Friday, July 17, 2009

Just to share my feeling..


Salam semua..

Pertama sekali saya nak mintak maaf kepada semua pengikut novel Tidak Seindah Mimpi dan Cinta Thriller coz dah lama tak masukkan n3 baru.Saya betul2 bz lately sampai tidur pun tak cukup. Saya ingatkan boleh sambung novel ni at least sekali seminggu tapi susah betul nak cari masa nak menulis. Saya sekali lagi nak mintak maaf.

Dalam kesibukan yang melampau, saya tak boleh lari dari macam-macam problem yang menghimpit perasaan. Tapi nasib baiklah pengalaman lalu mengajar saya supaya jadi seorang yang tabah dan bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan dan cabaran dengan keizinan Allah.

Kadang-kadang saya bersyukur kerana dikurniakan kesibukan sebegini kerana dengan menyibukkan diri , sedikit sebanyak kenangan pahit dapat saya lupakan perlahan-lahan. Rasanya tak perlulah saya beritahu apa pengalaman tu..tapi just saya boleh beritahu adalah jauh di sudut hati saya memang teramat kecewa dengan seseorang ni yang selama ni saya anggap dia sebagai kawan saya yang paling baik. Saya tak sangka dia akan tikam saya dari belakang tapi itulah hakikat bersahabat..sampai satu masa, perpisahan akan muncul.Sampai satu masa keburukan akan terserlah. Rupa-rupanya rakan yang saya puja selama ni berhati busuk, lebih busuk dari bangkai.

Sejak peristiwa hitam tu saya dah serik nak berkawan baik ngan sape2..saya cukup fobia..saya tak nak perkara tu berlaku lagi. Cukuplah setakat itu. Cukuplah Allah sebagai pelindung.. hanya Dialah tempat saya mengadu selama ni..segala kesedihan dan keperitan saya rintih padaNya, saya minta pertolongan daripadaNya dan alhamdulillah berkat doa saya Allah ,akhirnya Dia mengurniakan saya satu kehidupan yang amat bahagia kini.

Namun, tengah saya bahagia tiba-tiba saya mendapat berita yang sangat menyakitkan hati dan menghancur luluhkan hati saya sekaligus mengembalikan luka lama hati saya yang belum sembuh sepenuhnya. Saya tak sangka ramai orang yang iri hati dalam dunia ni, rupanya ramai orang berhati busuk. Susah sangat ke nak tengok saya hidup senang? Perit tu memang lah perit tapi saya terpaksa terima semua tu dengan hati yang redha..ternyata semakin saya meningkat dewasa semakin banyak cabaran yg saya harus tempuhi..terlalu banyak..namun saya yakin Allah itu Maha Adil, dia akan membantu hambaNya yang teraniaya..Dia tidak akan sesekali membebankan hambaNya dengan beban yang tidak sanggup mereka memikulnya..Ya Allah ampunilah aku..tolonglah lindungi aku dari kejahatan makhlukMu..

Apa yang saya buat sekarang hanyalah berserah padaNya..saya tak mampu nak buat apa-apa..saya tak mampu nak ubah keadaan yang sudahpun terjadi..saya tak mampu..



p/s : sory coz tetiba melalut kat blog, tapi saya sebenarnya just nak luahkan perasaan yang berkecamuk kini, smoga Allah memberikan hidayah pada orang yang telah menyakiti hati saya supaya mereka cepat2 bertaubat..sy memohon maaf kepada semua pembaca dan pengunjung blog termasuklah rakan2 yg sangat mengenali diri ini sekiranya saya ada menyakiti hati anda..sesungguhnya saya tak de niat nak sakitkan hati sesiapa..


wassalam

7 comments:

  1. salam org ganu..
    sabarlah..anggap ni semua dugaan hidup
    manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain2..
    jgn terlalu mudah percaya pada orang..
    beleive ur self k..

    ReplyDelete
  2. it's okay..we still can wait no matter what happen
    you should not bother about what people said bout you..
    u should be yourself, don't let them put you down
    don't give up k!!

    ReplyDelete
  3. salam wak...sabar lah wak kita sebagai manusia tak lari dari dugaan..Sabar jelah..Banyakan berdoa kepada Allah ye..Biasa lah tu dalam berkawan tu tak semua yang ikhlas..

    ReplyDelete
  4. Haleeza87,
    wassalam..sy lepas jadi macam ni, saya dah susah nak percaya kat orang..sekali dah terluka mmg susah untuk diubati..


    Farrez Hakim,
    thanx for ur advices..from now on, i will not let them take advantage from me anymore..for this time, what can i do is just avoiding them. It's hurt u know when the one who we've be friend for years will do such that thing on me..

    Moi,
    wassalam..thanx moi atas keperihatinan, susah betul nak cari orang yang betul2 ikhlas sekarang ni..hanya Allah yang tahu sape yang benar sape yg tak..awk pun moi, berhati2lah dalam memilih kawan..even kte dah besar pun, prob with friend still bleh berlaku..
    tapi sekarng ni, saya dah malas nak pk pasal tu semua coz what the most important now is my final exam..wish me luck k!

    ReplyDelete
  5. kita byk belajar dari peristiwa lampau kan? =D

    ReplyDelete
  6. salam...org ganu,

    anda mempunyai pengalaman yang pahit? dikhainati sahabat, kesiannya..apapun bersabarlah..moga anda tabah.

    saya adalah peminat setia novel2 anda, rasa tak lengkap tak dpat baca novel2 org ganu.

    p/s: anda lagi berbakat..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. ije,
    betul tu..pengalaman lampau wat kte lebih matang


    anak laut,
    insyaAllah sy akan cuba berusaha utk bersabar dgn pe yg berlaku
    thanx kerana sudi follow novel sy yg
    tak seberapa tu.

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)