Sunday, January 13, 2013

Novel : Tidak Seindah Mimpi 38


“ Syam..awak marah saya ke?” Soalku perlahan. Syam dari tadi hanya berdiam diri. Tekun memandu di sebelahku.

“ Awak..saya mintak maaf…” Sambungku lagi apabila Syam tidak menjawab soalanku.

“ Tak ada  apa yang perlu saya maafkan sebab awak tak bersalah pun.,” jawab Syam ringkas.

“ Awak tak payah la tipu saya..saya tahu awak marah saya kan? Pasal Hakim kan?” Soalku menduga.

“ Tak adalah..buat apa saya nak marah. Cuma saya tak puas hati je..” balas Syam. Agak sinis kedengaran.

“ Tak puas hati kenapa?”

“ Ye lah..saya hairan. Macam mana tiba-tiba si Hakim tu boleh muncul kat situ? And..awak ada dengan dia masa tu?”

“ Saya jumpa dia secara tak sengaja la... Saya ingat nak pergi beli majalah kat kedai dekat kopitiam tu tapi tiba-tiba bertembung dengan dia pulak…”

“ Lina..kan saya cakap awal-awal, tunggu je saya kat kopitiam. Saya tak nak apa-apa berlaku pada awak. Tadi, nasib baik saya cepat datang. Kalau tak, tak tahulah apa lagi dia nak buat kat awak!” Suara Syam sedikit keras. Aku sedikit tersentak.

“ Yer..kan saya cakap saya tak sengaja. Anyway thanks lah sebab selamat kan saya tadi..” kataku separuh rajuk. Agak terkilan sikit dengan kata-kata Syam.

“ Ini bukan masalah selamatkan atau tidak…saya cuma nak next time awak lebih hati-hati. Awak pun tahu kan Hakim tu macam mana? Dia tak kan pernah berhenti kacau hidup kita..”

“ Tapi..bukan saya sengaja..”

“ Yes I know..But I just want you to be careful next time. Saya sayang sangat kat awak Lina..Saya harap sangat supaya majlis perkahwinan kita berjalan lancar seperti yang kita rancang. Saya tak nak ada siapa-siapapun yang ganggu hubungan kita…”

“ Dah la tu Syam..saya tetap milik awak. Apa-apa yang berlaku lepas ni pun, cinta saya tetap pada awak. InsyaAllah..saya akan lebih berhati-hati lepas ni..erm..” pujukku lembut. Ternyata lelaki ini terlalu risaukan aku.

“ Harap-harap macam tu lah. Kalau Hakim kacau awak lagi..awak call je saya! Saya tak kan biarkan mamat poyo tu kacau awak lagi!” Tegas Syam.

“ Ye Syam..Saya janji!”

 “ Okay..mana saya tak geram tengok awek saya kena kacau dengan lelaki lain. Jelous tau..”

“ Ala..awak ni dengan Hakim pun nak jelous. Tak kan lah saya nak jatuh hati dengan lelaki yang pernah nak menghancurkan hidup saya…”

“ Mana tahu kan..Yelah..sebab Sofea anak Hakim kan?” Soal Syam. Darahku mula menyirap. Aku tidak faham kenapa Syam tidak habis-habis lagi mahu mengungkit soal Hakim.

“ Syam..Kenapa nak ungkit soal Sofea pulak ni? Dah la tu Syam! Kenapa awak susah sangat nak percaya saya? Walaupun Sofea tu anak Hakim tapi cinta saya cuma pada awak..susah sangat ke awak nak faham?!” Marahku. Entah kenapa hatiku betul-betul panas apabila Sofea dikaitkan dengan Hakim.

“ Okay Lina…saya mintak maaf okay. Saya tak ada maksud nak sakitkan hati awak…” Suara Syam mula mengendur. Wajahnya kelihatan bersalah.

“ Kalau awak tak suka Sofea, awak cakap je. Tak payah awak nak cakap macam ni…”

“ Tak..bukan tu maksud saya. Saya sayang Sofea macam saya sayang awak. Sebab tu saya tak nak awak terperangkap dengan Hakim lagi…” Pujuk Syam lembut.

“ Dah la tu Syam…boleh tak kita cakap pasal benda lain?” Rengusku.

