Friday, November 16, 2012

Cerpen : OH! My Personal Nurse!




Aku perlahan-lahan melangkah masuk ke rumah itu . Aku terpegun melihat keindahan  reka bentuk rumah banglo mewah milik Datuk Hamidan dan Datin Wahida , bakal majikanku. Di luar tapak rumah tersebut terdapat kolam renang yang agak besar dan cantik menjadikan rumah beliau tampak sungguh eksklusif. Aku seakan tidak percaya. Betul ke aku kena kerja kat sini ? Aku masih berlegar-legar di depan rumah banglo tersebut dari tadi. Bibik yang membenarkan aku masuk ke ruang depan rumah ini sebentar tadi kini hilang entah ke mana. Aku termangu. Serba salah pulak aku mahu masuk ke dalamnya kalau tak ada orang jemput. 

Sebenarnya hari ini adalah hari pertama aku bekerja sebagai jururawat peribadi Datin Wahida. Sebelum ini aku bekerja di hospital kerajaan selama 3 tahun. Baru tahun ini aku memulakan kerja di hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur ini. Tapi, tidak sangka pulak aku mendapat tawaran untuk menjadi jururawat peribadi orang ternama. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki Allah yang tak pernah aku sangka. Boleh lah nanti aku kumpul duit cepat-cepat supaya aku dapat menyambung ‘Master Programme’ dalam bidang kejururawatan dengan lebih cepat kerana memang itulah cita-citaku dari dulu.

“ Kau siapa?” Aku tersentak apabila tiba-tiba ada seorang lelaki menegurku yang entah muncul dari arah mana. Aku memandang lelaki tersebut. Aku tergaman seketika. Handsomenya mamat ni…Walaupun dia sekadar mengenakan baju jersi Barcelona dengan seluar pendek yang menutupi lutut, tapi dia tampak cukup tampan bergaya. Dia sedang memerhatikan aku dengan wajah serius.

“ Saya..saya..saya…” Ish kenapa aku tergagap-gagap pulak ni.

“ Saya apa?” Soal lelaki itu tanpa segaris senyuman pun di wajahnya. Seriusnya muka dia. Takut aku.

“ Saya datang nak kerja sini..” Aku memberanikan diri menjawab.

“ Hurmm..kerja apa? Aku rasa bibik kat rumah ni dah cukup ramai dah. Kami tak perlukan bibik lagi..” Kasar lelaki itu membalas. Amboihh sombongya dia. Bila masa pulak aku nak jadi bibik kat sini? Aku membebel di dalam hati.

“ Saya datang bukan nak kerja sebagai bibik lah..Saya..”

“ Habis tu nak kerja sebagai apa? Tukang sapu?” Pintasnya dengan nada sinis. Wajahku membahang panas. Gila berlagak mamat ni!

“ Bukanlah..saya dilantik menjadi jururawat peribadi Datin Wahida , awak tak tahu ke? ” tegasku. Tiba-tiba dia ketawa mengejek.

“ What ? Jururawat peribadi?? Aku salah dengar ke apa ni? Bila masa pulak rumah kami nak ambil jururawat peribadi lagi ni? Aku rasa kau dah salah rumah la…baik kau balik jelah,” kata lelaki itu seakan memerliku. Aku mengetap bibir. Huh, harap kan muka je handsome tapi tak ada budi bahasa langsung. Berani dia halau aku. Tak hormatkan tetamu langsung!

“ Kenapa kau tercegat kat sini lagi. Balik lah!” Sergahnya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasa mahu tengking je mamat ni. Entah siapa mamat ni pun aku tak tahu. Tiba-tiba je nak halau aku.

“ Awak siapa nak halau saya? Semalam saya dapat panggilan dari Datin Wahida sendiri supaya saya datang ke sini hari ni. Saya yakin saya tak tersalah rumah,” Akhirnya aku bersuara. Geram.

“ Hoi, kau jangan nak cari alasan. Aku tahu perempuan macam kau ni memang sengaja nak cari rumah orang kaya sebab nak cari duit kan? Kalau macam tu baik kau lupakan jelah niat kau tu, aku tak kan biarkan kau ambil duit sesen pun dari rumah ni tau!” getus lelaki itu kasar. Hai, ini dah lebih ni! Apa, dia ingat aku kebulur sangat nak duit dia! Amarahku mula memuncak.

“ Encik jangan nak buat andaian bukan-bukan pasal saya. Kalau tak kerana Datin Wahida call saya suruh datang hari ni, saya pun tak hingin nak jejak kaki kat sini tau! Awak tak payah lah nak berlagak sangat! Setakat jadi tukang sapu kat sini dah nak berlagak , baik tak payah la!” Marahku. Lelaki itu nampak sedikit tergamam. Wajahnya memerah. Hah, tahupun marah! Siapa yang suruh perli aku macam tu.

“ Hei perempuan! Mulut kau tu jaga sikit ok! Apa kau cakap tadi? Kau cakap aku tukang sapu?! Kau tahu tak aku siapa?” Kata lelaki itu tidak berpuas hati.

“ Habis tu kalau bukan tukang sapu, tukang apa? Tukang rumah?” Aku membalasnya geram. Pandangannya semakin berkaca menahan marah.

“ Kau!” Lelaki itu kehilangan kata.

“ Fariz…apa kamu buat kat situ tu? Kenapa tak jemput tetamu kita masuk?” Tiba-tiba seorang lelaki yang agak berumur menegur kami.

“ Buat apa nak jemput perempuan kurang ajar macam ni papa? Tak mendatangkan faedah langsung!” Tegasnya. Aku memandangnya tajam. Kurang asam! Siapa yang kurang ajar dengan siapa ni?

“ Kamu siapa?” Soal lelaki setengah abad itu lembut.

“Saya Siti Nur Misha, orang panggil saya Misha je. Semalam saya terima call dari Datin Wahida untuk jadi jururawat peribadi dia . Saya rasa saya dah tak salah rumah kan?” Jawabku lancar.

“ Tak tanya pun!”  Lelaki itu yang kononnya bernama Fariz itu mencelah.

“ Fariz..tak baik cakap macam tu!” Marah lelaki setengah abad itu. Fariz mendengus geram.

“ Owh Misha ye nama kamu? Kamu la jururawat peribadi tu ye. Saya Datuk Hamidan, suami pada Datin Wahida. Baguslah kamu dah datang hari ni. Adalah jugak orang nak jaga isteri saya tu,” sambung lelaki itu lagi dengan nada ceria. Owh, suami Datin rupanya.

“ Apa papa? Jururawat peribadi ?! Kenapa Fariz tak tahu langsung pasal ni? Kenapa tiba-tiba papa hire jururawat peribadi pulak? Buat apa?! ” Soal Fariz bertalu-talu . Kelihatan dia sungguh tidak berpuas hati dengan jawapan Datuk Hamidan.

“Fariz..kan hari tu papa dah cakap dengan kamu yang papa nak cari seorang jururawat peribadi untuk mama. Dah lupa ke?” Soal Datuk Hamidan kembali.  ‘Papa? Mama?’  Alamak, mamat ni anak datuk & datin ke?  Aduuhh habislah aku. Dahla aku cakap dia tukang sapu tadi.

“ Fariz ingatkan papa main-main je. Tapi papa, tak payah lah ambil perempuan kampung ni jadi jururawat peribadi mama. Dia bukan nak kerja kat sini sangat pun. Dia nak kikis duit kita je tu!” Fariz membantah.Mataku membulat. Berani dia hina aku. Eiii kurang ajarnya mamat ni!

“ Fariz! Tak baik cakap dengan Misha macam tu. Tolong hormat pekerja papa sikit!” Marah Datuk Hamidan. Wajah Fariz masam mencuka.

“ Masalahnya Fariz tak suka lah dengan dia papa. Dia betul-betul kurang ajar dengan Fariz tadi..mesti dia buat kerja tak bagus..” Fariz masih tidak berpuas hati.

“ Kamu ni kenapa Fariz? Misha belum lagi start kerja kat sini, kamu dah buat hal. Bukan senang tau papa nak cari jururawat peribadi untuk mama kamu. Mana kamu tahu Misha bagus ke tak?” Tegas Datuk Hamidan. Sepertinya dia membelaku. Aku menarik nafas lega.

“ Arghh suka hati papa la. Nanti kalau Fariz tahu dia buat kerja tak bagus, Fariz sendiri yang akan pecat dia!” Katanya berbaur dendam.

“ Fariz! Cubalah cakap tu bersopan sikit! ” Jerkah Datuk Hamidan.

“ Dah la, malaslah mahu layan perempuan ni. Buang masa Fariz je!” Gertak Fariz. Dia cepat-cepat melangkah masuk meninggalkan aku dan Datuk Hamidan yang terkebil-kebil di situ. Apa la mamat ni, perangai macam budak-budak!

“ Misha, saya mintak maaf atas kebiadapan anak saya tu. Fariz memang macam tu. Perangainya kadang-kadang susah nak jangka. Kamu jangan ambil hati sangat ye..” Pujuk Datuk Hamidan lembut.

“ Eh, tak ada apa-apalah datuk . Saya faham. Jadi bila lah saya boleh mula kerja?” Soalku sekadar mengalih topik. Hinaan Fariz langsung tak berbekas di hatiku. Lantak dialah. Janji aku datang sini nak kerja.

“ Hari ini pun boleh. Nanti saya bawak Misha jumpa datin ye. Harap-harap Misha boleh bersabar lah ye dalam merawat datin. Dia tak berapa kuat lagi tu..” Balas Datuk Hamidan.

“ Ish tak apalah datuk. Saya dah biasa jaga orang sakit. Dia sakit apa datuk?” Soalku ingin tahu.

“ Dia kena stroke sejak beberapa bulan yang lepas. Sebelah badannya lumpuh. Jadi sekarang dia tak boleh nak bergerak banyak. Saya harap Misha boleh tolong dia ye…” Kata Datuk Hamidan penuh berharap. Aku tersenyum. Bagiku semua tu bukan masalah bagiku kerana aku sudah biasa menjaga pesakit lumpuh.

“ InsyaAllah datuk..saya akan cuba buat yang terbaik..” Balasku lembut sambil tersenyum. Datuk Hamidan turut membalas senyumanku.

##########################

Aku membetulkan kedudukan Datin Wahida supaya dia dapat duduk bersandar dengan selesa. Kelihatan tubuh datin masih lagi lemah . Segala-galanya perlu dibantu termasuklah untuk makan minum. Aku melakukan segala tugas-tugas yang diberikan dengan penuh tekun dan sabar. Aku lakukannya ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah aku masih boleh bertahan ke hari ni. Masuk hari ini, sudah hampir seminggu aku bertugas di banglo mewah ini. Waktu kerjaku cuma dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang sahaja. Hari Ahad off. Jadi kalau hari Ahad dan waktu malam, tugasku diambil alih oleh bibik yang ditugaskan khas untuk menjaga waktu makan ubat untuk datin.

“ Misha..” Datin Wahida menegurku. Aku berpaling ke arahnya.

“ Ye datin.. Kenapa?” Soalku lembut.

“ Kamu dah kerja sebagai jururawat dah berapa lama?” Soalnya ingin tahu . Aku tersenyum kecil.

“ Dah dekat 3 tahun datin..” Jawabku ringkas. Datin itu terangguk-angguk.

“ Terima kasih banyak lah sebab sudi jaga saya..Kalau tak ada kamu tak tahulah macam mana saya nak bergerak..maaf la sebab menyusahkan kamu..” Kata Datin itu sayu.

“ Eh, tak ada apa-apalah datin. Saya cuma menjalankan tugas saya yang sepatutnya je. Bukan susah pun..” jawabku bersahaja sambil tersenyum. Datin Wahida turut tersenyum kecil.

“ Baguslah macam tu. Nasib baik suami saya pilih kamu untuk jaga saya. Pilihan dia memang tepat. Kamu nampak dah biasa sangat dengan kerja ni kan?” Kata Datin Wahida. Aku malu sendiri. Ish, datin ni, lebih-lebih pulak puji aku.

“ Tak adalah datin. Sebelum ni dah ramai dah pesakit macam datin saya jaga. Alhamdulillah pengalaman tu boleh lah saya guna untuk jaga datin..” jawabku lembut. Datin Wahida tersengeh mendengar jawapanku.

“ Kamu dah kahwin?” Aku tersentak apabila datin menyoal begitu.

“ Belum..”

“ Dah ada tunang atau boyfriend?” Soalnya lagi.

“ Tak ada datin. Kenapa?” Soalku ingin tahu. Macam lain macam je nadanya tu.

“ Tak adalah saja tanya. Kamu tu cantik , rasa hairan pulak bila kamu cakap belum berpunya..” jawab Datin Wahida separuh berseloroh. Aku tergelak kecil.

“ Ish datin ni..saya bukan cantik sangat pun. Tak ada orang nak pun kat saya…” Kataku sambil meneruskan sisa gelakku.

“ Tak ada orang nak ke atau kamu yang jual mahal? ”

“ Buat apa nak jual mahal datin..dah memang tak ada orang nak. Nak buat macam mana..” Jawabku selamba.

“ Tak percayalah saya…”

“ Betul datin…”

“ Kalau kamu jadi menantu saya, kamu nak?” Aku terkejut dengan soalan Datin Wahida tiba-tiba. Bergurau ke apa datin ni?

“ Eh, apasal pulak datin tanya macam tu?” Aku naik hairan. Soalan Datin Wahida macam ada udang di sebalik mee je.

“ Tak adala, saya teringin nak ada menantu. Ye lah, anak saya sorang je lelaki  tapi belum kahwin-kahwin lagi sampai sekarang. Umur dia bukannya muda lagi…Mana tahu saya boleh jodohkan kamu dengan anak saya tu…” jawab Datin Wahida tanpa berselindung. Aku termangu. Biar betul datin ni! Maksudnya dengan Fariz?! Huh, tak nak lah aku!  Aku lebih rela kahwin dengan bangla dari kahwin dengan dia.

“ Err..tak apalah datin. Saya ni mana la layak dengan anak datin..” aku cuba berdalih.

“ Tak layak apanya. Kamu pandai serba-serbi, elok sangat la tu jadi menantu saya…,” kata Datin Wahida lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Datin ni betul ke tak tiba-tiba  je cakap macam tu. Siap offer anak dia lagi.

“ Err..maaflah datin. Saya tak ready lagi lah..,” jawabku ringkas.

“ Maaflah Misha kalau kamu tak suka saya cakap macam tu. Saya bukannya apa..ye lah, saya hidup bukannya lama. Kalau boleh sebelum saya pergi, nak lah jugak tengok anak teruna saya tu naik pelamin…,” kata Datin Wahida sayu. Aku menelan air liur. Apa aku nak cakap lagi ni?

“ Ish datin..jangan lah cakap macam tu. Datin muda lagi lah..InsyaAllah datin, penyakit datin ni lepas kena buat fisioterapi..lama-lama datin boleh jadi kuat balik. Jangan risau sangat ermm..” Pujukku sambil mengusap lembut bahunya.

“ Amin..insyaAllah. Harap-harap begitu lah..Terima kasih ye Misha,” balas Datin Wahida sambil tersenyum manis.

“ Tak ada apa-apalah datin. Kita sama-sama doa la ye..Setiap penyakit yang Allah bagi pasti ada ubatnya..InsyaAllah..”

“ InsyaAllah..” Kata Datin lagi. Aku membalas senyumannya. Aku cukup kagum dengan Datin Wahida, walaupun dia berpangkat dan kaya, tapi tak pernah sekalipun dia meninggi diri. Dia tidak cerewet seperti pesakit-pesakitku sebelum ini yang tergolong dalam golongan atasan. Peribadinya penuh dengan sifat keibuan dan kelembutan. Tidak pernah sekalipun dia memarahiku sebaliknya dia sentiasa melayan aku seperti keluarganya sendiri walaupun baru beberapa hari je aku mengenalinya. Jauh di sudut hatiku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan aku majikan yang sangat baik dan bertimbang rasa. Aku bersyukur sangat-sangat.

