“
Ayah..jangan!” Aku berteriak nyaring. Namun sedikitpun ayahku tidak
menghiraukan teriakanku.
“ Ayah!
Tolong Tina ayah…ampunkan Tina!” Aku masih merayu.
“ Kau
diam!” Satu tamparan kuat hinggap di pipiku. Ayahku semakin menggila. Nafsu
serakahnya semakin mengganas. Tubuh kecilku dihenyak tanpa belas kasihan.
“ Tolong
ayah…sakit!” Aku menjerit lagi. Kudratku semakin lemah. Namun, ayahku langsung
tidak mengendahkan jeritanku. Dia semakin rakus memperkosaku. Aku hanya mampu
menangis dan menangis.
“ Hentikan
ayah! Tolong!” Suaraku bergema memecah kesunyian malam namun tiada siapapun
yang bisa mendengar suaraku ketika ini.
“ Diamlah
bodoh!!” Satu tumbukan ganas hinggap pula di perutku yang kurus sekeping itu.
Rambutku ditarik kasar.
“ Jangan
pukul ayah! Jangan pukul!” Aku menjerit kesakitan. Terasa teramat perit. Tidak
tertahan azab ini ku rasakan.
“ Hah!
Ambik kau! Aku kata diam-diamlah! Jangan berani nak lawan aku!!” Ayahku semakin
menyinga. Tubuh kecilku disepak terajang sesuka hatinya. Aku semakin meraung kesakitan.
“ Ampun
ayah! Jangan buat Tina macam ni!!” Jeritanku hanya sekadar tenggelam di
kerongkong. Sungguh tidak terdaya lagi aku mahu melawan nafsu syaitan ayahku
yang tidak terbendung lagi.
“ Jangan
ayah!!” Aku menjerit nyaring . Aku terbangun duduk. Nafasku tercungap-cungap.
Jantungku berdegup kencang. Peluh dingin memercik di dahiku. Air mata merembes
laju di pipiku. Aku memandang sekeliling. Sunyi. Tiada lagi bayangan ayahku di
sisiku. Aku meraup wajahku beberapa kali. Sial! Mimpi itu datang lagi! Ternyata
walaupun sudah lebih 15 tahun peristiwa hitam itu berlalu, namun mimpi ngeri
itu masih menyelubungiku. Aku benci ayah! Ayah sudah menghancurkan masa depan
dan maruahku! Ayah memang syaitan yang bertopengkan manusia! Dendamku pada ayah
tak kan ada kesudahannya walaupun kini ayah sudah mampus! Aku meraung di dalam
hati. Aku menyeka kasar air mata di tubir mataku. Bodoh! Aku tak patut menangis
kerana jantan tak guna macam ayah. Geli aku untuk memanggil jantan gila itu
sebagai ayahku.
“ Kristina!
Bangun! Kita dah lambat ni!” Lamunanku mati apabila kedengaran laungan dari
luar pintu bilikku.
Aku terus menuju ke arah muka pintu. Aku membuka kasar
pintu bilikku.
“ Weyh, lu
apa hal? Lu tahu tak gua tengah syok tidur? Apa barang lu kacau?!” Marahku
kepada lelaki di hadapanku . Dia pengikut setiaku.Namanya Michael.
“ Sorry la
bos….kita dah lambat ni..” Jawab lelaki yang berambut ceracak ala-ala punk itu dengan
selamba.
“ Lambat
nak pi mana?! “ Soalku kasar. Geram betul bila ada orang kacau aku pagi-pagi
buta ni.
“ Kan pagi
ni kita ada projek besar dengan Abang Bob, bos dah lupa ke? Penting ni bos,
kalau tak pergi nanti Abang Bob marah aku pulak…” Dengar sahaja nama Abang Bob, mataku terus
segar. Baru aku ingat hari ini bos besarku mahu jumpa. Aku memandang jam dinding
bilikku. Hah?! Jam 9 pagi sudah?!
“ Sial la
lu! Kenapa lu tak kasi tahu gua awal-awal! Lambat siot!” Marahku kepada Michael
sambil menujah kepalanya. Hatiku benar-benar panas!
“ Aku dah
kasi tahu la ni kat bos..” jawab Michael jujur.
“ Hah! Ye
la tu..dah lambat gila macam ni baru lu nak kasi tahu. Bangang la lu!” Aku
menengking Michael kuat. Lantas aku hempas pintu kasar membiarkan Michael yang
terkebil-kebil di situ. Argh! Lantak dia lah! Yang penting aku kena cepat
bersiap sekarang supaya aku tidak terlambat untuk bertemu dengan Abang Bob,
ketua kumpulanku yang terunggul di Kuala Lumpur. Aku tak mahu melepaskan
peluang keemasan untuk mengetuai projek besar Abang Bob. Aku yakin kalau aku
dapat melaksanakan projeknya yang satu ni dengan baik, pasti aku akan dapat
kedudukan tertinggi di sisi Abang Bob dan sudah pastinya aku akan menjadi
pemangku ketua kumpulan Mario yang sangat ditakuti oleh semua kumpulan gangster
di KL ini. Aku mula memasang angan-angan.
####################################
Aku memecut
kereta selaju yang mungkin. Aku mesti sampai awal di ‘markas’ kumpulan Mario.Sebolehnya aku tidak mahu kerugian sedikit pun.
“ Bos,
relaks la bos..tak payah la bawak laju sangat..slow-slow dah la..” Michael yang
berada disebelahku menegurku tiba-tiba.
“ Woi..lu
gila ka apa?! Bawak slow-slow sampai bila mau sampai bro…lu mahu kena potong
sama Abang Bob ka kalau lambat?” Rengusku.
“ Ye..itu
aku tahu bos. Tapi kalau bawak macam ni, nanti kena saman kang, kita jugak yang
susah..”
“ Michael!
Boleh tak lu punya mulut tu jangan nak celupar sangat?! Aku tumbuk muka lu
nanti…” Aku mulai angin. Michael ni memang sengaja mahu mengundang kemarahanku.
“ Relaks la
bos, jangan macam ni…Aku gurau je la..” kata Michael sambil tersengeh macam
kerang busuk. Hah, tahu pun takut!
“ Kalau
macam tu, tak payah lu nak tegur aku! Diam je!” Arahku. Michael mengunci
mulutnya cepat-cepat. Sememangnya Michael tidak pernah berani melawan setiap
arahanku selama ini.
Sedang aku
mahu membelok di simpang tiga berhampiran dengan kedai Seven Eleven, tiba-tiba
ada seorang lelaki berkopiah sedang melintas jalan.
“ Bos!!
Orang tu bos! Elak! ” Michael menjerit tiba-tiba . Kerana terkejut dengan
teriakan Michael, aku kelam-kabut memutar stereng kereta untuk mengelak dari
melanggar lelaki itu. Aku cuba membrek mengejut sehingga bunyi tayar berdecit
bergema. Lelaki itu turut terkejut , namun sedikitpun dia tidak berganjak dari
kedudukannya kini. Keretaku semakin menghampirinya. Aku terus membrek kereta
sekuat hati. Akhirnya kereta itu terhenti tiba-tiba di persimpangan jalan itu.
Jantungku berdegup kencang. Nafasku terasa sesak. Aku terus memandang ke
hadapan. Lelaki itu masih berada di situ , tidak tercedera. Namun, jarak lelaki
itu dengan bumper depan keretaku hanyalah beberapa inci sahaja sekarang.
Matanya bulat memandangku.
“ Woi
brother! Buta ke?!” Aku terus memekik kepada lelaki itu sebaik sahaja aku
kembali ke alam nyata. Rasa terkejutku kini bertukar menjadi berang. Tanpa
berlengah masa, aku terus turun untuk berdepan dengan lelaki itu. Lelaki itu
mesti di ajar cukup-cukup!
“ Lu apa
hal ah? Mau lintas jalan sesuka hati mak bapak lu? Tak nampak ke gua tengah
bawak kereta ni?! Lu nak mampus?!” Aku menengking kuat lelaki itu apabila aku betul-betul
berhadapan dengannya. Hatiku benar-benar panas. Dia memandangku seperti tiada
perasaan. Langsung dia tidak mengeluarkan kata-kata. Aku semakin berang.
“ Hoi, lu
ni pekak ke?! Gua cakap dengan lu la bro! Bukan dengan tunggul!” Aku
menengkingnya lagi. Mataku dibulatkan menahan geram. Aku terus menarik kolar
baju melayunya. Dia sedikit tergamam.
“ Maaf cik..saya
rasa cik yang silap . Cik tak nampak ke lampu isyarat merah tadi. Saya sudah
ikut peraturan, mula melintas jalan apabila nampak tanda lampu isyarat hijau…” lelaki
itu mula bersuara sambil menepis cengkamanku pada leher bajunya kasar. Darah panas
mula menyerbu ke mukaku. Berani mamat ni menjawab dengan aku. Memang cari nahas
la dia nih!
“ Hello
bro..lu ingat gua tak nampak ke yang lu melintas tak tengok kiri kanan?! Lu
buta ke?!” Amarahku semakin menggila. Rasa mahu tumbuk saja muka lelaki itu.
“ Saya tak
buta..tapi cik yang buta..” jawabnya selamba. Nafasku semakin sesak menahan
marah.
“ Woi, lu
jangan nak kurang ajar dengan gua..lu belum kenal siapa gua! Cepat mintak maaf
dengan gua sekarang! Kalau tak..gua cincang lu lumat-lumat!” Aku mula
menggenggam penumbukku. Geramnya aku dengan mamat berani mati ni.
“ Siapa
yang kurang ajar dengan siapa ni? Awak ingat awak tengking-tengking macam ni
kira tak kurang ajar? Awak sepatutnya mintak maaf dengan saya sebab
terang-terang awak yang salah..” lelaki itu mula meninggikan suara. Wajahnya
berubah tegang. Hatiku semakin panas.
“ Lu yang
salah! Apasal lu susah sangat mau mengaku hah?!” Gertakku lagi.
“ Macam
mana saya nak mengaku kalau terang-terang ni bukan salah saya?” Jawab lelaki
itu selamba.
“ Lu ni
memang mahu mati la!!” Jeritku nyaring. Amarahku memuncak apabila mendengar
jawapannya. Tanpa berfikir panjang , aku terus meluru ke arahnya dan cuba
melepaskan tumbukan padu ke mukanya. Namun, belum sempat tumbukanku mengenai
sasaran, tiba-tiba aku rasakan seperti lenganku dipulas kuat hingga ke bahu.
Kesakitan mula menyengat hingga ke sum-sum tulangku. Lelaki itu berjaya menepis
seranganku.
“ Hoi!
Sakit la bodoh! Lepaskan gua lah!” Aku membentak kasar. Aku meronta untuk
melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu.
“ Bila-bila
awak kena belajar hormat orang sikit…cuba bersopan sikit. Awak ingat dengan
buat-buat ganas macam ni saya takut dengan awak? Awak silap lah..saya tak
pernah takut dengan perempuan, lebih-lebih lagi perempuan macam awak!” Kata
lelaki itu sinis. Matanya berkaca menahan marah.
“ Bodoh
punya orang! Lepaskan gua lah? Lu mau mati ka?!” Teriakku sambil masih cuba
melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Kesakitan semakin terasa namun
lelaki itu masih enggan melepaskan cengkamannya, malah semakin kuat.
“ Lepaskan
dia! Kalau kau tak mahu mati, lepaskan dia sekarang!” Laung Michael
tiba-tiba. Sepucuk pistol dihunus ke
arah kepala lelaki itu. Dari tadi dia cuma menjadi pemerhati saja dan baru kali
ini dia bertindak. Lelaki itu melepaskan cengkamannya perlahan-lahan. Aku
merentap kasar lenganku dari cengkamannya . Sakitnya masih tersisa.
“ Tak guna
punya jantan! Berani lu sentuh gua! ” Marahku sebaik sahaja menjarakkan diri
dari lelaki itu. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Siot betul!
“ Cik..cik
tu perempuan. Ingat sikit. Tak payah la
nak jadi lelaki kalau tak kuat…baik balik rumah masak je..lagi elok…” kata
lelaki itu sinis. Telingaku terasa panas. Kurang ajar! Berani dia perli aku.
“ Lu cakap baik-baik sikit ok! Lu belum kenal
siapa gua…satu hari nanti lu tahu lah apa nasib lu! Gua tak kan biarkan lu
hidup lama!” Balasku geram.
“ Cik
silap. Nasib saya bukan di tangan cik..tapi Allah yang tentukan. Dia yang
menentukan ajal maut saya…Bukan cik. Jadi, saya harap cik bertaubatlah. Belum
terlambat cik nak berbuat begitu..” kata lelaki itu lagi sambil tersenyum.
“ Huh! Lu
tak payah nak tunjuk baik kat sini! Puihh! Pergi mampuslah lu! ”Marahku sambil
meludah ke arahnya. Sungguh kata-katanya benar-benar membakar hatiku.
“ Cik
dengar sini..cik ni sebenarnya tersangatlah cantik.Tapi, sayanglah kalau
kecantikan anugerah Allah disia-siakan dengan perangai cik yang kurang ajar
ni..Saya doakan semoga Allah beri hidayah pada cik…” kata lelaki itu lagi. Aku
memandangnya tajam. Banyak cakap pulak mamat sekor ni! Eii geramnya aku!
“ Weyh bro!
Lu tak payah nak pandai-pandai nak mengajar gua! Gua geli lah nak dengar
ceramah lu! Lu ingat dengan ceramah murahan lu, lu boleh terlepas dari gua
macam tu je? Boleh blah la bodoh!” Aku semakin hangin. Aku cuba menyerangnya
lagi namun Michael lebih pantas menghalangku.
“ Dahla tu
bos..orang ramai kat sini..jangan buat kacau..aku takut kita ditangkap polis
je..” Bisik Michael . Aku memandang di sekelilingku. Kelihatan orang ramai yang
lalu lalang di situ mula berkumpul menyaksikan pertelingkahan kami. Aku menarik
nafas dalam-dalam. Kegeramanku kian memuncak. Aku mengenggam penumbukku sekuat
hati menahan geram.
“
Baik..kali ni lu bernasib baik. Lu tengok lah nanti, satu hari lu akan mati!
Baru lu tahu siapa yang lagi kuat!” Aku melontarkan kata-kata terakhir kepada
lelaki muda yang berkopiah itu.
“
InsyaAllah cik..Allah yang Maha Kuat, Dia pasti melindungi saya..” jawab lelaki
itu selamba. Senyuman itu tidak pernah lekang dari bibirnya. Wajahnya masih
kelihatan tenang.
“ Lu!” Aku
kehilangan kata. Berani sungguh lelaki ini. Aku menyeluk poket jaketku untuk
mengeluarkan pistol. Geram aku mahu tembak saja jantungnya sampai mati.
“ Bos, dah
la tu…jom kita blah! Nanti polis datang susah kita!” Jerit Michael. Dia lantas
menarik lenganku cepat-cepat ke arah kereta. Dadaku terasa semakin berat
menahan marah. Mataku masih memandang lelaki itu tajam sehinggalah aku masuk
kembali ke dalam keretaku. Lelaki itu masih tersenyum. Dasar jantan tak guna! Dendamku
pada lelaki itu mula membara. Argh! Lelaki itu mesti diajar! Aku bersumpah
satu hari nanti aku akan bunuh lelaki
kurang ajar itu dengan tanganku sendiri! Setakat ini tak pernah lagi ada
mangsaku yang terlepas hidup-hidup dari cengkamanku . Kau tunggu je lah bro!
#######################
“Kristina!!”
Laungan itu cukup membuatkan hatiku kecut. Tekakku terasa kering. Tidak tahu
mahu menjawab apa lagi.
“ Ye bos..”
jawabku dengan suara terketar-ketar. Abang Bob sedang memandangku tajam. Aku
menunduk, tidak berani bertentang mata dengannya.
“ Kenapa
lambat?! Lu tahu tak lu dah buat gua rugi besar!” Marah Abang Bob.
“ Aku
mintak maaf…”jawabku sepatah. Sungguh aku tidak berani mengangkat muka kepada
Abang Bob.
“ Apa dah
jadi dengan lu Kristina? Sebelum ni lu tak pernah mengecewakan gua..kenapa kali
ni lu boleh buat kesilapan besar macam ni!” suara Abang Bob semakin keras.
Semua kuncu-kuncu kumpulan Mario senyap, tidak berani bersuara walaupun sepatah
kata.
“ Tadi aku
accident, terlambat sikit datang. Mana tahu boleh jadi macam ni…” aku mula
menjawab dengan suara terketar-ketar.
Sungguh aku takut pada Abang Bob.
“ No
excuse!” Tengkingnya. Aku terdiam .Sungguh aku tak sangka kelewatanku
membuatkan Abang Bob kerugian berbilion ringgit . Kerana itu, kami kehilangan
kerjasama dengan pembekal terbesar heroin dan morphine di Malaysia ini. Aku
langsung tidak tahu yang Abang Bob sebenarnya mengamanahkan aku untuk mengetuai
perjumpaan dengan Benjamin, wakil utama pembekal dadah yang paling dikehendaki
itu. Aku tahu pun sebab Tony, salah seorang orang kanan Abang Bob yang beritahu
aku sebaik sahaja aku tiba di markas kami. Namun segalanya sudah terlambat.
Saat aku pergi ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Benjamin, dia sudah
tiada di situ. Akibat terlalu lama menungguku di sebuah jalan lama, Bejamin
hampir ditangkap polis yang membuat serbuat mengejut di kawasan itu. Dia
berjaya menyelamatkan diri . Bila aku sampai sahaja di kawasan itu, polis masih
lagi berlegar-legar di situ. Itu yang aku terpaksa patah balik ke markas
kumpulan Mario dengan tangan kosong. Urusan jual beli dadah itu terbatal. Itu
yang membuatkan Abang Bob begitu marah denganku.
“Kristina!
Kenapa senyap?!” Tengkingan Abang Bob membuatkan aku tersentak.
“ Abang
Bob, aku betul-betul tak tahu boleh jadi macam ni…Aku tak tahu yang aku yang
kena jumpa Benjamin . Tak ada siapa yang beritahu aku!” Aku cuba mempertahankan
diriku.
“ Lu jangan
nak tipulah..gua dah suruh Tony beritahu lu semalam! Jadi, macam mana lu boleh
tak tahu?!” Ternyata kata-kataku langsung tidak membuatkan Abang Bob percaya
padaku.
“ Abang
Bob, Tony baru je beritahu aku tadi, jam 10 pagi…mana sempat aku nak pergi
jumpa Benjamin!” Aku mula merengus geram.
“ Lu jangan
mengarutlah! Jangan nak cari alasan bodoh!” kata Abang Bob masih tidak percaya.
“ Betul
Abang Bob! Kalau tak percaya..tanya Tony!” Aku masih cuba mempertahankan
diriku.
“ Tony!”
Laung Abang Bob.
“ Ye boss!”
Tony menyahut setelah lama berdiam diri. Aku memandang geram kepada Tony.
“ Betul ke
apa yang Kristina cakap?” Soal Abang Bob kasar.
“ Tak boss,
aku sudah beritahu dia awal-awal lagi tapi dia tak mau percaya…” jawab Tony
tenang. Mataku membulat. Penipu!
“ Semua tu
tipu bos! Baru tadi Tony beritahu aku! Semalam tak ada pun dia beritahu aku..”
Suaraku mula mendatar. Sabarku kian menipis.
“ Tak
boss.. Kristina sendiri kasi tahu aku yang dia memang mahu jumpa Benjamin hari
ni. Dia memang awal-awal lagi dah setuju dengan arahan boss!” Tony menyanggah
dakwaanku. Aku semakin berang. Aku memandang tajam ke arah Tony. Tony cuba
melarikan pandangan dari bertembung denganku.Siot kau Tony!
“ Boss
jangan percaya cakap dia..Tony memang saja nak kenakan aku!” Balasku.
“ Kristina
tipu boss! Dia memang saja nak rugikan kita!” Tony masih mempertahankan
dirinya.
“ Tak
boss…Tony yang salah! Dia sengaja tak nak bagitahu aku awal-awal! Dia memang
sengaja boss!”
“ Tak
boss!”
“ Diam!!”
