Wednesday, May 27, 2009

Cinta Thriller 3



Aku memerhatikan gelagat pemuda siam yang sedang galak mengusik anak dara yang lalu lalang di situ. Tak ada kerja betul! Mereka sememangnya mirip perangai anak-anak muda di Malaysia yang suka melepak di jalanan , muka pun lebih kurang sama je..yang bezanya sudah pastinya dari segi bahasa dan budaya . Memang jauh benar bunyi sebutannya. Berbelit-belit lidahku nak sebut setiap patah perkataan Siam tu. Aku meneguk perlahan teh panas yang menjadi santapanku di waktu petang di salah sebuah gerai berdekatan dengan rumah tumpanganku . Hampir 2 cawan teh ‘O’ aku order namun kelibat Razif masih belum kelihatan. Air kopi panasnya pun dah tak berasap lagi..Aku mengerling jam di tangan .Sudah setengah jam Razif pergi tandas. Ish, apa bendala yang si Razif buat kat tandas tu,tak kan melabur banyak sangat kot sampai tak muat jamban . Seketika kemudian aku ternampak Razif yang tergopoh-gapah menuju ke arahku.Aku memandangnya pelik. Kenapa macam baru lepas nampak hantu je.


“ Hariz, kau nak tahu tak?” Belum sempat aku menyapa,Razif lebih pantas bersuara .Dia segera melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan denganku.


“Hei, kau ni apa hal? Datang-datang je tanya aku tahu ke tak.Aku manala tahu kalau kau tak beritahu.Sengal betul lah!Kau pergi mana hah lama sangat?” Aku mendengus geram dengan pertanyaan Razif yang tidak tahu hujung pangkalnya.


“Ish kau ni kenapa,angin semacam je. Datang bulan ka?” Razif cuba berseloroh.


“Wei,kau jangan nak loyar buruk la kat sini.Cepat cakap apa yang kau nak cakap tadi!” Bentakku keras . Ternyata benar telahan Razif, anginku tidak berapa elok sejak beberapa harini setelah berlaku pergaduhan dengan lelaki landak tempoh hari .


“ Yela..yela..tadi aku borak dengan seorang pak cik ni.Tu yang lama . Kau tahu kan pasal kes pembunuha ahli kumpulan Black dua tiga hari lepas?” Soalan Razif membuatkan aku sedikit tersentak . Namun aku cuba berlagak tenang . Aku mula terbayangkan lelaki landak dan konco-konconya yang telahku bunuh kejam . Mungkin mereka merupakan ahli Black. ‘Black’, satu nama yang tidak asing lagi di sini, iaitu nama kumpulan gengster terkenal dan paling kejam di Thailand yang mampu membuatkan sesiapa sahaja gerun apabila mendengar nama itu.


“Hurmm..tak tahu pun . Tak ada masa aku nak ambil tahu benda-benda macam tu!” Jawabku acuh tak acuh .


“Tu la kau, jalan tak tengok kiri kanan. Cerita yang dah lapuk dan berulat pun kau tak tahu. Sebijik macam katak bawah tempurung!” Wajahku terasa membahang dengan apa yang keluar dari mulut Razif.


“Hei Razif,mulut kau tu jaga baik-baik sikit ok . Kau nak kena belasah ke??” Aku mula menyinga. Tidak suka apabila aku diperlekehkan walaupun oleh kawan baik aku sendiri.


“Ok..ok bro..aku mintak maaf ok. Aku nak cakap kat kau yang ahli geng Black tu nak tangkap semua orang yang baru datang ke sini dalam masa seminggu ni sebab ketua kumpulan tu dapat tahu yang bunuh anak dia ada dalam kalangan kita ni,” penerangan panjang lebar daripada Razif sekali lagi membuatkan aku tersentak.. Owh..maknanya lelaki landak yang aku belasah dan bunuh hari tu anak kepada Black. Rasa terkejutku hanya untuk seketika, kemudian aku kembali tenang. Arghh..pedulikan.Aku langsung tidak gentar dengan mereka kerana aku yakin aku boleh menghadapinya dengan mudah. Lagipun lelaki landak yang kurang ajar tu memang patut dibunuh!


“Hariz,kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Sapaan Razif mematikan lamunanku.


“ So? Kau nak aku buat apa?” Aku menjawab selamba. Bagiku tidak ada apa yang perlu dirisaukan.


“ Weh, kau ni kenapa ? Dah dengar macam ni kau boleh buat relax je? Come on la Hariz..wake up! Orang yang ditangkap tu adalah termasuk kita..termasuk KITA tahu tak!” Aku memandang tajam ke arah Razif. Dia sengaja menekankan hujung kata-katanya .Apa dia ingat aku tak faham bahasa ke?


“ Yang kau kecoh sangat ni kenapa.Buat biasa jela..bukan kau yang bunuh pun ,” aku turut menekan setiap butir biacaraku agar Razif faham yang aku benar-benar bengang dengannya kini.Kecoh betul.


