Nurin
Warina tersenyum sendirian melihat foto-foto perkahwinannya dengan suami
tercinta, Adam Hariz . Wajah mereka tampak sungguh ceria dan secocok. Walaupun
sudah tiga tahun mahligai indah ini dibina atas dasar cinta, namun rasanya
seperti baru semalam ikatan cinta mereka bersatu. Demi Tuhan, Nurin berasa
sungguh bahagia hidup bersama lelaki itu. Dia tidak pernah menyesal mengahwini
lelaki yang pertama pernah mencuri hatinya dulu. Bahkan , dia amat bersyukur
kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab, penyayang dan mencintainya
sepenuh hati dan sanggup menerima segala kekurangan dirinya.
“
Sayang…buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?” Tiba-tiba Adam menegur Nurin yang
sedang asyik meneliti bingkai gambar di hadapannya. Nurin sedikit tersentak.
“ Tak adalah…Rin
suka tengok gambar-gambar kahwin kita. Cantik!” Balas Nurin sambil tersenyum
lebar. Matanya masih asyik memandang foto.
“ Ye
sayang…sayang memang cantik. You are the most beautiful woman in this world…”
kata Adam sambil mencuit hidung isterinya. Satu kucupan manja hinggap di pipi
Nurin. Nurin tersenyum lagi.
“ Ye la
tu..pandailah abang bodek Rin ek? Ada apa-apa ke ni?”
“ Mana ada
abang bodek..betul apa. Bagi abang..Rin adalah isteri abang yang paling cantik
tau. Tak ada perempuan lain yang boleh tandingi kecantikan Rin…lagi cantik dari
Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa tu..”
“ Ish abang
ni…ada ke bandingkan Rin dengan dia. Ersalina lagi cantik tau. Abang ni
memandai je!” Nurin buat-buat marah sambil tangannya pantas mencubit lengan
suaminya. Rasa malu pulak bila dipuji begitu.
“
Ouch..sakitla sayang…ganasnya bini abang ni…” balas Adam sambil memuncungkan
mulut. Nurin ketawa kecil.
“ Dah,
abang tu…suka sangat compare Rin dengan perempuan lain…”
“
Yelah..yelah..abang mintak maaf..kalau ye pun Rin tak nak tidur ke? Dah dekat
jam 12 tengah malam dah ni..tak kan nak tengok gambar kahwin kita sampai pagi
kot..” Balas Adam. Dia lantas memeluk erat Nurin dari belakang. Ubun-ubun
kepala isterinya dikucup lembut.
“ Ermmm…Rin
tak puas lagi tengok. Rin rasa ada kurang lah dalam gambar ni..” Kata Nurin
perlahan.
“ Ada
kurang? Kurang apa pulak? Abang handsome sangat ke?” Adam cuba berseloroh.
“ Abang ni
kan! Perasan! Tak la..Rin rasa kan best kalau kita ada anak..boleh ambil gambar
satu family dengan anak kita. Mesti lagi cantik…” Nurin berkata lagi. Adam terdiam
seketika.
“
Sayang…sabar lah. Mungkin one day Allah kita bagi rezeki anak. InsyaAllah
sayang…abang yakin satu hari nanti Allah akan makbulkan doa kita. Sayang jangan
risau okay..” Pujuk Adam lembut. Pelukannya dieratkan. Dia tidak mahu melihat
Nurin sedih.
“ Tapi
abang…dah 3 tahun kita kahwin. Dah macam-macam kita buat, tapi sampai sekarang
kita tak dapat anak. Kenapa ye?” Soal Nurin dalam sebak. Adam mengeluh. Dia
tahu, sekali isterinya menyebut soal anak, mood Nurin akan terus berubah
mendung.
“ Dah la tu
sayang..yang penting kita berusaha lagi ye. Dah..dah jom masuk tidur. Jangan
fikir apa-apa lagi okay..” Pujuk Adam lagi.
“ Maafkan
Nurin ye abang…Rin tak mampu bagi abang apa-apa…” Balas Nurin dengan perasaan
yang semakin berat. Air mata mula bergenang dalam tubir matanya.
“ Apa pulak
tak bagi abang apa-apa…sayang dah bagi abang hati dan cinta sayang pun sudah
cukup untuk abang..I love you so much baby…abang tak nak tengok sayang
sedih-sedih macam ni. InsyaAllah sayang, kita teruskan doa..Abang yakin Allah
akan kurniakan kita anak satu hari nanti. Yang penting kita jangan berputus asa
dalam berdoa….Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..emm..” Adam masih
memujuk isterinya. Bahu Nurin diusap lembut.
“
InsyaAllah abang..amin…” balas Nurin perlahan. Entah mengapa hatinya cukup sedih bila
mengenangkan yang dia masih belum ada anak. Kawan-kawannya yang lain yang
kahwin lebih lambat darinya pun sudah anak. Siap dapat kembar lagi. Dia? Tak
tahu kenapa, sampai sekarang dia belum mendapat zuriat. Sudah bermacam cara dia
cuba , namun semuanya tidak berjaya. Dia mahu bahagia macam orang lain. Kalau
boleh biarlah ada sesuatu yang boleh menjadi pengerat cinta antaranya dengan
suami. Biarlah dia tiada harta , asalkan dia ada anak. Namun, rezeki itu
ketentuan Allah. Dia tidak mampu melawan takdir. Benar kata-kata suaminya,
rezeki ini semuanya ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
####################
“
Adam..kamu tu tak rasa bosan ke? Hidup berdua je….bila nak bagi mama cucu?”
Soal Datin Marina kepada anak tunggalnya, Adam.
“ Belum ada
rezeki la mama..InsyaAllah kami berusaha lagi..” Balas Adam sambil tersenyum.
Matanya khusyuk membaca surat khabar di hadapannya. Sekarang ni, dia berada di
rumah mamanya. Nurin tidak ikut sekali, ada meeting katanya di sekolah. Nurin
merupakan Cikgu Sains di sekolah menengah berdekatan rumahnya.
“ Kamu ni
kan.. dari dulu cakap tak ada rezeki. Tak ada rezeki ke atau bini kamu tu yang
mandul!” Ngomel Datin Marina. Adam sedikit tersentak dengan andaian tak berasas
mamanya.
“
Astaghfirullahalazim mama! Apa mama cakap ni..tak baik cakap kat Nurin macam
tu…Rezeki tu kan di tangan Allah..Dia yang memberikan kita rezeki. Bukan
kita..” Adam sedikit terkilan dengan kata-kata mama nya.
“ Hurmm..betul apa mama cakap. Keturunan kita
belum ada lagi yang mandul tau. Mama yakin bini kamu tu ada masalah untuk
mengandung. Mama yakin sangat tu..” Datin Marina masih meneruskan hujahnya.
Sikitpun dia tidak berasa bersalah dengan apa yang keluar dari mulutnya.
“ Ya Allah
mama…Nurin tu kan isteri saya. Dia normal la mama..mama jangan tuduh dia
bukan-bukan. Saya yakin satu hari nanti kami akan bagi mama cucu…InsyaAllah..”
balas Adam sayu.
“ Mama
bukan menuduh..Cuma mama kesian kan kamu je. Kepingin nak anak..tapi bini pulak
mandul. Kalau kamu ikut cakap mama dulu untuk kahwin dengan Zara..mesti kamu
dah beranak pinak dah…” sambung Datin Marina lagi dengan nada sinis. Sebenarnya
dari dulu dia tak berapa berkenan dengan pilihan hati anaknya itu. Dia lagi
sukakan Zara, anak Datin Dalila, teman rapatnya itu. Tapi , Adam menolak
bulat-bulat pilihannya kerana katanya dia lagi cintakan Nurin lebih dari
segala-galanya.
“ Mama ni
kenapa? Dari tadi tak habis-habis nak mengutuk Nurin..apa salah dia mama?
Kenapa nak kaitkan dengan Zara pulak?” Kata Adam. Ternyata sabarnya semakin
menipis. Mana sanggup dia menadah telinga mendengar segala cemuhan mamanya
terhadap wanita yang dia sayang.
“ Ye
lah..sebab bini kamu tu mandul!” Balas Datin Marina kuat.
“ Mama!
Stop it!” Adam mula meninggikan suara. Ternyata sabarnya sudah sampai ke
kemuncaknya. Datin Marina sedikit terkejut.
“ Heh
Adam..mama tak pernah ajar kamu tengking mama? Ni sebab Nurin la ye yang ajar
kamu jadi kurang ajar?!” Tengking Datin Marina sambil mengurut dada.
“ Okay
mama..Adam mintak maaf okay! But please mama…please don’t say like that about
Nurin…Adam tak suka…” Adam cuba mengendurkan suaranya.
“ Adam tak
suka ye? Tapi Adam pernah tanya ke mama suka ke tak dengan Nurin tu? Tak pernah
kan? So, jangan salahkan mama kalau sampai sekarang mama tak boleh terima
dia..” Balas Datin Marina geram.
“ Tapi
mama..apa kurangnya Nurin. Dia tak pernah pun nak kurang ajar dengan mama kan?
Dia serba-serbi cukup…pandai solat, pandai mengaji, menutup aurat, penyayang,
pandai hormat orang tua..Apa lagi yang tak cukup mama? Mama lagi suka Zara yang
selalu pakai pakaian yang macam tak cukup kain tu? Yang suka pergi pub or
disco? Itu ke perempuan pilihan mama?” Adam mula berhujah. Datin Marina terdiam
seketika. Dadanya turun naik menahan marah.
