Monday, August 10, 2009

Cerpen : Tomboy Vs Nerd 2 - JANJI


Aku mundar-mandir di depan pintu bilik kecemasan. Sudah 3 jam Norman berada di dalam namun kelibat doktor atau jururawat masih belum kelihatan. Aku mulai resah. Ya Allah..tolonglah selamatkan Norman..aku tidak sanggup kehilangannya saat ini . Aku benar-benar menyesal kini kerana tidak pernah menjadi isteri yang baik untuknya . Aku dah banyak menyusahkannya. Dia jadi macam ni pun sebab aku. Kalau aku tak cari pasal dengan lelaki gendut tadi, Norman tak kan setenat ini. Ya Allah..tolonglah makbulkan doa hambaMu yang hina ini..Air mataku lebat mengalir semenjak tadi . Aku benar-benar takut jika Norman pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Tidak! Norman tak kan tinggalkan aku! Tak kan pernah! Hatiku meraung hebat .

“ Yah!” Lamunanku mati apabila melihat ibuku terkocoh-kocoh mendapatkan aku yang berada di situ.

“ Mak!! Ampunkan Yah mak..semua ni salah Yah..,” aku terus memeluk ibuku.

“ Yah..apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa dengan kau ni Yah? Kenapa muka kau lebam sana sini? Kenapa?!” Ibuku menyoalku bertalu-talu menyebabkan aku kelu . Aku meraba mukaku. Benar, akibat dibelasah teruk oleh kumpulan lelaki gendut itu, mukaku jadi begini. Badanku juga luka-luka tapi nasib baiklah tidak teruk. Aku hanya menerima rawatan pesakit luar je.

“ Yah..jawab soalan mak. Kenapa?” Ibuku semakin mendesak. Dia menggoncang tubuhku beberapa kali. Aku hanya mampu menangis dan menangis.

“ Sebenarnya tadi..Yah bergaduh dengan satu kumpulan samseng tadi. Lepas tu Norman tiba-tiba datang nak selamatkan Yah..tapi dia kalah mak. Dia kena pukul teruk. Dia sekarang tak sedarkan diri. Semuanya salah Yah mak..ampunkan Yah..ampunkan Yah..,” aku merayu pada ibuku. Wajah ibuku merah padam mendengar penjelasanku. Dadanya turun naik menahan amarah. Seketika kemudian, dia menujah kepalaku beberapa kali.

“ Yah! Berapa kali mak cakap. Kau tu perempuan bukan laki. Jangan cari gaduh dengan orang. Tengok apa jadi! Kau ni memang anak sial!!” Tengkingan ibuku menyebabkan lidahku kelu. Aku anak sial? Ye aku memang anak sial. Memang patut ibuku berkata begitu .Aku isteri yang tak guna! Aku anak yang tak guna!

“ Mak..maafkan Yah..Yah menyesal sangat sekarang Mak..ampunkan Yah ye mak..Yah janji lepas ni Yah tak kan jadi lelaki lagi. Yah akan jadi perempuan..,” aku meneruskan rayuanku pada ibuku sambil memegang erat kedua-dua lengannya. Kelihatan ibuku turut menitiskan air mata. Hatiku bertambah sayu melihat keadaan itu.

“ Kau mintak lah ampun dengan suami kau..syurga kau di bawah tapak kaki suami sekarang..,” mendayu-dayu suara ibuku. Hatiku sebak mendengar kata-kata itu. Benar aku sudah banyak kali menderhaka pada Norman, suami aku yang sah.

“ Maaf puan, semua ni saudara Encik Norman ke?” Aku dan ibuku berpaling serentak kepada seorang jururawat yang tiba-tiba datang menegur. Kami mengangguk serentak . Hatiku berdegup kencang. Aku tidak sabar-sabar ingin mengetahui keadaan Norman . Aku berharap sangat semoga dia selamat.

“ Macam mana dengan dia nurse?” Laju ibuku bertanya. Aku tidak bisa berkata ketika ini kerana terlalu takut.

“ Alhamdulillah puan, dia selamat..,” jawab jururawat itu sambil tersenyum . Aku menarik nafas lega . Alhamdulillah..Akhirnya Allah mengkabulkan permintaanku.

-----------------------------------------------------------------------------------

Aku berteleku di sisi Norman yang masih tidak sedarkan diri. Rupa-rupanya maksud ‘selamat’ yang diperkatakan oleh jururawat tadi adalah stabil walaupun Norman tidak sedarkan diri. Aku tidak akan senang hati selagi tidak melihat Norman membuka mata. Aku mahu menebus kembali kesalahan dan kekhilafanku terhadapnya. Maafkan aku Norman..maafkan aku..Kini hanya tinggal aku dengan Norman di dalam bilik khas ‘High Dependency Unit (HDU) itu. Ibuku pulang seketika untuk mengambil apa yang patut untuk dibawa ke sini. Wayar-wayar yang berkeliaran di sekeliling Norman dan tubuh Norman yang penuh dengan balutan serta lebam-lebam menambahkan lagi rasa resah gelisahku .Air mata yang mula kering kembali bertakung di tubir mata .

“ Norman..bangunlah Norman..berapa lama lagi kau nak tidur?” Kataku dengan suara yang serak-serak basah. Aku mencapai tangan Norman lalu kukucup dan mengusapnya lembut. Namun, Norman masih begitu , langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar.

“ Norman..tolonglah jangan buat aku macam ni..maafkan aku Norman..aku banyak bersalah kat kau..bangunlah Norman..,” aku masih belum berputus asa . Aku mengharapkan dia mendengar rayuanku namun Norman tetap tidak berganjak dari kondisinya sebelum ini. Aku mengeluh berat.

“ Aku tahu kau marah aku, sebab tu kau tak nak bangun kan? Kau kata kau cintakan aku..kalau kau cintakan aku..bukalah mata tu. Aku nak tengok kau sedar..Aku janji lepas kau sedar aku akan jadi isteri yang baik untuk kau..Aku akan buat apa sahaja untuk kau..Aku janji..Kalau kau nak tahu akupun cintakan kau sangat-sangat..Please Norman..buka mata kau..tolonglah..” Tangisanku semakin kuat bergema sebaik sahaja menghabiskan kata-kataku. Aku kemudian membenamkan mukaku ke dadanya . Aku sudah putus harap. Sia-sia saja aku merayu padanya saat ini kerana aku tahu dia tidak akan mendengarnya. Aku buntu.

“ Burd..beratnya kepala awak..sakitlah..,” aku tersentak apabila mendengar suara garau menegur. Norman! Aku terus mendongak melihat mukanya . Dia sedang tersenyum padaku dan kemudian dia tergelak kecil.

“ Norman!!” Aku terus memeluk tubuhnya kerana terlalu gembira melihat dia sedar.

“ Ouchh!!” Norman menjerit kuat.

“ Kenapa?” Soalku bingung.

“ Awak peluk saya kuat sangatla..sakit..ganas betul bini saya nih..,” katanya sambil mengerang kesakitan. Aku tersipu malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal . Tindakan spontan nak buat macam mana..sampai tak sedar yang Norman sedang sakit.

“ Sorry..aku tak sengaja..,” aku kembali duduk berteleku di sisinya . Bibirnya kelihatan pucat namun bibir itu tetap mengukir senyuman manis buatku. Wajahnya kelihatan sungguh tidak bermaya.

“ It’s okay..comel jugak muka awak bila awak nangis ek? Hidung merah macam strawberi..mata macam mata anak kucing yang comel..,” bulat mataku mendengar ulah Norman .

“ Amboi..sempat lagi kau kutuk aku ek. Sebab kau la ni aku nangis..,” jawabku sambil tanganku merayap mencubit lengannya.

