Wednesday, November 4, 2009

Tidak Seindah Mimpi 24


Aku berdiri kaku di jendela sambil memerhatikan suasana baru di sekelilingku . Bandaraya Jakarta nampak lebih kurang bandaraya Kuala Lumpur je, cuma Kuala Lumpur ada lebih banyak bangunan pencakar alam dan mercu tanda. Masuk hari ni, dah seminggu aku terperap di motel yang aku sewa khas selama waktu yang aku tidak dapat jangka bila akhirnya. Aku mengusap perut perlahan-lahan. Kini aku sudah dapat merasa seperti ada jasad sedang menendang-nendang rahimku. Entah mengapa timbul rasa sayang terhadap anak ini, rasa tidak sanggup menamatkan riwayat jasad yang sedang bernyawa ini. Ya Allah, kalau aku nekad gugurkan anak ini dulu, sudah pastinya aku teramat menyesal sekarang . Bayi dalam kandunganku ini langsung tidak berdosa..Alhamdulillah..tempat ini sedikit sebanyak membantu aku untuk melupakan kenangan pahit di Malaysia. Kalau boleh aku tidak mahu ingat apa-apa pun yang berlaku di sana. Aku tidak mahu luka yang baru mula pulih berdarah kembali. Sungguh aku tidak mahu.

“ Tok..tok..tok..,” lamunanku mati bila tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Tanpa membuang masa aku terus membuka pintu.

“ Assalamualaikum..,” lelaki di hadapanku memberi salam. Aku mengerutkan dahi. Siapa lelaki ini. Macam kenal tapi jumpa di mana yer? Bunyi pelat salamnya macam orang indon.

“ Err..waalaikumussalam. Sorry, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soalku teragak-agak.

“ Enggak apa-apa..kamu ini Ibu Lina..betul nggak?” Aku tersentak apabila lelaki ini mengenaliku.

“ Ye..saya Lina, macam mana awak kenal saya?” aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul-betul tak ingat bila aku jumpa dia.

“ Apa kamu sudah lupa, di airport tempoh hari, aku terserempak dengan kamu. Masa itu kamu sedang nangis di tepian jalan…,” lelaki muda yang agak tampan di hadapanku tersenyum manis. Aku mula mengerah fikiran,mengimbas kembali apa yang berlaku di lapangan terbang hari itu. Hah! Baru aku ingat, lelaki ni la yang terkulat-kulat menenangkan aku yang sedang menangis macam apa kat tepi jalan sebabnya aku tak tahu nak pergi ke mana. Aku tidak mengenalinya tetapi entah mengapa hatiku sungguh tenang apabila dia memberikan aku bermacam nasihat yang benar-benar menyedarkan aku.Serta-merta pipiku merah padam kerana malu..malu kerana aku rasa tak patut aku menangis depan orang ramai masa tu lebih-lebih lagi di hadapan lelaki ini yang aku langsung tidak kenal. Oh tidak!

“ Apa kamu sudah ingat sama aku?” lelaki itu bertanya lagi.

“ Ya.. sudah ingat. Terima kasih kerna menenangkan saya hari tu..,” jawabku dalam pelat malaysia-indon.

“ Tapi, bagaimana kamu tahu saya ada di sini? Dan macam mana kamu tahu nama saya?” Soalku lagi.

“ Owh..sebenarnya kamu tertinggal pengenalan kamu di airport, aku ketemunya..jadi aku ingat mahu pulangkan sama kamu. Aku tanya semua orang, kalau-kalau ada yang mengenalimu..aku tunjukkan foto kamu pada mereka. Alhamdulillah akhirnya aku ketemu kamu di ceruk ini..,” terang lelaki itu dengan panjang lebar. Aku tiba-tiba diburu rasa terharu. Bersungguh-sungguh betul dia mencariku . Mukanya nampak benar-benar ikhlas . Aku tak rasa dia bukan orang baik.

“ Owh..terima kasih banyak-banyak ye..tak tahu macam mana nak balas budi baik kamu..,” kataku sambil menyambut kad pengenalan yang dihulurkan.

“ Sama-sama kasih..enggak usah membalas apa-apa..aku ikhlas menolong mu..,” aku tersenyum manis. Aku membalas senyumannya seikhlas mungkin.Baik betul lelaki ni. Dahla handsome, baik pulak tu.

“ Kamu tinggal di mana?” Soalku ingin tahu.

“ Oh, rumah aku dekat aja dengan sini..maaf ya,sebenarnya aku ribut-ribut ingin ke tempat kerja..enggak bisa berlamaan di sini..aku permisi dulu ya..assalamualaikum..” heh , macam ribut jek dia ni. Dia mula kalut setelah melihat jam di pergelangan tangannya. Tanpa mendengar jawapan daripadaku , dia terus melangkah meninggalkanku yang masih tercengang di situ.