“ Sudah! Kamu
jangan nak buruk-burukkan Zara pulak. Yang penting sekarang, sampai mati pun
mama tak kan suka dengan bini kamu tu! Bukan tu je…sampai bila-bila pun mama
tak kan anggap dia menantu mama! Faham?!” Balas Datin Marina lantas berlalu
dari situ. Hatinya cukup geram dengan Adam yang sudah pandai melawan
kata-katanya kini. Ini semua kerana perempuan kampung tu, Nurin! Adam
menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah mama nya yang tak pernah pandai
menilai kebaikan isteri kesayangannya itu. Baginya Nurinlah segala-galanya
baginya. Dia adalah wanita pertama dan terakhir yang dia cintai. Susah senang
dia akan bersama isterinya walau apa pun yang berlaku.
###################################
Adam merenung
kosong komputer di hadapannya. Fikirannya berkecamuk. Kata-kata mamanya semalam
cukup mengguris hatinya. Kenapalah mama nya susah sangat menerima Nurin sebagai
menantu sulungnya? Hatinya sungguh tidak berasa senang. Dia amat memerlukan
restu kedua ibu bapanya untuk meneruskan rumahtangganya bersama Nurin. Ya
Allah, apa aku perlu buat sekarang? Engkau berilah petunjuk kepadaku. Engkau
lembutkanlah hati ibuku untuk menerima Nurin dalam hidupnya. Engkau
kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh supaya dapat membuka mata mama
bahawa Nurin tidak mandul seperti yang dia sangkakan. Adam berdoa di dalam
hati. Wajahnya diraup beberapa kali.
“ Hai
Adam…Are you okay? I nampak you macam ada masalah je…” Tiba-tiba Zara muncul
dalam ruang bilik pejabatnya. Adam membuang pandang. Sungguh dia tak suka Zara .
Gedik dan seksi!
“ Hurmm tak
ada apa-apa…you kenapa tiba-tiba datang sini? Tak buat appointment pun..” kata
Adam sinis. Dia buat-buat sibuk menaip sesuatu di dalam komputer.
“ Ala..tak
kan I datang melawat you pun tak boleh. Kita kan kawan…tak kan lah kena ada
appointment jugak…” jawab Zara dengan suara yang cukup menggoda. Zara
perlahan-lahan merapatkan dirinya dengan Adam. Adam cuba mengelak.
“ It’s not
the right time to come here okay..I busy…I rasa better you balik je lah..”
Balas Adam geram.
“
Adam…sampai hati you halau I. I datang ni pun sebab I rindu sangat dengan you…I
miss you so much baby…” kata Zara manja. Dia cuba mengusap lembut wajah Adam
namun Adam lebih pantas menepis. Lelaki itu terus berdiri menjauhi Zara. Tidak
sanggup bersentuhan dengan perempuan yang tak tahu malu itu.
“ Zara..apa
tujuan you datang sini? I tak ada apa-apa urusan dengan you…So, please keluar
sekarang!” Marah Adam. Zara sedikit tersentak.
“ Why Adam?
Dulu bila I datang melawat you, you tak pernah nak halau I? Salah ke kalau I
rindukan buah hati I?” Zara sedikit menggertak. Wajahnya masam mencuka apabila
godaannya tidak berjaya.
“ Tapi itu
dulu! Sekarang I dah ada isteri..so please don’t disturb me anymore!” Adam
turut membentak.
“ But, I
still love you! I tak kan berhenti cintakan you sampai mati..tak kisah lah you
dah ada isteri ke tak!”
“
Zara..please lah! You cantik..ramai lagi lelaki lain yang boleh you jadikan
boyfriend atau suami.But not me okay!” Balas Adam geram.
“ But I
just want you!”
“
Zara..listen to me! I’m someone husband now! Cinta I just untuk my
wife…Tolonglah faham!”
“ Owh
really? Kalau you cintakan dia..kenapa sampai sekarang tak dapat anak? Kalau
you all betul-betul in love, by right sekarang you dah ada 2-3 orang anak
dah…What’s so ridiculous!” Kata Zara sinis.
“
Zara..stop it! That’s not your bussines!”
“ Ok fine!
Tapi you kena ingat…I akan pastikan one day you akan mengalah dengan I…One day
you akan melutut untuk bersama dengan I!” Zara bersumpah lantas meninggalkan
Adam yang sedang keberangan.
Adam
mengeluh berat. File di atas mejanya dicampak kasar ke lantai. Geram! Dia benar-benar tidak faham dengan Zara
ni. Zara tidak pernah berhenti mengganggu hidupnya semenjak dia berkahwin. Sungguh wanita itu memang jenis yang tak tahu
malu, makin dia tak layan, makin wanita itu mengejarnya. Dia sendiri tidak tahu
mahu berbuat apa lagi. Mujur saja, Nurin tidak tahu soal ini. Kalau tidak,
sudah pasti isterinya kecewa.
##################################
“ Abang
okay ke ni? Dari tadi Nurin tengok abang termenung je? Ada masalah kat pejabat
ke?” Soal Nurin lembut sambil menghulurkan secawan kopi panas untuk suaminya.
“ Okay
je…tak ada apa-apa lah..” Balas Adam sekadar menutup kegusaran di hati. Wajah
mulus isterinya dipandang lama.
“ Betul ke
ni tak ada apa-apa? Rin tahu abang mesti ada masalah kan? Ceritalah dekat
Rin..mana tahu Rin boleh tolong…” Pujuk Nurin lembut. Dia melabuhkan punggung
di sebelah Adam.
“ Tak
lah..abang cuma fikirkan pasal Rin…”
“ Eh,
kenapa pulak fikir pasal Rin? Rin okay je…ada yang tak kena ke?” Soal Nurin
hairan.
“ Ye
lah..dah lama abang tak bawak Rin pergi honeymoon kan…Mesti Rin bosan hidup
dengan abang..” kata Adam lembut sambil membelai rambut Nurin yang panjang
mengurai.
“ Ish abang ni, ada ke cakap macam tu. Rin tak
pernah bosanlah hidup dengan abang…Rin tak kisah pun pasal ni. Rin tahu abang
banyak kerja kat pejabat…” balas Nurin sambil tersenyum. Tangan Adam dicapai
lembut.
“ Thanks
sayang sebab memahami abang…I’m so sorry honey..” kata Adam sayu. Anak mata
Nurin direnung dalam. Dia tahu ada duka di sebalik mata itu.
“
Abang..kenapa ni? Abang tak pernah buat salah apa-apapun dengan Rin..kenapa
pulak nak mintak maaf?” Soal Nurin lagi. Hairan pulak dia tengok perubahan
sikap suaminya ini. Selalunya wajahnya ceria je.
“ Abang
mintak maaf sebab tak pernah nak buat sayang bahagia. Abang tahu abang teruk…”
“ Abang..jangan lah cakap macam tu. Hidup
dengan abang lah yang membuatkan Rin rasa bahagia sangat…Rin tak pernah
menyesal kahwin dengan abang tau..”
“ Thanks
sayang…I love you so much sayang..”
“ I love
you too abang…dah lah. Jangan cakap macam tu lagi okay..Buat Rin rasa bersalah
pulak..”
“ Okay
sayang…Abang janji bulan depan abang bawak sayang pergi honeymoon okay..”
“ Honeymoon
kat mana?”
“
Adalah…surprise!”
“
Ala..abang ni..beritahulah Rin, nanti boleh Rin buat persiapan awal..”
“ Tak payah
buat persiapan..Sayang cuma bawak diri dan hati sayang je untuk abang..boleh?”
“ Boleh..no
problem!” Balas Nurin ceria. Mereka berdua ketawa bahagia. Adam memeluk erat
tubuh isterinya. Satu kucupan manja hingga di bibir Nurin. Sungguh dia amat
mencintai wanita itu. Dia tidak sanggup melihat wanita yang dicintainya
bersedih. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk memastikan Nurin bahagia.
Dia yakin, keluar honeymoon merupakan salah satu usaha untuk mereka memperolehi
zuriat . Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami…
#####################################
“ I nak you
buat seperti yang I rancang.. I tak nak you buat kesilapan sikitpun okay..”
Zara mengarahkan sesuatu kepada seorang lelaki yang berpakaian ala-ala
gengster. Wang berjumlah RM5000 dihulurkan kepada lelaki tersebut.
“ Okay..no
problem! Bila you nak I buat ni?” soal lelaki itu.
“ As soon
as possible..ingat..kalau you buat silap, I nak duit I balik!” Tegas Zara.
“ Hello
Miss Zara..I tak pernah pun gagal dengan misi yang I buat..you jangan risau..”
Balas lelaki itu dengan penuh yakin.
“ Good..I
harap rancangan I berjaya…” kata Zara sambil tersenyum sumbing. Lelaki itu
turut tersenyum sinis. Dia yakin, kali ini rancangannya untuk memisahkan Adam
dan Nurin akan berjaya 100%. Sudah lama dia mengintip peluang seperti ini. Dia
berikrar, sampai ke hujung nyawa pun dia tak kan biarkan mereka hidup bahagia.
Adam cuma layak untuk dirinya bukan dengan perempuan kampung tu!
##############################
Nurin
terjaga dari tidur. Bunyi ketukan dari luar rumah yang bertalu-talu mengejutkan
dia dari tidur. Nurin melihat jam dinding. Angka sudah menunjukkan jam 12.30
malam. Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Nak kata Adam balik,katanya dia
ada outstation selama 3 hari. Hari ini baru hari kedua dia ke Pulau Pinang.
Nurin mula rasa tidak sedap hati. Ketukan pintu itu makin kuat . Nurin serba
salah. Dia segera turun ke tingkat bawah dan menuju ke pintu. Dia cuba
mengintai dari lubang pintu rumahnya, tapi tidak nampak sesiapapun di luar
rumah. Tubuh Nurin mula rasa seram sejuk. Jantungnya berdegup kencang. Dia
takut sesuatu yang buruk akan berlaku. Dah lah dia cuma berseorangan kini.