“ Aduhh..sakitla awak..awak tak kesiankan saya ke? Kan saya tengah sakit ni. Nak main cubit-cubit pulak..,” Norman mengerang lagi.

“ Dah tu, mulut kau tu laser sangat..,” aku berpaling ke arah lain. Tidak sanggup bertentang mata dengannya. Hatiku tidak keruan apabila bertentang mata dengannya.

“ Sory wak..saya gurau je..erm..apa awak janji tadi? Boleh ulang sekali lagi?” Kata Norman sambil mengenyitkan mata . Pipiku tiba-tiba membahang panas. Kalau macam tu, Naim dengar lah apa aku cakap tadi? Alamak..malunya..

“ Oh, jadi kau dah sedar la tadi ek? Jahatla kau tipu aku!” Aku membentak keras. Wajahku masam mencuka.

“ La..mana ada tipu..saya cuma nak dengar awak cakap dengan saya. Saya suka dengar suara awak..,” dia tersengeh seperti kerang busuk. Bahang panas di wajahku semakin bertambah. Ish, macam mana aku boleh tak perasan dia dah sedar.

“ Bila masa aku cakap dengan kau..perasan..,” aku cuba berbohong namun aku tidak mampu untuk menutup getaran suaraku. Harap-harap pembohongan aku menjadi. Namun, kata-kataku membuat Norman tergelak.

“ Kenapa gelak?” Aku menjeling tajam padanya.

“ Saya tahu awak tipu kan..ok lah just forget about it. Tapi, saya nak awak cakap sekali lagi janji awak tadi..boleh?” Kata Norman sambil mengenyit mata kepadaku .

“ Hurmm mana ada aku janji..kau mengigau je tu..,” aku cuba menutup malu . Rasa nak tarik balik je janji tu..

“ Oooo tak nak ngaku ek..tak pe..tak pe..saya nak pengsan balik lah kalau macam ni . Good bye honey..,” wajah Norman kelihatan sangat kecewa denganku. Seketika kemudian dia menutup mata dan tubuhnya tiba-tiba kaku tidak bergerak-gerak. Suasana sunyi sepi. Aku panik. Apa yang dah berlaku?

“ Norman, kau jangan nak main-main dengan aku. Bangun Norman! Bangun! Jangan buat aku takut!” Aku menggoncang tubuhnya beberapa kali. Tak kan kerana aku cakap macam tu Norman pengsan lagi kot. Sah sah si Norman ni nak tipu aku.

“ Norman!!” Aku menjerit nyaring di telinganya .

“ Aduhh..sakitnya telinga saya..kuatnya suara awak..nak pecah gegendang telinga saya tau! Hish awak ni..,” gertak Norman tiba-tiba. Aku mendengus geram. Ceh, berani dia main-mainkan aku.

“ Hah padan muka! Siapa suruh main-mainkan aku!” Aku mengeraskan suara. Hatiku panas.

“ Awak ni..saya nak bermanja sikit pun tak boleh..kata nak jadi isteri yang baik..awak ni mungkir janji la..,” Norman memuncungkan mulutnya sampai boleh diikat.

“ Dah la malas aku nak layan kau..,” kataku sambil terus mengorak langkah untuk keluar dari biliknya. Sebenarnya aku malu dengan Norman. Ye lah..entah apa aku merapu padanya tadi , alih-alih dia dapat mendengarnya satu-persatu.

“ Burd..awak nak ke mana tu? Tolonglah jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini..takut..,” Norman menjerit-jerit seperti anak kambing yang kelaparan susu. Namun aku tidak peduli. Aku perlukan masa untuk menghilangkan rasa segan yang teramat ni!

----------------------------------------------------------------------------------

Hari ini Norman dibenarkan pulang ke rumah setelah seminggu berada di hospital . Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur sangat kerana Norman bisa bernafas seperti dulu dan mampu menjalankan kehidupannya seperti biasa setelah apa yang berlaku. Jika terjadi apa-apa pada Norman, sudah pastinya aku akan rasa bersalah seumur hidupku.

“ Burd..jauhnya termenung. Teringat kat saya ek?” Aku tersentak apabila Norman datang menjengah tiba-tiba. Hish, budak ni..kalau bagi salam dulu tak boleh ke? Kurus semangat aku, terkejut.

“ Kau ni, bila-bila bagi salam la dulu. Ni main sergah je..,” aku memarahinya . Dia tersenyum sumbing .

“ Baiklah wahai Badariah ku sayang..assalamualaikum w.b.t..,” aku hampir tergelak mendengar ucapan salam yang macam orang nak mula berucap.

“ Ha..macam tu la..Amalkan buat macam tu selalu ye..,” kataku separuh menyindir .

“ Baiklah sayang..abang akan tunaikan permintaan sayang..,” kata Norman selamba. Sayang? Abang? Eii kenapa terasa loya semacam jek tekak aku mendengar perkataan tu. Sejak bila Norman pandai berabang sayang ni. Tapi memang aku perasan, semenjak di hospital hari tu..Norman bukan lagi Norman yang dulu yang agak nerd dan skema. Dia seperti sudah berubah menjadi orang lain atau lebih tepat lagi macam lelaki sejati. Ke ni semua hanya ilusi?

“ Sayang..kenapa diam ni? Tak suka ke abang panggil sayang macam ni?” Norman merapatkan tubuhnya denganku. Jantungku berdegup kencang , rasa macam nak pecah dada ni. Norman ni demam ke? Pelik semacam je aku tengok perangainya.

“ Err..kau ni kenapa? Tiba-tiba je panggil aku macam tu?” Suaraku bergetar. Aku menelan air liur beberapa kali sehingga kering tekakku apabila kali ini Norman merangkul pinggangku pula.

“ Kenapa salah ke? Kita kan suami isteri..Tak boleh ke sayang panggil abang manja sikit..,” tekakku semakin loya mendengar kata-katanya. Sah-sah Norman kena penyakit ‘jiwa’ ni.

“ Norman, kau ok ke tak ni? Kau jangan nak main-mainkan aku..,” aku cuba menjauhkan diri darinya sedikit demi sedikit. Rangkulannya aku cuba leraikan tetapi kejap sangat la..susah!

“ Sayang..I love you..,” aku terpana mendengar ucapan itu yang dibisikkan dekat di telingaku. Aku semakin tidak keruan dan..

“ Aduhhh!!!” Tanpa aku sedari, aku tergolek jatuh ke belakang dari bangku itu tanpa sempat aku bergantung pada sesiapa . Belakang dan kepalaku berdenyut-denyut kesakitan. Dengan susah payah aku bangun . Norman kelihatan panik.

“ Awak tak apa-apa ke?” Soal Norman dalam resah. Suaranya sudah berubah nada seperti sebelum ini.

“ Hah tak apa-apa kau kata..sebab kau la ni aku jatuh!” Marahku .Terasa wajahku membahang panas. Aku mengusap belakangku perlahan-lahan. Aduhh sakitnya.
“ Maafkan saya ye..saya tak sengaja..saya tak dapat kawal perasaan saya tadi..maafkan saya..,” Norman berkali-kali meminta maaf. Aku memandangnya pelik. Norman kembali kepada sifatnya yang dulu, suka mintak maaf dan blurr. Ish, betul-betul peliklah budak ni sekarang. Sekejap jadi gentleman, sekejap jadi nerd..ada split personality ke mamat ni? Aku pula bingung melihatnya.

“ Erm..tak apa..aku cuma nak tanya sekali lagi...kau ni ok ke tak ni?” Aku mengulangi soalan tadi kerana aku yakin Norman sudah kembali ke alam nyata kini.