################################

“Bu Misha!” Laungan bibik, pembantu rumah Datin Wahida mematikan langkahku yang baru sahaja mahu mendaki anak tangga untuk ke bilik datin di tingkat atas.

“ Ye bibik. Kenapa ni?” Soalku hairan apabila melihat dia termengah-mengah berlari ke arahku dengan membawa dulang berisi makanan dan minuman.

“ Bisa kamu tolong saya?” Soal bibik itu .

“ Tolong apa bibik? Macam kes berat je ni?”

“ Tolong saya hantar makanan ini pada Mas Fariz. Saya sakit perut bangat, mahu cepatan ke tandas,” jawab bibik itu sambil menghulurkan dulang tersebut kepadaku. Aku teragak-agak menyambutnya.

“ Heh, saya tak biasala bibik. Nanti si Fariz marah saya macam mana?” Soalku dengan nada serba salah. Ye lah, sejak pertemuan pertama aku dengan Fariz, anak Datin Wahida tu, aku sering mengelak dari bertembung dengannya. Aku sungguh takut dan malu untuk berdepan dengan Fariz kerana aku sudah tersalah anggap dengannya tempoh hari. Mati-mati aku ingat dia tukang sapu rumah ni.

“ Alah Bu Misha. Tolonglah saya. Dari pagi lagi, saya cirit saja. Tolonglah Bu Misha. Kali ini saja saya mohon pertolongan dari kamu..” Bibik itu merayu. Alahai bab rayu merayu ni yang aku lemah ni.

“ Ha’ah ye lah bibik. Kali ini saja tau. Lain kali saya tak nak dah buat..” Aku akur.

“ Ya Bu Misha. Terima kasih ya! Aku duluan  ya!” Jawab bibik itu kelam kabut. Dia cepat-cepat berlari ke arah bilik air berdekatan . Aku masih terkebil-kebil di situ. Betul ke tindakan aku bakal buat ni? Aduhh, tolong lah, aku betul-betul segan dan takut nak bertemu dengannya lagi. Mesti Fariz akan marah aku ni. Aku berdoa banyak-banyak dalam hati supaya tidak ada apa yang berlaku antara aku dengan dia nanti. Dengan perasaan berat hati, aku terpaksa memberanikan diri melangkah ke tingkat atas untuk menuju ke bilik Fariz.

#############################

Sesampai je aku di depan bilik Fariz, aku perlahan-lahan mengetuk pintu biliknya. Hatiku berdebar-debar. Rasa dadaku seperti mahu pecah. Tanganku mula menjadi seram sejuk. Hish, kenapa aku takut sangat ni?
5 minit berlalu…Masih tiada sahutan dari dalam biliknya . Aku mengetuk lagi. Senyap. Ish, mamat ni ada ke tak ada ni? Mungkin tak ada lah kot. Aku cuba menyedapkan hati. Perlahan-lahan aku memutar tombol pintu biliknya. Tidak berkunci. Pintu biliknya aku kuak perlahan-lahan. Maka terserlahlah biliknya yang agak besar dan kemas. Segala perabot di dalam bilik itu berwarna putih dan dihiasi dengan beberapa bunga orkid di penjuru bilik itu. Dinding biliknya ditampal dengan beberapa poster Lionel Messi, pemain bola sepak Argentina dan gambar team Barcelona dan Manchester City. Nampak betul-betul macam bilik orang lelaki. Aku memerhatikan sekeliling bilik itu. Bayangan Fariz tidak kelihatan. Aku menarik nafas lega. Huh, nasib baik dia tak ada. Selamat aku. Cepat-cepat aku meletakkan dulang berisi makanan itu di atas meja kecil di sebelah katilnya dengan berhati-hati. Kemudian, aku cuba berlalu dari bilik itu secepat mungkin.

“ Kau buat apa kat sini?!” Aku tersentak apabila tiba-tiba ada satu suara lelaki menjerkah. Aku terus berpaling ke arah lelaki itu. Alamak! Fariz! Dia sekadar bertuala menampakkan tubuhnya yang sasa tanpa dibaluti baju.

“ Ahhh!” Aku menjerit kecil. Aku menutup mataku rapat-rapat dengan tanganku. Tidak sanggup aku mahu melihat tubuh lelaki itu. Seksinya! Jantungku berdegup kencang.

“ Heh, kau ni kenapa? Aku orang lah, bukan hantu!” Jerkah Fariz.

“ Bo..boleh tak awak pakai baju dulu?” Pintaku tanpa segan silu.

“ Sudah la weyh. Tak payah la nak tutup mata macam tu. Kau memang sengaja nak intip aku kan?” Kedengaran tajam suara Fariz. Aku segera membuka mata . Kelihatan dia sudah mengenakan baju t-shirt pada tubuhnya. Rambutnya kusut masai seperti baru lepas mandi tapi dia masih nampak handsome.

“ Mana ada. Saya cuma nak hantar makanan la…,” jawabku berterus terang.

“ Aik, kerja kau bukan sebagai jururawat peribadi mama aku ke? Yang kau memandai nak ambik alih tugas bibik ni kenapa? Bibik kan ada..mana dia?” Soalnya sinis. Mukaku membahang panas.

“ Saya cuma tolong bibik je. Dia yang mintak saya hantarkan makanan ni kat bilik awak. Tu je..” Balasku.

“ Eleh... Kalau betul-betul nak tolong bibik apasal sampai nak masuk ke bilik aku? Alasan je tu..padahal kau nak intip aku kan?!” Soalnya kasar. Aku mengetap bibir. Hish, mamat ni memang bikin aku panas je.

“ Betul awak. Saya tak tipu. Buat apa saya nak intip awak. Tak ada maknanya. Oklah kalau macam tu, saya keluar sekarang jugak!” Rengusku. Aku cuba melangkah keluar. Namun langkahku terhenti apabila aku rasa ada tangan kasar memaut lenganku. Mataku membulat.

“ Nanti! Kau belum jawab soalan aku. Buat apa kau masuk bilik aku? Apa motif kau?” Soalnya masih tidak berpuas hati. Aku cuba merentap lenganku dari pegangannya namun cengkamannya cukup kuat.

“ Kan saya cakap saya cuma tolong bibik untuk hantar makanan ke bilik awak. Awak tak faham-faham lagi ke?!” Marahku. Aku memandangnya geram. Tak faham bahasa betul mamat ni!

“ Aku tak percaya! Aku tahu lah perempuan macam kau ni mesti nak cari harta je kat rumah ni kan?! Mengaku jelah!” Fariz meninggikan suara. Aku mendengus geram dan kali ini aku menarik kasar lenganku hingga terlepas dari cengkamannya.

“ Encik Fariz, saya bukan perempuan mata duitan macam awak fikir. Demi Allah, saya masuk bilik awak untuk hantar makanan tu je. That’s it! Kalau awak tak puas hati, awak pergilah tanya bibik sendiri. Tak payah la nak tuduh saya macam tu! Berdosa besar tau kalau fitnah orang sesuka hati tanpa usul periksa…” Tegasku. Suaraku sedikit meninggi. Sabarku mula menipis. Wajah Fariz kelihatan tegang.

“ Kau ni memang kurang ajar ek? Berani kau tinggikan suara dengan aku!” kata Fariz. Kelihatan dia mula berang. Argh, lantak kau lah!

“ Habis tu, yang awak tuduh saya bukan-bukan kenapa? Awak ingat saya kebulur sangat ke dengan harta awak?! Setakat rumah awak ni, saya boleh beli lah!” Aku merengus geram. Mana mungkin aku mengalah dengan lelaki yang kurang ajar ni.

“ Owh yeke? Memanglah kau dapat beli lepas kau berjaya kikis harta mama dan papa aku kan?” Bantahnya. Wajahnya semakin menyinga.

“ Dahlah! Malas saya nak cakap dengan orang yang tak ada otak macam awak ni..” perliku lantas cuba mengorak langkah keluar dari biliknya. Sekali lagi dia cuba mengahalang langkahku.

“ Ke tepilah! Awak nak apa lagi?” Soalku kasar.

“ Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang!” Tegasnya. Matanya masih tajam menikam ke dalam anak mataku. Aku menjelingnya tajam. Mamat ni memang dah lebih ni.

“ Buat apa? Saya tak buat salah apa-apapun dengan awak..” jawabku selamba.

“ Kau ni kan memang perempuan tak tahu malu lah. Dah la masuk bilik orang tak bagi salam lepas tu berani nak marah-marah aku. Aku memang betul-betul kagum lah dengan kau..kagum sangat! ” Sinis kata-katanya. Telingaku terasa panas. Dari tadi dia tak habis-habis mengutukku. Aku tak tahu la wayar mana yang terputus dalam otaknya sampai tak reti nak fikir dulu sebelum cakap. Main hentam je.

“ Ok, saya minta maaf. Puas hati?” Jawabku kasar. Dia merengus geram.

“ Kau ni kan memang kurang ajar la! Mintak maaf la betul-betul!” Marahnya lagi. Matanya yang memang sedia bulat dibulatkan lagi . Nampak sangat dia sedang menahan marah.

“ Ya Ampun, Mas Fariz..Bu Misha, kenapa ribut-ribut di sini?” Pertelingkahan kami terhenti tiba-tiba apabila bibik tadi tiba-tiba muncul.

“ Bibik, betul ke kamu suruh Misha masuk bilik aku?!” Soal Fariz kasar.

“ Ye Mas Fariz. Saya yang minta tolong sama Bu Masha hantar makanan ke bilik Mas Fariz. Saya cirit tadi. Enggak tahan bangat sih…Maaf kan saya ya kalau Mas Fariz enggak suka…” Jawab bibik itu dengan rasa bersalah. Fariz memandang aku sekilas . Aku membuang pandang. Orang cakap tak nak percaya! Huh! Menyampah aku!

“ Bibik, lain kali jangan suruh orang lain masuk bilik aku selain bibik terutama perempuan ni! Aku tak suka!” Tegasnya. Amboi! Aku pun tak ingin nak jejak kaki lagi kat sini ok! Kalau aku tahu jadi macam ni.. haram aku tak nak hantar makanan tu!

“ Baik Mas Fariz..” Jawab bibik akur.

“ Kalau tak ada apa-apa, kamu berdua keluar sekarang. Aku nak rehat..,” katanya lagi dengan suara yang sedkit mengendur. Dia sempat mengerling ke arahku. Aku mencebik. Panas hatiku masih tersisa.

“ Baiklah Mas Fariz. Maaf kerna mengganggu ya..” balas bibik itu. Dia cepat-cepat menarik aku keluar dari bilik Fariz. Aku meyoroti langkah bibik tanpa berpaling ke belakang. Kedengaran pintu biliknya dihempas kasar. Marah la konon! Nasib baik bibik datang. Kalau tak, tak tahu berapa lama aku mahu mengadap mamat yang agak menjengkelkan itu. Buang masa aku je! Namun, kata-kata penghinaan darinya sebentar tadi sedikit sebanyak cukup membuatkan hatiku terguris . Tidak patut dia hina aku macam tu. Aku datang sini nak cari kerja halal, bukan nak kikis harta dia pun. Aku tak sangka , sampai macam tu sekali dia hina aku. Argh ! Wake up Masha! Tak payahlah kau peduli dengan kata-kata orang macam Fariz tu. Biarlah dia sombong dengan kesenangan dunia yang sementara tu. Janji kau kena sentiasa teguh iman, cari harta dunia dan akhirat kerana itu adalah lebih baik. Aku cuba memujuk hatiku.

##############################

Hari ini hujung minggu. Aku tidak bekerja. Hari ini aku habiskan masa dengan keluar berjalan-jalan seorang diri di sekitar Kuala Lumpur. Saja, nak menghilangkan bosan dan juga stress bekerja. Walaupun setakat cuci mata sahaja di sini, tapi itu cukup membuatkan jiwaku terhibur. Destinasi terakhir aku adalah di shopping complex Suria KLCC. Entah apa aku mahu cari pun aku tak tahu. Tak apalah, sesekali ‘Window Shopping’ apa salahnya kan? Aku memerhatikan suasana sekelilingku. Orang sentiasa ramai di sini, tak pernah putus-putus. Sedang aku berjalan untuk menuruni escalator, tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang. Aku terus memandang orang tersebut.

“ Kau?” Orang itu bersuara. Kelihatan dia terkejut melihatku.

“ Awak?” Aku turut terkejut. Macam mana mamat ni boleh ada kat sini. Huh, baru je jiwa aku nak tenang tapi bila melihat dia di sini, hatiku jadi panas balik apabila teringat kata-katanya tempoh hari.

“ Kau buat apa kat sini? Kau sengaja ikut aku eh?” Fariz menyoalku dengan nada sinis. Aku menjeling tajam. Tengok, mahu menuduh lagi!

“ Eh , Encik Fariz. Tak ada maknanya saya nak ikut awak. Suria KLCC ni awak punya ke? Semua orang pun boleh datang sini lah! Bukan awak sorang je..” Marahku.

“ Yelah tu. Tak percayalah aku. Kau memang sengaja ikut aku kan? Aku dah agak dah, kau mesti ada niat tak baik masa kau datang kat rumah aku…” katanya lagi. Aku merengus geram. Fariz ni aku rasa ada ‘delusion disorder’ lah . Selalu beranggapan buruk denganku.

“ Apa masalah awak sebenarnya ni? Salah ke saya datang jalan-jalan kat sini? Kalau betul saya nak ikut awak atau intip awak , dah lama saya buat tau! Saya akan buat dengan berhati-hati supaya awak tak dapat kesan. Bukan macam ni, senang-senang je bertembung!” Balasku ,kasar. Geram betul aku dengan Fariz ni. Tak tahu apa masalah dia. Mungkin betul lah dia ni memang ada penyakit mental kot.

“ Apa-apa jelah..tapi kalau aku dapat tahu kau cuba nak apa-apakan aku atau keluarga aku, siap kau!” Ugutnya. Dia memandangku tajam.

“ What so ever!” Aku merengus geram. Entah apa-apa jela si Fariz ni.

“ Sayang..buat apa lagi kat sini…I dah lapar la…Jom la temankan I makan…” Tiba-tiba entah dari mana seorang wanita yang aku rasa lebih muda dariku datang mendekati Fariz. Dia terus memaut lengan Fariz. Siapa pulak ni? Girlfriend dia ke?

“ Sory la sayang, I tengah brain wash I punya spy ni?” Jawabnya dengan nada yang cukup pedas di telingaku. Wanita itu memandangku dari atas hingga bawah dengan pandangan jelek.

“ Spy? Spy untuk apa sayang?” Soal wanita itu ingin tahu. Pinggan Fariz dirangkul kemas. Geli aku tengok kemesraan diorang. Belum kahwin dah berpeluk-pelukan. Hish, haram!

“ Spy untuk cari jalan macam mana nak dapatkan duit I..Siap ikut I sampai sini lagi. Teruk kan?” Fariz menghinaku lagi.

“ Ouchhh…so pity. Hey you, baik you lupakan jelah niat you tu. Kalau dengan Fariz, you tak kan dapat sesen pun tau..” wanita itu menyampuk. Bahuku ditolak kasar. Aku tergelak kecil. Lucu dengan andaian bodoh diaorang.

“ Sory Miss..What’s your name?” Soalku pada wanita itu.

“ Mimi..”

“ Okay..Macam ni lah wahai Encik Fariz dan Cik Mimi yang sangat saya hormati. Untuk pengetahuan kamu berdua, saya tak pernah ada niat macam tu. Sikitpun tak ada. Kalau Encik Fariz tak suka saya kerja di rumah encik, saya boleh letak jawatan sekarang jugak! Tapi saya mintak tolong satu je…tolong jangan hina saya macam tu lagi!”Jawabku bersahaja. Kelihatan Fariz sedikit tersentak dengan jawapanku.