“
Sayang..bukak pintu ni. Abang nak masuk..” sayup-sayup kedengaran suara seorang
lelaki di luar rumah. Nurin menarik nafas lega. Adam rupanya. Tanpa berfikir
panjang dia terus membuka pintu rumahnya. Tanpa di duga pintu rumahnya dikuak
kasar menyebabkan dia hampir-hampir jatuh ke belakang.
“ Hai
sayang…” Kata lelaki itu. Bukan Adam! Nurin terkejut. Ternyata dia sudah
terpedaya. Lelaki itu cuba merapati dirinya. Nurin cuba lari namun dirinya
lebih pantas ditarik oleh lelaki itu dan dipeluk kasar.
“ Lepaskan
saya! Lepaskan!” Nurin cuba menjerit namun bibirnya lantas dirangkul kasar oleh
lelaki yang langsung dia tak kenal. Badannya dihempas kasar ke atas sofa rumah.
Dia cuba meronta namun pegangan lelaki itu cukup kejap.
“ Tolonglah
abang..jangan apa-apakan saya..” Nurin merayu lagi namun tubuhnya semakin
dihenyak kasar. Apalah sangat kudrat wanitanya yang tidak seberapa.
“ Nurin!!”
Pelukan lelaki itu terlepas tiba-tiba apabila ada satu suara lelaki menjerit
nyaring. Nurin cuba bangkit dari pembaringannya . Matanya terus terpaku pada
Adam, suaminya. Adam memandang Nurin dengan riak kecewa.
“ Abang tak
sangka Nurin..rupa-rupanya ini kerja Nurin bila abang tak ada kat rumah..Tak
sangka sangat…ini balasan Nurin pada abang…” kata Adam sayu. Hatinya cukup
terguris melihat perangai sebenar isterinya.
“
Abang..abang dah salah faham. Nurin tak tahu macam mana lelaki ini boleh
tiba-tiba ada kat sini..Tolong lah abang…Dia cuba perkosa Nurin..” Nurin terus
melutut sambil memegang kaki Adam. Air mata semakin lebat membasahi pipinya.
Tidak disangka suaminya akan beranggapan dengannya sebegitu.
“
Arghh!!Aku tak percaya! Patutlah kau
suka sangat bila aku tak ada kat rumah. Rupa-rupanya nak buat maksiat dalam
rumah ni!” Marah Adam. Wajahnya terasa membahang panas. Tubuh Nurin ditepis
kasar.
“ Tak
abang..abang silap. Sumpah, demi Allah..Nurin tak bersalah. Tiba-tiba je dia
muncul..Tolonglah abang percaya Nurin…” rayu Nurin lagi. Dia cuba memegang
lutut Adam namun Adam menolaknya kasar.
“ Bro..Aku
mintak maaf…Isteri kau yang cari aku dulu. Dia call aku suruh datang..tak kan
aku nak tolak..” Lelaki itu bersuara. Mata Nurin membulat. Wajah Adam semakin
tegang.
“ Bohong!
Abang..tolong jangan percaya cakap dia!” Teriak Nurin.
“ Betul
bro…dah lama kami buat hubungan macam ni. Ini pun Nurin yang mintak. Kalau kau
nak hukum, hukum je lah aku. Jangan kau apa-apakan Nurin..” Lelaki itu berbohong
lagi.
“ Kau diam!
Abang..tolonglah jangan percaya…Sumpah abang..Nurin tak tahu apa-apa pasal
ni..”
“ Sudah!
Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari korang berdua..Aku jijik! Kau keluar dari
rumah aku! Get out!” Jerit Adam. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu. Lelaki itu
tergesa-gesa keluar dari rumah mereka.
“
Abang..Nurin tak bersalah..”
“ Arghh!
Aku dah tak percaya kau lagi! Kau dah buat aku kecewa sangat! Kenapa kau buat
macam ni pada aku? Aku setia dengan kau tapi sanggup kau buat aku macam ni?
Kenapa? Why?!” Tengking Adam seperti terkena serangan histeria. Tuhan saja yang
tahu betapa sakit hatinya bila melihat wanita yang amat dia cintai membuat
perkara terkutuk itu.
“
Abang..bukan abang..abang silap..”
“ Apa aku
silap hah?! Kau buat benda terkutuk tu depan mata aku? Kau nak explain apa lagi
hah?! Semua dah jelas!”
“ Tapi
abang..”
“ Sudah!!
Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai hari ni aku tak kan jejak kaki lagi kat
sini. Kau nak buat maksiat kat sini pun lantak kau lah. Aku tak kan kisah lagi
pasal kau!” Teriak Adam. Dia terus mengambil jaketnya dan berlalu dari situ
membawa hatinya yang cukup kecewa. Tanpa di duga air mata jantannya tumpah jua.
Tidak pernah dia rasa sekecewa ini.
“ Abang!
Jangan tinggalkan Nurin!” Nurin cuba mengejar namun Adam lebih pantas masuk ke
dalam kereta dan berlalu dari situ.
“Abang..”
Nurin kehilangan kata. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Dalam sekelip mata suami
kesayangannya hilang dari pandangan. Ya Allah, ujian apakah ini? Tidak sangka
suaminya percaya bulat-bulat apa yang dilihatnya dan terus membuat kesimpulan
melulu seperti itu. Nurin hanya mampu menangis dan terus menangis. Sungguh
ujian seperti ini amat berat baginya.
####################
Adam
merenung kosong kolam ikan di hadapan rumah banglo mewah milik ibu bapanya. Sudah
seminggu dia tidak pergi ke pejabat. Dan sudah seminggu juga dia tidak
menjenguk Nurin di rumah banglo mereka. Hatinya masih benar-benar rasa sakit
dengan apa yang Nurin dah buat. Langsung tidak pernah terlintas dalam
fikirannya..isterinya yang ditatang bagai minyak yang penuh boleh curang
terhadapnya. Apa kurangnya kasih sayang yang dia curahkan.? Apa yang isterinya
mahukan dia mesti tunaikan selama ini. Kenapa Nurin sanggup buat dia macam ni?Fikiran
Adam semakin serabut. Fikirannya kusut. Terasa ujian ni teramat berat untuk dia
terima.
“ Adam…”
tegur Zara tiba-tiba mematikan lamunannya.
“ Hurmm
buat apa you kat rumah I?” Soal Adam tanpa sedikitpun memandang wanita itu.
“ Adam..I
risaukan you..Mama you cakap dah seminggu you tak datang kerja, tak nak makan,
tak nak bercakap. You masih sedih ke?” Soal Zara lembut. Dia terus melabuhkan
punggung di bangku di hadapan Adam. Dia memerhatikan lelaki itu dalam diam.
Wajahnya kusam tidak seperti selalu.
“ You tak
perlu risau apa-apa…I’m okay..” balas Adam lemah.
“ Apa yang
okay. Look at your face now..muka you kusam sangat…Dah lah tu Adam..tak perlu
la you seksa diri you macam ni sebab perempuan tu..” Pujuk Zara sambil memegang
lembut tangan Adam. Adam memandangnya kosong.
“ Kenapa
dia buat I macam ni ye? Apa salah I? I cintakan dia sepenuh hati I tapi sanggup
dia tikam I dari belakang…” kata Adam sayu. Zara membetulkan duduk. Dia yakin
saat ini dia boleh memancing perhatian Adam terhadapnya.
“ You tak
salah apa-apa Adam..dia yang tak reti nak menghargai cinta you. Dah lah tu
Adam..tak perlulah you bebankan diri you fikir pasal isteri you…You ada hak
untuk happy..Ramai lagi yang sayang dengan you…bukan isteri you je…”
“ Tapi I
tak boleh hidup tanpa dia.. I cintakan dia sangat-sangat..” kata Adam bertambah
sayu. Zara mengeluh kasar. Dia cuba berlagak tenang. Sungguh dia tak suka bila
Adam menyebut soal perempuan itu.
“ Adam..try
you bukak mata you..tengok sekeliling. Ada orang yang sedang menanti cinta you.
Ada lagi wanita yang boleh mencintai you lebih dari segala-galanya…”
“ Siapa?
Boleh ke dia mencintai I macam I cintakan Nurin?”
“ Yup..of
course..Malah orang tu boleh jaga you sampai hujung nyawa dia…”
“ Do you
mean yourself?” Soal Adam menduga.
“ Yes..”
balas Zara sambil tersenyum. Adam tersenyum hambar.
“ But, I’m
so sorry I tak boleh cintakan you macam dulu. Cukuplah cinta I pada Nurin..”
“ Tapi dia
dah khianati you! Dia khianati cinta you! Tak kan you masih boleh terima dia
dalam keadaan macam ni?!” Soal Zara kasar. Ternyata dia sangat cemburukan
Nurin. Ternyata cinta Adam pada Nurin tak pernah padam.
“ Dah la
tu..Zara..dah lah cakap pasal dia! I dah cukup serabut dah sekarang..” kata
Adam sebak. Matanya berkaca menahan sebak. Semakin dia fikirkan pasal
perkahwinannya dan cintanya pada Nurin yang sudah dikhianati, semakin hatinya
terasa sakit.
“ Okay..I
tak nak you sedih-sedih macam ni. I dengan mama you kan ada..boleh temankan you
kat sini ermm…We all sayangkan you..” pujuk Zara lagi. Adam diam. Malas mahu
menjawab apa-apa.
###########################
“
Abang…dengar dulu penjelasan Rin!” Kata Nurin. Kakinya laju melangkah untuk
mengejar Adam. Sedikitpun Adam tidak mahu memandang wajahnya.
“
Penjelasan apa lagi hah? It’s already clear! Aku tak nak dengar apa-apa lagi
dari kau!” Tengking Adam kuat. Sungguh saat ini dia teramat benci pada wanita
di hadapannya kini.