Abang Bob menjerit nyaring. Kami berdua terus terdiam tiba-tiba.
“ Gua
panggil korang ke sini bukan nak dengar korang bergaduh! Kalau mau bergaduh,
bergaduh saja di luar kawasan gua! Sekarang ni
gua mau lu ganti semua kerugian gua!” Kata Abang Bob kasar sambil
menuding jari ke arahku. Aku terkedu. Tony tersenyum nipis apabila merasakan
dia sudah berjaya mempertahankan dirinya. Aku mencebik.
“ Boleh lu
bayar gua sekarang?” Soal Abang Bob kepadaku lagi.
“ Maaf
Abang Bob..macam mana aku nak ganti duit tu. Banyak tu Abang Bob…aku tak ada
duit sebanyak tu..” Aku mulai kaget. Mukaku pucat lesi. Sungguh aku tak mampu
untuk membayar abang Bob berbilion ringgit saat ini.
“ Bukan gua
suruh lu bayar lah!” Suara Abang Bob mula mengendur.
“ Habis tu?
Kalau bukan bayar dengan duit, aku kena bayar guna apa?” Soalku laju. Aku
terpinga-pinga.
“ Bayar
guna nyawa!” Tegas Abang Bob. Aku terlopong. ‘Bayar pakai nyawa?’ Soalan itu aku
ulang dalam hati. Hatiku tiba-tiba berasa kecut.
“ Abang
Bob, ampunkan aku Abang Bob..aku janji perkara ni tak kan berlaku lagi..Tapi, tolonglah
jangan sampai mau bunuh aku..Abang Bob kenal aku dah lama kan…tolonglah bagi
aku peluang…” Aku merayu dengan bersungguh-sungguh sambil melutut. Sungguh aku
takut dengan ugutan Abang Bob. Semua orang tahu yang Abang Bob memang terkenal
dengan kebengisan dan kekejamannya. Kalau dia kata orang tu akan mati, maka
memang matilah alamatnya. Aku mula tidak senang duduk. Aku memandang Michael.
Dia sedang memandangku dengan penuh rasa simpati.
“ Sudah!
Kristina jangan nak buat drama kat sini lah! Gua bukan mahu bunuh lu lah!”
Mendengar kata-kata Abang Bob aku terus memandangnya tidak mengerti.
“ Maksud
Abang Bob?” Aku menyoalnya dengan penuh tanda tanya.
“ Gua nak
lu bunuh orang!” Tegas Abang Bob. Aku sedikit terkejut .
“ Bunuh
orang? Siapa boss?” Soalku tidak mengerti.
“ Gua nak
lu bunuh lelaki ni!” Katanya tegas sambil melemparkan sekeping gambar ke
arahku. Aku mengutip gambar itu yang jatuh berhampiran dengan kakiku.
“ Gua beri
lu masa sebulan untuk cari lelaki ni dan bunuh dia! Kalau lu dapat bunuh dia ,
lu akan terlepas dari hukuman gua. Tapi kalau lu gagal, lu mati!” Kata Abang
Bob lagi. Aku menelan air liur. Sungguh berat tugasan yang Abang Bob berikan
padaku. Aku takut sekirannya tidak dapat melaksanakan arahannya, aku akan mati.
Argh, Kristina..wake up! Kau kena kuat. Kau pasti boleh bunuh lelaki itu. Aku
melihat kembali gambar lelaki di tanganku. Wajah lelaki itu ku amati
dalam-dalam. Seperti aku kenal lelaki ini , tapi di mana ya aku jumpa. Aku
mengimbas kembali segala yang ada dalam otakku dan nah! Aku sudah ingat! Lelaki
inilah yang aku hampir langgar tadi. Lelaki nilah yang sangat kurang ajar
dengan aku itu! Kerana lelaki ini aku terlambat! Kerana lelaki ini aku sudah
menyebabkan kumpulan kami kerugian besar! Hatiku mula menggelegak kembali.
Bagus! Bagus sangat! Memang saat inilah yang aku tunggu-tunggu. Memang aku niat
mahu bunuh dia pun. Ternyata Abang Bob bijak menyelami hati aku. Dia tahu siapa
musuhku. Aku tersenyum sumbing. Aku yakin kerja ini sangat mudah bagiku.
“
Kristina!” Abang Bob melaung namaku. Aku kembali ke alam nyata.
“ Ye Abang
Bob!” jawabku sepatah.
“ Macam
mana? Lu boleh ambil tugas ni? Atau lu mahu mati?” Soal Abang Bob tegas.
“ Aku setuju!
Aku yakin boleh bunuh lelaki ni! Boss jangan risau…” Aku jawab dengan
bersungguh-sungguh. Semangatku berkobar-kobar.
“
Bagus..bagus! Gua harap lu tak kasi gua kecewa lagi dengan lu..Ini peluang
terakhir tahu?!” Kata Abang Bob sambil tersenyum puas. Aku turut tersenyum. Aku
mula merangka pelbagai plan untuk menjejaki lelaki itu. Aku yakin lelaki itu
masih ada di sekitar KL ni saja. Ahh..kacang je pun! Kerja membunuh bukanlah
tugas baru bagiku !
###############################
Aku berlari
laju menyelusuri semak samun . Nafasku semakin tercungap-cungap. Keringat mula
membasahi seluruh tubuhku. Sesekali aku menoleh ke belakang. Kelibat ayah masih
kelihatan. Melihat kelibat ayah semakin menghampiri, aku semakin melajukan
larianku. Aku takut. Sungguh takut. Aku mesti lari dari cengkaman ayahku. Aku
tidak tahan diseksa lagi. Aku tidak tahan lagi diperkosa hampir setiap hari . Oh
Tuhan..tolong lah aku.
“ Tina!
Berhenti!” Laungan ayah bergema. Aku terus menghanyun langkahku tanpa
menghiraukan sahutan demi sahutan dari ayah.
“ Tina! Aku
cakap berhenti! Dengar cakap aku!” Suara ayah semakin kuat. Tidak! Aku tidak
boleh berhenti! Aku tak kan biarkan ‘syaitan’ itu menyentuh tubuhku lagi.
Tiba-tiba
kakiku tersadung akar kayu yang melintang di dalam semak itu. Aku jatuh
tersungkur. Aku cuba bangkit namun kudratku sungguh lemah. Aku cuba bangkit
lagi dan kali ini aku berjaya. Aku cuba meneruskan langkahku namun belum sempat
aku berbuat apa-apa , ayah lebih pantas datang mencengkamku. Aku meronta-ronta
minta dilepaskan.
“ Hah! Mana
kau nak lari hah! Kau ingat kau boleh lari dengan aku! Anak tak guna!” Tengking
ayah . Tangannya semakin kuat mencengkam tubuh kecilku.
“
Ayah..lepas Tina ayah! Lepaskan Tina!” Aku merayu sayu.
“ Jangan
harap aku nak lepaskan kau lagi. Dasar anak sial!” Ayah menamparku bertalu-talu
sehingga aku hampir pitam. Tanpa belas kasihan ayah merobek baju kurung yang
tersalut ditubuhku. Dia melonggarkan zip seluarnya. Aku sudah dapat mengagak
apa yang bakal berlaku seterusnya.
“ Ayah!
Sudah la ayah! Jangan buat Tina macam ni lagi!Tolong ayah…Tina mintak tolong
sangat-sangat…” Aku merayu dan terus merayu.
“ Argh!!
Diam!!” Satu tamparan hebat hinggap lagi di pipiku. Kali ini ada cecair merah
pekat keluar dari hidungku. Gigiku patah. Aku semakin lemah.
“ Tolong
ayah..jangan…” suaraku semakin tenggelam. Nafsu ganas ayah semakin menggila.
Tubuhku dihenyak dan diratah satu persatu. Aku semakin lemas.
Sedang aku
meronta-ronta mintak dilepaskan, tanganku terpegang sesuatu benda runcing. Aku
sempat melihat benda itu. Rupa-rupanya benda itu adalah sebatang kayu runcing
pendek yang tajamnya seperti sebilah pisau. Tanpa berfikir panjang aku terus
mencapai kayu tersebut lantas menghentak hujung kayu yang runcing itu ke tengkuk
ayah. Darah merah tiba-tiba memercik dari leher ayah. Darahnya mula membasahi
mukaku.
“ Arghhh!!”
Ayah meraung kesakitan. Tangannya memegang tengkuknya menahan darah dari terus
mengalir.Cengkamannya pada tubuhku terlepas. Namun, aku masih tidak berpuas hati.
Bagaikan dirasuk, aku capai lagi kayu runcing itu dan terus menikam dada ayah
bertubi-tubi tepat mengenai jantung ayah.
“
Arghh..Tina! Kau…kau…bu..bu..aaat apa niii?!” Suara ayah tenggelam-timbul.Darah
membuak-buak mengalir dari dada dan tengkuk ayah . Aku mengundurkan diri
beberapa tapak ke belakang. Tiba-tiba aku seperti tersedar dari mimpi. Aku
tergamam melihat keadaan ayah di hadapanku kini. Kayu runcing itu terlepas dari
tanganku. Tubuhku menggeletar. Aku pegang kedua-dua belah kepalaku. Aku sungguh
takut melihat darah ayah yang semakin banyak melimpah keluar membasahi bumi.
Kelihatan ayah berguling-guling kesakitan .Kedengaran deruan nafas ayah yang
semakin kasar. Aku semakin takut. Sebentar kemudian, tubuh ayah tidak
bergerak-gerak. Matanya terbelalak, mulutnya sedikit ternganga. Nafasku semakin
semput. Aku melihat tapak tanganku. Penuh dengan darah! Aku seperti tidak
percaya. Aku..aku dah bunuh ayah! Ya! Aku dah bunuh ayah! Apa aku dah buat ni?
Kenapa boleh jadi macam ni? Aku sungguh takut.
Tidak, aku tidak membunuh! Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh! Hatiku
meraung-raung hebat. Kerana ketakutan yang teramat sangat, aku menghayunkan
langkah untuk berlari dari situ. Aku mesti lari jauh-jauh! Aku mesti pergi dari
sini segera! Aku takut!!
“ Arghhhhhh!!”
Aku menjerit nyaring memecah kesunyian malam. Nafasku tercungap-cungap.
Jantungku seperti mahu pecah. Tubuhku menggeletar. Mimpi itu datang lagi! Aku
mengurut dadaku beberapa kali. Kenapa? Kenapa mimpi itu mesti menghantui aku
hingga kini? Tak bolehkah berikan aku satu malam untuk aku tidur dengan lena
tanpa gangguan mimpi buruk itu? Arghh, kalaulah aku diberi penyakit hilang
ingatan..alangkah baiknya. Tak perlu lagi untuk aku mengingati segala kenangan
pahit itu dalam benakku. Aku tak sanggup lagi untuk hidup dalam kenangan lama
yang amat menyakitkan itu! Tapi aku benar-benar tidak kuat untuk menghalang
takdir itu dari memburu hidupku. Aku tidak kuat, benar-benar tidak kuat!
########################
Aku
memerhatikan gelagat orang-orang sekelilingku yang terkinja-kinja menari
mengikut rentak lagu rancak yang cukup membingitkan telinga di kelab malam ini.
Namun, sedikit pun tidak menggerakkan hatiku untuk turut serta menari seperti
mereka. Aku benar-benar tak ada mood. Malam ini aku datang ke sini seorang diri
tanpa ditemani oleh pengikut-pengikut setiaku termasuklah Michael, orang
kananku sendiri. Aku ingin menyendiri. Aku ingin melempiaskan segala kesakitan
dalam hatiku. Ternyata mimpi itu yang datang hampir setiap malam benar-benar
menganggu fikiranku . Walaupun jauh di sudut hatiku, aku puas kerana dapat
membunuh ayah dengan tanganku sendiri walau tanpa sengaja namun entah kenapa
hingga kini aku masih tidak dapat melupakan perbuatan ayah pada aku.Hatiku
tidak pernah berasa tenang. Parut luka yang ayah tinggalkan padaku masih terasa
sakitnya. Sampai matipun aku akan ingat kekejaman ayah padaku! Dendam aku pada
ayah tak pernah berakhir!
“ Hai cik
adik manis..sorang je?” Lamunanku mati
apabila tiba-tiba seorang lelaki yang datang entah dari arah mana menegurku.
Aku menjelingnya tajam . Aku diam tidak menjawab pertanyaannya. Malas.
“ Amboi,
sombongnya dia….mehla temankan abang..Abang pun sorang jugak ni…” kata lelaki
itu. Aku memandangnya dari atas hingga bawah. Huh, muka macam pecah rumah, ada
hati nak mengurat anak orang. Aku masih berdiam diri. Sungguh aku tak ada mood
mahu bercakap kini.
“ Ala..
adik manis. Jangan lah senyap je. Malu dengan abang ye..” kata lelaki itu lagi
masih tidak berputus asa. Dia cuba membelai rambutku yang panjang mengurai namun
pantas aku tepis. Aku semakin rimas.
“
Huii..garangnya dia..Tak baik garang-garang…nanti cepat tua..” Geli tengkuk aku
mendengar kata-kata romeo lelaki itu. Kali ini dia cuba memeluk aku namun aku
lebih pantas menolak tubuhnya kasar. Dia terdorong ke belakang hingga hampir
tersungkur.
“ Heiii
bro, lu jangan berani nak sentuh gua!” Aku mula bersuara. Darah panas mula
menyerbu ke mukaku. Geram betul la aku dengan mamat miang ni .
“ Wow!
Excellent! Ganas gila awek ni…I like…” Lelaki itu tergelak sinis. Dia membetulkan
jaket hitam yang membaluti tubuhnya. Beberapa orang lelaki lain cuba
menghampiriku. Aku yakin, ini semua mesti kuncu-kuncu lelaki tersebut. Aku
sedikitpun tidak gentar. Aku bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.Tapi
, malam ini aku sungguh tiada mood untuk bertarung dengan sesiapa. Daripada aku
duduk di sini, baik aku balik! Rimas aku!
“ Tunggu!”
Laungan lelaki itu mematikan langkahku. Aku menjelingnya tajam. Apa lagi la
mamat ni? Tak puas hati lagi? Nak kena sepak ke?
“ Kenapa?
Lu mau apa lagi? Tak puas hati ke?” Aku menyoalnya sinis. Wajahnya berubah
tegang. Dia menghampiriku.
“ Memang
aku tak puas hati! Kau mesti minta maaf dengan aku sekarang !” Suara lelaki itu
berubah tegas. Aku tersenyum sumbing.
“ Minta
maaf? Lu suruh gua minta maaf ye? Pergi mampus la lu!!” Tengkingku sekuat hati
kemudian aku tergelak sinis. Dia terdiam. Wajahnya semakin tegang.
“ Kurang
ajar punya betina! Kau nak mati ke?!” Balas lelaki itu.
“ Gua rasa
lu yang akan mati dulu! Muka macam anjing ada hati nak kacau gua..” Aku
menyindirnya tajam.
“ Kurang
ajar!” Katanya sambil cuba menampar mukaku namun aku lebih pantas menepis.
Tangannya aku genggam kasar lantas aku pulas lengannya sekuat hati sehingga dia
menyeringai kesakitan. Tubuhnya aku sepak dengan lututku sekuat hati sehingga
dia jatuh tersungkur mengenai meja kaca yang terdapat di situ hingga pecah.
Suasana yang tadi bingit tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua pengunjung di situ
menjerit ketakutan. Semua mata yang ada memandang ke arahku. Aku tersenyum
sinis kepada lelaki itu.Padan muka!
“ Sial! Woii,
korang tunggu apa lagi…serang la betina tak guna tu!” Laung lelaki itu kepada
kuncu-kuncunya yang semuanya berbadan besar. Dia masih menahan kesakitan pada
perutnya.
Sekelip
mata kuncu-kuncunya menyerangku bertubi-tubi. Namun , aku berjaya
mematahkan
serangan demi serangan mereka dengan mudah. Tiba-tiba salah seorang dari
mereka
memelukku kuat dari belakang , cuba mengunci kemas pergerakanku.
Kelihatan
seorang lagi meluru laju ke arahku untuk melakukan sepakan ke arah
perutku.
Dengan pantas aku mengangkat tubuhku lalu melunjurkan kedua-dua belah
kaki dan
menendang lelaki itu sekuat hatiku. Kemudian, aku menyiku kuat perut
lelaki
yang sedang memegangku hingga dia jatuh tergolek di belakangku. Mereka
tidak
berpuas hati. Kali ini mereka menggunakan serpihan gelas pecah untuk
menikamku
namun aku lebih pantas mengelak. Kepala mereka aku lagakan sesama
sendiri. Mereka jatuh tersungkur lagi. Dan kali ini mereka menggelupur
kesakitan
sehingga mereka tidak berdaya untuk bangkit. Lelaki itu selaku ketua
mereka
tergamam melihatku.Aku menghampirinya perlahan-lahan. Hatiku masih panas
dengan
perangai kurang ajarnya sebentar tadi. Aku cuba menghadiahkan satu
tumbukan ke
mukanya.
“ Maafkan
aku cik..maafkan aku..aku janji lain kali aku tak kan ganggu kau lagi…” Belum
sempat tumbukan itu mengenai mukanya, lelaki itu merayu ketakutan. Acara aku
terhenti seketika.
“ Hah tahu
pun takut! Lu ingat , lain kali kalau lu sentuh gua lagi..nahas lu!! ” Sergahku
sambil mencekak kolar bajunya.
“ Ye cik,
aku janji…tolonglah lepaskan aku..” lelaki itu merayu lagi. Aku tergelak sinis.
Aduh, harap badan je sasa tapi penakut. Apa punya orang la, buat malu kaum adam
je. Namun, aku cukup puas malam ini kerana sedikit sebanyak amarahku dapat aku
lempiaskan dengan pertarungan yang tidak disengajakan ini. Sekurang-kurangnya
aku dapat melupakan peristiwa hitam itu
buat seketika!
#################
“ Boss nak
mula cari lelaki tu bila?” Soal Michael tiba-tiba semasa aku menikmati makan
malamku di sebuah gerai mamak di tepi jalan.
“ Lelaki
mana?” Soalku tidak mengerti. Air teh tarik panas aku hirup perlahan.
“ Alah
boss..lelaki yang Abang Bob suruh kita bunuh tu..Boss dah lupa ke?” Soal
Michael lagi. Ingatanku mula terencap pada foto lelaki yang Abang Bob beri padaku.
“
Hurmm..nantilah..” Jawabku malas. Entah kenapa aku tiba-tiba jadi malas mahu
memikirkan soal itu.
“ Nantilah?
Bila tu boss? Kita ada masa 3 minggu lagi ni. Kalau tak mati kita..” Michael
merungut . Aku menjelingnya tajam.
“ Hey, lu
cakap macam tak percaya kat gua je…Gua pasti boleh cari mamat tu dalam satu
hari je. Lu tak payah nak risau lebih-lebih…” Rengusku. Michael seolah-olah
tidak meyakini kebolehanku.
“ Macam
mana aku tak risau boss..Ini soal nyawa kita. Kalau tersilap langkah, Abang Bob
boleh bunuh kita boss…” Michael masih menunjukkan riak kerisauan. Hatiku mula
panas dengan sikap pengecut Michael.
“ Lu ni dah
kerja dengan gua berapa lama? Pernah ke gua terlepas orang yang patut kena
bunuh? Tak pernah kan?!” Soalku kasar.
“ Ye
boss..memanglah tak pernah..Tapi..”
“ Jadi
kalau lu dah tahu, lu diam!” Tengkingku kuat membuatkan beberapa pelanggan yang
berdekatan dengan kami tersentak. Michael terdiam tidak terkata melihat
keberanganku. Wajahku masam mencuka. Seleraku tiba-tiba mati gara-gara Michael.
“ Err..boss
jangan la marah. Aku mintak maaf. Tak ada maksud nak sakitkan hati boss…” Kata
Michael dengan suara terketar-ketar. Amarahku sedikit kendur mendengar
perkataan maaf itu.
“ Hurmm..lu
lain kali jangan nak jadi pengecut sangat. Buat malu kaum gengster je! Lu kena
percaya sama gua..Gua tak pernah gagal dalam misi yang Abang Bob bagi!”