“ Satu lagi, you all berdua ni kan saya rasa baik kahwin lah cepat-cepat kerana itu lebih baik. Haram tau kalau lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpelukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai macam ni…buat malu orang islam je!” Sambungku lagi tanpa sempat mereka memintas kata-kataku. Aku terus menuruni escalator dan meninggalkan mereka yang terkebil-kebil di situ. Hatiku betul-betul panas . Sungguh aku tidak sanggup lagi dihina sebegitu. Tak apalah. Daripada aku terus menahan telinga aku dengan kata-kata kesat dari Fariz, baik aku blah je dari rumah itu. Esok aku tekad untuk berjumpa datin untuk mengusulkan perletakan jawatanku sebagai jururawat peribadinya biarlah tak sampai sebulan aku bekerja di rumah Datuk Hamidan. Aku tidak sanggup lagi berdepan dengan Fariz yang semakin hari semakin membuatkan jiwaku terseksa!

###################################

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku yakin keputusan yang aku buat ini tepat. Hari ini aku akan meletak jawatan sebagai jururawat peribadi Datin Wahida. Mungkin Datuk Hamidan boleh cari jururawat peribadi yang lebih baik dari aku. Kali ini aku mengalah. Aku tidak sanggup lagi berdepan dengan Fariz yang tidak habis-habis menuduh aku bukan-bukan. Biarlah hasrat aku untuk mengumpul dana untuk pembiayaan master programme dalam masa yang singkat terkubur begitu sahaja. Aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Mungkin rezeki aku bukan di sini.

Aku melangkah masuk ke bilik Datin Wahida dengan perlahan-lahan. Kelihatan katil datin masih tidak dikemas. Kelibat Datin Wahida tiada di situ. Aku hairan. Biasanya datin masih berada di katilnya sehingga aku datang tapi kali ini tiada pulak dia di situ.

Sayup-sayup kedengaran bunyi paip dibuka laju dari bilik air berhampiran. Datin Wahida mandi ke? Macam mana dia boleh bangun dan berjalan ke bilik air? Siapa yang bantu dia ? Bibik ke? Aku mula rasa tidak sedap hati apabila tiada kedengaran bunyi seperti orang sedang mandi. Aku terus berlari menuju ke bilik air . Pintunya tidak berkunci. Aku kuak pintu bilik air dengan berhati-hati. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Datin Wahida sedang terbaring kaku di lantai bilik air tidak sedarkan diri. Aku panik.

“ Datin Wahida, bukak mata datin! Kenapa ni?!” Jeritku kuat. Aku tepuk pipinya beberapa kali namun tiada tindak balas.

“ Datin Wahida!” Aku memanggilnya lagi. Senyap.Masih tiada reaksi. Aku cepat-cepat memeriksa nadi dan pernafasannya. Nadinya masih terasa tapi cukup lemah. Dia masih boleh bernafas sendiri. Wajahnya kelihatan sungguh pucat. Tanpa membuang masa aku terus memapah Datin Wahida dengan kudrat wanitaku dan membawanya ke katilnya.

“ Bibik!! Bibik ! Datang sini cepat!” Aku melaung kuat sambil terus membaluti tubuh Datin Wahida dengan selimut . Tekanan darah dan paras gula dalam darah aku periksa segera. Tekanan darahnya stabil tetapi gula dalam darahnya cukup rendah (hypoglycemia). Aku tergesa-gesa mencari salur darah pada tangan datin untuk menyuntik air gula terapeutik  yang sudah tersedia dalam emergency kit yang aku bawa .

“ Ya Ampun..kenapa dengan Datin, Bu Misha??” Soal bibik yang baru muncul tiba-tiba di situ dalam keadaan kalut.

“ Datin pengsan. Cepat kamu call Datuk Hamidan atau ambulans! Kita kena bawak datin segera ke hospital..,” tegasku.

“ Baik Bu Misha. Nanti saya call datuk…,” balas Bibik itu dan terus berlalu ke luar bilik .
Aku masih meneruskan acaraku menyuntik air gula therapeutik ke dalam salur darah datin sehingga habis. Sesekali aku memeriksa nadinya. Risau kalau-kalau nadinya tiba-tiba berhenti. Ya Allah, selamatkanlah Datin Wahida. Aku berdoa dan beristighfar banyak-banyak di dalam hati. Aku tidak mahu apa-apa terjadi pada datin.

Setelah habis memasukkan air gula tersebut, aku terus memeriksa sekali lagi paras gula dalam darah Datin Wahida. Alhamdulillah paras gula dalam darahnya sudah kembali ke paras normal.

“ Datin Wahida..buka mata!” Aku melaung namanya kuat. Sebentar kemudian tangan Datin Wahida bergerak-gerak. Matanya dan keningnya berkerut-kerut. Perlahan-lahan dia membuka mata. Aku menarik nafas lega. Mujurlah rawatan kecemasan yang aku berikan berkesan.

“ Datin, datin ok ke?” Soalku sambil mengusap lembut pipinya.

“ Pening…,” jawab Datin Wahida lemah. Tangannya masih terketar-ketar. Tubuhnya masih lemah.

“ Misha! Kenapa dengan datin?” Tiba-tiba Datuk Hamidan datang menyapaku. Dia kelihatan sungguh panik. Dia segera mendapatkan Datin Wahida dan segera merangkul tubuhnya.

“ Dia mengalami kekurangan gula dalam darah datuk, kita mesti bawak dia ke hospital secepat mungkin untuk rawatan lanjut,” jawabku dengan bersungguh-sungguh.

“ Baiklah, apa kita tunggu lagi. Meh la kita bawak datin pergi hospital,” jawab Datuk Hamidan kaget.

“ Ok datuk..” Balasku sambil membantu Datuk Hamidan memapah Datin Wahida ke tingkat bawah . Kereta Datuk Hamidan sudah sedia menunggu di halaman rumah. Aku turut ikut menemani Datin Wahida  untuk ke hospital berdekatan. Aku berharap sangat supaya Datin Wahida dapat pulih sepenuhnya dengan cepat. Aku mendoakan supaya dia tiada apa-apa. Hasrat aku untuk mengusulkan perletakan jawatanku terpaksa aku tangguhkan buat seketika. Rasa bersalah pulak mahu meninggalkan Datin Wahida di saat dia lemah begini. Aku mesti ada sifat perikemanusiaan. Aku tidaklah sekejam mana untuk membiarkan Datin Wahida menderita seorang diri .

###########################

Aku mengusap lembut tangan Datin Wahida yang sedang tidur di bilik dalam wad 1st class di Hospital Ampang Puteri ini . Dia kelihatan masih kepenatan namun mukanya yang tadi pucat kini beransur menjadi warna pink . Cuma, kudratnya je yang masih lemah. Rupa-rupanya dia mendapat ‘hypoglycemia attack’ (kekurangan gula dalam darah yang tiba-tiba) disebabkan oleh pengambilan dos suntikan insulin yang terlebih sikit dari dos asal. Datin Wahida sebenarnya ada mengidap penyakit kencing manis juga (Diabetes Mellitus Type 2) selain penyakit stroke yang dialaminya. Jauh di sudut hatiku berasa sungguh simpati dengan keadaan Datin Wahida sekarang. Dengan pergerakan yang terbatas, aktiviti hariannya juga terbatas. Segala-galanya memerlukan seseorang untuk membantu pergerakannya. Tapi aku yakin, setiap ujian yang Allah timpakan kepada hambaNya pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku yakin Datin Wahida ada peluang untuk pulih seperti dulu. Hanya doa yang boleh aku hulurkan kepadanya saat ini.

“ Mama! Mama ok ke?” Aku tersentak apabila Fariz tiba-tiba datang meluru ke arah ibunya. Ish, mamat ni, tiba-tiba je muncul. Buat aku terkejut je. Dah la datang tak beri salam!  Sedikitpun dia tidak memandang ke arahku.

“ Mama! Bangun Mama!” Jeritnya lagi. Kelihatan wajahnya sungguh risau. Datin Wahida membuka mata perlahan-lahan.

“ Mama ok la….jangan risau…,” jawab Datin Wahida lembut sambil tersenyum.

“ Yeke ni Mama? Risaunya Fariz tadi..macam mana boleh jadi macam ni?” Soalnya lagi. Tangan Datin Wahida diraih dan dikucup mesra.

“ Entahlah. Mama tersilap ambil ubat kot . Itu yang tiba-tiba rasa mahu pitam..tak sangka pulak boleh sampai pengsan…,” jawab Datin Wahida.

“ Macam mana mama boleh tersilap ambil ubat ni! Hei perempuan! Macam mana kau jaga mama aku ni? Kau nak bunuh dia ke?!” Aku terkejut beruk apabila tiba-tiba Fariz menjerkahku. Dia memandangku tajam. E’eh sesuka hati dia je nak salahkan aku !

“ Saya tak buat apa-apa la..saya datang-datang je nampak datin pengsan..,” jawabku jujur.

“ Kau jangan lah nak tipu aku! Aku dah agak dah, dari awal kau datang rumah aku kau memang ada niat tak baik! Kau memang sengajakan?!” Marahnya lagi. Wajahnya membengis.

“ Fariz! Kenapa cakap kat Misha macam tu? Dia tak salah lah sayang..,” Datin Wahida cepat-cepat menyampuk.

“ Mama..mama tahu tak? Perempuan ni sebenarnya tak baik mama..Dia ni memang licik. Dia datang rumah kita semata-mata untuk kikis harta mama dan papa je. Macamlah Fariz tak tahu..,” pedas Fariz lontarkan kata-kata itu. Entah mengapa hatiku berasa sebak sangat bila dia menuduhku sedemikian rupa. Salahkah aku bekerja dengan datin semata-mata untuk mencari rezeki halal?

“ Fariz..kenapa ni? Fariz dah salah anggap ni dengan dia. Fariz tahu tak? Misha yang selamatkan mama tau!” Datin Wahida membantah. Aku hanya mampu berdiam diri.

“ Selamatkan macam mana tu?” Soal Fariz tidak mengerti.

“ Mama pengsan tadi kat dalam bilik air. Misha yang tolong mama beri rawatan kecemasan. Kalau tak kerana dia datang tadi, tak tahulah berapa lama mama pengsan lagi. Entah-entah tak bernyawa terus…Mama betul-betul berterima kasih pada Misha…,” terang Datin Wahida dengan panjang lebar. Dia memandangku dengan pandangan redup. Aku menunduk. Wajah Fariz kelihatan berubah serta-merta.

“ Maksud mama, Misha tolong sedarkan mama? Macam tu?” Soal Fariz.

“ Ye sayang….kamu tahu tak, Misha dah banyak  tolong mama selama ini. Susah tau nak cari jururawat peribadi yang betul-betul komited dan ikhlas dalam kerjanya untuk jaga mama. Misha sorang je yang boleh bersabar dengan mama . Orang lain, mana ada macam tu…,” sambung Datin Wahida lagi. Aku rasa datin ni macam terlebih puji aku pulak. Fariz terdiam tidak terkata.

 “ Tak adalah datin. Dah memang tugas saya jaga datin. Tapi saya rasa, ramai lagi jururawat peribadi yang lebih baik dari saya…Kalau datin nak,saya boleh cari jururawat lain untuk ganti saya…” Jawabku sayu. Sungguh kata-kata pedas dari Fariz sebentar tadi masih berbekas di hatiku.

“ Eh tak payah la Misha. Kamu sorang pun dah cukup untuk jaga datin…,” Tiba-tiba Datuk Hamidan yang entah muncul dari arah mana menyampuk.

“ Papa  yakin Misha memang pandai jaga mama. Apa kata  kalau Misha tinggal dengan kita sepenuh masa selama  24 jam dalam masa seminggu? Sementara tunggu mama pulih sepenuhnya…” Sambung Datuk Hamidan lagi. Mataku membulat. Hah? Aku kena tinggal dengan diaorang sepenuh masa? Biar betul?!

“ A’ah bagus jugak cadangan abang tu. Kenapa saya tak terfikir awal-awal ye? Macam mana Misha, kamu setuju?” Datin Wahida menyampuk. Aku termangu. Macam mana aku nak jawab ni? Aku memandang Fariz. Dia hanya diam. Sudah tiada kata-kata bantahan dari bibirnya.

“ Tapi datin, saya tak nak menyusahkan keluarga datuk dan datin…,” jawabku teragak-agak. Ah, mana mungkin aku tinggal sebumbung dengan Fariz. Aku dah betul-betul cuak dengan lelaki itu.

“ Menyusahkan apanya…kami boleh sediakan makan minum dan bilik untuk kamu selama seminggu ni. Tak apa,kamu jangan risau, nanti gaji bulan ni saya up kan sikit. Macam mana , ok?” Pinta Datuk Hamidan bersungguh-sungguh. Datin Wahida turut mengangguk mengiyakan kata-kata datuk. Aku jadi serba salah

“ Tapi...Saya tak mampu..Maafkan saya..” Jawabku sambil mengetap bibir.

“ Kalau dah orang offer tu, terima je la. Tak payah la nak pura-pura tak nak…,” Fariz mencelah setelah lama berdiam diri. Tengok! Perli lagi. Eiii geramnya aku!

“ Fariz, boleh tak jangan nak menyibuk? Papa tengah tanya Misha ni, bukan kamu..,” Datuk Hamidan membantah keras. Fariz diam. Dia membuang pandang. Sungguh lelaki itu nampak benar-benar membenciku.

“ So, macam mana Misha. Boleh tak? Kami betul-betul perlukan perkhidmatan kamu sepenuh masa buat masa ni…” Sambung Datuk Hamidan separuh merayu. Aku semakin serba salah. Wajah mereka nampak begitu berharap.

“ Oklah datuk, datin..insyaAllah saya akan ambil tugas ni dengan sebaik mungkin…” Akhirnya aku mengalah. Wajah mereka berubah sedikit ceria mendengar jawapanku.

“ Alhamdulillah..terima kasih Misha. Saya senang hati sangat kamu dah setuju. Paling kurang selama seminggu, adalah jugak teman untuk jaga saya…,” balas datin Wahida dengan satu senyuman lebar terukir di bibirnya. Aku turut membalas senyumannya. Baiklah, demi kesihatan Datin Wahida yang tak berapa bagus sekarang, aku rasa memang patut aku tinggal dengan mereka buat sementara waktu supaya aku boleh jaga datin sepanjang masa. Soal Fariz, aku terpaksa ketepikan buat seketika. Yang penting sekarang, aku akan buat kerjaku dengan ikhlas. Tak payah lah aku nak ambil peduli soal lelaki yang berlagak lagi sombong tahap gaban tu. Buang masa je!

“ Fariz, dah lewat malam dah ni. Nanti kamu tolong lah hantar Misha balik rumah ye. Biar papa je yang jaga mama kamu malam ni…” Aku tersentak mendengar cadangan Datuk Hamidan. Hah, biar betul!

“ Err..Tak apalah datuk. Saya boleh pulang sendiri. Waktu ni masih banyak lagi teksi kat luar..,” Aku cuba berdalih. Gila apa nak bagi si Fariz hantar! Nanti sepanjang jalan, mesti dia tak habis-habis nak kutuk aku lagi.

“ Tak payah la kau nak jual mahal sangat. Kalau papa dah suruh aku hantar, kau ikut je lah..,” Fariz menyampuk. Aku memandangnya sekilas. Wajahnya kelihatan masih serius.

“ Betul tu Misha, biarlah Fariz hantar kamu. Lagipun bahaya naik teksi tengah-tengah malam…,” Datin Wahida mencelah. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hish, apa aku nak buat ni?

