar nak sedapkan hati orang tua
walaupun pada hakikatnya memang indah khabar dari rupa.
“ Baguslah
macam tu..mak cik cuma risau..takut-takut dia masih suka marah-marah dengan
perempuan…” kedengaran ibu Dr.Zack menarik nafas lega. Erk? Jadi ibunya tahulah
perangai anaknya sebelum ini.
“ Apa
maksud mak cik?” Soalku ingin tahu
“ Tak ada
lah..semenjak dia putus tunang dulu, dia jadi betul-betul marah dengan semua
perempuan kecuali dengan adik-beradiknya dan mak cik. Dengan saudara-mara
perempuan pun dia benci..”
“ Macam
mana boleh jadi macam tu mak cik?” Soalku lagi. Telingaku bergerak-gerak untuk
mendengar cerita selanjutnya.
“
Entah..Zakri sebenarnya dah berkawan lama dah dengan bekas tunangnya tu. Tak
silap mak cik dekat 7 tahun jugak diorang bercinta. Lepastu 2 tahun diorang
tunang. Last-last tak tahu macam mana, tiba-tiba dengar-dengar berita, bekas
tunangnya kena tangkap khalwat . Terus si Zakri tu putuskan pertunangan tu.
Sejak hari itu, dia memang anti dengan perempuan. Baginya semua perempuan tu
sama…dia betul-betul tak percayakan orang perempuan. Sebab tu sampai sekarang
dia membujang…Mak cik pun tak tahulah nak buat macam mana lagi..” Aku
terangguk-angguk mendengar cerita ibu Dr.Zack yang panjang lebar tu. Macam tu
rupanya. Patutla sebelum ni asal dengan aku je, tiba-tiba angin satu badan .
Padahal dengan Afiq dan rakan-rakan lelakiku yang lain tak ada pulak macam tu.
Dah la aku seorang sahaja doktor perempuan kat situ. Memang nasib badanlah.
“Dr.Wirna…”
Panggil Ibu Dr.Zack lembut. Lamunanku mati dengan serta-merta.
“ Mak cik
nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Dr.Wirna..” sayu wanita itu berkata.
Aku kehairanan.
“ Terima
kasih untuk apa mak cik?”
“ Sebab dah
berjaya ubah pandangan Zakri pada perempuan..”
“ Maksud
mak cik?” Aku semakin keliru dengan kata-kata ibu Dr.Zack itu.
“ Sejak dia
tahu Dr.Wirna yang selamatkan mak cik hari tu..perangainya sikit-sikit berubah.
Dia mula banyak cerita pasal Dr.Wirna kat mak cik. Sebelum ini tak pernah dia
cerita pasal mana-mana perempuan sejak putus tunang…nilah satu perubahan yang
mak cik tunggu-tunggu..” Aku sedikit terkejut dengan kata-kata ibu Dr.Zack .
Betul ke ni? Aku seperti tidak percaya.
“ Naluri
mak cik cakap, yang Zakri dah mula jatuh sayang dengan Dr.Wirna…mak cik pun
berkenan sangat kalau Dr.Wirna jadi menantu sulung mak cik…” aku terlopong
mendengar permintaan ibu Dr.Zack. Sungguh tak masuk akal! Dr. Zack tak pernah
pun cakap apa-apa sama aku, dating pun tak pernah. Tak kan dalam seminggu
perubahannya cukup drastik . Seperti perangainya berubah 360 darjah. Pelik tapi
benar.
Baru aku
sedar yang Dr.Zack sedang memerhatikan aku yang sedang berborak dengan ibunya
dari jarak
jauh. Mata kami bertentangan buat seketika. Dia melemparkan senyuman
manis ke arahku. Aku cepat-cepat melarikan anak mataku dari bertembung
dengannya. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang, jiwa wanitaku berkocak hebat.
Perasaan apakah ini? Aku sendiripun tidak pasti.