Tegasku.
“ Betul tu
boss..” Jawab Michael seakan akur dengan kata-kataku. Aku diam. Malas lagi mahu
cakap pasal benda ni. Buat semak otak je. Yang pasti kini, aku masih menyusun
strategi untuk mencari lelaki tak guna tu. Masih segar dalam ingatanku betapa
kurang ajarnya dia denganku semasa kejadian ‘accident’ tempoh hari. Sakit
bahuku akibat dipulas oleh lelaki itu masih terasa. Dendam aku padanya semakin
membuak-buak. Aku akan pastikan kali ini dia tidak akan terlepas! Aku pasti
hidupnya tak kan lama. Hasrat Abang Bob untuk melihat mayatnya pasti akan aku
tunaikan . Jika aku berjaya melangsaikan misi kali ini, sudah pasti Abang Bob
akan lebih mempercayai aku! Aku semakin yakin dengan rancanganku.
“ Hello
Kristina…how are you?” Lamunanku mati apabila Tony datang menyapaku tiba-tiba.
Aku menjelingnya tajam.
“ Fine! Lu
buat apa kat sini? Ini bukan tempat lu!” Marahku pada Tony. Sesungguhnya dalam
kumpulan ‘Mario’ , Tony antara orang yang paling aku benci. Walaupun dia
merupakan orang kanan Abang Bob, tapi disebabkan oleh sikapnya yang suka
mengganggu kerjaku membuatkan aku hilang rasa hormat padanya.
“ Hei hei
Kristina…ini gua punya tempat..Lu jangan nak mimpilah!” Tony berkata sinis. Aku
mencebik.
“ Sejak
bila tempat ni jadi tempat lu..dah bertahun-tahun Abang Bob bagi ini tempat
sama gua..Lu jangan nak bikin gua panas!” Gertakku.
“
Kristina..Kristina..Lu memang katak bawah tempurung la…Lu tak tahu ke Abang Bob
dah ‘hadiahkan’ aku tempat ni? Kesiannya kat lu kan…yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran…” Kata Tony lagi menambah panas dalam hatiku. Pengikutnya
di belakangnya turut tergelak sinis.
“ Tony! Lu
jangan main-main sama gua! Abang Bob tak pernah cakap apa-apa sama gua..Tempat
ni gua punya. Lu jangan berani nak pijak kaki lu kat sini. Tolong jangan buang
najis kat sini! Haram!” Marahku. Tony dan pengikutnya semakin galak
mentertawakanku.
“ Owhh
haram tuuu….Gua tak nampak ada cop nama Kristina pun kat sini? Mana? Mana? Cuba
tunjuk sama gua....Gua rabun lah..” kata Tony lagi. Darah panas mula menyerbu
ke mukaku.
“ Sial
lu!!” Teriakku geram sambil terus meluru untuk menyerangnya. Aku mencapai meja
makanku lantas menterbalikkannya dan melemparkan sekuat hatiku kepada Tony.
Suasana tadi yang sunyi sepi kini bertukar riuh. Pengunjung gerai mamak itu
lari lintang pukang menyelamatkan diri. Yang tinggal kini hanyalah aku,
Michael, Tony dan pengikut-pengikutnya. Michael cuba menangkis segala serangan
maut dari pengikut-pengikut Tony. Aku pula cuba mencederakan Tony.
Tony cuba
membalas setiap serangan demi serangan yang aku hadiahkan kepadanya. Sungguh
aku teramat geram dan sakit hati dengan kebiadapannya! Sudahlah dia yang menipu
aku sehingga menyebabkan Abang Bob kerugian besar, lepas tu ada hati nak
merampas tempat aku cari makan! Memang Tony patut diajar! Satu tumbukan padu
aku hadiahkan kepadanya tepat mengenai perutnya. Dia terdorong beberapa langkah
ke belakang. Dia cuba menyerangku dengan menghantar sepakan melintang namun aku
lebih pantas mengelak. Kali ini aku sempat menyelit untuk melemparkan satu lagi
tumbukan padu yang mengenai tepat ke tulang rahangnya yang sebelah kiri
sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya. Lututnya aku tendang kuat-kuat
hingga dia tidak dapat berdiri lagi. Pergerakannya aku kunci kemas. Dengan
sekuat hati aku menyiku kepalanya sehingga dia jatuh tersungkur. Kemudian aku
menarik rambutnya kasar.
“ Rasakan!
Lu jangan nak cabar gua! Lu belum kenal siapa gua! Gua bagi warning kat lu..kalau
lu berani lagi kacau tempat gua, lu mati!” Gertakku sambil menghentak kasar
kepalanya. Dia terguling kesakitan. Darah merah semakin banyak mengalir dari
bibirnya. Pipinya lebam. Aku puas, puas sangat! Inilah akibatnya kalau suka
sangat kacau kerja orang.
“
Michael..jom blah!” Teriakku kepada Michael yang berdiri tidak jauh dari situ.
Dia berjaya membuatkan semua pengikut Tony jatuh tersungkur.
“ Ok boss!”
Jawab Michael sepatah.
“
Kristina!!” Tony menjerit memanggil namaku. Langkahku terhenti seketika.
“ Lu dengar
sini!! Lu jangan ingat lu sudah menang! Gua sumpah tak kan bagi lu hidup
senang! Sampai mati pun gua akan susahkan hidup lu!” Teriak Tony. Wajahnya
kelihatan sungguh marah. Aku hanya tergelak sinis mendengar sumpahannya yang
langsung tak menggetarkan jiwaku.
“ Owh yeke?
Lu buatlah apa yang lu suka…Gua sikitpun tak takut. Gua nampak lu macam anjing
kurap je..buat apa nak takut!” Aku mengejeknya. Aku dan Michael tergelak
serentak.
“ Lu memang
bangsat la Kristina!!” Tony cuba bangkit dari tempatnya dan cuba menyerangku
sekali lagi namun aku lebih pantas menangkis serangannya. Aku menghentak
belakang tengkuknya kuat sehingga dia sekali lagi jatuh tersungukur.
“
Tony..Tony..lu ni memang bodoh la! Lu ingat lu boleh bunuh gua? Pergi mampus
la?!” kataku sambil menyepaknya sekali lagi. Tony menyeringai kesakitan. Aku
masih tidak berpuas hati. Kali ini aku menarik sepucuk pistol revolver dari
poket jaketku dan menghalakannya tepat ke kepala Tony. Picu pistol aku tarik
perlahan.
“ Boss..dah
la tu..tak kan boss nak bunuh dia kot. Jangan cari pasal…nanti Abang Bob tak
kan lepaskan kita…” Michael tiba-tiba bersuara. Acaraku terhenti seketika.
“ Tapi,
anjing ni kita mesti hapuskan! Dari dulu dia tak pernah nak kasi kita hidup
senang!” Gertakku tidak berpuas hati.
“ Ye
boss..tapi Boss kena ingat, dia orang kanan Abang Bob. Kalau apa-apa jadi kat
dia..kita jugak yang susah boss. Nanti kita pulak yang kena bunuh..” Bisik
Michael perlahan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ada benarnya kata-kata
Michael. Kalau tak kerana Tony orang kanan Abang Bob, dah lama aku bunuh mamat
ni! Sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan Abang Bob. Kalau bukan kerana dia,
aku tak kan hidup sehingga kini.
“
Baiklah…kalini lu terlepas Tony…Lu ingat, lepasni kalau lu berani kacau tempat
gua lagi..nahas lu!!” Tegasku lagi. Kemudian perlahan-lahan aku meninggalkan
Tony dengan pengikutnya yang sudah tidak terdaya lagi untuk bangkit.
#######################
Hari ini
aku bertekad untuk menyelesaikan misi menjejaki lelaki itu. Hanya tinggal 2
minggu lagi tempoh yang Abang Bob berikan untuk aku bunuh lelaki itu. Namun,
sedikitpun aku tidak gusar soal itu kerana bagiku, menjejaki lelaki itu
bukanlah terlalu sukar. Tetapi yang menggusarkan aku, Abang Bob semakin memaksa
aku supaya menyelesaikannya dengan cepat. Makin lama dia makin kurang bertolak
ansur denganku. Ini semua gara-gara Tony. Ternyata Abang Bob dapat menghidu
pertelingkahan antara kami berdua. Namun, Abang Bob lebih mempercayai Tony dari
aku. Kerana itu, banyak kawasan yang sebelum ini dibawah kawalanku menjadi
milik Tony. Bukan setakat itu sahaja, duit gaji bulananku juga dikurangkan
kerana kononnya untuk melangsaikan segala hutang aku dengan Abang Bob.
Aku semakin
tertekan berada dalam kumpulan Mario. Aku rasakan betul-betul seperti dianak
tirikan. Tony pula semakin bermaharajalela. Aku tak tahulah apa yang Abang Bob
suka sangat dengan Tony padahal lelaki bangsat tu baru sahaja melibatkan dalam
kumpulan kami 2 tahun lepas sedangkan aku sudah bersama kumpulan itu hampir 15
tahun! Dalam masa 2 tahun segalanya berubah. Dulu Abang Bob tak macam ni. Malah
dia yang menyelamatkan aku ketika aku berumur 10 tahun. Ketika itu aku seperti
orang pelarian. Sering berada dalam ketakutan semenjak aku membunuh ayah. Aku
hilang arah tujuan. Tapi nasib baiklah suatu hari , aku bertemu dengan Abang
Bob di suatu lorong gelap. Ketika itu, Abang Bob merupakan ahli kumpulan Dragon
, kumpulan gangster yang paling digeruni pada masa itu. Abang Boblah yang
mengajar aku segala seni pertahanan diri dan selok-belok perniagaan haram . Aku
sungguh bahagia hidup dalam pengawasan Abang Bob. Kemudian, setelah kumpulan
Dragon tumpas, Abang Bob menubuhkan kumpulannya sendiri, iaitu kumpulan Mario.
Dan aku dijadikan antara pengikutnya yang paling setia. Tapi segalanya berubah setelah
munculnya Tony. Tony dah rosakkan kebahagiaan dan kebebasanku untuk bergerak
dalam kumpulan ini. Kalau tak kerana rasa terhutang budi terhadap Abang Bob
yang menyelamatkan aku dulu , sudah lama aku keluar dari kumpulan Mario . Aku
tak sanggup lagi bertelingkah dengan Tony yang makin hari makin buat aku sakit
hati! Aku benar-benar benci Tony! Sampai matipun aku akan benci dia! Kerana dia
, Abang Bob sudah semakin menjauhkan dirinya dari aku!
“ Boss ok
ke ni?” Soal Michael tiba-tiba sekaligus menghapuskan segala ingatanku.
“ Ok
je..kenapa?” Jawabku ringkas. Stereng kereta aku pegang kemas memandangkan
jalan di hadapanku tidak berapa rata.
“ Tak ada
la…aku tengok dari tadi boss diam je? Kenapa?” Soal Michael lagi.
“
Hurmm..tak ada apa-apalah..Gua cuma penat je..”
“ Kalau
macam tu boss rehat la dulu…” Michael memujukku.
“ Tak payah
la..gua tak kan rehat sampai gua jumpa lelaki tu!” Tegasku. Aku
bersungguh-sungguh untuk mencari lelaki itu hari ni jugak. Aku tak nak Abang
Bob semakin hilang kepercayaan kepadaku.
“ Tapi
boss..dah satu hari kita cari dia. Bukan senang tu boss. KL ni besar..macam
mana mau cari?” Michael mula merungut. Ini yang aku tak suka ni.
“ Lu tak
perlu risau la..Ini Kristina la beb..Gua akan cari lelaki tu sampai ke lubang
cacing!” Getusku.
“
Yela..tapi dah nak malam dah ni. Kan bagus kalau kita restdulu ,lepastu esok je
kita sambung cari lagi…” kata Michael.
“ Hey
Michael! Yang lu tak paham bahasa ke hah? Kalau gua cakap mahu cari sampai
dapat..gua mahu cari la? Yang lu cepat sangat putus asa ni pasal apa?!” Suaraku
sedikit meninggi. Michael ni selalu buat aku bikin panas aje.
“ Relaks la
boss…aku cadangankan untuk kebaikan kita jugak. Nanti kalau kita penat, macam
mana kita nak bunuh orang nanti…” Michael masih tidak jemu memujukku. Aku mendengus
kasar.
“ Lu ni
memang pengecut lah!!” Marahku. Michael terdiam sambil menggeleng-gelengkan
kepala.Mungkin geram dengan kedegilanku.
Sedang aku
sibuk memutar stereng untuk membelok ke simpang sebelah kiri-kiri, tiba-tiba
aku rasakan keretaku bergegar kuat seperti dihentam benda keras dari belakang
kerataku. Aku panik.
“ Boss!!
Ada orang langgar kita!!” Jerit Michael kuat. Aku mulai kaget.
“ Sial
punya orang! Siapa yang berani langgar kita?!” Marahku. Aku mengerling ke arah
cermin pandang belakang. Kelihatan sebuah kereta proton wira merah sedang
menghampiri kami.
“
DOOMMMMM!!” Sekali lagi keretaku dilanggar kuat. Dan kali ini kereta itu
melanggar keretaku dari sebelah tempat duduk Michael. Bunyi kaca cermin tingkap
pecah berderai kedengaran. Aku dan Michael menunduk serentak. Keretaku semakin
hilang kawalan.
Belum
sempat aku berbuat apa-apa, beberapa das tembakan bertaburan mengenai setiap
sudut keretaku.
“Boss!! Tunduk boss! Kita kena tembak ni!”
Laung Michael. Aku dia. Lidahku kelu tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dadaku
seperti mahu pecah. Bunyi tembakan yang bertalu-talu cukup membingitkan
telinga. Aku mencapai pistol Revolver dari dashboard kereta dan cuba membalas
tembakan dari arah kereta wira tadi.
Aku cuba melepaskan tembakan rambang
kepada pemandu kereta itu, aku tidak cam siapa. Sebelah tanganku masih cuba
mengawal stereng kereta.
“Arghhhhh!!!”
Aku terkejut apabila mendengar Michael meraung tiba-tiba.
“ Michael!
Kau kena tembak ke?!” Soalku kalut. Kelihatan Michael sedang mengerang
kesakitan sambil memegang dada kirinya. Darah membuak-buak mengalir dari
dadanya. Aku semakin panik. Peluh dingin mula memercik di dahiku.
“ Kurang
asam punya orang!!!” Aku menjerit marah. Aku meneruskan melontarkan beberapa
das tembakan ke arah kereta tadi yang masih menembak kami bertubi-tubi.
“
Arghhhhhhhhh!!” Giliran aku pula menjerit. Bahuku terasa berdenyut-denyut. Aku
meraba bahuku. Darah! Tidak! Aku ditembak ke? Aku seakan tidak percaya . Sakit
yang kualami semakin kuat. Aku tidak tahan. Kepalaku terasa berpusing-pusing.Mataku
semakin kabur. Pistol terlepas dari tanganku. Peganganku pada stereng kereta
juga terlepas . Keretaku masih bergerak laju namun kali ini ia terbabas keluar
dari jalan raya dan menuju ke arah gaung yang berhampiran. Aku cuba kembali ke
alam nyata. Dengan bersusah payah aku cuba bangkit dan mencapai stereng kereta.
Sakit di bahuku aku tahan. Kelihatan
Michael sudah terkulai layu di sisiku, tidak bernyawa. Aku menekan brek
kuat-kuat supaya keretaku tidak tersasar jauh namun segalanya sudah terlambat. Keretaku
akhirnya jatuh menjunam ke dalam gaung yang agak dalam dan aku…pandanganku
semakin kabur dan semakin gelap..dan..terus gelap..
##################
Sayup-sayup
aku kedengaran suara kanak-kanak sedang membaca sesuatu yang aku tidak pasti.
Sungguh indah didengar. Aku mengamati suara itu. Adakah suara itu , suara orang
sedang mengaji? Sudah lama aku tidak mendengar alunan suara seperti aku. Aku
membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku terasa berat. Leherku terasa begitu
sakit. Pandanganku pada mulanya kabur kini beransur-ansur menjadi terang. Aku
memandang sekelilingku. Aneh..sungguh aneh sekali. Aku kini berada di sebuah
bilik yang sederhana besar yang hanya terisi dengan beberapa perabot usang di
sekelilingku. Aku kat mana ni? Aku bermimpi ke? Aku memerhatikan tubuhku yang
hanya dibaluti dengan baju kurung kedah dan kain batik. Peliknya. Aku binggung.
Aku menampar pipiku beberapa kali.
Sakit. Sah! Sah aku tidak bermimpi. Tapi macam mana aku boleh ada kat sini? Aku
semakin bingung.
Aku
perlahan-lahan bangkit dari perbaringanku .
“ Arghh..”
Aku menjerit kecil tapi cukup sekadar tenggelam di kerongkong sahaja. Bahuku
terasa teramat sakit. Aku memegang bahuku. Terasa seperti dibalut. Aku
tergamam. Adakah ini kesan aku kena tembak tadi? Aku seakan tidak percaya. Aku
masih hidup lagi kah? Benarkah? Betul-betul rasa tak percaya kerana aku rasa
baru je tadi keretaku menjunam masuk ke dalam gaung. Jadi, macam mana aku masih
hidup?
Aku
menggagahkan diri untuk bangkit dan berjalan ke arah muka pintu bilik usang
itu. Suara kanak-kanak mengaji semakin kuat kedengaran. Dan kali ini diselangi
dengan suara garau lelaki yang menegur mereka untuk membetulkan bacaan mereka.
Aku semakin tertarik untuk mencari dari mana datangnya suara itu. Seketika
kemudian, mataku terpaku kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengaji
secara berkumpulan dengan tekun sekali. Kelihatan seorang lelaki muda yang
berjubah biru dan berkopiah putih sedang mengajar kanak-kanak itu mengaji.
Suara lelaki itu sungguh merdu sekali.Tidak pernah aku mendengar suara semerdu
itu.
“ Abang
Hafiz! Siapa kakak tu?” Tiba-tiba salah seorang dari kanak-kanak itu bersuara.
Semua kanak-kanak itu terdiam. Tiada lagi suara orang mengaji. Aku kaget. Tidak
sangka mereka perasan kehadiranku di situ. Pandangan mereka kini terpaku
kepadaku. Aku jadi malu sendiri.
“ Maaf..”
kataku sepatah lantas cuba berjalan masuk kembali ke bilikku .Namun, kudratku
cukup lemah. Aku tiba-tiba terjatuh di hadapan mereka.
“ Kakak!
Kakak ok ke?” Kanak-kanak itu terus meluru ke arahku. Suasana riuh seketika.
“ Awak tak
apa-apa?” Lelaki yang berkopiah itu cuba mendapatkan aku. Pandangan kami
bertautan. Aku tergaman. Seperti aku kenal dengan lelaki ini. Aku terdiam tidak
terkata. Benarkah apa aku lihat kini. Lelaki inilah yang aku dan Abang Bob buru
selama ini. Nah! Aku dah jumpa dia. Aku dah jumpa dia! Tapi kenapa perasaanku
lain sangat? Kenapa aku tiba-tiba rasa aku tidak patut membunuhnya.
“ Tubuh
awak masih lemah..awak kena banyak berehat..” kata lelaki itu . Aku tersentak.
Aku kembali ke alam nyata.
“ Aku kat
mana ni?” Aku mula bersuara.
“ Awak kat rumah
kakak saya sekarang…awak rehat la dulu kat sini. Awak cedera teruk ni..,” pujuk
lelaki itu lembut. Sejuk kedengaran.
“Rumah
kakak kau..? Kau siapa?” Soalku bingung. Aku masih bingung dengan situasi
sekarang.
“ Kalau
kakak nak tahu..nama abang kami Abang Hafiz. Abang Hafiz lah yang selalu
mengajar kami mengaji…” tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki yang aku rasa
berusia dalam 5 tahun menyampuk.
“ Hafiz,
nama kau Hafiz?” Soalku. Aku mengamati wajahnya. Sungguh redup dan sejuk mata
memandang. Wajah tampannya nampak bercahaya. Dalam diam aku terpegun pada
keindahan wajah itu. Nampak lain sangat dari masa aku bertembung dengan dia
dulu.