“ Ok je..kenapa?”

“ Erm..tak ada apa-apa..,” aku malas nak mengungkit pasal tadi kerana aku takut Norman kembali kepada sikapnya yang tadi. Tak tahu kenapa aku geli melihat dia begitu. Mungkin aku tak biasa kot . Yela selama ni mana ada lelaki yang berabang sayang denganku.

“ Tapi boleh tak saya nak mintak something..saya harap awak tunaikan. Awak kan cakap nak buat apa sahaja yang saya nak..,” Norman berkata lembut. Alahai..dia dah mula la tu nak mengungkit janji aku tempoh hari. Hish, kenapa la aku boleh membuat janji seperti itu..aku benar-benar rasa menyesal sekarang.

“ Permintaan apa?” Soalku malas.

“ Boleh tak lepas ni awak pakai pakaian perempuan?” Aku terlopong mendengar permintaannya yang satu ni. Pakai pakaian perempuan? Aku terdiam seketika. Mindaku mencongak sesuatu. Aku membayangkan aku pakai baju perempuan. Oh no..tak mungkin. Mesti kelakar.

“ Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?”

“ Saya wajibkan awak pakai pakaian perempuan mulai sekarang!” Aku terkedu apabila Norman tiba-tiba mempamerkan ketegasannya. Tengok, dah berubah sikap lagi dah. Pelik memang pelik lah suamiku ini.

“ Norman..dulu kau ok je aku pakai macam ni? Ok what aku pakai macam ni? Aku dah ambil alih tugas kau tu kira dah cukup bagus dah..,kenapa dengan kau sebenarnya ni? ” aku cuba mempertahankan diriku. Aku tidak sanggup meninggalkan baju Jessie dan kasut sport kesukaanku. Aku juga tidak mahu baju kemeja yang aku beli mahal-malah terbiar macam tu je.

“ Awak nak tahu sebabnya?” Norman berkata lembut tapi tetap tegas di telingaku.

“ Hurmmm..,” malas aku nak bercakap.

“ Sebab awak isteri saya and..saya suami awak. Seorang isteri perlu menurut perintah suaminya. Kalau tak dikira derhaka..,” kata Norman. Mulutku sedikit ternganga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Norman. Aku sedang bermimpikah?

“ Tapi..,”

“ You must!” Mulutku semakin luas ternganga apabila dia menyergahku begitu. Norman kemudian melangkah pergi meninggalkanku yang tercengang di situ. Aku terduduk kebingungan. Perlukah aku menurut perintahnya? Tapi aku dah janji dengannya. Arghh semaknya otak aku nak fikir!

-------------------------------------------------------------------------------------

Wajahku sudah masam mencuka. Dari tadi lagi, setiap pakaian yang aku pilih pasti Norman tidak menyukainya. Si Norman ni cerewet bangat sih. Dia nak aku pilih sendiri baju kat kedai pakaian perempuan ni lepas tu dia tak berkenan pulak . Aku akhirnya sudah malas lagi memilih kalau semua yang aku pilih semuanya tak kena! Naik malu aku dengan jurujual di sini . Mana taknya, masuk kali ni dah dekat 20 kali aku mencuba baju yang aku berkenan. Ni dah lebih. Mentang-mentanglah aku bersutuju untuk menunaikan janjiku padanya, dia buli aku macam ni pulak.

“ Kenapa dengan kau ni Norman? Kau suruh aku pilih baju lepas tu kau tak suka pulak . Kalau macam tu, baik kita balik jelah!” Bentakku keras . Hatiku sudah cukup panas kini. Norman tersenyum kelat.

“ Sorry la awak..saya bukan tak suka..tapi..pakaian yang awak pilih tak sesuai la untuk awak sebagai perempuan muslim. Semua yang awak pilih yang jenis baju tak ada lengan , lepas tu bertampal sana-sini. Hish, tak elok lah..tak ubah macam mat saleh,” jawab Norman bersungguh-sungguh.

“ Norman..kau ni kan tak ikut trend semasa la..Kan sekarang memang pakai macam ni. Kau jugak nak aku pilih pakaian perempuan, so..ni lah dia!” Bidasku. Pada pandanganku, pakaian seperti itu tak ada cacat celanya. Bukan seksi pun, baju tak ada lengan je.

“ Tapi pakaian tu tak cantiklah untuk awak..,” Norman masih mempertahankan pendiriannya. Hish, naik rimas pulak aku. Dilayan kan salah, tak dilayankan salah pulak. Nanti aku dikatakan menderhaka pada suami pulak .

“ Hurmm..kalau macam tu, kau pilihlah. Aku dah penat!” Aku mendengus geram. Malas mahu melayan kerenahnya yang semakin hari semakin melemaskan aku.

“ Ok..kalau saya, saya nak awak pakai pakaian kat sana tuuu,” Norman memuncungkan mulutnya ke suatu arah. Aku menyoroti pandangannya. Mataku buntang melihat pakaian itu.

“ Kebaya!!” Aku terjerit kecil. Hah! Tak mungkin. Aku paling alergik dengan baju kebaya nih. Aku sudah merasai betapa tak selesanya aku pakai pakaian tu semasa majlis perkahwinanku dulu.

“ Kenapa awak terkejut?” Norman pelik melihat aku yang sedang terlopong.

“ Norman, aku boleh terima kalau kau suruh aku pakai pakaian lain, tapi bukan kebaya! Tak mau!” Aku membantah keras . Tak sanggup aku nak ‘mendera’ diri memakai pakaian itu.

“ Ala..awak pakailah..saya suka tengok awak pakai kebaya masa kita baru kahwin dulu. Cantik..tolonglah awak..pakai untuk saya..,” alahai Norman dah mula mengungkap skrip mendayu-dayu la pulak. Ni yang aku lemah ni. Nak tak nak aku terpaksa akur dengan permintaannya walaupun pahit untuk aku telan. Aku teragak-agak mencapai baju kebaya yang dihulurkan lalu ke bilik persalinan yang ada di situ. Aku harap Norman akan cakap aku tidak sesuai pakai kebaya ni. Jadi, selamatlah aku.

Aku melangkah perlahan-lahan keluar dari bilik persalinan. Tengok, belum apa-apa lagi dah naik rimas aku. Terasa sendat di sana-sini. Nak bernafas pun susah. Ni Norman punya pasal la. Menyampahnya aku..Aku mencari kelibat Norman . Kelihatan Norman sedang berborak dengan jurujual tadi . Seketika kemudian matanya berkalih kepadaku. Perbualannya terhenti dengan serta-merta. Matanya tidak berkelip memandangku. Mulutnya sedikit ternganga . Tubuhnya kaku seperti patung. Apa tak kena dengan aku pulak nih? Aku melihat kebaya yang tersarung di tubuhku berkali-kali. Nak kata terkoyak atau kotor, tak ada pulak tapi lagak Norman macam tak pernah tengok aku je. Gerun pulak aku tengok dia merenung begitu. Dia mula melangkah menghampiriku namun reaksinya masih begitu. Tiba-tiba..

“ Toiingg!!” Kepala Norman terhantuk pada tiang tengah kedai itu .Dia meraba-raba kepalanya sambil mengerang kesakitan.Aku pula, tidak dapat menahan diri dari tergelak besar . Hai, apa la yang tak kena dengan Norman ni. Ada-ada jela.

“ Awak ok ke?” Soalku dengan sisa gelak masih kedengaran. Dia juga turut tergelak . Wajahnya merah padam menahan malu. Keadaan itu semakin menggeletek hatiku.

“ Saya ok la..Cuma hati saya je yang tak ok..,” gelakku mati tiba-tiba.

“ Kenapa pulak?” Soalku hairan.

