Wednesday, May 27, 2009

Tidak Seindah Mimpi 8



Aku membuka mata perlahan-lahan .Kepalaku terasa pening . Mataku berpinar . Aku cuba bangkit dari perbaringan tetapi kudratku tidak cukup untuk menggerakkan badanku walaupun sedikit . Namun dalam kesamaran aku masih dapat melihat suasana di sekelilingku. Kat mana aku ni? Nak kata bilik aku, nampak macam lain macam je. Aku masih cuba menggagahkan diri untuk bangkit namun masih seperti tadi , gagal . Arghh kenapa ni? Kenapa aku rasa badanku seperti lumpuh .Langsung tidak dapat bergerak . Ya Allah kenapa ni?

“ Lina, awak dah bangun ye?” Aku tersentak apabila aku mendengar suara lelaki di sebelahku . Aku terus menoleh ke arah suara itu .

“ Syam ?! Awak buat apa kat sini?” Terkejut bukan kepalang aku apabila melihat ada lelaki dalam bilik ini, dan lelaki itu adalah Syam . Ya Allah, apa dah Syam cuba buat pada aku. Aku cuba mengingati apa yang berlaku semalam tetapi aku gagal mengingatinya

“ Ini rumah kakak saya .Jangan risau…buat masa ni awak berehat la dulu kat sini..,” katanya lembut . Aku mulai curiga . Jangan-jangan dia buat sesuatu yang tidak senonoh pada aku.

“ Kenapa awak bawak saya ke sini? Apa awak dah buat pada saya? Kenapa saya tak boleh bergerak ? Awak yang bagi ubat tidur kat saya kan?!” Soalku
bertalu-talu.

“ Astaghfirullahalazim..Lina, betul sumpah..saya tak ada buat apa-apa kat awak..sebenarnya..,”

“Sebenarnya apa? Sebenarnya awak memang dah rogol saya kan?”
Belum sempat Syam bersuara aku mula memintas kata-katanya. Aku berasa sungguh sebak apabila meluahkan kata-kata itu . Secara tidak langsung ingatan peristiwa semalam menerjah ke ruang benakku. Ya, aku dah dapat ingat dah.. semalam aku kat pejabat dan tidak lama selepas itu Syam datang.Dia mempelawa aku masuk ke sebuah bilik dan kemudian dia memperkosaku..Ya Allah Syam..sampai hati kau buat aku macam ni . Syam memang kejam! Dia telah menodai kesucianku sebagai seorang gadis.

“ Lina! Saya tak pernah terfikir nak melakukan hal terkutuk tu pada awak.Saya betul-betul tak faham kenapa awak cakap saya macam tu..saya..”

“ Sudahla Syam..sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya hah?!”
Syam terdiam mendengar tengkinganku.Aku meratap kesedihan . Ingatan itu semakin lama semakin jelas . Aku tidak sangka Syam sekejam itu. Adakah kerana aku menamparnya semalam membuatkan dia melakukan hal terkutuk itu kepadaku . Namun, tiada gunanya aku menangis walau mengalir air mata darah sekalipun kerana segala mahkota aku telah hilang di tangan lelaki yang berhati busuk ini.
Aku cuba menggerakkan badanku sekali lagi, dan kali ini aku berjaya bangkit dan kemudian perlahan-lahan aku berdiri .Walaupun kepalaku masih pening, namun aku tetap gagahkan diri untuk melangkah .

“ Awak nak ke mana tu? Awak berehat la kat sini dulu..”
Syam cuba menghalang langkahku.Aku menepis tangannya yang melintang merintangi laluanku. Aku memandang tajam kepadanya .Namun wajahnya begitu tenang membuatkan rasa kecewa dan sedihku semakin menggila.

“ Syam, awak nak apa lagi dari saya hah? Tak cukup lagi ke dengan apa yang awak dah buat kat saya?”
Air mataku kian deras mengalir . Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang . Ternyata segala-galanya telah hancur. Semuanya telah musnah . Aku bukan lagi seorang gadis yang dihormati sebaliknya aku kini seorang
perempuan jijik yang sudah hilang maruah diri.

