Friday, January 23, 2009

Tidak Seindah Mimpi 3


Aku dengan bangganya melangkah menuju ke bilik Encik Hakim. Ku rasakan senyumanku meleret sampai ke telinga dan makin melebar lagi apabila memikirkan kerja-kerja yang sudah berjaya aku bereskan semalam.Eh silap,kerja-kerja yang aku dan Syam buat semalam. Rasakan Encik Hakim, kau belum tahu siapa aku nih.Hehe perasan bagus la pulak padahal Syam yang patut dipuji lebih-lebih. Terasa hidungku juga kembang menahan bangga yang tak sudah .

“DUSHH!!!” Tanpa aku sedari aku terlanggar seseorang di hadapanku .Fail-fail yang aku bawa habis jatuh bersepah di atas lantai pejabat . Habis berterabur isi kandungannya . Oh tidak!!! Fail..kertas..maklumat tu!! Arghhh semua dah bercampur aduk . Alamak matila aku,macam mana aku nak jumpa Encik Hakim ni!!


“ Hei kau ni buta ke?!” Dengan sekuat hati, aku menengking orang yang melanggar aku tadi tanpa mengangkat muka kerana sibuk mengutip kembali kertas-kertas kerja tersebut . Aku bengang gila sekarang, tengok tu dahla langgar orang tapi tak reti nak mintak maaf.Bukan setakat tu jek ,boleh pulak dia berdiri dengan selambanya di situ macam patung.Aku sepak kang. Anak siapala yang kurang ajar sangat ni.


“ Kau ni tak..,” belum sempat aku meneruskan kata-kata, aku terkedu apabila melihat gerangan lelaki di hadapanku . Tanpa kusedari,mulutku sedikit ternganga . Kemudian terasa wajahku membahang menahan malu . Lelaki smart di hadapanku sedang memandang tajam ke arahku sambil memeluk tubuh Aku akhirnya tersengeh seperti kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak gatal.


“ Err..maafkan saya bos..saya ingatkan siapa tadi,” kataku tergagap-gagap. Sungguh aku tak sanggka lelaki yang melanggar aku tadi adalah Encik Hakim. Ya Allah bala apakah ini? Huhu matila aku. Yela sebab aku dah tengking free dia tadi.


“ Maaf kenapa pulak ? Tengkingla lagi. Saya suka orang yang suka menengking saya nih,” haii sinis semacam jek kata-katanya .Aku menelan air liur yang sudah kering dek takut sangat. Aku hanya tertunduk malu .Aku letak kedua-dua tanganku di belakang dan mengenggam erat sekadar menahan rasa takut dan malu. Tanganku terketar-ketar dan sejuk macam ais .


“ Kenapa diam?” Kata-kata Encik Hakim membuatkan aku tersentak kuat sehingga hampir terlompat di situ . Kemudian kelihatan dia menahan gelak


“ Err..saya tahu Encik Hakim perli saya..jadi sekali lagi saya nak mintak maaf.Maafkan saya ye,” ish apasal dengan aku ni tergagap-gagap. Macam la Encik Hakim tu hantu .Nak ditakutkan buat apa? Entah apa-apa jela aku nih.


“Ok fine, so mana kerja yang saya suruh buat ? Dah siap?” Sekali lagi aku tersentak apabila Encik Hakim mengajukan soalan itu. Agaknyala kan dia ni rabun kot . Tak nampak ke fail-fail yang dia kasik semalam kat kaki dia? Pakai contact lens pun rabun lagi ka?

“ Miss Lina! Awak dengar tak apa saya tanya?”


“Opocot mak kau, kau rabun pakai contact lens tak nampak depan mata!!” Aku melatah kuat apabila disergah begitu . Ops,apa ke benda yang aku mengarut nih . Aku menggigit jari .Sekali lagi mukaku disimbah bahang api.Malunya..Makkk tolong..


“ What??” Sudah…Encik Hakim nampak macam dah angin semacam je.


“ Maafkan saya Encik Hakim,actually kerja yang encik suruh buat tu saya dah siapkan semalam. Sumpah,memang dah complete. Tapi malangnya harini semuanya dah berterabur . Tak tahu nak susun balik macam mana,” jawabku sejujurnya.Mengharapkan Encik Hakim faham akan situasiku.