“ Hish, malas ah aku nak cakap dengan kau.Aku rasa kau ni dah bengap sikit sekarang ni lepas rogol anak orang!”


“ Kau jangan nak cabar aku Razif!” Suaraku mula meninggi. Perkataan ‘rogol’ membuatkan amarahku kian memuncak.


“ Lantak kau lah.Tapi yang aku nak, kita berambus dari tempat ni malam ni jugak .Kita kena balik Malaysia as soon as possible!” Aku terkedu seketika dengan tengkingan Razif.


“Kau dah gila ke?? Kau suka sangat ke kena tangkap dengan polis? Ok fine! Kau je la yang berambus, aku sumpah tak kan tinggalkan tempat ni selagi polis masih buru aku.Faham!!” Aku membalas tengkingan Razif.


“Kau memang dah melampau!” Tanpa ku duga Razif tiba-tiba menolak kasar meja makan di hadapanku dan cuba menyerangku.Aku lebih pantas mengelak dan melepaskan satu tumbukan padu ke perutnya menyebabkan dia terdorong ke belakang.Aku tiada niat untuk bergaduh dengannya. Namun,tindakan spontan itu tidak dapat aku elak. Orang ramai yang berada di situ sudah menjauh dari kawasan gerai makan tersebut .Kini hanya tinggal aku dengan Razif. Aku tidak menyangka Razif akan bertindak kasar denganku.


“Razif, kau bertenang ok! Aku rasa kita boleh selesaikan masalah ni segera. Tapi bukan di sini,” aku cuba memujuk Razif yang kelihatan sedang menggenggam penumbuknya untuk menyambung seranganya .


“Ok!” Sekejap sahaja Razif sudah akur dengan permintaanku.Mungkin tidak selesa apabila pertengkaran kami disaksikan umum. Aku terus beredar dari situ dan pulang menuju ke rumah tumpangan kami.Aku mesti memberitahu hal sebenar kepada Razif.Aku tidak mahu nyawanya turut terancam keranaku . Biarlah aku seorang sahaja yang berdepan dengan masalah ini .

________________________________________________________________________________


“ Aku mintak maaf pasal tadi tapi aku rasa kau perlu tahu perkara ni,” kataku sebaik sahaja tiba di rumah.


“ Tahu apa?” Suara Razif mendatar.Marahnya belum reda lagi.


“ Aku yang bunuh anak ketua Black tu,” kataku straight to the point. Tidak pandai aku nak berdalih.


“What!! Kau dah gila ke?!” Jeritan Razif memecah kesunyian malam.


“Hishhhh…diamlah!” Bisikku kasar. Wajah Razif semakin memerah menahan marah.


“ Kau memang tak pernah berubah. Selalu buat kerja tanpa fikir dulu. Kita lari ke sini bukan untuk bunuh orang la !” Razif memarahku dalam nada berbisik.


“Ok..ok aku tahu. Aku bunuh dia sebab nak lindungi diri aku dari kena bunuh..,” terangku satu persatu.


“ So, apa kita nak buat sekarang? Kau tak habis-habis nak nyusahkan aku!” Ternyata amarah Razif makin lama makin menggila.


“ Aku nak kau pergi dari sini secepat mungkin sebelum geng Black tangkap kau,” aku memperlahankan suara agar tidak didengari oleh penumpang di bilik sebelah memandangkan bilik kami hanya dipisahkan oleh sekeping papan play wood sahaja.


“ Kau jangan buat lawak la! Kau ingat kau selamat la kat sini?! ” kedengaran Razif ketawa sinis mendengar kata-kataku. Deruan nafasnya semakin kasar.


“ Aku serius lah. Aku nak kau pergi sekarang! Just leave me alone!” Bentakku mengharapkan Razif setuju dengan permintaanku.Aku tahu walaupun sebengang mana Razif terhadapku,dia tidak akan sesekali membiarkan aku dalam bahaya bersendirian kerana semangat setiakawannya begitu tinggi semenjak kami di sekolah rendah lagi.


“ Kau dah lupa janji kita? Aku akan protect kau dan kau akan protect aku kalau apa-apa yang terjadi ,” suara Razif makin meninggi. Mungkin geram dengan kedegilan ku.


“ Razif ,lupakan la janji setiakawan kau yang tak guna tu! Jangan bahayakan nyawa kau kerana aku! Kau dah tak ada banyak masa lagi.Cepat pergi dari sini!” Aku masih tidak mahu mengalah.Aku mesti memujuk Razif pergi dari sini .


“ Aku..,”


“ BOOMM!!!” Belum sempat Razif menghabiskan kata-katanya ,pintu bilik kami ditendang kuat oleh lelaki siam yang berpakaian serba hitam dan berambut ceracak seperti lelaki landak tempoh hari .Masing-masing memegang pistol revolver dan mengacukannya ke arah kami .