Aku berjalan
mundar-mandir di dalam bilikku. Fikiranku kusut. Berita yang baru aku terima
sebentar tadi cukup membuatkan duniaku bergegar. Tidakku sangka ibu bapaku akan
membuat keputusan yang terburu-buru seperti itu. Aku dilayan seperti anak kecil
. Aku betul-betul tidak berpuas hati.
“ Umi dan
Abah dah terima pinangan tu…” Kata-kata ibuku di talian telefon sebentar
membuatkan jiwaku tiba-tiba sesak.
“
Umi..kenapa umi tak bincang dengan Wirna dulu? Kahwin ni bukan boleh dibuat
main-main…” Kataku tidak puas hati .
“ Wirna,
dengar cakap umi. Wirna bukan muda lagi. Kira baguslah ada orang nak pinang
anak umi ni. Lagipun keluarga pihak lelaki tu dari keturunan baik…” Ibuku
bertegas.
“
Umi..Wirna tak kenal pun dengan lelaki tu. Macam mana Wirna nak kahwin dengan
lelaki yang Wirna tak cinta…” Rungutku. Terasa mahu saja aku pulang segera ke
kampungku untuk berdepan dengan ibuku, mahu membincangkan hal ini secara
berdepan .
“Tak kenal
maka tak cinta sayang…umi yakin pilihan abah tepat. Lelaki tu pun memang suruh
ibu dia carikan jodoh untuk dia. Kira anak yang baik la tu…” Pujuk ibuku
lembut. Aku semakin tidak senang duduk. Sungguh tidak masuk akal!
“ Umi…Wirna
tak setuju la umi..tolonglah jangan paksa Wirna macam ni…”
“
Wirna…janganla nak malukan umi dan abah…kami dah setuju dah. Tarikh pertunangan
tu pun dah ditetapkan…”
“ Tapi
Wirna belum bersedia…”
“ Haii anak
umi ni..tak tahulah bila nak bersedia…umur dah nak 26 tahun, masih tak nak
kahwin-kahwin lagi…” marah ibuku.
“ Apa ni
umi..Wirna muda lagi la..Wirna baru je naik jadi MO (Medical Officer)..bagilah
peluang Wirna selesa dengan kerja Wirna dulu…” rayuku lagi.
“
Wirna..umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Keputusan ini adalah muktamad!”
Tegas ibuku lantas meletakkan ganggang telefon. Aku terkedu. Ya Allah…dugaan
apa lagi ni. Tak ada angin tak ada ribut..tup-tup kena paksa kahwin.
Tolonglah..aku betul-betul belum bersedia…
“ Aik,
apasal monyok semacam je ni? Macam ibu kucing hilang anak je ni?” Tegur Afiq
tiba-tiba. Aku memandangnya sekilas kemudian terus menyambung menunganku.
“
Wirna..kenapa ni? Any problem? Tak nak share dengan aku ke? Cer citer sikit…” Soal
Afiq sambil melabuhkan punggung di sebelahku.
“ Kalau aku
cakap, kau jangan pulak nak gelakkan aku tau..” jawabku malas.
“ Kau tak
cakap lagi, macam mana aku nak gelak…” kata Afiq sambil ketawa kecil.
“ Tengok
tu..belum apa-apa lagi dah gelak..” Marahku.
“
Okay..okay..I’m serious..aku janji tak kan gelakkan kau. Cakap lah, apa dia?”
Jawab Afiq. Tawanya terhenti seketika.
“ Aku kena
paksa kahwin..”
“ What?!
Are you kidding me?” Afiq mula ketawa terbahak-bahak. Aku menjeling geram. Tengok, mungkir janji dah!
“Aku tak
buat lawak lah..it’s true! Ni aku tengah tension ni!” Gertakku. Tawa Afiq mula
mengendur.
“ Macam
mana boleh jadi macam ni? Macam tak percaya je Dr.Wirna yang brutal macam ni
nak kahwin..” Afiq ketawa lagi.
“ Afiq!
Jangan buat aku lagi tension boleh tak?” Marahku.