“ Okay..okay. Kita cakap pasal persiapan kahwin kita okay?”

“ Ermmm..” Jawabku malas.

“ Lina..I’m so sorry. Tadi saya betul-betul geram dengan Hakim. He’s such an idiot guy! Kerana dialah hubungan kita hampir putus. That’s why saya tak kan biarkan dia rosakkan rancangan saya lagi..”

“ Ye..dah la tu…” Jawabku malas. Dengar je nama Hakim cukup membuatkan aku hilang mood . Terbayang-bayang lagi pertembunganku dengan dia sebentar tadi.

“ Mama…” Imbasanku pada peristiwa minggu lepas terhenti dengan serta-merta apabila tiba-tiba Sofea menegurku.

“ Ye sayang….kenapa tak tidur lagi ni?” Soalku lembut sambil terus mendukungnya ke ribaanku.

“ Tak boleh tidur la mama…Mama pulak, kenapa tak tidur lagi?” Soal Sofea manja.

“ Mama pun tak boleh tidur jugak..” jawabku ringkas.

“ Kalau macam tu, Sofea ikut mama lah. Tak nak tidur..”

“ Eh, mana boleh macam tu sayang. Esok kan Sofea mahu pergi tadika. Mesti lah kena tidur awal supaya boleh bangun awal…” Pujukku lembut.

“ Tak nak lah Sofea pergi tadika tu lagi. Tak best!” Rungut Sofea. Aku sedikit terkejut. Aik, apasal tiba-tiba anakku tak suka pergi tadika pulak? Dulu kat Jakarta okay je.

“ Kenapa pulak ni sayang…kawan-kawan Sofea buli Sofea ke?”

“ Tak..”

“ Habis tu, cikgu kat sana selalu marah Sofea ke?”

“ Tak..”

“ Habis tu..pasal apa pulak ni?” Soalku hairan. Wajah Sofea mula bertukar muram.

“ Sofea tak ada papa. Kawan-kawan Sofea semua ada papa. Papa diorang selalu hantar pergi tadika. Kenapa Sofea tak ada papa macam diorang ek mama?” Soalan Sofea cukup membuatkan hatiku tersentap. Ya Allah..aku tidak pernah terfikir Sofea akan bertanya macam ni. Aku belum bersedia lagi untuk menyentuh soal ini buat masa ni. Ya Allah..tolonglah aku.

“ Sayang…mama kan ada. Hari-hari mama boleh hantar Sofea pergi tadika..Tak ada papa pun tak apa..”

“ Tapi, kenapa Sofea tak ada papa? Kenapa kawan-kawan Sofea semua ada papa?” Sofea masih bertanya soalan sama. Aku mengeluh. Macam mana aku nak berdalih dengan anak kecil yang masih mentah ni?

“ Mama..Sofea tanya ni. Kenapa Sofea tak ada papa?” Soal Sofea masih tidak berpuas hati apabila aku masih berdiam diri.

“ Papa Sofea dah lama pergi jauh. Dia tak kan balik dah jumpa kita sampai bila-bila…Papa Sofea pesan dekat mama supaya jaga Sofea sampai Sofea besar…” Aku cuba berbohong.

“ Papa Sofea pergi mana mama?” Soalnya kurang mengerti. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana ye aku mahu fahamkan Sofea ni?

“ Papa Sofea dah tak ada kat dunia ni. Dia dah mati..” bohongku lagi.

“Apa? Papa Sofea dah mati ke? Betul ke ni mama?” Soalnya sayu. Air mata mula bergenang di kelopak mata anak kecil itu. Aku mula rasa bersalah.

“ Ye sayang..”

“ Sofea sedih…Sofea nak papa…Sofea nak papa…” Sofea mula teresak-esak menangis.

“ Sayang…” Aku kehilangan kata. Aku terus memeluk erat bahunya. Lidahku kelu. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Ternyata walaupun Sofea baru berusia 4 tahun , tapi naluri kecilnya sudah mula berkembang dan matang. Ya Allah, betul ke tindakan aku ni? Aku terpaksa berbohong. Tak kan lah aku mahu beritahu Sofea yang papanya masih hidup dan orang itu adalah Hakim! Tidak! Lelaki itu tak layak bergelar papa. Dia lelaki tidak bertanggungjawab! Dia lelaki pengecut! Aku benci lelaki itu! Sampai matipun aku benci dia! Aku tak kan biarkan Hakim mengenali Sofea! Aku tak nak dia mengapa-apakan Sofea kesayanganku itu. Aku tak kan biarkan dia sentuh keluargaku lagi! Ini sumpah aku.