“ Erm..ok..,” jawabku akur. Ada benarnya juga kata-kata Datuk Hamidan dan Datin Wahida tu.

“ Ok lah papa. Mama, Fariz pulang dulu ye..,nanti esok Fariz datang lagi…” kata Fariz sambil bersalaman dengan papa dan mamanya. Tangan Datin Wahida dikucup lembut.

“ Baiklah Fariz..kamu jaga Misha baik-baik ye…” Datin Wahida berpesan.

“ InsyaAllah mama..mama jangan risau. Bukan susah pun nak jaga jururawat peribadi kesayangan mama ni..,” jawabnya sinis. Aku mencebik. Sempat lagi tu perli aku.

“ Baguslah macam tu. Nanti ada apa-apa call mama tau..,” balas Datin Wahida.

“ Ok mama. Mama pun jaga diri elok-elok tau. Jangan bagi papa ‘kacau’ mama sangat..” kata Fariz separuh berseloroh.

“ E’eh budak ni. Ke situ pulak dia…,” Celah Datuk Hamidan sambil ketawa kecil. Fariz sekadar tersengeh. Aku cuma diam. Jantungku berdebar-debar. Betul ke Fariz nak hantar aku ni? Macam tak percaya pulak. Entah-entah dia ada udang di sebalik mee tak? Kalau tak, tak kan dengan senang hati dia setuju nak hantar aku. Pelbagai andaian-andaian buruk bermain di fikiranku. Ya Allah, aku harap tiada apa-apa lah berlaku sepanjang perjalanan balik ke rumah aku nanti.

#################################

Suasana dalam kereta mewah Audi R8 milik Fariz begitu hening dan sunyi sekali. Yang kedengaran saat ini, cuma lagu-lagu inggeris yang berkumandang dari pemain mp3 keretanya. Sepanjang perjalanan tiada sepatahpun perkataan keluar dari bibir dia atau aku. Kami dua-dua membisu. Aku tidak tahu apa yang perlu aku bualkan. Tapi , bagus juga begitu sebenarnya. Aku lebih rela berdiam diri. Aku takut sepatah perkataan dari mulutku yang keluar akan dibalas dengan berpuluh patah kata-kata pedas dari Fariz. Ah, sungguh aku tak kuat nak mendengar cemuhan dari bibir lelaki itu lagi.

“ Kau asal dari mana?” Fariz tiba-tiba bersuara. Aku memandangnya hairan. Dia masih tekun memandu di sebelahku. Sikitpun dia tak pandang aku.

“ Aku tanya kau ni..Kau asal dari mana?” Soalnya lagi dengan suara yang sedikit keras apabila aku tidak menjawab soalannya tadi.

“ Pahang..,” jawabku sepatah.

“ Rumah kau dekat mana?”

“ Maksud awak, rumah parents saya ke, rumah sewa saya sekarang?” Soalku kembali.

“ Rumah parents kau la..”

“ Kat Pahang la..”

“ Ye la..kat mana?” Kedengaran Fariz seperti mendengus geram. Eh, salah ke aku cakap?

“ Kat Kuantan. Kenapa?” Soalku hairan.

“ Tak ada apa-apa, saja tanya…,” jawabnya bersahaja. Suasana kembali sepi buat seketika. Aku tidak tahu nak tanya dia apa.

“ Kau memang minat ke jadi nurse?” Soalnya lagi. Suara dia yang garau kedengaran begitu lembut di telingaku. Tidak seperti hari-hari sebelum ni.

“ Boleh la..Minat la jugak..Tapi, sebenarnya saya mula-mula bercita-cita nak jadi doktor tapi tak dapat. Maklumlah saya bukan budak pandai…nak sambung belajar kat private univerisity pun tak dapat. Tak ada duit..” jawabku.

“ Yeke bukan budak pandai? Tak percayalah aku…Aku tengok kau macam expert betul jaga mama aku…siap boleh bagi rawatan kecemasan lagi. Mengalahkan doktor..,” balasnya sekadar berseloroh kemudian dia tertawa kecil. Aik, apasal tiba-tiba mamat ni berubah angin? Nampak baik pulak dia.

“ Mana ada..biasa je la. Rawatan kecemasan tu siapa-siapa pun boleh buat. Bukan susah pun..,” jawabku sekadar merendah diri.

“ Owh…,” balasnya sepatah. Dia seperti kehilangan kata. Aku juga begitu. Akhirnya kami terdiam lagi.

“ Misha…,” panggilnya lembut. Aku menelan air liur. Apasal suara dia tiba-tiba lembut semacam je ni?

“ Yes..”

“ I’m sorry..” Kata Fariz sepatah .

“ Sorry untuk apa pulak ni?” Soalku hairan.

“ I’m so sorry lah sebab selama ni aku selalu tuduh kau bukan-bukan. Aku ingatkan kau sama je dengan nurse-nurse lain..,rupa-rupanya aku silap. Kau memang lain dari diaorang..” balasnya .

“ Lain macam mana tu?” Soaku hairan.

“ Ye lah, dulu adalah beberapa orang personal nurse yang datang kerja kat rumah aku. Tapi semuanya terpaksa diberhentikan sebab tak jujur. Bukan nak jaga mama aku betul-betul…Aku pantang betul kalau orang buat mama aku macam patung je…Aku tahulah dia susah nak bergerak, tapi janganlah buat dia macam tu..” jawabnya dengan suara sedikit mengeras. Nampak macam marah.

“ Apalah yang diorang buat?” Soalku lagi. Aku semakin selesa berborak dengannya.

“ Kau tahu tak, pernah satu hari diaorang pergi tinggalkan mama aku sorang-sorang kat klinik. Lepas tu some of them pergi shopping dengan duit mama aku. Nasib baik mama aku perasan. Kalau tak, tak tahu berapa lama lagi diorang buat kerja makan gaji buta tu!” Tegas Fariz sambil menumbuk stereng keretanya. Amboi, marahnya dia. Owh, patutla dia selalu marah-marah aku. Rupa-rupanya dia ingat aku macam tu jugak. Aku tak sangka , walaupun bagiku perangai Fariz agak kasar tapi kasih sayangnya pada mamanya tampak begitu tulus.

“ Yelah..itu cuma some of them je kan. Tapi awak tak bolehlah nak labelkan semua nurse macam tu…” balasku lembut.

“ Ye..Aku tahu aku salah. Aku silap sebab salah anggap dengan kau…So, aku mintak maaf ok..” kata Fariz.

“ Tak apa, awak tak salah. Saya sedar siapa saya...,” jawabku sambil tersenyum kecil.

“ Janganlah cakap macam tu. Aku mengaku aku silap sebab tuduh kau bukan-bukan. Tapi lepas apa yang berlaku dekat mama aku hari ni, aku dah rasa macam boleh percaya kat kau…,” kata Fariz lagi cukup lembut di telingaku. Entah mengapa ,aku begitu senang sangat bila melihat Fariz berlembut dengan aku begitu.

 Dah rasa boleh percaya? So, lepas ni rasa tak boleh percaya la pulak?” Soalku main-main sambil tertawa kecil.

“ Mungkin..,” jawabnya selamba. Tawaku mati seketika.

“ Dah agak dah..” Balasku.

“ Aku rasa , aku tak percaya kau belum ada boyfriend…” Aku terkejut mendengar kata-kata Fariz.

“ Eh, apa kaitannya pulak? Tiba-tiba je cakap soal boyfriend..”

“ Mestilah ada kaitan…so, kau memang dah ada boyfriend kan?” Soal Fariz sambil tersenyum nakal. Ish, betul-betul lari dari topik la mamat ni.

“ Kalau saya cakap tak ada, awak nak buat apa?” Soalku kembali.

“That’s mean, aku masih ada peluang lah..,” jawabnya dengan senyuman yang semakin melebar. Terasa darah panas tiba-tiba menyerbu ke mukaku. Sah, Fariz cuma nak main-main dengan aku!

“ Tak payah lah nak perasan! Saya tak kan beri peluang kat awak..” Balasku. Dia tergelak.

“ Amboi, jual mahal nampak. Oklah..anyway, boleh ke aku jadi kawan kau?” Soalnya lembut. Aku terkebil-kebil. Pelik pulak aku tengok perubahan sikap Fariz ni. Seperti betul-betul mendadak. Hurmm..pelik tapi benar!

“ Boleh je..No problem..,” jawabku ringkas.

“ Good. Thanks tau sebab sudi jadi kawan aku. Mulai hari ini kau kena jadi kawan aku yang terbaik. Dengan syarat, jangan kecewakan aku…”

“ Aik, nak jadi kawan pun kena ada syarat? Saya boleh berkawan, tapi tak adalah sampai nak jaga hati awak sepanjang masa..” balasku selamba. Dia tertawa lagi. Aku naik hairan. Betul ke tak si Fariz nih?

“ Yelah..yelah..aku tak paksa pun…” Kata Fariz. Aku tersenyum. Fariz sudah memberhentikan keretanya. Tiba-tiba aku perasan sesuatu.

“ Encik Fariz, kenapa awak hantar saya kat rumah awak? Saya nak balik rumah saya la…,” soalku cemas.

“ Hai, kan kau kena stay dekat rumah aku 24 jam selama seminggu. So, kau kena stay sini la buat sementara waktu..” jawab Fariz selamba. Dia terus membuka pintu keretanya tanpa menghiraukan aku yang sedang cemas.

“ Ye lah, tapikan baru je mama awak cakap macam tu. Tak kan malam ni saya kena stay terus kat sini? Awak jangan main-main….”

“ Apa pulak main-main? Wahai Misha ku sayang…alang-alang kau dah sampai sini, apa kata kau ikut je kata aku. Tidur je sini malam ni…”

“ Tak nak lah! Saya tak bawak baju apa-apa pun. So, macam  mana ?” Aku masih tidak berpuas hati. Fariz ni kan sengaja nak kenakan aku tau!

“ Itu kau punya masalah.  Susah apa..nanti kau mintak lah baju dengan bibik ,” selamba je Fariz menjawab. Aku mengetap bibir. Gila apa? Tak kan aku nak pakai baju bibik.

“ Encik Fariz, jangan buat saya macam ni. Saya nak balik!” Rungutku.

“ Dah, jangan banyak songeh. Kau ikut je arahan anak majikan kau ni! Cepatlah masuk ke dalam..aku nak kunci kereta aku ni…Ke kau nak tidur dalam kereta aku malam ni? ” Soal Fariz sinis. Kata-kata Fariz membuatkan hatiku begitu panas. Sesuka hati dia je suruh aku tinggal di rumahnya malam ni. Aku melangkah keluar dari keretanya perlahan-lahan .

“ Nanti malam ni, kau tanya lah bibik nak tidur kat mana…Kalau kau nak tidur kat bilik aku pun tak ada masalah…Aku ok je…” kata Fariz sambil ketawa .Mataku membulat. Gila!  

“ Ok Misha..good night..Aku masuk dulu…,” katanya lagi dan terus meninggalkan aku yang tercengang-cengang di situ.

“ Encik Fariz! Nanti!” Sahutku namun dia terus melangkah laju masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan sahutanku. Aku menghentak kaki. Eii..Fariz ni memang sengaja nak kenakan aku! Sesuka hati dia je menguatkuasakan perjanjian aku dengan Datuk Hamidan malam ni juga. Paling kurang pun, bagilah aku masa dulu untuk bersiap-siap. Ini tak, terus suruh aku tinggal di sini. Ingat ni zaman koboy ke apa?! Huh!

#########################################

Hari ni sudah masuk hari ke-tiga aku ‘menetap’ sepenuh masa di rumah Datuk Hamidan semata-mata untuk menjaga Datin Wahida. Alhamdulillah, kesihatan Datin Wahida nampaknya semakin pulih. Dia cuma ditahan di wad untuk sehari sahaja untuk ‘close observation’. Kali ini memang aku begitu teliti dalam menjaga waktu untuk pengambilan ubat untuk Datin Wahida kerana aku tidak mahu kesilapan seperti tempoh hari berlaku. Aku mesti memikul tanggunggjawab yang diamanahkan kepadaku sebaik mungkin. InsyaAllah…
Tengah hari ini aku terpaksa ke dapur untuk memilih menu yang sesuai untuk makanan tengah hari Datin Wahida. Ye lah, Datin Wahida kan mengidap penyakit kencing manis. Jadi , dia mesti makan makanan yang rendah kalori dan kurang kandungan gula supaya paras gula dalam darahnya sentiasa terkawal. Nasib baiklah pengalaman aku yang lalu semasa aku bertugas di hospital kerajaan sedikit sebanyak memberikan aku idea dan pengetahuan dalam pemilihan makanan yang betul dan spesifik kepada jenis penyakit pesakit.

Sebaik sahaja aku menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah, aku terlanggar  bahu Fariz yang baru mahu naik ke tingkat atas. Aku sedikit terkejut. Sudah tiga hari aku tidak nampak batang hidung Fariz semenjak dia hantar aku ke rumahnya malam itu. Baru hari ni aku nampak kelibatnya. Dia memandangku dengan pandangan kosong. Dia kelihatan murung. Wajahnya nampak kusam. Aku hairan.

“ Encik Fariz, awak ok ke?” Soalku kepada Fariz.

“ Ok je..” jawabnya ringkas. Namun suaranya tenggelam timbul. Tidak seperti selalu. Matanya nampak sembab.

“ Awak sakit ke?” Soalku lagi. Mukanya nampak pucat macam orang sakit.

“ Demam selsema je. Tak ada apa-apa lah. I’m okay…Mama saya buat apa sekarang?” Soalnya seperti mahu mengalih topik perbualan.

“ Owh, dia tengah tidur. Baru je saya bagi dia makan ubat…” balasku.

“ Erm..baguslah macam tu..” kata Fariz . Dia nampak macam malas je mahu bercakap dengan aku.

“ Ok lah Encik Fariz, saya nak ke dapur sekejap. Nak siapkan makanan tengah hari untuk datin..” Kataku cuba berdalih. Sebenarnya aku berasa janggal untuk berborak dengan Fariz saat ini kerana dia seperti nak tak nak je layan aku.

“ Misha, tunggu dulu!” Langkahku terhenti apabila Fariz memanggil namaku.

“ Kenapa?” Soalku hairan. Aku berpaling ke arahnya.

“ Boleh tak kau teman aku jalan-jalan sekejap?” Soal Fariz. Aku sedikit tersentak.

“ Jalan-jalan kat mana?”

“ Adalah…”

“ Maksud Encik Fariz, teman awak keluar?” Soalku inginkan kepastian.

“ Yup. Boleh?” Soalnya lagi . Wajahnya nampak seperti penuh berharap.

“ Tak boleh lah Encik Fariz. Saya kena jaga mama awak…” jawabku dengan serba salah.

“ Tak apa..nanti aku cakap dengan mama mintak kebenaran bawak kau keluar sekejap. Boleh la ek? Aku betul-betul nak kau teman aku sekarang…” katanya seakan merayu. Aku termangu. Apasal tiba-tiba Fariz nak ajak aku keluar ni? Musykil betul!

“ Awak ajak la girlfriend awak. Dia kan lagi patut temankan awak..” Balasku. Baru aku teringat yang dia sebenarnya sudah ada teman wanita sebab aku pernah nampak dia bersama teman wanitanya itu di Suria KLCC tempoh hari.

“ Misha, please answer me yes or no?” Fariz menekan kata-katanya. Wajahnya berubah tegang.

“ Tapi , saya..”

“ Yes or no ?!”

“ Yes!!” Aku menjawab spontan apabila Fariz tiba-tiba menyergah.

“ Ok..good girl..So kau bersiaplah. Aku nak keluar sekarang…,” Balas Fariz sambil tersenyum lebar. Dia terus mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

“ Kejap! Keluar sekarang?! Mana boleh..saya banyak kerja nak buat ni…” Aku cuba beralasan.

