Friday, January 23, 2009

Tidak Seindah Mimpi 2


Arghh..malasnya nak sambung kerja semula. Sudah 3 hari aku MC kerana demam selsema . Kalau ikut hati nak je aku selalu sakit supaya tak payah susah-susah nak pergi kerja . Yang doktor ni pun satu,bagila aku cuti lama sikit supaya aku dapat rest banyak-banyak.Astaga..ada pulak aku doa macam tu . Kiranya aku perlu bersyukur kerana dikurniakan nikmat kesihatan . Hai, teruk betul lah aku ni.

Ha..dah sampaipun pejabat . Aku perlahan-lahan ingin memarkir kereta di salah satu kotak parkir kereta yang telah tersedia di situ .Nasib baik la aku sampai awal hari ini,tak adala susah sangat nak cari parking .


“Zooommm!!” Aku terkejut beruk apabila ada sebuah kereta BMW memotong laluanku dan masuk ke kotak parkir kereta yang aku tengah nak masuk ni .


“Gila!” Jeritku tiba-tiba . Memang orang empunya kereta ni gila ke apa! Suka-suka hati dia jek nak potong line aku .Aku mendengus geram .Kurang ajar punya tuan kereta . Siap la kau,kau memang patut diajar cukup-cukup . Aku segera mengalihkan keretaku dan meletakkannya di kotak parkir kereta yang lain yang tidak jauh dari kereta tadi.Kemudian aku dengan pantas mematikan enjin kereta dan keluar menuju ke arah tuan punya kereta tadi .Hummpphh!Biar aku ajar dia sikit .Ajar cara nak hormat pemandu lain .Apa dia ingat ,mentang-mentangla kereta tu besar sikit daripada kereta aku,dia boleh berlagak?

“Hei awak ni kenapa hah?!” Soalku kepada seorang lelaki yang lengkap berkemeja dan memakai kaca mata hitam iaitu tuan punya kereta gila tadi .Lelaki itu berpaling ke arahku dan kelihatan dia sedikit tersentak dengan kehadiranku yang tiba-tiba . Kemudian,dia membuka kaca matanya dan terserlahlah sepasang mata hazelnya yang memukau. Mak oiii hensemnya mamat ni..macam Hitrik Rosyan la pulak.Hish..tak boleh..aku tak boleh terpikat! Orang hensem macam ni kalau perangai buruk buat apa!

“Excuse me..what are you talking about?” Eh,macam berlagak jek bunyi soalannya. Keningnya diangkat sebelah menunjukkan yang dia tidak mengerti erti herdikanku tadi.


“ Hello, kenapa awak sesuka hati jek ambil saya punya tempat parking? Kan banyak lagi tempat lain awak boleh parking ? Ni yang awak pergi potong line saya kenapa?!” Huh,lega hati aku dapat meluahkan ketidakpuasan hatiku.Aku mengeyeh hidung beberapa kali menandakan yang aku tengah geram gila dekat mamat kat depan aku ni.Tiba-tiba dia tergelak besar .Aik! Mamat ni betul ke tidak ni? Kenapa pulak dia gelak pulak.Hish,musykil betul . Apa,dia ingat aku kartun ke yang bercakap dengan dia?


“Hei,kenapa gelak?” soalku kasar .Amarahku semakin membara apabila dia tidak menjawab soalanku sebaliknya terus ketawa .Hampeh tol.


“Cik adik manis,kat sini ada ke tanda nama awak yang mengatakan ini tempat parking kereta awak?” soalan sinisnya membuatkan aku mengetap bibir,geram .Terasa wajahku membahang panas.Ewah-ewah..perli aku nampak.


“Memang la tak ada. Tapi problemnya,awak tu yang pergi potong line saya tu watpe? Kalau saya terlanggar kereta awak tadi macam mana?”Aku masih tidak berpuas hati.


“Apa susah,saya ganti jela.Orang macam awak ni nak duit je kan.So bukan susah nak deal hal macam tu kan?” Kurang ajar!Kata-katanya benar-benar membuatkan aku hilang sabar.


“ Awak dengar sini baik-baik! Awak tu kena belajar menghormati pemandu lain.Huh,benar la kata orang..orang kaya macam awak ni memang berlagak!” aku menghamburkan amarahku sepenuh hati .


