Friday, July 3, 2009

Tidak Seindah Mimpi 21



Wajah Syam aku amati dengan sepenuh hati. Aku mengusap lembut tangannya dan kemudian aku bawanya ke pipi.

“Syam..maafkan saya…kerana saya, awak jadi begini..,saya yang bersalah Syam..bangunlah Syam..” Aku merintih pilu. Manik-manik jernih mula bertebaran membasahi pipiku. Hatiku bertambah pilu apabila melihat parut besar yang masih berjahit pada kepalanya yang sudah dibotakkan. Tiub kecil yang mengalirkan darah dari bahagian dalam tengkoraknya di sambung ke satu botol kecil. Menurut doktor, dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang darah yang terkumpul di dalam otaknya.

Aku cuba menahan sendu . Tidak sanggup aku melihat keadaan Syam yang sebegitu rupa .Dia masih tidak sedarkan diri .Walaupun doktor memberitahu Syam bahawa keadaannya semakin stabil dan pendarahan dalam otaknya terkawal, namun itu langsung tidak menyedapkan hatiku yang resah ketika ini. Setelah mengetahui siapa Syam sebenarnya, hidup aku semakin tidak tenteram, jiwaku sering berkocak hebat . Aku seolah-olah masih tidak percaya bahawa Syam adalah kekasih hatiku sewaktu ketika dahulu . Aku ingatkan dia sudah memungkiri janji setianya padaku lebih 10 tahun yang lalu namun ternyata dia masih berpegang pada janji itu..malah sanggup mengorbankan dirinya keranaku. Aku sungguh terharu. Inikah yang dinamakan cinta sejati? Sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya? Sebenarnya aku sudah hampir melupakan janji setia antara kami kerana selama ini aku anggap janji Syam tidak serius. Dengan perlahan-lahan kenangan lamaku bersama Farid Faisyam bermain-main di fikiranku.


“ Awak..tak boleh ke awak tak pergi London?” Aku mula menahan sebak . Keputusan Farid benar-benar mengejutkan aku. Tidak sangka dia ingin sambung belajar di tempat sejauh itu. Aku tidak sanggup kehilangannya.

“ Awak..saya terpaksa pergi, papa dan mama saya nak sangat saya pergi belajar kat sana..diorang nak saya ikut abang long..,” jawab Farid teragak-agak . Dari raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa dia juga berat hati untuk ke sana .

“ Tapi Farid…saya tak sanggup berpisah dengan awak..jangan la pergi wak..,awak belajar kat Malaysia jela..kita belajar sama-sama ye..” aku merengek seperti anak kecil .Air mata yang ku tahan akhirnya tumpah jua . Aku benar-benar mengharapkan dia akan terima cadanganku ini .Farid mengeluh berat. Dia semakin serba salah. Bayu laut yang menghembus lembut pipiku langsung tidak dapat menyejukkan rasa panas di hatiku ketika ini.

“ Awak..please trust me..walaupun saya pergi jauh sekalipun..hati saya tetap milik awak .Tak ada sesiapa yang boleh curi hati saya selain awak..,” Farid merenung anak mataku dalam namun kata-kata itu menambahkan lagi rasa sebak di dadaku.

“ Kalau awak cintakan saya..jangan pergi sana..,” aku tidak fikir apa-apa lagi. Yang aku fikir, aku benar-benar tidak boleh terima keputusannya. Farid terkejut dengan ugutanku.

“ Sayang..jangan la macam tu..awak tak percaya saya ke? Kita dah lama couple..awak kan tahu saya ni macam mana..Saya jenis yang setia..Percayalah, saya cintakan awak sepenuh hati saya..tolonglah jangan ugut saya macam tu..hati saya tak tenang lah dengar awak cakap macam tu..,” sayu Farid memujukku .

“ Tapi wak..awak nak tinggalkan saya 5 tahun, bukannya 5 bulan! Lama tu..awak ingat saya boleh teruskan hidup ke tanpa awak?” Aku masih berdegil .Kata-kata Farid langsung tidak berbekas dihatiku. Aku memuncungkan mulut tanda protes.

“ Lina..dengar sini..5 tahun tu bukannya lama..saya janji, lepas saya balik dari sana nanti, saya akan cepat-cepat cari awak. Saya akan kahwin dengan awak..promise!” Kata Farid bersungguh-sungguh. Tangannya yang agak berisi diletakkan menegak di sisi kepalanya seakan sedang bersumpah. Mendengar janji itu, hatiku berbunga riang.

“ Betul ni?” Aku mahu mengesahkan kebenaran kata-katanya .Esak tangisku semakin perlahan . Harapan itu sekali gus melenyapkan rasa sakit hatiku ini.

“ Betul la wahai Lina sayang..saya sumpah! Walau apa pun yang terjadi..you are mine. Tak ada siapa yang boleh halang cinta saya pada awak..I love you so much honey..soooo much!” Kata-kata romantis yang keluar dari bibir Farid membuatkan aku tersipu malu.