#######################################

Hari ini aku dengan Kak Za keluar ke bandar untuk mengambil semua tempahan-tempahan untuk persiapan perkahwinanku dengan Syam. Syam tidak ikut sekali kerana katanya dia ada meeting tergempar di syarikat bapanya. Sofea pun ikut sekali kerana kebetulan hari ini hari Sabtu. Sofea tidak perlu ke tadika.

Aku melabuhkan punggung di bangku di hadapan kedai pakaian pengantin . Rasa betul-betul penat dan lenguh berjalan dekat seharian suntuk untuk menyelesaikan apa yang patut. Rupanya bukan senang mahu kahwin. Banyak prosedur yang perlu dilakukan. Aku mengerling jam di tanganku. Ya Allah, dah jam 4.30 petang? Biar betul? Aku mula bergerak dari rumah Kak Za tadi jam 7 pagi. Rupa-rupanya sudah hampir setengah hari aku di bandar.

“ Mama, Aunty Za lambat lagi ke ?” Soal Sofea tiba-tiba  yang turut kepenatan. Kesian pulak dengan anak kesayanganku ini. Tak pasal-pasal turut berasa penat.

“ Entahlah. Mungkin sekejap lagi dia datang..” Jawabku ringkas. Aku turut melilau mencari kelibat Kak Za. Katanya mahu keluarkan duit di ATM sekejap. Baru 10 minit berlalu. Masih awal lagi.

“ Sofea lapar la mama…” Rungut Sofea.

“ Haii..tadi bukan Sofea dah makan burger Mac D ke? Lapar lagi ek?” Soalku sambil ketawa. Hidungnya yang mancung aku cuit lembut.

“ Sofea lapar ice cream…”

“ Nantilah sayang..mama belikan ye. Lepas Aunty Za datang sini ermm..” Pujukku lembut.

“ Ala..lambat lagi ke?” Sofea masih merengek.

“ Ye sayang…kejap je lagi. Mama janji mama akan bagi Sofea ice cream paling sedap..nak?” Aku cuba memancing perhatiannya.

“ Okay..” jawab Sofea hampa. Aku tersenyum kecil . Nasib baik dengar cakap jugak anakku ini. Aku mengusap lembut rambutnya yang sedikit keperangan dan panjangnya mencecah pinggang. Sangat cantik. Persis anak mat salleh. Dalam diam, aku memuji kecantikan anakku yang jauh bezanya dengan aku yang tiada rupa ni.

“ Assalamualaikum..” Aku sedikit tersentak apabila ada satu suara garau menegurku dari belakang.

“ Waaalaikum…” Jawapan salamku terhenti apabila melihat Hakim tiba-tiba terpacak di situ. Hah? Macam mana lelaki ni boleh ada kat sini?

“ Boleh saya duduk?” Soal lelaki itu tanpa segan silu. Aku mencebik.

“ Uncle ni siapa?” Soal Sofea laju.

“ Uncle Hakim…gadis comel ni siapa pulak?” Soal Hakim lalu terus melabuhkan punggung di bangku sebelahku tanpa aku izinkan. Aku membuang pandang. Malas menegur apa-apa.

“ Nama saya Sofea!” Jawab Sofea dengan senang hati. Ah, aku tak suka anak ini terlalu mesra dengan lelaki tak guna ni.

“ Owh..sedapnya nama . Cantik macam orangnya..Yang sebelah Sofea ni pulak nama apa?” Hakim buat-buat tanya.

“ Haslina..tapi orang panggil mama Lina…” laju je Sofea menjawab. Aku menjeling tajam pada Hakim. Menyibuk je.

“ Owh..your child?” Soal Hakim kurang mengerti. Dia memandangku tajam ingingkan kepastian.