“Hello perempuan,awak jaga sikit mulut awak tu! Saya tak ada masa la nak bertekak dengan awak pasal benda kecik macam ni .Tolong ah..saya banyak lagi kerja yang lagi besar nak dibuat .Saya minta diri dulu,” e’eh giliran dia pula meninggikan suara. Aku terkedu dek herdikannya . Aku berkelip beberapa kali seakan tidak percaya kerana dimarahi semudah itu.


“Oooo, saya yang kena jaga mulut eh? Yang awak tu tak payah jagala ek?! Dasar lelaki tak guna!” Aku membalas herdikannya membuatkan langkahnya yang sudah semakin menjauh dariku terhenti dengan serta-merta . Dia kemudian berpaling semula ke arahku dan menghadiahkan aku senyuman sinis yang makin mnyemarakkan lagi panas di hatiku. Aku menghentak kaki geram dengan tindakannya yang seolah-olah mempermainkanku. Kurang asam punya jantan! Eiiii..geramnya!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------

“ Lina..,” sapaan Leha ,teman sepejabatku mematikan ingatanku terhadap peristiwa pagi tadi.


“Ye Leha, kenapa?” aku menjawab dengan malas . Aku rasa hari ni aku benar-benar tiada mood untuk bekerja . Ini semua gara-gara jantan tadi la ni .Benci betul!


“Aku tengok kau macam ada masalah jek.Ada apa-apa ke yang boleh aku bantu?” Aku memandang Leha sekilas kemudian kembali mengadap skrin komputer di hadapanku.


“Tak ada apa-apalah..Cuma tiba-tiba tak ada mood nak kerja,” aku menjuihkan bibir menunjukkan aku benar-benar tak ada mood.


“Alah..kau risau kena marah dengan Encik Badrul ke?” Erk? Apasal tiba-tiba keluar nama Encik Badrul ni .Mendengar namanya sahaja membuatkan darahku berderau. Segera aku tegakkan badan dan terus mencapai fail-fail yang tersusun rapi di atas mejaku dan pura-pura meneliti fail kerana aku risau jika Encik Badrul tiba-tiba muncul di belakangku seperti tempoh hari.


“Jangan risau la..Encik Badrul dah tak ada kat sini..” kata Leha disertai dengan gelak ketawa .


“Tak ada kat sini? Apa maksud kau?” Aku dengan pantas memusingkan badan menghadap betul-betul di hadapan Leha . Aku memandangnya serius seakan meminta penjelasan yang lebih jelas.


“Lah..kau tak tahu ke yang Encik Badrul dah ditukarkan ke cawangan syarikat di Sabah?Semalam baru dia start cuti..,”


“Yahooo!!!” Teriakku tiba-tiba membuatkan Leha tersentak ,begitu juga dengan beberapa orang rakan sepejabatku . Aku hanya tersengeh malu apabil menyedari akan hal itu.


“Hish,kau ni Lina.Kok ya pun nak hepy,janganla menjerit macam tu.Buat malu je,” kata-kata Leha membuatkan aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum kelat. A’ah la..apala aku ni..tindakan spontan yang melampau pulak.


“ Habis tu siapa yang ganti Encik Badrul?” Soalku bersungguh-sungguh.Aku harapkan bos baru aku kali ni lebih bertimbang rasa dan tidak strict .Kalau strict jugak,alamatnya tak berubah la hidup aku.


“Entahla, aku dengar-dengar orang tu anak kepada bos besar kita gak. Mungkin hari ni or esok dia datang,” jawapan Leha sedikit menghampakan aku.Nampaknya aku masih tidak pasti perangai bos baru kami . Entah-entah lebih teruk dari Encik Badrul .Alamatnya macam keluar dari mulut buaya,masuk ke dalam mulut harimau...eh betul ke peribahasa tu?

“Assalamualaikum semua!” Laungan salam yang bergema memenuhi ruang pejabatku membuatkan semua kakitangan yang berada di situ mendongakkan kepala ,begitu juga aku.Apa la orang ni,bagi salam macam nak arah orang berkawad jek,kuat semacam . Huh!