“ Semua tu
salah faham abang..Rin langsung tak tahu apa-apa..Rin tak tahu macam mana
lelaki tu boleh ada kat situ. Tolonglah percaya pada Rin abang…” Nurin masih
terus merayu. Air matanya lebat membasahi pipinya namun sedikitpun tidak
mengendurkan amarah Adam.
“ Kau nak
aku percaya kau? Macam mana aku nak percaya? Terang-terang kau buat benda
terkutuk tu depan aku..sampai mati pun aku tak kan percaya kau!” Balas Adam
geram. Kekecewaannya semakin hari semakin parah. Mana mungkin dia maafkan
wanita yang sanggup khianati kesetiaan cintanya.
“
Abang..Rin merayu sangat-sangat. Percayalah..Rin teraniaya..Sumpah..demi Allah,
Rin tak buat benda-benda tak senonoh tu belakang abang..”
“ Sudah!
Tak payah kau nak guna nama Allah kat sini. Kau nak kena laknat ke sebab
menipu? Kau ingat kau boleh terlepas dari hukum Allah?”
“
Abang..Rin..”
“ Stop it!
Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Cukuplah hubungan kita setakat ni saja..”
“
Abang..tolonglah jangan ceraikan Rin…Rin merayu sangat-sangat..”
“
Aku..arghh!!” Kata-kata Adam seperti tersekat di kerongkong. Demi Tuhan, dia
tidak sanggup melafazkan talak itu pada Nurin. Dia cuba menarik nafas
dalam-dalam. Dia cuba berfikir secara rasional. Dia tidak mahu membuat
keputusan terburu-buru. Melihat wajah Nurin di hadapannya yang penuh sayu ,
tiba-tiba terdetik rasa kesian dalam hatinya. Namun egonya melampaui segalanya.
Dia tidak akan mudah mengalah dengan pujuk rayu Nurin. Dia tak nak terpedaya
lagi!
“ Mulai
hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi! Cukuplah apa kau dah buat pada aku!
Kau balik lah…jangan kau muncul lagi kat sini!” Kata Adam penuh dengan rasa
marah. Nurin terkesima. Tidak sangka sampai macam tu sekali suaminya salah
sangka terhadapnya.
“ Tapi
abang..Nurin rindu abang sangat-sangat…Kalau abang nak tahu, Nurin dah
mengandung anak abang…masuk 3 bulan dah…” Nurin masih belum puas memujuk Adam.
“ Apa?! Kau
mengandung?! Astaghfirullahalazim..berani kau mengaku tu anak aku? Kau cakap
dengan aku..tu anak kau dengan jantan tu kan?!” Panas hati Adam semakin
membara. Sungguh berita yang baru didengarnya seperti menyiram minyak ke atas
api yang membara. Hatinya bertambah pedih.
“ Ya Allah
abang! Apa abang merepek ni..ini anak abang lah? Dah lama kan kita tunggu mahu
anak…Alhamdulillah abang..Allah bagi kita rezeki ini..untuk kita…”
“ Bohong!
Kau jangan harap aku nak percaya! Oh, jadi selama ini kau buat hubungan dengan
lelaki lain sebab nak dapatkan anak la ye..bila dah dapat anak, kau mengaku tu
anak aku. Kau ni jijik lah!”
Panggg!!!!
Satu
tamparan hebat hinggap di pipi Adam. Adam terdiam seribu bahasa. Tidak sangka
Nurin akan menamparnya.
“ Cukup
abang! Cukup lah abang tuduh Rin macam-macam. Tapi tolong jangan hina anak
kita. Kalau abang tak nak terima Rin tak apa..tapi tolong terima anak ini!”
Nurin menekankan kata-katanya. Ternyata kata-kata Adam cukup mengguris hatinya.
“ What so
ever!” Teriak Adam lantas terus berlalu ke arah keretanya yang di parkir di
luar pejabatnya tanpa menghiraukan Nurin yang berdiri di situ. Hatinya terasa
seperti disiat-siat. Tiada sekelumitpun kepercayaannya pada Nurin. Kehadiran
makhluk bernyawa di dalam rahim Nurin menambahkan lagi rasa geram dan benci
terhadap wanita itu. Adam menumbuk stereng keretanya beberapa kali. Melepaskan
geram yang sudah lama terbuku di hati.
“ Ya
Allah..kau tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah..kau selamatkanlah daku dan
anak ini daripada fitnah dunia..Kau buka kanlah pintu hati suamiku untuk
mempercayai dan menyintaiku lagi seperti dulu..Aku berserah kepadaMu Ya
Allah..” Nurin berdoa dalam nada sebak. Air mata yang membasahi pipinya dikesat
perlahan-lahan. Terasa dirinya cukup hina pada pandangan Adam. Suaminya yang
dulu begitu penyayang dan mencintainya sepenuh hati kini berubah menjadi
seorang yang bengis dan tidak berhati perut. Ternyata dia begitu lemah untuk
menghadapi semua ujian ini. Hanya anak di dalam rahim inilah yang menjadi
penguat semangatnnya untuk terus menegakkan kebenaran dan memulihkan
hubungannya dengan Adam.
############################
Pertemuan
dengan Adam semalam masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Dia cukup kecewa
kerana gagal meyakinkan Adam untuk mempercayai kata-katanya. Entah siapa yang
cuba menfitnah dirinya. Sungguh dia rasakan benar-benar teraniaya. Mana mungkin
dia berpisah dengan Adam Hariz, suaminya yang tercinta semenjak mereka
mendirikan mahligai bahagia bersama. Cintanya hanya untuk Adam, tiada yang ke
dua.
Dia tidak sanggup membiarkan cintanya musnah semata-mata kerana insan yang
pendusta. Hanya doa yang mampu dia hulurkan setakat ini semoga Adam akan
kembali kepadanya. Sesungguhnya dia hanya insan lemah yang tidak mampu berbuat
apa-apa tanpa izinNya.
Dia cuba
mencapai buku-buku latihan pelajarnya di atas meja guru miliknya. Dengan rasa
berat, dia mengagahkan jua untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di
sekolah ini. Selang beberapa minit, tiba-tiba dia rasa jantungnya berdegup
kencang, nafasnya tiba-tiba menjadi sesak, kepalanya terasa berpusing, keringat
mula membasahi wajah dan tubuhnya. Dia cuba bangkit namun tidak berjaya, sebaliknya
dia terjatuh terbaring di atas lantai.
“ Nurin,
kenapa ni?!” Tiba-tiba Cikgu Zarina datang menerpa ke arahnya. Semua guru-guru
yang ada di situ panik melihat keadaan Nurin. Nurin ingin berkata sesuatu namun
kudratnya menjadi semakin lemah. Matanya berpinar-pinar dan akhirnya menjadi
gelap gelita. Nurin pengsan!
“ Ya
Allah..Nurin pengsan lah! Jom kita bawak dia pergi ke hospital cepat!” Jerit
Cikgu Zarina sambil kelam kabut memapah tubuh Nurin dan diturut dibantu oleh
guru-guru lain. Mereka segera mengejarkan Nurin ke
hospital berdekatan.
########################
“Puan pasti
mahu meneruskan kandungan ni?” Soal Dr.Tan pada Nurin.
“ Pasti
doktor.Saya tidak sanggup menggugurkan kandungan ni..” balas Nurin dalam sebak.
“ Tapi puan
tahu kan apa risikonya? Puan sekarang menghidap sakit jantung berlubang
peringkat severe..jadi kalau kandungan ni diteruskan sampai ke 7-8 bulan,
mungkin ia akan membahayakan nyawa puan. Sekarang ni pun puan dah tunjukkan
tanda-tanda kegagalan fungsi jantung tapi masih di peringkat awal lagi..”
terang Dr.Tan dengan panjang lebar.
“ Saya
faham doktor. Tapi saya tetap mahu meneruskan kandungan ini. Biarlah saya mati,
asalkan anak dalam kandungan ni selamat. Saya nak buktikan pada suami saya yang
anak ini anak dia. Anak ini tak bersalah..” kata Nurin sayu. Dia sanggup
mengambil apa saja risiko asalkan dia dapat mengembalikan kepercayaan Adam pada
dirinya.
“ Puan
sudah bincang sama suami? Mana tahu dia tak setuju?” Soal Dr.Tan, masih tidak
berpuas hati dengan jawapan Nurin.
“ Tidak
perlu bincang dengan dia. Saya yakin keputusan saya ni betul..”
“ Baiklah
kalau macam tu..Tapi saya harap puan fikir balik soal risiko-risiko yang saya
terangkan tadi. Kalau boleh, saya tak nak apa-apa terjadi sama puan. Kandungan
ni benar-benar boleh mengancam nyawa puan…” Terang Dr.Tan lagi.
“ Saya tak
kisah doktor…tapi tolonglah selamatkan kandungan saya..Saya benar-benar ingin
dia lahir ke dunia ni..Tolonglah saya doktor…” Rayu Nurin bersungguh-sungguh.
“ Saya akan
cuba buat yang terbaik. Tapi buat masa sekarang, puan kena tinggal di wad untuk
beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut. Puan tidak dibenarkan buat kerja-kerja
berat atau berjalan jauh…Takut nanti symptom yang puan alami akan jadi makin
teruk…”
“ Baiklah
doktor..” Balas Nurin sambil tersenyum hambar. Dr.Tan memandangnya dengan penuh
rasa simpati. Tidak sanggup pulak melihat pesakitnya bakal menghadapi maut
semasa bersalin nanti. Jauh disudut hatinya mengharapkan Puan Nurin dan anaknya
dua-dua selamat.