“ I love you too Farid..,” jawabku perlahan. Farid akhirnya tersenyum dengan wajah ceria. Air matanya turut bergenang di kelopak mata. Mungkin terharu dengan penerimaanku. Dia merenungku tidak berkelip. Aku turut merenung dalam wajah Farid yang agak tembam. Comel!

“ Thanx sayang..,wait for me okay..”

“ Okay Farid, saya akan tunggu awak hingga ke akhir hayat saya..,” hanya itulah jawapan yang paling baik mampu aku berikan pada Farid.

“ Eh, awak nak buat apa tu?” Aku bingung apabila Farid tiba-tiba bangun dan mencapai kulit kerang yang ada di situ. Dia tidak menjawab soalanku sebaliknya terus mengukir sesuatu pada batang pokok rhu ,tempat kami bersandar di tepian pantai itu. Aku memandangnya hairan. Seketika kemudian, ukiran itu semakin jelas kelihatan .
~‘ Farid cute’ Love ‘Lina comel’ 12 September 1999~..aku membaca di dalam hati. Aku tiba-tiba tergelak membaca ukiran itu. Macam-macam lah Farid ni.

“ Buat apa la awak ukir nama kita kat situ? Kelakar la..,” kataku dengan sisa gelak masih kedengaran. Farid hanya tersengeh.

“ Inilah bukti cinta kita sayang...Sampai bila-bilapun nama ini akan terpahat di pokok ni..,” Aku terharu mendengar kata-katanya. Aku boleh nampak kesungguhan pada wajahnya .Sesungguhnya, dia sentiasa berusaha untuk membuatkan aku bahagia.

“ Macam mana kalau pokok ni kena tebang..nama ni pun akan hilang gak.So tak adala bukti cinta kita..,” aku cuba berseloroh seakan mempermainkan kata-katanya. Farid tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

“ Oooo pandai ek..Tak.. ukiran ni tak kan hilang walaupun dah kena tebang..never!” kata Farid penuh yakin.

“ Macam mana pulak tu? Kalau dah kena tebang mestila pokok tu orang ambil buat rumah..,tak pun buat kayu api..habislah hilang ukiran tu..hehe..” aku masih cuba berseloroh. Farid tersenyum lebar.

“ Walaupun pokok tu dah kena tebang tapi tak ada siapa yang boleh tebang pokok cinta dalam hati saya. Nama awak akan sentiasa terpahat di hati saya walau ke mana saya pergi….It will be there forever and ever..” Kata Farid sambil memegang dadanya. Waduh waduhh ini yang aku lemah ni. Pipiku serta-merta membahang panas. Kata-katanya yang cukup romantik itu memang membuatkan aku cair habis sehingga boleh jadi wap kalau terus-terusan begini.

“ Laa..asal saya nak romantik sikit je..muka awak blushing. Ish susah la macam ni..” Aku menjeling tajam pada Farid. Farid tergelak besar melihat reaksiku .

“ Susah apa pulak ?”

“ Yela..nanti pas kahwin ,kalau awak macam ni jugak..tak bestlah...nanti saya tak boleh nak..,” Farid mula tersenyum nakal . Keningnya diangkat beberpa kali. Mula la tu nak fikir benda bukan-bukan.

“ Ngada-ngada!” Gertakku . Aku pantas menghadiahkan cubitan ketam pada perutnya yang ada spare tyre tu.

“ Adoiii sakitla sayang..apa ni?” Farid mengaduh sakit .

“ Habis tu yang awak ni gatal sangat ni kenapa? Suka fikir benda bukan-bukan ek..” Marahku.

“ Laa, fikir bukan-bukan apa pulak..saya kata nanti saya tak boleh nak jiwang-jiwang dengan awak..,” katanya dengan muka yang berkerut-kerut menahan sakit sambil tangannya mengusap bahagian perut yang menjadi mangsa cubitanku. Aku hanya tergelak melihat telatahnya . Aku mula mengorak langkah untuk berlari anak dari situ tanpa menjawab kata-katanya.

“ Ooo nak lari ye..siap la awak!Tunggu!! ” Laung Farid sambil mengejarku dari belakang . Aku pantas berlari ke arah tepian pantai. Ombak menghempas lembut kakiku. Kami bermain kejar-kejaran dan simbah-menyimbah di situ sambil bergelak ketawa. Bahagianya aku saat itu..


“ Maaf, anak ni siapa? Buat apa kat sini? ” Lamunan indahku melayang entah ke mana apabila tiba-tiba ada orang menyapaku. Aku cepat-cepat menyeka air mataku lantas berpaling ke arah orang itu. Aku tergaman apabila melihat mama Syam berada di situ. Di sebelahnya berdiri seorang wanita cantik seusia denganku sedang memandangku hairan.

“ Saya..saya.. ka..kawan Syam..,” jawabku tegagap-gagap . Aku gugup. Jantungku berdegup kencang. Aku betul-betul belum bersedia untuk bersemuka dengan mama Syam.