Aku mengamati wajah lelaki muda yang lengkap berkemeja biru laut dan kot berwarna blue black serta berseluar slack hitam yang berdiri di tengah-tengah ruang pejabat.Walaupun kedudukan aku agak jauh sedikit dengannya,namun aku masih dapat mengecam raut wajahnya .Aih?Apasal rasa macam kenal jek?


“Mulai hari ni ,saya akan menggantikan tugas Encik Badrul. Saya Fairuz Hakim ,lulusan Bachelor of Accounting and Bussiness in USA .Panggil saya Encik Hakim je. Hope kamu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya” kata-katanya membuatkan aku dan rakan sepejabatku berpandangan sesama sendiri.Oooo..jadi yang ni la bos barunya.Peliknya..apasal muda sangat ah? Tapi kan aku masih konpius la..apasal aku rasa macam pernah nampak bos aku ni .Tapi di mana ya? Rasanya aku jumpa kat…alamak!! Dia bukan mamat yang ambil tempat parking aku tu ke? Oh tidak!! Tak mungkin! Eh,nampak dia macam pandang aku je .Aku segera menyorokkan wajahku di belakang Leha.Aku harap dia tidak mengecam aku.

“Lina, bos panggil kau ke bilik dia,” arahan yang aku terima dari Leha benar-benar membuatkan aku tidak keruan. Jantungku mula berdegup kencang. Tidak! Dia cam aku ke? Aku tak nak berdepan dengan dia .Mana aku nak letak muka ni .Rupa-rupanya orang yang aku herdik dan marah tadi merupakan bos aku .Ya Allah..macam ni.


“Lina!” Sahutan dari Leha semakin menambahkan lagi debaranku.Hish budak ni kalau panggil elok-elok tak boleh ke.


“Yela..aku pi,”aku segera berdiri dan melangkah menuju ke bilik Encik Hakim.Aku menggigit jariku kerana ketakutan yang teramat sangat.Alahai aku dapat rasakan bala sedang menanti aku .Huhu mesti Encik Hakim nak hukum aku.Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini..aku sempat berdoa di dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------

“ Assalamualaikum..” sapaku dengan teragak-agak sebaik sahaja menjejakkan kaki di dalam bilik Encik Hakim yang agak luas ini . Terasa lututku sudah terketar-ketar . Aku jarang masuk bilik bos semasa ‘zaman pemerintahan’ Encik Badrul dulu. Maklumlah Encik Badrul tu jenis yang suka round tengok pekerja buat kerja dari dok goyang kaki kat dalam pejabat. Itu yang kadang-kadang aku rimas dengan sikapnya yang terlalu mengawal orang.Ish,sempat lagi tu mengutuk ex-bos aku.


“Walaaikumussalam,” jawabnya .


“Duduk!” Katanya lagi dengan suara macam nak marah aku jek.Gulp! Aku menelan air liur. Sudah bersedia untuk dimarahi.Lina,bertahan Lina..bertahan.


“ Err..ada apa encik panggil saya?” soalku gugup . Aku memberanikan diri memandang wajah Encik Hakim . Dia kelihatan tersenyum tetapi bukan senyuman manis sebaliknya hanya satu senyuman sinis . Mungkin kata-kata aku tadi membuatkan dia geram gila kat aku.Huaa..habislah aku.


“Awak tanya kenapa saya panggil awak ye? Entahlah saya pun tak tahula sebab apa,” aku tergamam .Jap..jap.Bos aku ni sakit ke,cakap macam merapu jek.


“ Tapi Encik,mana boleh macam tu .Sepatutnya ada sebab encik panggil saya.Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu,” aku menggigit bibir . Aduhh,kenapa pulak aku cakap macam tu. Senyuman Encik Hakim mati dengan serta-merta . Namun,aku tetap memberanikan diri untuk mengangkat punggung dan cuba berlalu dari situ.


“Tunggu! Duduk dulu ,”alamak…aku kembali duduk apabila mendengar arahannya


“ Hurmm bagus-bagus. Saya suka cara awak cakap ,” aku mengerutkan kening tanda tidak mengerti .Apa yang bagusnya ? Aku ni ada puji-puji dia ke?Rasa macam tak ada. Apa-apa jela bos aku nih.


“ Maaf Encik, kenapa encik cakap macam tu?” rasa macam soalan bodoh pulak aku tanya.Tak apala janji aku dapat clarify kekaburan otakku kini.