“ Eh, wait!” Laungku..langkahnya terhenti. Dia terus berpaling memandangku.

“ Apa namu kamu ya?”

“ Oh..itu ya. Panggil saja aku Rangga…esok-esok aku datang lagi ya..,” jawabnya dengan senyuman manis terukir di bibir. Dia melambai-lambai kepadaku sebelum kelibatnya hilang di sebalik dinding batu motel ini. Aku tergelak kecil, comel la bila dia kalut macam tu. Hurmm..Rangga…macam nama hero dalam filem Ada Apa Dengan Cinta jek..muka pun lebih kurang sama..muka aku ada nampak macam Cinta tak? Nanti boleh la aku bergandingan dengan Rangga. Aku tergelak lagi. Ish aku ni, ke situ pulak fikiran aku. Aku malu sendiri kerana berangan yang bukan-bukan. Aku bukannya remaja lagi .Ish tak sedar diri betul.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku berjalan seorang diri di pasar berhampiran motelku . Banyak jugak sayur-sayuran dan bahan segar yang murah-murah di sini. Tapi yang paling leceh apabila terpaksa membawa duit penuh satu beg hanya untuk ke pasar kerana nilai mata wang rupiah sangat murah berbanding ringgit malaysia . Tapi tak apalah, janji aku ada duit, boleh la jugak nak beli barang-barang dapur untuk menyara diriku dan anak dalam kandunganku ini.

“ Ibu…,” Aku terkejut apabila ada anak kecil dalam lingkungan 5 tahun yang sedang mengendong bayi kecil pada ‘splint’ yang tersangkut di bahunya menarik-narik bajuku.

“ Kenapa?” Soalku hairan. Wajah anak ini sungguh comot dan pakaiannya jugak bertampal sana-sini. Rupanya tidak ubah macam pengemis kecil yang selalu ada dalam drama indon. Dia menghulurkan tangannya .

“ Ibu, tolonglah bantu aku..aku tidak punya uang untuk bayar bil rumah sakit untuk adik aku..,tolonglah..” hatiku tersentuh mendengar rayuan yang sungguh menusuk kalbu itu.

“ Ibu dan bapak kamu mana? Mana mereka?” Aku mengusap lembut pipi anak kecil itu.

“ Ibu udah meninggal lama..bapak aku tidak tahu ke mana perginya..,” jawabnya sayu. Ada manik jernih meniti di pipi kecil anak ini. Air mataku mula bergenang di kelopak mata mengenangkan nasib anak ini. Tanpa berfikir panjang aku memberinya 10000 rupiah kepadanya supaya dia dapat merawat bayi itu. Kesian..sungguh kesian..

“Terima kasih bu..semoga Allah memberkati ibu dan anak ibu..,ibu benar-benar orang baik..” wajahnya berubah ceria . Aku tersenyum manis. Senang mendengar doa dari anak itu.

“ Sama-sama nak..”

“ Aku permisi dulu ye bu..terima kasih ya bu..,” anak kecil itu bersalaman denganku, kemudian kelibatnya hilang di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu di situ. Aku termenung seketika, apakah bayi dalam kandunganku akan menerima nasib yang sama setelah dia dilahirkan ke dunia ini? Hatiku mula risau dan sedih, aku tak mahu anakku menerima nasib yang sama seperti mereka..aku tidak mahu..Ya Allah tolonglah hambaMu dan jasad dalam rahimku ini..janganlah biarkan kami menerima kesusahan yang tidak sanggup kami memikulnya..amin..Tanpa di sedari ada manik jernih mengalir membasahi pipiku. Aku menyeka cepat-cepat air mata. Malu aku apabila mak cik-mak cik di pasar itu memandangku dengan pandangan pelik. Kerana malu, aku cepat-cepat berlalu dari situ .

p/s ; sory sangat coz dah lama x sambung TSM..too hard to find suitable time to write..meby ramai yang dah lupa pasal TSM kn? but..hope u all guys will enjoy it..

6 comments:

  1. dia lari g indon ke??
    jauh nye lah ai..
    nak laagi!!

    ReplyDelete
  2. hohoho..
    2 la mcm mna ngn syam n hakim?
    tp btul jg tndkn lina prg untk mngubati luka di ati...

    ReplyDelete
  3. smbung2...best...jgn wat sad ending..xbest..hehhe

    ReplyDelete
  4. yes!!
    sambung jugak akhirnya
    saya bukak blog ni tiap2 hari tau sampai naik geram.nanti sambung lagi ye
    jangan wat sad ending

    ReplyDelete
  5. salam org ganu
    lamanya kak ida tk singgah sini..
    kak ida masih ingat cerita ini..
    cepat2 sudahkan ceritanya..nak tahu bagaimana endingnya..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)