“ No excuse! Aku dikira sebagai majikan kau jugak kan…Ini satu arahan. So, kau mesti patuh!” Tegas Fariz. Haish, ni macam paksa rela je bunyinya.

“Tapi..”

“ Dah, aku tak nak kau banyak cakap. Yang penting kau pergi bersiap sekarang. Pasal mama, nanti aku beritahu dia…kau tak payah risau…” Fariz pantas memintas kata-kataku. Dia terus mendaki anak tangga laju tanpa menghiraukan aku yang masih terkebil-kebil kebingungan di situ. Nampaknya Fariz memang sengaja nak kenakan aku lagi. Hish tak boleh jadi ni!

###############################################

Petang ini, Fariz membawa aku berjalan-jalan di taman di sekitar masjid Putrajaya . Tak sangka pulak Datin Wahida memberi kebenaran untuk aku keluar dengannya tanpa banyak soal. Sudahnya aku terpaksa mengekori Fariz ke mana sahaja dia pergi. Namun, sampai sekarang aku lihat dia masih berdiam diri. Aku tak tahulah apa motif  dia bawa aku ke sini ? Kalau sekadar nak berdiam diri dan tak nak bercakap, baik jalan-jalan kat sekeliling rumah dia je. Aku melihat dia melangkah ke kerusi berhampiran yang betul-betul menghadap tasik. Aku sekadar menurut rentaknya. Aku turut melabuhkan punggung di sebelahnya . Sesekali kedengaran dia mengeluh berat. Tidak tahu lah apa masalah yang sedang dia alami. Macam berat je bunyinya.

“ Awak ada masalah ke?” Akhirnya aku memberanikan diri bertanya. Fariz memandangku sekilas , kemudian melemparkan pandangannya ke arah tasik yang terbentang luas di hadapan kami. Wajahnya masih macam tadi. Murung dan kusam.

“ Kau pernah rasa putus cinta tak?” Fariz mula bersuara. Aku mengerutkan kening. Soalan apakah ini?

“ Tak pernah, kenapa?” Soalku ingin tahu.

“ Saja tanya…” Itu sahaja jawapannya. Aku tidak berpuas hati.

“ Awak pernah?” Soalku lagi.

“ Pernah. Baru je aku rasa. Sakit kan rasanya?” Soalnya sayu. Owh, jadi inilah masalah sebenarnya. Masalah cinta rupanya.

“ Erm..kenapa? Awak ada problem dengan girlfriend awak ke?” Soalku berani.

“ Lebih kurang la…”

“ Problem apa?”

“ Entah…” Fariz seakan malas mahu menjawab pertanyaanku.

“ Entah? Tak kan tak tahu apa punca masalahnya?” Soalku lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkasnya.

“ Aku tak tahu bila benda ni berlaku. Tapi bila aku sedar, dia dah ada orang lain… Tak sangka dia curang dengan aku selama ni…” Jawabnya hiba. Kedengaran suaranya begitu menyedihkan. Ini pertama kali aku lihat Fariz yang selama ini begitu tegas dan garang tiba-tiba berubah menjadi lelaki yang sangat sentimental dan emosional.

“ ‘Dia’ yang awak maksudkan tu adalah Mimi, am I rght?”

“ Yup. Eh, macam mana kau tahu?” Soalnya hairan.

“ Kan saya pernah bertembung dengan awak dengan dia kat Suria KLCC hari tu. Dah lupa ek?”

“ Owh..yela kan. Aku dah lupa…” Jawabnya macam tak ada perasaan.

“ Jadi sekarang , awak yang putuskan hubungan dengan dia atau dia yang putuskan hubungan dengan awak?”

“ Entah…” Jawabnya perlahan. Wajahnya berubah mendung lagi. Hilang sekejap ketampanan wajahnya.

“ Awak..saya minta maaf sebab tanya awak pasal ni..Saya tak sengaja..Mesti awak tak suka kan?” Soalku menduga. Rasa bersalah pulak menyoal lebih-lebih pasal Mimi. Tengok , tak pasal-pasal Fariz  makin sedih. Bukan makin membantu. Apalah aku ni!

“ Tak apa. It’s okay… Aku memang nak share problem aku dengan kau pun…” Balas Fariz. Aku memandangnya dengan penuh rasa simpati.

“ Awak kenal Mimi sejak bila?”

“ Aku kenal dia dah lama..Sejak zaman sekolah lagi..” jawabnya sayu.

“ Owh ye ke..” Balasku.

“ Mula-mula kami berkawan baik je sampailah kami dapat sambung belajar di UK sama-sama. Di situ bermulalah kisah cinta kami . Aku sayang dia sangat-sangat. Memang aku pun dah pernah kenalkan dia dengan mama dan papa aku masa mula-mula kami balik dari UK  . Tapi, mama dan papa aku tak suka sangat dengan dia masa tu…tak tahu kenapa. Sejak hari itu, dia dah mula tak yakin dengan hubungan kami. Hubungan kami jadi tak semesra dulu. Salah aku jugak sebab tak kenalkan dia dengan parents aku awal-awal. Kalau tak, dah lama kot kitaorang kahwin. Tapi tak sangka pulak, diam-diam dia cari lelaki lain tanpa pengetahuan aku. Aku ingatkan dia setia tunggu aku, tapi rupa-rupanya aku silap. Dia tikam aku dari belakang..Dia curang dengan aku…” Fariz menceritakan segalanya dengan panjang lebar tanpa sempat aku menyoalnya. Suaranya kedengaran sepeti merintih hiba . Kesiannya kat Fariz. Susah nak cari lelaki sesetia Fariz. Aku rasa tak patut Mimi buat Fariz macam tu. Fariz ni sebenarnya, nampak je ganas, tapi hati dia sungguh lembut dan pencinta wanita yang sangat romantik bagiku. Aku rasa satu kerugian besar kepada mana-mana wanita yang melepaskan lelaki se’perfect’ Fariz.

“ Tak apalah awak..awak janganlah risau sangat. Kalau jodoh awak dengan dia masih ada, pasti dia akan kembali pada awak. Tapi kalau bukan, mungkin Allah sebenarnya nak kurniakan awak jodoh yang lebih baik dari tu. Yang penting kita kena selalu berdoa pada Allah, semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik yang boleh kekal hidup dengan kita di dunia dan di akhirat…” Aku memujuknya lembut.

“ Macam mana nak tahu someone tu jodoh kita ke tak?” Soal Fariz ingin tahu. Aku terdiam seketika . Aku berfikir sejenak.

“ Erm..macam mana ye..Macam ni lah, orang cakap kalau orang tu jodoh kita, kita akan rasa senang sangat untuk bersama dengan dia. Segala halangan pasti kita boleh tempuhi dengan mudah. Contohnya ,kalau kita rancang nak kahwin, mesti rancangan tu akan dipermudahkan Allah. Tapi kalau orang tu bukan jodoh kita, macam-macam halangan yang agak sukar terpaksa kita tempuh untuk hidup bersama…” Aku mula menerangkan satu persatu seperti seorang doktor cinta.

“ Halangan yang agak sukar? Macam mana tu? Contoh?” Soalnya kurang mengerti.

“ Salah satu contohnya adalah susah nak dapat restu ibu-bapa. Biasanya parents kita tahu the best untuk diri kita. Kalau diaorang cakap, orang tu tak sesuai dengan kita..memang betul lah tu…They actually know better than us..” Jawabku bersahaja.

“ Owh ye  ke? Kalau macam tu, maksudnya Mimi tu bukan jodoh aku la sebab mama dan papa aku awal-awal lagi tak restu hubungan kami? Macam tu?”

“ Tak ada la..itu contoh je. Kata orang tak semestinya betul-betul kan? Apa-apapun kita berserah je pada takdir Allah…” Balasku . Fariz terdiam seketika.

“ So, awak janganlah risau sangat. Awak try la tackle Mimi tu balik. Mana tahu, dia masih ada hati dengan awak…,” sambungku lagi.

“ Ermmm.. I don’t think so..dia mesti dah bahagia dengan lelaki tu..” Jawabnya dengan muka sedih.

“ Tapi awak kena berusaha pertahankan cinta awak. Hati perempuan ni mudah cari tau dengan pujuk rayu lelaki…Awak janganlah mudah putus asa..” Aku memujuknya lembut.

“ Erm..tak apalah. Aku malas dah nak kisah pasal dia. Aku buat apa pun sekarang dah terlambat. Anyway, thanks ye Misha..” Jawabnya dengan senyuman hambar terukir di bibirnya.

“ Thanks sebab?” Soalku tidak mengerti.

“ Sebab sudi temankan aku & dengar masalah aku. I’m really appreciate it. Lega sikit rasa…,” kata Fariz ikhlas.

“ Tak adalah..saya tak nak la tengok awak sedih-sedih macam ni. Cuba awak senyum sikit. Satu senyuman awak boleh membuatkan bumi berhenti berputar sekejap tau…” Kataku separuh berseloroh.

“ Amboi, pandai kau cakap ek. Ni nak bodek aku ke apa?” Soal Fariz sambil ketawa kecil.

“ Mana ada bodek. Betul la saya cakap. Sayang tau kalau muka handsome macam awak tapi asyik masam je.. Kalau awak senyum, perghh lagilah handsome , kalah Brad Pitt tau!” Sambungku lagi. Fariz makin kuat ketawa. Aku suka melihat gelak tawanya. Nampak sungguh asli.

“ Brad Pitt memang selalu kalah dengan aku apa? Aku memang handsome pun. Baru kau tahu ke?” Balasnya dengan nada sedikit ceria. Aku mencebik.

“ Eleh, perasan lebih-lebih la pulak. Menyampah!” Kataku.

“ Haii tadi bukan main lagi puji aku, sekarang menyampah pulak. Ke ,kau terpikat dengan aku?” Soal Fariz membuatkan aku tersipu malu.

“ Hish, mana ada! Awak bukan taste saya la!” Jawabku selamba.

“ So , macam mana la taste awak?” Soal Fariz ingin tahu.

“ Lelaki yang jadi taste saya mestilah beriman, bijak, selalu berlemah-lembut bila cakap, tak ego dan berbudi bahasa…biar tak handsome janji ada semua ciri-ciri tu..Itu baru lelaki sejati..,” jawabku bersungguh-sungguh.

“ Hek eleh..low taste betul lah kau ni. Cari lelaki lembut boleh la nak fulfill criteria ‘lelaki sejati’ kau tu..” Fariz berkata sinis.

“Eii, awak ni jahat la! Lelaki tu tak semestinya lelaki lembut lah!” Marahku.

“ Betul lah. Kalau cari lelaki yang ada ciri-ciri macam aku baru dikira high taste! Kalau kau nak tahu, aku ni lelaki idaman malaya tau!” Kata Fariz sambil mendabik dada.

“ Huh! Perasannya awak! 1st time saya jumpa lelaki perasan macam awak!” Kataku sambil menjeling ke arah Fariz .

“ Ini bukan perasan lah..ini kenyataan!” Balas Fariz sambil tergelak riang . Aku turut menyembunyikan senyum. Sesungguhnya aku sungguh senang hati kerana dapat mengembalikan keceriaan Fariz. Entah mengapa, bila melihat senyum tawanya, hatiku berasa sungguh tenang dan senang . Seperti ada perasaan halus sedang mengisi setiap genap ruang hatiku. Perasaan itu terasa begitu indah  apa lagi bila dapat berbicara dengannya seperti sekarang ni. Tapi ,aku tak pasti perasaan apakah itu? Adakah ini dinamakan cinta? Argh..mengarut! Masih terlalu awal untuk aku berasa begitu. Ye lah, kami baru je kenal. Tak mungkin perasaan itu begitu cepat berputik. Hurmm..entahlah..

########################################

“ Misha!” Kedengaran Fariz memanggil namaku. Aku terus berpaling ke arah kolam renang yang terdapat di situ. Kelihatan Fariz sedang berendam di dalam kolam renang sambil melambai-lambai  tangannya ke arahku. Jarak kami hanya beberapa meter saja.

“ Kenapa?!” Soalku kuat supaya dapat didengar oleh Fariz.

“ Datang lah sini kejap…” Balas Fariz. Aku melangkah perlahan-lahan menghampirinya. Alamak! Baru aku perasan dia tak pakai baju, menampakkan tubuhnya yang sasa. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain. Malu!

“ Lah, kenapa dok jauh-jauh tu. Jomlah teman aku kejap…” Pujuk Fariz. Aku tersipu malu.

“ Tak nak lah awak…Saya banyak kerja lah…” Aku cuba mencari alasan yang munasabah.

“ Alah..tak kan aku nak borak sekejap pun tak boleh….Jom la..” Kata Fariz masih tidak berpuas hati.

“ Hurmm..ye lah…Awak nak cakap pasal apa?” Soalku.

“ Kau nampak cantik lah hari ni. Cantik sangat…” kata Fariz sambil tersenyum. Matanya memandang wajahku tidak berkelip. Aku sedikit tersentak.

“ Eh, awak ni puji saya tiba-tiba kenapa? Ni mesti ada apa-apa ni kan?” Soalku menduga.

“ Ada apa-apa apa? Kau memang cantikpun hari ni..Salah ke aku puji kau?”

“ Tak salah, tapi pelik..”

“ Pelik kenapa pulak?” Soal Fariz hairan.

“ Ye lah..selama ni tak ada pun orang cakap saya cantik. Awak sorang je kot tiba-tiba cakap macam tu. Itu yang saya tak percaya. Nampak sangat awak saja nak bodek saya…” Jawabku berterus-terang. Kedengaran Fariz ketawa.

“ Kau ni kan, aku cakap tak nak percaya. Kau memang cantiklah. Aku rasa orang yang cakap kau tak cantik tu memang buta la…” Balasnya dengan tawa masih tersisa.

“ Hurmm..Kalau awak nak cakap pasal tu je, saya tak ada masa. Saya banyak kerja lagi ni nak buat ni. Saya minta diri dulu ye..” Kataku sambil cuba mengorak langkah meninggalkannya. Rasa segan pulak mahu bercakap dengan Fariz saat ini.

“ Misha..nanti la dulu..alahai cepatnya mahu blah…Teman la aku dulu..” pujuk Fariz.

“ Awak nak apa lagi? Datin kena makan ubat sekarang, jadi saya kena pergi temankan dia ni..” Aku cuba berdalih lagi.

“ Aku nak kau temankan aku berenang kat kolam ni sekejap..boleh?” soal Fariz. Mataku membulat. Gila apa nak berenang satu kolam dengan mamat ni!

“ Hah! Mana boleh! Saya tak pandai berenang lah. Awak ni salah orang lah mahu ajak!” Marahku.

“ Ala..Misha.Kejap je..Tak boleh ke?” Fariz merayu lagi.

“ Saya tak naklah!”

“ Jomla..”

“ Saya kata tak nak, tak nak lah! Awak tak faham bahasa ke?!” Marahku. Hatiku betul-betul panas dengan idea gila Fariz. Tanpa membuang masa aku terus mengorak langkah untuk pergi dari situ namun belum sempat aku berbuat apa-apa, tiba-tiba aku rasa ada tangan kasar menarik betisku. Aku hilang keseimbangan badan dan tanpa aku duga aku terjatuh ke dalam kolam renang tersebut. Aku panik apabila kakiku aku rasa tidak mencecah tanah. Tubuhku terapung-apung di atas air. Sesekali tubuhku tenggelam timbul. Aku makin gelabah. Aku betul-betul tidak pandai berenang! Air kolam mula tersedut masuk ke dalam kerongkong dan hidungku. Aku hampir lemas. Tanganku terkapai-kapai meminta tolong.