“ Yela..jantung saya berdegup kencang bila tengok awak pakai kebaya ni. Cantik sangat. You are so beautiful honey..,” aku terpana mendengar kata-katanya yang cukup romantis di telingaku. Aku menelan air liur. Nafasku mula tidak stabil apatah lagi apabila melihat dia merenung dalam anak mataku . Dunia seperti berhenti berputar seketika .

“ Err..maaf encik, puan kami dah nak tutup kedai ni..puan nak ke baju kebaya ni?” Aku kembali ke alam nyata apabila jurujual tadi menegur. Ya Allah, dah nak tutup kedai. Rupa-rupanya dah 3 jam aku berada di kedai ini bersama Norman.

“ Nak..tolong kira ek,” pantas Norman menjawab . Dia menghulurkan kad kredit kepada jurujual tersebut.

“ Kebaya ni encik nak saya bungkuskan ke?” Soal jurujual muda itu lembut.

“ Tak payah, biar isteri saya pakai terus..,” jawab Norman selamba. Jurujual itu akur.

“ What? Kau nak aku pakai baju macam ni pi jalan-jalan. No no..I won’t!” Aku membentak keras. Tak nak lah aku, aku tak nak jadi someone yang bukan diri aku!

“ No no..you must!” wajah Norman berubah serius. Suaranya dah mula tegas. Ini aku tak suka ni.

“ No!” Aku membidas lagi.

“ Yes!” (Norman)

“ No!” (Aku)

“ Yes!”(Norman)

“ No!” (Aku)

“ No!” (Norman)

“ Yes!” (Aku)

“ Good..so let’s go..,” Norman tersenyum puas. Alamak, macam mana boleh terkena ni. Erm..nampaknya terpaksalah aku mengorbankan diri sekali lagi. Muncungku mula memanjang. Geram sungguh aku! Tak sangka Norman ni boleh tahan jugak tegasnya . Setakat ini aku tidak pernah menang kalau bertekak dengannya .Kalau dulu, dia selalu mengalah dan meminta maaf denganku tapi kini dia sudah berani membidas kata-kataku. Ternyata dia benar-benar berubah. Satu perubahan yang menyiksakan hidup aku. Huh!

-------------------------------------------------------------------------------------

“ Awak marah saya lagi ke?” lagak Norman seperti orang bersalah. Aku langsung tidak memandang wajahnya .

“ Tak la..saya suka..suka sangat..,” sindirku. Satu senyuman sumbing aku hadiahkan padanya. Keriuhan waktu malam di taman di hadapan KLCC semakin menyerabutkan otakku yang sudah sedia serabut. Serabut dengan Norman la ni..

“ Ala..awak..jangan macam ni..I’m so sorry okay. Saya cuma nak awak serlahkan kecantikan awak. Selama ni kecantikan awak tak nampak sebab awak selalu pakai pakaian macam laki. Saya lagi suka penampilan awak macam ni..Percayalah..,” pujuk Norman. Entah mengapa hatiku senang sekali mendengar pujukan itu. Aku dapat merasai betapa ikhlasnya dia menutur kata-kata itu .Tanpa aku sedari, satu senyuman terukir di bibirku.

“ Ha..macam tu la isteri saya..,” Norman tersenyum lebar .

“ Aku isteri kau ke?” Aku cuba menyakat.

“ Kenapa awak cakap macam tu?” Norman terkejut mendengar soalanku yang tidak masuk akal.

“ Yela..kan kita ni sekadar suami isteri atas kertas je. Tak kan kau dah lupa?” Aku terasa ingin tergelak apabila melihat wajah Norman berubah resah.

“ Tapi, itu dulu. Kan awak dah janji..,”

“ Sikit-sikit janji, janji..janji! Aku dah bosan la. Lupakan je la janji bodoh tu!” Aku buat-buat memarahinya .Norman terpempan mendengarnya. Entah lah, aku pun tak tahu kenapa mesti aku nak kenakan dia dengan cara ini. Mungkin ini satu cara nak mempermainkannya. Hehe..

“ Awak…awak tak patut cakap macam ni. Saya cintakan awak..saya kahwin dengan awak bukan sebab mak saya yang suruh tapi sebab saya yang nak kan awak..please Burd..jangan buat saya macam ni..,” mata Norman berkaca seolah memohon simpati.

“ Kalau saya nak buat jugak awak nak buat apa?” Soalku lambat-lambat. Rasa kesianla pulak nak mempermainkannya dengan cara begini.

“ Saya..,”

“ Aaaaa!!! Tolong..tolong!!” Perbualan kami terhenti dengan tiba-tiba apabila mendengar jeritan seorang wanita separuh abad yang kebetulan lalu di situ. Beberapa orang lelaki sedang memegang erat lengan perempuan itu. Salah seorang daripada mereka sedang menghunus pisau kepadanya . Orang ramai yang terdapat di situ bertempiaran menyelamatkan diri.

“ Hei ,perempuan gemuk! Mana kau nak lari hah?! Aku nak kau bayar hutang kau sekarang!” Tengking lelaki berparut wajahnya . Sah sah ini kuncu-kuncu along.

“ Tolonglah encik..saya janji akan bayar hutang kamu esok. Sekarang ni saya tak bawak duit..,” rayu wanita itu.

“ Arghh..kau jangan nak bagi alasan bodoh la! Kau ingat dengan cakap macam ni kau boleh lari!!” Lelaki itu menarik kasar rambut wanita itu. Wanita itu mengerang kesakitan. Aku mula naik angin. Kurang ajar punya samseng. Dengan orang yang lagi tua pun diorang biadap gila.

“ Jangan Burd..jangan masuk campur, saya tak nak benda dulu terjadi lagi..,” Norman memegang lenganku pantas. Namun , jiwaku memberontak untuk pergi membelasah kumpulan lelaki itu. Diorang ni mesti diajar supaya jangan jadi kurang ajar!

“ Tapi Man..kau tak tengok ke mak cik tu macam nak kena bunuh je..tak kan kau nak biarkan macam tu je..,” aku berang. Aku cuba meronta minta Norman melepaskan aku dan membiarkan aku melunaskan hasratku.

“ Betul tu..tapi bukan ni caranya..,” kata Norman lembut. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail beberapa nombor.

“ Hello polis, di depan KLCC ada samseng yang sedang memeras ugut mangsanya..,” Norman memandangku sekilas dan meneruskan percakapannya. Aku tergaman. Rontaanku beransur lemah.

“ Settle..,” Norman tersenyum puas. Benar, pergaduhan bukan jalan penyelesaian . Hanya pihak berkuasa berhak menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, bukan aku. Baru kini aku sedar. Tidak lama selepas itu, anggota polis datang menyerbu dan mereka lari lintang pukang .Wanita itu selamat.

“ Mak cik tak apa-apa?” Aku terus mendapatkan wanita itu apabila suasana tegang kembali reda.

“ Mak cik tak apa-apa nak..terima kasih banyak-banyak sebab tolong mak cik..,” suara wanita itu bergetar. Ternyata dia masih takut dengan apa yang berlaku. Aku menggosok perlahan bahunya bagi menenangkannya. Aku memandang Norman di sisiku. Dia hanya tersenyum melihatku .Aku turut membalas senyumannya. Norman telah berjaya menyedarkan aku tentang sesuatu….