“ Lina, dengar dulu penjelasan saya..semalam saya jumpa awak pengsan kat tepi jalan tengah malam semalam . Then, saya bawak la awak balik ke rumah kakak saya . Apa yang terjadi sebenarnya pada awak? Kenapa awak tuduh saya macam tu?”
Keterangan dan soalan Syam membuatkan aku tercengang . Aku mengerutkan dahi memikirkan kembali apa yang berlaku semalam namun hanya ingatan yang Syam memperkosaku bermain di tubir mata .Perasaanku makin terguris. Aku langsung tidak mempercayai kata-kata Syam .Aku tahu Syam hanya mereka cerita untuk menyelamatkan dirinya.

“ Sudah la Syam..awak tak payah nak mereka cerita . Saya masih ingat apa yang berlaku semalam . Awak dah..awak dah..,”

“ Saya dah apa Lina? Tell me please..,”
Syam mula mempamerkan rasa gelisah di wajahnya . Matanya sudah merah mungkin menahan marah padaku. Dia terus memegang kedua-dua belah bahuku kuat.Aku cuba melepaskan diri namun kudratku begitu lemah untuk melawannya.

“ Syam!! Lepaskan saya! Tak cukup lagi ke apa yang awak buat kat saya semalam?! Lepaskan saya!” Aku menjerit sekuat hati .Air mataku semakin deras mengalir .

“ Syam, kenapa ni?”
Aku tersentak apabila kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30-an tiba-tiba masuk ke bilik itu . Syam pantas melepaskan aku . Terdapat riak kecewa di wajah Syam .Arghh..peduli apa aku.Yang pasti aku sangat benci padanya. Syam setan!! Jeritku di dalam hati.

“ Tak ada apa-apa kak…salah faham je tu..,” kata Syam selamba.
Aku menjeling tajam kepadanya .Huh salah faham? Nonsense!

“ Hai kamu ni..janganla berkasar sangat dengan perempuan. Tengok sampai menangis dah ha.. Nanti tak pasal-pasal awek kamu ni lari..,” awek? Erk? Tolong sikit..perogol sepertinya tidak layak menghuni hatiku ini. Aku mengesat air mataku cepat-cepat. Malu rasanya apabila wanita itu merenungku.

“ Lina dah ok ke?” Aku terkejut apabila wanita itu mengetahui namaku. Dari mana dia tahu. Apa hubungan Syam dengan wanita ini?

“ Ni Kak Za, kakak saya..,” Kata Syam. Eh, dia ni seperti tahu-tahu je persoalan yang bermain di fikiranku.

“ Saya dah ok kak..saya mintak diri dulu ye..,” kataku lembut namun jelas tidak dapat menutup kesayuan hatiku.

“ Lah, kamu nak pergi mana pulak ni..rehat la dulu kat sini..,” kata Kak Za. Aku menggelengkan kepala perlahan tanda tidak setuju dengan permintaannya.

“ Tak apa la Kak Za, saya dah ok.Saya nak balik rumah..nanti kena pergi kerja..,” jawabku lagi sambil menahan sebak di dada.Aku mesti pergi sekarang. Mana mungkin aku tinggal bersama lelaki yang telah merosakkan mahkotaku . Aku perlahan-lahan mengatur langkah untuk meninggalkan bilik itu namun belum sampai beberapa langkah aku kepalaku pening dan tanpa disangka aku hampir pitam dan dengan sepantas kilat aku sudah berada dalam rangkulan Syam .Syam kemudian terus mendukungku ke katil . Mataku bulat memandang Syam. Bahang panas mula menyerbu ke mukaku. Malunya diperlakukan sebegitu di hadapan kakaknya. Tak puas lagi ke mengambil kesempatan terhadap diriku?!

“Ha..kan akak dah cakap..rehat la dulu.Lina tak ok lagi tu..jangan paksa diri ye..,” Kak Za terus mendapatkan aku dan mencapai tuala lembab di sebelah katil.Kemudian , dia mengelap wajahku dengan tuala tersebut dan meletakkannya di dahiku .