“ Tolong!” Jeritku dengan suara yang tenggelam-timbul. Tiba-tiba aku rasa ada tangan kasar memaut tubuhku ke permukaan air.  Kepalaku kembali timbul di permukaan air membolehkan aku menyedut udara kembali. Aku sempat menjeling lelaki yang sedang merangkul tubuhku. Fariz! Oh, jadi semua ini angkara Fariz! Awak ni memang jahat lah! Namun, suara amarahku itu hanya bergema di dalam hati kerana saat ini pernafasanku masih belum stabil. Aku tidak boleh bercakap. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kuat. Nafasku terasa sesak. Dadaku terasa sempit. Aku tergapai-gapai mahu mengembalikan edaran pernafasanku. Tubuhku ditarik perlahan-lahan ke pinggir kolam dan kemudian didukung ke arah kerusi malas berhampiran. Fariz membaringkan tubuhku di kerusi itu. Aku hanya menurut sahaja perbuatannya kerana tubuhku benar-benar dalam keadaan lemah kini. Fariz mencapai tuala putih yang tersangkut di situ dan membaluti tubuhku cepat-cepat. Aku menggigil kesejukan.

“ Misha..kau ok ke?” Soal Fariz cemas. Pipiku diusap lembut. Aku menepis kasar tangannya.

“ Awak jahat!” Jeritku apabila pernafasanku sudah mula stabil. Wajahku terasa panas. Hatiku bergelegak panas! Berani Fariz buat aku macam tu tadi!

“ Misha..aku mintak maaf. Aku tak sangka kau tak pandai berenang..” Kata Fariz dengan nada bersalah.

“ Kan saya dah cakap tadi? Saya memang tak pandai berenang! Susah sangat ke awak nak percaya?!” Marahku lagi. Dadaku turun naik menahan amarah.

“ Ye, silap aku. Aku mintak maaf ye..aku janji lain kali aku tak buat lagi macam tu…” Pujuk Fariz lembut.

“ Awak memang sengaja nak kenakan saya kan? Apa yang awak tak puas hati lagi dengan saya hah?!”

“ Tak Misha..aku tak ada niat apa-apapun. Aku cuma nak bergurau dengan kau..tapi tak sangka pulak jadi macam ni..” Kata Fariz dengan suara seperti orang yang betul-betul bersalah. Namun, sikitpun tidak mengendurkan kemarahan aku.

“ Nak bergurau pun agak-agakla. Jangan bergurau terlampau macam tu! Awak nak bunuh saya ke?!” Aku mendengus geram.

“ Ye Misha..kan aku cakap aku mintak maaf ni…Aku tak sengaja..Maafkan aku ye…” Fariz merayu. Amarahku sikit-sikit berkurang mendengar perkataan maaf itu.

“ Erm..lain kali jangan buat lagi tau!” Kataku.

“ Ok…I promise !” Balas Fariz dengan suara yang sedikit ceria.

“ Awak ni nakal lah! Nanti saya report dengan datin baru tau!” Ugutku. Dia ketawa kecil.

 Reportlah..aku lagi suka…” Jawabnya selamba. Aku mengerutkan kening hairan. Peliknya mamat ni.

“ Apasal pulak awak suka?”

“ Ye lah..nanti baru mama aku tahu yang anak teruna kesayangan dia dah selamatkan jururawat peribadi kesayangannya n …Mesti dia kagum gila dengan aku..” jawab Fariz lagi sambil mengangkat kening beberapa kali. Aku mencebik.

“ Eleh..ye lah tu! Saya nak beritahu yang anak teruna dia ni lah yang dah buat saya hampir lemas tau!” Marahku.

“Beritahulah kalau kau berani…”  Kata Fariz seakan mengugut.

“ Memang saya berani pun.. Buat apa nak takut. Biar datin denda awak…”

“ Ooo jadi kau sanggup la kena cium dengan aku sekarang?” Soalnya nakal. Dia cuba menghampiriku dan mendekatkan mukanya ke arah muka ku. Mataku buntang. Jantungku berdegup kencang. Aku mengengsot beberapa tapak ke belakang.

“ Eii..awak ni jahatlah!!” Aku menjerit kecil sambil melempar bantal yang terdapat di situ padanya. Dia cuba mengelak sambil tertawa kecil. Acaranya terhenti. Hish, Fariz ni memang melampau lah!

########################################

Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku tinggal selama 24 jam di rumah Datin Wahida. Terasa sekejap je masa berlalu. Sesungguhnya aku begitu selesa dengan kerjaku sekarang. Walaupun agak penat, tapi bila mengingatkan tanggungjawab aku untuk menjaga datin, aku menjadi kuat dan tabah untuk meneruskan pekerjaanku. Tapi, hari ini aku cukup gembira kerana aku dapat kembali kepada kehidupan biasa  seperti hari-hari yang sebelum ni. Jadi ,hari ini, sempena meraikan hari terakhirku, aku bersedia menemani Datin Wahida bersiar-siar di sekitar taman rekreasi mini yang direka khas di belakang rumah banglo mewah milik Datuk Hamidan. Datin yang beriya-iya mengajak aku mengambil angin di luar. Katanya dia bosan berkurung di dalam bilik saja. Keadaannya pun nampak jauh semakin pulih berbanding dengan sebelumnya. Dia sudah boleh berdiri dan berjalan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat. Ternyata latihan fisioterapi yang dilakukannya hari-hari yang dikendalikan oleh juru fisioterapi terlatih sedikit sebanyak menguatkan kembali tulang-tulang dan otot-ototnya.

“ Misha..,” Sapa Datin Wahida. Aku terus menyorongnya dengan kerusi roda dengan perlahan-lahan.

“ Ye datin…,” sahutku lembut.

“ Boleh ke kamu tinggal dengan saya beberapa hari lagi? Macam sekejap sangat je kamu kat sini…” Pinta Datin Wahida . Aku termangu. Tak kan nak stay kat sini lagi kot?

“ It’s okay datin…walaupun saya tak tinggal sini sepanjang masa ,tapi saya masih kerja dengan datin. Datin jangan lah risau sangat ermm…,” balasku sambil tersenyum.

“ Tapi, saya tak boleh hidup kalau tak ada kamu, Misha..Kamu lebih arif pasal ubat-ubatan saya. Kalau saya keliru, saya boleh tanya kamu..Jadi, kamu tinggal lah dengan saya sekejap je lagi ye?” Pujuk Datin Wahida lagi. Aku jadi serba-salah. Bukan aku tak nak tinggal dengan dia, tapi banyak lagi urusan yang aku perlu selesaikan di luar sana.

“ Tapi datin…”

“ Tolonglah Misha. Saya mintak tolong kamu kali ni je. Tinggallah dengan saya dalam beberapa hari je lagi..boleh?” Rayu Datin Wahida lagi. Wajah tua Datin Wahida aku tatap lama. Tak sampai hati lah pulak untuk menghampakan permintaannya yang satu ni.

“ Datin, saya tak nak menyusahkan datin sekeluarga…Saya tinggal seminggu ni pun, banyak datin kena keluarkan belanja nak tanggung makan minum dan tempat tinggal saya. Saya tak nak lah menyusahkan datin lagi….” Aku cuba mencari alasan yang terbaik.

“ Ish, mana ada menyusahkan. Kami tak kisah lah… Soal makan minum dan tempat tinggal bukan masalah besar bagi saya…Kalau kamu tak suka bilik kamu sekarang, kamu tidur je dekat bilik saya. Kat situ , lagi besar dan selesa…,” kata Datin Wahida. Aku semakin serba salah. Sampai macam tu sekali dia mahu memujukku. Rayuannya cukup menyentuh jiwaku.

“ Bukan tu maksud saya datin…Saya..”

“ Misha, tolonglah jangan hampakan saya….” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Datin Wahida lebih pantas memintas. Hai, lemah betul aku bila ada orang merayu macam ni lebih-lebih lagi dari orang ternama seperti Datin Wahida.

“ InsyaAllah datin…,” Akhirnya aku akur jua.

“ Terima kasih Misha…Terima kasih sangat-sangat…Kamu memang pekerja saya yang paling baik…,” katanya sayu sambil mengusap lembut tanganku dan meletakkannya di pipinya. Aku terkesima. Gaya Datin Wahida tak ubah seperti seorang ibu sedang merayu kepada anaknya. Kadang-kadang aku rasa Datin Wahida seperti ibuku sendiri kerana layanan dan percakapannya cukup lemah lembut seperti aku ini anak kandungnya. Dia tidak pernah sekalipun memarahiku sebaliknya sentiasa melayanku dengan baik sepanjang aku tinggal dengannya. Aku seperti betul-betul sebati dengan keluarga Datin Wahida termasuklah Fariz. Kerana itu, aku rasa untuk kali ini lebih baik aku mengalah dan setuju saja dengan cadangan Datin Wahida. Tak kan aku mahu mengecewakan majikan sebaik Datin Wahida. Susah mahu cari majikan sepertinya. Urusanku aku boleh tangguhkan buat seketika tapi kesihatan fizikal & mental Datin Wahida mesti aku jaga sebaik mungkin supaya aku tidak menyesal di lain hari. Aku cuba memujuk hatiku sendiri.

#######################################

Aku termenung sendirian di buaian di halaman rumah banglo mewah milik Datuk Hamidan. Udara malam ini cukup nyaman sekali. Bulan purnama yang mengambang penuh melimpahkan cahayanya yang cukup indah dan menerangi malam yang kelam. Saja aku mahu menenangkan diri. Kata-kata Datin Wahida petang tadi cukup membuatkan aku runsing. Aku masih serba salah. Tidak pasti tindakan aku ni betul ke tak? Ye lah, sebenarnya aku tak berapa biasa tinggal di rumah orang lama-lama. Aku boleh je datang rumah datin hari-hari untuk merawat dan menjaganya . Tapi disebabkan rayuannya yang sungguh meruntun jiwa menyebabkan aku membatalkan niatku untuk pulang ke rumah  sewaku petang tadi. Aduhh..peningnya kepalaku. Aku meraba-raba kepalaku beberapa kali. Tak tahu nak buat apa sekarang. Setuju pun salah, tak setuju pun lagilah salah. Confuse..confuse!

Nak cerita dekat Fariz pun , dia tak ada sekarang.  Kata Datuk Hamidan, dia keluar pergi outstation. Sebenarnya Fariz  kerja di syarikat Datuk Hamidan. Aku tak tahulah apa pangkatnya sebab aku pun malas nak ambil tahu. Anak bos, mestilah jadi bos jugak nanti. Selama aku di rumah agam ini, Fariz lah yang selalu menghiburkan aku. Biarpun baru beberapa minggu saja aku kenal  dengannya namun terasa seperti sudah lama aku mengenalinya. Mula-mula aku ingatkan dia jenis yang sombong dan berlagak, tapi semenjak kes kejadian Datin Wahida pengsan, dia mula berjinak-jinak dengan ku. Perubahan sikapnya terhadapku makin hari makin ketara . Aku pula semakin selesa berkawan dengannya. Rupa-rupanya dia tidaklah sesombong yang aku sangka. Mungkin dia buat macam tu sebab dia takut aku tak dapat menjaga mamanya dengan baik. Mungkin jugak dia mula-mula memang tak suka dengan perempuan kampung seperti aku . Mungkinlah..

“ Hai, termenung sorang-sorang nampak….Tak ajak aku pun..” Aku sedikit tersentak apabila ada suatu suara garau menegur. Aku terus berpaling ke arah suara itu. Fariz?! Macam mana dia boleh ada kat sini? Panjang umurnya. Baru je aku teringat kat dia.

“ Awak bukan outstation ke hari ni?  Kenapa awak ada kat rumah pulak?” Soalku laju.

“ Meeting tu cancel lah. Aku tak jadi pergi. Malas. Kenapa kau dah rindu kat aku ke?” Fariz menyoalku kembali. Dia segera melabuhkan punggung di atas buaian di sebelahku.

“ Ish mana ada..Saya tanya jela. Yela, setahu saya awak jarang outsation kan?” Soalku lagi.

“ Mana ada jarang..sebelum ni dalam seminggu adalah dalam sekali dua aku pergi. Minggu ni je aku tak pergi…”

“ Kenapa?”

“ Sebab aku nak habiskan masa dengan kau…” Jawabnya selamba. Aku sedikit tersentak. Buaian tempat kami duduk dihayun perlahan-lahan.

“ Awak jangan nak tipu saya lah!” Balasku. Mungkin Fariz cuma bergurau je kot. Tapi kenapa jawapannya itu membuatkan hatiku sungguh berdebar-debar.

“ Buat apa aku nak tipu. Aku ni pernah tipu kau ke? Tak kan?” Soalnya menduga.

“ Memang lah tak..tapi jawapan awak tu agak mencurigakan lah..”

“ Mencurigakan macam mana?” Soalnya sambil mengangkat sebelah keningnya.

“ Erm..tak ada apa-apalah..just forget about it!” Jawabku perlahan sekadar menutup malu. Kedengaran dia tergelak kecil.

“ Kau sihat?” Soalnya lagi.

“ Sihat, awak?”

“ Tak sihat..” Jawab Fariz. Aku memandangnya kurang mengerti.

“ Kenapa? Awak sakit ke?”

“ A’ah..”

“ Sakit apa?” Soalku ingin tahu.

“ Sakit hati…”

“ Sakit hati denga siapa?” Aku terus menyoalnya. Macam main-main pulak si Fariz ni.

“ Sakit hati dengan kau lah, siapa lagi!” Tegasnya. Aku terkedu.

“ Sakit hati dengan saya? Kenapa pulak? Apa salah saya? Saya ada buat salah ke?” Soalku bertalu-talu. Aku bingung dengan jawapannya.

“ Memang kau ada buat salah besar…”

“ Salah besar macam mana?? Cer cerita sikit…,” soalku tidak berpuas hati. Aku mengadap tubuhku ke arahnya. Mataku memandang tepat ke dalam anak matanya, inginkan jawapan yang pasti.

“ Kau nak tahu?”

“ Mestilah nak! Setahu saya ,saya tak ada buat salah apa-apapun dengan awak. Atau mungkin saya terlepas pandang..”

“ Kau memang ada buat salah. Sebab kau dah buat aku rindu sangat-sangat kat kau…I miss you so much!” Balas Fariz dengan suara yang cukup romantis di telingaku. Dia tersenyum kecil . Aku terpana. Betul ke apa yang aku dengar ni?

“ Encik Fariz, jangan main-main dengan saya boleh tak?” Kataku untuk menutup rasa gugup di hati.

“ Bukan Encik Fariz lah sayang, panggil aku abang Fariz je…” balasnya lagi dengan nada yang lebih menggoda dari tadi. Aku menelan air liur. Tekakku terasa kering.

“ Encik Fariz, jangan lah main-main. Saya tak suka!” Marahku. Pandangannya semakin dalam menikam anak mataku. Aku melarikan pandanganku cepat-cepat. Tidak sanggup aku bertentang mata dengannya. Tubuhku mula seram sejuk.

“ Aku tak main-main lah wahai Cik Siti Nur Misha. It’s true my dear…I really miss you…,” kata Fariz sambil tangannya cuba mencapai tanganku . Aku seperti dipukau. Aku membiarkan sahaja Fariz meraih tanganku lantas dikucupnya lembut. Pipiku diusap perlahan.

“ I love you Misha….” bisiknya lembut di telingaku.  Aku terkesima . Jantungku berdegup kencang. Dadaku seperti mahu pecah. Aku tiba-tiba seperti baru tersedar dari mimpi.  Seperti terkena renjatan eletrik, aku terus menarik tanganku dari genggamannya dan menolak kasar tubuhnya. Nafasku terasa sesak. Aku terus bangun dari buaian tersebut dan cuba berlalu dari situ. Aku bingung. Apa yang dah berlaku ni ?!

“ Misha, tunggu!” Sahut Fariz. Tangannya pantas memegang pergelangan tanganku. Langkahku terhenti. Aku cuba merentap kasar tanganku tapi pegangannya cukup kemas, sukar untuk aku leraikan.