“ Berterabur? Nak susun balik? Apa maksud awak? Saya tak faham la..,” kata-kata berbaur geram yang keluar dari mulut Encik Hakim membuatkan dahiku berkerut. Tak kan dia tak nampak apa yang aku nampak.


“ Ehem..Encik Hakim nampak tak yang semua kerja-kerja tu ada kat kaki encik sekarang ?” Aku menjawab dengan muka yang tak bersalahnya. Sebenarnya aku dah cuak dengan Encik Hakim yang banyak songeh ni. Dia pantas memandang aku dengan pandangan mengancam sebaik sahaja melihat fail-fail yang bertaburan di kakinya.

“ Awak dah gila ke apa? Kenapa awak suka-suka hati jek lempar kertas kerja ni merata-rata hah?! Awak tahu tak semua ni penting untuk mesyuarat tengah hari ni! Saya tak kira,saya nak awak susun balik kertas-kertas dalam fail yang sepatutnya sekarang! By 10.00 am saya nak semuanya settle, faham!” Aku tercengang dengan tengkingan Encik Hakim yang tiba-tiba tu.Macam halilintar yang nak bunuh syaitan-syaitan yang berkeliaran . Nasib baik tak kena heart attack. Sah-sah Encik Hakim ni rabun tahap severe ni. Dia yang langgar aku sampai fail-fail tu jatuh lepas tu tuduh aku gila pulak.Diala yang gila sebenarnya.Eiii geramnya…


“ Bila masa pulak saya lempar merata-rata fail tu encik, encik tak sedar ke yang encik langgar saya tadi lepas tu fail ni terjatuh?!So, encik la yang sepatutnya susun semua ni!” Hah, tu dia..dia ingat bos je yang boleh tengking pekerja ? Aku pun boleh maaa…Aku tak akan sesekali membiarkan kepalaku dipijak-pijak macam tu je .Muka dia yang tadi putih melepak berubah warna menjadi merah macam udang bakar.Hahaha marah la tu. Tak comel pun.Huh.


“Siapa bos sekarang? Awak atau saya?! Awak nak kena pecat ke??” Aduhh sakitnya telinga aku .Aku menggosok perlahan telingaku yang menjadi mangsa jeritan jarak dekat Encik Hakim .


“ Tak adil la Encik Hakim pecat saya kerana ni je. Dalam peraturan syarikat ni, kriteria yang layak untuk dipecat adalah berkelakuan tidak senonoh di dalam pejabat, tidak meminta maaf apabila membuat kesalahan, menfitnah orang, me..,”


“Cukup!! Saya tak nak dengar semua tu! Yang pastinya saya nak awak buat kerja ni sekarang! Now!!” Opocot! Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku , Encik Hakim lebih pantas bersuara.Nada suaranya makin lama makin meninggi sehingga membuatkan aku akhirnya terdiam seribu bahasa . Terkejut aku melihat wajah Encik Hakim yang berubah menjadi ala-ala singa kelaparan tu . Nasib tak ada janggut je, kalu tak jadi kambing lapar.Hehe…sempat lagi mengutuk.

“ Apa senyum-senyum? Cepat susun fail ni!” Tengkingan terakhir itu merangsang tindakan refleks ku untuk mengutip kertas-kertas yang bertaburan dengan sepantas kilat. Encik Hakim terus meninggalkan aku yang terkulat-kulat sendirian di situ. Kurang asam punya bos,sesuka hati mak bapak dia jek nak buli pekerja bawahan macam aku ni . Benci! Bos tak guna! Tak berhati perut!