####################
“
Adam..kenapa papa tengok Adam semakin tak fokus dengan kerja ni? Sejak
akhir-akhir ini kita banyak hilang projek sebab Adam tak pergi mesyuarat dengan
kita punya partner. Kenapa ni Adam? Any problem?” Soal Datuk Yazid pada Adam
yang sedang bersantai di laman rumah banglo mewahnya. Sudah lama dia tidak
bertemu dengan Adam kerana dia sibuk dengan urusan syarikatnya di Australia.
“
Erm..entahlah papa. Adam tak ada mood..” Jawab Adam ringkas.
“ Why Adam?
Fikirkan pasal Nurin ye?” Soal Datuk Yazid sekadar menduga.
“ Tak
lah..tak guna nak fikirkan pasal perempuan yang dah musnahkan cinta Adam pada
dia..” Adam cuba berbohong menutup rasa gusar di hatinya.
“ Adam
jangan tipu papa boleh tak? Papa kenal Adam dari kecil lagi, papa tahu Adam
rindukan Nurin kan?”
“ Kalau
rindu pun tak guna jugak papa..Nurin dah curang dengan Adam. Adam rasa sakit
sangat papa..tak pernah Adam rasa sakit macam ni…” balas Adam sayu. Walaupun
sudah lebih 5 bulan peristiwa itu berlaku tapi Adam masih tidak dapat melupakan
apa yang terjadi. Mesej dan panggilan daripada Nurin langsung dia tidak layan.
Dia benci wanita itu tapi tidak pula dia sanggup menceraikannya. Dia sendiri
keliru dengan perasaannya sendiri.
“ Ye..papa
ada dengar jugak cerita pasal Nurin. Tapi Adam yakin ke dengan apa yang Adam
dengar dan lihat? Mana tahu Nurin cuma teraniaya…” kata Datuk Yazid.
“ Teraniaya
apa papa? Adam sendiri tengok dia buat maksiat depan Adam..macam tu papa cakap
Adam tak boleh percaya?!” Soal Adam sedikit kasar. Datuk Yazid mengeluh halus.
“ Tapi tak
tahu kenapa, hati papa ni susah betul mahu percaya. Ye lah, Nurin tu kan budak
baik..sopan, tak suka bersosial, jaga solat. Tak kan lah dia sanggup buat macam
tu..”
“ Itu lah
masalahnya papa…Adam pun susah mahu percaya pasal ni..Tapi tak semestinya orang
nampak baik tak boleh buat benda terkutuk macam tu…”
“ Tapi
Adam..kalau benda tu tak betul macam mana? Itu fitnah namanya..Hukum fitnah
berdosa besar tau…”
“ Dahlah tu
papa…Adam malas nak cerita pasal perempuan tu. Buat sakit hati je..”
“ Papa pun
tak tahulah nak cakap apa lagi..Tapi papa harap Adam siasat balik benda ni
betul ke tak. Mana tahu ada orang yang nak aniaya Adam…” Pujuk Datuk Yazid
lagi. Dia yakin, menantunya tidak akan buat perkara terkutuk seperti itu.
“ Nak
siasat apa lagi papa? Tak guna dah..the truth is still the truth..Adam sumpah,
sampai matipun Adam tak kan percayakan perempuan tu..Sumpah!” Tegas Adam. Panas
hatinya bila mendengar papanya membela Nurin.
“ Adam..tak
baik bersumpah macam tu. Nanti sumpah makan diri, susah pulak…” tegur Datuk
Yazid.
“ Apa-apa
je lah papa..” jawab Adam malas. Dia merengus geram. Hatinya tidak pernah
tenang semenjak dia meninggalkan Nurin. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu
soal perempuan itu. Persetankan semua itu. Yang pasti sampai bila-bila pun dia
tak kan maafkan Nurin!
###############################
Hari ini Adam keluar membeli-belah bersama
Zara. Sudah lama dia tidak keluar bersiar-siar. Baginya, mujurlah ada Zara yang
selalu menemaninya dan memulihkan semangatnya yang hilang setelah kecewa dengan
Nurin. Baginya Zara adalah pendengar yang paling setia untuk setiap masalah
yang dia luahkan. Zara pandai mengambil hatinya. Dia cukup senang bila bersama
dengan wanita itu membuatkan dia lupa seketika pada Nurin, wanita yang menjadi
musuhnya kini. Benarlah kata mamanya yang Zara merupakan wanita yang lebih baik
dari isterinya sendiri walaupun Zara agak bersosial dan seksi.
Sekurang-kurangnnya Zara pandai menjaga kehormatannya. Bukan macam Nurin!
Sanggup serahkan diri kepada yang bukan hak!
“ Adam..you
tunggu I sekejap ek. I nak pergi toilet kejap…” kata Zara tiba-tiba.
“ Okay..tapi
jangan lama sangat tau..I tunggu you kat sini okay..” balas Adam sambil
tersenyum.
“ Thanks
Adam..tunggu tau..kejap je..” kata Zara manja lantas berlalu dari situ
meninggalkan Adam bersendirian di situ.
Nurin yang
sedang memilih baju bayi di sebuah kedai berdekatan terpana apabila melihat
kelibat Adam sedang berdiri di hadapannya. Adam masih tidak perasan akan
kehadirannya. Nurin cukup teruja melihat lelaki yang dicintainya kini berada di
depan mata. Sungguh dia amat menyintai lelaki itu hingga kini, biar pelbagai
tohmahan yang lelaki itu lemparkan padanya. Kesetiaannya pada Adam tidak pernah
terhakis walau seberat mana pun badai yang datang. Nurin cuba merapati Adam
perlahan-lahan .
“ Abang…”
Tegur Nurin. Adam tersentak apabila melihat Nurin berada disitu. Dengan serta-merta
wajahnya berubah riak.
“ Nurin?
Buat apa kau kat sini?” Soal Adam kasar. Urat lehernya kelihatan tegang menahan
marah. Lebih-lebih lagi apabila melihat
perut Nurin yang semakin memboyot membawa kandungan haram.
“ Abang…Rin
rindu abang…Dah lama kita tak jumpa kan? Abang tak rindu Rin ke? ” Soal Nurin
dengan ceria sekadar menutup rasa sebak di hati apabila melihat reaksi Adam.
“ Rindu
kau? Heh, dalam mimpilah! Aku tak kan rindu dengan perempuan jijik macam kau
okay!”
“
Abang..tak baik cakap Rin macam tu? Sampai bila abang nak seksa Rin macam ni?
Baby kita dah makin besar abang..dia perlukan abang bila dia lahir nanti..”
Balas Nurin dalam sebak.
“ Excuse
me..baby kita?? Kau dah gila ke? Kau jangan ingat aku nak bertanggungjawab
dengan anak haram kau tu! Kalau dia lahir, kaulah yang jaga..jangan nak
bebankan aku pulak!” Kata Adam kasar. Geram melihat wajah Nurin yang langsung
tidak ada rasa bersalah dalam dirinya.
“
Astaghfirullahalazim abang..mengucap bang..Ini anak abang..Baby kita perlukan
abang. Rin tak pasti boleh jaga dia ke tak lepas dia lahir..” kata Nurin sayu.
Matanya sudah bergenang dengan air mata.
“ Kenapa
pulak kau tak boleh jaga? Kau nak lari lepas kau lahirkan anak haram ni? Macam
tu?”
“ Tak
abang..sebab Rin akan..”
“
Sayang..what are you doing here..penat I cari you tau..” kata-kata Nurin
terhenti seketika apabila tiba-tiba Zara muncul di situ. Nurin kelihatan
sedikit terkejut.
“ Sorry, I
tak sengaja. Tiba-tiba je I jumpa dengan perempuan ni..” balas Adam sinis. Zara
memandang Nurin dengan pandangan cukup menyampah.
“ Oh I
see..apa yang dia nak lagi dari you? Bukan you all dah berpisah ke?” Soal Zara
pada Adam.
“ Yes..we
all dah berpisah. Tapi sampai sekarang dia tak berhenti nak kacau I . Nak suruh
I bertanggungjawab dengan baby haram dia tu..” Jawab Adam geram. Nurin
terkesima. Sebak yang ditahan dari tadi akhirnya terluah juga dengan air mata.
Tidak sangka sampai macam tu sekali Adam hina dia.
“ Abang…tolonglah
jangan hina anak kita macam tu..Kalau pun abang dah ada perempuan lain dan dah
tak sayangkan Rin, tolonglah terima dia…Sebab lepas ni, dah tak ada siapa-siapa
lagi yang boleh jaga dia melainkan abang…” Kata Nurin tersekat-sekat. Adam
tidak mengerti maksud kata-kata Nurin.
“ No! Aku
tak kan terima anak tu ! Haram aku sentuh dia!” Adam membentak kasar. Zara
tersentak melihat amarah Adam namun jauh di dalam hatinya cukup gembira melihat
adegan itu di depan matanya.
“ Sampai
hati abang cakap macam tu…” Esakan tangis Nurin semakin kuat.
“ Hei
perempuan! Kalau dah orang tak suka you..baik you pergi jelah. Kalau you nak
tahu Adam dah ada I..tak lama lagi kami nak nikah..So baik you jangan nak
ganggu dia lagi!” Kata Zara dengan penuh bangga. Nurin menggeleng-gelengkan
kepala, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“ Bohong!
Abang..cinta abang hanya untuk Rin kan? Abang ingat lagi tak, abang cakap Rin
sorang je dalam hati abang..tak ada orang lain dah. Apa yang perempuan ni cakap
semuanya tak betul kan abang?” Soal Nurin bertalu-talu sambil memegang bahu
Adam namun lelaki itu lebih pantas menepis.
“ Arghh!!