“Black!” Razif sempat berbisik kepadaku.


“&*%%$#%$@#>>!!” Arah salah seorang daripada mereka ke arah kami.Aku langsung tidak mengerti kata-katanya.Aku memandang Razif sekilas.


“Angkat tangan!” Kata Razif membuatkan aku segera mengangkat tangan seperti seorang pesalah yang sedang dikepung polis.


“ Shut up!” Lelaki itu berkata lagi sambil merapatkan muncung pistol mereka ke kepalaku .Aku menelan air liur . Fikiranku ligat memikirkan jalan keluar dari sini. Aku mesti cepat mendapatkan idea .Aku tidak akan membiarkan mereka menangkap kami kerana aku tahu sekirannya ditangkap ,jarang sesekali tawanan mereka akan dilepaskan hidup-hidup. Kelihatan Razif mula tidak keruan ,peluh mula membasahi wajahnya . Tiba-tiba aku berasa kesal kerana melibatkan dia dalam hal ini.Nampaknya,tidak lama lagi kami akan menjadi arwah.Tidak! Aku tidak akan mudah mengalah!

Ketika salah seorang ahli Black sedang mengikat tanganku aku segera berpusing dan membuat tendangan melintang ke arah dadanya membuatkan ikatan yang masih tidak berapa kemas itu dapat kuleraikan dengan mudah dan badannya terpelanting ke arah dinding bilikku sehingga pecah, menampakkan ruangan bilik bersebelahan . Sepantas kilat satu das tembakan dilepaskan ke arahku tetapi mujurlah ia tersasar mengenai pasu bungu yang terletak berhampiran denganku. Razif juga turut bertindak dengan menyerang pantas ahli kumpulan tersebut. Dengan sekelip mata sahaja dia berjaya menumpaskan mereka dengan mudahnya . Dia berjaya merampas 2 pistol revolver daripada mereka.Razif segera melemparkan salah satu pistol tersebut ke arahku dan aku dengan pantas menyambutnya .


“Hariz,let’s go!” Arahan Razif aku turuti . Kami berlari keluar dari bilikku meninggalkan geng Black yang tercedera namun beberapa orang dari mereka masih mampu bangun dan cuba mengejarku . Aku melepaskan tembakan rambang ke arah mereka namun mereka lebih bijak mengelak . Aku dan Razif berlari sekuat hati menuju ke arah pinggir sungai Golok yang menempatkan beberapa bot berenjin yang sudah tersedia di situ . Tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah kami namun tidak satupun peluru menembusi sasaran. Terdengar deruan nafasku yang tercungap-cungap menahan lelah .Begitu juga dengan Razif.Sudah lama aku tidak berlari selaju ini . Akhirnya aku berjaya mendapatkan salah sebuah bot yang berada di situ.Aku nekad akan menyeberangi sungai Golok malam ini dan kembali ke pinggir sempadan Malaysia secepat mungkin walaupun di sana juga tidak selamat bagiku .Arghh pedulikan,asalkan aku tidak dibunuh malam ini,semuanya akan menjadi tidak mustahil!


“Razif, cepat hidupkan enjin bot tu!” Arahku kepada Razif sebaik sahaja kakiku mencecah lantai bot. Tanpa banyak soal Razif mengikut arahanku. Aku mulai panik apabila enjin bot tidak dapat dihidupkan. Aku melilau sekeliling mengharapkan supaya geng Black tidak berada di situ.


“Hariz, macam mana ni? Tak boleh!” Razif turut panik dengan keadaan itu.


“Bagi aku buat! Lembap la kau nih!” Aku menolak kasar bahu Razif dan mengambil alih tugasnya . Hishhh bangang betul enjin ni! Dah berapa kali aku hidupkan tapi masih tidak berjaya .


“ Hariz! Tunduk!” Sepantas kilat aku tunduk apabila satu das tembakan tiba-tiba dilepaskan dari arah belukar .Aku membalasnya dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah yang sama .


“Arghhh!!” Kedengaran suara orang menjerit dari arah tadi. Kegelapan malam menyukarkan pandanganku untuk melihat gerangan yang datang tapi aku pasti..semestinya itu adalah Black!


“Kau tembak mereka!” Arahku kepada Razif sambil tanganku terus cuba menghidupkan enjin bot. Razif tidak henti-henti membalas tembakan yang tidak putus-putus itu.


“Berjaya!” Jeritku sebaik sahaja enjin bot berjaya dihidupkan. Aku segera melompat ke arah tempat pemandu .


“ Aduhhh!!!” Belum sampai beberapa meter bot kami meluncur meninggalkan pinggir sungai tersebut, aku terdengar jeritan nyaring dari belakangku .


“Razif!!”



  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • No comments:

    Post a Comment

    Kata-kata anda amat bermakna..=)