Arghh..penatnya pagi ni . Penat otak kerana terpaksa menyusun semula kertas-kertas tu dalam fail yang sepatutnya .Nasib baik susunannya betul dan nasib baik jugak Encik Hakim berpuas hati dengan semua kerja-kerja yang aku dan Syam buat. Aku berjalan menuju ke tempat yang sering menjadi port lepak aku dan Syam iaitu berdekatan dengan stor simpanan barang pejabat . Semenjak aku berkenalan dengan Syam, kat situla tempat persinggahanku dan tempat aku release tension apabila tension dengan kerja-kerja yang tidak pernah surut . Aku kecewa apabila melihat Syam tiada di situ . Namun topi keledar yang dia selalu pakai ada je tergantung kat stor tu .Biasanya kalau dia keluar mana-mana mesti topi keledar tu tak ada. Kecewanya..aku baru je nak share cerita pasal bos aku yang tak berapa betul dan rabun truk tu kat Syam tapi Syam tak ada pulak.Huhu..Mana Syam pergi ni? Namun ,aku tetap melabuhkan punggung di sebuah bangku usang yang sudah tersedia di situ. Tak kisah la Syam tak ada pun, janji aku dapat menenangkan diri di sini.

“ Lina..Lina,bangun!” Sayup-sayup aku mendengar suara seorang lelaki memanggilku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Silaunya. Aku memandang lelaki itu. Syam ke..aku hanya memandangnya sekilas kemudian menyambung kembali tidurku yang terganggu sebentar tadi.


“ Wei Lina, bangunla..apasal tidur kat sini? Dah tak ada tempat lain ke awak nak tidur?” Ish kacau la Syam ni.Nak tidur sikit pun tak boleh. Aku dengan malasnya bangun bersandar.


“Erm..dah pukul berapa sekarang ni ?” Soalku kepada Syam dengan malasnya.


“Pukul 3 la mak cik. Awak tak kerja ke?”


“ Apa?? Pukul 3?!” Aku terkejut beruk mendengar jawapan daripada Syam.Aku melihat jam di tanganku untuk kepastian. A’ah la dah pukul 3 ptg! Mindaku terus membayangkan wajah Encik Hakim yang tengah berang .Dengan serta-merta mataku terbuka luas dan tubuh badanku cergas kembali. Aku melihat sekelilingku. MasyaAllah..macam mana aku boleh tertidur kat stor ni. Dah buat tabiat ke aku nih.


“Aik, awak ni kenapa? Macam nampak hantu jek?” soal Syam hairan.


“ Memangla..ada hantu tapi hantu tu merupakan hantu jadian kat dalam pejabat saya tu..saya pergi dulu ye.Jumpa lagi!” Aku tergopoh gapah bangun meninggalkan Syam yang masih kebingungan. Tanpa aku sedari aku terlanggar seseorang yang tidak jauh dari situ . Laaa..apa kena dengan aku hari ni asyik terlanggar orang jek . Dan orang tu adalah..Encik Hakim lagi!! Bala apa lagi ni? Tensionnya aku…

“ Ooo kat sini rupanya awak ye. Awak ingat ni pejabat bapak awak ke sesuka hati je nak ponteng?” Dah mula dah bebelan hantu jadian..


“Sory..,” jawabku nak tak nak jek..malas nak tadah telinga mendengar kata-kata yang tak menusuk jiwa pun.


“ Bagila dia berehat sekejap, dia dah penat sangat tu..,” kata Syam tiba-tiba. Kebetulan Syam masih lagi di situ.Yes! Ada jugak orang yang nak back up aku.


“ Ok fine, then you all berdating kat sini ye. Banyak cantik! Kamu ingat saya bayar gaji buta ke?!” Bos aku ni datang haid ke asyik marah-marah je hari ni.Tak faham la aku .


“ Maaf Encik, tak baik menfitnah orang sesuka hati .Kami sedar yang kami pekerja bawahan tapi encik tak patut layan kami macam ni.Kami ke sini untuk mencari rezeki yang halal,bukannya nak buat benda yang bukan-bukan” aku terpana mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syam .Tak sangka dia berani gak menjawab dengan bos aku.Ingatkan aku seorang je.He..


“ You shut up!! Kau tu sedar la diri sikit! Jangan nak berlagak ah. Zaman kegemilangan kau dah berakhir!” Aku memandang Syam. Wajah Syam kelihatan tegang seolah-olah sedang menahan marah . Matanya dan mata Encik Hakim bersatu. Dari pandangan kedua-duanya seperti terpancar sinar dendam . Apa maksud Encik Hakim zaman kegemilangan Syam sudah berakhir? Mereka saling mengenali ke?


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 2 comments:

    Kata-kata anda amat bermakna..=)