Itu dulu..sekarang sikitpun aku tak ada rasa cinta kat kau..tapi aku rasa jijik
sangat bila tengok kau. Baik kau berambus dari hidup aku!” Tengking Adam kuat membuatkan
beberapa pengunjung di pusat membeli-belah tersebut terkejut. Senyuman Zara
semakin lebar melihat amarah Adam pada isterinya.
“ Ya
Allah..abang..”
“ Dah lah!
Jom lah kita pergi dari sini. Tak kuasa aku nak layan perempuan ni!” Tegas Adam
sambil terus menarik tangan Zara untuk pergi dari situ. Nurin terduduk
lesu. Air mata semakin lebat membasahi
pipinya.
Ya Allah dugaan apakah ini? Terlalu perit dan pahit untu dia telan
semuanya. Kenapa sedikitpun tiada rasa belas dalam hati suaminya? Sudahlah dia
digantung tak bertali, sekarang ni suaminya sanggup menyeksa jiwa raganya
sekejam ini. Dia benar-benar sudah putus harap. Kandungannya yang hampir
mencecah 9 bulan itu diusap dengan penuh rasa sayu. Ya Allah..anak ini tidak
berdosa, dia anak suamiku..Kau tolonglah lindungi dia. Lembutkanlah hatinya
untuk menjaga dan membesarkan anak ini apabila aku sudah tiada di dunia ini.
Hanya inilah bukti cintaku pada suamiku, Adam Hariz…
###################################
Adam
termenung sendirian di jendela. Fikirannya berkecamuk. Entah mengapa dia berasa
amat bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya beberapa
hari yang lepas. Hatinya berbelah bagi, ada rasa benci, sayang, kecewa dan
sedih. Dia tidak pasti mampu menerima Nurin kembali dalam hidupnya atau tidak.
Semakin dia menafikan perasaan cintanya pada Nurin, semakin perasaan itu
membelenggu dirinya.
Pertemuannya dengan Nurin tempoh hari setelah sekian lama
tidak menjenguk wanita itu cukup menggetarkan jiwa lelakinya. Jiwanya meronta
hebat ingin memeluk wanita itu tapi egonya melebihi segala-galanya. Bayangan
perbuatan Nurin masih segar dalam ingatannya. Begitu sukar untuk dia lupakan
apa yang sudah Nurin lakukan selama ini. Mahligai bahagia yang dibina lebih 3
tahun akhirnya runtuh disebabkan kecurangan Nurin. Adam cukup kecewa . Kecewa
dengan Nurin, kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu menjadi suami
yang terbaik untuk Nurin sehingga Nurin sanggup menggadaikan maruahnya untuk
lelaki lain.
“
Adam..kenapa termenung kat sini ni? Zara dah tunggu kat luar tu..bukan Adam dah
janji dengan dia ke mahu keluar?” Tegur Datin Marina tiba-tiba. Lamunan Adam
mati. Dia memandang ibunya dengan pandangan sayu.
“ Beritahu
Zara, Adam tak sihat. Tak jadi keluar…” Balas Adam ringkas. Dia kembali
melontarkan pandangan ke luar jendela.
“
Adam..kenapa ni? Ada masalah ke?” Soal Datin Marina. Risau pulak melihat
keadaan Adam yang tiba-tiba berubah mendung.
“ Adam rasa
Adam tak jadi nak teruskan perkahwinan dengan Zara..”
“ Apa?!
Adam jangan main-main dengan mama…” Hampir saja tersentap jantung Datin Marina
mendengar kata-kata Adam.
“ Adam tak
main-main mama…Cukuplah Adam kecewa dengan Nurin. Adam tak nak kecewa lagi..”
“ Ya Allah
Adam..kamu jangan nak sakitkan hati mama. Buat apa kamu nak fikir pasal
perempuan tu lagi? Zara bukan Nurin..Mama pasti dia boleh bahagiakan kamu…”
balas Datin Marina. Dia sebolehnya cuba mengawal kemarahannya.
“ Macam mana Adam nak bahagia..Adam tak cintakan
dia…”
“ Cinta
boleh dipupuk lepas kahwin Adam…kalau kamu bercinta bagai nak rak pun belum
tentu bahagia. Tengok macam apa yang berlaku antara kamu dengan Nurin..kamu
kahwin atas dasar cinta kan? Tapi tengok..last..last bercerai jugak..”
“ Kami
belum bercerai lah mama!” Adam tiba-tiba meninggikan suara. Datin Marina
sedikit tersentak.
“ Apa?!
Kamu ni kenapa Adam? Kalau nak kahwin dengan Zara, ceraikan la dulu Nurin…Kamu
ingat kahwin ni boleh dibuat main-main?” Datin Marina membentak. Naik hairan
dia. Dulu Adam jugak bersetuju apabila dia cadangkan tentang perkahwinannya
dengan Zara. Sekarang ni, bila tinggal seminggu je lagi majlis tu akan
berlangsung, Adam seperti mahu mengubah fikiran pulak.
“ Adam tak
sanggup nak ceraikan Nurin. Nurin cinta pertama Adam…Hati Adam cuma ada pada
Nurin je mama…”
“ Tapi kamu
dah lupa ke yang perempuan tu dah kecewakan Adam? Perempuan tu yang cuba
cemarkan maruah keluarga kita? Dasar perempuan tak sedar diri!”
“ Dah lah
tu mama..jangan kusutkan fikiran Adam lagi. Yang pasti, Adam tak nak teruskan
perkahwinan dengan Zara!” Tegas Adam. Sungguh dia sudah fobia dengan
perkahwinan. Dia tidak sanggup lagi jika dirinya dikecewakan lagi.
“ Hish,
mama tak tahu lah nak cakap dengan kamu ni Adam. Malu mama dengan Datin Dalila!
Semua dah siap, tinggal tunggu kamu naik pelamin je. Sekarang ni tiba-tiba kamu
cakap macam ni! Tak faham betul lah!” Bebel Datin Marina. Dadanya turun naik
menahan marah.
“ Maafkan
Adam mama..tolonglah faham Adam..Adam betul-betul belum bersedia untuk ini…”
“
Baiklah..mama tak nak masuk campur. Kamu jumpa lah sendiri Zara dengan mamanya.
Explain kat diorang bagus-bagus. Mama malu tahu tak? Malu! Tak sanggup mama nak
tebalkan muka cakap yang kamu tak jadi kahwin dengan Zara…” kata Datin Marina
geram sambil kakinya terus melangkah keluar dari bilik Adam. Dia mengurut dada
yang terasa sungguh sesak kini!
###############
“Adam..what’s wrong with you? Kenapa you tiba-tiba nak batalkan perkahwinan
kita?” Soal Zara cemas.
“ I’m so
sorry Zara. I tak boleh nak bahagiakan you..I tak cintakan you..” Jawab Adam
selamba.
“ But I
love you so much Adam..please jangan buat I macam ni. I tak kisah you tak
cintakan I..tapi I tetap nak kahwin dengan you…” Rayu Zara.
“ Zara..tolonglah
faham I..I tak boleh hidup dengan orang yang I tak cinta..You carilah lelaki
lain yang lebih baik dari I…I tak boleh nak bahagiakan you…”
“ But why?
Sebab ex-wife you ke?” soal Zara menduga. Hatinya amat sakit kini apabila Adam
tiba-tiba membatalkan rancangan perkahwinan mereka. Hancur semua harapannya
untuk hidup bersama lelaki itu.
“ Tak ada
kaitan dengan dia okay!”
“ You
jangan tipu I. I tahu you ubah fikiran lepas you bertembung dengan Nurin kan
hari tu? I nampaklah yang you terus berubah lepas hari tu...I tahu you batalkan
perkahwinan kita sebab Nurin kan?” Soal Nurin bertalu-talu membuatkan Adam
terdiam. Apa yang diduga oleh Zara semuanya tepat sekali. Adam tidak tahu mahu
cakap apa lagi.
“ Yeah..it’s
true right? Why Adam? You cakap you dah benci dengan Nurin tapi kenapa sebab
dia you sanggup kecewakan I?” Soal Zara lagi.
“ Sebab I
masih cintakan dia…” balas Adam perlahan. Dia tidak pasti ikhlaskah dia berkata
begitu?
“ You masih
cintakan orang yang dah sakitkan hati you? You cintakan orang yang dah gadaikan
maruah you? Macam tu?” Zara langsung tidak berpuas hati dengan jawapan Adam.
“ Dah lah
tu Zara. Don’t ask me more questions. Jangan kaitkan Nurin dengan hal kita.
Yang pasti I tetap tak nak teruskan perkahwinan kita..”
“ Tapi
Adam..you..”
“ It’s
enough! I need to rest now…” balas Adam sambil terus mematikan talian telefon.
Fikirannya yang sudah sedia serabut semakin berserabut dengan asakan dari Zara.
Wanita itu masih tidak boleh terima keputusannya.
Zara
menghempaskan telefon bimbitnya. Hatinya cukup sakit saat ini. Langsung dia tak
sangka Adam akan membatalkan perkahwinan dengannya di saat-saat akhir begini.
Dia ingatkan apa yang dia rancang semuanya akan berjalan dengan lancar. Arghh!!
Ini semua kerana Nurin! Kalau perempuan itu tak muncul di depan Adam hari tu,
pasti dia sudah selamat menjadi isteri Adam. Zara mengetap bibir. Sungguh dia
teramat benci pada Nurin, perempuan yang sudah merampas hati Adam darinya. Dia
mula mencongak untuk merencanakan suatu rancangan jahat bagi menghapuskan Nurin
dalam hidupnya. Dia tak kan sesekali membiarkan Nurin mendapatkan kembali cinta
Adam. Itu sumpah dia!