“ Ye..nama
saya Hafiz. Awak pulak nama apa?” Soalnya lembut.
“
Kristina..” jawabku sepatah.
“ Owh
Kristina..rasanya kita pernah jumpa kan?” Soalnya lagi.
“
Mungkin..” Aku teragak-agak untuk menjawabnya. Aku malu untuk mengingati hari
aku bertembung dengannya. Aku akui aku pernah kurang ajar dengan dia.
“ Macam
mana aku boleh ada kat sini?” Aku memandang sekelilingku. Suasana rumah ini
cukup asing bagiku. Kelihatan sungguh tenang. Tiada lagi hiruk pikuk ibu kota .
“ Saya
jumpa awak pengsan kat atas bukit hujung sana 3 hari lepas. Tengok awak
cedera-parah. Itu yang saya bawak awak ke rumah kakak saya dulu untuk berubat…”
jawabnya ringkas sambil tersenyum. Senyumannya cukup manis pada pandanganku.
“ 3 hari?
Maksud awak aku pengsan selama 3 hari?” Soalku kurang mengerti.
“ Yup..”
Aku termangu. Aku pengsan selama 3 hari?Macam tak masuk akal! Padahal aku
rasakan baru tadi kemalangan itu berlaku. Aku meraup mukaku beberapa kali. Bahu
kananku bekas terkena tembakan masih terasa berdenyut-denyut.
“ Ya Allah
Hafiz, kenapa biar dia duduk kat luar ni? Kenapa tak bagi dia berehat di dalam
je?” Tiba-tiba seorang perempuan yang aku rasa mungkin berumur 30-an datang
menyapa. Aku mengerutkan keningku. Siapa pulak ni?
“ Tak
adalah kak, tadi nampak dia keluar lepas tu terjatuh kat sini. Baru je..” jawab
Hafiz.
“ Hish kamu
ni Hafiz, kesian dia. Kenapa tak tolong angkat? Tubuhnya lemah lagi tu…dah-dah
meh akak tolong papah masuk dalam…” kata perempuan itu sambil memapahku
perlahan-lahan. Dengan bersusah-payah aku bangkit. Kanak-kanak yang dari tadi
menjadi pemerhati turut membantuku.
“ Tak
apalah kak, aku boleh bangun sendiri..” kataku sambil cuba menepis bantuan
mereka namun ternyata tubuhku benar-benar tidak kuat. Kesakitan yang melampau
membataskan pergerakanku.
“ Ehhh
jangan la macam tu dik..kami boleh tolong adik..Adik sakit tu..” Kata kakak
Hafiz lagi. Dia bersungguh-sungguh membantuku untuk bangkit dan perlahan-lahan
mengawasiku untuk masuk ke bilik. Hafiz sekadar mengekori dari belakang. Aku
malu sendiri. Bodoh! Kenapa aku jadi lemah macam ni! Aku tak patut tunjuk
kelemahanku depan semua orang terutamanya Hafiz. Aku berasa benar-benar tak
berguna!
###############
Aku
termenung di jendela. Suasana malam ini begitu dingin . Bulan purnama
memacarkan cahaya yang cukup cerah menjadikan malam ini cukup indah. Bunyi
cengkerik yang bersahutan sedikit sebanyak menyedapkan hatiku yang sedang
serabut. Aku serabut memikirkan bagaimana aku boleh tercampak di tempat
terpencil seperti ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiranku namun satupun
aku tidak dapat menangkap jawapannya. Aku benar-benar tidak faham macam mana
semua ni boleh berlaku? Siapa dalang dalam kemalangan tempoh hari. Aku yakin
percubaan untuk membunuh aku sudah lama dirancang. Kerana rancangan mereka Michael terbunuh ,
dan aku pula cedera parah. Aku mengetap bibir. Memang orang yang merancang
pembunuhan ni mesti dihapuskan segera! Marahku meluap-luap. Aku mesti cari
rancangan siapa ni? Mungkinkah Tony ? Ye, Tony! Aku yakin tiada siapa lagi yang
cuba menghapuskan aku selama ini selain Tony. Kalau betul lah Tony jadi dalang
semua ini, aku pasti akan balas dendam padanya atas kematian Michael, pengikut
setia yang paling aku percayai! Aku tak kan biarkan dia bernafas dan bergerak
bebas di muka bumi ini. Aku menggenggam penumbuk. Dendamku kian membara.
“ Kristina…”
Kak Tiha, kakak Hafiz tiba-tiba menyapaku sekaligus menghentikan lamunanku .Aku
berpaling.
“ Ye kak..”
sahutku.
“ Jom makan
sama-sama…kamu dari pagi belum makan lagi kan? Tak lapar ke?” Soalnya lembut.
“ Tak
apalah kak, aku tak ada selera..” jawabku sepatah.
“ Janganlah
macam tu…kalau kamu nak cepat sembuh..kamu kena makan . Makan sikit pun
jadilah..” pujuk Kak Tiha lagi. Aku sedikit terharu melihat sikap ambil berat
Kak Tiha. Tak pernah ada orang melayan aku sebaik ini selama 25 tahun aku
hidup.
“ Tak apa
la kak..aku ok je. Aku takut nanti makanan tu tak cukup pulak untuk akak dengan
Hafiz..” aku cuba berdalih.
“ Ish mana
pulak tak cukup.. Makanan tu terlebih cukup untuk kami berdua. Hari ini akak
sengaja masak lebih untuk kamu. Jomlah…” Kata Kak Tiha lagi. Dia merapati tubuhku
sambil mengusap bahuku. Hati kecilku tersentuh dengan layanan baik Kak Tiha.
“ Jom
lah…kita makan sama-sama ye…” Kak Tiha masih memujukku. Aku serba salah.
“ Baiklah
kak..” Akhirnya aku akur jua dengan pujukan Kak Tiha. Entah kenapa , aku rasa
seperti bersalah sangat kalau aku tidak tunaikan pelawaan Kak Tiha. Dia terlalu
baik dan sentiasa berlemah-lembut denganku. Terasa jauh benar perangainya
denganku. Aku jadi malu sendiri.
################
Sepanjang
makan malam itu aku lebih banyak berdiam diri. Tidak tahu apa yang perlu aku
bualkan. Aku hanya menjadi pendengar perbualan antara Kak Tiha dan Hafiz. Ternyata
aku masih bingung dengan apa yang menimpaku kini. Aku rasa aku kini bukan Kristina
tapi orang lain. Aku seperti lemah betul. Kristina yang aku kenal tidak pernah
selemah ini. Perasaanku pula tidak seperti biasa tetapi luar biasa. Rasa lain
sangat. Tetapi susah mahu gambarkan lain yang macam mana. Aku keliru dengan
perasaanku sendiri.
“ Kristina
tinggal kat mana sebelum ni?” Kak Tiha cuba menegurku. Suapanku terhenti
seketika.
“ Kat KL…”
jawabku sepatah.
“ Tinggal
dengan mak ayah?” Soal Kak Tiha lagi.
“ Tak lah..dulu
tinggal dengan ayah je. Mak pulak meninggal sejak aku lahir lagi..” jawabku
sayu.
“ Ayah
Kristina kerja apa? Mana dia?” Soal Kak Tiha. Aku mengetap bibir . Arghh!
Kenapa mesti sebut tentang ayah saat ni. Jiwaku yang baru beransur tenang
menjadi serabut balik mendengar perkataan ‘ayah’.
“ Dia dah
mati!” Jawabku sedikit geram. Nafasku terasa sesak. Kenapa la soal mak ayah
jugak yang ditanya. Tak ada soalan lain
ke.
“ Owh
maafkan akak…akak tak tahu..” Kata Kak Tiha seperti orang bersalah.
“ Tak apa
kak…Akak tinggal dengan berdua je ke? ” Aku mengalih topik perbualan.
“ A’ah kami
tinggal berdua je. Mak ayah kami pun dah lama meninggal…” Tiba-tiba Hafiz yang
dari tadi berdiam diri menyampuk. Dia memandangku dengan pandangan yang cukup
redup. Aku melarikan anak mataku dari bertentangan dengannya. Entah kenapa aku
rasakan seperti ada perasaan halus menular dalam segenap hatiku setiap kali
memandang Hafiz. Argh, mengarut! Aku tak patut rasa seperti ini terhadap
mana-mana lelaki!
“ Kristina
kerja ke sekarang?” Kak Tiha menyoalku lagi. Aku sedikit tersentak.
“
Err..a’ah..kerja…” Jawabku teragak-agak.
“ Kerja
apa?” Aduhh, banyak pulak soalan Kak Tiha ni. Macam mana aku mahu jawab. Tak
kan nak cakap aku kerja sebagai gengster kot. Aku menggaru kepala yang tidak
gatal. Hish, apa la!
“ Owh..saya
kerja bank..” Aku cuba menipu.
“ Kat mana
tu?”
“ Akak..dah
la tu. Tak payah la tanya Kristina banyak-banyak. Akak ni macam wartawan la
pulak.. “ Hafiz lebih pantas memotong cakap Kak Tiha. Aku menarik nafas lega.
Huh, nasib baik Hafiz pandai menyelamatkan aku dari menjawab soalan-soalan
bonus Kak Tiha. Aku memandangnya sekilas. Dia sekadar tersenyum melihatku.
“ Tak ada
la..akak cuma nak tahu je..Salah ke?” Kak Tiha memprotes. Aku hanya diam.
“ Salah tu
tak salah tapi kan kita tengah makan ni. Tak elok cakap banyak masa makan…nanti
tak berkat.” Jawab Hafiz .
“
Yela..akak salah.. Akak minta maaf ye Kristina. Akak memang macam ni. Suka
kenal-kenal dengan tetamu…”
“ Eh tak
apalah kak.. Saya tak kisah pun..tanya jela..Selagi saya boleh jawab , saya
jawab..” Jawabku sambil tersenyum kelat. Rasa seperti tersangatlah hipokrit.
“ Tak
apalah..nanti kita borak lagi ye. Nak borak banyak-banyak nanti ustaz tu tak
suka pulak…” kata Kak Tiha sambil mengerling ke arah Hafiz. Aku tertawa kecil.
“ Owh akak
perli Hafiz yer.. Hafiz cuma nasihatkan je. Sunnah Rasulullullah S.A.W tu
kak..” jawab Hafiz selamba.
“ Baik
ustaz..akak ngerti dong..” Kata Kak Tiha sekadar bergurau. Hafiz ketawa . Aku
turut tersenyum melihat telatah dua beradik ni. Tampak mesra sekali. Jauh di
sudut hatiku bergitu senang dengan kehadiran Hafiz dan Kak Tiha. Tidak pernah
aku berasa begini semenjak kecil.
#################
“ Awak suka
rambutan?” Soal Hafiz kepadaku yang sedang asyik memunggah buah-buah rambutan
di kebunnya ke dalam sebuah bakul besar.
“ Suka
jugak la…Tapi jarang aku dapat makan..” Jawabku sambil tersenyum.
“ Jarang
dapat makan? Pasal apa pulak?” Soal Hafiz seakan tidak mengerti.
“ Ye
lah..aku mana ada kebun macam kau. Kat KL tu bukan senang mahu cari buah
rambutan. Kalau ada pun tak segar macam dari kebun…” Jawabku laju. Aku mencapai
sebiji buah rambutan lantas mengupas dan menelan isinya. Ternyata rambutan dari
kebun Hafiz cukup manis dan lazat.
“ Kalau
macam tu, awak makanlah puas-puas rambutan ni. Nak bawak balik rumah pun tak
apa..” kata Hafiz. Dia tampak sedikit teruja.
“ Yeke ni?
Nanti kembung pulak perut aku makan banyak sangat…” Jawabku sekadar berseloroh.
Hafiz ketawa kecil.
“
Kristina..” Panggilnya.
“ Ye…”
balasku.
“ Saya nak
tanya satu soalan boleh?” Soalnya.
“
Tanyalah..” Jawabku sambil terus mengunyah buah rambutan.
“ Rumah
awak kat mana?” Soalnya ingin tahu.
“ Aku tak
ada rumah..”
“ Tak ada
rumah, maksud awak?” Hafiz sedikit terkejut mendengar jawapanku.
“ Maksud
aku, aku tak ada rumah yang cantik macam rumah kau.. Kalau ada pun pondok buruk
je…Tu pun aku kongsi dengan kawan..” Jawabku selamba sambil terus meratah buah
rambutan di hadapanku.
“ Tak
percayalah…Awak cakap awak kerja bank..”
“ Kau
percaya ke?”
“
Mungkin..”
“ Aku tipu
je la..”
“ Jadi,
awak kerja apa?”
“ Tak ada
kerja…” jawabku selamba.
“ Awak
jangan tipu sayalah. Saya tak percaya…” kata Hafiz tidak puas hati.
“ Kalau aku
cakap aku gangster, kau percaya?”
“ Tak..”
jawabnya acuh tak acuh.
“ Hafiz, aku
tahu kau tahu siapa aku kan?” Soalku menduga. Mustahil lah dia tak percaya
cakap aku. Dia terdiam. Aku tahu dia sengaja mahu mengujiku.
“ Mungkin
jugak saya tak tahu..” Hafiz berkata lagi.
“ Kau
jangan nak tipu aku..aku tahu lah kau kenal aku! Kau jangan buat-buat lupa la!”
Rengusku. Entah kenapa aku berasa panas bila dia masih mahu berteka-teki
denganku.
“ Saya
betul-betul tak kenal awak…”
“ Tipu lah
! Kau dah kenal aku kan? Kenapa tak nak mengaku?!” Marahku. Kulit rambutan aku
campak kasar. Mustahil dia lupa soal pertembunganku dengannya di depan kedai
seven eleven dulu. Nampak sangat dia cuma berpura-pura.
“ Saya tak
kenal siapa Kristina yang sebenar tapi saya tak pernah lupa yang Kristina
adalah orang yang nak belasah saya hari tu. Tapi sayangnya dia kalah…” kata
Hafiz dengan nada mendatar. Bunyi macam perli je tu.
“ Owh jadi
kau ingatlah ye? Aku bukan kalah la, tapi kau tu yang pengecut!” Aku mendengus
marah. Hafiz benar-benar membangkitkan kemarahanku tiba-tiba.
“
Awak..jangan la marah. Saya gurau jela..” Hafiz tertawa kecil. Aku semakin
panas. Boleh dia ketawa saat aku marah.
“ Ni bukan
gurauan lah! Kalau bukan sebab orang ramai kat situ hari tu, dah lama aku bunuh
kau tahu tak?!” Getusku. Aku mula menggenggam penumbuk. Aku betul-betul naik
angin sekarang. Kata-kata Hafiz sebentar tadi benar-benar mencabar jiwaku.
“ Jadi,
awak bunuh la saya sekarang. Biar awak puas hati..Tapi awak gembira ke kalau
awak bunuh saya? Apa yang awak dapat?” Nada Hafiz mula berubah serius.
“ Kalau aku
dapat bunuh kau, Abang Bob akan lagi percaya pada aku! Dia akan jadikan aku
ketua!” Tegasku.
“ Awak
yakin Abang Bob akan ambil awak jadi ketua? Saya rasa awak ni kuat
beranganlah!” Kata Hafiz sinis. Sedikitpun dia tidak gentar dengan ugutanku.Wajahku
memerah menahan marah.
“ Kau
memang mahu mampus ke?!” Dengan pantas aku menarik kolar baju t-shirtnya .
Amarahku kian memuncak. Hafiz sedikit tergaman dengan tindakan spontanku. Kini
,baru aku teringat tentang arahan Abang Bob supaya aku membunuhnya. Arghh,
kenapa aku mesti lupa arahan itu. Ini semua gara-gara Hafiz dan Kak Tiha. Dia
yang membuatkan aku lupa seketika pada tujuanku keluar ke pinggir kota
semata-mata mahu mencari lelaki itu. Dan sekarang ni lelaki itu ada di depan
mata. Jadi, apa aku tunggu lagi?
“ Kalau
awak nak bunuh, bunuh lah! Biar awak puas hati. Tapi awak jangan
menyesal pulak!”
kata Hafiz selamba. Wajahnya begitu tenang. Aku semakin berang. Kali ini
aku
mencapai sebilah pisau di dalam bakul rambutan dan cuba menikam tengkuk
Hafiz .
Namun dengan sekelip mata Hafiz memegang pergelangan tanganku yang
memegang
pisau itu sekuat hati . Tanganku dipulas kuat ke belakang. Pisau itu
terlepas. Kesakitan pada urat-urat lenganku mula terasa. Bahu kiriku
terasa
berdenyut-denyut. Luka kesan tembakan di kawasan itu belum sembuh
sepenuhnya
lagi. Hafiz kemudian mencapai pisau itu dan melemparnya jauh-jauh. Aku
meronta-ronta supaya dilepaskan. Arghh!! Sekali lagi aku kalah
dengannya! Sial!
“ Lepaskan
aku la bodoh!” Aku menjerit nyaring. Hafiz meleraikan pegangannya
perlahan-lahan. Aku merentap kasar tanganku dan cuba melangkah beberapa langkah
ke belakang. Aku memegang bahu dan lenganku. Terasa pedih sangat.
“ Maafkan
saya Kristina..saya tak ada maksud nak sakitkan awak..” Kata Hafiz dengan nada
bersalah. Aku mencebik.
“ Kau
memang sengaja nak sakitkan aku kan? Kau tahu tubuh aku lemah sekarang..jadi
sebab tu kau nak balas dendam ye?!” Aku mendengus geram. Wajah tenang Hafiz
semakin membuatkan darah aku mendidih.
“ Saya
bukan seperti yang awak fikir..awak silap..”
“ Habis tu?
Kau nak aku fikir kau tu baik, alim macam ustaz? Macam tu? Pergi mampuslah!”
Aku masih membentak namun sedikitpun tidak merubah ketenangan pada wajah Hafiz.
“ Saya cuma
nak awak berubah…”
“ Berubah?
Kau nak ubah aku macam mana ni? Aku Kristina la weyh…tak ada siapapun boleh
ubah aku!”
“
Kristina..saya tahu awak ada kelembutan dan sifat kewanitaan awak yang
tersembunyi. Janganlah awak padamkan segala sifat semulajadi awak hanya kerana
dendam awak tu…Saya teringin sangat nak tengok awak berubah jadi yang
sopan-santun, berbudi bahasa dan lemah-lembut…” Terang Hafiz dengan panjang
lebar. Aku terpana seketika. Cukup lembut kata-katanya di telingaku. Namun ,
aku cepat-cepat tersedar dari alam nyata.
“ Heh, kau
jangan mimpilah? Aku tetap aku..kau jangan beranganlah nak ubah perangai aku.
Aku tahu la kau tu baik, alim, sopan sebab kau lahir dalam keluarga baik..Tapi
aku? Kau tahu tak macam mana aku lahir? Aku lahir alam keadaan penuh dengan
kehinaan dan membesar dengan penuh jijik! Aku memang tak boleh jadi macam kau!
Sampai mati pun aku tetap diri aku yang sekarang..” Balasku. Entah mengapa
tiba-tiba hatiku berasa sebak apabila menuturkan kata-kata itu. Aku dapat
rasakan bagi insan sebaik Hafiz, dia akan fikir aku perempuan yang tak ada
maruah diri dan kasar tidak seperti perempuan lain.
“ Awak
silap besar Kristina…Saya sebenarnya lebih teruk dari awak yang sekarang…” kata
Hafiz tegas.
“ Lebih
teruk macam mana?” Soalku tidak mengerti.
“ Hafiz
yang awak kenal sekarang jauh berbeza dengan Hafiz yang dulu..”
“ Maksud
kau?”
“ Saya
dulupun samseng macam awak jugak. Saya pernah menjadi ketua samseng yang sangat
disegani suatu masa dulu…” kata-kata Hafiz membuatkan aku tersentak.
“ Kau
jangan nak main-main..Tak payah nak reka cerita lah. Ni bukan drama la bro!”
“ Saya tak
reka cerita lah!” Sergah Hafiz tiba-tiba membuatkan aku terdiam tidak terkata.