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku mencari kelibat Norman. Mana pulak menghilangnya si Norman ni. Tadi ketika aku bangun nak mandi , Norman masih tidur tapi bila aku siap mandi je, Norman tiba-tiba tak ada. Aku menggaru kepala yang tidak gatal . Selalunya Norman akan bangun kalau aku kejutkan dia. Tapi hari ni, dia boleh bangun sendiri pulak. Habis sekeliling rumah aku cari namun kelibatnya masih tidak kelihatan. Seketika kemudian , aku mendengar bunyi tumbukan di luar rumah. Aku terus berlari ke halaman rumah. Hah, itupun Norman. Kelihatan dia sedang menumbuk-numbuk ‘boxing bag’ yang tergantung di suatu sudut di situ. Aku hairan, sejak bila Norman pandai main boxing ni.

“ Norman, kau tengah buat apa tu?” Sapaanku yang tiba-tiba membantutkan tumbukannya. Peluh memercik di seluruh tubuhnya. Aku terpaku melihat wajahnya tanpa cermin mata dan tubuh sasanya yang hanya bersinglet. Jarang aku dapat melihat dia dalam keadaan begini. Nampak macho sangat.

“ Belajar boxing..,” jawabnya ringkas.

“ Hai..sejak bila kau reti belajar boxing ni? Bukan kau tak pandai nak berlawan ke?” Aku tergelak kecil mendengar jawapannya. Bukan niat aku untuk merendah-rendahkannya tapi aku tidak percaya yang budak nerd belajar boxing.

“ Memang saya tak pandai..yang tak pandai tu saya nak buat saya jadi pandai..”

“ Tapi, untuk apa? Kau nak lawan dengan siapa?” Aku semakin hairan melihat perubahan sikapnya yang ketara. Semakin hari , sikapnya semakin berubah menjadi lebih matang dan lebih kepada kelakian. Pelik tapi benar.

“ Saya tak ada nak lawan dengan siapa-siapa pun. Saya cuma nak belajar ilmu mempertahankan diri untuk melindungi saya, awak dan keluarga kita..,” aku terharu mendengar penjelasannya. Nampaknya dia begitu bersungguh-sungguh untuk berubah dan menjadi pelindungku.

“ Hah, kalau macam tu, tak payah susah-susah nak belajar boxing..kau belajar je dengan aku..aku boleh ajar kau taekwando..,” kataku penuh semangat.

“ Bagus jugak tu! Baik saya setuju!” jawab Norman tanpa berfikir panjang. Aku tergelak melihat semangatnya yang berkobar-kobar. Sebijik macam budak yang baru nak masuk sekolah. Suka sangat la tu..

-------------------------------------------------------------------------------------

“ Ok..kau cuba buat apa yang aku ajar tadi. Aku try tumbuk kau tapi kau cuba tepis macam aku cakap tadi ok..,kali ni aku nak kau buat betul-betul..” aku memberikan arahan. Seharian suntuk aku mengajar Norman asas-asas taekwando. Susah jugak nak ajar orang yang tak tahu apa-apa ni. Kena ajar satu-satu. Tapi nasib baiklah Norman tu suami aku, kalau tak..tak ada maknanya aku nak ajar.

“ Baik, kita mulakan..,” giliran Norman memberi arahan. Aku terus melayangkan tumbukan padu pada wajahnya .

“ Ouch!! Sakitnya!! ” Norman menjerit .Lah..kena lagi. Hish, pertahanan Norman masih tidak cukup kuat. Masuk kali ni dah dekat 5 kali aku menumbuk mukanya sampai lebam-lebam dah ha..

“ Sorry..,” aku pula tidak habis-habis minta maaf. Nak buat macam mana, aku tak pandai nak melepaskan tumbukan dengan perlahan .

“ It’s okay..kita buat sekali lagi boleh?” Norman masih belum berpuas hati . Aku pula mengeluh berat.

“ Dah la tu Norman..kau kena berlatih lagi. Sehari mana cukup nak belajar ni semua..dah la..jangan degil .We stop it now!” Aku memberikan arahan sekali lagi. Kali ini lebih tegas.

“ Tapi, saya belum berjaya tepis tumbukan awak tu..,” Norman tetap tidak puas hati. Aku menggelengkan kepala beberapa kali.

“ Esok-esoklah pulak kita sambung..aku penat la. Muka kau tupun dah teruk dah aku tengok. Meh aku sapukan ubat..,” kesian pulak aku tengok muka Norman yang dah tak macam rupa orang. Aku benar-benar rasa bersalah kini. Tak ada niat langsung nak mencederakannya tapi nak buat macam mana Norman la degil sangat.

“ Ya Allah..Yah! Apa kau dah buat kat Norman ni?!” Aku tersentak apabila ibuku tiba-tiba datang menjengah. Hish, mak aku ni..macam halimunan la. Selalu muncul dengan tiba-tiba. Salam pun tak kasik.

“ Yah mana ada buat apa-apa..Yah cuma ajar dia je..,” aku menjawab .

“ Ajar apa sampai lebam-lebam macam ni hah? Kau nak bunuh suami kau ke? Kau ni kan tak serik-serik! Tak cukup lagi ke kau kena belasah teruk dulu?! ” Marah ibuku. Aku hanya mampu tersenyum kelat.

“ Mak..Burd tak buat apa-apapun..Norman yang nak belajar dengan Burd. Dia tak sengaja tumbuk muka Man..,” Norman cuba membelaku. Aku mengangguk laju.

“ Ya Allah budak ni..belajar apa la sampai bertumbuk laki bini ni..,” ibuku memegang kedua-dua belah kepalanya seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“ Belajar taekwando mak..,” jawab kami serentak .Ibuku tercengang.

“ Hai..apa nak jadila dengan anak menantu aku ni..orang suruh bermanja dia bertumbuk..orang suruh timang anak..dia pi timang bantal pulak..hai Yah..Yah..apa nak jadila dengan kau ni..,” ibuku ternyata begitu kecewa denganku. Tapi aku geli hati pula mendengar perkataan yang keluar dari mulut ibuku. Bijak betul.Hehe..Aku dan Norman hanya tersenyum sesama sendiri. Ibuku pula sudah terduduk di situ mengenangkan anak menantunya yang tak berapa betul.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku menghempaskan diri ke katil. Penat sungguh hari ni. Semakin hari semakin banyak pulak problem di tapak projek sampai tak menang tangan aku di buatnya . Tapi, nasib baiklah gaji lumayan, tak ada la aku penat dengan sia-sia . Bestnya tidur saat ini. Aku pejam mata rapat-rapat bagi menghilangkan rasa penat yang teramat .

“ Arghh!!” Aku terkejut beruk apabila kedengaran suamiku menjerit di bilik sebelah. Apa tak kena pulak dengan Norman ni. Aku terus terbangun dan meluru ke biliknya.

“ Norman?! Kenapa dengan kau ni?” Aku menggaru kepala yang tidak gatal apabila melihat Norman yang sedang duduk bertinggung di atas meja tulisnya.

“ Tuuu…takuttt..,” lagak Norman macam budak kecil .Mukanya ketakutan. Dia menghalakan jari telunjuknya ke suatu arah.

“ Hah? Tikus?! Sebab tu je ke kau takut?” Norman mengangguk perlahan. Aku tergelak besar. Norman ni buat malu kaum je. Harapkan badan je sasa tapi semangat ciput. Dengan tikus pun nak takut??

“ Lahh kau ni jangan buat lawak lah..tikus tu bukan boleh makan kau pun..,” ketawaku masih bersisa.

“ Awak..tolonglah saya halau tikus tu..saya takut sangat..tolonglah..,” mata Norman sudah berkaca seperti mahu menangis. Ketawaku mati dengan serta-merta. Nampaknya Norman benar-benar serius dengan ketakutannya. Kerana malas nak layan kerenahnya, aku terus mencapai anak tikus itu.

“ Hurmm comel jugak tikus ni, kenapa kau takut sangat?” Aku menunjukkan tikus itu pada Norman.