####################
Nurin cuba
bangkit dari pembaringannya. Namun tidak berjaya. Tiba-tiba dia merasakan
tubuhnya seram sejuk, dunia terasa seperti berputar, peluh dingin mula memercik
membasahi tubuhnya. Nafasnya kian sesak . Dadanya terasa sakit yang mencengkam
segenap ruang tulang rusuknya. Jantungnya berdegup kencang.
“ Umi!!”
Dengan kudrat yang masih bersisa, Nurin cuba memanggil ibunya.
“ Ya Allah!
Kenapa ni Nurin? Apa dah jadi ni?!” Puan Maisara, ibu Nurin terus menerpa ke
arah Nurin yang sudah kelihatan pucat lesi. Bibirnya kelihatan mula membiru.
“ Su…sah..Na..fas..”
kata Nurin tersekat-sekat. Dia memegang dadanya yang semakin sakit.
“ Sabar Nurin.
Abang!! Nurin bang…cepat bawak dia ke hospital!” Teriak Puan Maisara. Encik
Hamid, bapa Nurin terus mendapatkan mereka dua beranak.
“ Ya Allah…apa
yang berlaku ni Sara? Kenapa dengan anak kita?” Soal Encik Hamid panik.
“ Tak tahu
abang….Badan dia makin lemah ni abang. Cepatlah abang bawak dia ke hospital..”
Jawab Puan Maisara sambil menangis tersesak-esak. Encik Hamid kelam kabut
mendukung Nurin dan terus membawanya ke kereta yang diparkir di luar rumah.
Tubuh Nurin
semakin lama semakin lesu. Tangan dan kakinya mula membiru. Jantungnya semakin
kuat berdegup. Mata Nurin berpinar-pinar. Nurin memperbanyakkan istighfar di
dalam hati.
‘ Ya
Allah..tolonglah selamatkan aku dengan anak ini…’ Hanya itu yang mampu Nurin
berdoa. Dia sanggup mati kerana anak itu
kerana anak inilah yang akan menjadi bukti cintanya pada Adam Hariz.
#########################
“ Zara..”
tegur seorang lelaki tiba-tiba. Zara yang sedang menunggu di luar pejabat Adam
terkejut melihat kehadiran lelaki itu.
“ You buat
apa kat sini?” Soal Zara cemas. Dia melilau melihat keadaan sekeliling. Takut
Adam nampak kehadiran lelaki itu di sini.
“ Kenapa?
Kau takut?” Soal lelaki itu sinis.
“ Buat apa
I nak takut. Hei, kan I cakap jangan cari I lagi!” Bentak Zara.
“ Urusan
aku dengan kau belum selesai lagi. Kau belum bagi sepenuhnya duit upah aku…”
balas lelaki itu dengan pandangan menyinga. Zara mengetap bibir.
“ You nak
duit apa lagi hah?! Dah lah buat kerja tak habis…aku suruh kau rogol Nurin,
tapi kau tak buat tu kenapa?!” Balas Zara sinis.
“ Hello
Miss Zara, yang kau pergi suruh laki dia datang time tu kenapa? Kau sengaja nak
perangkap aku kan?” Lelaki itu melemparkan paku buah keras pada Zara.
“ It’s not
your bussness ok! I dah tak ada apa-apa urusan lagi dengan you. Baik you pergi
dari sini!” Tegas Zara. Lelaki itu sekadar ketawa mengejek.
“ Kenapa?
Kau takut Encik Adam tahu pasal rancangan jahat kau ni?”
“ You jangan
nak merepek ok!” Marah Zara. Dia semakin tidak senang duduk. Matanya liar
memandang sekeliling.
“ Aku tak kan
blah dari sini selagi kau tak bagi duit aku macam kau janji dulu!”
“ Heh, you
ni memang tak reti nak bersyukur ye? Dah lah misi gagal..ada hati nak mintak
duit lebih! Pergi mampuslah!”
“ Kau
memang nak mati la Zara!” Kata lelaki itu lantas terus cuba menyerang Zara.
“ Zara!!”
Aksi lelaki itu terhenti apabila Adam tiba-tiba muncul di situ.
“
Adam..tolong I..lelaki ini cuba pukul I..” rayu Zara . Adam memandang wajah
Zara dan lelaki itu silih berganti.
“
Zara..betul ke you yang suruh lelaki ini rogol Nurin dulu?” Adam menekankan
suaranya. Dari tadi lagi dia terpacak di situ dan dengan tak sengaja mendengar
perbualan antara Zara dengan lelaki itu.
“ Adam..apa
yang you cakap ni? Mana ada I suruh dia buat macam tu..” Zara cuba berdalih.
“
Zara..please answer my question!” Adam mula meninggikan suaranya.
“ Ini semua
bohong! Jangan percaya lelaki ni!” Balas Zara panik.
“ Encik
Adam…aku kena terangkan perkara sebenar. Sebenarnya bini kau tu masih suci. Aku
tak pernah sentuh dia. Cik Zara yang upah aku suruh rogol bini kau..supaya kau
dah hilang kepercayaan pada dia!” Tiba-tiba lelaki itu mencelah. Adam
tersentak. Jantungnya bagaikan direntap.
“ Hey
penipu! Kau diamlah! Adam, jangan percaya cakap dia! I tak pernah buat apa-apa
pun..I tak pernah upah dia!” Zara cuba membela diri.
“ Zara..I tak
sangka you sekeji tu..Kenapa you sanggup fitnah Nurin sampai macam tu sekali?
Why?!” Marah Adam. Hatinya cukup sakit kini. Rupa-rupanya selama ni dia tertipu
bulat-bulat dengan sandiwara Zara.
“
Adam..please..listen to me…I tak ada niat nak buat Nurin macam tu..”
“ What do
you mean dengan tak ada niat?! You dah fitnah dia…then you cuba pisahkan I
dengan dia sampai I ingat anak dalam kandungan dia tu anak haram! You kejam
Zara! You kejam!”
“ I buat
semua tu sebab I cintakan you Adam…I nak hidup bersama you..I tak nak ada
perempuan lain yang rampas you dari I..” Zara sudah teresak-esak menangis. Dia
cuba memeluk Adam tapi Adam lebih pantas menepis.
“ I tak kan
maafkan you sampai bila-bila! You keji! You jijik! I hate you damn much!”
Teriak Adam . Kakinya laju meninggalkan Zara yang sudah menangis bagaikan orang
gila di situ.
###########################
Kepala Adam
terasa sakit sangat. Dia meraup mukanya beberapa kali. Ya Allah..apa aku dah
buat ni? Aku dah berdosa dengan Nurin. Aku sudah menfitnah seorang isteri yang
suci dan begitu tulus mencintaiku gara-gara terlalu percayakan wanita pemusnah
rumahtanggaku. Adam berasa sungguh menyesal kerana telah menyeksa jiwa dan raga
Nurin sudah sekian lama. Dia tak sengaja. Benarlah..Nurin teraniaya!
Tiba-tiba
dia teringatkan kandungan Nurin yang dia rasakan mungkin sudah masuk 9 bulan.
Tanpa berlengah masa dia terus mendail nombor telefon Nurin. Sungguh, dia amat
rindu wanita itu. Dia ingin memohon maaf sungguh-sungguh dengan Nurin. Lama
talian itu berbunyi namun tidak diangkat. Dia cuba lagi mendail beberapa kali.
Adam mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena
tentang Nurin.
“ Hello..”
Setelah sekian lama barulah panggilannya disambut.
“ Hello
Nurin, abang ni..Nurin sihat?” Soal Adam ceria.
“ Adam..umi
ni…” balas Puan Maisara sebak. Adam terkejut kerana bukan Nurin yang
mengangkatnya.
“ Umi..mana
Nurin?” Soal Adam cemas.
“
Adam..Nurin tengah kritikal sekarang…dia ditahan di ICU sekarang ni…” kata Puan
Maisara bertambah sebak.
“ Apa umi?!
Ditahan di ICU? Kenapa? Apa dah berlaku?” Jantung Adam bagaikan direntap
mendengar berita itu. Air mata jantan mula bergenang di kelopak matanya.
“ Dia
mengalami kegagalan jantung yang teruk. Baby dia selamat tapi Nurin yang tak
dapat diselamatkan…” Balas Puan Maisara sayu. Tangisan semakin kuat bergema di
hujung talian.
“ Ya Allah
umi..kenapa tak beritahu Adam awal-awal?” Soal Adam dengan suara
tersekat-sekat.
“ Umi dah
try call Adam banyak kali tapi tak dapat….Adam datanglah kat ICU sekarang…Bila-bila
masa saja Nurin boleh pergi Adam…”
“
Umi..jangan cakap macam tu. Nurin tak kan pergi ke mana-manapun!”
“ Datanglah
sekarang Adam….” Rayu Puan Maisara.
“ Baiklah
Umi , Adam datang sekarang!” Balas Adam lantas mematikan talian telefon. Dengan
sekuat hati, dia terus bergegas ke hospital Kuala Lumpur untuk menjenguk Nurin.
Air matanya semakin lebat mengalir.
Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku.
Aku tidak sanggup kehilangannya saat ini. Aku belum menebus kesalahanku
padanya. Aku berjanji akan berikan dia kebahagiaan sehingga ke hujung nyawaku.
Aku tak kan membiarkan dia menderita lagi. Adam tidak putus-putus berdoa. Demi
Tuhan, dia tidak sanggup kehilangan isteri sebaik dan semulia Nurin!
###############################
Adam
berteleku di sisi isterinya . Hatinya terasa ngilu dan sedih sekali apabila
melihat wayar-wayar berlingkaran membaluti tubuh isterinya. Tiub bantuan
pernafasan masih terletak rapi dari saluran pernafasan Nurin yang disambungkan
khas ke mesin bantuan pernafasan. Sudah 3 hari isterinya tidak sedarkan diri
setelah pembedahan C-searian section untuk mengeluarkan babynya. Tidak sangka
selama ini Nurin menyembunyikan perihal sakit jantung yang dia alami selama
ini. Dia sanggup berkorban dirinya demi membenarkan zuriat miliknya membesar
dan lahir ke dunia. Betapa mulianya hatimu Nurin.