“ Sudah
ramai orang yang mati di tangan saya…Saya dah bunuh ramai orang termasuklah
abang saya sendiri. Saya kejam Kristina…malah saya lebih kejam dan tak berhati
perut dari awak..Saya tak ubah macam syaitan yang bertopengkan manusia…KakTiha
pulak, selalu jadi mangsa sepak terajang saya…Segala-galanya bermula setelah
kami kehilangan mak dan ayah kami dalam satu kemalangan jalan raya…” Hafiz
menyambung kata-katanya.
“ Habis tu,
macam mana kau boleh berubah?” Soalku. Aku tertarik untuk mendengar ceritanya
selanjutnya.
“
Segala-galanya berubah lepas saya bertemu dengan seorang ustaz yang merupakan
tok guru mengaji di kampung ini. Dia yang membuka mata saya kepada erti Islam
yang sebenar. Dia mengajar saya akidah Islam dan mendidik saya menjadi muslim
sejati..Alhamdulillah awak..Allah beri saya taufik & hidayahNya supaya saya
kembali beriman kepadaNya…” Aku termangu mendengar kata-kata Hafiz. Perkataan
‘Allah’ , ‘Islam’dan ‘Iman’ begitu janggal pada pendengaranku. Apakah ertinya
tu? Tapi, tiba-tiba hatiku berasa tenang sangat saat mendengar perkataan itu.
“
Kristina…” Hafiz memanggil namaku lembut.
“ Ye..”
Jawabku perlahan. Pandangan kami bertautan. Ada perasaan halus sedang menular
ke dalam hatiku.
“ Sebab tu
saya tak nak awak jadi macam saya yang dulu..Saya nak awak berubah menjadi
seorang muslimah sejati…Islam itu benar Kristina. Saya yakin awak akan temui
ketenangan bila awak mendalami Islam..Islam itu akan menjauhi awak dari segala
perbuatan jahat…Saya yakin Allah masih sayangkan awak, Dia mahu memberi petunjuk
kepada awak…” Kata Hafiz lembut.
“ Islam tu
apa? Allah tu siapa?” Akhirnya aku berani bertanya. Sungguh, aku benar-benar
bingung dan tidak mengerti kata-kata Hafiz .
“ Islam itu
agama Allah yang akan kekal hingga ke ahirat…Allah itu Tuhan kita yang Maha Esa…Kita
sebagai orang Islam wajib menyembah Allah walau dalam keadaan apa sekalipun…,”
jawab Hafiz sambil tersenyum. Aku mengangguk-angguk sedikit memahami jawapan
Hafiz. Aku seperti tersedar dari mimpi. Rupa-rupanya selama ini aku tidak tahu
apa agama aku, aku tidak tahu siapa Tuhanku. Yang aku tahu, aku hidup dalam
keadaan bebas . Tuhanku adalah kejahatan dan bunuh-membunuh adalah aktiviti
harianku. Adakah aku masih ada peluang untuk berubah seperti Hafiz? Apakah
masih ada ruang untuk aku mengenal Allah? Sedikit demi sedikit, perasaan
bersalah dan menyesal dengan perbuatan jahatku selama ini menular ke dalam
hati.
#############
“
Kristina…marilah kita solat sama-sama…” Ajak Kak Tiha. Aku sedang asyik
menonton televisyen di hadapanku.
“ Solat?”
Soalku tidak mengerti.
“ Ye..solat
Maghrib. Dah masuk waktu dah ni..Marilah kita solat berjemaah..” ajak Kak Tiha
lagi. Aku termenung seketika. Macam mana mahu solat? Sungguh, selama ini aku
tidak pernah solat. Bagaimana caranya pun aku tidak tahu. Baru kini aku sedar
betapa jahilnya aku.
“ Maaf
kak..aku tak tahu macam mana nak solat..” Jawabku berterus-terang. Kak Tiha
sedikit terkejut.
“ Kamu tak
pernah solat ke sebelum ni?” Soal Kak Tiha hairan.
“ Tak
pernah kak. Boleh akak ajar saya?” Pintaku tanpa segan-silu. Sungguh, hatiku
benar-benar tergerak mahu mempelajari cara-cara solat.
“ Boleh,
tak ada masalah..sekarang kamu tak datang bulan kan?” Soal kak Tiha lagi.
“ Tak kak,
kenapa?”
“ Tak ada
la..kalau datang bulan tak boleh solat..”
“ Owh macam
tu…” Aku mengangguk memahami maksud Kak Tiha.
“ Sebelum
solat, kita kena ambil air sembahyang dulu..” Sambung Kak Tiha. Aku mengerutkan
keningku.
“ Ambil air
sembahyang? Macam mana tu kak?” Aku semakin hairan .
“ Mehla akak ajar, kamu pergi salin baju
dulu..nanti tunggu akak kat bilik air ye..” kata Kak Tiha lembut.
“ Ok
kak…” Jawabku akur dengan saranannya.
Perlahan-lahan aku menuju ke bilikku untuk menukar baju. Perasaanku untuk
mempelajari segala tentang solat semakin membuak-buak.
###########################
Solat Maghrib
itu aku lakukan dengan perasaan yang sungguh janggal. Namun, berkat pertolongan
dan ajaran dari Kak Tiha , sedikit sebanyak aku dapat mempelajari asas tertib
solat yang betul. Kak Tiha mengajak aku solat berjemaah bersama-sama Hafiz.
Katanya Hafiz sebagai imam, kami sebagai makmun.
Sepanjang
solat berjemaah itu, hatiku sering terusik setiap kali mendengar bacaan
ayat-ayat al-Quran yang meniti di bibir Hafiz. Dia begitu fasih mengungkapkan
setiap ayat-ayat al-Quran dengan mendayu-dayu. Walaupun aku tidak mengerti
maksudnya namun mendengarnya saja pun membuatkan jiwaku sungguh tenang. Tidak
pernah aku berasa setenang ini. Air mataku hampir menitis apabila mengingatkan
betapa jauhnya aku dengan Allah selama ini. Bayangkan sejak aku kecil hingga
dewasa, tidak pernah sekalipun ada orang mengajarku tentang solat dan Islam.
Hidupku bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Pendek kata, hari-hari
yang aku belajar cuma cara-cara untuk mengembangkan sayap perniagaan haram
Abang Bob. Zaman kanak-kanakku pula disia-siakan oleh ayahku yang tidak berhati
perut! Kerana ayah, masa depan aku hancur lebur. Kerana ayah, maruah aku hilang
entah ke mana.
Usai solat
Maghrib, Hafiz memberi sedikit tazkirah untuk aku dan Kak Tiha. Tazkirahnya
lebih menyentuh soal ketuhanan, kisah rasul-rasul dan akidah Islam yang selama
ini tidak pernah aku tahu. Hafiz juga menyentuh soal taubat nasuha. Hatiku
cukup tersentuh. Tanpa kusedari ada manik jernih sedang mengalir di pipiku.
Sungguh aku rasa sebak apabila mengingatkan dosa-dosaku yang terlalu banyak.
Adakah Allah akan menerima taubat hamba yang hina sepertiku? Ya Allah, aku
sudah banyak melakukan dosa. Selama ini aku berada dalam kesesatan yang nyata,
jauh dari sinar hidayahMu Ya Allah. Aku leka dengan kesenangan dan kebahagiaan
duniawi yang langsung tidak memberi erti apa-apa kepada manusia, malah kelekaan
itulah yang akan menjerat diriku dalam lembah api neraka di akhirat kelak. Bila
mengingatkan soal balasan di akhirat, aku semakin sebak. Ya Allah, tolonglah
ampuni segala dosaku. Akulah hambaMu yang hina Ya Allah……Aku merintih pilu..
#######################
Petang itu,
aku membantu Kak Tiha memasak di dapur. Terasa canggung betul bila berada di
dapur. Apa lagi bila terpaksa memasak untuk diri sendiri. Selama ni aku beli je
di kedai mamak bila perut terasa lapar. Namun kali ini, hari-hari aku kena
masak.
“
Assalamualaikum…” Kedengaran orang memberi salam dari luar.
“
Waalaikumussalam…Eh, Hafiz..Kamu dari mana ni? Petang-petang baru balik…” Jawab
Kak Tiha yang berada di sebelahku. Aku memandang ke arah muka pintu. Kelihatan
Hafiz sedang membawa beberapa beg plastik di tangannya.
“ Hafiz pergi pekan sekejap kak…Beli kuih-kuih
sikit..Yela kan , nanti ada orang tu merungut lapar pulak…” katanya sambil
mengerling ke arahku. Aku mengerutkan kening buat-buat tidak mengerti.
“ Siapa
pulak yang lapar ni? Perut akak boleh tahan lagi lah..Kamu ni ada-ada je lah..”
Rungut Kak Tiha.
“ Bukan Kak
Tiha la yang lapar..Tu ha , orang kat sebelah akak tu .Dari tadi merungut
lapar…” Hafiz tersengeh.
“ Mana ada.
Aku tak cakap apa-apapun. Hafiz tu pandai je la buat cerita!” Marahku. Hafiz
tergelak kecil.
“ Aik, tak
nak mengaku pulak…Tadi cakap nak kuih bangkit la, lepat pisang la, kuih bulan
la..sekarang tak nak pulak?” Sakat Hafiz. Aku mencebik.
“
Eii..pandailah kau tipu ye…tak pernah aku cakap macam tu tau!”
“ Tak
apalah , tak nak mengaku sudah. Yang pasti, sekarang awak kena habiskan kuih ni!”
“ Tak
mahu!”
“ Lah..dah
order tu tak nak lah pulak…Ke nak saya suapkan?” Soal Hafiz selamba. Dia
mencapai sebiji kuih tart dalam plastik itu dan cuba menghalakan ke arah
mulutku. Aku kaget.
“ Hafiz..aku
tak nak lah!” Marahku.
“
Ala..makan la sikit..” Kuih Tart tu dihalakan ke arah mulutku .Semakin lama semakin
dekat , aku cuba mengelak.
“ Aku kata
tak nak, tak nak lah!”
“ Hafiz!
Dah-dah la tu…kesian kat Kristina. Kalau dia tak nak tak payah la paksa…”
Sampuk Kak Tiha yang dari tadi tertawa melihat keletah kami berdua.
“ Betul tu.
Kalau orang dah tak nak tu , jangan lah paksa!” Aku menyokong kata-kata Kak
Tiha.
“ Yelah…yelah.Kalau
tak sudi tak apa.Biar saya je yang makan semua ni..” lagak Hafiz seperti
merajuk.
“ Amboi
Hafiz, yang kamu ni kan dari mengacau Kristina kat dapur baik kamu pergi baiki
paip belakang rumah tu. Rosak dari semalam lagi…” Kak Tiha cuba mengalih topik.
Aku tersenyum puas sambil mengangguk-angukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata
Kak Tiha.
“ Hish akak
ni, kalau ye pun bagi lah saya rehat sekejap. Penat lah..” Rungut Hafiz.
“ Haii,
yang kamu datang mengacau Kristina tak penat pulak. Ada-ada je la kamu ni
Hafiz…”
“ Kalau
dengan Kristina, tak apa kak…” Hafiz tersengeh lagi. Pipiku tiba-tiba membahang
panas.
“
Ngada-ngada..” Jawabku sepatah setelah lama berdiam-diri.
“ Saya
ngada-ngada dengan awak je…” Jawabnya sambil mengeyitkan mata kepadaku.
“ E’eh
budak ni. Pergi main jauh-jauh. Jangan nak menggatal…Kami nak start masak
ni…nanti kan kalau lambat makan, ada orang tu bising pulak…” aku tertawa
mendengar kata-kata Kak Tiha. Wajah Hafiz berubah menjadi masam mencuka, tidak
puas hati dengan arahan Kak Tiha. Aku menyembunyikan senyum.
“ Ye lah..
ye lah..Nanti kita solat maghrib & isyak sama-sama lagi ye…” Kata Hafiz.
“ Yer….”
Jawab Kak Tiha sepatah. Hafiz perlahan-lahan melangkah meninggalkan kami. Dia
sempat menjeling ke arahku sambil tersenyum manis. Aku melarikan pandangan dari
bertembung dengannya.
Sungguh aku malu dengan situasi seperti ini. Jiwa
wanitaku berkocak hebat setiap kali pandangan kami bertautan .Aku tidak pasti
perasaan apakah ini? Namun, aku cuba cepat-cepat padamkan perasaan itu. Aku tidak
mahu tenggelam dengan perasaan sendiri.
###################################
Hari ini
aku keluar berjalan-jalan di sekitar kampung bersama Hafiz . Dia yang iya-iya
mengajak aku keluar. Katanya selama aku di kampungnya, aku asyik berkurung
sahaja di dalam rumah. Lagipun luka di bahu kiriku sudah semakin pulih.
Kesakitan semakin lama semakin kurang. Tubuhku sedikit demi sedikit beransur
kuat kembali namun pergerakan bahuku masih lagi terbatas . Pejam celik,
rupa-rupanya sudah hampir sebulan aku terdampar di kampung yang aku tidak tahu
namanya. Namun suasananya agak berlainan dengan bandar Kuala Lumpur yang
sentiasa sibuk dan bingit dengan keriuhan kota. Di sini suasananya agak
menenangkan jiwa dengan pohon-pohon yang menghijau dan udara yang cukup segar. Penduduknya
pun tidak lah berapa ramai. Mereka semua sangat ramah denganku walaupun mereka
baru sahaja mengenaliku hari ini. Ternyata kehadiranku sedikitpun tidak
menganggu perhatian mereka.
“
Kristina..” Sapa Hafiz tiba-tiba.
“ Ye..”
sahutku.
“ Kenapa
dari tadi saya tengok awak diam je..ada masalah ke?” Soalnya.
“ Tak ada
apa-apalah..aku suka dengan kampung ni..” Jawabku ringkas.
“
Yeke..kalau macam tu awak tinggallah lama sikit kat sini..”
“
Erm..tengoklah dulu macam mana..Rasanya dah lama aku kat sini. Aku takut
menyusahkan kau dan Kak Tiha kalau aku terus tinggal kat sini..” Jawabku jujur.
Malas mahu berselindung.
“ Ish mana
ada menyusahkan. KamI lagi suka kalau awak kat sini. Paling kurang awak boleh
temankan Kak Tiha kalau saya tak ada…” Kedengaran ikhlas kata-kata yang
dituturkan oleh Hafiz.
“ Betul ni?
Bukan senang tau nak jaga aku…” Kataku sekadar berseloroh.
“ Eleh,
susah apanya…badan awak kecik jek. Kalau awak jatuh, senang je saya nak
dukung…” Jawab Hafiz sambil tersenyum.
“ Heh kau
ni..ke situ pulak ek…” Kataku. Aku tergelak kecil. Lucu dengan kata-kata Hafiz
. Namun, jauh di sudut hatiku amat menyenangi kehadiran Hafiz dalam hidupku.
Setiap kali aku berbicara dengannya, pasti ada perasaan halus yang cukup membuatkan
jiwa kecilku bergetar. Kadang-kadang aku keliru, kenapa aku rasa begitu? Tidak
pernah sebelum ini aku berasa seperti itu. Tapi, aku suka.
“ Awak…”
Panggil Hafiz lagi.
“ Ye..apa
lagi?”
“ Awak tak
pernah ada boyfriend ke?” Soalnya teragak-agak.
“ Apa?
Boyfriend?!” Terkejut aku bila Hafiz menyoal tentang itu. Sungguh tidak masuk
akal.
“
Ye..boyfriend a.k.a teman lelaki? Ada?” Dia mengulangi soalan itu. Aku
tergelak.
“ Hafiz,
kau ni luculah. Aku tak pernah ada boyriend. Dalam hidup aku tak pernah
terfikir pun nak ada boyriend. Buang masa je lah!” Jawabku selamba. Aku
menyambung gelakku.
“ Kalau
sekarang, awak masih tak terfikir soal nak ada boyfriend?” Soalnya tidak puas
hati.
“ Tak..”
“ Kalau
pasal kahwin pun awak tak terfikir?”
“ Tak..”
“ Kalau
saya jadi suami awak, awak tak terfikir jugak?”
“ Tak..”
Aku terdiam seketika mendengar soalannya yang terakhir. Tawaku mati .Tiba-tiba
hatiku rasa berdebar-debar.
“
Kejap..kejap. Apa kau cakap tadi? Boleh kau ulang sekali lagi?” Soalku tidak
mengerti. Mana tahu aku salah dengar tadi.
“ Saya
tanya awak..awak tak pernah terfikir ke yang saya akan jadi suami awak?” Hafiz
mengulangi soalan itu dengan bersungguh-sungguh. Darah panas tiba-tiba menyerbu
mukaku sebaik sahaja dia menghabiskan tutur katanya. Aku terdiam seketika.
“ Apa
maksud kau?” Soalku lagi.
“
Kristina…” Panggilnya lembut.
“ Erm…”
Sahutku. Saat ini pandangan Hafiz jatuh
dalam ke dalam anak mataku. Aku menelan air liur. Jantungku seperti mahu pecah.
Apa dah berlaku ni?
“ Kalau
awak sudi, boleh ke saya jadi suami awak?” Aku terpana mendengar kata-kata
Hafiz. Aku bermimpi ke?
“
Err..Hafiz. Kau ok ke tak ni? Kau jangan main-main dengan aku…” kataku cuba
menenangkan jiwaku yang sedang berkocak hebat. Aku yakin, Hafiz cuma bergurau!
“
Kristina..saya tak main-main. Saya betul-betul nak jadi suami awak…Saya nak
jaga awak sampai akhir hayat saya..Saya nak bimbing awak jadi isteri solehah
satu hari nanti..Saya betul-betul cintakan awak…” sayu Hafiz menuturkan
kata-katanya. Aku termangu.
“Hafiz..aku
tak boleh terima semua ni..” Aku menggelengkan kepala tidak percaya. Mana
mungkin aku kahwin dengan Hafiz.
“Kenapa?
Beritahu saya kenapa? Saya kena tahu sebabnya..” Hafiz seakan tidak berpuas
hati dengan jawapanku.
“ Sebab aku
tak layak untuk kau…” jawabku sebak.
“ Tak
layak? Maksud awak?” Soalnya tidak mengerti. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“ Aku bukan
perempuan baik. Aku bukan lagi gadis suci . Aku tak mampu nak jadi isteri
solehah macam kau nak. Baik kau lupakan sajalah niat kau tu…Cari perempuan yang
lebih baik dari aku…” Jawabku jujur. Aku yakin inilah jawapan yang terbaik
untuk Hafiz walaupun hatiku berkocak hebat ingin menerima lamaran Hafiz. Namun,
aku tidak mahu Hafiz menanggung dosa-dosa silamku hanya kerana aku isterinya.
Hafiz terlalu baik untuk orang seperti aku.
“ Kristina..awak
silap. Cinta saya cuma pada awak. Saya sanggup terima awak walau macam mana
sekalipun. Saya tak pernah silap dengan niat saya…” Kata Hafiz lembut. Nafasku
semakin sesak.
“ Betul kau
boleh terima aku?”
“ Ye..saya
akan terima awak seadanya kalau awak sudi jadi isteri saya..”
“ Kau boleh
terima aku walaupun aku pernah kena rogol dengan ayah aku sendiri? Walaupun aku
pernah bunuh ayah aku dan ramai orang? Walaupun aku pernah terlibat dengan
perniagaan dadah?” Soalku bertalu-talu. Kelihatan Hafiz begitu terkejut dengan
soalanku. Dia tiba-tiba terdiam tidak terkata. Hatiku terasa perit.
“ Kau tak
boleh terima kan? Aku kotor Hafiz…Aku terlalu banyak buat dosa. Aku bukan
perempuan baik untuk kau. Kau pernah cakap dengan aku kan? Perempuan yang baik
hanya untuk lelaki yang baik macam kau. Perempuan yang jahat hanya untuk lelaki
yang jahat. Tapi aku jahat..aku tak layak untuk kau…” Jawabku sayu. Entah
mengapa aku begitu sebak apabila menuturkan kata-kata itu. Namun, air mata yang
bergenang di kelopak mataku aku tahan. Aku tidak mahu kalah dengan perasaanku
sendiri.
“ Awak
silap kristina…” Akhirnya Hafiz bersuara setelah lama berdiam diri.
“ Apa yang
silap? Kau memang tak boleh terima aku kan? Mengaku jelah Hafiz!” Marahku.