“ Arghhh!! Burd jangan buat saya macam ni..buang dia cepat!!” Norman terjerit-jerit. Hish, ni tahap kritikal fobia dia nih. Ketawaku meledak lagi. Aku semakin galak mengenakannya dengan anak tikus itu. Dia melompat atas katil lalu selmut ditebarkan menutupi tubuhnya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatahnya. Lebih pada perempuan! Penakut!

“ Norman..heh bangunlah, aku dah buang dah tikus tu..,” aku menggoncangkan tubuh Norman namun dia langsung tidak bergerak. Aku goncang dan goncang tapi masih begitu. Akhirnya aku buka selimut pada mukanya dengan kasar. Tidak semena-mena Norman tiba-tiba menarikku ke dalam pelukannya. Aku digulingkan sehingga terbaring di atas katil itu. Dia menghempap aku. Aku cuba meronta tapi pegangannya sungguh kejap.

“ Norman, kau ni apa hal? Lepaskan aku lah!” Marahku. Norman tersenyum penuh makna.

“ Sayang..I love you..,” aku terpempan apabila Norman mencium pipiku. Apa tak kena dengan Norman ni. Tiba-tiba aje berubah sikap.

“ Heh, lepaskan akulah..kau dah gila ke?! Kau..,” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku bibir Norman sudah menyentuh bibirku sehingga membuatkan aku tidak bisa berkata-kata. Aku cuba melawan tapi tidak tahu kenapa kudratku begitu lemah malam ini. Aku cuma mampu membiarkan Norman mencium setiap inci leher dan wajahku. Akhirnya aku terkulai layu dalam dakapannya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku cepat-cepat memakai baju kemeja dan seluar slack. Tali leher aku pakai kasar. Hari ini aku pakai balik pakaianku yang sudah lama aku tinggalkan kerana terlalu geram. Hatiku benar-benar panas kini. Jiwaku terbakar dengan api kemarahan. Kepalaku terasa berasap. Tak guna punya Norman! Sampai hati dia merogol aku semalam. Ini satu paksaan bukan dengan rela hati. Aku mendengus kasar. Pintu bilik aku hempas kuat.

“ Burd, maafkan saya..saya tak sengaja semalam..,” Norman sudah berkali-kali meminta maaf namun langsung tidak menyejukkan hatiku. Huh, benci-benci! Tak sanggup rasanya nak fikirkan apa yang berlaku semalam.

“ Aku tak mahu dengar apa-apa lagi! Aku benci kau! Aku benci kau” Aku membentak keras. Aku tolak kasar tubuhnya yang menghalang laluanku. Wajahnya semakin resah.

“ Burd..jangan la macam ni..saya buat macam ni sebab saya teringin sangat nak anak..”

“ Ohh nak anak ye..jadi kau ngaku la kau sengaja buat macam tu kat aku! Aku tak rela tahu tak? Tak rela!”

“ Tolonglah Burd, jangan buat saya macam ni..saya betul-betul mintak maaf..saya janji saya tak buat lagi..,” Norman masih belum puas merayu.

“ I don’t trust you anymore!”

“ Saya buat macam ni pun sebab mak saya nak sangat nak timang cucu..maafkan saya Burd..”

“ Kalau kau nak sangat timang anak, kau pergi jela bela anak angkat. Bukan rogol aku!” Marahku kian memuncak. Apa lagi apabila mendengar alasan yang tidak munasabah dari Norman.

“ Please Burd..jangan macam ni..” Norman kelihatan seperti mahu menangis. Arghh aku tak peduli semua tu!

“ Sudahlah! Mulai hari ni aku tak nak tinggal dengan kau! Our relationship is over!! ” Aku menengkingnya kuat. Aku mencapai beg kerjaku dan terus menghayun langkah kasar untuk menuju ke kereta. Norman cuba mengejarku.

“ Awak nak pergi mana tu Burd? Burd, dengar dulu penjelasan saya..tolonglah Burd..please.. I beg on you..,” rayuan Norman langsung tidak berbekas di hati. Aku memandang geram padanya dengan wajah yang menyinga. Aku terus menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak untuk blah dari situ.

Aku memandang cermin pandang belakang. Norman mengekoriku dengan keretanya. Aku mendengus geram. Aku terus menekan pedal minyak sekuat hati. Meter kelajuan semakin bertambah tapi Norman turut memecut mengejarku. Aku semakin angin. Buat apa dia ikut aku ?! Aku terus memecut. Tiba-tiba aku dengar bunyi tayar berdecit dengan kuat dan dentuman kuat di belakang ku. Aku memandang cermin pandang belakang.. Ya Allah!! Norman! Kereta Norman terbabas ke simpang jalan .Keretanya hampir melanggar pokok. Aku ternganga. Tanpa membuang masa aku terus membuat pusingan U dan terus menghampiri kereta Norman.

“ Norman, bangun Norman!” Aku menepuk-nepuk kedua-dua belah pipi Norman yang tidak sedarkan diri. Kepalanya sedikit terluka. Aku membuka tali pinggang keledarnya. Air mataku mula merembes dengan laju. Ini semua salah aku! Kalau aku tak berdegil, Norman tak kan jadi macam ni. Ya Allah..apa aku dah buat ni?

“ Norman..maafkan aku..tolonglah bangun..,” bahuku terhinjut-hinjut menahan tangis apabila melihat Norman masih begitu. Tanpa berlengah masa aku terus mendail 999 .Seketika kemudian matanya bergerak-gerak .

“ Burd..,” akhirnya Norman bersuara. Aku menarik nafas lega .Syukur Ya Allah Norman dah sedar.

“ Norman..ni aku Norman..Burd ni..”

“ Burd..maafkan saya..saya tak sengaja..maafkan saya ye..,” saat ini Norman masih mahu meminta maaf. Aku terharu.

“ Aku dah maafkan kau..aku yang sepatutnya mintak maaf sebab buat kau macam tu..kalau bukan kerana aku, kau tak kan accident..maafkan aku ye..,” aku mengusap lembut pipi Norman. Norman tersenyum bahagia. Nasib baik dia tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“ Thanx Burd.. I love you burd..,sooo much!” bisikan romantisnya kali ini berjaya membuatkan jiwa wanitaku berkocak hebat. Aku memeluk tubuhnya erat seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Aku janji yang aku tidak akan menyakiti hatinya lagi..I love you too Norman..aku perlahan-lahan merapatkan bibirku ke bibirnya dan kami akhirnya tenggelam dalam dunia asmara..Tapi tidak lama kerana sebentar kemudian siren ambulans kedengaran . Kami tergelak kecil. Kacau daun betul lah!


------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini hari pertama aku berhenti kerja . Ini pun atas permintaan Norman tapi kali ni bukan atas dasar paksaan. Kali ini aku dengan rela hati mahu menjadi suri rumah sepenuh masa. Semakin hari hubungan aku dengan Norman semakin baik dan hatiku semakin tertarik padanya lebih-lebih lagi selepas accident tempoh hari. Norman telah mengubahku sedikit demi sedikit. Daripada berpakaian macam lelaki kepada perempuan, dari pakai kasut sport kepada heel, dari tak pandai basuh baju dan kemas rumah kepada pandai. Aku pun tak sangka aku akan jadi seayu ni. Aiseh, puji diri sendiri kejap.

Apa aku melalut nih. Sebenarnya aku tengah memasak . Semua resepi aku ambil dari buku resepi yang Norman belikan. Ingatkan susah masak ni, rupanya main campak-campak je. Alah…kacang je. Semua hidangan sudah siap di sediakan di atas meja. Aku sudah telefon Norman agar dia pulang waktu tengah hari untuk makan bersama-sama. Sebentar kemudian kedengaran deruman kereta di halaman rumah. Pasti Norman dah balik .Aku turus meluru ke luar.