“
Wow..wow..okay Dr.Wirna…back to the topic. Siapalah lelaki bertuah tu?”
“ Entah..aku
tak tahu siapa lelaki tu..”
“ Eheh biar
betul…tak kan kau tak kenal langsung. Tengok gambar ke?” Soal Afiq menduga..
“ Entah..aku
pun malas nak ambil tahu. Kau tahu tak bulan depan parents aku suruh aku
bertunang dengan dia. Lepas tu sebulan kemudian kahwin. Gila!” Bentakku.
“ Lah..apa
susah, tolak je la pinangan tu awal-awal. Habis cerita..”
“ Oit..kau
ingat parents aku macam parents kau ke. Diorang tu kalau dah kata A, memang A
lah jawapannya…kalau Z memang Z lah jugak…aku tak boleh bantah. Benci!”
Rungutku. Sungguh,hatiku benar-benar panas kini.
“ Tak ada
la..tak kan la kau nak kahwin dengan lelaki yang kau tak pernah kenal atau
jumpa. Tak ke pelik tu..” Afiq memandangku hairan.
“ Itulah
masalahnya sekarang…aku pun dah pening kepala fikir pasal ni!”
“ Habis tu
Dr.Zack kau nak buang kat mana?” Aku terkejut dengan soalan Afiq yang tidak aku
sangka-sangka.
“ Heh kau
ni..apasal tiba-tiba muncul nama Dr.Zack ni? Apa kena-mengena dia dengan
masalah aku sekarang?” Soalku menduga.
“Yelah, aku
dengar mak Dr.Zack nak pinang kau, betul ke?” Afiq bertanya dengan nada serius.
“ Afiq,
time ni jugak kau nak buat gosip liar ek…please la weyh..aku dah la tengah
tension gila ni..ko makin nak buat aku tension!” Aku membentak. Afiq ni memang
sengaja nak sakitkan hati aku.
“ Chills la
girl…aku tanya je sebab masa kita pergi kenduri doa selamat hari tu, semua
orang cakap-cakap pasal ni. Diorang tunjuk kat aku perempuan yang bakal kahwin
dengan Dr.Zack adalah kau…” Kali ini sepertinya Afiq tidak bergurau.
“
Mengarut..semua tu mengarut! Dr.Zack tak pernah cakap apa-apa dengan aku , apa
lagi nak bercinta. Korang je yang lebih-lebih!” Marahku semakin tidak terkawal.
“ Betul
Wirna..aku tak tipu…” Afiq menekankan kata-katanya.
“ Dah la tu
Afiq, boleh tak kau simpan je gosip kau tu. Aku dengan dia tak ada apa-apalah!”
Marahku lagi.
“
Yelah..yelah..aku percaya korang tak ada apa-apa…kok ya pun marah jangan la
sampai nak patahkan pen aku…aku nak menulis pakai apa nanti?” kata Afiq
berseloroh. Baru aku tersedar yang aku sedang mematahkan sebetang pen hitam
milik Afiq. Tak perasan!
Aku tidak
tahu kenapa sejak akhir-akhir ni Dr.Zack berubah menjadi dingin kembali. Jadi
marah-marah tak tentu pasal padaku. Dia berubah menjadi Dr.Zack yang dulu.
Ternyata dia cuma baik denganku hanyalah untuk seketika. Dia seolah-olah betul-betul
tidak senang hati apabila melihat wajahku di wad itu. Ada-ada saja yang tak
kena. Aku pun naik hairan. Aku tak tahu apa salah aku padanya. Aku dah buat apa
yang dia suruh tapi masih juga tidak
memuaskan hatinya. Pelik betul la mamat ni. Senang sangat berubah angin mengalahkan
perempuan yang nak period!