Wajah Hafiz kelihatan tegang.
“ Saya
boleh terima awak yang sekarang. Tak kisah la apa dosa awak selama ini sebab
saya pernah buat dosa jugak. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Yang
penting saya tetap cintakan awak. Saya benar-benar ikhlas nak jadikan awak
permaisuri hidup saya…Sejak pertama kali saya jumpa awak kat depan seven eleven
tu, hati saya kuat mengatakan yang awak jodoh saya. Saya bertekad, satu hari
nanti kalau saya jumpa awak balik, saya akan didik awak, ubah awak supaya jadi wanita
yang solehah . Hari-hari saya doa pada Allah supaya saya dipertemukan dengan
awak lagi. Dan..Alhamdulillah akhirnya saya jumpa awak kat kampung saya
sendiri. Sebab tu, saya nak awak jadi isteri saya yang sah supaya saya dapat
bimbing awak…” kata Hafiz dengan panjang lebar. Aku terkesima. Duniaku seperti
berhenti berputar seketika. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya tumpah
jua membasahi pipiku. Sungguh aku tak percaya dengan apa yang aku dengar
sekarang. Begitu ikhlaskah cinta Hafiz padaku?
“ Sudikah
awak jadi isteri saya?” Soalnya lagi.
“
Hafiz..aku..aku…” Aku teragak-agak untuk membuka mulut. Tidak tahu apa yang aku
perlu katakan sekarang.
“
Kristina..tak apalah kalau awak tak dapat beri jawapan sekarang. Awak fikirlah
dulu. Saya tak kan paksa awak. Tapi saya yakin Allah dah tetapkan jodoh saya
dengan awak…” Hafiz lebih pantas memintas. Aku terdiam lagi. Aku kehilangan
kata. Aku langsung tidak sangka yang Hafiz sudah lama menaruh hati padaku. Ya
Allah…layakkah aku untuk dia? Aku sebenarnya malu sangat dengan dosa silamku
yang tidak terbendung. Aku rasa terlalu jauh diriku jika dibandingkan dengan
Hafiz. Ya Allah..apa yang perlu aku buat sekarang. Engkau berikanlah petunjukmu
kepada hambaMu ini Ya Allah…
##################
Aku
termenung di balkoni rumah Hafiz. Aku memandang langit. Gelap. Tiada lagi
cahaya bulan purnama yang indah. Malam ini kelihatan sungguh kelam seperti
memahami jiwaku yang sedang berkecamuk. Kata-kata Hafiz petang tadi benar-benar
membuatkan jiwaku kacau. Apakah aku juga menyintainya seperti dia menyintaiku?
Perlu ke aku terima lamarannya? Aku buntu. Pelbagai persoalan dan kemungkinan
bermain di fikiranku. Sungguh tak pernah terfikir dalam kamus hidupku untuk
berkahwin atau mempunyai suami. Trauma yang aku alami akibat perbuatan terkutuk
ayahku membuatkan hatiku benar-benar tertutup untuk mana-mana lelaki. Bagiku
lelaki semuanya sama ! Semuanya menganggap golongan wanita sebagai simbol seks
dan golongan yang lemah. Tapi, Hafiz lain. Hafiz tidak seperti lelaki lain.
Itulah yang membuatkan hatiku sering terusik. Aku suka pada kelembutan tutur
katanya yang penuh berhikmah dan sikap tanggungjawab yang ada pada dirinya.
Hafiz dan Kak Tiha seperti sudah sebati dalam jiwaku. Mereka dua beradik
seperti sangat menyayangiku seperti keluarga mereka sendiri. Selama aku hidup,
inilah pertama kali aku merasakan seperti mempunyai sebuah keluarga. Aku
bahagia sangat. Kalau boleh, aku tidak mahu kebahagiaan ini berakhir.
“
Kristina…masuklah dalam..sejuk di luar tu..” Sapa Kak Tiha . Aku berpaling ke
arahnya. Aku tersenyum hambar.
“ Tak
apalah kak..saja nak ambil angin kat luar sekejap..” Jawabku bersahaja.
“ Kakak
tengok Kristina macam ada masalah je. Tak nak kongsi dengan akak ke?” Soal Kak
Tiha ingin tahu.
“ Tak ada
apa-apalah kak. Saya ok je…”
“ Betul ke
ni?” Soal Kak Tiha seperti tidak percaya.
“ Betul
kak..saya ok lah…Hafiz mana kak? Dari tadi tak nampak…” Aku cuba mengalih topik
perbualan.
“
Owh..Hafiz dia pergi kenduri tahlil kat kampung sebelah. Mungkin lambat sikit
dia balik hari ni..” Jawab Kak Tiha.
“ Owh
yeke..” Aku mengangguk-angguk. Patutlah tak nampak dia sejak pulang dari
jalan-jalan petang tadi. Aku ingatkan dia marahkan aku.
“
Kristina..” Panggil Kak Tiha lembut.
“ Ye kak..”
sahutku. Kak Tiha merapatiku dan duduk bertenggek di balkoni di sebelahku.
“ Hafiz ada
beritahu Kristina apa-apa ke?” Aku tersentak bila Kak Tiha tanya begitu.
“ Beritahu
pasal apa kak?” Soalku tidak mengerti.
“ Pasal dia
nak nikah dengan Kristina…dia tak beritahu?” Aku terkedu. Macam mana pulak Kak
Tiha boleh tahu ni?
“
Err..ada…” Jawabku teragak-agak.
“ Jadi,
kamu terima lamaran dia?” Soal Kak Tiha lagi. Aku menelan air liur. Apa yang
perlu aku jawab ni. Dahla aku memang tengah serabut pasal ni sekarang.
“ Entahla
kak…” Jawabku ringkas. Tidak tahu mahu jawab macam mana.
“
Kristina..akak harap kamu terima la Hafiz. Akak suka sangat kalau dia kahwin
dengan kamu. Lagipun dia tu bukannya muda lagi…” Kata Kak Tiha penuh berharap.
Aku mengetap bibir. Rasa serba salah pulak.
“ Tapi
kak..saya belum bersedia…”
“ Tak
apalah, kamu ambil lah masa fikir. Tapi akak mahu yang terbaik untuk kamu
berdua. Lagipun tak manislah tengok kamu pergi mana-mana berdua-duaan tanpa
ikatan yang sah. Takut orang kampung bawak mulut je..” Sambung Kak Tiha lagi.
“ Kak Tiha…sebenarnya
saya takut…”
“ Takut
pasal apa pulak?”
“ Saya
takut tak dapat bahagiakan Hafiz. Kalau dia tak bahagia, mesti akak pun akan
susah hati. Saya tak layak untuk dia kak..” Akhirnya aku meluahkan segala yang
terbuku di hatiku.
“
Kristina..jangan lah cakap macam tu. Akak kenal sangat adik akak tu. Dia tak
pernah tipu perasaannya. Kalau dia cakap dia suka Kristina, memang betul lah
tu. Hafiz tak pandai nak main sorok-sorok…Akak yakin Kristina betul-betul layak
untuk jadi isteri dia…” Jawab Kak Tiha sambil tersenyum. Bahuku diusap lembut.
Kata-kata Kak Tiha sedikit sebanyak menenangkan hatiku.
“ Saya rasa
Hafiz terlalu baik lah untuk orang macam saya Kak..saya banyak buat dosa..”
kataku sayu.
“ Akak
faham Kristina. Soal dosa pahala itu kita serah pada Allah. Mintak ampun
dariNya. Hafiz pun dulu bukan macam sekarang. Dia pun banyak buat dosa jugak
dulu tapi Alhamdulillah sekarang dia dah insaf. Sama-samalah kita bertaubat ye…”
pujuk Kak Tiha. Aku begitu sebak mendengar perkataan ‘taubat’ di situ.
“Yang
penting sekarang akak nak tengok Hafiz dan Kristina bahagia hidup bersama..
Akak harap Kristina boleh jadi adik ipar akak..Kak Tiha sayang Kristina macam
akak sayang Hafiz.. Akak dah tak ada orang lain dah selain Hafiz. Kalau Hafiz
bahagia, akak pun bahagia jugak. Jadi, akak mintak tolong sangat-sangat dengan
Kristina..tolong jangan kecewakan Hafiz ye…” Kak Tiha memujukku lagi. Aku
semakin terharu. Ya Allah, mulianya hati Kak Tiha. Tidak sangka dia merestui
hubungan aku dengan Hafiz selama ini dengan hati terbuka.
“ InsyaAllah
kak…” jawabku ringkas. Melihat kesungguhan Kak Tiha untuk aku menjadi isteri
Hafiz betul-betul membuatkan aku serba salah. Namun, aku yakin, apa yang Kak
Tiha katakan itu benar belaka. Hafiz adiknya, dia lagi masak dengan hati dan
perasaan adiknya. Sedikit sebanyak, keyakinanku untuk menerima lamaran Hafiz
semakin tinggi. Tapi, apa-apapun aku mesti meminta petunjuk dari Allah. Aku
akan buat solat istikharah seperti yang Hafiz pernah ajar aku. Jika benarlah
Hafiz adalam jodohku, aku akan terima dengan hati terbuka. Tapi sekiranya
bukan, apa aku nak buat? Aku keliru lagi.
#######################
“
Assalamualaikum Kristina…” sapa Hafiz. Aku memandangnya sekilas. Kelihatan dia
begitu segak dengan baju melayu serba putih siap dengan samping dan bersongkok
. Dia mendekati aku perlahan-lahan.
“
Waalaikumussalam..” jawabku malu-malu. Sungguh indah perasaanku ketika ini.
Baru beberapa minit yang lalu kami selamat diijabkabulkan. Akhirnya aku akur
dengan ketentuan Allah bahawa Hafizlah jodoh aku. Aku menerimanya dengan penuh
terbuka hati. Walaupun pernikahan kami hanya dilakukan secara kecil-kecilan,
namun kami cukup gembira. Aku yakin aku akan kekal bahagia bersamanya.
“ Sayang
sihat?” Soalnya lembut sambil mengucup dahiku. Kehangatan kucupannya cukup
meggetarkan jiwaku.
“ Aku sihat
je..kau..” Jawabku acuh tak acuh.
“ Bukan
‘kau’ la..panggil je abang…Kan lagi sedap bunyinya…” Aku tersenyum kecil.
Janggalnya rasa.
“ Baiklah
abang…” kataku teragak-agak.
“ Macam tu
la sayang…macam mana perasaan sayang sekarang?”
“ Perasaan
macam mana tu?” Soalku tidak mengerti.
“
Yelah..perasaan jadi isteri abang.. Bukan senang tau nak kahwin dengan abang…”
“ Rasa
biasa je..tak ada apa-apa yang menarik pun..” aku cuba berbohong. Namun, jauh
di sudut hatiku berasa bahagia kerana dapat berada di samping Hafiz untuk
selama-lamanya. InsyaAllah..
“ Haii..tak
kan rasa biasa je..Tak rasa luar biasa?” Soal Hafiz lagi.
“ Tak
pun..”
“ Tipu
abang ye…”
“ Lah..Tina
cakap betul lah..” Aku merungut.
“ Tina?
Hurmm sedap jugak panggil macam tu…Tina..” Hafiz bergurau lagi. Aku ketawa
kecil.
“ Memang
dari dulu nama manja Tina macam tu..kenapa tak percaya?” Soalku manja.
“ Of course
la abang percaya…Tina…” panggilnya lagi.
“ Ye
abang…”
“ Terima
kasih banyak-banyak…” Matanya redup memandangku.
“ Sebab ?”
Soalku tidak mengerti.
“ Sebab
sudi jadi isteri abang yang sah..dah lama abang tunggu saat ni..” Ikhlas dia
menuturkan kata.
“ Tina pun
nak ucap terima kasih…”
“ Sebab?”
Soalnya pula.
“ Sebab
sudi terima Tina sebagai isteri abang walaupun Tina banyak kekurangan. Tina
janji akan jadi isteri abang yang solehah hingga ke syurga…” janjiku ikhlas.
“ Amin..insyaAllah…Abang
nak mintak satu benda boleh?” Aku mengerutkan kening mendengar soalannya.
“ Apa dia?”
“ Boleh tak
lepas ni, sayang pakai tudung. Sayang lagi cantik kalau pakai tudung. Nampak
ayu sangat…” katanya sambil mengusap lembut pipiku. Aku terpana.
“
InsyaAllah abang…mulai hari ni Tina akan patuh pada segala suruhan abang…Tina
harap abang sentiasa bimbing Tina ke jalan lurus ye…” kataku penuh syahdu. Rasa
terharu menular dalam hatiku.
“ InsyaAllah…”
Jawabnya sambil tersenyum manis. Aku turut tersenyum. Pandangan kami bertautan.
Lama. Aku sungguh bahagia kini. Sesungguhnya inilah nikmat perkahwinan yang
Allah janjikan dalam Islam. Aku berharap kebahagiaan ini akan berkekalan hingga
ke syurga.
########################
Setahun
Berlalu….
“
Sayang…tak siap lagi ke?” Sayup-sayup kedengaran suara suamiku memanggil
namaku.
“ Kejap
abang…Tina tengah bersiap lah ni. 5 minit lagi..” Jawabku kelam kabut. Aku
cepat-cepat memakai tudungku.
“ Ok. Cepat
sikit tau. Nanti kita lambat pulak nak pergi kerja…” Suara suamiku bergema
lagi.
“ Ye…Tina
tahu…” Aku merengus geram. Hish suami aku ni tak sabar-sabar. Usai menyiapkan
diri, aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan
suamiku sedang menunggu di meja makan.
“ Hah ,
itupun dia. Lambatnya isteri abang bersiap. Mengalahkan mak datin…” kata
suamiku separuh berseloroh. Aku mencebik.
“ Ala abang
ni…soryla lambat sikit. Abang kan tahu perut Tina meragam pagi ni. Entah apa la
Tina makan semalam ye sampai jadi macam ni…” kataku sambil mengusap perutku
yang masih memulas. Masuk kali ni sudah 4 kali aku pergi ke tandas.
“
Entah-entah kamu mengandung tak?” Kak Tiha tiba-tiba menyampuk. Mataku
membulat.
“ Ish akak
ni! Mana ada..baru 2 minggu lepas saya datang period kot. Tak kan mengandung
pulak…” jawabku menangkis andaian Kak Tiha.
“ E’eh mana
tahu…ada jugak orang mengandung walaupun baru habis period tau…Nanti kamu cek
la kat klinik..” kata Kak Tiha lagi. Aku ketawa kecil.
“ Apa la
Kak Tiha ni..tak kan la saya masuk dalam golongan tu. Tak masuk akal lah..”
protesku.
“ Betul
jugak cakap Kak Tiha tu. Nanti abang bawak sayang pergi klinik ye…” Sampuk
Hafiz.
“ Lah, tadi
kata dah lambat nak pergi kerja..”
“ Hari ni
tak kerja lah..” jawab Hafiz selamba. Baru aku perasan dia hanya memakai
t-shirt dengan seluar jeans. Aku memandangnya hairan.
“ Abang tak
nak pergi kerja ke hari ni? Tadi iye-iye suruh Tina bersiap cepat-cepat. Ni
tengok, dia pun belum siap lagi!” Marahku. Hafiz sekadar tersengeh. Hatiku
panas.
“
Sayang…dah lupa ke..hari ni kan hari Sabtu. Mana kerja…” jawabnya seraya
mentertawakanku. Aku memandang jam tanganku cepat-cepat. A’ah la hari sabtu.
Kak Tiha turut ketawa.
“ Ala abang
ni! Kenapa tak beritahu Tina awal-awal! Penat je Tina bersiap tau!” Rengusku.
Mukaku masam mencuka.
“ Alah, tak
apala..Abang suka tengok Tina macam ni. Cantik. Tak apalah sekali-sekala bersiap cantik-cantik untuk abang kan?” Kata
Hafiz lembut. Aku masih marah.
“ A’ah
Kristina…cantik kamu pakai macam ni. Tak apalah..alang-alang dah siap tu,
biarlah Hafiz bawak kamu pergi klinik…” Kak Tiha menyampuk. Hafiz mengangguk mengiyakan
kata-kata Kak Tiha sambil tersenyum lebar. Aku menghadiahkan padanya jelingan
tajam.
“ Buat apa
kak..saya ok la..perut meragam sikit je ni..” Aku membantah.
“ Pergila
cek sama ada kamu mengandung ke tak? Mana tahu tekaan akak betul…” Jawab Kak
Tiha sambil tersenyum.
“ Tak perlu
lah kak..betul kak..saya ok je la.Tak kan ada apa-apapun…” Aku membantah lagi.
“ Jomla
sayang..lepas pergi klinik, kita pergi shopping ye..” Pujuk Hafiz.
“ Tak nak
lah!”
“ Ala
sayang abang jangan merajuk, kang abang cium kan susah pulak…” sakat Hafiz
lagi.
“ Tak nak!”
Marahku.
“
Dah..dah..korang berdua ni, pagi-pagi lagi dah nak bergaduh. Daripada kamu
bergaduh baik kamu makan mee goreng akak ni. Nanti kalau dah sejuk tak sedap
pulak…” Kata Kak Tiha. Aku akur. Dengan wajah yang masih masam mencuka, aku
menarik kerusi dan duduk di sebelah Hafiz. Dia masih ketawa kecil. Suka la tu
dapat mengenakanku sebentar tadi!
Sebenarnya
kini aku berada di bandaraya Kuala Lumpur. Hafiz membawa aku dan Kak Tiha
berhijrah pulang ke kota untuk mencari pekerjaan di sini demi menyara hidup
kami. Berkat kesungguhan kami, akhirnya aku dapat bekerja sebagai kerani dan
Hafiz sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Walaupun gaji kami tidak lah selumayan mana, tapi jumlah gaji kami berdua
cukuplah untuk menampung kehidupan kami bertiga di sini.
########################
Hatiku
berbunga riang. Duniaku seperti penuh dengan warna-warni. Tubuhku terasa
seperti mahu terbang. Alhamdulillah, berkat doa kami suami isteri, akhirnya aku
disahkan positif mengandung 5 minggu. Aku langsung tidak sangka kerana tidak
silap aku baru 2 minggu lepas aku datang period tapi itupun cuma 3 hari. Tidak
seperti bulan-bulan sebelumnya yang biasanya paling kurang 6 hari. Namun, aku
dan Hafiz cukup gembira dengan berita yang kami tunggu-tunggu selama ni.
Pulang dari
klinik, aku meminta Hafiz singgah sekejap di supermarket tidak jauh dari
rumahku untuk membeli barang-barang dapur. Aku minta Hafiz menunggu di dalam
kereta kerana aku singgah sekejap saja di sini. Sedang aku keluar dari
supermarket tersebut dengan membawa beg-beg plastik berisi barangan dapur,
tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang. Lelaki. Barang dalam genggamanku
terlepas. Aku merengus geram. Siapa pulak yang langgar aku ni? Aku berpaling ke
arah lelaki itu.
“
Kristina??” kata lelaki itu. Dia terkejut melihatku. Aku turut terkejut.
“ Tony?”
Soalku. Mulutku sedikit ternganga. Langsung tidak pernah terfikir akan berjumpa
musuh lamaku di sini.
“ Lu masih
hidup rupanya…” katanya sinis. Riak wajahnya beransur tenang.
“
Ye..memang aku masih hidup. Jadi, kenapa lah?” soalku kembali. Sinis. Dia
tersenyum sumbing. Satu-persatu kisah lampau aku dengannya menerjah ke ruang
benakku.
“
Bagus..bagus..Mana lu pergi selama ni? Wahh banyak berubah ye lu sekarang..tak
sangka..” kata-kata sinisnya membuatkan hatiku tiba-tiba merasa panas. Aku
menjelingnya tajam.
“ Aku pergi
mana, itu bukan urusan kau. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan kau!”
Jawabku kasar . Aku cuba mengorak langkah untuk pergi dari situ namun Tony
lebih pantas menghalang,
“
Wait..wait…Lu tak nak jumpa abang Bob ke? Dia rindu sangat kat kau tu..”
katanya lagi.