“ Saya suka cara awak menjawab ,” katanya ringkas . Pelik..pelik..ada jugak orang dalam dunia ni suka orang yang suka menjawab.Kalau akula..aku paling benci dengan orang macam tu.


“ Encik ni pelik la..,” ops,spontan pulak ayat tu keluar.


“ Apa yang pelik?” Soalannya membuatkan aku menggigit bibir.Matanya tajam memandang anak mataku membuatkan aku cepat-cepat melarikan anak mata . Eh,apasal aku rasa dadaku makin berdebar-debar ek. Penangan matanya berbisa sungguh


“Errr..tak ada apa-apa..,” jawabku sambil tersengeh macam kerang busuk. Dia hanya mengangkat kening sebelah apabila mendengar kata-kataku.Hurmm…yang ni lagi sorang nak jadi Ziana Zain yang suka mengangkat kening sebelah.


“Hurmm..actually saya nak mintak maaf pasal tadi..,” aku terlopong.Benarkah apa yang aku dengar ni? Ke aku ni salah dengar?Nampaknya balik ni kena korek telinga la kasi jelas sikit dengar . Tak kan lah bos aku nak mintak maaf dengan pekerjanya sendiri.


“Encik cakap apa ni?” soalku hairan.


“Saya cakap saya minta maaf pasal tadi,pasal parking tadi ,” katanya sambil tersenyum. Owh..sweetnyer semnyumannya .Err..jangan aku tergoda dahla.Wahh..baru aku tahu Encik Hakim ni baik rupa-rupanya .Aku rasa bersalah la pulak.


“Encik,sepatutnya saya yang patut minta maaf kerana bercakap kasar dengan encik tadi,” aku teragak-agak meminta maaf.


“Tak apa..saya suka..,” jawapannya membuatkan aku mengerutkan kening lagi.Ish..apasal aku rasa semacam je ni.


“Suka?” soalku inginkan kepastian .Dia hanya tersenyum lebar tanpa menjawab soalanku.Aku terkebil-kebil memandangnya sambil mengerah otakku mencari jawapan kepada kata-kata Encik Hakim .

“And..one more thing..saya ada ganjaran untuk awak,”


“Ganjaran?” Pantas aku menyoal. Aku bertambah hairan. Tadi dia minta maaf sekarang nak kasi ganjaran pulak. Orang buat salah boleh dapat ganjaran ke?Apa kena dengan Encik Hakim ni.


“Ya,ganjaran…,” katanya bersama senyuman yang cukup bermakna .Aku merenung anak matanya .


“Apa ganjarannya?” Ceh,macam tak sabar-sabar pulak nak tahu . Kalau dapat ganjaran duit,bagus gak.Hehe aku mula membayangkan duit bertaburan menghujani diriku.


“ Saya nak awak settlekan semua benda yang ada kat situ hari ni juga ,pagi esok awak kena pastikan yang semuanya dah beres,” Encik Hakim menunjukkan jari telunjuknya ke arah meja tambahan di sebelahnya .Kemudian dia tersenyum lagi,malah lebih lebar dari tadi hingga ke telinga.Aku segera berkalih ke arah benda yang dimaksudkan. Apa?? Bulat mata aku memandang benda tersebut iaitu fail-fail maklumat akaun yang menimbun seperti bukit . Aku memandang kembali Encik Hakim bagi meminta penjelasan.Gila! Tak kan aku nak settlekan sorang-sorang. Terpaksa balik lewat la aku malam ni.Oh tidak!Huh,ingatkan ganjaran duit rupa-rupanya ‘ganjaran’ kerja.Huaaa..tensionnya.Tarik balik ah kata-kata pujian aku kat dia tadi.

“ Encik Hakim,apa semua ni? Saya mana sempat nak siapkan seorang diri,” aku cuba meraih simpati Encik Hakim.Aku berharap dia lembut hati .


“ Well, I know you can..ok,saya dah tak ada apa-apa lagi nak cakap dengan awak.Awak ambil fail ni semua keluar,” arahnya tanpa mengambil kira rayuanku.Aku mencebik. Geramnya..ooo nak balas dendam ek. Hurmm..tak apa..tak apa Encik Hakim..ada ubi ada batas..ada hari habislah dia aku balas..ceh!