“ Kawan Syam yang mana satu tu? Setahu mak cik tak ada siapa yang panggil anak auntie Syam selain Za..,” riak kehairanan jelas terpancar di wajah wanita yang bergelar datin itu . Aku terkedu .Aku menggigit bibir tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan itu.

“ Julia rasa macam pernah jumpa la perempuan ni..,” kata-kata sinis dari wanita cantik itu mengejutkan aku. Dia kenal aku? Biar betul. Aku cuba meneliti wajahnya. Aku seperti mengenalinya tapi di mana ye aku melihatnya ? Adakah wanita itu….Hah! Tak mungkin!






p/s : salam..1st of all sy nak mintak maaf byk2 coz starting next week, sy akan mula masuk sem baru and be a final year student, so meby sy agak bz n x de masa nk menulis. But,don't worry saya akan cuba postkn new n3 at least sekali seminggu..Saya harap pembaca bersabar ye..
nway thanx atas sokongan anda selama ini..saya amat menghargainya..=)

wassalam



  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 20 comments:

    1. awak bez2 saya suka n3 ni...a'ah kn next week awk nk blik kampus dah huhuhu...suspen lak pulak siapa julia eh..tak sabar nak tau..b4 awk blik post lh satu n3 lgi huhuhu:)

      ReplyDelete
    2. comel sgt....
      so, swit....

      ReplyDelete
    3. salam...

      cerita yang sangat2 BEST!.. saya akan menyelami keseluruhan cerita ini, untuk saya gubah sebuah lagu..(izinkan saya.)

      ReplyDelete
    4. salam...Org Ganu,

      tq so much..! tak ramau yg jadi penulis yb berbakat spt anda..syabas..!

      ReplyDelete
    5. suhaidah tan,
      insy kalo berkesempatan sy smbg la ,tp mlm ni nk blek kampus daa..huuu

      anonymous,
      apa yg sweet tu?heheh

      orentalez,
      thanx sudi bce

      maylin,
      ntah anak sape la tu..=p

      anak laut,
      wahh good offer..sy no hal..hehe
      thanx ats pujian anda..
      karya sy x seberapa pun..

      ReplyDelete
    6. salam org ganu..lama x singgah sini..
      pehh makin mantap u punyer cte ek
      cpt2 continue ye
      n al the best for your new sem!

      ReplyDelete
    7. salam org ganu...kak ida akan tetap menyempatkan diri nak baca cerita ni...best..sampai anaklaut pun nak gubahkan satu lagu..satu penghormatan tu.

      ReplyDelete
    8. wassalam farrez,
      thanx sudi singgah..i wish u luck!

      wassalam kak ida,
      thanx lah coz sudi bce novel sy ni
      betul tu, sy cukup terharu AL offer nk wat lagu
      x penah terpk pn akn dpt penghormatan mcm ni
      lega sy dgr ank kak ida dh ok..sy harap akak pn sihat slalu..smoga Allah melindungi akak dari segala bahaya..=)

      ReplyDelete
    9. salam kak..
      i just finish reading tidak seindah mimpi
      wow! what a good story!
      sy x pnah jmp jalan cte macam ni kat mana2
      pepun i hope akak cpt2 smbung yer..
      x sbr2 plak..huhu

      ReplyDelete
    10. "Please trust me" ... ni la kata2 org lelaki yg susah Kirana tak caya! Mmg tak leh caya, kasi sedap mulot diorang je! Tak caya, tak caya! Perrrgggghhhhh....

      ReplyDelete
    11. org Ganu
      sambunglah cepat ya!suspen pula siapa si Julia ni.Mesti girfriend sham,

      ReplyDelete
    12. wawaaaa
      spe ka tu julia??
      haiyak ade je hlgn
      cian kat lina ni huhu

      ReplyDelete
    13. salam semua..

      kirana,
      aihh marah nampak? sbr2..hehe
      x semua lelaki tahu tabur janji jek,ada gak yg benar2 jujur n ikhlas..cuma nk cari tu sush,tol x?

      the life of cikgu sue,
      sabar ye..skrg x de mse lagi nk smbung..


      comei,
      halangan tu pemanis kehidupan..=)

      ReplyDelete
    14. salam..

      terima kasih atas ulasan anda di anaklaut

      walaupun anda sibuk..janganlah x ada langsung cerpen tu..anaklaut sangat minat membacanya..
      teruskan..!

      ReplyDelete
    15. salam..

      anak laut,
      mmg la sy nak buat n3 bru tp utk minggu ni sy betul2 sibuk, x de masa lg..maklumlah 1st week..byk bnda kna wat
      sory ye..insyaAllah weekend ni sy akan cuba mskkan n3 bru kalo smpt..

      ijad,
      thanx..

      ReplyDelete
    16. alamak sambungla cept....x sbr nak tau apa jdi ngn syam....

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)