“ Buat
pengetahuan kau, aku dah tak nak masuk campur urusan Abang Bob. Aku dah tak nak
buat kerja-kerja haram tu. Kau kirim salam je lah dengan dia!” Rengusku.
Sumpah, aku tak mahu lagi melibatkan diri dengan kumpulan Mario. Aku sudah
insaf.
“ Wow!
Nice…kiranya lu dah insaf la ? Kristina mahu jadi muslimah sejati tu beb!!
Memang tabik spring ar..” Perlinya. 2
orang pengikutnya di belakang ketawa sinis. Panas hatiku semakin membara.
Kurang ajar!
“ Suka hati
aku lah nak jadi apa. Tak ada kaitan dengan kau ok! Ke tepi! Aku nak balik!”
Gertakku. Namun mereka masih mentertawakanku.
“
Kristina!” Tony tiba-tiba memegang lenganku kasar.
“ Hoi Tony!
Lepaskanlah! Kau jangan berani nak sentuh aku!” Aku mengeraskan suaraku sambil merentap
kasar lenganku . Pegangannya terlepas.
“ Hei
betina! Lu jangan ingat lu berubah macam ni lu boleh terlepas dari gua! Lu
memang pembelot! Lu tahu kan apa akibatnya kalau Abang Bob tahu lu belot?!”
Sergah Tony. Giliran aku pula ketawa sinis.
“ Ye..aku
tahu. Aku akan mati kan?” Soalku sinis.
“
Haaa…pandai pun. Jadi, lu kena melutut dengan gua sekarang! Kalau tak, gua kasi
tahu sama Abang Bob..” kata Tony lagi membuatkan telingaku semakin panas.
“ Hei Tony!
Kau jangan mimpilah! Nyawa aku bukan di tangan Abang Bob atau kau! Hidup mati
aku Allah yang tentukan…baik korang bertaubatlah sebelum terlambat!” Gertakku.
Nafasku turun naik menahan amarah. Tony dan pengikutnya ketawa lagi dan kali ni
lebih kuat.
“
Hahaha..Ustazah Kristina la ni…Weyh..boleh blah la!!” Kata Tony dengan tawa
yang masih tersisa. Aku semakin berang. Kalau ikutkan nak je aku tumbuk muka
mamat ni tapi kesabaranku masih kuat. Aku mesti teguh iman. Aku seharusnya
tidak kalah dengan nafsu amarahku kali ini. Aku tidak mahu lagi melibatkan diri
dalam sebarang pertarungan.
“
Tony…sudah la. Kalau aku ada buat salah dengan kau dulu..Aku minta maaf. Tapi
aku mintak tolong kau sangat-sangat..Tolong jangan ganggu hidup aku lagi…” Aku
merayu. Suaraku sedikit mengendur . Aku harap mereka boleh terima rayuanku.
Namun aku silap, ketawa mereka semakin kuat bergema. Aku mengetap bibir.
“
Kristina..Kristina…Lu ingat lu boleh terlepas macam tu je? Ni, parut yang lu
bagi kat perut gua masih ada lagi tau! Gua tak kan puas selagi lu tak mampus!
Sepatutnya gua tembak lu sampai mampus hari tu…gua tak patut lepaskan lu! ”
Katanya berbaur dendam. Hatiku mula terdetik sesuatu.
“ Owh jadi,
kau lah yang rancang nak tembak aku dengan Michael?” Soalku menduga.
“ Yes ! So,
lu mahu buat apa? Bunuh gua? Cubalah kalau berani!”” Katanya sambil ketawa
terbahak-bahak. Sabarku kian menipis.Penumbukku aku genggam kemas. Tak guna kau
Tony! Rupa-rupanya dia yang membuatkan Michael terbunuh dan aku pula
hampir-hampir terbunuh.
“ Ehh
ustazah marah ke? Jangan la marah..kan lu dah insaf…mana boleh marah-marah..”
Tony masih tidak puas memerli ku. Sabar Kristina..sabar! Jangan kalah dengan
perasaan marah kau! Kau mesti kuat! Ingat Allah! Hatiku memujukku. Aku menarik
nafas dalam-dalam dan aku hembus kasar. Tanpa menghiraukan mereka aku
cepat-cepat mengorak langkah untuk pergi dari situ dan menuju ke arah
kereta Hafiz yang diparkir tidak jauh
dari situ. Tony cuba mengejarku tetapi nasib baiklah ada polis yang sedang
membuat rondaan di situ tiba-tiba muncul . Kalau tidak, aku pasti satu
pertarungan akan tercetus lagi antara aku dengan Tony. Sebolehnya aku akan cuba
elakkan dari bertarung dengan sesiapapun kerana aku sudah serik. Biarlah
kenangan hitamku terkubur begitu sahaja. Biarlah aku tenang dan bahagia bersama
kehidupan baruku bersama suamiku yang tercinta.
####################
“ Siapa
lelaki tadi?” Soal Hafiz yang sedang tekun memandu tiba-tiba. Aku tersentak.
Tak kan suamiku nampak pertelingkahan aku dengan Tony?
“ Lelaki
mana?” Aku buat-buat tidak mengerti.
“ Lelaki
kat depan supermarket tadi. Nampak macam gangster je..Siapa tu?” Soalnya lagi.
Wajahnya serius. Aku serba salah untuk menjawabnya.
“ Entahla
bang…Tina tak kenal…” aku cuba berbohong.
“
Sayang..tak kan dengan suami sendiri pun Tina nak tipu. Dia kawan Tina ek?” Hafiz
seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku. Ternyata tekaannya tepat!
“ Abang nak
balik terus ke lepas ni?” Soalku sekadar untuk mengubah topik perbualan.
“
Tina..boleh tak jawab soalan abang dulu?” Suara Hafiz mula mendatar. Aku
memandangnya. Wajahnya kelihatan sedikit tegang.
“Abang..sudah
la tu. Tina tak nak fikir lagi pasal tu..” Aku merungut.
“ Tapi
abang berhak tahu siapa dia?”
“ Tak
penting abang…”
“ Penting
sayang…abang tak nak dia ganggu hidup kita kelak. Abang yakin dia ada niat
jahat dengan sayang…siapa dia tu sayang?” Hafiz cuba mendesakku.Aku semakin
rimas.
“ Dia musuh
Tina…tapi dulu, dia satu kumpulan gangster dengan Tina..di bawah naungan Abang
Bob..” jawabku tersekat-sekat. Sebenarnya aku malas mahu mengungkit soal itu
lagi sekarang. Aku tak mahu ingat apa-apa lagi tentang kisah silamku.
“ Nama dia
Tony kan?” Soal Hafiz. Aku sedikit tersentak.
“ Macam
mana abang tahu?? Abang kenal dia?” Soalku ingin tahu.
“ Dia pernah
jadi partner abang jugak…Tapi itu dulu..masa abang jadi ketua samseng…” Aku
benar-benar terkejut dengan jawapan Hafiz.
“
Owh..Abang Bob pun, abang kenal?”
“ Kenal..”
jawabnya ringkas.
“ Macam
mana abang boleh kenal diorang?” Aku menyoalnya lagi. Sungguh aku tidak sangka
Hafiz juga ada kena-mengena dengan mereka. Selama ini Hafiz tidak pernah
menyentuh soal masa silamnya dengan terperinci.
“ Panjang
ceritanya sayang…tak payah la kita cerita pasal dia atau Abang Bob. Abang malas
nak fikir pasal kisah silam abang. Abang
banyak berdosa dulu…Apa yang penting sekarang abang nak sayang jauhkan diri
dari diorang. Abang tak nak apa-apa jadi pada sayang dan anak kita….Sayang faham kan maksud
abang?” Katanya lembut sambil mengusap tanganku. Aku akur.
“ Abang tak
perlu risau, Tina janji tak kan bercampur lagi dengan diorang. Tina tak nak
kebahagiaan kita tercemar sebab ni..Abang jangan risau ermm..” pujukku demi
menyedapkan hati Hafiz.
“ Baguslah
macam tu…” jawabnya sambil tersenyum. Aku turut tersenyum. Namun, jauh di dalam
hatiku berasa sedikit gusar. Aku risau sekiranya Abang Bob atau Tony serta
pengikut-pengikutnya akan memburuku setelah mereka tahu aku masih hidup. Aku
bukan risaukan keselamatan diriku, tapi aku risaukan keselamatan Kak Tiha dan
Hafiz. Aku tidak mahu apa-apa terjadi kepada mereka. Aku sayang sangat mereka.
Aku tidak sanggup kehilangan mereka berdua. Ya Allah, tolonglah lindungi kami
dari segala malapetaka dan kemudaratan…
########################
Hari ini aku
sendirian saja di rumah. Aku terpaksa meminta cuti sakit memandangkan perutku
semakin kuat memulas. Aku sudah mula mual-mual dan muntah-muntah. Badanku
sungguh lesu. Mungkin tanda-tanda mengandung semakin menampakkan diri. Entah
berapa kali aku berulang alik ke bilik air untuk memuntahkan segala isi perutku.
Seleraku benar-benar mati. Waktu ini Hafiz dan Kak Tiha pergi ke bandar sekejap
untuk membeli bahan-bahan untuk memasak. Kalau ikutkan hati , memang aku mahu
ikut tapi kerana kudratku yang sungguh lemah membuatkan aku membatalkan niatku.
Hafiz pun meminta aku berehat sahaja di rumah.
Sedang aku
asyik mengelamun, tiba-tiba kedengaran sayup-sayup orang mengetuk pintu. Kuat.
Mungkin Hafiz dan Kak Tiha dah balik. Aku segera turun ke tingkat bawah rumahku
untuk menuju ke muka pintu utama. Perlahan-lahan aku membuka kunci dan pintu
namun belum sempat aku membukanya sepenuhnya, tiba-tiba pintu itu ditolak kasar
sehingga membuatkan aku jatuh tersungkur di belakang.
Aku panik.
Kelihatan beberapa orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng sedang meluru laju
ke arahku. Aku cuba bangkit untuk melawan namun kudratku yang begitu lemah
menghalang aku untuk berbuat demikian. Lelaki itu cepat-cepat mencengkamku
kuat. Aku meronta kuat . Aku cuba merentap kasar pegangan mereka namun tidak
berjaya.
“
Hoi..lepaskan aku! Korang siapa?!” Teriakku. Aku cuba menendang lutut salah
seorang dari mereka.
“
Diamlah!!” Jerit salah seorang dari lelaki itu. Dia menghentak kasar kepalaku
beberapa kali. Tubuhku disepak kuat. Mataku terasa berpinar-pinar. Kepalaku
berpusing. Tubuhku terasa sakit sangat. Bahu kiriku yang ada parut kesan
tembakan dulu mula terasa sengal dan pedih. Ada titisan darah mula mengalir
dari celah gigi dan hidungku.
“ Tolonglah
lepaskan aku!Abang Hafiz..tolong!” Jeritku lagi namun kali ini suaraku sekadar
bergema di kerongkong. Tubuhku semakin lemah. Tiba-tiba aku merasakan tubuhku
didukung kasar dan dibawa ke arah sebuah van yang sudah menunggu di luar pagar
rumah. Kepalaku semakin berat dan berat. Kemudian, aku tidak tahu apa berlaku
seterusnya.
#####################
Aku membuka
mata perlahan-lahan. Kepalaku masih terasa berat. Belakang tengkukku terasa
sakit sangat. Pandangan mataku yang pada mulanya kabur beransur cerah . Aku
memerhatikan suasana sekelilingku. Aku bersendirian. Dalam samar , aku dapat
melihat beberapa kotak-kotak kayu buruk mengelilingiku dalam sebuah bilik yang
agak kecil. Bau hapak menusuk hidungku. Aku cuba bergerak namun pergerakanku
cukup terbatas. Aku melihat tubuhku. Tali panjang berselingkar mengikat
tubuhku, kedua-dua belah kakiku dan juga tanganku. Aku cuba menjerit tetapi
tidak boleh .Mulutku di tutup dengan plaster. Amat kuat lekatannya. Apa sudah
berlaku ni? Aku bingung. Aku cuba
mengingati apa yang berlaku tadi. Baru
aku teringat, petang tadi aku diserang oleh sekumpulan lelaki bertopeng di
rumah ku. Dan aku pengsan. Sekarang ni, aku di sini, tempat yang cukup asing
bagiku. Pendek kata, aku diculik!
Aku cuba
meronta lagi. Tali di tangan dan kakiku aku cuba kuis supaya terbuka namun
tidak berjaya. Hatiku mula berdebar-debar. Perutku terasa sakit sangat. Peluh
dingin mula membasahi tubuhku. Ya Allah..dugaan apakah ini? Tolonglah
selamatkan hambaMu ini Ya Allah..HambaMu benar-benar tidak berdaya..Tolonglah
aku Ya Allah…Aku berdoa dalam hati. Aku memperbanyakkan selawat dan istighfar.
Air mataku merembes laju. Tidak ku sangka nasibku akan jadi semalang ini.
“ Abang…”
Aku memanggil lesu di dalam hati. Saat ini aku teringatkan Hafiz. Kalau aku
ikut Hafiz pergi bandar tadi sudah tentunya aku akan selamat. Sudah pastinya
nasib malang ini tidak akan menimpaku. Namun, aku yakin pasti ada hikmah di
sebalik apa yang berlaku. Aku merintih hiba. Aku mengharapkan ada seseorang
datang menyelamatkan aku.
Tiba-tiba
aku terdengar bunyi pintu dikuak. Cahaya dari luar mula menyimbah ke dalam
bilik itu.. Kelihatan bayang-bayang seorang manusia sedang menghampiriku.
Hatiku semakin berkocak hebat. Aku dapat rasakan bahaya maut sedang
menantikanku. Manusia itu semakin hampir dan akhirnya tersembullah wajah
seorang lelaki yang tidak cukup asing lagi bagiku. Aku terkejut .Mataku
membulat. Tony?? Jadi semua ini angkara Tony?
“ Hai
Kristina, selamat berjumpa lagi…” Tony berkata sinis. Dia duduk bertinggung di
depanku. Wajahku dipandang dengan pandangan menyinga. Aku cuba membuka mulut
tetapi plaster yang terlekat kemas dimulutku menghalang.
“ Kenapa?
Lu tak sangka akan jumpa gua lagi?!” Soalnya kasar. Rambutku ditarik kasar. Aku
menyeringai kesakitan.
“ Gua sudah
cakap awal-awal sama lu..gua akan susahkan hidup lu sampai mati!” Katanya lagi.
“
Hurmmmm!!!” Aku berteriak dengan mulut tertutup. Mataku dibulatkan.
“ Owhh
marah?! Kali ni lu tak kan terlepas Kristina!” Teriakknya. Plaster di mulutku
dibuka kasar. Dan dengan spontan aku meludah kasar ke mulutnya.
“ Sial!
Lepaskan aku la bodoh!” Tengkingku. Satu tamparan hebat hinggap di pipiku
sehingga aku jatuh tersungkur. Darah pekat mengalir dari hidungku.
“ Berani lu
ludah sama gua! Lu memang nak mampuslah!!” Teriaknya. Dia menarik lagi rambut
kasar sehingga aku terduduk dan menghempaskan tubuhku pada dinding. Dan kali
ini dia mencekik ku kuat sehingga nafasku sesak. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.
Tony sekadar mentertawakanku.
“ Tony!
Jangan bunuh dia!” Tiba-tiba ada suatu suara datang menyergah. Tony segera
melepaskan cengkamannya pada leherku perlahan-lahan. Aku terbatuk-batuk. Dadaku
terasa sesak. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengembalikan peredaran nafasku.
“
Boss..bila boss sampai?” Soal Tony pada lelaki itu. Dalam kesakitan yang
teramat aku mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang baru sahaja sampai itu. Abang
Bob? Baru kali ini aku nampak Abang Bob. Tak kan Abang Bob pun terlibat sama?
“Tony!”
Jerit Abang Bob tanpa menjawab soalan Tony. Wajah Abang Bob kelihatan sungguh
bengis.
“ Ye boss…”
jawab Tony takut-takut.
“ Gua suruh
lu simpan dia di sini bukan bunuh dia!” Marah Abang Bob.
“ Tapi
boss..Kristina memang patut di bunuh! Dia pembelot boss!” Tony menekankan
kata-katanya. Aku mengetap bibir geram. Tak guna punya Tony!
“ Tapi gua
yang tentukan dia dibunuh ke tak?! Gua cuma nak bunuh Hafiz bukan Kristina! Aku
yakin dia akan datang selamatkan Kristina…kalau kau bunuh Kristina awal-awal,
nanti rancangan gua hancur! Faham!” Abang Bob membentak.
“ Baik boss!
Faham!” Jawab Tony tegas. Aku tersentak. Mahu bunuh Hafiz?? Tidak! Tidak
mungkin!
“ Abang
Bob, tolong jangan bunuh Hafiz! Bunuhla aku ! Abang Bob jangan sentuh dia!” Aku
menjerit nyaring.
“ Diam!!”
Tengking Abang Bob. Aku terdiam seketika. Dia merapatiku. Wajahnya menyinga.
Pipiku dicekup kasar.
“ Kristina,
lu memang sangat mengecewakan gua! Lu pembelot! Gua suruh lu bunuh Hafiz, bukan
suruh kahwin dengan dia!!” Tengking Abang Bob. Jiwaku kecut. Tidak sangka Abang
Bob mengetahui segala gerak geriku.
“ Tapi
Abang Bob, semua tu berlaku dengan tak disengajakan. Tony yang rancang nak
bunuh saya dulu! Masatu saya tengah cari Hafiz!” Aku cuba membantah kata-kata
Abang Bob.
“
Argghhhh!! Jangan nak bagi alasan bodoh lah! Lu ingat gua tak tahu? Lu sengaja
lari dari gua sebab tak nak bagi gua bunuh lu kan?!” Abang Bob semakin marah.
Tony menyembunyikan senyumnya. Dia kelihatan benar-benar senang hati melihat
Abang Bob menuduhku begitu.
“ Abang Bob..bukan
macam tu…” Kata-kataku kian tersekat apabila abang Bob semakin kuat mencengkam
pipiku. Perit rasanya.
“ Lu diam!
Lepas gua berjaya bunuh Hafiz dengan tangan gua sendiri, gua akan pastikan lu
mampus! Gua tak kan lepaskan pembelot besar macam lu!!”
“ Jangan
bunuh Hafiz ,Abang Bob…tolonglah…” aku merayu namun sikitpun tidak menyejukkan
hati Abang Bob. Malah rayuanku disambut dengan gelakan menghina. Air mataku
merembes laju. Aku tidak berdaya mahu buat apa lagi. Aku tidak tahulah apa
dendam Abang Bob pada Hafiz sehingga dia betul-betul tekad untuk membunuhnya. Sungguh,
aku tidak sangggup kehilangan lelaki sebaik Hafiz. Dia nyawaku, dialah idolaku. Kalau
bukan kerana dia, aku tidak akan kenal siapa Tuhanku, apa agamaku dan
peganganku. Kehadiran Hafiz membawa cahaya dalam hidupku untuk mencari keredaan
Allah. Dalam hatiku berdoa semoga Hafiz tidak datang menyelamatkanku. Aku tak
nak nyawanya melayang dengan sia-sia. Tolonglah Ya Allah…
#########################
Aku
tersedar dari tidur tiba-tiba. Kedengaran sayup-sayup orang bertumbuk di luar
bilik tempat aku dikurung. Aku mengengsot beberapa tapak ke belakang. Hatiku
yang baru beransur tenang bergolak kembali. Apa lagi yang berlaku ni? Aku
berdoa banyak-banyak pada Allah supaya tiada apa-apa berlaku padaku kali ini. Bunyi
tumbukan semakin kuat sepertinya begitu hampir denganku. Dadaku seperti mahu
pecah. Aku takut Abang Bob dan Tony akan datang membunuhku. Aku cuba meronta
dan menguis kaki dan tanganku untuk membuka ikatan tali yang agak kemas namun
masih tidak berjaya. Aku hampa..Ya Allah, tolonglah aku…kalau ditakdirkan
nyawaku setakat ini sahaja, aku redha Ya Allah..tapi tempatkanlah aku di
kalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Aku berdoa di dalam hati.