“Ni kenapa tercegat kat sini lagi.Anything?” Aku tersentak apabila dia mula meninggikan suara. Alamak.


“Err..maafkan saya,” aku tergopoh-gapah mengambil fail-fail yang berat nak mampus tu . Encik Hakim ni.. tak kan tengok je kot.Tolong la aku sekali .Hish,nampaknya sikap dia dengan Encik Badrul sama je,suka mendera pekerja .


“Ingat, saya nak semua fail-fail tu siap dikemaskini by tomorrow!” arahnya lagi ketika aku ingin keluar dari bilik itu.Berdesing telinga aku mendengar arahannya .


“InsyaAllah..,”jawabku ringkas lantas berlalu dari situ .Alahai apalah malangnya nasibku,tak pasal-pasal kena dera dengan bos baru.Dahla baru hari pertama dia bertugas ,dah buat hal .Macam mana hari-hari seterusnya.Mesti lagi teruk.Huhu..


-----------------------------------------------------------------------------------------

Aku memandang jam di tanganku. Erm..dah pukul 6 petang . Tapi masih banyak lagi maklumat yang aku belum kemaskini . Aku mengira fail-fail yang belum ku sentuh lagi.Satu, dua,tiga,empat..argh banyaknya lagi. Sambung malam nila..tak larat aku . Nak minta tolong Leha pun dia dah balik rumah awal-awal . Katanya hari ini hari jadi suami dia, so nak balik sambut la tu..Hai..bestnya kalau ada suami kan masa ni . Lagi best kalau ada suami yang pandai masak,pandai kemas rumah dan jaga anak..tak adala seksa hidup.Balik-balik je makanan dah tersedia. Hehe terbalik pulak . E’eh apa aku melalut nih . Hurmm..nak release tension sebenarnya ni . Alamak, perut aku dah berdendang lagu entah apa-apa la..laparnya . Tapi malas la pulak nak turun makan.

“ Lina!”


“Aaaa!!” Aku menjerit taktala disergah begitu .Ya Allah mamat ni kalau tak buat aku terkejut tak boleh ke, kalau hari-hari macam ni boleh sakit jantung aku.


“Awak ni kan Syam,berapa kali saya nak cakap jangan sergah saya macam tu.Kalau saya kena sakit jantung sape yang susah?!” Hummpphh geram.


“Ops, ampunkan patik wahai Tuan Puteri ,patik tak sengaja,” eleh, nak buat lawak bodoh la tu.


“Hurmm yela..eh apasal awak tak balik lagi?” soalku hairan .Kebiasaannya Syam balik pukul 4 lebih tetapi hari ni lewat pulak.


“ Saya tunggu awakla..biasanya kita balik sekali kan?” Syam melabuhkan punggung di kerusi pejabat di sebelahku.Aku mengalihkan pandangan ke arahnya.


“E’eh bila pulak saya balik sekali dengan awak? Saya naik kereta awak naik motor..mana ada sekali,” aku mencebik.Entah apa-apa je Syam ni. Kelihatan dia menepuk dahi.


“Alahai cik Haslina oii..memang la awak naik kereta, saya naik motor tapi kan kita biasanya keluar pejabat sama-sama,”


“Alah,yang tu pun nak berkira.Tak payahla tunggu saya Syam.Kerja saya bertimbun lagi ni. Saya rasa saya nak sambung malam ni la.Tak larat dah,” kataku lemah .Aku menguap beberapa kali .Penatnya..


“Kesiannya, kalau macam tu apa kata saya teman awak?” Hurmm..bagus juga cadangan tu .Tak ada la aku boring sangat nanti.


“Boleh gak tu, tapi sekarang saya lapar la..,” rengekku. Memang perut ku makin lama makin kuat pulak berasamaradana sampai nak concentrate dengan kerja pun tak boleh.


“Ok, saya turun beli makanan sekarang ye ,” aku hanya menganggukkan lemah . Tak larat nak jawab.


“Jap, saya rasa kiraan awak kat sini salah la. Dekat baki bawa bawah tu..try cek balik,” aku terkebil-kebil. Eh, sejak bila dia belek fail kat situ . Alih-alih salah satu fail dah ada di tangannya .