“ Assalamualaikum sayang…,” ceria sahaja wajah Norman hari ini.

“ Waalaikumussalam, awalnya kau balik..,” aku menyalaminya.

“ Bukan ‘kau’.. ‘abang’ lah..kan sayang dah janji nak panggil camtu semalam..,” Norman mencuit hidungku . Aku tersengeh. A’ah lupa pulak.

“ Baiklah a..a..ab.bbang..,” hish, apasal susah sangat nak sebut perkataan ni. Lidahku keras sangat la. Norman tergelak besar.

“ Ha!! Macam tu la isteri abang..baru bunyi manja sikit..,” Norman mengangkat kening beberapa kali. Aku malu sendiri.

“ Dah la tu, jom makan. Yah dah masak special untuk a..abang tau. Mesti abang suka..,” aku tersenyum-senyum. Norman memelukku tiba-tiba. Aku terpana.

“ Thanx very much honey..”

“ For what?” Aku hairan.

“ Thanx sebab berhenti kerja untuk abang..thanx sebab sanggup jadi suri rumah untuk abang..and thanx for being my sweetheart..I love you sayang..,” romantis sungguh kata-katanya. Leherku dikucup lembut. Tubuh badanku terasa lemah mendengar ayat-ayat cinta itu. Akhirnya aku turut membalas pelukannya. Hatiku sungguh bahagia kini.


“ Abang rasalah kari ayam yang Yah buat ni..,” aku meletakkan seketul peha ayam dalam pinggang Norman. Norman tidak lekang merenungku dengan senyuman manis tergantung di bibirnya.

“ Sedap tak?” Soalku ingin tahu. Kelihatan wajah Norman kelat setelah merasanya. Dia tersenyum kelat tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.

“ Kenapa? Tak sedap ke bang?”

“ Sedaaapppp sayang…tak pernah rasa kari ayam sesedap ni..ermmm” aku tersenyum puas mendengar pujian Norman. Nasib baik sedap. Baru pertama kali aku masak, dah berjaya buat kari yang sedap. Aku sedikit berbangga dengan diriku.

“ Abang rasa la sayur ni pulak..,” kali ini aku menghulurkan sayur air padanya. Dia merasa sedikit. Kemudian dia terbatuk kuat.

“ Abang ok ke? Kenapa? Tak sedap sangat ke?” Aku kaget. Aku menghulurkan segelas air kosong padanya. Dia pantas minum sehingga habis.

“ Eh tak la..sedap sangat la..abang cuma terkejut. Yela tak pernah merasa sayur air sesedap ni..,” Norman memujiku bersungguh-sungguh membuatkan hatiku makin kembang.

“ Kalau macam tu, Yah tambahkan lagi lauk ni ye..”

“ Err..eh tak pe sayang..abang boleh ambil sendiri..” Aku akur.

“ Sayang tak nak makan ke? Mehla makan sekali..susah-susah sayang masak..tak kan nak bagi abang makan je..,” pelawa Norman. Senyumanku semakin melebar, kembang rasa hidung kerana Norman tak habis-habis memujiku. Aku merasa kari ayam pertama yang aku buat. Mataku bulat dengan serta-merta.

“ Kenapa sayang?” Soal Norman tiba-tiba.

“ Uweekkkkk… masinnyaa!!!!” Aku menjerit kuat. Norman ketawa terbahak-bahak. Oooo jadi Norman hanya menipu aku! Aku cuba pula sayur air.

“ Eeiiiyerr..pahitnyaaaa!!!” Aku terus berlari ke sinki dan memuntahkan segala isi perut ku di situ. Mataku berair menahan rasa loya.

“ Sorry sayang..,” Norman menepuk bahuku. Aku menunduk kepala kecewa. Nampaknya mission aku kali ini fail! Malunya…

-------------------------------------------------------------------------------------

“ Mak..,” aku menyapa ibuku yang sedang sibuk mengupas bawang di dapur.

“ Hah, ada apa?” Ibuku memandangku sekilas.

“ Kat sini ada jual buah mempelam tak?”

“ Ada je..Siapa yang nak makan? Setahu mak, kau tak suka mempelam..” Ibuku mengerutkan dahi. Pelik dengan permintaanku.

“ Yah la nak makan mak..dari semalam terliur nak makan. Tak tahulah kenapa..”

“ Hurmm..kau mengidam agaknya..,” Ibuku tersenyum penuh makna.

“ Apa kaitan dengan mengidam pulak and..kenapa mak senyum-senyum ni?”

“ Mak rasakan kau ni dah mengandung..,” mataku buntang mendengar ulah ibuku.

“ Hish mak ni..mengarutlah! Mana ada Yah mengandung!” Aku tidak dapat menerima kenyataan kalau aku mengandung. Aku belum bersedia jadi ibu lah!

“ Yah..mak ni dah banyak pengalaman..mak tahulah..,” jawab ibuku bersungguh-sungguh.

“ Alah, anak mak ,Yah sorang je. Macam la mak banyak kali mengandung..”

“ E’eh budak ni ke situ pulak dia..Mak mengandung sekali kat kau pun macam-macam mak belajar tau..,” ibuku sedikit berbangga dengan ‘bakat’nya.

“ Tak kira..Yah tak caya jugak. Eh mak, Norman mana?” Soalku pada ibuku. Sengaja mahu mengubah topk .Hujung minggu ini aku menghabiskan masa di rumah ibuku .

“ Entahlah, dari tadi tak nampak batang hidung..mak ingatkan dia dengan kau..,” Ibuku hairan. Aik? Mana perginya Norman. Awal-awal pagi dah menghilang. Aku pun hairan jugak.

“Ish, biasanya dia tak macam ni mak..kalau nak pergi mana-mana mesti dia cakap kat Yah dulu..tak pun tulis mesej..,” aku mengintai di sebalik tingkap kalau-kalau ternampak kelibat Norman.

“ Norman ada kat sini la mak..,” Norman tiba-tiba datang menyampuk. Mukanya kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya,

“ Abang? Kenapa dengan abang ni? Sakit ke?” Aku mula kerisauan. Aku membelek wajahnya beberapa kali. Sah sah dia sakit ni.

“ Tak lah..demam biasa je..,” jawab Norman lemah. Sebentar kemudian dia berlari ke sinki.

“ Uwekk..uwekkk!” Norman memuntahkan isi perutnya. Aku terus mendapatkannya dan menepuk-nepuk belakangnya.

“ Hah, ok apa macam ni? Abang tak ok ni..mehla kita pi klinik..,” aku betul-betul risau melihat keadaannya. Norman mengangguk lesu.

“ Mak, Yah pergi klinik dulu ye..,” aku memandang ibuku.

“ Hah, nanti jangan lupa check kau tu mengandung ke tak..,” senyuman ibuku semakin melebar. Apa la tak kena dengan ibuku ni. Norman sakit, lepas tu suruh aku check diri sendiri pulak dah.

“ Apa kaitannya mak?”

“ Alahhh..check jela..,” aku menggaru kepala yang tidak gatal .Apa-apa jelah ibuku ini.

-------------------------------------------------------------------------------------

“ Bagaimana denga suami saya doktor?” Soalku sebaik sahaja doktor cina itu habis memeriksa Norman. Norman kelihatan benar-benar tidak bermaya.

“ Saya tak dapat kesan sebarang sebab untuk sakit dia ni. Tapi saya rasa ini ada kaitan dengan puan..,” aku sedikit tersentak mendengar penerangan doktor itu.