“ Encik Fariz..Kenapa dengan awak ni? Lepaskan saya lah!” Gertakku dengan suara yang sedikit bergetar. Tubuhku masih seram sejuk. Dadaku terasa sempit. Rasa macam aku sedang bermimpi.

“ Misha..dengar dulu apa aku nak cakap..” Pujuk Fariz.

“ Awak nak cakap apa?! Perlu ke sampai nak pegang-pegang saya?!” Marahku. Aku cuba menarik sekali lagi lenganku dan kali ini Fariz meleraikannya perlahan-lahan.

“ Maaf Misha, aku tak sengaja. Aku tak dapat kawal perasaan aku tadi…,” jawab Fariz dengan penuh rasa bersalah. Aku menjelingnya tajam. Hatiku betul-betul panas. Tak tahulah kenapa aku mesti rasa marah seperti ini.

“ Dahla, saya nak masuk sekarang!” Gertakku. Nafasku semakin sesak apabila melihat Fariz semakin mendekatiku. Aku mengundur beberapa tapak ke belakang.

“ Awak nak buat apa lagi ni Encik Fariz?” Soalku pantas. Langkahnya terhenti seketika.

“ I want you to know how much I love you…” Balasnya lembut. Pandangannya masih tidak lekang dari merenung wajahku.

“ Encik Fariz, tolong lah jangan main-main…”

“ Aku tak main-main..percayalah…aku memang betul-betul cintakan kau..” Rayunya.

“ Saya tak percaya..”

“ Kenapa?”

“ Tak tahu…” Jawabku teragak-agak. Aku tak tahu mahu jawab apa. Kata-kata Fariz sungguh tak masuk akal. Ye lah, aku rasa baru sekejap je aku kenal dia. Tak kan lah begitu mudah dia jatuh cinta ? Atau dia cuma mahu menjadikan aku tempat melepaskan perasaan setelah putus cinta dengan Mimi, bekas teman wanitanya. Aku keliru.

“ Misha, percayalah cakap aku..Aku tak tahu bila aku mula suka kau. Tapi setiap kali aku dengan kau, aku rasa bahagia sangat. Aku yakin kau memang tercipta untuk aku. Macam kau pernah cakap kat aku, kalau orang tu jodoh kita, Allah akan dekatkan orang itu dengan. Dan sekarang, aku yakin, kau lah jodoh aku…,” kata Fariz lembut. Aku terkedu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku seakan tidak percaya.

“ Encik Fariz, saya tak layak untuk awak…Saya memang tak boleh terima awak…” Aku menjawab tegas. Aku tidak pasti perlu ke aku cakap begitu? Tapi aku tak boleh terima Fariz dalam hidup aku, bukan kerana aku tidak suka dia tapi kerana perbezaan darjat keturunan antara kami yang menjadi penghalang perasaanku padanya.

“ But why?” Soalnya dengan muka tak puas hati.

“ Sebab saya dah betunang…” Aku berbohong. Kelihatan Fariz terkejut. Wajahnya berubah riak.

“ Kau jangan tipu aku! Hari tu kau cakap kau still single?” Kata Fariz dengan nada yang masih terkejut.

“ Memang lah saya cakap single..tapi not available…” Kataku.

“ Misha, tak kan tak ada ruang sikitpun untuk aku ? I love you so much Misha… Kalau boleh aku nak kau jadi isteri aku buat selama-lamanya…tolong lah jangan buat aku macam ni…” kata Fariz sayu. Perasaanku semakin tidak keruan. Demi Allah, aku juga cintakan dia dalam diam tapi tidak tahu kenapa bibirku begitu berat mahu mengiyakannya.

“ Maafkan saya Encik Fariz…saya tak mahu kecewakan tunang saya…harap awak faham..” aku berbohong lagi. Nafasku semakin sesak dan jiwaku semakin bergelora. Tanpa menghiraukannya , aku meninggalkannya yang masih terkejut dengan jawapanku. Aku tidak pasti, betul ke tindakan aku ni? Aku keliru lagi.

#######################################

Semenjak kejadian malam itu, hubungan aku dengan Fariz semakin dingin. Dia tidak lagi mahu berborak mesra denganku apa lagi mahu membawa aku keluar jalan-jalan seperti sebelum ini. Mungkin dia masih kecewa dengan jawapanku beberapa hari yang lepas. Entah mengapa, melihat perubahan sikapnya itu membuatkan aku rasa sangat sedih dan hatiku sedikit terguris. Aku kah yang silap kerana tidak dapat menerima cintanya? Atau Fariz kah yang silap ? Mungkin kah dia hanya main-main soal perasaannya? Kalau betul dia mencintaiku sepenuh hati, kenapa dia tidak berusaha mendapatkan aku setelah dia tahu aku kononnya aku sudah bertunang?

Dalam diam, aku merindui kemesraan yang pernah ditunjukkan oleh Fariz seperti sebelum ni. Arghh, kalau kejadian malam itu tidak berlaku, sudah pastinya aku masih berkawan baik dengan Fariz. Sudah pastinya dia tidak akan sedingin ini. Tiba-tiba aku diburu rasa menyesal kerana menolak cintanya mentah-mentah tempoh hari. Tapi , aku rasa mungkin betul jugak tindakanku. Ye lah, aku tak rasa aku boleh hidup dengan lelaki kaya dan orang ternama seperti Fariz kerana aku hanya lahir dari keluarga sederhana saja. Mak ayah aku selalu cakap, kalau nak cari laki, carilah yang setaraf dengan kita. Kalau cari yang tak setaraf, nanti macam-macam masalah akan timbul lepas kahwin. Aku tak naklah jadi macam tu.

“ Saya nak perkahwinan ini disegerakan! ” Lamunanku mati seketika apabila sayup-sayup mendengar suara seorang wanita di sebalik ruang tamu rumah banglo Datuk Hamidan. Langkahku untuk ke dapur terhenti seketika. Aku cuba mengintai dari sebalik tirai yang menjadi penghadang antara ruang tamu dan ruang makan. Kelihatan di situ , seorang wanita separuh abad yang berpakaian ala-ala datin dan ditemani oleh seorang lelaki seusia dengannya yang aku rasa macam suaminya . Mereka sedang berhadapan dengan Datuk Hamidan dan Datin Wahida. Wajah mereka kelihatan sungguh serius. Apa kes nih? Macam kes berat je nampak. Telingaku mula bergerak-gerak untuk mendengar perbualan mereka.

“ Tapi, benda ni kita kena bincang dengan anak kita dulu. Kita tak boleh terburu-buru…mana tahu diaorang tak setuju..” Jawab Datuk Hamidan dengan rasa serba salah. Apa isu sekarang ni? Siapa pulak mahu kahwin ni? Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak.

“ Sebab kami sudah bincang dengan anak kami lah kami datang hari ni. Mimi dari awal lagi dah setuju. Tinggal si Fariz , anak kamu je yang masih belum beri kata putus…Walau apapun alasannya, saya nak dia mesti bertanggungjawab dalam hal ni!” Tegas lelaki di sebelah wanita ala-ala datin itu. Aku tersentak. Fariz? Mimi? Jadi ini soal perkahwinan diaorang lah? Aku masih berdiri kaku di situ. Telingaku masih mahu mendengar perbicaraan mereka seterusnya.

“Tapi, kami pun kena tanya Fariz jugak. Kami kena tanya dia hal sebenar. Tak boleh la nak tuduh dia macam tu je…Mana tahu dia tak salah…” Datin Wahida menyampuk. Kelihatan wajahnya cukup runsing.

“ Nak tanya apa lagi Ida? Sudah terang lagi bersuluh anak kamu yang buntingkan anak kami? Siapa lagi boyfriend Mimi selama ni? Fariz je kan yang selalu berkepit dengan dia sepanjang masa?!” Wanita ala-ala datin itu menyergah. Mataku membulat. Betul ke apa aku dengar ni? Jantung ku seperti mahu luruh. Duniaku seperti berhenti berputar buat seketika. Seperti ada halilintar sedang memanah hatiku kini .

“ Kamu pasti ke? Entah-entah anak kamu tu yang sebenarnya ada buat hubungan dengan jantan lain. Kami kenal lah si Fariz tu macam mana. Dia anak kami. Dia tak kan buat lah perkara tak senonoh macam tu!” Marah Datuk Hamidan.

“ Ha’ah ye la tu. Menangkan sangatlah si Fariz tu. Kami pun kenal lah anak kami macam mana. Kalau tak si Fariz tu yang goda dia, dia tak kan terperangkap!” Balas wanita yang ala-ala datin itu dengan kasar. Kelihatan dia cukup marah.

“ Mana kamu tahu Fariz bapak kepada anak dalam perut Mimi tu? Kamu ada bukti?” Balas Datuk Hamidan geram.

“ Memang lah sekarang tak ada bukti yang sahih. Tapi, kalau kamu tak percaya, apa kata kita buat je ujian DNA kat diaorang berdua. Baru kita tahu siapa betul siapa salah. Kamu berani?!” Balas suami wanita tadi. Suasana nampak begitu tegang saat ini.

“ Sudah la tu Marina, Yusof…tak perlu lah kita nak bertekak macam ni. Saya rasa lebih baik kita bincangkan lagi benda ni nanti ye. Nanti kami bincang  balik dengan Fariz . Tengok lah dulu macam mana…” pujuk Datin Wahida lembut. Air mata mula membasahi pipinya. Mungkin teramat sedih dengan apa yang berlaku.

“ Hah! Kalau bincang tu jangan lama sangat. Kalau boleh kami nak nikahkan diaorang cepat-cepat! Kami tak nak nanti bila semua orang tahu yang anak kami bunting gara-gara anak kamu, barulah nak terhegeh-hegeh nak nikah. Malu tahu tak! Malu!” Balas wanita yang bernama Marina itu.

“ Ye..kami tahulah nak buat apa nanti!” Balas Datuk Hamidan tegas. Wajahnya kelihatan memerah menahan marah.

Air mataku yang dari tadi aku tahan akhirnya tumpah jua. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang baru aku dengar. Hatiku berasa perit sangat, teramat perit. Kenapa mesti aku rasa begini? Kenapa aku mesti bersedih kerana perbuatan Fariz? Kenapa? Aku tak patut rasa sedih. Dia bukan siapa-siapa pun bagiku. Nasib baiklah aku tolak cintanya awal-awal. Kalau tak , aku pun akan senasib dengan Mimi. Huh, Mimi tinggalkan dia dulu konon. Padahal dia yang tinggalkan Mimi setelah puas dia menodai wanita itu. Inilah macam orang kata, habis madu, sepah  dibuang! Fariz rupa-rupanya memang lelaki yang tidak bertanggungjawab! Tak sangka rupa-rupanya dia hanya berpura-pura menjadi lelaki yang baik tapi rupa-rupanya dia hanya syaitan yang bertopengkan manusia.  

Namun,aku cukup bersyukur kepada Allah kerana menutup hatiku awal-awal untuk menerima cinta lelaki bernama Fariz dalam hidupku. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dia sudah menetapkan sejak azali lagi yang Fariz bukanlah jodoh aku. Walaupun hatiku terasa benar-benar terguris dengan perbuatan Fariz , namun aku yakin, semua ini ada hikmahnya. Biarpun pahit untuk ditelan kebenaran ini, namun aku mesti kuat! Aku tidak boleh mengalah dengan perasaan kecewaku! Aku tidak boleh kalah pada cinta palsu lelaki itu! Aku mesti kuat!

##################################

“ Maaf Datuk..saya terpaksa meletak jawatan..,” kataku kepada Datuk Hamidan. Kedengaran Datuk Hamidan mengeluh berat. Sudah puas dia memujukku namun aku tetap memberi jawapan yang sama. Tapi, aku tidak kisah. Aku rasa inilah keputusan terbaik untuk diriku saat ini. Aku tidak sanggup lagi berdepan dengan Fariz. Hatiku cukup sakit kini.

“ Tak boleh ke kamu kerja lama sikit dengan kami. Kesian datin. Cuma kamu je yang boleh jaga dia dengan baik…,” Datuk Hamidan masih cuba memujukku. Memanglah aku kesian dengan Datin Wahida, tapi aku juga perlu kesian dengan diriku sendiri. Aku pun kena jaga perasaan aku sendiri.

“ Saya betul-betul minta maaf Datuk. Saya terpaksa pergi sambung belajar…Kali ni je saya ada peluang Datuk..kalau lain kali, susah dah mahu dapat…” Aku cuba memberi alasan yang munasabah untuk meyakinkan Datuk Hamidan. Biarlah kedengaran kejam atau pentingkan diri sendiri, janji aku bahagia.

“ Kalau tu keputusan kamu, saya dah tak boleh nak buat apa-apalah. Tapi, kamu dah beritahu datin pasal ni?” Soal Datuk Hamidan.

“ Belum..” Jawabku teragak-agak.

“ Kenapa belum beritahu dia? Nanti kalau dia tahu kamu berhenti, mesti dia sedih. Dia dah sayang sangat kat kamu, Misha. Kami pun dah anggap kamu macam keluarga kami sendiri. Jadi , kalau kamu pergi seolah-olah kami kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi….” Aku termangu mendengar kata-kata Datuk Hamidan. Begitu bermakna ke aku dalam keluarga beliau?

“ Saya belum bersedia nak beritahu datin, Datuk. Saya pun sayang jugak nak tinggalkan dia. Tapi saya tak sangka pulak saya dapat tawaran sambung belajar bulan ni. Ingatkan lambat lagi…Jadi terpaksalah..” Aku cuba berdalih lagi.

“ Tak boleh ke kamu tangguhkan dulu sambung belajar tu? Kalau tak boleh, saya sanggup biaya pelajaran kamu di universiti swasta bila-bila masa je secara percuma asalkan kamu teruskan kerja dengan saya…” Kata Datuk Hamidan bersungguh-sungguh. Aku serba-salah. Kelihatan Datuk Hamidan benar-benar berat hati untuk melepaskanku.

“Saya minta maaf Datuk..saya boleh tanggung biaya belajar dengan duit saya sendiri. Datuk dah banyak tolong saya selama ni…Saya tak nak lah menyusahkan Datuk sekeluarga lagi…” Aku masih bertegas dengan keputusanku. Datuk Hamidan mengeluh lagi. Mungkin sudah kehausan idea untuk memujukku.

“ Baiklah kalau macam tu…Tapi saya harap, in future kalau Misha dah habis belajar, kerja dengan kami lagi ye?” Pinta Datuk Hamidan penuh mengharap.

“ InsyaAllah Datuk…” Jawabku ringkas. 

Aku tidak pasti aku boleh kotakan janji itu atau tidak. Apa-apapun aku serahkan segala-galanya pada Allah. Biar Dia saja yang menentukan kerana Dia lebih Mengetahui masa depanku. Tapi aku berharap agar aku tidak kembali kepada keluarga Datuk Hamidan lagi. Aku tekad mahu melupakan segala kenangan pahit manisku bersama Fariz. Biarlah ia cuma menjadi mimpi indah yang pernah hadir dalam hidupku. Aku doakan, semoga Fariz berbahagia dengan bakal isterinya yang tercinta dan dapat menjadi bapa yang baik untuk anaknya yang bakal lahir nanti.  Aku yakin , itulah yang dia mahukan selama ni.  Fariz pernah beritahu aku, yang dia tidak bisa hidup tanpa Mimi di sisi . Kerana ikrar cintanya pada Mimi, akhirnya mereka bakal diijabkabulkan dalam satu ikatan yang sah. Syukurlah. Fariz sudah temui cinta sejatinya. Aku redha. Aku yakin selepas mereka berkahwin, sudah pastinya Fariz akan terus melupakan aku , dan mungkin terus lupa yang aku pernah hadir dalam hidupnya!