“ Lina ni memang degil sikit kak..kepala batu.Dari dulu dia macam ni..,” kata Syam sambil tergelak . Syam!! Jeritku di dalam hati . Boleh pula dia menggelakkan aku di saat aku begini . Hatiku semakin pedih melihat gelak-tawanya yang seolah-olah menghinaku. Yang aku mampu sekarang hanyalah berdiam diri. Ya Allah..tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah..

“ Lina demam ni..Hah..Syam tolong pergi beli ubat pening dan panadol kat farmasi sekejap .Ubat kat rumah akak dah habis ,” pesan Kak Za.

“Alrite..akak jaga Lina elok-elok tau..jangan kasi dia lari lagi..,” Syam sempat pula nak berseloroh sambil mengeyit mata padaku. Aku mencebik . Huh! Pura-pura baik konon .Ye la sebab depan kakak boleh la cover. Kalau depan aku tak ubah seperti syaitan bertanduk. Aku tidak sangka Syam begitu.Jauh di sudut hatiku aku cuba menafikan apa yang telah dia lakukan dan mengharapkan semua itu hanyalah mimpi namun apakah dayaku…semua itu telah terjadi.

-----------------------------------------------------------------------------------

“Lina..,tengah fikir apa tu?” Aku tersentak apabila Kak Za tiba-tiba menyapaku. Jauh pula aku mengelamun.

“ Fikir bila akak nak kasi saya balik rumah?” Aku tersengeh sambil menuturkan kata-kata itu. Sudah 3 hari aku di rumahnya . Aku sekarang semakin pulih berkat pertolongan Kak Za. Rupa-rupanya Syam mempunyai kakak yang sungguh baik dan prihatin.Dia menganggap aku tidak ubah seperti adiknya sendiri . Jauh di sudut hatiku, aku begitu terharu. Namun pada masa yang sama aku turut kecewa kerana alangkah ruginya dia mempunyai adik seperti Syam yang sanggup menghancurkan maruah orang lain . Aku tahu yang Kak Za tidak mengetahu hal ini kerana aku juga tidak sanggup untuk menceritakan perkara sebenar kepada Kak Za kerana khuatir dia akan kecewa.

“ Lah budak ni berangan lagi..ingat kat Syam ke?” Aku tersentak sekali lagi..Ya Allah tak perasan pula aku kembali mengelamun di hadapan Kak Za. Ternyata sikapku yang satu tu masih bersemadi dalam diriku.

“ Hehe..tak adalah kak..” jawabku menahan malu.

“ Hai tak kan baru sehari tak jumpa Syam dah rindu kot…,” kata Kak Za separuh berseloroh .Aku hanya tersenyum hambar. Rindu? Mustahil aku akan merindui lelaki ‘pemusnah’ itu.

“ Mana ada Kak Za..Kak Za tak pergi mana-mana ke hari ni ?” Aku cuba mengubah topik perbualan.

“ Hai..asal akak cakap pasal Syam je Lina terus tukar topik ek?” Aku tersenyum kelat mendengar telahan Kak Za yang begitu tepat sekali.

“ Akak tengok Lina macam tak suka Syam je..kenapa? Dia dah buat apa kat Lina?” Soal Kak Za lembut . Aku mula berasa resah dan serba-salah .Aku berfikir sejenak.Patut kah aku menceritakan apa yang berlaku kepada Kak Za. Tidak! Aku tidak akan beritahu Kak Za kerana aku malu untuk menceritakan perbuatan Syam terhadapku dan juga aku tidak mahu wanita berbudi bahasa seperti Kak Za kecewa .

“ Tak ada apa-apa kak. Mungkin sebab saya tak berapa sihat kot. Itu yang saya kurang bercakap dengan dia,” aku berbohong. Aku tahu Syam sering melawatku dan bertanya khabarku namun setiap kali dia datang aku pasti berdiam diri atau menyambut kehadirannya sedingin-dinginnya kerana aku tahu dia berbuat baik denganku hanya semata-mata ingin mengaburkan mata kakaknya tentang perbuatan terkutuknya itu.Aku tidak tahu strategi apa lagi dia ingin lakukan selepas ini.Yang pasti hanya aku dan Allah sahaja yang tahu apa yang dia cuba lakukan.