“ Apa maksud doktor?” Doktor itu hanya tersenyum.

“ Puan disahkan mengandung..kadang-kadang tanda mengandung suami yang dapat…tapi benda ni jarang berlaku,” terang doktor itu dengan panjang lebar. Aku menekup mulut kerana terlalu terkejut. Mengandung?!! Biar betul!

“ Yes!! Akhirnya abang boleh jadi ayah!” Norman pulih dengan serta-merta mendengar berita itu. Aku pula masam mencuka.

“ Tahniah encik..puan..selamat menjadi ibu dan ayah..,” doktor itu turut tergelak kecil melihat reaksi Norman.

“ Semua ni sebab abang la ni! Yah tak nak anak lagi!” Aku menghentak kakiku beberapa kali di luar klinik tadi.

“ Ala sayang..jangan macam tu..anak tu kan anugerah Tuhan..,” Norman masih tidak lekang dari tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

“ Ahah ye la tu..eiii Yah tak mau!” Aku menjerit lagi.

“ Sayang tak mau pun , anak tu dah ada dalam perut sayang..saya tak boleh buat apa-apa dah..,” Norman menggelakkanku. Mukaku semakin masam. Eii menyampahnya…Seketika kemudian dia berlari ke longkang yang terdapat di situ.

“ Kenapa?” Aku terpinga-pinga.

“ Uwekkk…uwekkk!!” Norman muntah lagi. Aku tergelak sakan.

“ Ha..padan muka. Kan abang nak Yah mengandung sangat. Rasakan..hahaha..,” aku tergelak jahat. Aku menunjukkan isyarat ‘peace’ padanya .Norman memandangku geram.

29 comments:

  1. seronok baca citer ni...smpi sggup baca smpi abis sblm smbg buat keje..hihi..keep up the good work.. ;)

    ReplyDelete
  2. hahah awak...congrat!!
    Lawak giler cerita ni..
    saya nak gelak sakan je ni..
    nasib baik ada mama saya..
    klu saya soarng konfirm saya gelak sakan smbil terguling2 hahahah

    ReplyDelete
  3. hahaha..smbung la lg cita ni klu blh..hehehe..best sgt sy ska..

    ReplyDelete
  4. mmg best giler citer nie....
    x than nak gelak dh tau x, sbb bca cerpen nie...
    mmg best la citer nie....
    smbung lgi tau citer nie

    ReplyDelete
  5. adehhh tak tahan nak gelak
    lawak giler beb
    yeah sokong2! sambung la lagi
    citer ni memang mantoppp r..

    ReplyDelete
  6. seronokknya,,,kan bahagia jer...sukanyaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. salam..baru jumpa blog ni..best ar cite ni..selamat berkarya n menghasilkan cite yg menarik lg..saya add link kat blog saya ye..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum semua..

    Daz Dianza,
    thanx sudi bce..

    Teeha,
    hehe thanx, you pun keje lelok ye..

    Moi,
    Wahhaha dasyat tuh, relek2..
    papepun thanx ah sbb selalu komen karya sy..=)

    Anna,
    thanx =).InsyaAllah kalau ada masa n idea, sy sambung la..

    Nura,
    thanx sudi singgah..=)
    mmg nk sambung cte ni, tp idea bru dpt separuh

    Ju KL,
    thanx2

    May_Lin
    thanx may lin, sy selalu nmpk awk kat sini,
    ada blog x?

    Shakirah,
    asal bahagia jek semua suka ek? =p

    Zarin Aziz,
    wassalam, thanx atas sokongan..bleh2..
    sy pn nak add awk ye..
    so kna cari masa lagi la.

    ReplyDelete
  9. best lah cerpen nie! Bleh tahn gak lawakny
    hahah

    ReplyDelete
  10. salam...

    bestnya cerpennya.." satu ayat..tak tahan dengan lelaki gendut.." best ayat tu..:))

    anda memang berbakat..tahniah.

    ReplyDelete
  11. Blues,
    thanx sudi bce..=)

    Anak laut,
    apa yg best sgt ngan ayat tu AL? =P

    ReplyDelete
  12. hihihihi best lah citer ni
    tersengeh tergelak je dari tadi
    pandai betul org ganu reka citer ek
    aku mmg cam dah addicted ngan citer TVN ni
    kalo ada masa sambung la lagi..
    i like it very much!!
    Good luck to you writer!

    ReplyDelete
  13. salam...org ganu, best la cite ni..lawak sempoi. nnti buat byk lg crite2 lawak cmni ye...anyway, sy pun asal ganu gak, rse bangge plak org 1 negeri buat cite best..=p

    ReplyDelete
  14. CAYOK2..
    BESH SANGAT CITERR NIH...ASYIK TRGELAK AJE..DAH ORG INGAT TAK SIUMAN PLAK,GLAK SORANG2 DLAM BLIK KOMPUTER...HAHA...
    APEPUN CUTI SKOLAH H1N1 NI TRISI JGAK..
    BORING DUDUK RUMAH,TAK DE HOMEWORK,HADAPLAH KOMPUTER...HEHE..
    ANYWAY....AKAK NI MEMANG DREADFULLY BERBAKAT!!!GUD LUCK

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    Haleeza87,
    Terima kasih atas sokongan anda..semangat sikit rasa nak menulis..hehe

    Anonymous,
    Thanx! =)

    Ainulmardhiah,
    Wassalam..thanx sudi bce n be my blog follower.. =)
    awak trg dok mane?
    Saya suka nama awk..nice..

    Shakira,
    lama x nmpk shakira kat blog..how r u?
    wahh sek shakira pn kna tutup gak ke?
    ciannyer..tp study ttp study tau..hehe
    anyway, thanx atas sokongan tu..
    Akak really appreciate it!

    ReplyDelete
  16. best citer nih..lawak giler..njoy!!!

    ReplyDelete
  17. slam,saye sihat aje..tak de tnda
    kna h1n1 pown..hehe..
    apepun..sme2..

    ReplyDelete
  18. salam orang ganu..
    weh.bes la..unik..
    brutal betul yah tu..
    tapi kelakar la,mula2 burd pas2 yah pula..
    he3...suka6!sambung tau

    ReplyDelete
  19. salam..
    org ganu awk ni mg b'bakat..cayalah..
    klu nk tau antr smua cerpen2 yg sy bc cerpen tomboy vs nerd ni la fabret cerpen sy..
    burd 2 lwk la..norman lg la ank tikus pn tkt..wakakaka..
    papa pn mg enjoy giler bc citer2 yg org ganu tulis
    simple tp cool ja..
    btul2 menarik perhatian..
    2 pndgn sy la ..org len x tau la..

    ReplyDelete
  20. salam

    nailofargurlz,
    thanx =)

    shakira,
    baguslah camtu..
    smoga sehat selalu k..

    qiqa,
    hehe burd tu nama brutal..
    yah nama ayu sikit..=p

    miss S,
    thanx a lot miss
    cerpen sy biasa2 jek..
    hehe..sportingnyer papa awk ek..
    nway thanx coz sudi bce karya sy..
    i really appreciate it..=)

    ReplyDelete
  21. Satu nukilan yang menarik.... arhhh i like.. cerpen.. huhu.. bwu sempat nak singgah .. menraik sgt.. nukilan tu......

    ReplyDelete
  22. sis,
    smbg g la
    sweet ni...mmg c burd ni sempoi abis la
    cian kt norman xpsl2 die yg dpt morning sickness hahaha

    ReplyDelete
  23. comel je laki bini nih...heheheh ♥

    ReplyDelete
  24. cerpen nie very sweet lh...xbosan lngsung masa membca..hehee..
    good luck utk novel n cerpen yg akan datang..
    TERBAIKK..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)