###################################

Aku memerhatikan burung-burung yang terbang bebas di dada langit. Nampak sungguh riang sekali. Kalau lah aku boleh terbang macam burung, mesti aku boleh terbang bebas ke mana saja aku nak pergi. Aku boleh lari dari segala masalah yang aku alami kini. Sawah padi yang terbentang luas di hadapanku sedikit sebanyak menyejukkan hatiku yang tengah serabut. Aku menghirup udara segar dalam-dalam . Cukup damai sekali.
Sudah lebih sebulan aku meninggalkan rumah banglo mewah Datuk Hamidan. Dan selama sebulan itu juga aku habiskan masaku di kampung halamanku saja. Aku benar-benar tiada mood untuk bekerja saat ini. Jadi, aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji  dari hospital swasta tempat aku bekerja sebelum ini buat sementara waktu bagi menenangkan hatiku yang kusut.

Aku silap . Aku ingatkan dengan berhenti kerja dengan Datuk Hamidan dan lari jauh-jauh dari hidup Fariz aku akan tenang tapi sebaliknya pula berlaku. Aku semakin tidak tenang. Jiwaku jadi makin kacau. Hampir setiap saat dan waktu, rinduku pada Fariz datang bertandang di hatiku. Setiap malam, tidurku diuliti dengan mimpi indah dapat bertemu dengan Fariz. Semakin aku mahu melupakannya, semakin wajahnya bermain di tubir mata. Ya Allah..kenapa aku mesti rasa begini ? Bukan kah aku pernah menolak cintanya ? Jadi, kenapa mesti aku rasa sedih dan kecewa? Kenapa mesti aku masih mengharapkan kehadirannya dalam hidupku? Aku jadi benci pada diri sendiri. Aku rasa , aku sekarang dah jadi macam orang yang tak berapa waras. Aku tak faham kenapa aku mesti rindu lelaki yang tidak bertanggungjawab itu? Aku tak faham kenapa aku masih merindui lelaki buaya darat sepertinya? Aku semakin keliru dengan perasaanku sendiri. Arghh..serabutnya!!

“ Assalamualaikum Misha…” Lamunanku  hilang entah ke mana apabila tiba-tiba ada lelaki menegur. Aku seperti kenal suara itu. Hah, aku bermimpi ke?

“Encik Fariz?!” Aku terjerit kecil, terkejut sangat! Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Mulutku sedikit ternganga. Betul ke Fariz yang sedang berdiri di depanku sekarang ni?

“ Ye, aku lah ni. Kenapa kau terkejut sangat? Macam nampak hantu je?” Kata Fariz sambil tergelak kecil. Sah, memang sah ini Fariz betul! Bukan bayangan jasad Fariz yang lahir dari fikiranku. Aku mula kembali ke alam nyata.

“ Buat apa awak kat sini?” Soalku hairan.

“ Cari kau lah. Puas aku cari kau merata tempat. Rupanya kat sini kau menyorok. Sampai hati kau tinggal aku ye…Dah lah tipu aku kau dah bertunang…” Jawabnya laju.

“ Buat apa cari saya? Saya dah tak ada kena mengena dengan awak lah!” Aku merengus geram. Hatiku tiba-tiba menjadi panas. Dengan serta merta aku teringat soal dia dengan Mimi.

“ Amboih..garangnya. Tetamu datang sepatutnya kau sambut dengan senyuman. Nih marah-marah pulak…teruknya..” kata Fariz seakan memerliku.

“ Suka hati sayalah nak marah ke apa! Saya tak jemput pun awak datang sini…tak malu!” Marahku .

“ Biarlah, kau jemput aku ke tak aku tak kisah. Yang penting aku mesti datang sini cari kau..” Tegas Fariz. Aku mencebik.

“ Hai, awak kan dah ada bini. Yang awak sibuk nak cari saya ni kenapa? Bini awak tahu ke?!” Aku melemparkan paku buah keras kepadanya.

“ Bila masa pulak aku ada bini? Kau ni mengigau ke apa?” Soal Fariz. Kedengaran dia tergelak kecil.

“ Saya tak mengigaulah! Bukan awak dah kahwin dengan Mimi ke?” Soalku geram. Boleh pulak nak main teka-teki dengan aku.

“ Hah?! Kahwin dengan Mimi? Kau ni lawaklah. Kalau nak menuduh tu, agak-agaklah jugak….” Katanya sambil menyambung tawanya dan kali ini tawanya lebih kuat. Aku mengetap bibir. Main-main pulak mamat ni!

“ Awak jangan tipu saya lah! Awak ngaku jelah awak dah kahwin dengan Mimi. Bukan awak dah buntingkan dia ke?!” Tawa Fariz terus mati apabila mendengar soalan terakhirku. Huh, ambik kau! Aku dah mula berang ni.

“ Mana kau tahu pasal ni?” Fariz menyoal. Wajahnya berubah serius.

“ Kalau dah buat benda tak senonoh tu sekejap je orang tahu wahai Encik Fariz yang budiman…Nasib baiklah saya tak terjerat dengan perangkap awak. Kalau tak saya pun terima nasib macam Mimi…,” balasku dengan nada sinis.

“ Owh jadi sebab tu lah kau tinggalkan aku ? Macam tu?” Soal Fariz menduga.

“ Tak ada maknanya saya nak tinggalkan awak. Awak bukan boyfriend saya pun..So, isu tinggal meninggal ni tak ada kaitan dengan saya ok!” Marahku. Fariz merenung dalam anak mataku.  Hatiku tiba-tiba rasa berdebar-debar. Aku cepat-cepat melarikan pandangan.

“ Kau ni kan suka sangat tuduh aku bukan-bukan ek?!” Giliran Fariz pula memarahiku.

“ Tuduh apa? Dah memang benda betul kan? Mengaku je lah!” Getusku.

“ Macam mana aku nak mengaku kalau aku tak buat salah apa-apa pun!” Fariz membantah dan kali ni nada suaranya lebih kuat bergema.

“ Ye lah kan, macam mana nak mengaku perbuatan sendiri. Takut nanti awak malu besar kan?” Aku memerlinya. Wajahnya mula kelihatan tegang. Fariz menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kasar.

“ Misha, dah la tu. Aku datang sini bukan nak cari gaduh. Aku datang nak betulkan keadaan…,” Suara Fariz mula mengendur.

“ Nak betulkan keadaan apa ni ? Saya kan memang dah tak ada kena mengena dengan awak..So, suka hati awak lah nak buat apa lepas ni..Saya peduli apa!” Aku membantah.

“ Misha…Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau selama ni. Aku minta maaf kalau kau marah aku sebab aku suka kau, sebab aku sayang kau lebih dari diri aku sendiri. Tapi, aku nak kau tahu satu je….” Lirih kedengaran suara Fariz. Aku memandangnya pelik.

“ Tahu apa?”

“ I love you so much Misha…much more than everything. Kaulah cinta terakhir aku…Tak ada siapa pun yang boleh ganti tempat kau kat hati aku….” Aku terpana mendengar ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Fariz. Namun, aku cepat-cepat sedar diri.

“ Dahla Fariz, awak simpan je la cinta awak tu. Awak jangan lah kecewakan isteri awak dan anak awak. Diaorang lagi perlukan kasih sayang awak. Antara kita memang dah tak ada jodoh…,” jawabku sayu. Hatiku berasa sebak menuturkan kata-kata itu.

“ Misha, apa kau merepek ni. Aku tak pernah kahwin lah! Bila masa pulak aku kahwin dengan Mimi?” Marahnya.

“ Alah..mama dan papa awak yang beritahu. Yelah , sebab awak dah buat mimi mengandung kan…” Kataku sinis.

“ Misha, dah-dah la tu nak buat cerita tak betul kat sini…Dah basi dah..Kalau kau nak tahu, Mimi bukan mengandungkan anak aku tapi anak boyriend baru dia. Kan aku pernah cerita kat kau yang aku putus dengan dia sebab dia ada lelaki lain. Kau dah lupa ke?” Aku terkejut dengan penerangan dari Fariz.

“Betul ke ni? Habis tu, hari tu saya dengar mak Mimi cakap awak yang mengandungkan anak dia? Macam mana tu..Cer citer sikit..” Soalku kurang mengerti.

“ Hurmm percaya sangatlah tu dengan mereka dua beranak tu. Mak dan anak sama je nak tutup malu! Tapi sumpah, aku tak pernah buat perkara terkutuk tu dengan dia. Benda tu haram lah!” Kata Fariz bersungguh-sungguh.

“ Jadi, awak tak pernah kahwin dengan Mimi?” Soalku lagi inginkan kepastian.

“ Ye Misha ku sayang….Look at me now! I’m still single and available okay…,” Jawab Fariz sambil tersenyum lebar. Aku termangu. Jadi selama ni aku salah faham lah dengan Fariz?!

“ Boleh percaya ke ni?”

“ Lah..tak percaya lagi ke? Kalau tak percaya belahlah jantung aku sekarang..baru kau nampak keikhlasan aku dalam mencintaimu… Hanya nama kau seorang je kat hati aku tau…,” kata Fariz. Aku mencebik. Jiwang karat jugak mamat ni rupanya.

“ Amboihh ye lah tu. Kalau saya belah betul kan, naknya awak nanti…” Balasku sekadar bergurau.

“ Tak apa….aku lebih rela mati dari kehilangan kau…,” kata Fariz lagi. Aku tersenyum kecil. Lebih-lebih la pulak si Fariz ni. Pipiku terasa membahang panas. Segan pulak dengan situasi sekarang ni.

“ So, sekarang awak nak buat apa?” Soalku ingin tahu.

“ I want to marry you….,” jawab Fariz ringkas. Dia menghadiahkan aku pandangan yang cukup redup. Aku terpana dengan jawapannya yang tak pernah terlintas dalam fikiranku. Mata kami bertautan buat seketika. Tubuhku mula seram sejuk. Aku tak salah dengar kan ni?

“ Misha…” Fariz memanggil namaku lembut. Cukup romantis di telingaku.

“ Erm…”

“ I want you to be my personal nurse of my heart forever and ever, can I?” Soalnya lembut. Lidahku tiba-tiba kelu untuk berbicara. Tidak tahu mahu jawab apa.

“ Can or cannot?” Soalnya lagi.  Aku menelan air liur.

“ Kalau saya tak nak, macam mana?” Soalku menduga.

“ Tak boleh, kau mesti kata nak jugak…”

“ E’eh..tu bukan tanya persetujuan saya namanya tu. Itu paksa rela namanya…”

“ Tak apalah, aku akan paksa kau supaya rela jadi wife aku. Kali ni kau tak kan terlepas lagi dari aku..”

“ Eleh, overconfident lah pulak..Awak pasti ke dapat paksa saya? Kalau tak berjaya macam mana?”

“ Owh..itu no problem. Aku akan pastikan kau setuju jugak. Aku Farizlah..mana ada perempuan yang sanggup kata ‘No’ kalau aku ajak kahwin…” Katanya sambil mendabik dada.

“ Oooo jadi selama ni, bukan saya sorang lah yang awak offer jadi wife awak ek? Eiii…awak ni memang lelaki romeo la!” Marahku sambil cuba mencubit perutnya lembut. Dia lebih pantas mengelak sambil ketawa.

“ Tak apalah..kira aku Romeo, kau Juliet aku. Ok tak?” Kata Fariz.

“ Tak nak lah saya jadi Juliet awak. Tak best!” Jawabku selamba.

“ Kenapa pulak?”

“ Sebab Romeo saya mesti lagi handsome dan romantik dari awak…Awak tak sampai tahap tu lagi..Mintak maaflah…”

“ Amboi..amboi..pandai jual mahal ek sekarang. Tapi tak apa, kau jual mahal macam mana pun aku tetap akan ‘beli’ kau walau dengan apa cara sekalipun…”

“ Heh, saya bukan barang lah nak main beli-beli..” Aku buat-buat marah.

“ Tak kira! Aku nak beli jugak!” Tegasnya.

“ Awak nak beli pakai apa?”

“ Aku akan beli kau dengan mas kahwin yang termahal & for you…I will sell my love to you with the most cheapest prices…Just for you my dear….Orang lain tak kan dapat ‘harga’ semurah tu..” Kata Fariz dengan nada yang mendayu-dayu. Aku terkedu lagi. Mata kami bertautan . Lama..Ah, indahnya perasaan ini. Terasa diriku seperta mahu terbang je.

“ Maksudnya..kalau awak jual cinta awak dengan harga murah, senanglah saya nak lelong nanti..” Kataku tiba-tiba sekadar bergurau.

“ Amboi kejamnya kau…Kalau kau lelong, aku akan pastikan orang yang membeli tu aku jugak…”

“ Mana aci, tu buruk siku namanya…” Jawabku. Kami tergelak serentak. Sungguh aku bahagia dengan kemesraan yang baru tercipta kini.

“ Misha…”

“Erm..”

“ I love you so much..”

“ I love you too…”

“ Hari ni merupakan hari paling bersejarah buat aku, kau tahu tak? ”

“ Kenapa?”

“ Sebab minggu ni, kita akan ditunangkan. Bulan depan kita akan kahwin…”

“ Hah?! Cepatnya. Kenapa cepat sangat?” Soalku dengan nada terkejut.

“ Mestilah kena cepat. Aku tak nak kalau lari lagi. Aku nak tangkap kau dan ikat kau kuat-kuat supaya kau tak terlepas dari aku…” Jawab Fariz selamba.

“ Eii ingat saya ni lembu ke nak main ikat-ikat. Huhu..Mama dan papa awak dah tahu ke pasal ni?”

“ Of course lah dah tahu..Kalau kau nak tahu, mama dan papa aku ada kat rumah parents kau sekarang tengah bincang pasal pertunangan dan pernikahan kita. Lebih kurang tengah merisik la…”

“ What?! Betul ke ni?”

“ Betul la..tak kan aku nak tipu pulak…” Jawab Fariz sambil ketawa.

“ Eiii kenapa awak tak beritahu saya awal-awal. Saya belum ready lah!” Marahku.

“ Kau ready ke tak aku tak kisah. Yang penting aku dah cukup ready dah sekarang. Tak sabarnya nak tunggu malam pertama…”

“ Mana aci macam tu! Awak ni jahatlah!!” Jeritku sambil tanganku merayap mencubit perutnya.

“ Ouch sakitla sayang….Ganasnya bakal bini abang nih…” Fariz mula menukar bahasa dirinya.

“ Padan muka!” Jawabku sambil terus mengorak langkah untuk berlalu dari situ.

“ Owh dah cubit abang, lepas tu blah macam tu ye. Nak kena bakal wife abang ni..Misha! Tunggu! Jangan lari!” Fariz melaung kuat namun aku buat-buat tidak dengar . Aku terus berlari meninggalkannya. Dia cuba mengejarku namun aku lebih pantas berlari jauh darinya. Kami berkejar-kejaran seketika di pinggir sawah padi itu. Kedengaran tawa riang kami bergema . Sesungguhnya, aku berasa sungguh bahagia dan teruja kini. Aku tidak sangka , setelah pelbagai cabaran yang terpaksa kami tempuhi , akhirnya aku dan Fariz bakal disatukan dalam satu ikatan yang sah dan direstui oleh kedua-dua belah pihak. Aku mengharapkan mahligai bahagia yang kami bakal bina  ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah….







11 comments:

  1. hahaha...bestnyer!! kelakarlah diorang..sweet je..huhu

    ReplyDelete
  2. bagus
    tapi trlalu sedikit part bahagianya..

    ReplyDelete
  3. best...nak part kahwin,mesti lagi sweet

    ReplyDelete
  4. best bangat siih . kuang kuang kuang . :D
    best best best . mmag best. slamat maju jaya buat penulis . :)

    ReplyDelete
  5. BEST ..... gempak pun.... ade hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. awrrrrr....SUPERB!!!!!

    ReplyDelete
  7. Ni kalau jadi telemovie menarik gak ni

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)