“Macam mana awak tahu?” Soalku hairan.Peliknya, macam mana dia dapat detect kesilapan tu.Dia ni ada belajar akaun ke?Kata belajar sampai form 3 je.


“Hehe alah..tak pentingpun.Tapi awak betulkan la cepat-cepat,nanti tersalah kira pulak,” katanya selamba . Dia kemudian berdiri dan berlalu dari situ meninggalkan aku yang masih menganalisis kata-katanya .Aku perlahan-lahan membelek semula fail yang dia sebut tadi.A’ah la..ada silap. Wahh..hebat jugak Syam .Nasib baik dia cakap ,kalau tak habislah aku kena hentam esok dengan Encik Hakim.


--------------------------------------------------------------------------------------

Aku memisat mataku . Ya Allah macam mana boleh tertidur ni.Aku memandang jam di pergelangan tanganku.Hah?! Pukul 10.30 malam??Aku tergopoh-gapah bangun dan mencapai fail-fail yang masih bertimbun di hadapanku.Alamak ,macam mana ni banyak lagi yang tak siap .Habislah aku..sempatke ah?

“Yang awak kalut sangat ni kenapa?” Aku terus berpaling ke arah Syam .Dia sedang menggeliat dan sesekali mengurut perlahan lehernya .Kelihatan dia kepenatan.Tak sangka pula dia menemaniku hingga ke saat ini.


“ Weh..apasal awak tak kejutkan saya hah? Banyak lagi kerja tak siap ni! Sampai hati awak,” aku tiba-tiba melenting.Aku dah tak dapat fikir panjang dah .


“ La…relax la Lina..saya dah settlekan semuanya ,”


“ Awak ni memang teruk….apa?! Awak dah settlekan?” belum sempat aku menghabiskan ayat untuk mengutuknya ,aku tersentak mendengar jawapan darinya.


“Ya ,dah settle,try awak cek balik,” katanya sambil tersenyum puas . Dia kemudian berdiri dan membuat senaman ringan bagi membetulkan otot-otot badanya.Aku masih tidak percaya kata-katanya .Bergurau ke apa ni. Aku segera mencapai fail-fail yang berselerak di atas meja pejabatku dan membeleknya satu persatu . Ehhh, biar betul?! Aku belek dan belek lagi .E’eh betul la..dah siap,lengkap dan tepat pulak tu.Tapi..


“ Syam,macam mana awak tahu buat semua ni? Awak ada belajar akaun ke? Awak belajar dari mana ni?”Bertalu-talu aku menyoalnya . Jauh di sudut hatiku aku begitu terharu dengan bantuannya . Dia hanya tersenyum dan terus tersenyum tanpa menjawab soalanku. Aku mengerutkan kening,apasal dia tak nak jawab soalan aku?


“ Syam,please tell me..mana awak belajar semua ni?” Aku masih tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan dari persoalan yang bermain di benakku.


“ Lina..Lina..kerja kira-kira bukan susah sangat pun.Pejam mata pun boleh buat..,” katanya sambil tergelak.


“Senang awak cakap? Awak jangan nak tipu la..orang yang tahu buatni mestila orang yang belajar akaun atau bussiness!” aku mula geram dengan sikap acuh tak acuhnya.Aku mula meraguinya,siapa Syam sebenarnya ?


“Wo..wo.gurl..Im sory..don’t think much la..Janji kerja awak dah siap.Jom balik! Saya dah penat sangat ni,” dia menggeliat lagi .


“Hurmm..yela..Anyway terima kasih banyak-banyak,” aku mula mengalah .Malas ah nak bersoal jawab dengan Syam kalau soalanku dijawab dengan jawapan sama je.


“Kasih mu diterima wahai cik Lina,” Syam menjawab beserta satu kenyitan dan senyuman nakal.Aku menjuihkan bibir.Ngada-ngada betul. Namun, sebenarnya aku bahagia dengan kata-katanya . Tak tahu la kenapa . Bila dia ada di sisiku aku berasa tenang sangat. Kenapa ye..


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 2 comments:

    1. chapter 1st lum bleh detect pape
      chapter ni best...
      mebi sebab dh kenal watak2...
      keep it up...

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)