“ Hari itu akak dengar Lina bergaduh dengan Syam pasal sebab dia bawak Lina ke sini ye?” Aku terkejut dengan soalan itu.Alamak! Kak Za dengar ke setiap butir percakapanku dengan Syam temph hari?

“ Err..,lebih kurang la..akak dengar ke apa yang kami cakap hari tu?” Soalku ingin tahu.

“Tak adala..sebenarnya Syam yang cakap .Lina ada cakap dia tipu Lina juga kan?” Kak Zam terus menyoalku dengan soalan-soalan cepumas menyebabkan aku menarik nafas dalam-dalam. Rupa-rupanya Syam mengumpat pasal aku ye..Huh! Mungkin ini salah satu strategi dia untuk mengambil perhatian Kak Za. Setelah berfikir sejenak,akhirnya aku mengangguk perlahan dan terus mendiamkan diri.

“ Akak tak tahu la apa yang terjadi antara Lina dengan Syam sebelum ni tapi dia selalu juga cerita kat akak pasal Lina . Bagi akak, Syam tu memang lelaki yang sangat baik dan suka menolong orang yang dalam kesusahan. Dia tidak pernah suka mana-mana perempuan sebelum ni selain Lina kerana dia pernah beritahu akak yang perempuan sekarang ramai yang hipokrit dan mata duitan .Tapi, dia cakap Lina lain dari yang lain..memang dah lama dia suka Lina sejaj sekolah lagi..Lina tahu tak?”
Aku menelan air liur mendengar cerita daripada Kak Za tanpa aku pinta. Dia suka aku semenjak sekolah lagi? Aku satu sekolah dengan dia ke? Atau dia hanya mereka cerita? Logik kah seorang lelaki itu menodai kesucian orang yang dia sukai? Sejauh manakah kebenaran kata-kata Kak Za? Persoalan demi persoalan menerjah ruang benakku namun aku gagal merungkai sebarang jawapan yang jelas untuk persoalan tersebut.

“ Malam tu, masa Syam jumpa Lina pengsan kat tepi jalan depan pejabat dia, akak ada bersama dia . Memang dia tak ada melakukan apa-apapun pada Lina. Kalau Lina tak percaya, akak boleh jadi saksi..,” Kak Za meneruskan kata-katanya apabila melihat aku terus membisu .Kata-kata terakhirnya membuatkan aku tergamam .

“ Betul ke apa yang Kak Za cakap ni? Apa jadi lepas tu?” Aku mula bersuara kerana aku tidak mahu persoalan lain lagi menyemak dalam benakku. Aku merenung mata Kak Za yang redup untuk mencari kebenaran di sebalik kata-katanya dan kelihatan dia tersenyum.

“ Dia cadangkan Lina tinggal di rumah akak buat sementara waktu dan sepanjang malam dia teman Lina . Dia sangat risaukan Lina sehingga sanggup dia berjaga hingga ke pagi semata-mata ingin menjaga Lina..Demi Allah Lina, akak tak tipu..semua itu benar . Akak kasihan melihat Syam yang murung setiap kali jumpa Lina . Dia kata dia tidak tahu macam mana lagi untuk meyakinkan Lina..”

Sayunya hatiku mendengar cerita sebenar daripada Kak Za. Aku boleh lihat keikhlasannya dan kebenarannya menceritakan perihal sebenar kejadian malam itu. Alangkah bersalahnya aku pada Syam..Syam sudah banyak berkorban untuk aku. Namun, pada masa yang sama aku sungguh keliru kerana memang jelas dalam kotak ingatanku bahawa malam itu Syam telah memperkosaku . Jika benar kata-kata Kak Za tentang Syam, jadi adakah aku tersalah ingatan? Atau itu hanya mimpi atau satu ilusi? Argh..fikiranku sudah buntu .


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 2 comments:

    1. huhu..lina lupe ke ape yg en hakim dh wat die..?
      mcm mane lina blh pengsan kat tepi jln???

      ReplyDelete
    2. cepatlah sambung lagi...bestlah citer ni..

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)