  Yes..” Jawabku malas. Rimas aku bila Hakim berada di sini. Rosakkan mood aku je.

“ Oh I see..baru saya tahu yang awak dah ada anak. Anak 1ST husband?” Soal Hakim lagi tanpa menghiraukan pandangan jelekku padanya.

“ Yes..ada apa-apa lagi mahu tanya? Kami nak balik dah ni..” jawabku sinis sambil terus menarik tangan Sofea untuk berlalu dari situ. Sofea terpinga-pinga tidak mengerti.

“ Lina..please. Boleh tak beri saya masa sekejap je. I need to talk to you…” kata Hakim sambil tangannya pantas memegang lenganku.

“ Lepaskan saya!” Tegasku. Dia cepat-cepat melepaskan pegangannya.

“ Lina..please..Listen to me!” Rayu Hakim.

“ Please..stop it! Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. Masalah kita dah lama selesai okay! And now..please let us go..” keras kata-kata yang aku lontarkan kepadanya. Hakim sedikit kecewa.

“ Okay..kalau awak belum bersedia sekarang. May be next time, boleh? This is my phone number. Ada masa awak contact saya ye..” katanya seraya menghulurkan bussiness card nya kepadaku. Aku menolaknya kasar.

“ Awak simpan je lah nombor telefon awak ni. Tak ada apa-apa yang perlu  dibincangkan lagi. Lagipun,saya tak pernah ada apa-apa hubungan pun dengan awak…”

“ Mama..kenapa tak nak ambil kad tu? Kalau mama tak nak, bagi je kat Sofea..kesian uncle..” Tiba-tiba Sofea menyampuk.

“ Sofea...Sofea tak faham. Uncle Hakim ni orang jahat. Tak payah kita layan dia..” balasku sinis. Geram aku apabila Hakim masih berdegil.

“ Tak Sofea..uncle tak jahat. Uncle cuma nak jumpa mama Sofea je. Bukan nak buat apa-apapun..” Hakim cuba membela diri. Aku merengus geram. Arghh..bencinya aku pada mamat yang tak tahu malu ni!

“ Tak apalah..kalau mama Sofea tak nak. Uncle bagi kat Sofea ok..” kata Hakim selamba sambil menghulurkan kad tu pada Sofea. Sofea menyambutnya tanpa banyak soal.

“ Sofea! Don’t!” Aku cuba menarik balik kad tu dari tangan Sofea namun Sofea cepat-cepat menyembunyikannya.

 Tak apalah. Mama tak nak. Tapi Sofea nak!” Rungut Sofea .Mulutnya memuncung. Aku menghembus nafas kasar. Hakim memang licik!

“ Good girl..” Kata Hakim. Kepala Sofea diusap lembut. Sofea tersengeh tanpa menghiraukan aku yang sedang panas hati. Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini Ya Allah…

“ Oklah Lina..anything you just call me okay..I’ll wait for your call.. I miss you so much…” Sambung Hakim lagi. Aku diam. Malas mahu menjawab apa-apa.Matanya galak memandang wajahku. Aku langsung tidak mahu memandang wajahnya. Geram!

“ Oklah Sofea..uncle pergi dulu ye..Jumpa lagi..babai…” Kata Hakim sambil kakinya mula melangkah pergi. Huh, bagus lah!  Dah tahu orang tak suka..pergilah awal-awal..rimas aku tengok.

“ Ok uncle..babai!” Sofea menjerit nyaring. Anak kecil itu seperti betul-betul menyenangi kehadiran lelaki itu padahal baru beberapa minit dia bertemu. Tidak!  Sofea tidak boleh rapat dengan Hakim. Aku tak kan biarkan dia tahu siapa Sofea sebenarnya!

“ Siapa tu Lina?” Tiba-tiba Kak Za muncul. Aku mengurut dada, terkejut dengan teguran Kak Za yang tiba-tiba.

“ Hakim kak…” jawabku ringkas.

“ Hakim?” Soal Kak Za kurang mengerti. Keningnya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Aku yakin Kak Za tahu siapa yang dimaksudkan olehku.



2 comments:

  1. Cik novelis kalu kbtln buka blog kek gi emaail sya...ada mnda nok tanya...

    ninaqalif@gmail.com...Tq

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)