“ Sayang..maafkan
abang..abang dah banyak buat salah pada Nurin selama ini…” Kata Adam perlahan mengharapkan
Nurin dengar apa yang dia katakan.
“
Sayang..bangunlah..Berilah abang peluang untuk tebus kesalahan abang.. Abang
tahu abang bersalah pada Nurin..Abang sepatutnya percaya Nurin dari dulu lagi…Maafkan
abang ye sayang..”
“ Sayang
kena tengok anak kita…comel sangat..macam muka sayang.. Kalau sayang
bangun..kita boleh besarkan anak kita sama-sama…Mesti dia akan jadi baik dan
mulia macam sayang kan…”
Kata-kata
Adam hanya disambut dengan tubuh Nurin yang langsung tidak bergerak-gerak. Air
mata Adam tidak pernah berhenti mengalir semenjak Nurin ditahan di ICU. Rasa
bersalah semakin menyesakkan dadanya.
“ Nurin
sayang…sayang jangan risau..Abang dah halalkan semua makan minum sayang selama
ini..Abang halalkan semua kasih sayang dan cinta abang pada sayang…I love you so much baby…” Kata
Adam semakin sebak. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Tangan Nurin
dikucup berkali-kali. Selesai saja dia mengungkapkan kata-kata itu tiba-tiba
dia terdengar bunyi bising pada monitor di sebelah Nurin. Dia memandang ke arah
skrin monitor. Kelihatan garisan lurus terpapar di situ. Sebentar kemudian
doktor dan jururawat di situ terus menerpa ke arah Nurin.
“ Ya
Allah..Nurin!! Doktor ! Apa dah berlaku ni?” Soal Adam panik.
“ Sabar ye
Encik..sila tunggu di luar sebentar. Jantung Puan Nurin tiba-tiba berhenti.
Kami kena buat CPR sekarang…” Terang Dr.Wong padanya. Adam terasa bagaikan mahu
pitam.
“
Doktor..tolonglah selamatkan isteri saya..tolonglah saya..” Rayu Adam
bersungguh-sungguh.
“ Kami akan
buat yang terbaik Encik..” balas Dr.Wong dan terus bergegas ke arah Nurin.
Tangisan
Adam semakin kuat bergema. Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku….
######################
‘
Assalamualaikum suamiku yang tercinta , Adam Hariz…
Rin tahu
saat abang baca surat ni mungkin Rin sudah tiada lagi di dunia ini. Tapi Rin
harap abang tenang menerima pemergian Rin.
Rin nak
abang tahu yang cinta Rin selama ini hanya untuk abang…Abanglah cinta pertama
dan terakhir Rin. Rin tahu Rin dah banyak sakitkan hati abang dan buat abang
kecewa..tapi percayalah abang..Rin tak pernah buat perkara terkutuk yang
menjatuhkan maruah abang di belakang abang..Rin sentiasa setia dengan abang…Kerana
Rin tahu, syurga Rin hanya di bawah telapak kaki abang. Mana mungkin Rin
khianati cinta abang pada Rin. Ampunkan Rin atas dosa-dosa Rin pada abang
selama ini. Rin tahu Rin bukan isteri yang baik untuk abang tapi Rin sudah cuba
yang terbaik untuk membahagiakan hidup abang hingga ke hujung nyawa Rin.
Abang..
Hidup
bersama abang merupakan detik yang paling bahagia buat Rin. Melihat senyum
abang, tawa abang dan mendengar ayat-ayat cinta abang cukup membuatkan hidup
Rin terasa begitu sempurna. Tiada lelaki lain yang bisa menandingi kehebatan
cinta abang pada Rin. Hanya abang permata hati Rin.
Abang..
Rin
harap abang dapat jaga baby kita dengan baik. Demi Allah, dia anak abang..anak
hasil cinta kita yang begitu mekar selama ini. Sudah lama kan kita tunggu
kehadiran cahaya mata dalam hidup kita? Jadi, anak ini merupakan bukti cinta
Rin pada Abang dan juga merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Dia tak berdosa,
abang. Walaupun Rin tiada di dunia ini, Rin yakin abang boleh menjaganya dengan
baik. Rin yakin abang boleh menjadi seorang bapa yang baik dan penyayang untuk
dia. Sekiranya ada yang sudi menjadi ibu kepadanya kelak, Rin redha abang. Yang
penting abang bahagia.
Abang..
Janganlah
abang bersedih atas pemergian Rin. Anggaplah ini semua takdir Allah. Mungkin
sudah ditakdirkan yang hidup Rin sampai di sini saja. Rin sanggup korbankan
diri demi menghadiahkan zuriat ini untuk abang. Maafkan Rin kerana merahsiakan
tentang sakit Rin selama ini. Rin tak nak abang sedih. Akhir sekali, Rin mintak
abang redhakanlah pemergian Rin untuk selama-lamanya..
I’m so
sorry but I love you so much my dear Hubby….
Salam
sayang dari isterimu
NURIN
WARINA…’
Tangisan
Adam semakin kuat bergema sebaik sahaja habis membaca warkah kecil yang ditulis
oleh Nurin semasa dia masih hidup. Nurin meminta ibunya menyampaikan surat itu
padanya setelah anak mereka lahir ke dunia. Dan surat itu telah menimbulkan
seribu satu penyesalan dalam diri Adam. Nurin menahan derita dan bertarung
dengan maut sendirian demi melahirkan anaknya ke dunia semata-mata untuk
mengembalikan cinta Adam padanya.
Kubur Nurin
yang masih memerah dihadapannya ditatap lama. Adam mengusap-usap lembut batu
nisan yang terpahat nama isterinya di situ. Sesungguhnya pemergian Nurin
dirasakan terlalu cepat . Adam sangat terkilan kerana tidak sempat menebus
segala kesalahannya pada Nurin. Ya Allah..betapa mulianya dan ikhlasnya Nurin
mencintai dirinya. Mengapalah selama ini dia buta menilai kesetiaann dan cinta
Nurin padanya. Dia terlalu percayakan tipu daya dunia yang penuh dengan dusta.
Namun, sudah terlambat untuk dia menyesal kerana Nurin sudah pun selamat
menghadap Ilahi. Mungkin takdir Allah yang menentukan hidupnya dengan Nurin
sampai di sini saja. Dengan rasa yang sungguh berat, dia relakan pemergian
Nurin untuk selama-lamanya. Dia tidak mampu melawan takdir Allah.
“ Adam..”
tegur Datin Marina lantas mematikan lamunannya. Adam memandang wajah ibunya
sayu.
“ Ye mama..”
“ Maafkan
mama ye…Mama dah banyak buat silap pada Adam dengan Nurin. Nurin memang menantu
mama yang terbaik Adam…” kata Datin Marina sebak. Baru kini dia sedar bahawa
Nurin merupakan wanita yang paling mulia pernah dia jumpa. Dia sungguh menyesal
kerana dia sering menyakiti hati menantunya itu semasa arwah masih hidup.
“ It’s okay
mama…”
“ Mama
betul-betul bersalah dengan Nurin..mama dah tuduh dia macam-macam. Mama
jahatkan Adam? Mama tak pernah layan dia dengan baik sebagai menantu mama…”
“ Mama..dah
lah tu..Benda yang dah lepas biarlah lepas..Tak baik kita meratap di hadapan
kubur orang yang sudah tiada... Lebih baik kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah
pada Nurin..” balas Adam cuba berlagak tenang..
“ Maafkan
mama ye Adam..”
“ Ye
mama..Adam dah lama maafkan mama…” jawab Adam lesu. Datin Marina terus memaut
bahu anaknya itu. Air mata membasahi pipinya. Sungguh dia menyesal kerana
selalu menyakiti hati arwah Nurin selama ini. Kalaulah dia diberi peluang ke
dua, dia pasti akan menjadikan arwah menantunya yang paling bahagia dalam
keluarganya namun segalanya sudah terlambat. Hanya doa saja yang mampu
dihulurkan pada arwah Nurin saat ini.
Al-Fatihah
buat arwah Nurin….Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan semoga dia
ditempatkan di dalam syurga Firdausi di akhirat kelak…
Amin…
= THE END =
adeii sedihnya...cerita ni sungguh meyayat hati..kesian Nurin..huhu..
ReplyDeletesalam..dh bca smua cerpen awk..best sngat..pling best cerpen tomboy Vs nerd...
ReplyDeletetahniah ye...teruskan berkarya..good job...:D
huhu..sedih pluz best...
ReplyDeleteBetul tu... haa camnie ler... simple and steady... walaupun simple tapi artikel berisi .
ReplyDelete. tahniah admin :)
Here is my web site: Tips Untuk Isteri
waaaa...sedihnye, seriously menangis bila baca cerpen nie.. good job bt penulis, memang terbaik~ ^^
ReplyDeletei cried
ReplyDeletebest sgt...gud job writer... org ganu ni tgal kt ne ek??
ReplyDeleteHello to every one, the contents present at this web
ReplyDeletesite are really amazing for people knowledge, well, keep up the good work fellows.
my blog post :: nursing faculty position
wow! bestnye...nanges2 sy bce cite ne..huhu~gud job writer
ReplyDeleteAmazing !! Perfect !!
ReplyDeleteSedihnya...menangis jadinya...
ReplyDeleteSedeynyeee..
ReplyDeleteSedeynyeee..
ReplyDeleteCrying like baby now ðŸ˜
ReplyDeleteAbis basah baju nangis ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete