Friday, October 5, 2012

Novel : Tidak Seindah Mimpi 28

3 Tahun Berlalu…..

Aku sibuk menaip kertas kerja untuk mesyuarat bulanan syarikat yang akan di adakan awal pagi esok. Pantas aku menaip untuk memasukkan data-data kewangan syarikat untuk bulan ini di dalam laptop di hadapanku. Sebolehnya..aku akan cuba menyiapkannya secepat mungkin. Sesekali mataku mengerling ke arah jam kecil di tanganku. Aku risau sekiranya kerjaku lambat habis dan aku akan terlambat untuk mengambil Sofea, puteri kesayanganku itu dari Nursery Mahligai yang terletak tidak jauh dari tempat aku bekerja.

“ Wahhh Lina, tekun bangat sih kamu…sampai aku ke mari kamu enggak sedar ya…” teguran Rangga yang tiba-tiba membuatkan tanganku berhenti menaip seketika. Aku melemparkan pandangan ke arah Rangga yang sedang berdiri di hadapanku sambil tersenyum dengan memegang dua biji cawan di tangannya.

“ Iya dong…aku mau cepatan siapkan kerjaku…Kalau boleh..aku mau jemput Sofea on time…” Tuturku sambil meneruskan menaip data-data tersebut. Rangga perlahan-lahan melabuhkan punggung di kerusi biru di hadapanku. Salah satu cawan ditangannya yang mengandungi air kopi yang masih panas dihulurkan kepadaku.

“ Minumlah..” Kata Rangga sambil sebelah tangan lagi menghalakan cawan ke arah bibirnya. Terdengar dia menghirup air kopi tersebut dengan penuh nikmat.

“ Thanx…,” jawabku sepatah. Aku tersenyum kecil.

“ Bisa aku tolong ?”

“ Enggak perlu…aku bisa siapkan kerja ini sendirian…” aku menolak lembut pelawaan Rangga.

“ Tapi aku pasti akan tolong kamu sih…aku tidak bisa lihat kamu sendirian bekerja…aku kan teman sekantormu…” pinta Rangga dengan bersungguh-sungguh.

“ Enggak perlu…aku mau cepatan ni…..,udah,,,jangan ganggu kerjaku” rengusku apabila Rangga cuba menarik laptopku ke arahnya. Aku risau segala maklumat yang aku baru taip akan terpadam.

“ Waduhhh garang amat sih kamu….aku cuma mahu nolongin dong….Kamu tahu enggak udah jam berapa sekarang? Jam 4 pm sudah….lagi satu jam kamu mau jemput Sofea kan? ” Rangga memprotes. Mukanya berkerut-kerut dan mulutnya sedikit memuncung seolah-olah benar-benar marah sama aku. Aku tergelak kecil .

“Kamu umpan aku ya?”

“ Enggak..i just remind you…Im here to help you my princess…aku enggak akan berangkat dari sini sekiranya kamu enggak permisi aku nolongin kamu…” kata Rangga sekadar berseloroh. Aku tergelak lagi.
Rangga…Rangga selagi aku tidak terima pertolongannya, selagi itulah dia akan bertenggek di situ sehingga naik rimas aku dibuatnya. Tapi Rangga cukup tahu kelemahanku. Bila saja dia sebut nama Sofea, hatiku akan mudah menerima pertolongannya. Tidak mahu menghampakannya aku akan menerima pertolongan ikhlas darinya dengan sepenuh hati.

Sebenarnya semenjak tahun lepas, aku mula bekerja satu syarikat dengan Rangga . Itu pun Rangga yang mempelawaku untuk bekerja di situ memandangkan syarikat tempat aku bekerja dulu sudah ditutup kerana muflis . Nasib baiklah Rangga mencari pekerjaan baru untukku, kalau tidak , aku tidak dapat bayangkan macam mana kehidupanku sekiranya tiada pekerjaan di negara asing ini. Mungkin aku akan jadi penganggur jalanan atau lebih teruk lagi menjadi pengemis seperti dalam cerita drama sinetron indon itu. Bagaimana aku mahu membesarkan Sofea dengan baik sekiranya itu terjadi kepadaku? Bagaimana aku mahu menyara makan minumnya tanpa wang dalam genggamanku? Nuzubillah..aku minta  Allah jauhkanlah diriku dari semua itu.

Kini, aku sedikit selesa dengan pekerjaanku . Tidak sangka dalam masa beberapa bulan aku bekerja di syarikat menjual barangan berjenama ini, aku sudah dinaikkan pangkat menjadi pengurus utama kewangan syarikat. Ini pun berkat pertolongan Rangga. Sebenarnya Rangga merupakan rakan kongsi yang memegang syer 30% dari syarikat yang cukup terkenal di Jakarta ini. Aku tidak sangka selama ini Rangga mempunyai syarikat sendiri memandangkan dia tidak pernah bercerita pekerjaannya yang sebenar selama aku berkawan dengannya. Sungguh, Rangga benar-benar seorang yang ‘low profile’ dan sangat suka membantu aku yang dalam kesusahan dengan seikhlas hati. Aku amat bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan lelaki sebaik Rangga di sini .Sesunggunya Allah itu Maha Penolong dan Maha Mengasihani.


“ Rangga…kapan temanmu mahu datang…udah hampir setengah jam kita di sini…” Aku mulai rimas menunggu. Keadaan bingit di sekitar kafetaria itu menambahkan lagi ketidak selesaan aku untuk terus duduk menunggu di situ.

“ Lina, sabar…baru setengah jam dong…Tunggu kejap aja lagi…” Rangga cuba memujukku sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang yang tidak kunjung tiba.

“ Iya, aku ngerti…tapi aku banyak kerja mau dibikin…esok kan hari minggu…Mana bisa aku siapkan kerjaku kalau kita buang masa seperti ini…” Aku merengus geram.

“ Iya dong...kerja saja kamu pikirin ya? Enggak ke mana pun pekerjaanmu….kadang-kadang kamu kena tinggalan kerja buat seketika waktu….temankan aja aku di sini…” Pujuk Rangga lagi. Aku buat-buat tidak dengar kata-katanya. Rangga sekadar menggeleng kepala melihat ketidaksabaranku. Bukan aku tidak sabar, tapi aku sebenarnya mahu pulang awal sikit hari ini kerana aku tidak sabar-sabar mahu menemui wajah comel Sofea. Biarpun hari-hari bertemu dengannya tapi aku tidak tega berpisah dengannya walaupun sejam. Inilah nikmatnya kalau sudah ada anak. Setiap detik dan waktu pasti bayangan wajah Sofea mengisi segenap ruang fikiranku.

Hari ini, aku terpaksa menemani Rangga yang kononnya mahu berjumpa kawan baiknya yang juga merupakan klien salah sebuah syarikat dari Malaysia . Dalam terpaksa ,aku menuruti permintaannya setelah puas dia memujuk rayuku.Tidak sampai hati pulak aku.  Aku tidak tahu kenapa dia bersungguh-sungguh sangat ingin aku mengikutinya sedangkan selama ini dia bukan tidak biasa berjumpa klien atau pelanggan syarikat seorang diri. Tiba-tiba hari ini berubah angin pula mamat ni. Tidak faham aku!

“ Hah! Ketemu juga temanku ! ” Aku tersentak apabila mendengar Rangga tiba-tiba bersorak riang. Ish mamat ni, buat aku terkejut je.

“Di mana? Di mana temanmu?? Aku tidak nampak pun…” Aku melilau mencari kelibat teman Rangga namun aku tidak dapat menjejaki sesiapapun melainkan sekumpulan anak muda yang sedang di duduk di hadapanku.

“ Di ujung sana…jejaka paling gantang di sana..” Kata Rangga sambil memuncungkan mulutnya ke suatu arah. Aku mengekori arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang lelaki muda yang agak tinggi lampai, berbadan sasa dan berkulit putih sedang melambai-lambai ke arah kami sambil tersenyum.

Tiba-tiba jantungku bagaikan berhenti berdegup dengan seketika. Aku mengerdipkan kelopak mataku beberapa kali.Benarkah apa yang aku lihat kini? Aku menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya. Terasa bagaikan aku sedang bermimpi. Semakin  lelaki itu menghampiri semakin jelas wajahnya di mataku. Aku bingung.

“ Haii my friend…ketemu juga ya aku sama kamu! Lama bangat sih aku tunggu ” Rangga bersorak riang. Dia cepat-cepat berdiri lantas bersalaman dan kemudian memeluk lelaki itu yang berada tidak kurang semeter dari tempat aku duduk. Hatiku semakin tidak keruan apabila pandangannya jatuh ke dalam anak mataku. Dia sekadar tersenyum melihatku.  Aku sedikitpun tidak membalas senyumannya . Aku masih tidak mengerti dengan apa yang aku lihat sekarang.

“ Yeah…how are you Rangga? How long I didn’t see you…makin handsome ya kamu sekarang…,” lelaki itu bersuara. Mendengar suara itu, aku semakin tidak senang duduk.

“ Hahaha…memandai aja ya kamu ya…How about you my dear friend?” Soal Rangga sambil menepuk bahu lelaki itu. Kelihatan mereka berdua sungguh mesra seperti sudah lama mereka berkawan baik. Aku cuma menjadi pemerhati. Tidak tahu mahu berbicara apa kerana lidahku benar-benar kelu ketika itu. Tubuhku seram sejuk.

“ Aku macam ni lah…masih handsome macam dulu!” Kata lelaki itu sambil ketawa. Rangga turut ketawa. Sesekali dia mencuri pandang ke arahku.Aku terus melarikan pandanganku dari bertemu dengan anak matanya. Sungguh, aku benar-benar tidak kuat untuk bertentang mata dengannya.

“ Kau tak nak kenalkan ke gadis jelita di sebelah kau ni?” Soalnya sambil tersenyum lebar. Bahasanya jelas dalam loghat orang Malaysia sepertiku. Matanya dikenyitkan sekali ke arahku. Hatiku semakin berkocak hebat apabila melihat senyumannya yang penuh makna itu.

“ Of course…kenalkan ini Lina…teman sekantorku…” Rangga memperkenalkanku dengan senang hati. Lelaki ini memang tidak kenal aku atau buat-buat tidak kenal ?

“ Owh…so sweet…hai..” Lelaki itu menghulurkan salamnya kepadaku tapi aku tidak menyambutnya.  Dia masih lagi tersenyum manis kepadaku . Aku yakin pasti ada maksud tersirat di sebalik senyuman itu. 

Perasaanku yang dari tadi bergolak tidak keruan kini bertukar menjadi geram dan sakit hati. Kenapa hari ini 
aku mesti dipertemukan dengan lelaki ini lagi ? Apa tujuan lelaki ini datang ke sini? Sepertinya pertemuan ini seperti dirancang lebih awal kerana sedikitpun tidak tercalit di wajahnya riak terkejut atau teragamam apabila melihatku. Kenapa dia mesti hadir lagi dalam hidupku? Setelah bertahun-tahun aku cuba melupakan kisah silamku yang cukup pahit untuk ditelan, kini satu-persatu kenangan hitam itu bermain di tubir mataku. Arghh..kenapa lelaki itu mesti muncul sekarang ?! Aku menjerit di dalam hati. 



















6 comments:

  1. lame x baca...dekat2 dua thun dah asenye bru ade smbungan...nak lagi boleh :)..msukla byk cikit ntry tuk ari nie (piece ;P )

    ReplyDelete
  2. siapa laki tu?? syam ke? x sabar nak tau sape...cpt2 smbung yer..huhu

    ReplyDelete
  3. ala bila nk sambung ni. xsabar nk tau syam ke yg dtg tu???

    ReplyDelete
  4. syam ke hakim?? zzzz.... please dont say hakim. X suka mamat hampeh tu.... :(

    ReplyDelete
  5. Eee sape plak tu erk... mesti Hakim...

    ReplyDelete
  6. cepat smbung ya cik writer.. xsabar nk tau sapa org 2...

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)