Hari ini
aku terpaksa jua bertemu dengannya untuk meminta cuti. Aku terpaksa meminta
cuti untuk perkahwinanku yang akan berlangsung pada bulan depan. Nak tak nak,
aku terpaksa akur dengan permintaan ibu-bapaku yang satu itu walaupun aku tidak
pernah kenal siapa lelaki yang bakal aku nikahi. Pertunangan baru-baru ni
berlangsung tanpa kehadiranku kerana aku tidak dapat cuti. Dr.Zack berkeras
tidak mahu bagi aku cuti walaupun satu hari . Katanya pertunangan itu tidak
penting, yang penting pesakit. Lebih-lebih lagi ketika itu , doktor tidak cukup
untuk oncall. Jadi cuti aku terpaksa dibekukan. Sakit hati betul.
“
Dr.Zack..boleh ke bulan depan saya nak mintak cuti?” Soalku sebaik sahaja
berada dalam bilik Dr.Zack.
“For
what?!” Soalnya kasar.
“ Cuti
kahwin…” jawabku straight to the point.
“ Berapa
lama?” Soalnya lagi. Matanya langsung tidak memandangku sebaliknya memandang
surat-surat di tangannya.
“ 10
hari..”
“ What?!
Lamanya..nak buat apa? Nak pergi honeymoon sekali?” Soalnya sinis. Matanya
terus berkalih ke arahku. Aku menunduk. Tidak berani bertentang mata dengannya.
“ Tak ada
la..rumah saya jauh. Kalau naik flight terpaksa ambil 2 trip. At least satu
hari suntuk baru sampai rumah…” jawabku jujur.
“ Kalau
saya kata tak boleh, awak nak buat apa?” Soalnya menduga. Ish, main-main pulak
dia.
“ Entah..”
“ Entah??
Sure?” Soalnya lagi.
“ Yes..sure..i
just follow your order..” aku menjawab malas. Aku dapat mengagak yang dia tidak
akan meluluskan cutiku sekali lagi.
“ Oklah…kalau
macam tu saya tak luluskan cuti awak….cuti awak dibekukan sampai tahun depan..”
jawabnya tegas.
“ What?!”
Aku terkejut. Tak kan lah. Kalau cuti aku dibekukan sampai tahun
depan..maksudnya tahun ini aku langsung tidak boleh pulang kampung. Gila betul
la bos aku ni!
“ Kenapa? Tak
puas hati?” Soalannya amat menguji kesabaranku yang semakin menipis ni.
“ Yes..of
course! Saya ada hak untuk cuti…bos tak boleh sesuka hati keluarkan arahan tak
masuk akal ni..” aku membantah.
“ Tapi cuti
kamu di tangan saya…saya ada hak untuk menentukan cuti awak diluluskan atau
tak!” Dia bantah balik.
“ Tapi tak
perlulah nak dera saya macam ni! You are really unfair!” Kataku kasar. Ternyata
aku benar-benar hilang sabar sekarang.
“ Jangan
cakap kasar dengan saya!” Marah Dr.Zack. Aku mencebik.
“ Ok..I’m
sorry..” jawabku pendek.
“ Ok..if
nothing to be discussed, can you please go out from my room?” Aku menjeling
tajam pada Dr.Zack. Boleh dia halau aku waktu ini. Eiii geramnya!
“ Ok, thank
you for your concern..” jawabku sinis sambil terus mengangkat punggung untuk
berlalu dari bilik itu. Hatiku benar-benar panas dengan kerenah Dr.Zack yang
agak menjengkelkan itu. Yang paling aku geram, mahu mintak cuti kahwin pun
susah. Ni kan pulak nak mintak cuti untuk balik kampung. Dr.Zack memang lelaki
yang tidak berhati perut!
Hatiku
berdebar-debar. Perutku rasa memulas. Tubuhku seram sejuk. Tekakku terasa
kering. Ya Allah…takutnya. Lagi beberapa minit upacara akad nikah akan
berlangsung. Diriku sudah siap dimekap dan dipakai baju pengantin berwarna
serba putih sejak tadi. Aku memerhatikan wajahku di cermin. Tampak berseri
sekali. Tidak sangka wajahku nampak begitu cantik bila mekap. Aiseh..puji diri
sendiri pulak. Aku berdebar-debar untuk menghadapi bakal suamiku. Percaya atau
tidak..aku tidak pernah bersua dengan bakal suamiku itu. Segala-galanya aku
serahkan kepada umi dan abahku untuk menguruskannya kerana aku malas mengambil
tahu. Kerana perkahwinan ini pun atas paksa rela mereka, bukan dengan kehendak
aku. Kata umi aku, biarlah bercinta selepas kahwin kerana itu lebih baik. Macam
orang dulu-dulu pulak aku rasa.
Nasib
baiklah aku akhirnya dapat jugak cuti kahwin. Ini pun hasil bantuan Afiq yang
berusaha memujuk Dr.Zack supaya memberi cuti padaku. Afiq sanggup menggantikan
semua ‘oncall’ ku semasa aku bercuti. Afiq ternyata sahabatku yang terbaik.
Susah mahu cari kawan baik yang sanggup berkongsi suka duka denganku seperti
Afiq. Kalau harapkan aku sendiri mahu mengadap muka Dr.Zack untuk mintak cuti,
confirm berjanggut pun tak kan dapat cuti tu.
“
Wirna…ready sudah?” Sapaan ibuku mematikan khayalanku.
“ Entahlah
Umi..” jawabku pendek.
“ Wahh
cantiknya anak umi…nampak macam dah ready sangat je ni..” Kata ibuku sambil
tersenyum.
“ Tak ready
lagi la…Wirna takutlah umi…” Rengekku.
“ Jangan
takut sayang…baca doa banyak-banyak..insyaAllah semuanya selamat..” Kata ibuku
sambil membetulkan tudungku yang sedikit terlondeh.
“
Umi..siapa bakal suami wirna umi? Tak nampak pun..” Soalku ingin tahu.
“ Nanti
Wirna tengok lah sendiri…handsome orangnya..”
“ Ala
umi..tak kan nak tengok gambar pun tak boleh?” Soalku lagi.
“
Masalahnya umi tak ada gambar dia…alah..kejap je lagi..nanti Wirna tengoklah
sendiri..Dah..dah jom kita pergi masjid . Abah dah tunggu kat sana tu…” Jawab
ibuku.
“ Wirna
hairanlah umi..”
“ Wirna
hairan pasal apa lagi ni?” Soal ibuku ingin tahu.
“Ye lah,
biasanya bakal mak mentua akan jumpa kita dulu kan sebelum akad nikah. Ni tak
ada pun bakal mak mentua Wirna datang..” Aku meluahkan rasa hairanku.
“
Owh..bakal mak mentua Wirna tak boleh datang…dia uzur..Nantilah Wirna jumpalah
mama nya..Dah..jangan fikir banyak, dah lewat ni. Jom kita pergi masjid
sekarang..”
“
Yelah..yelah…” Aku merengus geram. Ternyata umiku yang satu ni sengaja mahu
berteka-teki denganku. Konon-kononnya nak buat surprise la ek?
----------------------
Ketika aku
tiba di masjid, kelihatan semua sanak saudara dan abahku sudah berada di situ.
Juru nikah juga sudah bersedia di suatu sudut di masjid itu. Hatiku semakin
berdebar-debar , apa lagi apabila melihat banyak mata-mata yang memandangku
tidak berkelip. Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh lelaki yang memakai baju
melayu serba putih, bersongket hitam berjalur emas dan bersongkok hitam sedang
menghadap juru nikah. Mungkinkah itu bakal suamiku? Sedikitpun dia tidak
berpaling ke arahku. Aku ingin melihat wajahnya tetapi tidak sempat kerana
ibuku pantas menarikku ke tempat duduk perempuan. Aku sedikit hampa.
Sebentar
kemudian, kedengaran Juru nikah membaca khutbah nikah yang panjang lebar.
Khutbahnya lebih berkaitan kepada tugas
suami dan tugas isteri sesudah akad. Aku mendengar dengan tekun. Hatiku berasa
sayu..tidak sangka sebentar saja lagi , aku akan bergelar isteri kepada seorang
suami dan aku bukan lagi dibawah tanggungan ibu bapaku sebaliknya di bawah
tanggungan suamiku sepenuhnya. Syurga aku kini dibawah tapak kaki suamiku . Ya
Allah..bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri ? Aku benar-benar takut
untuk memikul tanggungjawab yang aku rasakan cukup berat itu.
“ Aku
nikahkan dikau Mohd Zakri Syah bin Halimi dengan Nur Wirna Putri binti Mohamad
dengan mas kahwin RM 33 333.33 sen tunai!” Akad nikah bermula. Aku tersentak
mendengar nama itu.
“ Aku
terima nikahnya Nur Wirna Putri binti Mohamad dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut..”
Jawab lelaki itu dengan sekali lafaz. Kedengaran juru nikah dan beberapa orang
saksi di situ mengesahkan akad nikah itu. Kemudian bacaan doa bermula.
Pengantin lelaki itu kemudian berpaling dan perlahan-lahan menghampiriku untuk
upacara membatalkan air sembahyang. Aku semakin terketar-ketar. Tidak tahu mahu
berkata apa lagi ketika ini. Lidahku kelu.
Aku
mengangkat muka perlahan-lahan untuk melihat wajah lelaki yang sudah sah
bergelar suamiku itu. Aku terpempan.
“
Dr.Zack?!” Aku terjerit kecil. Dr.Zack hanya tersenyum melihatku. Aku masih
tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“
Assalamualaikum Wirna..” Dr.Zack memberi salam.
“
Waalakumussalam…” jawabku dengan suara terketar-ketar. Dia menghulurkan
tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut tangannya dengan
perlahan-lahan lantas aku kucup lembut.
Tanganku
dicapai lantas disarungkan cincin emas bertatahkan berlian ke jari manisku.
Dahiku dikucup lembut, lama. Hatiku benar-benar tidak keruan kini. Tidak pasti
apa yang aku rasakan saat ini. Lensa kamera berkerlip-kelipan memanah ke arah
kami.
Dr. Zack
memandangku lagi dengan pandangan yang cukup redup. Dia nampak sungguh segak
hari ini, ketampanannya semakin terserlah . Dia masih tersenyum manis ke
arahku. Aku tersenyum kelat. Sungguh aku tak sangka yang Dr.Zack kini bergelar
suamiku. Dalam ramai-ramai lelaki kenapalah Dr.Zack jugak yang muncul di sini
saat ini. Aku boleh terima lelaki lain sebagai suamiku tetapi bukan Dr.Zack .
Habislah aku lepas ni, mesti hari-hari aku kena marah! Aku mula berasa tidak
senang hati.
“Kenapa
Dr.Zack tak beritahu pasal ni?” Soalku sebaik sahaja kami masuk kamar pengantin
bersama-sama.
“
Sayang..kan abang dah cakap jangan panggil Dr.Zack lagi…panggil ‘abang’ je…,”
jawab Dr.Zack lembut.
“ Ye
la..abang..” Terasa sungguh kekok untuk berbahasa seperti itu dengan bos ku
sendiri.
“ Ha..macam
tu la…kan sedap bunyinya…” kata Dr.Zack sambil mencium dahiku. Hatiku yang
tenang berkocak kembali. Terasa ada perasaan halus sedang meresap ke setiap
sudut hatiku.
“ Kenapa
abang tak beritahu Wirna yang abang lah sebenarnya bakal suami Wirna?” Soalku ingin
tahu.
“ Buat apa
abang nak beritahu..tak pentingpun…”
“ Apa pulak
tak penting..ini kan soal kahwin. Wirna patut tahu pasal ni..” marahku.
“ Abang tak
nak Wirna tahu sebab abang takut…”
“ Takut
pasal apa pulak?” Soalku tidak mengerti.