Tiba-tiba
kedengaran pintu bilik itu ditendang kuat. Aku menjerit ketakutan. Aku bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Aku memejamkan mata rapat-rapat . Selawat dan
istighfar tidak putus-putus meniti dari bibirku.
“
Kristina!” Laung lelaki di hadapanku. Suaranya seperti…
“ Abang
Hafiz!!” Jeritku kuat. Kelihatan Hafiz sedang berdiri di hadapanku. Dia
cepat-cepat mendapatkanku lantas membuka ikatan di pergelangan tangan dan
kakiku.
“
Abang..kenapa datang?” Soalku cemas. Aku takut tiba-tiba Tony dan Abang Bob
muncul di situ.
“ Abang
datang selamatkan Tina la ni…Cepat Tina! Kita pergi dari sini!” Bisiknya .
Hafiz membantu aku untuk bangkit. Kudratku begitu lemah kini. Perutku semakin
kuat memulas. Tiba-tiba aku rasakan ada darah merah pekat mengalir dari celah
kangkangku.
“ Abang!
Darah!” Aku menjerit kecil .Mataku dihalakan kepada kainku yang basah dengan
darah. Hafiz turut menyoroti pandanganku.
“ Ya
Allah..kenapa ni? Sayang ok ke ni? Boleh jalan?!” Soal Hafiz panik.
“
Abang…Tina tak boleh jalan. Sakit! Baik abang pergi dari sini! Nanti Tony dan
Abang Bob akan bunuh abang..” Kataku sayu.
“ Tidak
sayang! Abang tak kan biarkan sayang kat sini..abang mesti bawak sayang keluar
dari sini!” Tegas Hafiz.
“ Tapi
abang…Tina..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Hafiz lebih pantas
mendukungku di belakangnya.
“ Paut bahu
abang kuat-kuat…jangan banyak cakap.” Tegasnya lagi. Aku akur. Bahunya ku paut
kemas. Manik jernih mula mengalir dari tubir mataku. Sungguh aku terharu dengan
pengorbanan Hafiz. Hafiz terkocoh-kocoh berlari keluar dari bilik itu dan
menuju ke pintu utama rumah kosong itu. Kelihatan beberapa kuncu-kuncu Abang
Bob bergelimpangan tidak sedarkan diri di situ. Mungkin akibat dibelasah teruk
oleh Hafiz.
“ Berhenti!”
Langkah Hafiz terhenti. Kami berpaling serentak ke arah suara itu. Aku terkejut
bukan kepalang apabila melihat Tony dan Abang Bob serta beberapa kuncunya yang
lain sedang berdiri beberapa meter dari tempat kami berdiri. Aku kaget.
“ Abang,
macam mana ni?!” Soalku ketakutan.
“ Sayang
tenang saja…Abang boleh settlekan semua ni..” bisik Hafiz. Sikitpun dia tidak
gentar dengan keadaan kini. Dia meletakkan tubuhku perlahan-lahan.
“ Abang,
jangan!” Aku menarik tangannya, cuba menghalang Hafiz dari pergi ke arah
mereka. Aku tak mahu apa-apa jadi padanya.
“ Sayang
jangan risau, abang tak kan kalah pada diorang..” jawabnya cuba meyakinkan aku.
Aku semakin gusar.
“ Hafiz!
Akhirnya lu datang jugak ye!” Laung Abang Bob. Tony di belakangnya tersenyum
sumbing.
“ Ye, aku
datang! Berani kau sentuh isteri aku! Lawan kau bukan dia tapi aku!” Hafiz
turut melaung kuat.
“ Tapi lu
bukan lawan gua! Gua tak mahu berlawan dengan lu tapi gua mahu bunuh lu!” Kata
Abang Bob lagi. Dia dan kuncu-kuncunya sudah bersedia dengan kayu sebesar betis
untuk memukul Hafiz.
“ Kau
jangan mimpilah nak bunuh aku! Kau yang akan aku bunuh dulu!” Hafiz ketawa
sinis. Aku semakin takut. Ya Allah, selamatkanlah suamiku itu.
“ Hafiz..lu
memang dari dulu memang berlagak punya orang lar…Lu jangan main-main dengan
gua. Lu pasti mampus punya hari ni!!”
“ Kita
tengok siapa yang mampus dulu!” Jawab Hafiz selamba membangkitkan lagi
kemarahan Abang Bob.
“ Tak guna
punya orang!!” Laung Abang Bob. Kali ini mereka beramai-ramai datang menyerang
Hafiz. Pukulan demi pukulan yang hadir berjaya ditangkis cekap oleh Hafiz.
Hafiz berlawan tanpa sebarang senjata. Pergerakan Hafiz begitu pantas seperti
angin sehingga sukar dibaca oleh pihak lawan. Aku terpegun melihat ketangkasan
Hafiz berlawan, kelihatan seperti seorang samurai handal sedang menangkis
serangan lawannya. Satu demi satu serangan dipatahkan oleh Hafiz . Hafiz membuat pusingan layang beberapa kali
dan menyiku kepala mereka sekali gus dalam masa yang singkat sehingga mereka
jatuh tersungkur. Sepuluh orang lawan satu masih tidak boleh merobohkan
pertahanan Hafiz. Namun, aku tetap meneruskan doa di dalam hati. Aku amat
berharap, Hafiz tidak akan tercedera dalam pertarungan ini.
Tanpa ku
duga, tiba-tiba aku terdengar bunyi beberapa das tembakan yang agak kuat
memecah kesunyian petang itu. Kelihatan Tony sedang menghalakan sepucuk pistol
Revolver ke arah Hafiz.
“
Arghhhh!!!” Hafiz menjerit nyaring. Dia jatuh tersungkur.Dia memegang bahu kanannya. Darah deras memancut-mancut dari
bahunya. Hafiz ditembak!! Serangan tadi terhenti.
“ Abang!!!”
Aku terus berlari mendapatkannya. Nafasku tercungap-cungap. Kesakitan pada
perutku hilang dengan serta-merta. Aku terus merangkul kepalanya dan mengusap
lembut rambutnya. Wajahnya jelas menahan kesakitan yang teramat. Nafasnya
berubah kasar. Mulutnya terketar-ketar mahu mengatakan sesuatu.
“ Abang!
Abang mesti kuat! Jangan tinggalkan Tina…” Aku meratap pilu. Air mata semakin
deras mengalir di pipiku.
“ Ma…af…kan
a..a..bang sa..yang…Abang tak mampu nak melindungi sayang…” kata Hafiz dengan
nada yang tersekat-sekat. Aku semakin sebak.
“ Tidak
abang! Abang kuat! Abang mesti bertahan…abang tak boleh pergi lagi!” Raunganku
semakin kuat.
“ Sayang….”
Panggil Hafiz dengan suara yang terketar-ketar.
“ Ye
abang..”
“ Boleh
janji dengan abang?” Nafas Hafiz semakin deras. Dadanya turun naik. Aku semakin
panik.
“ Janji apa
abang? Janji apa??”
“ Tolong
janji dengan abang..kalau abang mati..tolong jaga Kak Tiha dan anak kita
baik-baik ya…Abang sayang Tina sangat-sangat…I love you so much! Arghhhh..”
“ Tidak
abang! Tidak!! Jangan cakap macam tu! Abang mesti kuat!!” Laungku kuat. Namun
kini, nafas Hafiz semakin lemah .Mulutnya sedikit ternganga. Matanya terbelalak
seperti menahan sakit sakaratulmaut yang terlalu perit. Darah dari bahu kanannya
semakin banyak mengalir. Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Tidak! Hafiz
tidak boleh mati! Amarahku tiba-tiba memuncak. Aku menjeling tajam ke arah Tony
dan Abang Bob. Mereka memandangku tanpa sedikitpun rasa bersalah.
“ Tak guna!
Korang mesti mampus!!” Teriakku seperti terkena serangan histeria. Tubuhku
tiba-tiba menjadi kuat. Rambutku aku ikat kemas. Aku menggenggam penumbukku
erat. Aku tekad akan membunuh dua syaitan yang bertopengkan manusia ini hari ini jugak! Aku mesti menuntut bela
atas kematian Hafiz! Tony dan Abang Bob mesti mampus!
Dengan
sepantas kilat aku menyerang Tony dan Abang Bob sekali gus. Mereka cuba
membalas seranganku namun aku lebih pantas mengelak dan menangkis serangan
mereka. Tony cuba mencapai pistolnya yang terlepas namun aku lebih pantas
mencapainya lantas aku buang jauh-jauh. Abang Bob pula cuba membuat serangan
hendap ke arahku ketika aku sibuk membelasah Tony cukup-cukup. Serangan itu aku
dapat patahkan dengan mudah. Tubuh gendut abang Bob jatuh tersungkur ke tanah.
Kepalanya aku sepak kuat sehingga dia tidak sedarkan diri. Darah merah pekat
mengalir dari hidungnya. Tony masih belum menyerah. Dia cuba menyerangku lagi
dan kali ini dia berjaya menjatuhkan aku. Aku cuba bangkit namun dia lebih
pantas mengunci pergerakanku. Dia mengambil sebilah pisau tajam dari poket
bajunya dan cuba menikamku. Aku menggagahkan diri untuk melepaskan diri dari
pautannya. Aku berjaya. Namun Tony masih cuba menikamku namun aku lebih pantas
memegang pergelangan tangannya. Dengan sekuat hati aku menolak kuat pisau
ditangannya. Jarak mata pisau dengan wajahku hanya tinggal beberapa cm. Aku
masih cuba menghalang. Kamu berguling-guling di atas tanah untuk menghalang
pisau dari terbenam ke tubuh kami.
Tiba-tiba aku
terdengar bunyi beberapa das tembakan ke arahku. Tubuh Tony jatuh tersungkur ke
atas tubuhku. Mataku membulat . Terkejut. Apa sudah berlaku? Aku menolak kasar
tubuh Tony. Dia terkulai layu di pembaringannya. Dia sudah tidak bernafas lagi.
Darah membuak-buak mengalir dari dada kiri dan kepalanya. Matanya terbelalak. Aku memandang ke kanan. Kelihatan sekumpulan
anggota polis sedang menyerbu kawasan itu. Kuncu-kuncu Abang Bob yang terbaring
lesu terus bangun dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri namun pihak
polis lebih cekap. Mereka berjaya diberkas dengan mudah.
Aku terus
berlari mendapatkan tubuh Hafiz yang masih terbaring kaku tidak bergerak-gerak.
“ Abang…bangun
abang..Kita dah selamat. Bukak mata abang..” Panggilku. Senyap.
“ Abang,
bangun!! Jangan tinggalkan Tina…” Aku menggoncang tubuhnya beberapa kali. Hafiz
masih begitu. Tiada tindak balas. Wajahnya pucat. Tidak! Tidak mungkin!
“ Abang!!”
Aku berteriak nyaring. Tidak! Hafiz tak boleh pergi! Aku yang patut pergi dulu!
Hafiz tidak patut mati! Pandanganku gelap tiba-tiba, dan aku pengsan .
##################
3 tahun
berlalu…
“ Mama…Wawa
lapar..…” Panggilan anakku itu membantutkan aktivitiku seketika.
“ Ye
Wawa..tengah sediakan makanan la ni sayang…sabar ye…”Pujukku. Bubur nasi yang
dicampur daging yang dicincang halus hampir masak.
“ Lambat
lagi ke mama? Wawa lapar betul ni..” Rungut Wawa lagi.
“ Ye
sayang…tunggu kejap je lagi. Wawa pergi la main dulu ye…”
“ Ok mama…”
Jawab Wawa akur.
“
Wawa..jangan lah kacau mama…meh main dengan mak long dulu..” Tiba-tiba Kak Tiha
menyampuk. Aku tersenyum.
“ Yea yea..kalau
macam tu mak long boleh ajar wawa main game lagi ye..” jawab Wawa riang. Aku
ketawa kecil mendengar kepetahan anakku bercakap. Padahal Wawa baru berusia 3
tahun tapi percakapannya mengalahkan orang tua.
“ Ok, mak
long ok je. Tapi dengan satu syarat..” Kata Kak Tiha.
“ La..mak
long ni…selalu ada syarat..” Wawa memuncungkan mulut seakan memprotes.
“ Mestilah,
mana boleh main free je..”
“Yelah…yelah..Jadi,
apa la syaratnya mak long?” Soal Wawa bersungguh-sungguh.
“
Syaratnya..malam ni Wawa mesti tidur dengan mak long…ok?” Jawab Kak Tiha sambil
mencuit hidung kecil Wawa.
“ Ok!! No
problem!!” jawab Wawa nyaring. Aku dan Kak Tiha ketawa serentak. Ada-ada je la
diorang nih.
“ Sayang…”
Sapa suamiku tiba-tiba setelah Wawa dan Kak Tiha telah hilang di sebalik ruang
tamu .
“ Ye
abang..eh, awal abang bangun…” Jawabku lembut.
“ Awal
apa..dah pukul 9 pagi dah ni. Sampai hati sayang tak kejutkan abang solat subuh..”
kata suamiku seakan merajuk. Aku tersenyum.
“ Haii
abang, Tina dah kejutkan banyak kali dah subuh tadi, abang je yang tak nak
bangun. Sekarang nak salahkan Tina pulak ek..”
“ Yeke nih?
Tak ada pun..” Dia membantah.
“
Adala..abang je yang tak sedar. Bila Tina kasi kejut, abang meracau-racau cakap
mahu pergi London lah, mahu pergi Paris la…mengigau je ek!” Jawabku sambil
ketawa. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Owh ye
ke…tula..dah sayang dari semalam asyik sebut pasal nak pergi London sampai
termimpi-mimpi abang tau…” jawabnya sambil tersengeh.
“ E’eh
salahkan Tina pulak…abang tu yang cerita pasal tu lebih-lebih. Tina gurau je
pun..” Aku membantah.
“ Ye lah
tu…dari pagi sampai petang sayang asyik cakap benda sama je. Serabut abang
tau..”
“ Yelah..Tina
salah..Tina selalu buat abang serabut kan..” jawabku seakan merajuk.
“
Hehe..marah ke sayang?”
“ Tak marah
lah..Tina suka sangat…” jawabku sinis. Suamiku ketawa kecil.
“Abang ni dah
mandi ke belum?” Sambungku lagi.
“
Belum…tapi abang tak mandi pun wangi tau…cuba cium sikit…” Katanya sambil
mendekatkan diri kepadaku. Dia memelukku pantas dari belakang.
“ Eii abang
ni bucuk la! Pergi mandi cepat! Eii tak malu…” Aku cuba menyakatnya.
“ Mana ada
busuk..cuba cium ketiak abang ni..wangi…” Aku cepat-cepat menekup hidungku
apabila suamiku mengangkat ketiaknya.
“ Ish abang
ni teruk la! Boleh pulak macam tu!” Marahku sambil memukul bahu kanannya.
“ Ouchhhh!!
Sakitnya!!” Tiba-tiba suamiku menyeringai kesakitan. Dia terduduk. Aku kaget.
“ Abang? Ok
ke ni? Sory la abang..Tina tak sengaja pukul kat situ…” Aku gelabah. Bahunya
aku urut lembut. Dahla tempat tu kesan luka tembakannya sewaktu ketika dahulu.
“ Sakit
sayang!!” Jeritnya.
“
Ala..yeke..Tina mintak maaf. Tina betul-betul tak sengaja…” Aku semakin tidak
keruan. Muka suamiku berkerut-kerut menahan sakit.
“ Sakit!
Aduhhh!” Suamiku meraung lagi.
“ Kamu ni
kenapa Hafiz? Sakit apa?!” Tiba-tiba Kak Tiha datang menyergah.
“ Sakit
kena pukul dengan Kristina…aduhhh” Hafiz masih mengerang kesakitan.
“
Abang..Tina mintak maaf..Tina tak sengaja. Abang cakap hari itu dah tak sakit
kat kawasan tu..”
“ Hah
Tina..percaya sangat cakap si Hafiz tu. Dia tipu kamu la tu..” kata Kak Tiha.
“ Ish
kak..saya sakit betul la ni…mana ada tipu…” Jawab Hafiz bersungguh. Aku keliru.
Betul ke suami aku sakit?
“ Dah la tu
Hafiz. Kamu ni memang tak pandai berlakon lah.. Jangan nak buat drama pulak kat
sini..” bebel Kak Tiha.
“ Ya Allah
kak..betul la saya sakit. Buat apa saya nak tipu..” Hafiz merengus geram.
“ Kamu nak
sakit sangat kan…hah ambil ni…” kata Kak Tiha sambil mencucuk lembut belakang
Hafiz dengan garpu.
“ Aduhh
kak!! Sakitlah..apa ni kak main cucuk-cucuk pulak! Dahla orang tengah sakit!”
Marah Hafiz. Dia terus terbangun dan berdiri. Bahunya dengan serta merta
diluruskan.
“ Dah..tadi
cakap sakit sangat. Akak tambah la lagi sakit tu..baru betul-betul kaw!” jawab
Kak Tiha selamba.
“ Ala akak
ni..Saya nak bermanja sikit dengan bini pun tak boleh .Kacau daun betul lah
akak ni..”
“ Oooo jadi
abang tipu Tina la ek? Eiii teruknya…” Kataku sambil mencubit perutnya.
“ Adoiii…sakitlah
sayang! Matila abang kalau hari-hari macam
ni. Kak Tiha dengan Tina memang dah pakat ek mahu sakitkan abang?” Hafiz
memprotes. Mulutnya dimuncungkan. Aku dan Kak Tiha ketawa serentak.
“ Padan
muka kamu..main-main sangat…Kan dah sakit betul..” Sambung Kak Tiha.
“ Ye
lah..ye lah…saya salah. Oklah, saya keluar lah macam ni. Semua orang macam nak
halau saya je…hummpphh” Jawab Hafiz dengan marah . Bunyinya seperti anak kecil
yang sedang merajuk. Aku dan Kak Tiha ketawa lagi. Dia terus melangkah keluar
meninggalkan kami berdua. Comel pulak tengok wajahnya bila merajuk.
Hatiku
sungguh bahagia dan tenang kini. Akhirnya Hafiz bisa bernafas kembali. 3 tahun
lepas aku ingatkan dia sudah pergi menghadap ilahi tapi Alhamdulillah Allah
masih sayangkan dia. Berkat doa yang tidak putus-putus dari aku dan Kak Tiha,
Hafiz sedar kembali setelah hampir seminggu dia koma akibat kehilangan terlalu
banyak darah . Nasib baiklah kandungan aku yang baru berusia 8 minggu ketika
itu juga selamat. Aku amat bersyukur di atas rahmat yang Allah kurniakan kepada
kami.
Sesungguhnya
Allah itu Maha Penyayang. Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan beban yang
berat yang tidak sanggup hambaNya memikul. Dia mengembalikan Hafiz ke dalam
hidupku. Dia mengurniakan aku kebahagiaan yang tidak terkira kepadaku. Syukur
sangat-sangat. Kisah silamku yang begitu kelam sedikit demi sedikit terpadam
dari kamus hidupku. Nur cahaya hidayah dari Allah kini telah menyinari
kehidupan kami. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku suami yang soleh
dan kakak yang solehah yang sentiasa membimbing aku ke jalan yang lurus iaitu
jalan ke syurga Firdausi. Kini aku mahu
menjalani kehidupan baru yang bebas dari sebarang pertarungan dan kejahatan.
Sesungguhnya aku berhak untuk hidup aman bahagia tanpa gangguan dari sesiapa.
Selamat tinggal wahai dunia hitamku !
Best la..superb! Memang best la...mcm2 rasa..sedih, suspen,sweet..tahniah org ganu!
ReplyDeleteOrg Ganu, ni peminat anda bertambah lagi satu! Sayalah orangnya. Haha! Cita anda memang best,, Keep up the good work!
ReplyDeleteThanx .. =)
ReplyDeleteBest!! ;)
ReplyDeleteBest sngt sngt
ReplyDeletebest
ReplyDeletebest
ReplyDeletewah citer sngguh mnginsafkn auu..mcm2 rase dlm citer ni..awesome!!ππ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCerita yang menarik....Teruskan bekarya Orang Ganu
ReplyDeleteMenarik la cite nii πππ
ReplyDeleteTerbaikkkkk
ReplyDelete