“ Takut
Wirna tak boleh terima abang…”
“
Lah..kenapa pulak? Abang tak pernah pun tanya Wirna pasal ni..”
“ Sebab tu
abang takut…yelah abang kan selalu marah-marah Wirna dulu. Abang takut , Wirna
tak dapat maafkan abang & tak dapat terima cinta abang pada Wirna..”
“ Yelah
tu..kalau abang takut, kenapa tak bagi Wirna cuti bertunang hari tu?” Aku
seperti meragui kata-katanya.
“ Masa tu
memang abang betul-betul tak boleh bagi Wirna cuti sebab masa tu memang
betul-betul tak cukup orang untuk jaga wad. Abang tak nak ‘bias’ pada
staff-staff abang…I’m so sorry..abang terpaksa..”
“ Tapi
kenapa abang still marah-marah Wirna lepas tu?” Aku masih tidak berpuas hati
dengan jawapannya.
“ Hai
banyak betul soalan Wirna..kenapa ni sayang…tak percaya abang ye?” Soal Dr.Zack
lembut.
“ Bukan tak
percaya..Cuma pelik. Abang cakap, abang suka Wirna tapi pada masa yang sama
abang marah-marah Wirna. Lepas tu buat Wirna macam teruk sangat je…” getusku.
“ Sebab
abang jeleous sangat masa tu…”
“ Jeleous
pasal apa pulak?” Aku tidak mengerti dengan kata-kata Dr.Zack itu.
“ Ye
lah..abang asyik nampak Wirna ke hulu ke hilir dengan Afiq je. Macam belangkas.
Tak ubah macam orang yang tengah couple…” Aku terkejut.
“ Lahh
abang ni…Afiq tu kan best friend Wirna dari zaman student lagi. Tak kan dengan
dia pun abang nak jealous…”
“ Wirna tak
faham…abang tak tahu kenapa abang suka sangat dengan Wirna. Semenjak hari
pertama Wirna masuk kerja, abang dah jatuh hati pandang pertama pada Wirna.
Tapi bila nampak , Wirna rapat dengan Afiq..abang rasa marah sangat. Abang sebenarnya
marah dengan diri abang sendiri kerana abang rasa..abang tak patut jatuh cinta
sekali lagi lepas putus tunang dulu…maafkan abang Wirna..sebab selalu
marah-marah sayang…” terang Dr.Zack dengan panjang lebar. Tangangku diraih dan
dikucup lembut. Aku terkesima. Aku seakan tidak percaya dengan ceritanya itu
.Namun, bunyinya benar-benar ikhlas. Aku tidak sangka dia sudah lama menyimpan
perasaannya terhadapku.
“ Jadi ,
abang suka Wirna bukan sebab Wirna selamatkan mama abang lah?” Soalku menduga.
“
Yes..exactly…bila abang tahu Wirna selamatkan mama, cinta abang sama Wirna
bertambah kuat. Abang semakin yakin yang Wirna lah jodoh abang yang sebenarnya.
Wirna cinta terakhir abang..sebab tu abang mintak mama cepat-cepat pinang
Wirna. Abang tak nak Wirna jatuh pada Afiq…”
“ Jatuh
pada Afiq?? Apa ni abang..mengarutlah!” Gertakku. Tidak sangka, Afiq jugak yang
dia nak sebut saat ini.
“ Ye
lah..bukan abang tak tahu yang Afiq tu suka sangat denga Wirna . Jadi sebelum
dia dapat Wirna, baik abang tangkap sayang dulu…” kata Dr.Zack separuh
berseloroh. Aku ketawa kecil.
“
Ala..abang ni dengan Afiq pun nak tercabar. Abang kan big bos..buat apa nak
takut dengan anak buah..”
“
Mestilah..lelaki akan tercabar bila ada lelaki lain nak kacau orang yang dia
cintai…” bersungguh Dr.Zack berbicara. Tak sangka romantik jugak suamiku ini.
Ingatkan tak ada perasaan.
“ Dah,
abang pun silap. Kalau dah suka Wirna kenapa tak tackle awal-awal?”
“ Macam
mana nak tackle..Wirna asyik berkepit dengan Afiq je…malaslah nak kacau daun..”
“ Tengok
belum apa-apa dah mengalah”
“ Bukan
mengalah, tapi tu tandanya lelaki sejati…”
“
Eleh..pandai lah tu!” Aku mencubit pipinya lembut. Kami tergelak serentak.
Serentak dengan itu dia mencium pipiku lembut. Cukup hangat sekali kucupannya.
Aku terpana.
“ I love
you Wirna…” bisiknya lembut di telingaku.
“ I love
you too…” jawabku ringkas.
“ Sayang
janji dengan abang ye…”
“ Janji
apa?”
“ Jangan
tinggalkan abang…I don’t want to lose you baby…” Aku benar-benar bahagia
mendengar ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Dr.Zack.
“
InsyaAllah…”
“ Nanti
kita honeymoon kat London, nak tak?” Soalnya kepadaku.
“ Haihh,
jauhnya..mana sempat…kan cuti kita ada 5 hari je lagi..” aku tidak bersetuju dengan
cadangan Dr.Zack.
“ Bukan
sekarang…nantila bulan depan kita pergi..”
“ Aik,
abang kata cuti Wirna dibekukan? Tahun depan kan baru dapat cuti..” Aku memerlinya.
“ Untuk
Wirna, abang boleh cairkan cuti itu pakai lilin je…don’t worry..” Dr.Zack
bergurau lagi. Aku tergelak.
“ Pandai ek
abang kelentong Wirna!” Dr.Zack sekadar tersengeh mendengar kata-kataku. Jauh
di sudut hatiku berasa teramat bahagia kini.
best! Sweet jer citer nih..tak sangka Dr.Zack yang nak kahwin dengan Wirna..ingatkan Afiq. Apa-apapun congrates!
ReplyDeletebest! =)
ReplyDeletebest...tapi tolong hati2 ngan english kalu x pasti lebih baik guna BM, letih membacanya.....
ReplyDeleteok thanx for ur comment...next time sy akan lebih hati2.. :-)
ReplyDeletesweetlah endingnyer...Org Ganu ni doktor eh? Macam real je citer ni..hehe...apa-apapun congrates sebab dapat hasilkan citer yg best sumer. Terbaik!!
ReplyDeleteSO SWEET...BESTNYA LAU JD WIRNA KN HUHHHUUU
ReplyDeletebest laaa cter ni =)
ReplyDeletenk doct!!!ehhehe
syok jlnn ceritenyr tq
ReplyDeleteSaya amat setuju dengan pendapat awak...
ReplyDeletecuma saya rasa... hal nie perlu di kaji dengan lebih mendalam...
Here is my page - Rahsia Hebat Diranjang
Hohoho . Nice story
ReplyDeletePenggunaan bahasa inggeris kena jaga. Byk error buat pembaca stress. Tp cerita okay. Tahniah (:
ReplyDeletebest sangat la cerite ni :)
ReplyDeletenak lagi.........
ReplyDeleteBEST.....
ReplyDeletebest!!!!
ReplyDeleteTahniah..jalan critenya amat menarik...cuma prlu baiki kesalahan bahasa inggeris...walau apapun good job!!!
ReplyDeletebest lah jalan cerita ni
ReplyDeleteSo sweet
ReplyDeleteGempak Ah rm 33 333.33 and bla3x..
ReplyDeleteKalau dia Dr Zack, i Dr x 😂
BTW, nice 👍
Salam. Menarik sungguh novel ini. Tahniah kepada penulis. Teruskan usaha anda. Salam :)
ReplyDeleteBest cerita ni..sweet aje...
ReplyDeleteImprove your english....pening nk bace but dont give up....
ReplyDeleteTerbaik....👍👍👍👍
ReplyDeletebest cerita ni berkali kali baca..tahniah penulis good jobs,
ReplyDelete